Terengganu menjadi destinasi ke-9 dalam siri jelajah pencarian pelumba muda yang dijadualkan berlangsung pada 12 sehingga 13 Januari ini bertempat di Majlis Sukan Negeri Terengganu.
Kementerian Belia dan Sukan(KBS) dan Majlis Sukan Negara(MSN) kini dalam program menjelajah ke seluruh negara dalam misi pencarian bakat baru sukan berbasikal wanita untuk diketengahkan sebagai pelapis atlet kebangsaan.
Terengganu menjadi destinasi ke-9 dalam siri jelajah pencarian pelumba muda yang dijadualkan berlangsung pada 12 sehingga 13 Januari ini bertempat di Majlis Sukan Negeri Terengganu.
Pencarian yang menyasarkan 100 pelumba berbakat peringkat umur 13 sehingga 15 tahun akan dinilai sebelum terpilih untuk proses penilaian akhir melalui ujian spesifik di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan. Seterusnya hanya 15 bakat muda akan dipilih untuk diserapkan dalam Program Pelapis Berbasikal Wanita nanti.
Program pemilihan ini di bawah kendalian sepenuhnya bekas atlet berbasikal kebangsaan yang juga anak jati Kampung Langgar, Kuala Berang Fatehah Mustapa bersama ketua jurulatih skuad pelapis negara Sood Husain.
Untuk rekod, Fatehah Mustapa telah mengumumkan persaraannya pada April lepas setelah 17 tahun berkecimpung dalam arena sukan berbasikal ini. Ratu berbasikal trek negara ini juga merupakan di antara produk hasil dari program pencarian bakat pada 2002 lalu. Beliau yang pernah membuat penampilan sebanyak dua kali di pentas Olimpik London dan Rio turut pernah meraih gangsa di Sukan Komanwel Glasgow dan sebelum itu meraih emas di Sukan Asia New Delhi pada 2013.
TSS Criterium Challenge 2021 mempertaruhkan 10 kategori perlumbaan melibatkan jentera ‘road bike’ mahupun ‘mountain bike(MTB)’ menyasarkan penyertaan seramai 60 pelumba bagi setiap kategori.
TSS Criterium Challenge 2021 membuka tirai kalendar penganjuran perlumbaan berbasikal pada tahun ini dengan mempertaruhkan 10 kategori yang akan menjadi tumpuan pelumba-pelumba sukan berbasikal sama ada dari jentera ‘road bike’ mahupun ‘mountain bike(MTB)’.
Penganjuran perlumbaan secara kompetitif anjuran Majlis Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama TSS Cycling Club selaku pengurus acara yang turut disokong oleh Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu ini juga secara tidak langsung bakal menjadi pentas terbaik buat pelumba amatur di mana terdapat beberapa kategori yang menghadkan penyertaan pelumba profesional. Malah setiap kategori yang dipertandingkan juga turut dihadkan kepada 60 pelumba sahaja bagi setiap satu kategori. Sekaligus meletakkan sasaran penyertaan seramai 600 pelumba keseluruhan yang melibatkan 10 kategori acara yang dipertandingkan nanti.
Menambah menarik, selain kategori melibatkan pelumba berusia bawah 18 tahun turut dipertandingkan adalah kategori Men Veteran bagi pelumba yang berusia 46 tahun ke atas dengan taruhan kayuhan selama 10 minit serta tambahan 2 pusingan litar perlumbaan yang perlu ditamatkan.
Walaubagaimanapun, pentas perlumbaan yang dilihat mampu untuk menarik penyertaan dari seluruh negara namun pada penganjuran kali ini penyertaan hanya tertutup kepada penyertaan di dalam negeri Terengganu sahaja kecuali bagi kategori Men Pro yang dijangka turut menerima penyertaan beberapa pasukan berstatus antarabangsa.
TSS CRITERIUM CHALLENGE 2021
TARIKH: 16 Januari 2021 VENUE: Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus.
Kalendar perlumbaan kejohanan BMX bagi tahun 2021. Kredit – Facebook.com/bmxracingmalaysia.
Kalendar siri kejohanan perlumbaan basikal BMX bagi musim 2021 telah diumumkan oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) selaku badan induk sukan berbasikal tanah air.
Pada tahun ini sebanyak 9 kejohanan bakal dianjurkan di mana melibatkan 4 siri sirkit bagi Kejohanan BMX Remaja, 3 siri Kejohanan BMX Kebangsaan, 1 kejohanan bertaraf UCI NC bagi Kejuaraan BMX Kebangsaan dan 1 penganjuran antarabangsa bertaraf UCI C1 iaitu Kejohanan Antarabangsa BMX Malaysia.
Sepanjang kalendar penganjuran perlumbaan BMX ini hanya melibatkan dua venue perlumbaan iaitu Arena BMX Nasional yang terletak di Nilai dan Trek BMX Johor yang baru dibina sebagai persiapan penganjuran Sukan Malaysia(SUKMA) Johor 2020 yang kini ditunda pada 2022 nanti.
Walaubagaimanapun dengan perkembangan situasi semasa seluruh dunia berikutan pandemik COVID-19 yang belum bernoktah, berkemungkinan beberapa kejohanan terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan.
Ulasan Syed Mohd Husaini Syed Mazlan selaku ketua jurulatih berbasikal negeri Terengganu sewaktu penganjuran Kuala Terengganu Ride Challenge Criterium Race yang telah berlangsung di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus pada 12 Disember 2020.
Penganjuran perlumbaan kriterium ini akan diteruskan bagi setiap 2 bulan sekali menjadi pentas terbaik buat atlet-atlet SUKMA yang bernaung di bawah Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk melepaskan momentum latihan sepenuh masa mereka.
Seramai 30 atlet sukan pelayaran negeri Terengganu telah terpilih untuk menyertai program pemilihan kem kebangsaan yang berpusat di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, pulau Langkawi yang akan berakhir pada 24 Disember nanti.
Program pemilihan di bawah kendalian Majlis Sukan Negara(MSN) bersama badan induk Persatuan Pelayaran Malaysia adalah sebagai persediaan untuk membentuk pelapis atlet sukan pelayaran bagi jangka masa panjang menghadapi temasya Sukan SEA dan Sukan Asia nanti.
Menambah menarik, Terengganu mempertaruhkan sepenuhnya atlet-atlet berusia bawah 21 tahun yang kini dalam persediaan pasukan ke pentas Sukan Malaysia(SUKMA) di bawah kendalian Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) untuk menyertai kem pemilihan atlet kebangsaan ini.
Penyertaan atlet-atlet dari negeri ini melibatkan disiplin sukan pelayaran bagi acara International 420, laser radial, laser 4.7, luncur angin dan optimist yang merupakan prospek pungutan pingat negara di pentas antarabangsa.
Antara nama-nama besar sukan pelayaran negeri ini yang terpilih adalah seperti Alif Safares Azmi, pasangan adik beradik Al Yauma Akma Zulkifeli dan Al Insyirah Aina Zulkifeli, Muhammad Fikri Aqil Mohd Fouzi dan Sofiatul Khadija Markham.
Turut berlangsung di pulau Langkawi nanti juga adalah kejohanan simulasi bagi program ‘Road To Tokyo 2020’ yang akan melibatkan penyertaan dari beberapa atlet kebangsaan.
Jurulatih sukan pelayaran Terengganu Hamdan Mohd Rozi.
“Di mana Terengganu menghantar semaksimum yang mana kita dah mula berlatih dari sejak awal PKP dari kita buat video call sampai kita turun air yang mana kita yakin pelayar-pelayar dari Terengganu akan cuba dapat slot kebangsaan ..dapat duduk dalam program Sukan Asia 2022, SEA Games 2023 dan 2025 untuk pelayar-pelayar termuda yang mereka cungkil bakat.”, ujar jurulatih pelayaran Terengganu Hamdan Mohd Rozi kepada PenyuSukan.com
Atlet sukan pelayaran Terengganu Alif Safares Azmi yang mengungguli disiplin bot International 420.
“Saya menaruh harapan yang tinggi di pemilihan ini. Suatu peluang yang telah lama saya nantikan dan sudah pasti saya tidak akan sia-siakan. Sebagai seorang atlet sudah pasti pentas Olimpik menjadi impian kami semua. Saya ingin buktikan yang anak jati Terengganu juga mampu untuk beraksi di Olimpik.”, ujar Alif Safares Azmi yang akan merebut slot disiplin international 420 nanti.
Pada Kejohanan KFC–Tunku Laxamana Regatta Terbuka Port Dickson Edisi Ke 21 2019 yang lalu, Alif Safares Azmi membuat kejutan untuk menewaskan atlet kebangsaan Muhammad Syafie Ali dan Muhammad Fauzi Kaman Shah merupakan atlet kebangsaan sepenuh masa di bawah program PODIUM yang berjaya dinafikan oleh pelayar negeri Terengganu ini.
Al Yauma Akma Zulkifeli merupakan atlet pelayar negeri Terengganu berpasangan dengan adiknya Al Insyirah Aina Zulkifeli bagi disiplin bot Laser Radial.
“Saya amat teruja sekali lagi dapat terpilih menyertai program kem kebangsaan dan saya berharap kali ini saya akan terpilih dan dapat slot ke Olimpik Tokyo. Saya tahu ramai pelayar-pelayar yang hebat di luar sana untuk merebut slot ini namun saya yakin dengan kemampuan saya untuk memberi cabaran.”, berkata dengan penuh semangat pelayar senior Terengganu Al Yauma Akma Zulkifeli yang beraksi dalam disiplin laser radial.
Untuk rekod, terkini Al Yauma Akma Zulkifeli telah berjaya mencipta sensasi penganjuran antarabangsa untuk muncul juara setelah mewakili negeri Terengganu dalam Langkawi International Reggata Perdana pada tahun ini.
Senarai Penuh Nama-Nama Pelayar Yang Terpilih
INT 420
1. ALIF SAFARES BIN ‘AZMI
2. MUHAMMAD NAZMI QUSYAIRI BIN MOHD NAZRI
3. WAN SARAH EMALIN BINTI WAN IMAN
4. SITI NAYLI SYAHIRA BINTI MOHD SHARULNIZAN
5. MUHAMMAD IZ’AAN DANIAL BIN MOHD AZIZUL AMIRUL
6. IKRAMI HAKIMIN BIN MARKHAM
7. WAN NADATUL HAJAR BINTI WAN IMAN
8. NOR AISYAH BINTI WAHAB
Pelayar Senior akan menjadi partner kepada pelayar baru
WINDSURFING (Luncur Angin)
1. SOFIATUL KHADIJA BT MARKHAM@MARHAM
2. NUR AIN SOLEHAH BINTI ROSLI
3. MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN MANSOR
4. MUHAMMAD AIFI SYAQIEREEN BIN ABDULLAH
LASER 4.7
1. MUHAMMAD FIKRI AQIL BIN MOHD FOUZI
2. MUHAMMAD ZAQWAN AFIQ BIN MARZUKI
3. ASMADI BIN AZMAN
LASER RADIAL
1. AL INSYIRAH AINA BINTI ZULKIFELI
2. AL YAUMA AKMA BINTI ZULKIFELI
3. PEMILIHAN SEORANG DARIPADA – AL JAZIMIN AFIF BIN ZULKIFELI/MUHAMMAD IRFAN AMMAR BIN MAHYUDDIN/AMIRUL FIRDAUS BIN MOHD ROZI
OPTIMIST
1. MUHAMMAD ADAM AIERELL BIN MOHD AZIZUL AMIRUL
2. MUHAMAAD HAZIQ NAUFAL BIN ABDULLAH
3. ARIF FARHAN BIN MOHD ROZI
4. HARITH MIKAIL BT MOHD HUSNI
5. HAZIQ MUSTAQIM BT MOHD HUSNI
6. MUAZ MUJAHID BIN KHAMARUL AZWAN
7. MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD SHAARI
8. NUR FAARIHAH BINTI ABDUL RANI
9. NOR IZNIEY HUMAIRA BINTI MOHD AZRI
10. NUR ASMA BALQIS BINTI ROSLI
11. AISYA FARISYA BINTI MOHD AZIRAN
12. MUHAMMAD SHAROL HAZIQ BIN MOHD NASIR
Menjelang pembukaan tirai kalendar sukan bola sepak musim baharu tidak lama lagi, Terengganu FC Sdn. Bhd. (TFC) selaku pemegang taruh utama skuad Penyu kini dalam proses fasa akhir penilaian untuk melantik Pengarah Teknikal pasukan.
Ketua Pegawai Eksekutif CEO Terengganu FC Sdn Bhd Ab Rasid Jusoh
“Untuk pengarah teknikal kita ada cadangan dua tiga nama sebagai contoh Haji Man Ibrahim, cuma kita menunggu jawapan dari pengarah teknikal ini untuk..tengok keadaan..sepatutnya kita dah lantik pengarah teknikal sebelum pertengahan bulan dua belas ini.”, ujar Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FC Sdn. Bhd. Ab Rasid Jusoh kepada PenyuSukan.com
Bekas jurulatih skuad kebangsaan yang juga anak jati negeri ini, Abdul Rahman Ibrahim di antara calon-calon akhir yang telah dikenal pasti layak untuk memegang posisi itu. Beliau yang kini berusia 74 tahun turut pernah membimbing skuad penyu pada 1983, 1998 dan 2014 dengan pencapaian terbaik mara ke pentas akhir Piala Malaysia pada 1998.
Penampilan terkini bekas jurulatih bola sepak Terengganu Abdul Rahman Ibrahim yang kini berusia 74 tahun (lahir 13 April 1946) sewaktu hadir ke Majlis Jalinan Kasih Lagenda Bola Sepak Negeri Terengganu yang telah berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 31 Oktober 2020.
Manakala sewaktu menggalas tanggungjawab selaku ketua jurulatih kebangsaan, pada Sukan SEA 1987 berjaya merangkul pingat perak dan membawa pasukan ke tempat ketiga bagi Piala Tiger pada tahun 2000 yang kini dikenali sebagai Piala Federasi Bola Sepak ASEAN (AFF).
Walaubagaimanapun TFC perlu segera melantik secara rasmi Pengarah Teknikal memandangkan pasukan perlu dipersiap sebelum perlawanan pusingan kelayakkan pertama kejohanan Piala AFC 2021 yang dijadualkan bakal bermula pada Januari depan sebelum melabuhkan tirai pada November 2021.
Yang Dipertua PRNT Amir Amri Mohamad(tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada keluarga pemain ragbi wanita Terengganu; Nur Asmah Mat Jusoh yang kehilangan ayahnda tercinta Allahyarham Mat Jusoh Saed setelah diserang penyakit angin ahmar pada 12 Disember 2020 lalu. Kredit Foto – Persatuan Ragbi Negeri Terengganu
Pemain ragbi wanita Terengganu; Nur Asmah binti Mat Jusoh yang kehilangan ayahnda tercinta Allahyarham Mat Jusoh Saed (55 tahun) yang telah diserang penyakit angin ahmar pada 12 Disember lalu, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) yang diketuai oleh Yang Dipertua PRNT Amir Amri Mohamad.
Rombongan daripada pihak PRNT turut dihadir oleh Timbalan YDP Che Mohd Zulkarnain, Bendahari PRNT Mohd Izwan Ismail, Pengurus Pasukan Skuad SUKMA Mohd Amirulmukminin Sulaiman, Jurulatih Ragbi Wanita Muhammad Haikal Ibrahim dan Presiden Persatuan Ragbi Besut Mohd Hilmi Mohamed Yusoff telah menyampaikan sumbangan di kediamannya yang terletak di Jerteh agar sedikit sebanyak mampu untuk meringankan beban sekeluarga ini.
Rombongan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu ke kediaman pemain ragbi wanita Terengganu Nur Asmah Mat Jusoh yang terletak di Jerteh, Besut. Kredit Foto – Persatuan Ragbi Negeri Terengganu
Untuk rekod, Nur Asmah merupakan anak ke-6 dari 15 adik beradik ini juga pernah dianugerahkan sebagai pemain ragbi wanita terbaik oleh Persatuan Ragbi Negeri Terengganu. Pemain ragbi wanita yang kini berusia 19 tahun ini merupakan di antara pemain ragbi wanita sulung kelahiran negeri Terengganu yang dicungkil bagi persediaan pasukan ke pentas SUKMA sejak 2019.
Keluarga pemain ragbi wanita Terengganu Nur Asmah Mat Jusoh di kediaman mereka yang terletak di Jerteh, Besut. Kredit Foto – Persatuan Ragbi Negeri Terengganu
“Hadirnya kami dari Persatuan Ragbi Negeri Terengganu hari ini adalah untuk memberi sokongan moral dan membantu apa yang termampu dari pihak persatuan kepada keluarga pemain ragbi wanita kami ini. Sesungguhnya, ianya juga satu kejutan buat kami dan sudah tentu buat keluarga ini. Kami harap saudari Asmah bersama keluarga tabah dengan ujian ini dan cekal untuk meneruskan kehidupan selepas ini. Mereka juga sebagaimana keluarga ragbi kami seperti pemain-pemain ragbi lain. Apa termampu dari pihak persatuan untuk membantu, akan kami usahakan. Semoga kita bersama doakan yang terbaik untuk semua”, ujar Yang Dipertua PRNT Amir Amri Mohamad.
Kejohanan lumba basikal kriterium yang dijenamakan sebagai Kuala Terengganu Ride Challenge Criterium Race mempertaruhkan 7 kategori acara perlumbaan telah berlangsung di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus pada 12 Disember 2020.
Sebaik sahaja kelonggaran rentas daerah dan negeri Terengganu dibenarkan berikutan perlaksaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) sebelum ini, Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) bersama Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu(PLBNT) pantas mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu perlumbaan kompetitif secara tertutup.
Perlumbaan kriterium yang dijenamakan sebagai ‘Kuala Terengganu Ride Challenge Criterium Race’ ini menjadi pentas penting buat atlet-atlet Sukan Malaysia(SUKMA) negeri ini untuk mencari momentum kayuhan setelah berlatih sejak sekian lama tanpa saingan padu. Penyertaan oleh pelumba-pelumba bertaraf profesional juga secara tidak langsung menambah prestij penganjuran dalam memberi cabaran kayuhan musim tengkujuh mengikut kategori yang ditetapkan.
Pelumba BMX Terengganu Saniy Syahmi Mohd Safiee(jersi putih hadapan dua dari kiri) dan Amer Akbar Anuar (jersi putih hadapan tiga dari kiri) turut berentap kayuhan dalam Kuala Terengganu Ride Challenge yang telah berlangsung di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus pada 12 Disember 2020.
Sebanyak 7 kategori acara perlumbaan yang dipertandingkan yang mempertaruhkan kayuhan sejauh 1.2km bagi setiap pusingan turut melibatkan acara peringkat umur bawah 15 dan bawah 18 tahun. Penganjuran ini berjaya menarik penyertaan keseluruhan seramai 200 pelumba turut menjadi serampang dua mata oleh pemegang taruh sukan berbasikal negeri ini dalam usaha pencarian pelapis bakat-bakat baharu untuk menghadapi temasya Sukan Malaysia SUKMA Johor 2022 nanti. Impak dari penganjuran ini mengambarkan perkembangan sukan berbasikal negeri Terengganu tidak ketandusan bakat-bakat baharu untuk diketengahkan.
Pelumba Terengganu Incorporated Cycling Team(TSG) Mohd Harrif Salleh berjaya menepati ramalan untuk muncul juara bagi kategori ‘Pro Race’ setelah menafikan beberapa pelumba hebat yang kian meningkat naik seperti Shahrul Mat Amin dan Irwandie Lakasek yang juga rakan sepasukan dari TSG, serta pelumba Sapura Cycling Team(TSC) Muhammad Nur Aiman Mohd Zarif.
Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Ahmad Shahrizal Yahaya yang turut hadir ke Kuala Terengganu Ride Challenge yang mempertaruhkan 7 kategori acara perlumbaan telah berlangsung di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus pada 12 Disember 2020.
“Sebenarnya kami di MSN sentiasa menyokong persatuan-persatuan ataupun pasukan-pasukan di bawah program SUKMA untuk mengadakan pertandingan secara dalaman untuk mempertingkatkan dan juga memberi peluang kepada semua atlet kita yang selama ini berlatih tanpa pertandingan untuk mengasah bakat mereka untuk mengurangkan rasa boring dalam mengadakan latihan setiap hari,” ujar Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Ahmad Shahrizal Yahaya
Ketua Jurulatih Berbasikal Negeri Terengganu Syed Mohd Husaini Syed Mazlan sewaktu Kejohanan Kuala Terengganu Ride Challenge yang mempertaruhkan 7 kategori acara perlumbaan telah berlangsung di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus pada 12 Disember 2020.
“Pendekatan yang MSNT anjur bersama dengan persatuan, kita hendak mencari bakat-bakat baharu untuk tahun depan sebagai pelapis untuk program SUKMA kita lah untuk akan datang. Kejohanan yang kita buat ini..Alhamdullilah ..sambutan yang begitu hangat dari setiap daerah-daerah. Untuk setakat ini Alhamdullilah.. kita tidak akan ketandusan sebab rider rider kita ini boleh dikatakan memang komitmen diaorang ini memang terbaik setakat ini,” mengulas Syed Mohd Husaini Syed Mazlan selaku ketua jurulatih berbasikal negeri Terengganu.
Pemain kelahiran Seberang Jaya, Pulau Pinang; Muhammad Faisal Abdul Halim(tengah) berusia 22 tahun(lahir pada 7 Januari 1998) merupakan produk Sekolah Sukan Negeri Pulau Pinang SMK Mutiara Impian merupakan pemain pertama yang mengikat kontrak bersama Terengganu FC bagi musim 2021. Kredit Foto – Terengganufc.com
Penyerang muda, Muhammad Faisal Abdul Halim menjadi pemain sulung yang diikat untuk bersama Terengganu FC(TFC) bagi mengharungi cabaran Liga Malaysia(Liga M) musim hadapan. Pemain kelahiran Pulau Pinang yang lebih dikenali sebagai ‘Mickey’ menjadi pilihan pengendali TFC, Nafuzi Zain bagi percaturan selama dua musim bersama pasukan. Mickey juga bakal menyarung jersi bernombor ‘7’ yang ditinggalkan oleh bekas ketua pasukan TFC, Lee Andrew Tuck.
Bekas pemain skuad Bawah 23 tahun kebangsaan itu mula membuat penampilan sulung di pentas Liga M bersama Pulau Pinang pada 2015 sebelum berhijrah ke Pahang setahun kemudian. TFC menjadi pasukan ketiga buat pemain berusia 22 ini setelah 5 tahun bersama Pahang. Sebelum itu dilaporkan pemain ini juga telah menolak tawaran empat pasukan lain termasuk bekas pasukannya, Pahang.
Malah bukan faktor gaji menyebabkan penyerang muda ini menolak ke semua tawaran yang diterima sebaliknya ingin bersama TFC bagi merebut slot kesebelasan utama di pentas Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (Piala AFC) nanti.
Andai kata pemain muda ini berjaya mencipta sensasi bersama pasukan di pentas Asia ini, sesungguhnya pilihan untuk bersama TFC pada musim ini bakal menjadi penanda aras terbaik bagi karier bola sepaknya sekaligus memperkukuhkan kedudukan untuk berada di dalam pasukan kebangsaan.
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT) membuka lembaran baru dengan memartabatkan Persatuan Pengadil Bola Sepak Negeri Terengganu sebagai ahli gabungan badan induk negeri ini dalam usaha untuk meningkatkan jumlah pengadil di pentas tertinggi. Perkembangan terkini tersebut setelah diusulkan oleh perwakilan dalam Kongres Tahunan PBSNT 2020 yang mendapat sokongan majoriti daripada ahli-ahli gabungan.
Selain tidak mengetepikan program pembangunan peringkat akar umbi yang menjadi agenda utama pada tahun hadapan, keperluan mempunyai barisan pengadil yang berkualiti juga turut akan melengkapkan ekosistem pembangunan bola sepak negeri ini.
Pada kongres tersebut turut berlangsung pemilihan Jawatankuasa PBSNT bagi sesi 2021 sehingga 2024. Sebanyak lapan muka baharu telah diketengahkan setelah mendapat sokongan majoriti. Menjadi perhatian adalah kemenangan penyandang Timbalan Presiden 2, Marzuki Sulong setelah mendapat 32 undi menewaskan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Terengganu, Sekanther Abdul Hamid dengan majoriti 8 undi.
Manakala bagi jawatan Presiden PBSNT tidak dipertandingkan kerana dikhaskan kepada Menteri Besar Terengganu manakala Timbalan Presiden I diberikan kepada Hishamuddin Abdul Karim yang dipilih khas oleh presiden PBSNT seperti terkandung dalam statut persatuan itu.
Timbalan Presiden 1 Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT) Hishamuddin Abdul Karim sewaktu hadir ke Kongres Tahunan PBSNT 2020 yang telah diadakan di Permai Hotel, Kuala Terengganu pada 3 Disember 2020.
“Pengadil merupakan antara satu elemen pengukuh kepada kita, setelah kita membuat semakan kita tidak memiliki pengadil-pengadil dari Terengganu yang berada di peringkat kebangsaan dengan jumlah yang membanggakan. Jadi mungkin ia juga menjadi satu tindakan yang dilaksanakan selepas ini untuk membentuk tenaga-tenaga pengadil yang boleh kita bina dan berperanan di negeri dan negara.”, ujar Timbalan Presiden I PBSNT Hishamuddin Abdul Karim
Marzuki Sulong diberi kepercayaan untuk terus menyandang Timbalan Presiden 2 Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT) setelah diundi dalam pemilihan jawatankuasa baharu Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT) sesi 2021-2024 berlangsung sewaktu Kongres Tahunan PBSNT 2020 yang telah diadakan di Permai Hotel, Kuala Terengganu pada 3 Disember 2020.
“Sebagaimana saya telah perkatakan dalam mesyuarat tadi, bahawa usul daripada persatuan daripada ahli-ahli gabungan yang untuk meneruskan kesinambungan player-player muda dan kita akan teruskan. Dan kita juga tadi telah bersama-sama membuat keputusan untuk memartabatkan jawatan kuasa pengadil negeri di mana kita telah membuat keputusan tadi jawatan kuasa pengadil negeri akan diterima menjadi ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu. InsyAllah.”, berkata Marzuki Sulong yang berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden II PBSNT bagi sesi 2021-2024.
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT) membuka lembaran baru dengan memartabatkan persatuan pengadil sebagai ahli gabungan badan induk negeri ini dalam usaha untuk meningkatkan jumlah pengadil di pentas tertinggi. Perkembangan terkini tersebut setelah diusulkan oleh perwakilan dalam Kongres Tahunan PBSNT 2020 yang mendapat sokongan majoriti daripada ahli-ahli gabungan.
Selain tidak mengetepikan program pembangunan peringkat akar umbi yang menjadi agenda utama pada tahun hadapan, keperluan mempunyai barisan pengadil yang berkualiti juga turut akan melengkapkan ekosistem pembangunan bola sepak negeri ini.
Gergasi bola sepak pantai timur, Terengganu FC (TFC) mengambil pendekatan berbeza untuk tidak gelojoh dalam ‘memborong’ pelatih-pelatih Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari(AMD) seperti mana pasukan-pasukan lain menjelang pembukaan musim hadapan.
Gergasi bola sepak pantai timur, Terengganu FC (TFC) mengambil pendekatan berbeza untuk tidak gelojoh dalam ‘memborong‘ pelatih-pelatih Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari(AMD) seperti mana pasukan-pasukan bola sepak lain menjelang pembukaan musim hadapan. Tidak menafikan ‘graduan-graduan’ generasi kedua AMD mempunyai kualiti yang diidamkan oleh setiap pasukan namun nilai harga yang diletakkan menjadi timbang tara yang perlu diperhalusi sebaik mungkin.
TFC yang kini dalam langkah-langkah penjimatan bagi mengharungi musim hadapan sudah tentu akan memastikan setiap perbelanjaan pasukan bola sepak diteliti dengan sebaik mungkin. Situasi ini secara tidak langsung memanfaatkan sepenuhnya produk pembangunan bola sepak akar umbi oleh pemegang-pemegang taruh tersedia ada untuk beraksi di pentas tertinggi.
Sudah pasti produk yang dihasilkan oleh Sekolah Sukan Malaysia dan Sekolah Sukan Negeri sewajarnya diberi perhatian di mana pemegang taruh ini juga turut menjadi sebahagian dari Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP). Selain dari produk-produk muda yang perlu digilap ini, Terengganu FC juga turut mempunyai 3 pasukan ‘feeder’ yang masih dibarisi sebahagian besar oleh pemain-pemain muda berkualiti untuk diserap dalam pasukan utama nanti. Malah pemain-pemain pasukan ‘feeder’ ini juga sebahagian besar lahir dari program-program pembangunan bola sepak tempatan.
Terdahulu menurut laporan media tempatan, graduan generasi kedua AMD ini menjadi rebutan pasukan JDT dan Selangor untuk persiapan di musim hadapan. Pada musim lalu Selangor menawarkan gaji berharga sekitar RM2,000 sehingga RM5,000 bagi setiap seorang setelah memborong seramai 28 pemain yang rata-rata berusia 18 tahun dari akademi tersebut. Walaupun sedemikian di mana sebelum ini terdapat pihak yang mencadangkan setiap graduan AMD ini mempunyai ‘tanda harga‘ bermula dari USD 2,000.00.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu Hishamuddin Abdul Karim.
“Kita ada pendirian yang berlainan di mana bukan kita tidak berhasrat untuk mengambil pemain-pemain daripada AMD tetapi kita tidak mahu meletak harga pasaran yang terlalu tinggi untuk mereka oleh kerana mereka masih muda dan tidak wajar kita meletakkan pada harga yang tinggi. Jadi pada kita di peringkat Terengganu, kita sudah mempunyai program pembangunan akar umbi yang cukup baik. Jika kita membayar harga yang tinggi untuk pemain AMD sudah pasti akan merosakkan pemain lain. Jadi buat masa ini jika yang daripada AMD itu pemain gred A, kita fokus pada gred B. InsyAllah kita akan bina pemain-pemain ini. Masing-masing ada hak untuk beraksi.”, ujar Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu Hishamuddin Abdul Karim.
Dialog Hala Tuju Bola Sepak Terengganu yang telah berlangsung di Hotel Permai, Kuala Terengganu pada 1 Disember 2020.
Beliau yang ditemui PenyuSukan.com sewaktu hadir ke program Dialog Hala Tuju Bola Sepak Terengganu bersama para penyokong negeri ini turut menjelaskan tiada halangan buat graduan AMD kelahiran negeri Terengganu untuk bersama pasukan lain. Situasi ini secara tidak langsung akan memberi semangat kepada pelatih-pelatih akar umbi yang kini berada dalam program pembangunan bola sepak negeri ini.
Ulasan daripada Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu Hishamuddin Abdul Karim berkaitan pelatih-pelatih Akademi Mokhtar Dahari(AMD) tidak menjadi pilihan Terengganu FC bagi memperkukuh pasukan bagi saingan musim 2021 nanti.
Pembatalan Le Tour de Langkawi edisi ke-26 (LTdL 2021) memaksa pelumba-pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) sekali lagi ‘terkandas’ untuk menyertai sebarang kejohanan perlumbaan berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah.
Pembatalan siri perlumbaan berstatus Pro Series 2.0, Le Tour de Langkawi edisi ke-26 (LTdL 2021) yang dijadualkan berlangsung pada Januari depan, sememangnya memberi kesan buat pasukan-pasukan berbasikal tanah air untuk membuka tirai kalendar perlumbaan di laman sendiri.
Buat pasukan Terengganu Cycling Team (TSG), tiada sebarang pilihan yang boleh ditoleransikan setelah keputusan muktamad diumumkan oleh pemegang-pemegang taruh LTDL 2021 baru-baru ini.
Pembatalan ini juga turut sekali lagi memberi kesan kepada pelumba-pelumba TSG yang teramat dahagakan perlumbaan sejak sekian lama. Sebelum ini, TSG juga telah menarik diri dari menyertai lima jelajah perlumbaan di luar negara berikutan pandemik COVID-19 yang belum bernoktah di seluruh dunia.
Namun, TSG tetap optimis untuk kembali beraksi di laman sendiri dengan mengharapkan sekurang-kurangnya terdapat satu penganjuran perlumbaan kompetitif dalam negara di tahun hadapan.
Che Ku Izmuddin Che Ku Mahmood telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Cycling Team(TSG) bermula pada 1 Mac 2019.
“Kita berharaplah..di peringkat TSG berharap supaya pada tahun 2021 akan ada race ataupun perlumbaan di peringkat lebuh raya ini yang akan masih ada lagi contohnya macam Tour of Penisular. Kita berharap ada satu race yang melibatkan tempatan. Sebab kita tahu apabila melibatkan wabak atau pandemik COVID-19 ini ia lebih kepada menjaga keselamatan terutama rider dan kru yang terlibatlah. Kita terpaksa akurlah dengan keputusan yang telah diputuskan baru-baru ini.”, ujar Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Cycling Team(TSG) Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood
Beliau yang ditemui PenyuSukan.com turut mengulas di mana TSG tidak sesekali akan mengambil risiko untuk memperjudikan nyawa mahupun kesihatan setiap pelumba yang juga merupakan aset bernilai tinggi kepada pasukan bertaraf profesional ini.
Namun sedemikian TSG tetap perlu menilai setiap peluang dan ruang untuk menyertai sebarang kejohanan perlumbaan seterusnya yang menawarkan kutipan mata berharga untuk kekal sebagai pasukan berstatus benua yang berpengkalan di pantai timur Malaysia ini.
Penantian sejak dicadangkan pada 2010, akhirnya projek pembinaan velodrom pertama di pantai timur yang terletak di Dungun dijadualkan bakal siap sepenuhnya pada April 2022 nanti. Mendapat jolokan ‘Velodrom Azizulhasni Awang’ merupakan aset di bawah kelolaan Majlis Sukan Negara(MSN) dan Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) yang terletak di atas PT 14878(Lot 71834) berhampiran Masjid Balai Besar dan Sekolah Menengah Balai Besar serta Sekolah Kebangsaan Balai Besar dengan jarak lebih kurang 4km dari pusat Bandar Dungun.
Pembinaan velodrom yang pertama di Terengganu malah di negeri-negeri pantai timur telah bermula sejak 12 Disember 2019 di bawah tanggungjawab kontraktor Serada Reality Sdn. Bhd.
Kerja-kerja pembinaan yang bermula sejak 12 Disember 2019 lalu sepatutnya siap pada 8 Disember 2021 tertunda berikutan kekangan Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) sewaktu penularan pandemik COVID-19. Walaupun sedemikian, projek pembinaan yang dijalankan Serada Reality Sdn. Bhd. iaitu kontraktor anak jati Terengganu ini berjaya meneruskan kerja pembinaan dengan jitu sehingga 85 hari lebih awal dari jadual seperti mana laporan yang dibentangkan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah sewaktu lawatan ke tapak pembinaan velodrome pertama di pantai timur yang terletak di Kampung Balai Besar, Dungun pada 17 November 2020.
“Setelah 8 tahun kita menunggu, setelah 8 tahun tapak ini diberikan kepada pihak KBS untuk dibangunkan velodrom ini akhirnya pada tahun 2019 kita berjaya memulakan projek ini dan Alhamdullilah sekarang ini sudah nampak rupa dan mudah-mudahan ia akan bakal menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri yang bakal melahirkan ramai lagi atlet seperti Azizulhasni Awang, InsyAllah.”, ujar Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah kepada PenyuSukan.com
Butiran am projek Kompleks Velodrom Dungun yang dibentangkan sewaktu lawatan tapak pembinaan yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah pada 17 November 2020. Kredit – Serada Reality Sdn. Bhd
Terbinanya velodrom ini sudah pasti mampu untuk memberi manfaat sepenuhnya pada program pembangunan sukan berbasikal negeri Terengganu yang sejak sekian lama berlatih di tempat yang tidak sepatutnya. Selama ini rata-rata atlet negeri ini terpaksa berkayuh ke luar dari negeri sendiri untuk mendapatkan pengalaman kayuhan di dalam velodrom. Selain itu sudah pasti negeri Terengganu ini bakal menjadi destinasi penganjuran sukan perlumbaan berbasikal yang mampu memberi cabaran tersendiri kepada setiap pelumba yang selama ini tiada pilihan untuk berada di velodrome tertentu.
Tapak cadangan projek Kompleks Velodrom Dungun terletak di atas sebahagian tanah seluas yang berjumlah 10,8092m² / 26.71 acres / 10.81 Ha. Keluasan tanah yang digunakan untuk projek ini melibatkan 24192.0m² / 5.98 acres/ 2.42 Ha (22.4%) daripada keseluruhan yang dibentangkan sewaktu lawatan tapak pembinaan yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah pada 17 November 2020. Kredit – Serada Reality Sdn. Bhd
Sehingga kini, sekiranya siap velodrom di Dungun menjadikan venue sukan berbasikal yang ke-5 dibina dalam negara setelah Velodrome Rakyat yang terletak di Ipoh menjadi velodrom yang pertama di bina dalam negara pada 1985, Velodrom Nasional Malaysia yang terletak di Nilai dan sebuah lagi di Johor bagi venue pertandingan Sukan Malaysia Edisi Ke-20 nanti. Manakala Velodrom Cheras yang siap dibina pada tahun 1989 kini dilaporkan dalam proses kerja-kerja perobohan untuk memberi laluan kepada projek pembangunan.
Untuk rekod, Terengganu sememangnya merupakan kuasa besar sukan berbasikal dalam pelbagai disiplin perlumbaan seperti lebuh raya, trek, BMX, Downhill dan MTB di mana kesemuanya di bawah tunjuk ajar jurulatih berpengalaman besar sama ada di arena perlumbaan tempatan mahupun antarabangsa. Program pembangunan yang digarap rapi bersama Majlis Sukan Negeri Terengganu sentiasa berjalan untuk memastikan kesinambungan pelumba-pelumba yang tersedia ada berterusan.
Penantian sejak dicadangkan pada 2010, akhirnya projek pembinaan velodrom pertama di pantai timur yang terletak di Dungun dijadualkan bakal siap sepenuhnya pada April 2022.
SENARAI PEMBINAAN VELODROM DALAM NEGARA
Velodrom Rakyat, Ipoh (Dibina pada 1985)
Velodrom Cheras, W.P Kuala Lumpur (Dibina pada 1989)
Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan (Dibina pada 2015)
Velodrom Johor, Iskandar Puteri, Johor (Dibina pada 2019)
Velodrom Dungun, Terengganu (Dibina pada 2019)
Ulasan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah sewaktu lawatan ke tapak pembinaan velodrome pertama di pantai timur yang terletak di Kampung Balai Besar, Dungun pada 17 November 2020.
Kredit Foto – https://www.facebook.com/footballclubterengganu
Walaupun pembatalan saingan Piala Malaysia merencatkan sasaran piala musim ini buat Terengganu FC(TFC) yang telah mara ke pusingan suku akhir, namun pasukan ini tetap bertuah apabila layak mendapat slot ke kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan. TFC selaku tempat ke-3 dalam saingan Liga Super musim ini layak secara automatik berikutan pembatalan saingan Piala Malaysia ini yang sekaligus memadam peluang pasukan-pasukan lain untuk merebut tiket ke Piala AFC 2021 nanti.
Perkara itu telah disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan dalam kenyataan bersama pengumuman pembatalan Piala Malaysia sebelum ini. TFC di bawah kendalian Nafuzi Zain sebagai pendatang baharu kejurulatihan di pentas Liga Super menyifatkan bahawa layak ke pentas asia ini merupakan hadiah paling bermakna buat pasukan dan penyokong.
“Kemenangan ini adalah atas usaha setiap pemain saya.” – Nafuzi Zain. Kredit Foto – https://www.facebook.com/footballclubterengganu
“Bagi AFC ini saya macam memberi penghargaan terima kasih lah kepada MFL sebab memberi slot kepada Terengganu sebab itulah macam sasaran daripada kelab terutama dari segi penyokonglah yang ingin kita ke AFC dan target pemain untuk layak ke AFC. Penghargaan yang untuk MFL memberi peluang yang baik untuk kelab dan pemain.”, ujar Nafuzi Zain yang telah membimbing TFC sejak 2019.
Dalam perkembangan lain, Nafuzi berkata beliau masih menunggu keputusan daripada pihak pengurusan TFC Sdn Bhd berhubung kontraknya yang bakal tamat hujung bulan ini.
Tirai kempen kejohanan Piala AFC 2021 edisi ke-18 dijadualkan bakal bermula pada Januari depan dengan perlawanan pusingan kelayakkan pertama sebelum melabuhkan tirai pada November 2021.
Terengganu FC(TFC) optimis untuk mengharapkan tuah beraksi di laman sendiri tanpa kehadiran penyokong dalam aksi pembukaan tirai kempen kejuaraan Piala Malaysia 2020 untuk bertemu Petaling Jaya City FC(PJ City FC) pada sabtu ini (7 November 2020).
Tempoh rehat yang cukup panjang setelah menamatkan kempen Liga Super yang lalu memberi kelebihan percaturan buat skuad kendalian Nafuzi Zain. Malah buat ketua jurulatih ini juga turut mempunyai pilihan gabungan para pemain yang terbaik daripada pasukan TFC 1 dan TFC 2 yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dalam format perlawanan kalah mati ini.
Berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah, saingan Piala Malaysia musim ini menyaksikan tiada lagi saingan peringkat kumpulan mahupun aksi timbal balik sebagaimana musim-musim terdahulu.
Untuk rekod, kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu pada saingan awal Liga Super musim ini di mana Terengganu FC selaku pasukan pelawat berjaya menewaskan PJ City FC berkesudahan 2 gol tanpa balasan. Terengganu FC telah menamatkan kempen Liga Super pada musim ini untuk berada di tangga kedudukan ke-3 liga manakala PJ City FC berada di tangga ke-7.
Mohd Nafuzi Mohd Zain selaku ketua jurulatih pasukan bola sepak Terengganu FC setelah mengambil alih tugasan daripada Irfan Bakti sejak 2019.
“Kalah mati ini adalah kedua-dua pasukan mempunyai peluang. PJ City pun di tangga ke 7 Liga Super tidak jauh beza dengan kita. Maknanya harus manfaatkan peluang yang ada, elakkan melakukan kesilapan. Satu sahaja kalah mati, memang setiap perlawanan itu ibarat perlawanan akhir.”; ujar Mohd Nafuzi Mohd Zain selaku ketua jurulatih Terengganu FC kepada PenyuSukan.com
Pada musim ini sebanyak 15 pasukan layak untuk merebut kejuaraan Piala Malaysia 2020 yang menghimpunkan 10 pasukan Liga Super dan 5 pasukan Liga Premier. Berikutan situasi semasa pandemik COVID-19, Sabah yang turut layak terpaksa akur untuk terus melupakan kempen kejuaraan musim ini berikutan tidak mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara(MKN). Berikutan itu, Sabah terpaksa memberi tiket percuma kepada Kuala Lumpur untuk terus mara ke pusingan suku akhir.
Pusingan pertama kejuaraan Piala Malaysia 2020 dijadualkan berlangsung bermula pada 6 hingga 8 November ini sebelum menutup tirai kempen dengan perlawanan akhir pada 22 November depan.
Ulasan yang disampaikan Ab Rasid Jusoh selaku Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) tentang hala tuju Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd yang baharu ditubuhkan untuk memenuhi syarat wajib saingan pasukan di musim hadapan mula mengorak langkah dengan merangka ekosistem sukan bola sepak secara menyeluruh bagi negeri Terengganu. Penswastaan pasukan bola sepak negeri ini yang tidak hanya memfokuskan untuk kejuaraan, malah turut perlu melalui proses transfomasi ekosistem bola sepak moden melalui suntikan penjenamaan entiti itu sendiri.
Majlis Jalinan Kasih Lagenda Pemain Bola Sepak Negeri Terengganu yang telah dicetus oleh Nor Zaidi Mohamed melalui Persatuan Bola Sepak Melayu Terengganu kepada Ab Rasid Jusoh telah dilantik selaku Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd berjaya menarik lebih daripada 70 lagenda bola sepak negeri ini.
Majlis yang telah berlangsung ringkas namun penuh bermakna untuk merapatkan silaturahim sesama mereka telah berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 31 Oktober 2020.
Galeri khas yang akan menempatkan segala infomasi berkaitan sejarah sukan bola sepak Terengganu akan diwujudkan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dijangka mampu menjadi daya tarikan bagi sektor pelancongan sukan.
Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd yang baharu ditubuhkan untuk memenuhi syarat wajib saingan pasukan di musim hadapan mula mengorak langkah dengan merangka ekosistem sukan bola sepak secara menyeluruh bagi negeri Terengganu. Penswastaan pasukan bola sepak negeri ini yang tidak hanya memfokuskan untuk kejuaraan, malah turut perlu melalui proses transfomasi ekosistem bola sepak moden melalui suntikan penjenamaan entiti itu sendiri.
Meletakkan moto ‘Win Back Mission’ sebagai azimat yang perlu diterjemahkan oleh barisan pengurusan, dalam usaha untuk memperkukuhkan TFC sebagai jenama pasukan nombor satu di persada bola sepak negara. Selain tanggungjawab mempersiapkan pasukan bagi menghadapi saingan di musim hadapan, entiti berstatus sendirian berhad ini juga kini sedang giat mengatur langkah bersama pemegang-pemegang taruh dalam usaha menjana pendapatan kepada pasukan yang menjadi keutamaan. Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang menjadi venue rasmi bagi TFC juga turut bakal menerima tambah nilai tersendiri di mana akan diwujudkan galeri khas yang bakal memberi impak pada sektor pelancongan sukan.
Majlis Jalinan Kasih Lagenda Bola Sepak Negeri Terengganu yang telah berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 31 Oktober 2020 menjadi detik penting permulaan Terengganu Football Club Sdn Bhd selaku entiti badan bola sepak negeri yang diswastakan bagi memenuhi syarat wajib saingan pasukan di musim hadapan.
Perancangan itu telah dizahirkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh pada satu majlis yang telah menghimpunkan bekas pemain -pemain bola sepak negeri ini di era 60an sehingga 2000. Program yang merapatkan hubungan silaturrahim dan berkongsi pandangan serta pengalaman dalam arena bola sepak juga turut menjadi serampang dua mata buat TFC untuk merencanakan program yang dirancang nanti.
Ab Rasid Jusoh telah dilantik selaku Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd. bermula pada 26 Oktober 2020. Sebelum itu beliau juga pernah menjawat jawatan yang sama bagi mengemudi pasukan T-Team FC pada 2013 sehingga 2016.
“Perancangan pada masa akan datang kita akan buat stadium ini sebagai stadium tour macam Jeventus sebagai contoh dan sebagainya. Jadi kita tengok black and white ini sinonim dengan Jeventus. Jadi itulah sebabnya kita rasa walaupun kita tidak sampai peringkat JDT tapi kita berusaha ke arah supaya menjadikan stadium ini tempat himpunan anak muda dan sebagainya yang kita akan buat untuk menjana pendapatan TFC itu sendiri lah.”, berkata Ab Rasid Jusoh selaku Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn Bhd kepada PenyuSukan.com
Pemegang Ijazah Sarjana Pengurusan Sukan dari Universiti Curtin, Australia; Ab Rasid Jusoh merupakan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) pertama yang dilantik untuk menguruskan Terengganu Football Club Sdn Bhd. Kredit Foto – Facebook.com/footballclubterengganu
Perlantikan Ab Rasid Jusoh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sulung bagi menerajui Terengganu Football Club Sdn Bhd(TFC Sdn Bhd). yang baru ditubuhkan ibarah sirih pulang ke gagang di mana beliau sendiri merupakan ‘orang kuat’ yang mewarnai perkembangan sukan bola sepak di Terengganu. Pemegang Ijazah Sarjana Pengurusan Sukan dari Universiti Curtin, Australia ini juga merupakan bekas pemain bola sepak yang aktif sejak di zaman universiti sebelum secara serius menceburi bidang pengurusan kelab dan persatuan bola sepak.
Bermula selaku Ahli Majlis Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu bagi penggal 2006 sehingga 2008 kemudian kembali mendapat mandat sebagai Naib Presiden bagi penggal 2015 sehingga 2017. Sebelum itu di awal penubuhan pasukan T-Team FC, Ab Rasid Jusoh memperkemaskan pasukan selaku pengurus pasukan bagi penggal 2007 sehingga 2008 sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 2013 sehingga 2016. Untuk rekod sebelum meneruskan tugasan di TFC Sdn Bhd beliau juga merupakan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu yang telah banyak mencipta beberapa penanda aras baharu pelancongan di negeri ini.
TFC Sdn Bhd yang baharu daftarkan ini adalah untuk memenuhi syarat wajib saingan pasukan TFC di musim hadapan di mana entiti berstatus perniagaan ini mula mengorak langkah dengan merangka ekosistem sukan bola sepak secara menyeluruh bagi negeri Terengganu. Penswastaan pasukan bola sepak negeri ini yang tidak hanya memfokuskan untuk kejuaraan, malah turut perlu melalui proses transfomasi ekosistem bola sepak moden melalui suntikan penjenamaan entiti itu sendiri.
Manakala pasukan bola sepak Terengganu FC(TFC) kini akan bergerak sebagai sebuah kelab bola sepak profesional yang diuruskan oleh syarikat berstruktur korporat. Ini adalah merupakan permulaan bagi sesuatu yang baru khususnya dalam arena sukan bola sepak di negeri Terengganu. Ianya memerlukan kerjasama dari semua pihak dalam memastikan TFC bakal bergerak dengan langkah positif dengan berlandaskan pelan atur dan pelan tindakan yang telah dirancang untuk memastikan kelab ini dapat bersaing dan terus membangun maju dari tahun ke tahun.
Kejayaan dalam kejohanan semestinya menjadi keutamaan bagi semua pasukan bola sepak namun di TFC kini kita perlu mula membina penstrukturan pengurusan yang kukuh dari pelbagai sudut kerana itulah kunci untuk kejayaan bagi keseluruhan aspek dalam sesebuah pasukan bola sepak.
Ab Rasid Jusoh telah dilantik selaku Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd. bermula pada 26 Oktober 2020. Sebelum itu beliau juga pernah menjawat jawatan yang sama bagi mengemudi pasukan T-Team FC pada 2013 sehingga 2016.
PROFIL AB RASID JUSOH Penglibatan dalam sukan bola sepak
1989-1993 Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) -Pemain
1992 University Asian – Pemain
1997 Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia(MAKSAK) – Pemain
1988-1990 Kelab Bola Sepak UKM – Setiausaha
1990-1993 Kelab Bola Sepak UKM – Presiden
2006-2008 Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT) – Ahli Majlis
2015-2017 Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT) – Naib Presiden
2007-2008 T-Team FC – Pengurus Pasukan
2013-2016 T-Team FC – Ketua Pegawai Eksekutif
2020 – ~ Terengganu Football Club Sdn Bhd – Ketua Pegawai Eksekutif
Polo Blue menepati ramalan selaku pasukan pilihan untuk menutup tirai musim ini dengan penuh bergaya, setelah menjuarai kejohanan peringkat negeri untuk menafikan Polo Orange dalam aksi merebut Piala Presiden Terengganu Polo Club(TPC) yang telah berlangsung di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu.
Sebaik perlawanan dimulakan, Polo Blue melalui Mohd Suhi Iskandar Razari pantas bergasak mencuri bola sekaligus membuat kejutan seawal minit pertama bagi jaringan gol sulung perlawanan. Tempo permainan semakin deras memaksa kuda-kuda Polo Orange untuk bekerja lebih keras mendominasi permainan di atas padang berkeluasan 300 meter panjang dan 200 meter lebar ini.
Kejohanan Piala Presiden Terengganu Polo Club(TPC) yang telah berlangsung di Terengganu Equestrian Resort pada 17 Oktorber 2020.
Namun taktikal permainan yang memihak pada Polo Blue sekali gus mendahului 3-0 bagi set pertama ‘Chukka’ iaitu separuh masa permainan yang beraksi dalam tempoh 7 minit permainan. Pada pusingan ‘Chukka’ kedua, pemainan mula seimbang buat kedua-dua pasukan namun beberapa peluang terpaksa dilepaskan oleh Polo Orange begitu sahaja.
Kesempatan ini diambil oleh Ahmad Basir An Nur Mohd Nasir dengan sumbangan tambahan dua jaringan gol sehingga tamat permainan yang berkesudahan 5 tanpa balasan dari pasukan lawan. Keputusan ini sekaligus menobatkan Polo Blue selaku juara kejohanan.
Pada musim ini sebanyak empat pasukan telah layak ke pusingan akhir dengan format pertandingan dua ‘Chukka’ bagi tempoh masa 14 minit setiap satu perlawanan berlangsung. Setiap pasukan dibarisi oleh pemain anak jati tempatan dari luar bandar sepenuhnya walaupun sukan ini sinonim disertai oleh pemain golongan elit mahupun bangsawan di negeri lain.
Polo Blue menewaskan Polo Orange sekaligus menutup tirai dengan merangkul Piala Presiden Terengganu Polo Club(TPC) yang telah berlangsung di Terengganu Equestrian Resort pada 17 Oktorber 2020.
“Sebenarnya pasukan kami memang membuat satu taktikal dari awal lagi iaitu kita panggil taktikal ‘follow the front man’. Bila orang di depan dia miss the ball, pemain di belakang akan ‘follow through’. Jadi di situ kita dapat tengok pemain kita yang terlepas bola, ada pemain di belakang menunggu dan menyambung bola tersebut. Sebab itu kami rasa taktikal itu menjadi pada hari ini.”; ujar Mohd Nazri Nainy selaku kapten Polo Blue.
Dato’ Harry Isaacs selaku setiausaha Kelab Polo Terengganu sewaktu menutup tirai kejohanan Piala Presiden Terengganu Polo Club(TPC) yang telah berlangsung di Terengganu Equestrian Resort pada 17 Oktorber 2020.
“Matlamat asal kita memanglah bukan hanya untuk beri peluang dia main polo tapi untuk beri dia satu peluang untuk langkah menjadi pemain profesional dan ini yang kita capai dua orang sekarang. Ini adalah kejayaan yang amat-amat menggalakkan.”; berkata Setiausaha Kelab Polo Terengganu Dato’ Harry Isaacs kepada PenyuSukan.com
Untuk rekod, sukan polo mula bertapak di negeri Terengganu sejak tahun 70an setelah diasaskan oleh Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah. Sehingga kini pasukan negeri ini di antara pasukan yang mampu memberi cabaran di pentas kebangsaan mahupun antarabangsa. Terkini terdapat dua pemain polo negeri ini telah diintai oleh pasukan elit yang berpangkalan di ibu negara.
Polo Blue menepati ramalan selaku pasukan pilihan untuk menutup tirai musim ini dengan penuh bergaya, setelah menjuarai kejohanan peringkat negeri untuk menafikan Polo Orange dalam aksi merebut Piala Presiden Terengganu Polo Club(TPC) yang telah berlangsung di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu.
“Sebenarnya pasukan kami memang membuat satu taktikal dari awal lagi iaitu kita panggil taktikal ‘follow the front man’. Bila orang di depan dia miss the ball, pemain di belakang akan ‘follow through’. Jadi di situ kita dapat tengok pemain kita yang terlepas bola, ada pemain di belakang menunggu dan menyambung bola tersebut. Sebab itu kami rasa taktikal itu menjadi pada hari ini.”; ujar Mohd Nazri Nainy selaku kapten Polo Blue.
Polo Blue menepati ramalan selaku pasukan pilihan untuk menutup tirai musim ini dengan penuh bergaya, setelah menjuarai kejohanan peringkat negeri untuk menafikan Polo Orange dalam aksi merebut Piala Presiden Terengganu Polo Club(TPC) yang telah berlangsung di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu.
“Matlamat asal kita memanglah bukan hanya untuk beri peluang dia main polo tapi untuk beri dia satu peluang untuk langkah menjadi pemain profesional dan ini yang kita capai dua orang sekarang. Ini adalah kejayaan yang amat-amat menggalakkan.”; berkata Setiausaha Kelab Polo Terengganu Dato’ Harry Isaacs kepada PenyuSukan.com
Ibni Amin Busu menerima cenderahati kenang-kenangan semperna persaraan beliau daripada Ahmad Shahrizal bin Yahaya(kanan) yang kini menggalas tanggungjawab selaku Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu. Majlis ringkas telah berlangsung di Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 12 Oktober 2020. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu
Arkitek sukan Terengganu terulung yang sememangnya tidak dapat dinafikan; Ibni Amin Busu mewariskan legasi ekosistem pembangunan sukan negeri itu dengan menamatkan perkhidmatannya penuh cemerlang untuk bersara wajib selaku Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu bermula pada 13 Oktober 2020
Beliau yang juga bekas pemain ragbi kebangsaan di era 80an, mula memperkemaskan takbir urus badan sukan negeri ini secara bersepadu setelah dipinjamkan daripada Majlis Sukan Negara(MSN) pada 2006 untuk pertama kali berkhidmat di negeri kelahirannya, dalam persediaan Terengganu selaku tuan rumah bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-12 pada 2008.
Tugasan pertama tersebut sekaligus berjaya mencipta penanda aras baharu untuk muncul juara keseluruhan dan seterusnya mencipta sensasi kejayaan demi kejayaan sehinggakan meletakkan Terengganu selaku kuasa besar sukan tanah air. Malah turut telah berjaya melahirkan beberapa atlet bertaraf Olimpik seperti Azizulhasni Awang dan Khairul Anuar Mohamad yang sehingga kini layak secara merit ke Olimpik Tokyo 2020. Begitu juga hasil program plan pembangunan sukan 10 tahun ke hadapan, yang telah dirangka sejak dari awal sehingga kini berjaya menempatkan ramai atlet-atlet kelahiran negeri ini untuk berada dalam kem pasukan kebangsaan.
Sebahagian besar resepi kejayaan yang dicipta bersama Terengganu ini adalah hasil dari pengalaman yang ditimba sewaktu terlibat dalam merangka penganjuran sulung Sukan Komanwel di tanah air pada tahun 1998. Momentum kejayaan itu tidak terhenti di situ sahaja di mana pada tahun seterusnya, anak jati Kuala Terengganu ini telah dipanggil mengetuai deligasi khas dari Malaysia untuk membantu sepenuhnya penganjuran temasya Sukan SEA 1999 di Brunei.
Ibni Amin Busu(tengah) merakamkan detik terakhir berkhidmata selaku Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 12 Oktober 2020. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu
“Kepada persatuan-persatuan sukan, saya harapkan kerjasama yang padu kepada pengarah baru dalam mencipta kejayaan yang berterusan kerana kejayaan ini bukanlah dicipta oleh individu seorang tetapi dicipta oleh satu pasukan. Bagi atlet-atlet saya, saya tau mereka merupakan aset besar kepada negeri dan mereka ada keupayaan-keupayaan tersendiri. Sebab kita telah kenal pasti daripada awal. Jadi saya harap mereka terus perjuangan dalam membantu negeri mencipta nama kejayaan yang cemerlang kepada diri, kepada keluarga, kepada masyarakat, kepada negeri dan sudah tentu kerajaan negeri. Supaya kejayaan yang telah kita kecapi dan telah bina selama ini akan berterusan di masa-masa akan datang”; berkata beliau kepada PenyuSukan sewaktu menanti detik-detik terakhir menamatkan perkhidmatannya.
Legasi yang ditinggalkan ini juga dilihat berjaya membentuk satu ekosistem sukan yang sempurna untuk tidak hanya memfokuskan pungutan pingat semata-mata dengan penerokaan bidang-bidang baharu lain yang berkaitan. Beberapa kerjasama telah berjaya dijalinkan dengan beberapa agensi lain sama ada di sektor pendidikan mahupun korporat secara tidak langsung memberi ruang dan peluang buat lepasan atlet untuk pergi lebih jauh demi masa depan mereka.
Ibni Amin Busu diraikan dengan penuh penghormatan oleh warga kerja Majlis Sukan Negeri Terengganu pada detik-detik akhir persaraan beliau sebagai Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu. Majlis ringkas telah berlangsung di Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 12 Oktober 2020. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu
Sebagai penghormatan terakhir oleh warga Majlis Sukan Negeri Terengganu, satu majlis ringkas telah berlangsung dalam suasana hujan lebat yang diadakan sejurus tamatnya detik terakhir perkhidmatan arkitek sukan negeri itu dirakamkan.
Persaraan ini sudah pasti amat dirasai oleh seluruh penggiat dan peminat sukan dalam negeri Terengganu mahupun di peringkat kebangsaan. Kami dari bilik berita PenyuSukan, mengucapkan ribuan terima kasih di atas dan tahniah di atas segala jasa yang telah dicurahkan. Selamat bersara!
Pasukan hoki wanita Terengganu bagi kempen Piala Tun Abdul Razak 2020 ini membariskan pemain-pemain muda sepenuhnya yang kini dalam persediaan pasukan ke pentas temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20(SUKMA Johor 2020) sebagai salah satu program pendedahan latihan untuk menyertai kejohanan berprestasi tinggi.
Skuad hoki wanita Terengganu catat dua kekalahan awal berturut-turut setelah membuka tirai kejohanan Piala Tun Abdul Razak 2020 sejak 18 September lalu yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
Terengganu di bawah kendalian jurulatih Muhammad Sabran Mohamad Sharif telah diundi untuk berada di dalam kumpulan A bersama Selangor, Perak dan Pulau Pinang sehingga kini masih tercari rentak untuk beraksi dalam format round robin ini.
Namun kredit tetap seharusnya diberikan pada pasukan Terengganu ini yang kini dalam persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia (SUKMA Johor 2020) yang membariskan sepenuhnya pemain-pemain muda setelah Nurul Farawahida berjaya mencuri 1 jaringan gol melalui pukulan sudut penalti pada aksi perlawanan kedua menentang Perak berkesudahan 1 berbalas 2. Manakala pada perlawanan pembukaan bertemu juara bertahan, Selangor yang dibarisi lapan pemain kebangsaan sememangnya satu pengalaman bermakna buat Terengganu walaupun tewas 8-0.
Aksi penjaga gol Terengganu; Nur Suriani Razali sewaktu perlawanan pembukaan Piala Tun Abdul Razak 2020 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 18 September 2020. Kredit Foto – MHC.org.my
Pada kempen musim ini, sebanyak 11 pasukan wanita bertanding membentuk 3 kumpulan tanpa sebarang peraturan had umur ditetapkan oleh penganjur bakal memberi cabaran terbaik buat Terengganu untuk mengutip pengalaman sebelum ke Johor nanti.
Beraksi di pentas tertinggi kejohanan hoki kebangsaan ini sudah pasti menjadi platform terbaik buat atlet-atlet muda Terengganu yang teramat dahagakan penyertaan kejohanan berikutan pandemik COVID-19 yang menjadi isu global.
Aksi Zahratul Farhana Sofea Muhd Roslan (hadapan – dua dari kanan) sewaktu cuba melepasi halangan pemain Perak dalam aksi kedua perlawanan Piala Tun Abdul Razak 2020 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 19 September 2020. Kredit Foto – MHC.org.my
Perlawanan seterusnya bertemu Pulau Pinang 21 September nanti bakal melengkapkan aksi peringkat Kumpulan A sekaligus menjadi misi tunggal untuk mengutip 3 mata sebelum melangkah ke pusingan seterusnya.Sehingga kini Pulau Pinang telah meraih 3 mata pertama dalam perlawanan pertama untuk menewaskan Perak berkesudahan 3 berbalas dua. Namun Perak kembali berjaya mencuri 3 mata perlawanan untuk perkukuh kedudukan setelah menafikan Terengganu berkesudahan 2 berbalas 1.
KEPUTUSAN PIALA TUN ABDUL RAZAK 2020 (WANITA) *Pasukan Terengganu sahaja
18.09.2020 0730 pagi 01 GROUP A
SELANGOR vs TERENGGANU 08-00
19.09.2020 0930 pagi 15 GROUP A TERENGGANU vs PERAK 01-02
Dari kiri – pelumba Siti Nur Alia Mansor, Ezzatie Fifiyana Shazwanie Shaiful Hisham, Syed Mohd Husaini Syed Mazlan(ketua jurulatih), Nurul Najwa Mohamad Fauzi dan Fatin Noryasminajwa Norhisham setelah merangkul pingat emas bagi acara ujian masa berkumpulan pada Kejohanan Kebangsaan Jalan Raya 2020 yang telah berlangsung di Bukit Katil, Melaka pada 18 September 2020. Kredit Foto – Instagram.com/aliaa.mansorr
Tirai Kejohanan Kebangsaan Jalan Raya 2020 dikejutkan dengan sensasi perlumbaan yang dicipta oleh pasukan berbasikal wanita Terengganu yang kini dalam persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia (SUKMA Johor 2020) setelah berjaya merangkul pingat emas dengan penuh bergaya dalam acara ujian masa berpasukan(Team Time Trial) yang telah berlangsung di Bukit Katil, Melaka.
Kejayaan ini juga sudah pasti amat bermakna buat ketua jurulatih Syed Mohd Husaini Syed Mazlan sekaligus menjadi penanda aras terbaik bagi program pembangunan yang telah dijalankan bersama Majlis Sukan Negeri Terengganu selama ini.
Kuatet berbasikal wanita Terengganu cipta sensasi perlumbaan Kejohanan Kebangsaan Jalan Raya 2020 yang telah berlangsung di Bukit Katil, Melaka pada 18 September 2020 untuk menafikan Selangor selaku naib juara dan Johor di tempat ke-3. Kredit Foto – Facebook.com/pkbmalaysia
Walaupun bermula di perlepasan terakhir di mana kedua-dua kategori lelaki dan wanita telah dilepaskan serentak, kayuhan padu kuartet barisan pelumba Terengganu berjaya membuktikan ianya bukan satu halangan untuk muncul juara dengan catatan masa 1:08:32.940. Pasukan berbasikal Terengganu ini juga turut membuat kejutan setelah aksi kejar mengejar berjaya memintas pasukan wanita Selangor dan Sabah yang bermula kayuhan lebih awal malah menambah menarik turut berjaya untuk menyamai kelajuan dengan pasukan lelaki dari pasukan Angkatan Tentera Malaysia(ATM).
Dari kiri – pelumba berbasikal Terengganu Ezzatie Fifiyana Shazwanie Shaiful Hisham bersama Siti Nur Alia Mansor menyarung sendiri jersi kemenangan bersama pingat emas sebagaimana menuruti Prosedur Operasi Standard (SOP) berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah sewaktu berlangsung perlumbaan Kejohanan Kebangsaan Jalan Raya 2020 di Bukit Katil, Melaka pada 18 September 2020. Kredit Foto – Facebook.com/pkbmalaysia
Walaupun gagal untuk memintas pasukan wanita Johor dihadapan, namun keputusan catatan masa terpantas yang menjadi taruhan sudah pasti menjadi takdir buat pasukan wanita Terengganu ini untuk muncul juara. Kejayaan ini juga bukan kayuhan mudah barisan pelumba Ezzatie Fifiyana Shazwanie Shaiful Hisham, Nurul Najwa Mohamad Fauzi, Siti Nur Alia Mansor dan Fatin Noryasminajwa Norhisham yang terpaksa mengekalkan momentum dengan keadaan jalan raya beralun dan rintangan angin kuat di hari perlumbaan.
Aksi kuatet berbasikal wanita Terengganu sebelum perlumbaan di mana menjadi pasukan terakhir untuk dilepaskan dalam acara perlumbaan ujian masa berkumpulan wanita dalam Kejohanan Kebangsaan Jalan Raya 2020 yang telah berlangsung di Bukit Katil, Melaka pada 18 September 2020. Kredit Foto – Facebook.com/pkbmalaysia
Malah menambah duka buat pelumba Fatin Noryasminajwa Norhisham yang tercicir di belakang pasukan setelah mengalami masalah teknikal ketika kayuhan berbaki 200 meter ke garisan penamat sedikit sebanyak menambah cabaran buat pasukan ini.
Dari kiri – pelumba Siti Nur Alia Mansor, Ezzatie Fifiyana Shazwanie Shaiful Hisham, Nurul Najwa Mohamad Fauzi dan Fatin Noryasminajwa Norhisham setelah merangkul pingat emas bagi acara ujian masa berkumpulan pada Kejohanan Kebangsaan Jalan Raya 2020 yang telah berlangsung di Bukit Katil, Melaka pada 18 September 2020. Kredit Foto – Instagram.com/aliaa.mansorr
“Walaupun saya tercicir pada 200 meter terakhir disebabkan masalah teknikal pada basikal saya, saya tetap berbangga dengan pencapaian ahli pasukan saya. Tidak dinafikan kredit kepada mereka semua yang telah berusaha keras selama ini. Bermula di perlepasan terakhir, namun kami dapat memintas Sabah dan Selangor yang mendahului kami sesuatu yang membakar semangat kami untuk terus ke hadapan. Kami juga tidak menyangka dapat menyamai kelajuan pasukan lelaki(Angkatan Tentera Malaysia) walaupun dengan keadaan jalan yang beralun dan tentangan angin yang kuat pada hari ini. Terima kasih kepada jurulatih-jurulatih yang berusaha keras selama ini untuk kejayaan hari ini.”; ujar Fatin Noryasminajwa Norhisham kepada PenyuSukan.com
“Saya begitu teramat teruja untuk kejayaan hari ini kerana ini adalah pertama kali saya berlumba dalam acara ini. Saya amat terharu dan bangga dengan kejayaan ini bersama ahli pasukan lain. Terima kasih kepada jurulatih yang memberi kepercayaan kepada saya. Kejayaan ini juga bukan mudah untuk saya kerana saingan sengit kejar mengejar oleh Johor dan Selangor yang dipintas oleh kami. Angin yang kuat juga turut menambah halangan buat kami.”; berkata pelumba Siti Nur Alia Mansor yang begitu teruja setelah pertama kali berentap bagi acara ujian masa berkumpulan.
Kejohanan Kebangsaan Jalan Raya 2020 membuka tirai perlumbaan di Bukit Katil, Melaka bermula 18 September sehingga 20 September 2020. Kredit Foto – Facebook.com/pkbmalaysia
Keputusan rasmi Kejohanan Kebangsaan Jalan Raya 2020 yang telah berlangsung di Bukit Katil, Melaka pada 18 September 2020 bagi acara Ujian Masa Berpasukan Wanita yang telah dimenangi oleh pelumba Terengganu.
ZS NanNine muncul juara PUBG Mobile bagi acara perseorangan dalam kejohanan MyEsports Terengganu 2020 manakala tempat kedua diduduki oleh GXS SYED dan tempat ke-3 oleh YoodoRude yang telah berlangsung pada 11 September 2020. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu
Adnan Syauqi Hafizi atau lebih mesra dikenali sebagai ZS NanNine yang kini berusia 18 tahun telah mencipta sensasi kejohanan MyEsports Terengganu 2020 setelah muncul johan dalam acara PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile(PUBG Mobile) bagi kategori perseorangan.
Atlet yang berasal dari Lumut, Perak dan kini menetap di Negeri Sembilan ini berjaya menafikan 60 atlet lain termasuk mengejutkan beberapa atlet pilihan yang layak ke pusingan akhir. Menambah manis buat atlet yang bernaung di bawah pasukan Zeus Strike Clan, kemenangan ini merupakan kejayaan terbesar yang pernah dikecapi sejak berkecimpung dalam dunia sukan elektronik ini.
Aksi ZS NanNine sewaktu berentap di pusingan akhir PUBG Mobile bagi acara perseorangan dalam kejohanan MyEsports Terengganu 2020 yang telah berlangsung pada 11 September 2020. Setiap perlawanan disiarkan secara langsung di laman Facebook Jabatan Belia Sukan dan Negeri Terengganu dan juga Esports Malaysia Terengganu. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu
“Ini adalah kejayaan terbesar bagi saya buat masa ini. Terdahulu pernah juga menjuarai di kejohanan ‘Mini Tournament Online by Chel Nbwn (SQUAD)’ pada 10 Jun lepas dan sebelum itu di kejohanan yang dianjurkan oleh The Lions Esport Short Tournament (SQUAD) pada 1 Jun lepas. Saya juga pernah mendapat gunslinger dalam salah satu kejohanan yang dianjurkan oleh RiotXGank (SQUAD).”; ujar ZS NanNine kepada PenyuSukan.com
Namun sebelum itu untuk muncul juara ternyata bukan laluan mudah buat ZS NanNine yang bergelut dengan masalah emosi berikutan terhimpit dengan beberapa masalah peribadi sehingga hampir-hampir untuk menarik diri. Namun sokongan moral dari rakan-rakan ternyata mampu untuk memberi fokus sepenuhnya untuk berentap dengan beberapa nama besar dalam arena sukan elektronik yang turut berentap dalam MyEsports Terengganu 2020 ini.
ZS NanNine(dua dari kanan) bersama ahli pasukan Zeus Strike Clan sewaktu berkampung di Terengganu untuk berentap dalam kejohanan MyEsports Terengganu 2020 yang telah berlangsung pada 11 September 2020. Kredit Foto – Facebook.com/ZeusStrikeLivestream
ZS NanNine juga turut menzahirkan berterima kasih dan tahniah kepada penganjur di atas ruang dan peluang yang telah diberikan. Satu kejohanan yang berprestij dan amat dinantikan berikutan ketandusan penganjuran berikutan pandekmik COVID-19 yang belum bernoktah. Beliau juga turut berpendapat di mana kejohanan yang diadakah secara ‘offline’ mampu memberikan pengalaman yang berbeza buat setiap atlet yang bertanding.
Kejohanan MyEsports Terengganu 2020 kembali mewarnai komuniti sukan elektronik di negeri ini rentetan maklumbalas positif penganjuran MyStay@HomeChallenge 2.0 peringkat negeri yang telah dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan(KBS) pada April lepas.
Kerjasama strategik di antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu(JBSNT) bersama Esports Malaysia Terengganu(EMT) selaku badan induk sukan elektronik Terengganu sekaligus meletakkan penanda aras prestij penganjuran yang menawarkan ganjaran wang tunai kemenangan.
Malah penganjuran di fasa pasca COVID-19 ini juga dilihat tepat pada waktunya memandangkan ketandusan penganjuran sedemikian yang sering dinanti-nanti oleh atlet elektronik seluruh negara. Penyertaan adalah seramai 644 atlet melibatkan kategori perseorangan dan berpasukan bagi acara Pro Evolution Soccer 2020 (PES 2020) dan PlayerUnknown’s Battlegrounds(PUBG) yang telah berentap sejak 11 September lalu. Kemuncak penganjuran ini bagi acara berkumpulan bakal melabuhkan tirai elektronik pada 19 September di mana ianya turut akan disiarkan secara langsung di laman Facebook JBSNT dan EMT selaku penganjur bersama.
KEPUTUSAN PENUH MYESPORTS TERENGGANU 2020 PUBG MOBILE(SOLO)
JUARA – ZS NanNine NAIB JUARA – GXS SYED TEMPAT KE-3 – YoodoRude
Ulasan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu Mohd Izwandy Ismail selaku penganjur Kejohanan MyEsports Terengganu 2020 yang dianjurkan bersama Esports Malaysia Terengganu selaku badan induk sukan elektronik negeri Terengganu yang mempertaruhkan dua acara sukan elektronik iaitu Pro Evolution Soccer 2020 (PES 2020) dan PlayerUnknown’s Battlegrounds(PUBG).
Kejohanan MyEsports Terengganu 2020 menjadi penanda aras baharu perkembangan komuniti sukan elektronik di negeri ini rentetan maklumbalas positif penganjuran MyStay@HomeChallenge peringkat negeri yang telah dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan(KBS) pada April lepas.
Penganjuran ini yang juga merupakan sebahagian dari program pembangunan sukan elektronik yang dikelolakan oleh JBSNT dalam usaha untuk mencungkil bakat-bakat terpendam khususnya bagi atlet yang berada dari kawasan luar bandar. Melalui program kerjasama ini juga sudah pasti dapat membantu pihak persatuan sukan berkaitan bagi merangka pelbagai program berkaitan masa depan sukan ini.
Tai Beng Hai dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan hoki Terengganu bagi kempen Piala Tun Abdul Razak 2020 Edisi Ke-58
Pasukan hoki Terengganu kembali membuka tirai pasca COVID-19 untuk saingan kempen Kejohanan Piala Tun Abdul Razak 2020 Edisi Ke-58 yang dijadualkan bermula pada 18 hingga 26 September 2020 nanti. Finalis 2018 yang telah dikecewakan oleh Johor pada peringkat separuh akhir musim lalu kini giat membancuh resepi baharu bersama bekas jurulatih kebangsaan; Tai Beng Hai untuk pertama kali membimbing gergasi hoki pantai timur ini.
Ketua jurulatih yang kini berusia 55 tahun bergandingan bersama Nordin Musa selaku pembantu jurulatih tidak mengambil masa yang lama untuk memulakan tugas baru di mana terus melakukan penilaian jentera pasukan. Telah berlangsung selama 3 hari pemilihan pemain berjaya menarik perhatian beberapa bekas pemain kebangsaan yang kini berkelana di ibu kota untuk hadir sendiri ke Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu ini.
Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
Pada saingan kempen musim ini, Terengganu membariskan pemain anak jati Terengganu sepenuhnya juga turut mempertaruhkan pemain-pemain muda yang kini dalam persediaan ke pentas SUKMA Johor 2020 pada tahun hadapan. Kesempatan serampang dua mata ini diambil oleh pemegang taruh sebagai pendedahan perlawanan memandangkan ketandusan penganjuran hoki berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah.
“Saya berasa bangga dan berbesar hati untuk mewakili Terengganu. Saya daripada KL turun ke Terengganu untuk membuat pemilihan. Saya harap saya boleh buat kembali ke skuad kebangsaan dengan platform Piala Razak ini.”, ulas Faizal Saari yang juga bekas pemain kebangsaan.
Menambah menarik bagi musim ini juga, pasangan adik beradik Faizal Saari bersama Mohd Fitri bin Saari turut akan melengkapkan lagi percaturan Tai Beng Hai untuk misi ke pentas final Piala Razak nanti. Sebelum ini komitmen Faizal Saari yang terikat bersama pasukan kebangsaan membantutkan keinginan untuk berbakti pada pasukan kelahiranya. Pentas Piala Razak ini juga menjadi titik penting buat pemain berusia 29 tahun membuktikan kudratnya masih berbisa setelah disisihkan dari pasukan kebangsaan oleh Roelant Oltmans yang baru ditamatkan kontrak.
Selain pasangan adik beradik, Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi, Firhan Ashari, Hazrul Faiz dan Zaimi Mat Deris merupakan di antara beberapa pemain senior kebangsaan bakal menjadi tunjang perkukuhkan pasukan Terengganu nanti. Gandingan mantap ini memberi gambaran awal buat Terengganu untuk memiliki pasukan yang terbaik pada musim ini.
“Untuk pasukan Terengganu pada tahun ini sebenarnya adalah hasil dari program pembangunan yang telah dilakukan 10 tahun lepas di mana kita amat berbangga di mana mereka bermain di peringkat tertinggi. Mereka dapat balik ke negeri Terengganu untuk berbakti pada negeri di mana mereka boleh fokus untuk mencapai target menjadi juara tahun 2020 ini.”, ujar Mohd Rafhan Harun selaku pengurus pasukan bagi musim ini.
“Apa yang saya lihat, pasukan ini banyak pemain. So ada banyak pemain bekas pemain negara, ada pemain pemain dari sekolah sukan nasional Bukit Jalil Bandar Penawar jadi kita gabungkan mereka untuk bermain sebagai satu pasukan untuk Piala Razak ini.”, berkata ketua jurulatih Tai Beng Hai yang turut mengulas kepada PenyuSukan
Penganjuran Kejohanan Piala Tun Abdul Razak yang kini melangkah ke edisi Ke-58 merupakan antara kejohanan hoki tertua di dalam negara yang mempertaruhkan pasukan dari negeri-negeri dalam negara secara tidak langsung menjadi penanda aras terbaik pembangunan hoki buat sesuatu negeri itu.
Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil bakal menjadi venue rasmi kejohanan yang dijadualkan bermula pada 18 hingga 26 September 2020 dengan 15 pasukan lelaki dan 11 pasukan wanita telah mengesahkan penyertaan mereka bagi edisi kali ini.