Piala Tun Abdul Razak: Ulasan Kapten Pasukan Hoki Terengganu

Ulasan kapten pasukan hoki Terengganu; Fitri Saari yang akan membawa cabaran di pentas Kejohanan Piala Tun Abdul Razak 2020 Edisi ke-58.

Menambah menarik bagi musim ini juga, pasangan adik beradik Faizal Saari bersama Mohd Fitri bin Saari turut akan melengkapkan lagi percaturan Tai Beng Hai untuk misi ke pentas final Piala Razak nanti. Sebelum ini komitmen Faizal Saari yang terikat bersama pasukan kebangsaan membantutkan keinginan untuk berbakti pada pasukan kelahiranya. Pentas Piala Razak ini juga menjadi titik penting buat pemain berusia 29 tahun membuktikan kudratnya masih berbisa setelah disisihkan dari pasukan kebangsaan oleh Roelant Oltmans yang baru ditamatkan kontrak.

Baca sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/piala-tun-abdul-razak-tai-beng-hai-kemudi-terengganu/

Piala Tun Abdul Razak: Ulasan Faizal Saari

Menambah menarik bagi musim ini juga, pasangan adik beradik Faizal Saari bersama Mohd Fitri bin Saari turut akan melengkapkan lagi percaturan Tai Beng Hai untuk misi ke pentas final Piala Razak nanti. Sebelum ini komitmen Faizal Saari yang terikat bersama pasukan kebangsaan membantutkan keinginan untuk berbakti pada pasukan kelahiranya. Pentas Piala Razak ini juga menjadi titik penting buat pemain berusia 29 tahun membuktikan kudratnya masih berbisa setelah disisihkan dari pasukan kebangsaan oleh Roelant Oltmans yang baru ditamatkan kontrak.

Baca sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/piala-tun-abdul-razak-tai-beng-hai-kemudi-terengganu/

MyEsports Terengganu Warnai Sukan Elektronik Terengganu

Kejohanan sukan elektronik yang dianjurkan oleh Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Esports Malaysia Terengganu dan WEPES Malaysian E-League mempertaruhkan dua acara sukan elektronik iaitu Pro Evolution Soccer 2020 (PES 2020) dan PlayerUnknown’s Battlegrounds(PUBG).

Kejohanan MyEsports Terengganu 2020 menjadi penanda aras baharu perkembangan komuniti sukan elektronik di negeri ini rentetan maklumbalas positif penganjuran MyStay@HomeChallenge peringkat negeri yang telah dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan(KBS) pada April lepas. Kerjasama strategik di antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu(JBSNT) bersama Esports Malaysia Terengganu selaku badan induk sukan elektronik Terengganu sekaligus meletakkan penanda aras prestij penganjuran yang menawarkan ganjaran wang tunai kemenangan.

Seramai 644 atlet elektronik dari seluruh negeri Terengganu melibatkan kategori perseorangan dan berpasukan bagi acara Pro Evolution Soccer 2020 (PES 2020) dan PlayerUnknown’s Battlegrounds(PUBG) telah berentap 11 September lalu. Kemuncak penganjuran bakal melabuhkan tirai elektronik pada 19 September ini di mana ianya turut akan disiarkan secara langsung di laman Facebook JBSNT dan EMT selaku penganjur bersama.

Kejohanan MyEsports Terengganu 2020 tarik 644 atlet eletronik yang terdiri daripada anak jati Terengganu sepenuhnya untuk berentap merebut hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM 5,350.00. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Penganjuran ini yang juga merupakan sebahagian dari program pembangunan sukan elektronik yang dikelolakan oleh JBSNT dalam usaha untuk mencungkil bakat-bakat terpendam khususnya bagi atlet yang berada dari kawasan luar bandar. Melalui program kerjasama ini juga sudah pasti dapat membantu pihak persatuan sukan berkaitan bagi merangka pelbagai program berkaitan masa depan sukan ini.

Menambah menarik, pentas penganjuran ini turut disertai oleh atlet eletronik Terengganu yang kini dalam persiapan ke pentas temasya Sukan Malaysia (SUKMA Johor 2020) pada tahun hadapan. Kesempatan ini diambil memandangkan ketandusan penganjuran kejohanan sedemikian berikutan pandemik COVID-19 yang belum bernoktah sedikit sebanyak telah merencatkan persiapan pasukan.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu Mohd Izwandy Ismail. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Kejohanan ini adalah kesinambungan penganjuran MyStay@HomeChallenge peringkat negeri oleh Kementerian Belia dan Sukan pada April lalu.. jadi pada penganjuran kali ini adalah untuk memberi peluang kepada peserta-peserta yang tidak berkesempatan untuk sekali lagi berentap di peringkat negeri. Melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu selaku penganjur bersama Esports Malaysia Terengganu sudah pasti kejohanan ini sewajarnya menjadi salah satu platform pembangunan sukan elektronik di negeri ini. Malah pada kejohanan ini turut disertai beberapa atlet Terengganu itu sendiri yang kini dalam persediaan ke pentas SUKMA Johor 2020 nanti.”; ujar Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu Mohd Izwandy Ismail kepada PenyuSukan.com

Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu Muhammad Shafiq Ahmad Said. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Pendaftaran Kejohanan MyEsports Terengganu 2020 terpaksa ditutup awal memandangkan sambutan yang amat memberansangkan sehingga memenuhi kuota pertandingan. Satu penanda aras yang terbaik bagi penganjuran ini. Sesungguhnya kami tidak menjangkakan. Sudah pasti sambutan ini memberi maklum balas jelas agar pertandingan sebegini akan diteruskan di masa hadapan”, berkata Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu Muhammad Shafiq Ahmad Said selaku pegawai penyelaras Kejohanan MyEsports Terengganu 2020.

Setiausaha Esports Malaysia Terengganu Syed Afif Hakimi Tengku Abdillah(tengah) bersama atlet-atlet elektronik yang akan berentap dalam MyEsports Terengganu 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Sebarang usaha kerjasama penganjuran berkaitan belia melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu tidak semestinya memfokuskan kejohanan pertandingan sukan elektronik sahaja. Pelbagai program berkaitan sukan ini telah dianjurkan dan banyak lagi program akan datang yang telah dirangka. Sukan ini bukan hanya memfokuskan kepada permainan mahupun pertandingan itu sendiri.. malah melalui sukan elektronik ini juga banyak peluang kerjaya mampu diterokai yang boleh kita hebahkan kepada masyarakat.”, berkata Setiausaha Esports Malaysia Terengganu Syed Afif Hakimi Tengku Abdillah

Atlet Sukan Elektronik Terengganu Faizal Razali. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Kejohanan ini sangat penting buat kami atlet SUKMA Terengganu yang kini dalam persediaan ke pentas SUKMA Johor 2020 nanti. Hanya melalui kejohanan yang kompetitif mampu untuk kami mengetahui sebarang kelemahan mahupun kesilapan yang perlu kami perbaiki. Sejak PKP(Perintah Kawalan Pergerakan) berikutan pandemik COVID-19 ini, prestasi kami agak terumbang ambing kerana kurang pendedahan dalam sebarang pertandingan sama ada di dalam negeri mahupun luar negara berikutan tiada penganjuran. Kami akan manfaatkan segala peluang dan ruang untuk mengekalkan momentum menjelang SUKMA nanti.”; ulas Faizal Razali selaku atlet sukan elektronik yang kini terlibat dalam persiapan pasukan ke SUKMA Johor 2020 nanti.

Penanda Aras Baharu Ragbi Terengganu

Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Encik Ibni Amin Busu(barisan hadapan tengah) bersama barisan jurulatih dan peserta Program Pemantapan Sukan Ragbi Negeri Terengganu 2020 telah berlangsung selama 3 hari sepenuhnya bermula dari 28 Ogos sehingga 30 Ogos 2020 bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Penyandang Kejuaraan Ragbi Piala Agong, Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) sekali lagi berjaya mencipta penanda aras baharu buat sukan ragbi negeri ini setelah menjadi tuan rumah kursus ragbi terbesar yang pernah dianjurkan dalam negara.

Penganjuran yang dijenamakan sebagai Program Pemantapan Sukan Ragbi Negeri Terengganu 2020 telah berlangsung selama tiga hari melibatkan tiga kursus berkaitan yang dijalankan serentak iaitu kursus kejurulatihan, kepengadilan dan juga bantuan kecemasan awal perubatan sukan ragbi(First Aid in Rugby – FAIR).

Pilihan tiga kursus yang dianjurkan ini secara tidak langsung memberi kelebihan buat peserta memandangkan sebelum ini penganjuran sering memfokuskan pada 1 kursus sahaja. Malah kursus ini tidak hanya memfokuskan pembelajaran teori di dalam kelas semata-mata di mana turut menekankan aspek pembelajaran praktikal di luar kelas.

Program Pemantapan Sukan Ragbi Negeri Terengganu 2020 telah berlangsung selama 3 hari sepenuhnya bermula dari 28 Ogos sehingga 30 Ogos 2020 bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Kursus dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga pengajar bertauliah dari badan induk ragbi kebangsaan, Kesatuan Ragbi Malaysia(KRM) yang telah mendapat pengiktirafan(sanction) oleh World Rugby selaku badan induk dunia sukan ragbi ini. Penganjuran kursus ini dilihat tepat pada masanya berikutan pandemik COVID-19 yang belum bernoktah telah merencatkan segala kalendar penganjuran kejohanan ragbi pada tahun ini.

Walaupun setiap peserta dikenakan bayaran seperti mana ditetapkan oleh badan induk, PRNT turut mengambil inisiatif untuk mengadakan satu seminar berkaitan secara percuma kepada orang ramai yang berminat untuk hadir. Penganjuran ini juga telah berjaya menghimpunkan keseluruhan seramai 83 peserta di mana sebahagian besar adalah peserta dari negeri Terengganu itu sendiri dan selebihnya dari seluruh negara.

Program Pemantapan Sukan Ragbi Negeri Terengganu 2020 telah berlangsung selama 3 hari sepenuhnya bermula dari 28 Ogos sehingga 30 Ogos 2020 bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Turut menjadi serampang dua mata buat Majlis Sukan Negeri Terengganu yang telah mengerah kesemua atlet sukan ragbi yang kini dalam persiapan pasukan ke pentas SUKMA Johor 2020 untuk turut serta. Keputusan ini dilihat tepat dalam memperkasakan atlet-atlet muda negeri ini khususnya berkaitan dengan peraturan-peraturan pertandingan yang sering terkeliru dengan keputusan pengadil pelawanan.

Untuk rekod, kali terakhir negeri Terengganu menjadi tuan rumah penganjuran kursus sedemikian adalah pada tahun 2008 di mana ketika itu negeri ini telah menjadi tuan rumah Sukan Malaysia Edisi Ke-12 dan skuad ragbi telah menyumbang pingat emas sekaligus membantu kontijen negeri Terengganu untuk muncul juara keseluruhan.

Pengarah Latihan & Pendidikan Kesatuan Ragbi Malaysia; Nor Hisham Ibrahmi selaku wakil dari badan induk kebangsaan yang memantau sepenuhnya Program Pemantapan Sukan Ragbi Negeri Terengganu 2020 telah berlangsung selama 3 hari sepenuhnya bermula dari 28 Ogos sehingga 30 Ogos 2020 bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Tahniah kepada Persatuan Ragbi Negeri Terengganu selaku tuan rumah bagi penganjuran kursus terbesar yang pernah dianjurkan di mana melibatkan 3 kursus berkaitan berjalan serentak. Penganjuran ini menjadi satu penanda aras terbaik kepada pihak penganjur malah buat kami sendiri selaku badan induk dalam menguruskan sebarang kursus-kursus berkaitan. Fasiliti yang lengkap di kompleks sukan ini juga menjadi pilihan tepat bagi penganjuran berskala besar ini yang melibatkan kursus kejurulatihan, pengadilan dan bantuan awal perubatan ini. Malah penglibatan peserta kursus dari kalangan atlet-atlet muda ke pentas SUKMA Johor nanti menjadi tambah nilai terbaik buat penganjur itu sendiri.”, ujar Pegawai Pembangunan Kesatuan Ragbi Malaysia Nor Hisham Bin Ibrahim yang turut hadir memantau sepanjang program ini berlangsung.

 

Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu merangkap Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia Amir Amri Mohamad sewaktu Program Pemantapan Sukan Ragbi Negeri Terengganu 2020 telah berlangsung selama 3 hari sepenuhnya bermula dari 28 Ogos sehingga 30 Ogos 2020 bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Alhamdullilah. Satu penanda aras baharu tercipta yang secara tidak langsung sebenarnya menyumbang dalam pembangunan sukan ragbi di negeri Terengganu ini. Sejak sekian lama tidak pernah dianjurkan sebarang kursus berkaitan dengan sukan ragbi ini dan hari ini kita berjaya memberi peluang khususnya kepada anak jati negeri ini dan peserta dari lain-lain negeri. Malah menambah menarik kita selaku tuan rumah berjaya menganjurkan serentak 3 kursus berkaitan sekaligus memberi pilihan kepada peserta yang ingin menyertai. Peluang yang sama juga turut diberikan kepada atlet-atlet yang akan berentap di SUKMA Johor 2020 nanti. Satu peluang dan ruang sewajarnya buat atlet-atlet muda untuk turut serta.”, ujar Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Amir Amri bin Mohamad.

Fasilitator Kejurulatihan 15 sepasukan World Rugby; Hamrizal Hamdan dari badan induk sukan ragbi kebangsaan(Kesatuan Ragbi Malaysia) yang hadir ke Program Pemantapan Sukan Ragbi Negeri Terengganu 2020 telah berlangsung selama 3 hari sepenuhnya bermula dari 28 Ogos sehingga 30 Ogos 2020 bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Kursus ini amat penting bagi melahirkan pelapis pelapis baharu untuk mereka yang terlibat dalam sebarang program pembangunan ragbi akar umbi. Tidak dinafikan rata-rata diantara mereka bukanlah berstatus jurulatih mahupun pemain sepenuh masa yang sentiasa menerima pendedahan terkini berkaitan sukan ragbi ini. Maka dengan itu, melalui kursus ini menjadi platform terbaik bagi merapatkan jurang tersebut dan secara tidak langsung mengiktiraf mereka untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari. Malah sukan ragbi itu sendiri yang melibatkan bidang kejurulatihan mahupun kepengadilan dan pelbagai bidang lagi telah berinovasi seiring dengan perkembangan semasa.”, berkata fasilitator World Rugby(World Rugby Educator) Hamrizal Hamdan yang juga pernah merangkul Anugerah Jurulatih Terbaik Kebangsaan 2019.

Senarai Nama Fasilitator Kejurulatihan Ragbi

Program Pemantapan Sukan Ragbi Negeri Terengganu 2020 telah berlangsung selama 3 hari sepenuhnya bermula dari 28 Ogos sehingga 30 Ogos 2020 bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

PEMANTAPAN SUKAN RAGBI NEGERI TERENGGANU 2020
28-30 Ogos 2020
Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu

SENARAI NAMA FASILITATOR KEJURULATIHAN

 

Pengarah Latihan & Pendidikan Kesatuan Ragbi Malaysia; Nor Hisham Ibrahmi selaku wakil dari badan induk kebangsaan yang memantau sepenuhnya Program Pemantapan Sukan Ragbi Negeri Terengganu 2020 telah berlangsung selama 3 hari sepenuhnya bermula dari 28 Ogos sehingga 30 Ogos 2020 bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

PENYELARAS PROGRAM
Nor Hisham Ibrahim
Pengarah Latihan & Pendidikan Kesatuan Ragbi Malaysia

 

Barisan tenaga pengajar bersama peserta Program Pemantapan Sukan Ragbi Negeri Terengganu 2020 yang melibatkan Kursus Kejurulatihan 15s World Rugby Tahap 1 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 28-30 Ogos 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

KURSUS KEJURULATIHAN (15s) WORLD RUGBY LEVEL 1
a) Ahmad Farid Abdul Rahman
b) Mohd Romli Saad
c) Hamrizal Hamdan

 

Barisan tenaga pengajar bersama peserta Program Pemantapan Sukan Ragbi Negeri Terengganu 2020 yang melibatkan Kursus Kepengadilan(MO) World Rugby Tahap 1 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 28-30 Ogos 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

KURSUS KEPENGADILAN (Match Official) WORLD RUGBY LEVEL 1
a) Mohd Zamrin Datuk Dr Yassin
b) Nik Mohd Ramadhan Nik Abdullah

 

Barisan tenaga pengajar bersama peserta Program Pemantapan Sukan Ragbi Negeri Terengganu 2020 yang melibatkan Kursus First Aid in Rugby(FAIR) World Rugby Tahap 1 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 28-30 Ogos 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

KURSUS FIRST AID IN RUGBY (FAIR) WORLD RUGBY LEVEL 1
a) Dr. Azril Syazwan Mohd Ali
b) Dr. Muhammad Hazwan Khair

 

Persatuan Ragbi Negeri Terengganu cipta penanda aras baharu buat perkembangan sukan ragbi negeri ini setelah menjayakan 3 kursus berkaitan serentak sekaligus menjadi penganjuran kursus sukan ragbi terbesar serentak yang pernah dianjurkan. Program Pemantapan Sukan Ragbi Negeri Terengganu 2020 yang melibatkan penganjuran kursus kejurulatihan, pengadilan, bantuan awal kecemasan perubatan sukan ragbi (First Aid in Rugby – FAIR) dan juga seminar sukan ragbi telah berlangsung selama 3 hari sepenuhnya bermula dari 28 Ogos sehingga 30 Ogos 2020 bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

SEMINAR PEMANTAPAN SUKAN RAGBI NEGERI TERENGGANU 2020

 

Barisan tenaga pengajar Program Pemantapan Sukan Ragbi Negeri Terengganu 2020 yang melibatkan Kursus Kejurulatihan 15s World Rugby Tahap 1, Kursus Kepengadilan(MO) World Rugby Tahap 1 dan Kursus First Aid in Rugby(FAIR) World Rugby Tahap 1 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 28-30 Ogos 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Melibat 7 tenaga pengajar bersama penyelaras kursus(kordinator) daripada Kesatuan Ragbi Malaysia(Malaysia Rugby) yang juga bertauliah dari badan induk sukan ragbi dunia (World Rugby).

PRNT Anjur 3 Kursus Ragbi Serentak!

Kali terakhir negeri Terengganu menjadi tuan rumah penganjuran kursus sedemikian adalah pada tahun 2008 di mana ketika itu negeri ini telah menjadi tuan rumah Sukan Malaysia Edisi Ke-12 dan skuad ragbi telah menyumbang pingat emas sekaligus membantu kontijen negeri Terengganu untuk muncul juara keseluruhan.

Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) mengorak langkah untuk memperkukuhkan pembangunan sukan ragbi akar umbi dengan mengambil inisiatif untuk menjadi tuan rumah bagi menganjurkan kursus-kursus berkaitan sukan ragbi yang akan berlangsung bermula pada 28 Ogos sehingga 30 Ogos 2020 nanti.

Menyasarkan penyertaan di kalangan anak jati negeri Terengganu dan turut terbuka kepada sesiapa sahaja berminat tanpa. Langkah ini dilihat tepat pada masanya memandangkan situasi pandemik COVID-19 yang masih tidak menentu sekaligus telah merencatkan kalendar penganjuran kejohanan ragbi sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan.

Menambah menarik kursus ini tidak hanya memfokuskan pada bidang kejurulatihan semata-mata malah melibatkan kursus kepengadilan dan juga bantuan kecemasan awal perubatan sukan ragbi(First Aid in Rugby – FAIR) yang dijalankan serentak sepanjang hari penganjuran program ini.

Setiap kursus ini melibatkan modul-modul pembelajaran secara teori di dalam kelas dan juga sesi praktikal di padang. Sepanjang kursus ini dijalankan sudah pasti akan menuruti segala pematuhan Prosedur Operasi Standard(SOP) yang telah ditetapkan oleh setiap pemegang taruh sukan ini memandangkan situasi semasa pandemik COVID-19.

Kursus yang bakal dikendalikan sepenuhnya oleh badan induk kebangsaan, Kesatuan Ragbi Malaysia(KRM) turut mendapat pengiktirafan(sanction) oleh World Rugby selaku badan induk dunia bagi sukan ragbi ini akan diadakan selama 3 hari berturut-turut bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu bermula pada 28 Ogos sehingga 30 Ogos 2020. Modul-modul kursus terkini yang telah dikemaskini mengikut perkembangan dan peraturan semasa menjadi penanda aras terbaik bagi kualiti penganjuran ini.

Peserta yang berjaya menamatkan kursus ini akan menerima sijil yang diberikan oleh World Rugby di mana menjadi tiket penting untuk mengembangkan karier mereka dalam bidang yang diceburi. Malah ianya menjadi satu keperluan penting untuk diiktiraf bagi membimbing pasukan negeri mahupun kebangsaan di mana sukan ini mengorak langkah menuju ke arah profesionalisme dalam setiap aspek.

Sehingga kini keseluruhan seramai 51 peserta telah mengesahkan kehadiran adalah terdiri daripada warga pendidik, anggota PDRM, bekas-bekas atlet, pegawai-pegawai pasukan yang terlibat dalam persediaan pasukan ke pentas temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20(SUKMA Johor 2020) dan juga di kalangan ahli persatuan itu sendiri.

Sesungguhnya menjadi tuan rumah bagi penganjuran kursus-kursus sedemikian merupakan satu kelebihan buat anak jati negeri Terengganu itu sendiri memandangkan slot penyertaan adalah terhad. Berikutan tidak semua lain-lain persatuan negeri sanggup untuk menjadi tuan rumah selaku penganjur kursus sedemikian menyebabkan kuota penyertaan sering menjadi rebutan.

Untuk rekod, kali terakhir negeri Terengganu menjadi tuan rumah penganjuran kursus sedemikian adalah pada tahun 2008 di mana ketika itu negeri ini telah menjadi tuan rumah Sukan Malaysia Edisi Ke-12 dan skuad ragbi telah menyumbang pingat emas sekaligus membantu kontijen negeri Terengganu untuk muncul juara keseluruhan.

Walaupun setiap kursus tersebut dikenakan bayaran yuran seperti mana ditetapkan oleh badan induk, PRNT turut mengambil inisiatif untuk mengadakan satu seminar secara percuma kepada orang ramai yang berminat untuk hadir. Seminar yang akan disampaikan oleh wakil dari KRM iaitu Pengarah Pembangunan KRM; En. Mohd Khairulnizam bin Mohd Isa bersama Pengarah Prestasi Tinggi KRM; Dr. Ahmad Naim Ismail akan menyampaikan penerangan berkaitan kejurulatihan, kepegawaian & pertandingan, prestasi tinggi sukan ragbi dan juga hala tuju Program Pembangunan Ragbi Negara(NRDP) yang akan berlangsung pada 28 Ogos 2020 jam 0800 malam bertempat di Auditorium 1 Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu merangkap Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia Amir Amri Mohamad sewaktu hadir ke Majlis Meraikan Kemenangan Skuad Ragbi Piala Agong dan 7 Sepasukan Kebangsaan Negeri Terengganu 2019 yang telah berlangsung di Hotel Primula, Kuala Terengganu pada 18 Julai 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Berikutan penularan COVID-19 yang masih tidak menentu menyebabkan tiada sebarang kejohanan berlangsung maka peluang ini akan digunakan sepenuhnya untuk memfokuskan pembangunan sukan ragbi negeri Terengganu. Penganjuran kursus ini menjadi satu penanda aras terbaik buat perkembangan sukan ragbi di negeri ini yang sememangnya menjadi keperluan memandangkan ramai pengiat sukan ragbi di sini tidak berpeluang menyertai sebelum di mana kursus ini dianjurkan di lain-lain negeri. Juga menjadi tanggungjawab di pihak persatuan (Persatuan Ragbi Negeri Terengganu) untuk mengadakan kursus-kursus sedemikian rupa bagi memberi peluang kepada semua anak jati negeri Terengganu ini. Sememangnya kursus sedemikian amat penting buat negeri ini kerana hala tuju persatuan adalah untuk menuju ke aras profesionalisme. Kami mahukan setiap tenaga kerja di dalam persatuan ini adalah berkelayakkan di mana sedikit sebanyak akan membantu dalam karier mereka dan sudah pasti akan menyumbang pada pembangunan sukan ragbi di negeri Terengganu ini juga.”, ujar Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu merangkap Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia Amir Amri bin Mohamad.

Izaimi Zainuddin merupakan ketua jurulatih pasukan ragbi lelaki negeri Terengganu dalam misi ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Johor 2020. Beliau telah membimbing pasukan persiapan SUKMA ini sejak 2017 di mana sebelum ini turut pernah membimbing pasukan kebangsaan skuad bawah 20 tahun dan 19 tahun. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Penyertaan oleh peserta-peserta muda khususnya bekas pemain negeri ini menjadi satu petanda baik buat pembangunan sukan ragbi negeri Terengganu. Malah secara tidak langsung mengambarkan mereka ini ingin memajukan diri mereka dalam sukan ini. Kita tidak boleh nafikan yang mereka tidak boleh berstatus selaku pemain selamanya. Sampai masanya sudah pasti mereka akan terlibat dalam membentuk pasukan sama ada kejurulatihan mahupun pengurusan pasukan ragbi di mana-mana pasukan. Selain pelapis-pelapis atlet sukan ragbi, pelapis di peringkat kejurulatihan mahupun kepengadilan juga perlu diberi perhatian bagi setiap pasukan sama ada di peringkat kelab mahupun negeri. “, berkata Izaimi Zainuddin selaku ketua jurulatih yang telah membimbing pasukan ragbi negeri Terengganu ke pentas SUKMA sejak 2017 dan juga ketua jurulatih yang telah membimbing Terengganu untuk cipta sejarah pertama kali muncul juara Kejohanan Ragbi Piala Agong pada penganjuran edisi ke-39 2019.

Jurulatih pasukan ragbi wanita Terengganu; Muhammad Haikal Ibrahim(berbaju hitam) sewaktu sesi latigan pasukan ragbi wanita Terengganu yang kini dalam misi ke pentas SUKMA Johor 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Saya begitu teruja kerana diberi peluang untuk menghadiri kursus kejurulatihan ini. Satu peluang yang telah lama saya nantikan dan saya bersyukur kerana berpeluang menyertai di sini. Satu program yang amat bagus demi masa depan saya dalam sukan ini. Saya tidak boleh selamanya untuk selesa bergelar pemain di mana sampai masanya saya perlu menceburi bidang kejurulatihan mahupun pengurusan pasukan. Kelayakkan yang diterima amat penting buat saya untuk berbakti di negeri Terengganu. “, berkata Muhammad Haikal bin Ibrahim yang kini menggalas tanggungjawab selaku pembantu jurulatih pasukan ragbi wanita ke pentas SUKMA Johor 2020. Anak jati Kampung Batin, Seberang Takir yang kini berusia 23 tahun ini juga merupakan bekas pemain kebangsaan yang telah menyerlah di Kejohanan Ragbi Asia U20 di Hong Kong pada 2017 dan juga turut telah membantu negeri Terengganu untuk mencipta sejarah pertama kali muncul juara di pentas Kejohanan Ragbi Piala Agong Edisi Ke-37 pada tahun lalu. Lebih mesra dikenali dengan panggilan ‘Ceemeekk’ juga pernah beraksi mewakili Terengganu di pentas penganjuran SUKMA Perak 2018.

Garis Panduan Sukan Negeri Terengganu

Garis Panduan Sukan Negeri Terengganu merupakan di antara empat garis panduan yang telah diperkenalkan sejajar dengan dasar Maju Berkat Sejahtera yang menjadi misi kerajaan negeri.

Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu telah diperkenalkan bagi memastikan setiap aktiviti penganjuran mematuhi ketetapan syariat Islam sejajar dengan dasar Maju Berkat Sejahtera yang menjadi misi kerajaan negeri.

Antara garis panduan tersebut adalah garis panduan hiburan, persembahan kebudayaan, pelancongan dan sukan. Garis panduan ini telah diterbitkan pada laman web http://suk.terengganu.gov.my pada 24 Ogos 2020.

GARIS PANDUAN SUKAN NEGERI TERENGGANU

PENDAHULUAN
Islam mementingkan penjagaan kesihatan jasmani kerana ia merupakan elemen penting dalam melahirkan masyarakat yang sihat dan sejahtera. Hal ini selaras dengan prinsip pensyariatan yang menggariskan lima perkara untuk dipelihara iaitu agama, jiwa, maruah, harta dan keturunan.

Kelima-lima perkara inilah yang menjadi tunjang kepada kesejahteraan hidup manusia. Tubuh badan yang sihat dan kuat akan memudahkan seseorang itu menyempurnakan tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah SWT, serta akhirnya dapat memberikan sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

Berhubung kepentingan menjaga kesihatan dan kekuatan fizikal ini, Allah SWT berfirman yang bermaksud;

“Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata:
“Wahai ayah, ambillah dia jadi orang upahan (menggembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah.” (al-Qasas, 28:26)

Begitu juga firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya.” (alAnfal, 8:60)

Melalui satu hadith, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Ajarlah anak-anak kamu memanah, menunggang kuda dan berenang.”

Berhubung hal ini, sukan merupakan cara yang efektif untuk mencapai kecergasan tubuh badan. Pada hari ini, sukan telah memainkan peranan yang lebih luas. Menerusi sukan, semangat muhibah, perpaduan dan keharmonian antara individu dapat dijalinkan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan negara.

Di peringkat antarabangsa, sukan menjadi salah satu medan yang digunakan untuk mengangkat martabat sesebuah negara. Ini kerana kejayaan dalam pertandingan sukan berprestij turut dikaitkan dengan lambang
kemajuan sesebuah negara selain dikagumi dan menjadi contoh kepada negara
dunia yang lain.

KATEGORI SUKAN
Acara pertandingan sukan secara umumnya boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama. Pertama, sukan kombat atau tempur seperti pencak silat, karate, judo, taekwondo, wushu dan tinju. Kedua, sukan berpasukan seperti bola sepak, bola jaring, bola baling, bola tampar, bola keranjang, polo air dan hoki. Ketiga, sukan multimedal seperti sukan akuatik, badminton, olahraga, gimnastik dan angkat berat. (Sumber: MSN Terengganu)

Dari sudut lokasi pertandingan pula, acara sukan boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama meliputi sukan outdoor (bola sepak, hoki, ragbi, olahraga, tenis, memanah, menembak, kriket, besbol, polo), sukan indoor (badminton, ping pong, bowling, skuasy, gimnastik, futsal, pertandingan seni mempertahankan diri seperti silat, wushu dan taekwondo, bola keranjang, bola jaring) dan sukan akuatik (renang, terjun dan polo air).

Selain itu, beberapa jenis sukan rakyat juga didapati turut dikenali di Terengganu. Antaranya adalah permainan tradisional seperti gasing, wau, galah panjang, sepak bulu ayam dan seumpamanya. Kategori-kategori sukan yang disebutkan ini mempunyai kod etika pakaiannya yang berbeza dan dipertandingkan pula sama ada secara terbuka di tengah padang ataupun tertutup di dalam dewan. Begitu juga sesetengah daripada sukan tersebut menimbulkan polimik dalam kalangan masyarakat Islam sama ada sesuai untuk diceburi oleh atlet wanita beragama Islam ataupun tidak.

Di samping itu, pertandingan sukan pada masa kini dikatakan masih lagi terpalit dengan isu ketidakpatuhan syariah seperti terdapat unsur-unsur perjudian, pertaruhan, eksploitasi, pembaziran, pemakaian atlet tidak patuh syariah, percampuran antara lelaki dan perempuan serta pelbagai isu lain.

Justeru, Garis Panduan Sukan Negeri Terengganu ini diwujudkan sebagai usaha untuk memastikan industri sukan di negeri ini bukan sahaja terus berkembang maju, bahkan juga menepati kehendak syariat Islam agar nilai keberkatan dapat diraih demi kesejahteraan segenap lapisan rakyat.

GARIS PANDUAN
Berikut adalah garis panduan yang dibina berpandukan tiga pihak utama yang terlibat secara langsung dalam bidang sukan di Terengganu.

1. Atlet – peserta atau pemain yang bergiat dalam apa jua bidang sukan, ahli sukan.
(1) Atlet yang beragama Islam hendaklah berpakaian yang ditetapkan oleh syarak seperti menutup aurat, sopan dan bersesuaian dengan sukan yang diceburi.
(2) Atlet bukan beragama Islam disyorkan berpakaian sopan dengan maksud tidak terlalu ketat, singkat atau jarang.
(3) Atlet dilarang untuk terlibat dalam apa sahaja aktiviti yang berunsurkan perjudian, pengambilan alkohol dan bahan-bahan terlarang serta rasuah.

2. Jurulatih
(1) Jurulatih dan ahli sukan adalah terdiri daripada jantina yang sama.
(2) Sekiranya berbeza jantina, batas-batas pergaulan antara jurulatih dan atlet adalah selaras dengan tuntutan syarak seperti menjaga maruah diri, akhlak, adab dan tatasusila.
(3) Pakaian jurulatih adalah mengikut seperti garis panduan bagi atlet (GP1. Atlet).
(4) Bagi acara senamrobik, jurulatih perempuan tidak boleh menunjukkan aksi secara berhadapan dengan peserta lelaki. Jurulatih perempuan dibenarkan bagi peserta-peserta perempuan dan dilakukan di tempat eksklusif.

3. Penganjur
(1) Aktiviti sukan yang dianjurkan tidak menghalang pelaksanaan ibadah wajib seperti solat dan puasa.
(2) Penganjur hendaklah menyelia atau mengawal perilaku atlet dan penonton daripada melakukan perbuatan-perbuatan haram atau
maksiat seperti berpelukan atau bercumbuan antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram atau menggunakan arak sebagai lambang kemenangan.
(3) Tempat bersukan hendaklah disediakan secara berasingan antara lelaki dan wanita, atau penggunaannya diatur secara bergiliran
mengikut jadual, kecuali acara-acara berpasukan yang terkawal dan tidak menimbulkan fitnah seperti dalam Garis Panduan 4.
(4) Penganjur hendaklah menyelia dan mengawal sepanjang aktiviti pertandingan daripada berlaku perkara-perkara yang bertentangan
dengan syarak seperti penyediaan arak dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan mahram.
(5) Penganjur hendaklah mengawal keselamatan para peserta dan penonton daripada kejadian yang tidak diingini seperti rusuhan, tindakan ganas dan provokasi.
(6) Penganjur disyorkan untuk menyediakan tempat berasingan bagi penonton lelaki dan wanita serta ruangan bagi penonton yang datang secara berkeluarga.
(7) Penganjur hendaklah menyediakan kemudahan asas seperti tandas dan tempat solat.
(8) Penganjur hendaklah memastikan kebersihan tempat pertandingan sepanjang acara berlangsung.

4. Garis Panduan Umum
(1) Acara campuran antara lelaki dan perempuan yang beragama Islam bagi mana-mana jenis sukan hendaklah tidak menimbulkan fitnah.
(2) Acara senamrobik atau seumpamanya yang melibatkan lelaki dan wanita hendaklah dipastikan dilakukan dalam keadaan tidak menimbulkan sebarang fitnah sama ada dari sudut pemakaian, pergerakan atau pergaulan.
(3) Aktiviti sukan yang dianjurkan hendaklah tidak melibatkan pertaruhan atau perjudian dan penggunaan bahan-bahan terlarang seperti dadah, steroid dan seumpamanya.
(4) Aktiviti sukan yang dijalankan hendaklah tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis, permusuhan dan pergaduhan.
(5) Garis panduan ini terpakai untuk semua aktiviti sukan kecuali sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

RUJUKAN
Garis Panduan Bersukan Menurut Perspektif Islam, oleh JAKIM.

Terengganu Sedia Anjur Kejohanan Hoki Antarabangsa

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah(barisan hadapan 3 dari kiri) sewaktu bertemu delegasi Konfederasi Hoki Malaysia(KHM) yang diketuai oleh Presiden KHM Dato’ Sri Subahan Kamal(barisan hadapan 4 dari kiri) dan pihak Persatuan Hoki Negeri Terengganu bagi membincangan perkembangan hala tuju sukan hoki negeri Terengganu di Wisma Darul Iman pada 18 Ogos 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Terengganu selaku kuasa besar sukan hoki tanah air yang banyak menyumbang pembangunan pemain-pemain hoki anak jati negeri yang bertaraf antarabangsa kini mengintai peluang untuk menganjurkan kejohanan hoki bertaraf antarabangsa. Penganjuran sulung itu juga dirancang untuk dimasukkan ke dalam kalendar kejohanan tahunan Persekutuan Hoki Antarabangsa(FIH) bagi menambah prestij kejohanan.

Terkini satu perjumpaan di antara 3 pemegang taruh iaitu pihak kerajaan negeri yang diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah, Konfederasi Hoki Malaysia(KHM) dan Persatuan Hoki Negeri Terengganu telah berlangsung selama dua jam di Wisma Darul Iman bagi membincangkan perancangan berskala besar tersebut.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia Dato’ Sri Subahan Kamal(kanan) sewaktu hadir bertemu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah bagi membincangan perkembangan hala tuju sukan hoki negeri Terengganu di Wisma Darul Iman pada 18 Ogos 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Untuk mendapat pelawaan dari hoki pusat ini, kerana saya tau banyak negeri-negeri lain pun ingin mengadakan kejohanan tahunan yang di mana hendak kerjasama dengan KHM dan diletakkan dalam jadual dunia iaitu FIH. Tapi hari ini kita berasakan Persatuan Hoki Terengganu mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut. Dan dengan adanya bantuan dari pihak Kerajaan Negeri, saya nampak bahawa negeri Terengganu adalah orang kata negeri yang paling tepat dan sesuai untuk kita mengadakan kejohanan hoki antarabangsa yang ketiga di Malaysia selepas Sultan Azlan Shah dan Sultan Johor Cup.”, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia Dato’ Sri Subahan Kamal kepada PenyuSukan.com

Konfederasi Hoki Malaysia hadir bertemu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah bagi membincangan perkembangan hala tuju sukan hoki negeri Terengganu di Wisma Darul Iman pada 18 Ogos 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Penganjuran sukan hoki juga pada saya adalah antara alternatif antara kaedah yang mungkin boleh kita jadikan serampang banyak mata bukan sahaja untuk kepentingan sukan di negeri dan negara bahkan juga untuk kepentingan pelancongan dan juga untuk kepentingan rakyat negeri sendiri dalam khusus berkaitan dengan produk pelbagai yang ada di negeri kita ini.”, ujar Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah.

Delegasi KHM diketuai oleh Presiden Dato’ Sri Subahan Kamal bersama Naib Presiden KHM yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan KHM, Dato’ Sri Dr. Anil Jeet Singh manakala di pihak Persatuan Hoki Negeri Terengganu(PHNT) diketuai oleh Pemangku PHNT Mohd Fikri Harun bersama ahli jawatankuasa lain begitu komited untuk berbincang bagi merealisasikan penganjuran julung kalinya ini.

Pemangku Presiden Persatuan Hoki Negeri Terengganu Mohd Fikri Harun yang juga telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Pembangunan bagi Program Pembangunan Hoki Negara(NHDP). Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Satu benda yang cukup mengembirakan sekiranya kerajaan negeri bersama Persatuan Hoki Terengganu, kita sama-sama berganding bahu insyAllah untuk menjadikan satu tournament di mana kita meletakkan Terengganu bukan sahaja sekarang ini sebagai satu kuasa hoki Terengganu malah dikenali lebih lagi dikenali di peringkat antarabangsa dengan adanya penganjuran peringkat antarabangsa. Ia merupakan satu tambah nilai sebagai produk pelancongan dan juga sebagai satu kekuatan bagi hoki Terengganu itu sendiri.”, Pemangku Presiden Persatuan Hoki Negeri Terengganu Mohd Fikri Harun

Berikutan pandemik COVID-19 yang masih melanda tanpa noktah, situasi ini memberi ruang masa yang terbaik kepada setiap pemegang taruh sukan hoki ini bagi merancang dengan penuh teliti setiap keperluan penganjuran bertaraf dunia ini. Sudah tentu Terengganu selaku bakal tuan rumah akan mempunyai satu tempoh yang cukup selesa bagi kerja-kejar menaik taraf fasiliti penganjuran sukan hoki yang menepati piawai penganjuran kejohanan seperti mana ditetapkan oleh badan induk dunia sukan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah(tengah) sewaktu bertemu delegasi Konfederasi Hoki Malaysia(KHM) dan Persatuan Hoki Negeri Terengganu bagi membincangan perkembangan hala tuju sukan hoki negeri Terengganu di Wisma Darul Iman pada 18 Ogos 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Untuk rekod, Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh dan Kejohanan hoki Piala Sultan Johor di Johor Bahru merupakan penganjuran kejohanan hoki tahunan berstatus antarabangsa yang sering mendapat perhatian dari pasukan-pasukan ternama dari luar negara. Sekiranya penganjuran di negeri pantai timur ini dapat direalisasikan sudah pasti menjanjikan cabaran tersendiri dari kuasa besar sukan ini di laman sendiri yang kaya dengan produk pelancongan bertaraf dunia.

RAGBI: Penghormatan Si Juara Berganda

Barisan pengurusan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bersama Exco Sukan Negeri Terengganu YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah(tiga dari kanan) sewaktu hadir ke Majlis Meraikan Kemenangan Skuad Ragbi Piala Agong dan 7 Sepasukan Kebangsaan Negeri Terengganu 2019 yang telah berlangsung di Hotel Primula, Kuala Terengganu pada 18 Julai 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

37 tahun untuk 37 edisi penganjuran yang perlu bermandi keringat dan darah buat Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) untuk pertama kali melakar sejarah selaku juara Kejohanan Ragbi Piala Agong Edisi Ke-37 2019 akhirnya berbaloi setelah diberi penghormatan penuh gilang gemilang dalam satu majlis pada 18 Julai lalu bertempat di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu.

Seluruh warga kontijen ragbi negeri Terengganu terdiri daripada 35 pemain skuad Piala Agong Edisi Ke-37 2019 dan 12 pemain skuad 7 Sepasukan Kebangsaan 2019 menerima ganjaran insentif wang kemenangan sebanyak RM 150,000.00 yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Insentif kemenangan itu telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang disampaikan kepada Yang di-Pertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu; Amir Amri Muhammad.

Dari kiri – Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu merangkap Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia Amir Amri Muhammad, Penolong Setiausaha PRNT; Encik Mohd Izwan Ismail dan Exco Sukan Negeri Terengganu YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah sewaktu hadir ke Majlis Meraikan Kemenangan Skuad Ragbi Piala Agong dan 7 Sepasukan Kebangsaan Negeri Terengganu 2019 yang telah berlangsung di Hotel Primula, Kuala Terengganu pada 18 Julai 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Kerajaan negeri seperti yang telah saya nyatakan tadi sentiasa memberikan semangat dan dorongan kepada persatuan untuk meningkatkan lagi kejayaan mereka dan bila mana kita telah pun berjaya mencapai kejuaraan ini maka..apa yang menjadi tanggungjawab kita adalah mengekalkan kejuaraan itu. Jadi, untuk mengekalkan ini kadang-kadang lebih susah berbanding untuk mendapat kejuaraan.”; berkata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah kepada PenyuSukan.com

Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu merangkap Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia Amir Amri Muhammad sewaktu hadir ke Majlis Meraikan Kemenangan Skuad Ragbi Piala Agong dan 7 Sepasukan Kebangsaan Negeri Terengganu 2019 yang telah berlangsung di Hotel Primula, Kuala Terengganu pada 18 Julai 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Insentif yang kita dapat ini memang kita akan agihkan kepada pemain-pemain kerana ini merupakan satu penghargaan daripada Persatuan Ragbi Negeri Terengganu di atas penat jerih beliau yang telah berusaha keras mencipta sejarah bagi negeri Terengganu merangkul Kejuaraan Piala Agong buat pertama kalinya. Dan insyAllah selepas ini kita akan agihkan kepada pemain-pemain dan management dan petugas-petugas yang bertungkus lumus membawa pulang Piala Agong ke negeri Terengganu buat pertama kalinya.”, ujar Yang di-Pertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Amir Amri Muhammad yang juga menggalas tanggungjawab selaku Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia.

Majlis Meraikan Kemenangan Skuad Ragbi Piala Agong dan 7 Sepasukan Kebangsaan Negeri Terengganu 2019 yang telah berlangsung di Hotel Primula, Kuala Terengganu pada 18 Julai 2020.

Rata-rata pemain yang ditemui menzahirkan tanda bersyukur dan berterima kasih kepada pihak pengurusan pasukan khususnya kepada Kerajaan Negeri Terengganu di atas penghormatan sedemikian yang amat jarang-jarang berlaku khasnya bagi sukan ini di negeri lain.

Mohd Syahir Asraf Rosli selaku kapten membantu pasukan ragbi Terengganu untuk pertama kali melakar sejarah muncul juara pada Kejohanan Ragbi Piala Agong 2019 Edisi Ke-37. Beliau juga turut membuat kejutan mengumumkan persaraan sewaktu hadir ke Majlis Meraikan Kemenangan Skuad Ragbi Piala Agong dan 7 Sepasukan Kebangsaan Negeri Terengganu 2019 yang telah berlangsung di Hotel Primula, Kuala Terengganu pada 18 Julai 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Pada majlis ini juga, kapten pasukan ragbi Terengganu ini yang juga bekas kapten kebangsaan; Mohd Syahir Asraf Bin Rosli turut membuat kejutan dengan menzahirkan untuk bersara di pentas kebangsaan bagi memberi fokus pada bidang kejurulatihan. Beliau yang lebih mesra dikenali sebagai ‘Saho’ kini berusia 32 tahun(lahir pada 13 Jun 1988) dijadualkan untuk melapor diri selaku jurulatih di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail( dahulu dikenali sebagai Sekolah Sukan Bandar Penawar) pada Ogos nanti.

Untuk rekod, pada Kejohanan Ragbi Piala Agong Edisi Ke-37 2019 lalu merupakan penampilan pertama Saho bersama Terengganu di mana merupakan satu-satunya negeri selain negeri kelahirannya iaitu Kelantan yang pernah diwakili.

Pada Kejohanan Ragbi Piala Agong edisi lalu, Terengganu hadir selaku pasukan bukan pilihan membuat kejutan di saat akhir untuk menamatkan permainan berkeputusan 25 berbalas 24 setelah ketinggalan tipis 21-24 kepada Sabah yang hadir penuh gah selaku penyandang juara dan juga pasukan pilihan kejuaraan musim itu.

Manakala pasukan 7 sepasukan muncul juara kategori kelompok utama atau ‘Men Core’ Kejohanan Siri Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019 selepas mengalahkan Kelantan berkeputusan 24-5 dalam perlawanan akhir yang telah berlangsung pada September lalu.

Kolaborasi MSNT-UNISZA Bantu Persatuan Sukan

Sebanyak RM 10 juta nilai keseluruhan peruntukan telah disediakan merangkumi aspek pengurusan, penganjuran dan juga program pendigitalan termasuk penyelidikan dan pembangunan(R&D).

Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) berkolaborasi bersama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk membantu setiap persatuan mahupun kelab sukan dalam negeri ini agar merebut peluang dana Inisiatif Prihatin Sukan 2020(IPS 2020) yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan(KBS).

Kolaborasi ini secara tidak langsung dilihat tepat memandangkan jurang kekangan dan kekurangan kepakaran dari pihak persatuan mahupun kelab sukan dapat dirapatkan sekaligus tidak melepaskan peluang inisiatif dana yang akan ditutup permohonan pada 17 Julai nanti.

IPS 2020 telah dilancarkan oleh KBS pada Jun lalu merupakan inisiatif untuk meringankan impak dan beban persatuan-persatuan sukan yang terkesan berikutan penularan wabak COVID-19 dan seterusnya memberikan sinergi baharu melalui bantuan dana penganjuran program dan aktiviti.

Sebanyak RM 10 juta nilai keseluruhan peruntukan telah disediakan merangkumi aspek pengurusan, penganjuran dan juga program pendigitalan termasuk penyelidikan dan pembangunan(R&D) untuk dimanfaatkan pada entiti sukan yang layak. Setiap entiti sukan sama ada persatuan mahupun kelab di peringkat negeri mahupun daerah hendaklah telah berdaftar di bawah Pesuruh Jaya Sukan Malaysia untuk memohon dana IPS 2020 ini.

Setiap permohonan juga adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Khas yang telah ditubuhkan. Setiap program dan aktiviti yang diluluskan perlu dilaksanakan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) semasa yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kita menaikkan imej sesuatu persatuan sukan itu, sekarang ini dah..orang cakap apa ni.. IR 4.0 kan, Industri Revolution itu. Jadi kita kena naikkan imej persatuan dari satu masa ke satu masa. Jadi kita tidak tertakluk pada takuk yang lama. Kita maju.. maju kepada tahap yang lebih untuk persatuan itu.”, ujar Nasree Najmi selaku Penolong Pengarah Pembangunan Majlis Sukan Negeri Terengganu.

“Ya..sebenarnya kita amat berterima kasih kepada kerajaan, Kementerian Belia dan Sukan boleh mengeluarkan geran sebegini kepada persatuan dalam keadaan yang terdesak dalam musim COVID ini. Kita harap dengan adanya geran sebegini jika kita dapat kelulusan nanti kita dapat membuat pembangunan. Saya tidak tergambar bahawa kita ada peluang untuk membuat permohonan bagi aspek pendigitalan. Satu aspek pembangunan sukan zaman sekarang yang memerlukan data dan kajian saintifik untuk kemajuan sukan dalam apa jenis sukan sekali pun.”, berkata Koo Bon Chin yang menyandang jawatan Presiden Persatuan Renang Amatur Terengganu.

Mustaffa Ismail selaku Pengerusi Kejohanan Persatuan Tenpin Boling Negeri Terengganu

“Dari segi sistem, kita akan memudahkan untuk kita membuat kejohanan dari dana yang diberikan itu. Sangat kurang selama ini untuk kita membuat kejohanan-kejohanan peringkat negeri, so dengan adanya insentif kejohanan ini mudah untuk kita menjalankan pengerusan persatuan dan kejohanan yang diatur.”, Mustaffa Ismail selaku Pengerusi Kejohanan Persatuan Tenpin Boling Negeri Terengganu.

Inisiatif Prihatin Sukan 2020 – Reaksi Majlis Sukan Negeri Terengganu

Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) berkolaborasi bersama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk membantu setiap persatuan mahupun kelab sukan dalam negeri ini agar merebut peluang dana Inisiatif Prihatin Sukan 2020(IPS 2020) yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan(KBS).

“Kita menaikkan imej sesuatu persatuan sukan itu, sekarang ini dah..orang cakap apa ni.. IR 4.0 kan, Industri Revolution itu. Jadi kita kena naikkan imej persatuan dari satu masa ke satu masa. Jadi kita tidak tertakluk pada takuk yang lama. Kita maju.. maju kepada tahap yang lebih untuk persatuan itu.”, ujar Nasree Najmi selaku Penolong Pengarah Pembangunan Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Baca sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/kolaborasi-msnt-unisza-bantu-persatuan-sukan/

Inisiatif Prihatin Sukan 2020 – Reaksi Presiden Persatuan Renang Amatur Terengganu

Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) berkolaborasi bersama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk membantu setiap persatuan mahupun kelab sukan dalam negeri ini agar merebut peluang dana Inisiatif Prihatin Sukan 2020(IPS 2020) yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan(KBS).

“ Saya tidak tergambar bahawa kita ada peluang untuk membuat permohonan bagi aspek pendigitalan. Satu aspek pembangunan sukan zaman sekarang yang memerlukan data dan kajian saintifik untuk kemajuan sukan dalam apa jenis sukan sekali pun.”, berkata Koo Bon Chin yang menyandang jawatan Presiden Persatuan Renang Amatur Terengganu.

Baca sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/kolaborasi-msnt-unisza-bantu-persatuan-sukan/

Proses Sanitasi Pusat Latihan Sukan Bermula

https://youtu.be/XiGP_QvveCI
Klik untuk lihat video – https://youtu.be/XiGP_QvveCI

Pengurusan Kompleks Sukan Negeri Terengganu(KSNT) kini memulakan proses sanitasi dan pencegahan COVID-19 sepenuhnya di fasiliti-fasiliti latihan sukan dalam persediaan untuk menerima kehadiran para atlet-atlet mahupun pasukan yang akan memulakan latihan tidak lama lagi. Perlaksanaan proses sanitasi yang menjadi sebahagian dari prosedur operasi standard (SOP) pengurusan ini turut dipantau oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu bagi memastikan setiap prosedur mengikut ketetapan yang sepatutnya.

Selain kemudahan fasiliti latihan digunakan untuk persiapan kontijen negeri ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA) edisi ke-20 di Johor nanti, turut terjejas adalah pasukan bola sepak Terengganu FC(TFC) yang berlatih sepenuhnya di fasiliti latihan milik KSNT ini. TFC yang beraksi dalam kempen saingan CIMB Liga Super 2020 hanya sempat menempuh 3 perlawanan pertama sebelum dihentikan berikutan penularan wabak COVID-19 yang menjadi isu global masa kini.

Untuk rekod, KSNT melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) telah menutup sepenuhnya ke semua operasi dan kemudahan fasiliti sukan sejak 18 Mac lalu sebagai langkah pencegahan penularan wabak COVID-19. Penutupan itu juga sekaligus turut melibatkan penangguhan ke semua program latihan atlet mahupun persiapan pasukan di seluruh negeri Terengganu. Berikutan langkah-langkah awal telah diambil, sehingga kini tiada sebarang kes jangkitan COVID-19 melibatkan atlet-atlet sukan negeri Terengganu dilaporkan.

Pengurus Kompleks Sukan Negeri Terengganu A. Zulkifli Mohamad

“Walaupun Terengganu telah diistiharkan kawasan hijau daripada COVID-19, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan kepada pengguna dan orang awam. Kita mengambil keputusan untuk membasmi kuman pada hari ini. Dengan adanya kerja-kerja seperti ini kita lebih yakin dan percaya pengguna yang akan menggunakan kemudahan di Kompleks Sukan Negeri Terengganu ini tidak terdedah kepada jangkitan COVID-19.”; ujar Pengurus Kompleks Sukan Negeri Terengganu A. Zulkifli Mohamad.

Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT) Mohd Syahrizan Mohd Zain

Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT), Mohd Syahrizan Mohd Zain yang ditemui PenyuSukan.com di lokasi turut menjelaskan bahawa keperluan proses sanitasi ini menjadi sebahagian dari SOP yang diberikan oleh pihak Malaysian Football League (MFL) selaku penganjur perlawanan. MFL telah memberi kebenaran kepada setiap pasukan untuk kembali membuat persiapan bermula pada 15 Jun namun perlu memohon kebenaran serta menuruti beberapa ketetapan ketat bagi langkah-langkah pencegahan penyebaran wabak COVID-19 ini.

Seterusnya beberapa fasiliti latihan sukan yang terletak di daerah lain termasuk kemudahan awam di bawah pengurusan KSNT akan turut dilakukan proses sanitasi dalam masa terdekat.

eLiga Layar Terengganu Cipta Sejarah

https://youtu.be/j_3V2-9q0Wo
Klik untuk lihat video – https://youtu.be/j_3V2-9q0Wo

Siri kejuaraan perlumbaan Liga Layar Terengganu yang juga merupakan sebahagian daripada program pembangunan sukan pelayaran di negeri Terengganu turut terkesan berikutan perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) ketika pandemik COVID-19 memaksa untuk mengikut arus pelayaran norma baharu penganjuran di dalam talian.

Kejuaraan yang dijenamakan sebagai UMT-Terengganu e Sailing League 2020 mencipta sejarah penganjuran sukan pelayaran tanah air untuk pertama kali dipertandingkan di atas platform sukan elektronik. Malah penyertaan dari pelayar kebangsaan Khairul Nizam Mohd Afendy , Muhammad Fauzi Kaman Shah, Umar Al-Farouk Mohd Zahawi dan Asri Bin Azman yang kini dalam persiapan ke Olimpik Tokyo 2020 menjadi penanda aras terbaik buat penganjuran sulung ini.

Pasukan pelayaran dari Indonesia dan Brunai juga turut telah mengesahkan penyertaan yang akan beraksi secara maya di laman mereka sendiri. Selain daripada itu adalah merupakan pasukan dari negeri-negeri yang akan bertanding di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) edisi ke-20 di Johor nanti.

Ketua jurulatih pelayaran negeri Terengganu; Abdul Rani Idris(kiri) bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Encik Ibni Amin Busu sewaktu Kejohanan Liga Layar Terengganu TSDL 2019 Siri 5 yang telah berlangsung di Duyung Marina Resort, Kuala Terengganu pada 30 Jun 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Penyertaan atlet-atlet Olimpik Tokyo 2020 dan pasukan dari luar negara merupakan satu petunjuk mahupun petanda di mana objektif penganjuran bukan sahaja sekadar permainan semata-mata tetapi sebagai salah satu proses dalam pembelajaran dan menjadi simulasi mahupun alat bantu latihan bagi mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan berkaitan pelayaran dalam kejohanan.”; ujar Abdul Rani Idris selaku penolong pengerusi UMT-Terengganu e Sailing League 2020 merangkap ketua jurulatih sukan pelayaran negeri Terengganu.

Virtual Regatta Inshore(VR) menjadi platform sukan elektronik bagi penganjuran kejohanan perlumbaan UMT-TERENGGANU eSailing League di mana VR ini juga turut mempunyai jalinan kerjasama dengan badan induk sukan pelayaran dunia(Sailing World). Kredit Foto – Play.google.com

6 kategori dipertandingkan di mana sehingga kini telah menerima penyertaan awal seramai 135 pelayar di mana tarikh tutup penyertaan masih terbuka sehingga pada 8 Jun nanti. Penganjuran yang terbuka kepada orang ramai tanpa sebarang bayaran ini juga turut secara rasmi diberi perhatian oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu dan juga Persatuan Pelayaran Negeri Terengganu(TESA) sebagai salah satu program pembangunan sukan air ini.

Baca sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/eliga-layar-terengganu-tarik-pelayar-olimpik/

Perutusan Hari Raya AidilFitri 1441H/2020M

https://youtu.be/z90cUtwzb8M

Perutusan Hari Raya AidilFitri 1441H/2020M yang disampaikan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu kepada warga sukan negeri Terengganu. Turut diingatkan kepada setiap atlet agar sentiasa menjaga kecergasan dan kesihatan diri dalam misi untuk mempertahankan kejuaraan di SUKMA Johor nanti

Norma Baharu Pengurusan Majlis Sukan Negeri Terengganu

https://youtu.be/WVEKztHEh5w

Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) membuka lembaran norma baharu dengan menyambung kembali operasi pengurusan sukan dalam negeri ini setelah menutup pintu sepenuhnya bagi sebarang urusan sejak 18 Mac lalu berikutan ancaman pandemik COVID-19.

Norma baharu seperti penjarakan sosial, penjagaan kebersihan diri, penggunaan pembasmi kuman, tidak bersesak dalam sesuatu situasi dan lain-lain pematuhan Prosedur Operasi Standard(SOP) kini menjadi rutin buat seramai 93 yang berkhidmat di institusi sukan ini.

Norma baharu seperti penjarakkan sosial, penjagaan kebersihan diri, penggunaan pembasmi kuman, tidak bersesak dalam sesuatu situasi dan lain-lain pematuhan Prosedur Operasi Standard(SOP) kini menjadi rutin buat seramai 93 yang berkhidmat di Majlis Sukan Negeri Terengganu ini. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Malah sepanjang perlaksanaan peringkat awal Perintah Kawalan Pergerakan sehingga kini, MSNT sentiasa menitik beratkan pematuhan perintah tersebut dan melakukan permantauan ketat di kalangan warga kerja mahupun setiap atlet mereka. Sehingga kini, tiada sebarang kes melibatkan warga kerja mahupun para atlet yang disahkan positif COVID-19.

Selain itu, MSNT juga dalam rangka memperhalusi keperluan SOP bersama beberapa agensi pemegang taruh untuk kembali menyambung program latihan atlet yang dijadualkan setelah tertangguh berikutan isu global COVID-19 ini.

Untuk rekod, pada 18 Mac lalu perlaksanaan penutupan operasi sepenuhnya turut melibatkan penangguhan segala program latihan atlet mahupun persiapan pasukan di seluruh negeri Terengganu khususnya bagi penggunaan fasiliti di bawah seliaan MSNT. Orang awam yang mempunyai sebarang urusan juga tidak terkecuali dengan arahan yang dikeluarkan sebelum ini.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Encik Ibni Amin Busu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Sebahagian besarnya adalah daripada kakitangan pengurusan dan juga kewangan khususnya mereka yang terlibat dengan perkara-perkara mustahak. Manakala bahagian-bahagian lain kita buat secara bergilir dan dalam bilangan yang sangat minimum kerana keperluanya tidak lagi optimum pada masa sekarang. Kita juga memberi kebebasan kepada pekerja untuk membuat pilihan di mana pengurusan akan berbincang untuk mewujudkan satu jadual pergiliran waktu bekerja di pejabat.”; ujar Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Ibni Amin Busu.

MSNT kini dalam misi mempertahankan kejuaraan dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20 yang dijadualkan akan berlangsung pada Mac 2021 di Johor nanti setelah penganjuran ini ditangguhkan pada tahun ini berikutan penularan wabak COVID-19 yang menjadi isu global.

BLACKOUT SOLD OUT!

‘Blackout Edition’ habis dijual di dalam talian setelah dilancarkan sehari sebelum ini. Kredit Foto – Al-ikhsan.com

‘Blackout Edition’ – Jersi edisi khas Terengganu FC(TFC) setelah sehari dibuka untuk jualan telah habis dijual dalam talian di laman rasmi Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd (Al-Ikhsan) – https://www.al-ikhsan.com/al-terengganu-fc-2020-blackout-jersey.html. Tinjauan PenyuSukan.com pada laman web tersebut kini tiada lagi sebarang transaksi pembelian boleh dilakukan.

Football Republic merupakan kedai konsep bola sepak premium yang dijenamakan oleh (Al-Ikhsan) di mana bagi jersi ‘Blackout Edition’ ini hanya boleh didapati di cawangan Suria KLCC, Sunway Pyramid dan Kuala Terengganu sahaja. Kredit Foto – Facebook.com/myfootballrepublic

Jersi ekslusif yang hanya terhad kepada 1000 helai ini telah dilancarkan pada 16 May 2020 di mana turut dijual di semua rangkaian kedai barangan sukan Al-Ikhsan Sports seluruh negeri Terengganu, 3 rangkaian kedai konsep bola sepak premium Football Republic dan TFC Merchandise Store.

Hadir dengan warna hitam sepenuhnya ini termasuk logo pasukan dan logo penaja-penaja bagi musim ini dengan menggunakan warna ‘Onyx’ dengan teknologi fabrik ‘smartDRY’ dijual pada harga RM149.00 sehelai. Jersi edisi khas ini di bawah jenama AL merupakan keluaran Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd(aL-ikhsaN) yang merupakan selaku penaja pasukan ini sejak 2019.

Keputusan 3 perlawanan pertama Terengganu FC dalam saingan CIMB Liga Super 2020 sebelum ‘terkandas’ berikutan pandemik COVID-19. Kredit Foto – Malaysianfootballleague.com

Terengganu (TFC) yang kini dalam kempen saingan CIMB Liga Super 2020 namun hanya sempat beraksi dalam 3 perlawanan pertama sebelum dihentikan berikutan penularan wabak COVID-19 yang menjadi isu global masa kini.

Untuk senarai kedai-kedai rasmi yang menjual jersi ekslusif Terengganu FC boleh dibaca di sini – http://penyusukan.com/v1/blackout-edition-jersi-edisi-khas-terengganu-fc/

COVID-19: Majlis Sukan Negeri Terengganu Kembali Beroperasi

Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu

Setelah selama 60 hari bermula pada 18 Mac yang lalu terpaksa menutup operasi sepenuhnya, Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) dalam satu hebahan di laman Facebook rasmi mereka telah mengumumkan bahawa kini kembali beroperasi. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) yang masih dalam perlaksanaan ini, MSNT akan beroperasi bermula dari jam 0800 pagi sehingga 0400 petang dengan Prosedur Operasi Standard(SOP) yang telah ditetapkan untuk memutuskan rantaian pandemik COVID-19 yang menjadi isu global masa kini.

Bagi berkaitan dengan sebarang program latihan, PenyuSukan.com difahamkan bahawa MSNT masih menunggu sebarang maklum balas terkini dari pihak Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara(MSN) khususnya berkaitan Prosedur Operasi Standard(SOP) pengurusan program latihan atlet di negeri ini. Sehingga kini di pihak MSNT masih belum mengeluarkan sebarang arahan kepada atlet-atlet mahupun persatuan-persatuan sukan untuk kembali menyambung program latihan seperti mana dijadualkan.

Untuk rekod, pada 18 Mac lalu perlaksanaan penutupan melibatkan penangguhan ke semua program latihan atlet mahupun persiapan pasukan di seluruh negeri Terengganu khususnya bagi penggunaan fasiliti di bawah seliaan MSNT. Orang awam yang mempunyai sebarang urusan juga tidak terkecuali dengan arahan ini yang dikeluarkan ini. Baca sepenuhnya di sini – http://penyusukan.com/v1/covid-19-majlis-sukan-negeri-terengganu-tutup-sepenuhnya

Selain pengurusan MSNT, Kompleks Sukan Negeri Terengganu(KSNT) juga turut sama kini menyambung operasi mereka yang turut terkesan sebelum ini.

Sebarang urusan berkaitan dengan kedua-dua agensi atau maklumat lanjut sila hubungi di talian 09 667 2577 atau 09 667 2578

SUKMA Johor 2020 Pada Mac 2021

Sukan Malaysia Edisi Ke-20 (SUKMA Johor 2020) telah ditunda pada 6 Mac sehingga 14 Mac 2021.

Tarikh baharu bagi penganjuran temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20 (SUKMA Johor 2020) telah diputuskan akan membuka tirai pada 6 Mac sehingga 14 Mac tahun hadapan setelah ditangguhkan berikuta pandemik COVID-19 yang menjadi isu global masa kini. Begitu juga bagi penganjuran Para SUKMA akan berlangsung bermula dari 5 sehingga 10 April 2021.

Keputusan itu telah diumumkan oleh Menteria Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina setelah mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tertinggi temasya ini yang sebulat suara mencapai kata sepakat. Mesyuarat yang diadakan secara dalam talian turut disertai oleh wakil seluruh negeri yang bertanding termasuk pemegang-pemegang taruh penganjuran yang disertai oleh Majlis Olimpik Malaysia(MOM), Institut Sukan Negara(ISN) dan juga Sekretariat Sukan Malaysia Johor selaku wakil tuan rumah.

Selain itu beberapa keputusan teknikal penganjuran juga turut dibuat pindaan di mana membenarkan atlet-atlet yang telah didaftarkan sebelum 9 Januari lalu untuk kekal beraksi walaupun melebihi umur pada tahun 2021 nanti.

Untuk rekod, SUKMA Johor 2020 sepatutnya dijadualkan berlangsung bermula dari 11 sehingga 19 Julai tahun ini dan seterusnya penganjuran Para SUKMA bermula pada 11 sehingga 22 Ogos namun pemegang taruh penganjuran telah mengambil keputusan awal untuk menangguhkan berikutan penularan wabak COVID-19 yang memberi ancaman serius.

Walaupun ditangguhkan sehingga pada tahun 2021, dalam mesyuarat tersebut turut menetapkan bahawa penganjuran itu tetap akan dinamakan sebagai SUKMA 2020 dan Para SUKMA 2020 bagi tujuan penjenamaan.

Namun begitu, tarikh baharu yang telah ditetapkan tersebut akan sekali lagi dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi pada Oktober nanti sekiranya ada sebarang perubahan mengikut perkembangan semasa pandemik COVID-19 yang masih belum boleh dijangka penghujungnya.

COVID-19: Teknologi Bantu Pelumba Rali Terengganu

Muhammad Syakirin Razaki yang lebih mesra dikenali dengan panggilan Keng merupakan anak jati Kuala Terengganu dan juga merupakan pelumba rali tunggal dari negeri Terengganu buat masa ini yang aktif berlumba di kejuaraan rali yang kompetitif. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Penularan wabak COVID-19 yang menjadi isu global masa kini sememangnya memberi cabaran kepada atlet-atlet sukan seluruh dunia untuk mengekalkan prestasi semasa.

Buat pelumba rali profesional; Muhammad Syakirin Razaki ianya satu cabaran terbesar memandangkan sukan yang diceburi melibatkan komitmen latihan bersama jentera lumba sepanjang masa.

Simulator perlumbaan menjadikan konsol permainan sebagai platform utama dengan beberapa pengubahsuaian sendiri seperti stereng dan brek E-brake (Hydraulic E brake) yang terdapat di dalam jentera rali milik pelumba rali ini. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga secara langsung merencatkan siri latihan yang telah dirancang di beberapa lokasi hingga memaksa untuk membina simulator perlumbaan di rumahnya sendiri.

Pelumba berusia 35 tahun dari Kuala Terengganu yang sepenuh masa menyertai siri perlumbaan kalendar Kejuaraan Rali Malaysia sejak 2012 terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar bagi membina simulator perlumbaan ini. Simulator yang dibina dengan menggunakan konsol permainan sebagai platform utama turut diubah suai dengan beberapa kelengkapan jentera lumba sebenar bagi menambah kualiti latihan yang diperlukan.

Syakirin Razaki terpaksa mengeluarkan pelaburan besar dengan membina simulator perlumbaan dengan pengubahsuaian seperti jentera rali sebenar untuk melakukan latihan peribadi di kediamannya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak COVID-19 seluruh dunia. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Simulator yang diubah suai ini mampu untuk memberi latihan sebenar bagi pelumba rali dengan teknologi perisian permainan sukan elektronik yang diguna pakai. Malah pemilihan perisian yang tepat dilengkapi dengan pelbagai kenderaan dan litar sebenar turut menjadi faktor penting buat pelumba profesional ini. Menambah menarik simulator ini juga turut membolehkan untuk berlumba bersama-sama pelumba profesional lain dari seluruh dunia secara dalam talian.

Syakirin Razaki rangkul tempat ke-3 dalam Kejuaraan Rali Terengganu 2018 yang juga merupakan pelumbaan sulung di negeri sendiri sejak kali pertama memulakan kerjaya sebagai pelumba profesional sepenuh masa pada 2012.
Koleksi trofi dan medal kemenangan kejuaraan rali yang dimenangi oleh Syakirin Razaki.

Walaubagaimanapun buat pelumba yang berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Tenaga Nasional ini juga terpaksa akur menanggung kerugian dengan situasi semasa berikutan beberapa bakal penaja musim ini terpaksa menarik diri kerana penganjuran perlumbaan yang terpaksa ditangguhkan pada satu masa yang tidak pasti.

Muhammad Syakirin Razaki yang lebih mesra dikenali dengan panggilan Keng merupakan anak jati Kuala Terengganu dan juga merupakan pelumba rali tunggal dari negeri Terengganu buat masa ini yang aktif berlumba di kejuaraan rali yang kompetitif. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Sepanjang tempoh PKP ini, saya sebagai seorang pelumba rali sepenuh masa agak terkesan dengan tempoh yang dilaksanakan dan terpaksa membelanjakan sebahagian duit saya yang agak besar untuk membina rig ini agar dapat mengasah skil saya supaya tidak tumpul dan dapat membantu saya pergi lebih jauh di masa akan datang. Sebab kita tau, PKP sekarang ini kita tidak pasti berapa lama dan berkemungkinan berlarutan sehingga orang-orang kita ini pandai untuk duduk diam rumah. Just stay at home.”, ujar Syakirin yang lebih mesra dengan panggilan ‘Keng’ kepada PenyuSukan.com

Muhammad Syakirin Razaki(kiri) bersama Amir Izham Abd Aziz dari pasukan OTFT Rally Team merupakan pasukan dari Kuala Terengganu yang turut memberi cabaran dalam dua hari perlumbaan Kejuaraan Rali Terengganu 2018. Kredit Foto - MalaysianRally.com
Muhammad Syakirin Razaki(kiri) bersama Amir Izham Abd Aziz dari pasukan OTFT Rally Team merupakan pasukan dari Kuala Terengganu yang turut memberi cabaran dalam dua hari perlumbaan Kejuaraan Rali Terengganu 2018. Kredit Foto – MalaysianRally.com

Untuk rekod, Muhammad Syakirin Razaki merupakan pelumba persendirian tunggal dari Terengganu yang aktif menyertai sebarang siri perlumbaan rali tempatan mahupun jemputan di luar negara. Podium pertama dirangkul bersama rakan sepasukan Azmeer Yusri setelah penampilan sulung pada Kejuaraan Rali Malaysia 2012, sejak dari itu beliau mula memberi fokus sebagai pelumba sepenuh masa jentera lasak ini.

https://www.facebook.com/334501793987783/videos/963641160693095/


Aksi Aksi pelumba Syakirin Razaki bersama Amir Izham dalam perlumbaan Tri-Nations Sprint Rally Malaysia yang telah berlangsung pada Mac 2019. Kredit – https://www.facebook.com/Tri-Nations-Sprint-Rally-Malaysia-334501793987783/

PROFIL PELUMBA RALI TERENGGANU
NAMA: Muhammad Syakirin Razaki
GELARAN/PANGGILAN/NICKNAME: Keng
TARIKH LAHIR & TEMPAT LAHIR: 17 April 1985 Kuala Terengganu

EMAIL/WEBSITE/MEDIA SOSIAL:
Email: Msyakirin@gmail.com
Facebook: Syakirin Razaki
Youtube: Syakirin Razaki
Instgram: AvexTrax0000

REKOD PELUMBA:
https://www.ewrc-results.com/coprofile/27387/
https://www.ewrc-results.com/profile/151565-muhammad-syakirin-razaki/
https://www.grumblo.com/tags/@SyakirinRazaki

JAWATAN/PEKERJAAN TERKINI: Well Services Supervisor (Petrofac – Offshore Base)

PENGALAMAN/JAWATAN SEBAGAI ATLET

2002 – Bola Keranjang (wakil Kuala Terengganu Utara U18)
2006 – Drag Dataran Merdeka (cc 1.6)
2007 – Drag Pekan (cc 1.8 turbo)
2012 – Malaysian Rally Championship Co-Driver bersama Azmeer Yusri (2nd Junior Cup)
2013 – Malaysian Rally Championship Co-Driver bersama Azmeer Yusri (Junior Cup Champion)
2014 – Malaysian Rally Championship Co-Driver bersama Amir Ahmad
2015 – Malaysian Rally Championship Co-Driver bersama Azmeer Yusri
2016 – Malaysian Rally Championship Co-Driver bersama Azmeer Yusri
2017 – Malaysian Rally Championship Driver bersama Amir Izham (4th overall P9 cc below 1300)
2017 – Malaysian Rally Championship Driver bersama Amir Izham (3rd overall P9 cc below 1300)
– Kcar Global 24hrs Sepang
2018 – Malaysian Rally Championship Driver bersama Amir Izham (3rd overall P9 cc below 1300)
2019 – Malaysian Rally Championship Driver bersama Amir Izham Tri-Nations Sprint Rally 2019 (
2019 – Sepang 1000km (Pasukan Piston Project)

PENCAPAIAN AKADEMIK
Tahun, Nama Sekolah/Universiti/Kolej, Peringkat & Kelulusan
2008 – Universiti Tenaga Nasional, Degree Mechanical Engineering
2004 – Universiti Tenaga Nasional, Foundation Mechanical Engineering
2002 – Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud SPM
2000 – Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud PMR
1997 – Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam UPSR

 

COVID-19: PHNT Sampaikan Bantuan Kepada Pemain

Setiausaha Persatuan Hoki Negeri Terengganu; Rashidi Hashim(dua dari kiri) sewaktu menyampaikan sumbangan kepada pemain-pemain hoki. Kredit Foto – Persatuan Hoki Negeri Terengganu

Rentetan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan berikutan penularan wabak COVID-19, Persatuan Hoki Negeri Terengganu(PHNT) mengambil inisiatif untuk menyampaikan bantuan kepada keluarga pemain-pemain hoki negeri ini yang terkesan. Rata-rata penerima merupakan pemain muda yang tidak mempunyai sebarang pendapatan tetap serta beberapa pemain yang terlibat dalam persediaan pasukan hoki ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di Johor nanti. Selain pemain SUKMA, turut menerima sumbangan adalah pemain-pemain dari Terengganu Hockey Team(THT) dan Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) yang bernaung di bawah PHNT ini.

PHNT juga turut memberi sumbangan kepada agensi-agensi barisan hadapan yang terlibat dalam PKP dalam negeri ini di mana telah menyampaikan sumbangan kanopi kepada Ibu Pejabat Polis Dungun dan Ibu Pejabat Polis Besut. Kredit Foto – Persatuan Hoki Negeri Terengganu

Walaupun ada diantara mereka sebelum ini turut menerima bantuan dari pihak Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) dan beberapa saluran sumbangan dari pihak kerajaan di awal perlaksanaan PKP, namun dengan keadaan situasi semasa yang tidak menentu sehingga kini sumbangan ini sudah pasti amat bermakna buat mereka.

Bantuan yang disampaikan tersebut merupakan bahan-bahan makanan dan keperluan asas agar sedikit sebanyak dapat membantu untuk meringankan beban mereka.

Timbalan Presiden Persatuan Hoki Negeri Terengganu Mohd Fikri Harun(kanan) turut turun ke padang untuk menyampaikan bantuan sumbangan makanan kepada wakil ahli keluarga pemain hoki negeri ini. Kredit Foto – Persatuan Hoki Negeri Terengganu

“Memandangkan bila mana tempoh PKP dilanjutkan, kami memikirkan bebanan yang ditanggung oleh setiap keluarga pemain-pemain terlibat. Maka dengan itu kami daripada jawatankuasa Persatuan Hoki Terengganu telah berbincang dan membuat keputusan untuk memberi bantuan dengan mengeluarkan sedikit sumber dari Persatuan Hoki Negeri Terengganu”, ujar Timbalan Presiden Persatuan Hoki Negeri Terengganu Mohd Fikri Harun.

Beliau juga turut mengulas bahawa di peringkat awal pengagihan sumbangan ini menyasarkan para pemain yang tinggal di sekitar daerah Kemaman berikutan kekangan pergerakan ketika ini. Bagi pemain yang berada di lain-lain daerah dalam negeri Terengganu akan disampaikan oleh ahli jawatankuasa PHNT yang akan mengambil peranan. Setiap nilai sumbangan ini diperolehi daripada kewangan pihak PHNT dan juga sumbangan peribadi daripada kalangan ahli jawatankuasa persatuan ini.

COVID-19: KENYATAAN RASMI KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Terengganu selaku pemegang taruh kontijen negeri ini ke pentas temasya SUKMA Johor 2020 melalui YB.Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu.

KENYATAAN PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN BELIA,
SUKAN DAN NGO NEGERI TERENGGANU

  1. Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA secara sidang video yang telah dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican pada 25 Mac 2020 telah sebulat suara bersetuju untuk menangguhkan SUKMA Johor ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Keputusan ini dibuat dengan mengambilkira aspek yang paling utama iaitu keselamatan dan kesihatan atlet-atlet, jurulatih, pegawai dan semua yang terlibat dalam temasya tersebut nanti. Mesyuarat juga telah mengenalpasti dua (2) cadangan tarikh yang menjadi pilihan majoriti iaitu pada Disember 2020 ataupun dianjakkan ke tahun 2021 setelah mengambilkira perkara-perkara berikut:-

i. Pemantauan berterusan perkembangan wabak Covid-19
ii. Tiada pertindihan dengan tarikh-tarikh penting yang lain seperti peperiksaan awam, acara-acara sukan utama; dan
iii. Meneliti dan mengambilkira kepentingan semua pemegang taruh SUKMA Johor 2020, khususnya Negeri Johor sebagai tuan rumah.

https://youtu.be/E7HsrMGvi28?autoplay=1
  1. Selaras dengan keputusan mesyuarat tersebut dan pendirian Kerajaan Negeri sebelum ini, tindakan segera telah diambil melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk menutupkan semua premis latihan sukan negeri termasuk Pejabat Majlis Sukan Negeri Terengganu sendiri bermula dari 18 Mac lagi hingga 14 April 2020 setelah arahan tempoh kawalan pergerakan dipanjangkan selama 14 hari lagi oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Arahan ini juga termasuk memberhentikan semua aktiviti latihan berkelompok, pengelolaan pertandingan dan sebarang perhimpunan sukan.

  2. Pada dasarnya latihan jangka panjang yang tersusun terutama yang melibatkan persiapan kontinjen SUKMA akan terjejas jika latihan dihentikan lebih daripada tiga (3) hari, namun Majlis Sukan Negeri telah memastikan semua jurulatih memantau latihan semua atlet mereka yang masih diteruskan di rumah masing-masing.

    Prestasi mereka dipantau melalui video dan semakan kadar nadi latihan setiap hari. Setiap atlet diwajibkan menghantar data kadar nadi awal dan kadar nadi maksimum latihan setiap hari kepada jurulatih masing-masing.

    Kekangan kita adalah latihan dari aspek kombinasi pemain, teknik dan tektik perlawanan tidak dapat diadakan, namun apabila keadaan kembali nomal aspek tersebut akan dilaksanakan secara agresif supaya persiapan menyeluruh latihan pasukan dapat diperkemaskan.

  3. Harapan kita adalah tarikh baru SUKMA akan ditetapkan dan dimaklumkan lebih awal bagi memastikan jurulatih dapat menyediakan periodisasi latihan baru yang lebih sempurna. Dalam keputusan mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA Tarikh baru akan ditetapkan segera tidak lewat daripada bulan Mei 2020.

  4. Kerajaan Negeri setiasa akur kepada apa saja keputusan jawatankuasa atas dasar keselamatan warga sukan akan diberikan keutamaan.

  5. Sukan Olimpik 2020 juga telah diputuskan untuk ditangguhkan pada tahun 2021.

  6. Warga sukan negeri Terengganu sangat komited dalam turut sama memerangi wabak Coronavirus Covid-19 ini yang melibatkan kawalan pergerakan tanpa menjejaskan persiapan para atlet.

YB.Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah

COVID-19: SUKMA Johor 2020 Tunggu Keputusan

Berikutan penularan wabak COVID-19, penganjuran SUKMA Johor 2020 yang berisiko untuk diteruskan atau dibatalkan akan ditentukan dalam satu Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA dijadualkan nanti. Kredit Foto – Timesofindia.indiatimes.com

Penganjuran temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Johor 2020 edisi ke-20 yang dijadualkan pada Julai nanti berdepan dengan sebarang risiko penganjuran untuk diteruskan atau sebaliknya berikutan penularan wabak COVID-19 yang kini diisytihar oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) sebagai pandemik.

Sebelum itu, pihak Kerajaan Negeri Johor selaku tuan rumah dilaporkan memberi gambaran tidak akan menangguhkan penganjuran SUKMA Johor 2020 ini memandangkan segala persiapan kini di fasa-fasa akhir yang telah menelan perbelanjaan besar. Namun kini tuan rumah terpaksa bersedia untuk akur dengan segala keputusan yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA dalam masa terdekat nanti.

Semua fasiliti di bawah selian Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Kompleks Sukan Negeri Terengganu ditutup sepenuhnya selama 14 hari bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 sebagai langkah pencegahan penularan wabak COVID-19. Sehingga kini tiada sebarang kes jangkitan COVID-19 melibatkan atlet-atlet sukan negeri Terengganu dilaporkan.

Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui satu Perutusan Khas malam tadi(16 Mac 2020) telah mengumumkan kerajaan perlu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac di seluruh negara bagi membendung penularan wabak Covid-19.Perintah Kawalan Pergerakan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Notis pengumuman penutupan selama 14 hari berkuatkuasa pada 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 yang dikongsi di laman Facebook Rasmi Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 17 Mac 2020 jam 0639 petang. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu

Rentetan perintah ini, Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) turut mengeluarkan arahan kepada semua atlet untuk menghentikan sebarang program latihan bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Malah semua fasiliti di bawah selian Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Kompleks Sukan Negeri Terengganu ditutup sepenuhnya selama 14 hari bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 sebagai langkah pencegahan penularan wabak COVID-19. Sehingga kini tiada sebarang kes jangkitan COVID-19 melibatkan atlet-atlet sukan negeri Terengganu dilaporkan.

Selain penganjuran SUKMA yang disertai oleh seluruh kontijen negeri dalam negara, Sukan Olimpik Tokyo membabitkan penyertaan hampir 206 negara melibatkan lebih dari 10 ribu atlet yang dijadualkan pada Julai ini juga turut berdepan situasi yang sama.

Untuk rekod sebelum ini pada 14 Mac 2020, Kementerian Belia dan Sukan(KBS) juga telah mengeluarkan satu kenyataan penangguhan atau pembatalan semua perhimpunan, program, acara belia dan sukan anjuran atau kelulusan KBS dan agensi – agensi dibawah seliaan KBS sehingga 30 April 2020.

COVID-19: Tinjauan Penutupan Majlis Sukan Negeri Terengganu

Tinjauan hari pertama penutupan Majlis Sukan Negeri Terengganu dan sekitar Kompleks Sukan Negeri Terengganu

Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) dalam satu hebahan terkini mengumumkan penutupan pejabat urusan dan setiap fasiliti berkaitan termasuk Kompleks Sukan Negeri Terengganu berkuatkuasa 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 nanti.

Penutupan ini juga turut melibatkan penangguhan ke semua program latihan atlet mahupun persiapan pasukan di seluruh negeri Terengganu khususnya bagi penggunaan fasiliti di bawah seliaan MSNT. Orang awam yang mempunyai sebarang urusan juga tidak terkecuali dengan arahan ini yang dikeluarkan ini.

Baca sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/covid-19-majlis-sukan-negeri-terengganu-tutup-sepenuhnya/

COVID-19: MSN Terengganu Tutup Sepenuhnya

Semua fasiliti di bawah selian Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Kompleks Sukan Negeri Terengganu ditutup sepenuhnya selama 14 hari bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 sebagai langkah pencegahan penularan wabak COVID-19. Sehingga kini tiada sebarang kes jangkitan COVID-19 melibatkan atlet-atlet sukan negeri Terengganu dilaporkan.

Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) dalam satu hebahan terkini mengumumkan penutupan pejabat urusan dan setiap fasiliti berkaitan termasuk Kompleks Sukan Negeri Terengganu berkuatkuasa 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 nanti. Penutupan ini juga turut melibatkan penangguhan ke semua program latihan atlet mahupun persiapan pasukan di seluruh negeri Terengganu khususnya bagi penggunaan fasiliti di bawah seliaan MSNT. Orang awam yang mempunyai sebarang urusan juga tidak terkecuali dengan arahan ini yang dikeluarkan ini.

Notis pengumuman penutupan selama 14 hari berkuatkuasa pada 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 yang dikongsi di laman Facebook Rasmi Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 17 Mac 2020 jam 0639 petang. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu

Namun begitu, setiap jurulatih yang bernaung di bawah MSNT turut diingatkan agar sentiasa memastikan setiap atlet mengekalkan kecergasan secara persendirian. Komunikasi di antara jurulatih dan atlet juga ditekankan untuk memastikan perkembangan semasa atlet berkaitan sepanjang arahan ini berkuatkuasa.

Notis pengumuman penutupan selama 14 hari berkuatkuasa pada 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 yang dikongsi di laman Facebook Rasmi Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 17 Mac 2020 jam 0639 petang. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu

Keputusan drastik yang terpaksa diambil ini berikutan langkah-langkah pencegahan wabak COVID-19 yang kian menular seluruh negara. Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui satu Perutusan Khas malam tadi(16 Mac 2020) mengumumkan kerajaan perlu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac di seluruh negara bagi membendung penularan wabak Covid-19.Perintah Kawalan Pergerakan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

https://youtu.be/E7HsrMGvi28

Untuk rekod sebelum ini pada 14 Mac 2020, Kementerian Belia dan Sukan(KBS) juga telah mengeluarkan satu kenyataan penangguhan atau pembatalan semua perhimpunan, program, acara belia dan sukan anjuran atau kelulusan KBS dan agensi – agensi dibawah seliaan KBS sehingga 30 April 2020.

Sehingga kini tiada sebarang kes jangkitan COVID-19 melibatkan atlet-atlet sukan negeri Terengganu dilaporkan.

Sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan MSNT adalah melalui email di:

msn@terengganu.gov.my dan admin@msnt.gov.my

COVID-19: ‘Tangguh atau Batal’ – KBS


Hebahan yang disiarkan di laman Facebook rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 14 Mac 2020 jam 1235 tengah malam. Kredit Foto – Facebook.com/myKBSMalaysia

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui satu hebahan di laman sosial rasmi kementerian ini telah mengeluarkan arahan untuk penagguhan atau pembatalan semua jenis program mahupun acara sukan di bawah seliaan KBS mahupun agensi-agensi berkaitan serta merta sehingga 30 April ini.

Arahan ini telah dikeluarkan oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu dilantik, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican selaras dengan keputusan dan saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas dan juga keputusan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri Mengenai COVID-19, semalam.

“Keputusan dan peringatan pematuhan ini diambil atas sebab keutamaan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan khususnya belia dan atlet negara yang terbabit di pelbagai peringkat bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19 yang semakin menular,” katanya kepada pemberita.

Kenyataan penuh yang disiarkan di laman Facebook rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 14 Mac 2020 jam 1235 tengah malam. Kredit Foto – Facebook.com/myKBSMalaysia

Norlan United Taja Pembangunan Taekwondo Terengganu

Klik untuk lihat video – https://youtu.be/YftfPL7GLN8

Sukan taekwondo bagi negeri Terengganu sungguh bertuah kerana mendapat perhatian dari syarikat pembinaan dan hartanah; Norlan United (AHT (Norlan United) & Carriage Sdn. Bhd.) yang sudi menaja sepenuhnya bagi program pembangunan sukan ini. Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Zainal Abidin(SMK Tengku Zainal Abidin) menjadi saksi penuh bersejarah pada majlis menandatangani memorandum persefahaman(MoU) di antara Norlan United bersama Persekutuan Taekwon-Do Terengganu(ITF) dan juga barisan pengurusan sekolah ini.

SMK Tengku Zainal Abidin yang terletak di Jalan Maras, Kampung Padang Kemunting telah dipilih untuk perlaksanaan sulung program pembangunan sukan taekwondo ini. Terletak di kawasan luar bandar dari ibu negeri Terengganu menjadi pilihan terbaik untuk program ini di mana secara tidak langsung membantu pembangunan sahsiah pelajar-pelajar sekolah ini. Malah menambah menarik, Norlan United juga turut sudi untuk menaja sebarang penyertaan tanpa had daripada anak-anak komuniti yang tinggal berhampiran.

Tan Sri Haji Abdullah bin Haji Taib selaku Pengerusi merangkap Pengarah Urusan AHT (Norlan United) & Carriage Sdn. Bhd hadir untuk menyempurnakan majlis menandatangani memorandum persefahaman(MoU) di antara Norlan United bersama Persekutuan Taekwon-Do Terengganu(ITF) dan juga pengurusan SMK Tengku Mizan Zainal Abidin. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Norlan United merupakan syarikat yang telah lama lahir di bumi negeri Terengganu ini, jadi ini semua merupakan sebahagian dari tanggungjawab sosial kami kepada anak-anak Terengganu khususnya mereka yang berada di luar bandar untuk diberi perhatian. Terengganu selaku negeri kuasa besar sukan dan sudah pasti program pembangunan berterusan menjadi teras untuk mencapai kejayaan. Begitu juga taekwondo seperti sukan-sukan lain yang harus diberi sokongan untuk memastikan program pembangunan ini berterusan.”; ujar Tan Sri Haji Abdullah bin Haji Taib selaku Pengerusi merangkap Pengarah Urusan AHT (Norlan United) & Carriage Sdn. Bhd.

Timbalan Persekutuan Taek-Wondo Terengganu Nasree Najmi sewaktu menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman(MoU) di antara Norlan United bersama Persekutuan Taekwon-Do Terengganu(ITF) dan juga pengurusan SMK Tengku Mizan Zainal Abidin. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Hubungan baik di antara pihak persatuan bersama Majlis Sukan Negeri Terengganu sudah pasti menjadi penanda aras utama bagi masa depan setiap atlet-atlet taekwondo ini untuk ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh sedemikian sememangnya program pembangunan seperti ini menjadi faktor penting untuk kita mencungkil bakat di peringkat usia muda sebelum bakat dan kemahiran mereka digilap untuk menjadi atlet profesional.”; berkata Nasree Najmi selaku Timbalan Persekutuan Taek-Wondo Terengganu kepada PenyuSukan.com

SMK Tengku Mizan Zainal Abidin yang terletak di Jalan Maras, Kampung Padang Kemunting merupakan lokasi pilihan sulung bagi program pembangunan sukan taekwondo yang mendapat tajaan sepenuhnya daripada syarikat Norlan United. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Momentum pembangunan sukan taekwondo ini tidak hanya terhenti di sini malah beberapa sekolah di lain-lain daerah juga telah dikenal pasti untuk dikembangkan program pembangunan ini. Menyasarkan peringkat umur pelajar sekolah juga dilihat mampu untuk menjadi satu platform terbaik bagi mencungkil bakat ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Sudah pasti pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) menjadi keutamaan untuk penyertaan dari anak jati kelahiran negeri Terengganu ini.

Pelumba Chalok Lakar Sejarah LTDL

Anak jati Kampung Bukit Putera, Chalok dari daerah Setiu; Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff. Kredit Foto – https://www.facebook.com/teamsapuracycling.tsc/photos/2532959686979935

Anak jati Kampung Bukit Putera, Chalok dari daerah Setiu; Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff membuat kejutan untuk melakar sejarah sebagai pelumba tempatan pertama untuk menyarung jersi merah sekaligus dinobatkan selaku Raja Bukit dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi 2020(LTDL 2020) yang menutup tirai pada hari ini.

Kejayaan yang sangat dinantikan sejak 25 tahun penganjuran telah dibuktikan oleh pelumba berusia 23 tahun yang membuat penampilan pertama bagi musim ke-3 bersama Team Sapura Cycling (TSC).

Malah kejayaan ini juga telah melengkapkan trio anak Terengganu yang berjaya menyarung jersi di pentas Le Tour de Langkawi di mana sebelum ini jersi hijau selaku Raja Pecut dimiliki oleh Anuar Manan pada edisi penganjuran ke-15 2010 dan jersi putih selaku pelumba terbaik Asia penganjuran edisi ke-20 2015 telah disarung kemas oleh Adiq Hussaini Othman.

Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff(jersi merah) cipta sejarah penganjuran Le Tour de Langkawi sebagai pelumba tempatan pertama dinobatkan selaku Raja Bukit pada hari terakhir siri perlumbaan Le Tour de Langkawi 2020 yang berakhir di Langkawi pada 14 Februari 2020. Kredit Foto – Le Tour de Langkawi

Kejayaan ini juga cukup manis buat Aiman Zariff untuk menutup tirai LTDL 2020 dengan 34 kutipan mata pendakian sekaligus mendahului 11 mata kepada pelumba Perancis Quentin Pacher dari pasukan B&B Hotels – Vital Concept p/b KTM di kedudukan kedua manakala Samuele Battistella pelumba Itali dari pasukan NTT Pro Cycling di kedudukan ketiga dengan 18 mata pendakian.

Keputusan Raja Bukit(King of Mountains KOM) Le Tour de Langkawi LTDL 2020 Peringkat Akhir. Kredit – https://www.procyclingstats.com/race/tour-de-langkawi/2020/kom

Penganjuran LTDL 2020 ini juga turut menyaksikan pelumba dari Terengganu Cycling Team, Mohd Harrif Saleh yang mencipta sensasi perlumbaan untuk muncul juara dua peringkat siri perlumbaan iaitu di peringkat lima bagi jarak kayuhan 165.8km bermula dari Kuala Kubu Baru ke Ipoh dan peringkat tujuh bagi jarak 130.4km dari Bagan ke Alor Star.

Liga Hoki Malaysia: Peraturan Kad & Mata Demerit

Terdapat 3 jenis warna kad pengadil yang diguna pakai sepanjang kejohanan ini berlangsung iaitu kad hijau, kad kuning dan kad merah. Setiap layangan kad yang diterima akan menghukum pemain sepanjang kejohanan mengikut peraturan yang ditetapkan. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Kejohanan Liga Hoki Malaysia yang melibatkan pasukan hoki lelaki dan wanita ini mengguna pakai undang-undang peraturan hoki terkini yang dikawal selia oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa(International Hockey Federation) seperti mana menurut perlembagaan Konfederasi Hoki Malaysia selaku badan induk sukan hoki di Malaysia.

Terdapat 3 jenis warna kad pengadil yang diguna pakai sepanjang kejohanan ini berlangsung iaitu kad hijau, kad kuning dan kad merah. Setiap layangan kad yang diterima akan menghukum pemain seperti berikut.

Kad Hijau
Pemain diarahkan untuk berada dalam bangku pegawai teknikal di luar padang untuk selama 2 minit permainan.

Kad Kuning
Pemain diarahkan untuk berada dalam bangku pegawai teknikal di luar padang untuk selama tidak kurang 5 minit permainan dan tidak melebihi 10 minit permainan.

Kad merah
Pemain menerima hukuman dibuang padang serta merta.

Setiap warna kad ini mempunyai nilai mata demerit yang akan dikutip oleh pemain untuk menentukan jenis tambahan hukuman yang boleh dikenakan. Berikut maklumat tentang mata-mata demerit mengikut jenis warna kad:

Kad Hijau – 2 mata demerit
Kad Kuning – 4 mata demerit
Kad Merah – 8 mata demerit

Sepanjang kejohanan sekiranya pemain mempunyai jumlah mata demerit terkumpul sebanyak 8 mata maka akan digantung 1 perlawanan seterusnya. 8 mata demerit terkumpul sama ada setelah menerima 4 kad hijau atau 2 kad kuning atau 2 kad hijau bersama 1 kad kuning atau 1 kad merah sepanjang perlawanan yang telah berlangsung.

Lain-lain peraturan sepenuhnya boleh dirujuk di – http://mhccompetitions.com/mhl/pdf/tournament_rules.pdf

Ragbi Dinobatkan Ikon Pelancongan Negeri Terengganu

Penghormatan kepada Persatuan Ragbi Negeri Terengganu selaku ikon perlancongan ini telah diadakan dalam satu majlis pelancaran kalendar acara pelancongan negeri Terengganu bagi sepanjang tahun 2020 yang juga menjadi pemangkin kempen Tahun Melawat Malaysia 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Rentetan mencipta fenomena kejayaan melakar sejarah pertama kali muncul juara Kejohanan Ragbi Piala Agong 2019 yang berusia 37 tahun penganjuran, Persatuan Ragbi Negeri Terengganu kini telah diberi penghormatan sebagai salah satu ikon produk perlancongan negeri Terengganu. Penghargaan ini telah dizahirkan sendiri oleh Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu; Ab. Rasid Jusoh dalam satu majlis sambutan ambang tahun baru bertempat di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu. Kejayaan ini secara tidak langsung mencipta satu penanda aras terbaik buat persatuan sukan ini untuk menutup kalendar 2019 dan membuka tirai tahun baru.

Pemilihan selaku ikon perlancongan negeri ini juga merupakan satu tanda kerjasama strategik di antara Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu untuk merancakkan program penganjuran sukan-sukan di negeri ini selaku kuasa besar sukan tanah air. Jalinan kerjasama ini mewujudkan ‘situasi menang-menang’ kepada kedua-dua agensi ini di mana segala program pembangunan mahupun penganjuran sukan terletak di bawah Majlis Sukan Negeri Terengganu akan membawa pulangan pelancongan yang harus dimanfaat oleh Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.

Malah pencapaian atlet – atlet ragbi anak jati kelahiran negeri ini juga tidak hanya di peringkat kebangsaan malah di peringkat antarabangsa meletakkan satu platform terbaik sebagai duta pelancongan negeri ini. Langkah ini dilihat tepat oleh kerana melalui platfom perlancongan ini juga secara tidak langsung turut membantu program pembangunan mahupun mempromosi sukan ragbi ini ke pelusuk negeri.

Dari kiri; Penolong Setiausaha Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Encik Mohd Izwan Ismail, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu Ab Rasid Jusoh dan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Encik Che Mohd Zulkarnain. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Sukan ragbi dalam masa 37 tahun untuk menjadi juara Piala Agong, tahun ini menjadi juara. Jadi kita mesti tonjolkan ikon sukan ragbi kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Terengganu mempunyai keupayaan untuk menjadi kuasa besar dalam bidang ragbi. Saya amat bersetuju kerana tepat sekali untuk menjadikan ragbi ini sebagai ikon pelancongan negeri Terengganu bersama sukan-sukan yang lain.”; ujar Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu; Ab. Rasid Jusoh yang ditemubual oleh PenyuSukan.com

Dari kiri; Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Encik Che Mohd Zulkarnain dan Penolong Setiausaha Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Encik Mohd Izwan Ismail. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab juga turut menzahirkan tanda terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan juga Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu di atas penghargaan ini. Beliau juga turut mengulas penghargaan ini secara tidak langsung membuka mata masyarakat khususnya para peminat sukan tempatan yang memandang sinis pada sukan berpasukan ini.

https://youtu.be/Vps3qw2tMfg
X