SEA Games 2019: Anak Jati Terengganu Pertama Rangkul Pingat Sukan Elektronik

Ahmad Ali Huzaifi Abdullah Hazawi yang lebih dikenali sebagai ‘Lexia’ di kalangan komuniti sukan elektronik adalah anak jati Kampung Padang Jambu, Dungun merupakan anak kelahiran negeri Terengganu Darul Iman pertama merangkul pingat di pentas Sukan SEA. Kredit – Facebook.com/esmterengganu

Ahmad Ali Huzaifi Abdullah Hazawi merupakan atlet sukan elektronik (e-Sukan) kelahiran negeri Terengganu yang pertama cipta kejutan meraih pingat di pentas temasya dwi-tahunan sukan SEA iaitu di Sukan SEA Filipina 2019.

Anak muda berusia 18 tahun (Lahir pada 16 Julai 2001) yang juga merupakan anak jati Kampung Padang Jambu, Dungun bersama 5 ahli pasukan lain telah terpilih pertama kali untuk mewakili negara di pentas Sukan SEA bagi berentap dalam acara Mobile Legends: Bang Bang.

Mampu untuk menyumbang pingat gangsa sekaligus menambah kutipan pingat kontijen Malaysia untuk acara sukan yang pertama kali dipertandingkan di pentas Sukan SEA ini sewajarnya harus diberi pujian.

Ahmad Ali Huzaifi Abdullah Hazawi(tiga dari kanan) bersama ahli pasukan Mobile Legends: Bang Bang yang lebih dikenali sebagai ‘Lexia’ merupakan anak kelahiran negeri Terengganu Darul Iman telah merangkul pingat gangsa dalam acara sukan elektronik yang pertama kali dipertandingkan di Sukan SEA Filipina 2019. Kredit – Facebook.com/esmterengganu

Ahmad Ali Huzaifi Abdullah, Abdul Wandi Abdul Kadir, Izme Haqeem Hamsjid, Muhammad Hazeem Onn, Jamil Nurolla dan Mohd Faris Zakaria yang meraih pingat gangsa pertama kali dalam sejarah penganjuran ini terpaksa memberi laluan kepada pasukan tuan rumah untuk mara ke pusingan akhir bertemu Indonesia.

Skuad negara memberi laluan kepada pasukan tuan rumah untuk mara ke pusingan akhir Mobile Legends: Bang Bang. Kredit – https://www2.2019seagames.com/results


Sebelum itu pasukan negara telah bertemu Indonesia dalam pusingan separuh akhir namun tewas untuk menempah tiket ke penentuan pingat emas. Skuad Mobile Legends: Bang Bang Malaysia telah diundi untuk beraksi dalam kumpulan A bersama Vietnam, Singapura, Myanmar dan Cambodia di mana pasukan ini mencatatkan kutipan mata tertinggi dalam kumpulan untuk layak ke pusingan kedua peringkat penentuan.

San Juan Arena yang menjadi venue kejohanan e-Sukan ini di mana pasukan tuan rumah; Filipina muncul juara merangkul pingat emas bagi acara Mobile Legends: Bang Bang ini setelah berjaya menewaskan Indonesia pada perlawanan terakhir berkeputusan 03-02.

Untuk rekod, sebanyak enam pingat emas ditawarkan bagi sukan elektronik meliputi acara Dota 2, Starcraft II, Tekken 7, Hearthstone, Mobile Legends: Bang Bang dan Arena of Valor yang kali pertama dipertandingkan di pentas Sukan SEA.

Ahmad Ali Huzaifi Abdullah Hazawi yang lebih dikenali sebagai ‘Lexia’ di kalangan komuniti sukan elektronik adalah anak jati Kampung Padang Jambu, Dungun. Kredit – https://www2.2019seagames.com/athletes

Ahmad Ali Huzaifi yang lebih dikenali sebagai ‘Lexia’ di kalangan komuniti e-sukan mula menempa nama setelah muncul juara dalam satu kejohanan e-sukan di Kampung Cina, Kuala Terengganu suatu ketika dahulu. Bermula dari situ Lexia kerap menyertai pelbagai kejohanan acara Mobile Legends sehingga ditawarkan kerjaya sebagai pemain profesional sepenuh masa mewakili pasukan Boss Pusher sebelum terpilih untuk mewakili negara ke Sukan SEA Filipina 2019 ini.

Lexia yang beraksi selaku pemain ‘midlanner’ di dalam pasukan merupakan antara pemain midlanner terbaik dalam arena e-Sukan tanah air. Rentetan kejayaan ini, Lexia yang juga merupakan atlet e-sukan Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) sudah pasti memberi kelebihan buat kontijen negeri ini untuk memburu kejayaan sulung di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) di Johor pada tahun hadapan.

Syed Afif Hakimi Tengku Abdillah merupakan pengurus pasukan bagi sukan elektronik kontijen Terengganu yang akan membawa cabaran di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Johor 2020 nanti. Kredit – Facebook.com/syedafif.hakimi

“Selaku pengurus pasukan SUKMA, sudah tentu ini satu kejutan besar bagi kami dan juga komuniti Esports Malaysia kerana bagi acara Mobile Legends di pentas Sukan SEA Filipina ini tiada sebarang pungutan pingat disasarkan. Satu kebanggaan buat Malaysia dan juga sudah pasti untuk Terengganu di mana secara tidak langsung menaikkan moral atlet-atlet Mobile Legends dalam kem SUKMA ini. Kami amat optimis untuk menyasarkan salah satu kutipan pingat pada SUKMA Johor 2020 nanti. Acara Mobile Legends ini bukanlah acara individu di mana memerlukan kerjasama yang tinggi daripada 5 ahli dalam satu pasukan”; ujar Syed Afif Hakimi Tengku Abdillah selaku pengurus pasukan sukan elektronik bagi temasya SUKMA Johor 2020.

Pada SUKMA Johor 2020 nanti, e-sukan juga turut mencipta sejarah di mana pertama kali dipertandingkan mempertaruhkan kutipan pingat dalam temasya dwi tahunan ini.

Skuad Mobile Legends: Bang Bang Malaysia telah diundi untuk beraksi dalam kumpulan A bersama Vietnam, Singapura, Myanmar dan Cambodia. Kredit – Agensi

SUKAN SEA FILIPINA 2019
KEPUTUSAN MOBILE LEGENDS: BANG BANG
*Melibatkan pasukan Malaysia sahaja

SEPARUH AKHIR
6 Disember 2019 – No. Perlawanan: 217
MALAYSIA vs Indonesia 00-02

PERINGKAT KUMPULAN A
5 Disember 2019 – No. Perlawanan: 153
MALAYSIA vs Singapura 01-01

5 Disember 2019 – No. Perlawanan: 152
MALAYSIA vs Cambodia 02-00

5 Disember 2019 – No. Perlawanan: 101
MALAYSIA vs Vietnam 01-01

 

TSG Cari Anak Jati Untuk Pelapis Baharu

Terengganu Cycling Team (TSG) melalui akademi berbasikal yang telah ditubuhkan pada 2019 iaitu TSG Cycling Academy kini dalam pencarian calon-calon yang layak untuk sesi tahun 2020. Kredit Foto – Facebook.com/aidit.nurfan

Terengganu Cycling Team (TSG) kini membuka peluang kepada anak-anak jati kelahiran negeri Terengganu untuk turut sama dalam sesi pemilihan bagi membentuk pasukan lumba basikal profesional pada tahun hadapan. Melalui akademi sukan berbasikal yang dikenali sebagai ‘TSG Cycling Academy’, para pelatih bakal didedahkan dengan pelbagai siri latihan berprestasi tinggi yang dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga pengajar profesional yang berpengalaman besar.

Pujian juga harus diberikan kepada pasukan TSG yang bertaraf antarabangsa di mana memberi peluang kepada anak jati negeri ini untuk membuktikan bahawa mereka juga layak untuk berentap. Peluang ini seharusnya dimanfaat sepenuhnya khususnya kepada anak-anak muda di luar sana agar impian untuk menjadi atlet berbasikal profesional berada di landasan yang sepatutnya.

SYARAT – SYARAT KELAYAKAN

  1. Berumur 17 sehingga 21 tahun
  2. Anak kelahiran negeri Terengganu atau ibu bapa kelahiran negeri Terengganu.
  3. Minimum pengalaman perlumbaan selama 2 sehingga 3 tahun.
  4. Sihat tubuh badan
  5. Lelaki sahaja

KEPERLUAN YANG PERLU DIBAWA

  1. 2 Keping gambar terkini berukuran pasport
  2. Surat kebenaran ibu bapa bagi pemohon yang berumur 18 tahun ke bawah.
  3. Memiliki basikal sendiri (Basikal lebuhraya)
  4. Berpakaian lengkap termasuk helmet & glove

TARIKH & WAKTU PEMILIHAN
SESI 1 – 5 DISEMBER 2019
UJIAN WAHOO TRAINER

Lokasi: Pejabat TSG
0830 Pagi: Pendaftaran
0930 Pagi – 0400 Petang: Sesi ujian

SESI 2 – 6 DISEMBER 2019
UJIAN MASA (ITT)

Lokasi: Jalan Pulau Sekati (15km 1 Lap)
0830 Pagi: Pendaftaran
0930 Pagi – 1230 T/Hari: Sesi ujian

SESI 3 – 7 DISEMBER 2019
UJIAN PENDAKIAN (CLIMBING)

Lokasi: Perkarangan Pejabat Daerah Kuala Terengganu ke Sungai Como, Kenyir.
0830 Pagi: Pendaftaran
0930 Pagi – 0200 Petang: Sesi ujian

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:

012 9455 502 ANUAR AZIZ
011 1077 4987 WAN MOHD NAZRI WAN AHMAD
019 924 6553 MOHD LUQMAN ABD RAZAK

UNTUK PENGESAHAN AWAL KEHADIRAN SILA WHATSAPP NAMA PENUH DAN UMUR DI TALIAN 011 1077 4987

Ragbi Tertutup 7s Terengganu Rugby Merdeka Challenge Cipta Sejarah

Kejohanan Ragbi Tertutup 7s Terengganu Rugby Merdeka Challenge 2019 bersemperna sambutan ambang Hari Kemerdekaan Ke-62 di mana pasukan bertanding diberi penghormatan untuk beraksi dibawah lampu limpah Stadium Mini Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong badak. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Kejohanan Ragbi Tertutup 7 sepasukan peringkat negeri Terengganu bersemperna sambutan ambang Hari Kemerdekaan Ke-62 yang turut dikenali sebagai Terengganu Rugby Merdeka Challenge 2019(TRMC 2019) cipta sejarah setelah menjadi kejohanan yang melebihi 12 jam tanpa henti yang pernah dianjurkan di negeri ini.

Perlawanan pertama bermula seawal jam 0900 pagi dan tamat selewat 0200 pagi keesokannya di mana setiap pasukan diberi peluang untuk beraksi di bawah limpahan lampu Stadium Mini Kompleks Sukan Gong Badak yang baru dinaiktaraf. Sebanyak 12 pasukan telah menyertai kejohanan ini termasuk dua pasukan kategori veteran yang beraksi bagi perlawanan berformat 10 sepasukan.

Kejohanan Ragbi Tertutup 7s Terengganu Rugby Merdeka Challenge 2019 bersemperna sambutan ambang Hari Kemerdekaan Ke-62 di mana pasukan bertanding diberi peluang untuk beraksi dengan lampu limpah Stadium Mini Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong badak. Kredit Foto – Facebook.com/PRAGBINT

Hanelang 2020 menjadi pasukan yang menutup tirai kejohanan bergelar juara sulung edisi TRMC 2019 setelah menewaskan pasukan Kolej Vokasional Wakaf Tembesu Old Boys (KVWT OB) berkesudahan 29 berbalas 12 mata akhir. Manakala juara Plate dirangkul oleh pasukan Besut X-Tigers setelah menafikan Setiu Madcats Old Boy(Madcats OB) dengan keputusan penamat 24 mata tanpa balasa. PDRM Veteran juga turut cemerlang untuk muncul juara bagi aksi kategori Veteran menewaskan PMU Dragon yang berakhir dengan keputusan 29 berbalas 20.

Kejohanan ragbi yang telah berlangsung pada hari Jumaat ini ternyata tidak memberi halangan kepada para pasukan untuk menunaikan kewajipan beribadat di masjid berhampiran. Walaupun perlawanan tanpa henti namun setiap pemain tetap menunaikan solat di surau yang disediakan di mini stadium ini. Menambah menarik pada tepat detik 12 tengah malam 31 Ogos 2019, perlawanan dihentikan seketika untuk upacara menaikkan bendera Malaysia dan bendera negeri Terengganu diiringi nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Selamat Sultan beramai-ramai.

Rata-rata pasukan yang ditemui PenyuSukan.com menzahirkan tanda positif kepada penganjur kerana memberi pengalaman berbeza kali ini dan berharap ianya menjadi kejohanan tahunan. Kejohanan ini adalah penganjuran bersama di antara Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) dan Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) di mana yuran penyertaan sebanyak RM200 sebagai yuran penyertaan dikenakan kepada pasukan bagi kategori Terbuka manakala RM100 bagi kategori Veteran.

Senarai pasukan bertanding:

KUMPULAN A

  1. HANELANG 2020
  2. BIDONG BROCCOLI OB
  3. BESUT X-TIGERS
  4. KT TITANZ
  5. PDRM B

KUMPULAN B

  1. PDRM A
  2. MADCATS OB
  3. PANDA RC
  4. KVWTOB
  5. BLIZZARDS

KATEGORI VETERAN

  1. PMU DRAGON
  2. PDRM VETERAN

PROFIL PASUKAN BERTANDING

HANELANG 2020
Pasukan Hanelang 2020 merupakan pasukan persiapan ragbi 7 sepasukan negeri Terengganu bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia(SUKMA) 2020 di Johor nanti. Pada temasya SUKMA Perak 2018 yang lalu, pasukan negeri Terengganu telah mara ke pentas akhir bertemu Kelantan.

KVWT OB
KVWTOB adalah pasukan ragbi dibarisi oleh bekas pelajar Kolej Vokasional Wakaf Tembesu(KV Wakaf Tembusu). Pada tahun 2018, pasukan KV Wakaf Tembusu ini muncul juara di Kejohanan Vokasional Teknik (VOKTEK 7s).

BIDONG BROCCOLI OB
Bidong Broccoli Old Boy (Bidong Broccoli OB) dibarisi oleh pemain-pemain bekas pelajar SMK Lembah Bidong, Merang. Pencapaian terbaik pasukan ini adalah muncul juara pada Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Tertutup Terengganu 2016. Manakala pada tahun 2015 dan 2017, pasukan ini merupakan finalis bagi kejohanan ini.

PDRM A
PDRM B

PDRM
Pasukan PDRM A & PDRM B merupakan pasukan ragbi dibarisi oleh anggota-anggota Polis Diraja Malaysia yang berkhidmat dalam negeri Terengganu. Kejohanan Piala Ketua Polis Negara merupakan sasaran utama untuk pasukan ini.

BESUT X-TIGERS
Besut X-Tigers merupakan pasukan ragbi yang berpangkalan di daerah Besut rata-rata dibarisi oleh pelajar lepasan SM Sains Machang, Kelantan.

KT TITANZ
KT Titanz atau juga dikenali sebagai KTer Titanz merupakan pasukan yang dibarisi oleh pemain bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara Kuala Terengganu (MRSM Terengganu) telah ditubuhkan pada tahun 2010. Pasukan ini merupakan antara pasukan pilihan untuk berentap di Kejohanan Ansara MRSM.

PANDA RC
Panda RC merupakan pasukan ragbi dari Maktab Perguruan Batu Rakit(Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail) yang telah ditubuhkan sejak tahun 2010. Kini pasukan ini dibarisi oleh pemain generasi ke-7 menjadikan Kejohanan Antara IPG 10s sebagai sasaran utama.

MADCATS OB
Setiu Madcats Old Boy(Madcats OB) yang baru ditubuhkan pada tahun ini merupakan pasukan yang dibarisi oleh bekas pelajar SM Sains Setiu.

BLIZZARDS
Blizzards merupakan pasukan ragbi yang baru ditubuhkan pada tahun ini berpangkalan di SMK Renek, Besut dibarisi oleh bekas pemain-pemain yang pernah beraksi dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah(MSSD) Besut.

Jadual Pertandingan Sukan Negeri Terengganu (SUTERA)

Temasya Sukan Negeri Terengganu (SUTERA) yang pertama kali akan dianjurkan ini mempertandingkan 13 acara sukan bagi empat hari penganjuran yang dijadualkan bermula pada 5-9 September 2019. Badminton, berbasikal, bola sepak, bola jaring, bola tampar, lawn bowls, olahraga, pencak silat, petanque, pingpong, sepak takraw, tenis dan tenpin bowling adalah sukan yang dipertandingkan menyaksikan penyertaan seramai 1545 atlet. Setiap sukan yang dipertandingkan ini adalah terdiri dari 7 sukan wajib manakala bakinya adalah sukan pilihan yang ditentukan oleh daerah-daerah yang telah dipersetujui.

Berikut adalah jadual pertandingan seperti mana yang dikeluarkan oleh pihak penganjur.

Jadual pertandingan temasya Sukan Negeri Terengganu(SUTERA) bagi 13 acara sukan yang berlangsung selama 5 hari penganjuran bermula pada 5 sehingga 9 September 2019. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu
Badminton merupakan di antara 13 disiplin sukan yang dipertandingkan dalam temasya Sukan Terengganu (Sutera) 2019 mempertandingkan dua acara iaitu Berpasukan Lelaki dan Berpasukan Wanita di mana melibatkan 3 atlet perseorangan dan 2 beregu bagi setiap pasukan. Kredit Foto – Majlis Sukan Negeri Terengganu
Sukan berbasikal merupakan di antara 13 disiplin sukan yang dipertandingkan dalam temasya Sukan Terengganu (Sutera) 2019 mempertandingkan 14 acara melibatkan dua kategori jantina. Ujian masa perseorangan, kriterium, lepas beramai-ramai(perseorangan), lepas beramai-ramai (berpasukan), 200 M sprint, 1 kilometer(Kategori lelaki sahaja), 500 meter (Kategori wanita sahaja) dan basikal lasak (Cross country – MTB). Sukan berbasikal ini menawarkan 12 kutipan pingat emas bagi kategori lelaki dan 10 pingat emas bagi kategori wanita. Kredit Foto – Majlis Sukan Negeri Terengganu
Sukan bola jaring merupakan di antara 13 disiplin sukan yang dipertandingkan dalam temasya Sukan Terengganu (Sutera) 2019 di mana mewajibkan penyertaan atlet adalah di bawah umur 20 tahun ke bawah bagi setiap kontijen. Menjadikan penganjuran ini sebagai sukan patuh syariah pertama di Malaysia maka setiap pemain hendaklah memakai Baju-T atau Jersi dengan ‘trackbottom’ serta WAJIB bertudung bagi yang beragama Islam (tanpa pin dan jarum). ‘Skirt’, seluar pendek dan ‘tight’ tidak dibenarkan. Hanya satu pingat emas ditawarkan untuk acara sukan bola jaring ini. Kredit Foto – Majlis Sukan Negeri Terengganu
Sukan bola sepak merupakan di antara 13 disiplin sukan yang dipertandingkan dalam temasya Sukan Terengganu (Sutera) 2019 melibatkan 8 pasukan untuk dua kumpulan pertandingan. Sebanyak 18 perlawanan berlangsung untuk sepanjang 5 pertandingan bermula pada 5 September 2019 sehingga 9 September 2019.Kredit Foto – Majlis Sukan Negeri Terengganu

13 Acara Sukan 1545 Atlet Berentap SUTERA 2019

13 acara yang pertama kali dipertandingkan dalam temasya Sukan Negeri Terengganu(SUTERA) melibatkan 1545 atlet termasuk kontijen jemputan dari negeri Kelantan. Temasya yang berlangsung selama 4 hari penganjuran bermula pada 5 sehingga 9 September 2019. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu

Temasya Sukan Negeri Terengganu (SUTERA) yang pertama kali akan dianjurkan ini mempertandingkan 13 acara sukan bagi empat hari penganjuran yang dijadualkan bermula pada 5-9 September 2019. Badminton, berbasikal, bola sepak, bola jaring, bola tampar, lawn bowls, olahraga, pencak silat, petanque, pingpong, sepak takraw, tenis dan tenpin bowling adalah sukan yang dipertandingkan menyaksikan penyertaan seramai 1545 atlet. Setiap sukan yang dipertandingkan ini adalah terdiri dari 7 sukan wajib manakala bakinya adalah sukan pilihan yang ditentukan oleh daerah-daerah yang telah dipersetujui.

Penganjuran ini yang menyasarkan kontijen bagi setiap daerah di dalam negeri Terengganu turut menerima kontijen jemputan dari negeri Kelantan menjadikan penyertaan sebanyak 9 kontijen. Namun bagi sebarang kutipan pingat oleh kontijen jemputan ini tiada sebarang kiraan kejohanan ditetapkan oleh penganjuran. Sebagaimana syarat penyertaan SUTERA ini adalah hanya terbuka kepada rakyat negeri Terengganu sahaja atau yang bermastautin di negeri ini.

Setiap kontijen yang muncul juara juga turut ditawarkan hadiah wang tunai di mana juara pasukan keseluruhan akan membawa pulang wang berjumlah RM70,000 dan naib juara sebanyak RM45,000 manakala tempat ketiga sebanyak RM15,000. Manakala olahragawan dan olahragawati pula akan menerima RM1,000 hadiah kemenangan setiap seorang.

Penganjuran temasya ini juga secara tidak langsung mengembalikan fungsi-fungsi Majlis Sukan Daerah yang dilihat kian sepi.

Cub Prix: Warna Warni Litar Gong Badak

Cabaran faktor cuaca di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Kuala Nerus, Terengganu bakal menambah sensasi bagi setiap pelumba. Kredit Foto – MalaysianCubprix.com

Saingan Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas akan membuka tirainya di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Kuala Nerus, Terengganu esok. Seperti biasa, kejuaraan terunggul negara itu bakal menyajikan persaingan sengit kerana semua pelumba menaruh harapan untuk berada di podium kemenangan. Saingan di Terengganu sentiasa menarik sejak edisi 2009 lagi kerana tiada pelumba yang mampu mempertahankan kejuaraan.

Juara dalam setiap kategori bersilih ganti dan tiada pelumba yang mampu memegang status sebagai ‘jaguh pantai timur’. Pada aksi Pusingan 5 ini, tiga kategori utama akan dipertandingkan iaitu kelas CP150, CP115 dan juga kelas Wira. Turut diadakan ialah perlumbaan sokongan Mini Cub Prix yang merupakan medan untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan permotoran negara.

Litar lumba seluas 2.4 hektar terletak di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak ini turut dilengkapi dengan kemudahan litar perlumbaan sejauh 1.35 km, sprint test sejauh 0.95 km, trek ujian pecut dan gelanggang drift. Kredit Foto – MalaysianCubprix.com

Selain itu adalah perlumbaan Cabaran Honda Dash 125, Yamaha Petronas Super Series, Petronas Sprinta Pro Am dan juga Cabaran AEON Credit Service Yamaha NVX. Tumpuan sudah pastinya terarah kepada kelas perdana, CP150 yang bakal dibarisi nama-nama besar dalam sukan permotoran negara. Antaranya adalah bekas pelumba Moto2 negara, Md Zaqhwan Zaidi yang akan menggalas cabaran pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing.

Selain Zaqhwan, pelumba lain yang bakal merwarnai saingan di Terengganu kali ini termasuk pendahulu keseluruhan kelas CP150, Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing), Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Yuzy Racing) dan juga juara Pusingan 5 di Pontian, Md Azhar Abd Jalil (Motul Yamaha YY Pang Racing).

Pelumba pasukan AHM Motorsports Yamaha Racing, Ahmad Fazrul Shah dan juga Md Akid Aziz (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) juga dilihat antara yang mampu mencipta kejutan pada saingan Pusingan 5 kali ini. Apa yang menarik perhatian pada siangan kali ini adalah kehadiran semula Zaqhwan dalam pasukannya.

Pada saingan Pusingan 5, Zaqhwan tidak dapat beraksi kerana terlibat dengan perlumbaan Endurance 8-Hours di Suzuka, Jepun. Kehadirannya pasti membawa khabar gembira buat pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing yang agak tenggelam dalam dua pusingan terakhir. Mereka memulakan dua pusingan awal dengan langkah bergaya selepas menjuarai aksi di Jasin, Melaka dan Batu Kawan, Pulau Pinang namun selepas itu, prestasi jentera mereka berada dalam keadaan yang kurang stabil.

Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Kuala Nerus, Terengganu menjadi venue perlumbaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas pusingan ke-5 yang berlangsung pada 23 hingga 24 Ogos 2019. Kredit Foto – MalaysianCubprix.com

Apa yang berlaku dalam dua pusingan terakhir sudah dilupakan, malah pihak pengurusan pasukan sudah mengambil langkah positif agar rentak cemerlang mereka sebelum ini kembali dipamerkan pada saingan di Kuala Terengganu minggu ini. Menurut pengurus pasukan, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, dia berharap segala persiapan mereka untuk menghadapi saingan di Kuala Terengganu minggu ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.

“Misi kami adalah untuk kembali bangkit dan sudah pasti kemenangan menjadi sasaran utama.

“Kami telah bekerja keras untuk menyediakan jentera yang terbaik buat para pelumba dan setakat ini semuanya berada dalam keadaan baik.

“Kehadiran Zaqhwan pada aksi di Kuala Terengganu diharap dapat mencetus semangat baharu dalam pasukan.

“Kami juga memerlukan seberapa banyak mata yang boleh, bagi mengukuhkan kedudukan pasukan dalam carta keseluruhan,” jelas Yuzy.

Yuzy juga mengharapkan Azroy kembali memperlihatkan sengatnya seperti mana yang berlaku pada saingan Pusingan 1 dan 2 sebelum ini apabila pelumba asal Selangor itu muncul juara kelas CP150. Menurut Yuzy, walaupun Azroy kurang bernasib baik pada saingan Pusingan 5 di Pontian sebelum ini, namun ia tidak menjejaskan misi mereka untuk memburu kemenangan di Kuala Terengganu minggu ini.

Jelas Yuzy lagi, dia juga berharap pelumba asal Terengganu dalam pasukannya, Md Harith Farhan Baharin mampu mencipta kejutan di hadapan para peminatnya di negeri Pantai Timur itu. Setakat ini, pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing menghuni tangga ketiga keseluruhan dengan meraih 91 mata, ketinggalan satu mata di belakang pasukan yang menghuni tempat kedua, Motul Yamaha YY Pang Racing.

Pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing masih unggul memimpin kedudukan dengan 112 mata. Perlumbaan esok akan bermula dengan sesi latihan bebas diikuti pusingan kelayakan dan perlumbaan sebenar pada hari Sabtu nanti.

Selain itu, acara sampingan yang bakal ditawarkan pada saingan Pusingan 5 ini adalah jualan Cub Prix (CP) Happy Bag bagi membolehkan para penonton menyertai cabutan bertuah. CP Happy Bag itu dijual pada harga RM50 dan boleh didapati di khemah promosi Cub Prix pada hari Jumaat dan Sabtu. Ia terhad kepada 500 penonton terawal dan pemenang hadiah utama cabutan bertuah itu bakal membawa pulang sebuah motosikal Honda Dash 125.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cabutan bertuah CP Happy Bag itu, para peminat boleh melayari www.malaysiancubprix.com

Judoka Terengganu Perkukuh Dominasi Pentas Remaja Kebangsaan

Judoka-judoka Terengganu terus memperkukuhkan reputasi sebagai kuasa besar sukan judo di pentas kebangsaan setelah mengungguli juara keseluruhan dalam Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan Ke-24 2019 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak pada 17 Ogos 2019. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu/

Judoka-judoka remaja negeri Terengganu terus mencipta dominasi selaku kuasa besar dalam arena sukan judo apabila sekali lagi berjaya mengekalkan pencapaian di pentas kebangsaan dalam Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan Kali Ke-24 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.

Aksi judoka wanita Terengganu; Alyaa Yasmeen Rosali(biru) sewaktu Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan Ke-24 2019 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak pada 17 Ogos 2019. Beliau juga merupakan pemenang pingat emas bagi kategori bawah 44kg di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 lalu. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu

Kejohanan yang telah berlangsung selama 2 hari itu turut berlangsung Kejohanan Jemputan Terengganu 2019. Sebanyak 11 pasukan menghimpunkan 319 atlet judo berentap dalam 4 kategori peringkat umur yang dipertandingkan iaitu bawah 21 tahun, bawah 17 tahun, bawah 14 tahun dan bawah 12 tahun. Pasukan tuan rumah telah mempertaruhkan 94 judoka sekaligus memanfaatkan berentap di laman sendiri untuk muncul juara.

Pasukan tuan rumah berjaya mengutip 22 pingat emas, 12 pingat perak dan 18 pingat gangsa sekaligus dinobatkan juara keseluruhan untuk menafikan Pulau Pinang selaku naib johan dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail di tempat ke-3. Bagi kategori bawah 21 tahun, pingat emas untuk pasukan tuan rumah telah disumbangkan oleh Muhammad Syameer, Muhammad Izham, Muhammad Nur Muizuddin, Fakhrul Adam, Alyaa Yasmeen dan Nur Ain Hafieza.

Judoka-judoka Terengganu terus memperkukuhkan reputasi sebagai kuasa besar sukan judo di pentas kebangsaan setelah mengungguli juara keseluruhan dalam Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan Ke-24 2019 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak pada 17 Ogos 2019. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu

Pasukan tuan rumah juga turut melakar rekod kejohanan mengekalkan kejuaraan peringkat kebangsaan buat kali tiga berturut-turut. Kejayaan ini menjadi penanda aras terbaik bagi program pembangunan di bawah kendalian ketua jurulatih Marjan Abdullah dan Majlis Sukan Negeri Terengganu sejak sekian lama. Situasi ini meletakkan pasukan judo negeri Terengganu ini berada di landasan yang tepat dalam persiapan pasukan menghadapi temasya Sukan Malaysia(SUKMA) 2020 di Johor nanti.

Sensasi kejohanan turut dicipta oleh judoko wanita tuan rumah; Alyaa Yasmeen Rosali yang merangkul 3 pingat disumbang melalui 2 pingat emas bagi acara berkumpulan dan bawah 48 kilogram serta 1 pingat perak bagi acara Nageno Kata. Kejohanan pentas remaja kebangsaan ini merupakan penyertaan kali ke 7 buat anak jati Kuala Terengganu ini yang mula bergiat aktif dalam sukan judo sejak berusia 14 tahun.

Judoka wanita Terengganu; Alyaa Yasmeen binti Rosali(tiga dari kanan) meraih pingat emas bagi kategori bawah 48kg di pentas Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan Ke-24 2019 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak pada 17 Ogos 2019. Beliau juga merupakan pemenang pingat emas bagi kategori bawah 44kg di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 lalu. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu

“Untuk edisi kali ini, semua pasukan dari negeri-negeri lain sangat mencabar kerana kerana diaorang semakin kuat tapi Alhamdullilah saya juga telah dapat pingat emas di tempat sendiri. Saya bangga dengan diri saya dan coach dan ibubapa saya serta kawan-kawan saya yang sokong saya.”; ujar Judoka Terengganu Alyaa Yasmeen Rosali

Fakhrul Adam Jose M Cruz @ Fauzi Cruz(dua dari kanan) selaku ketua pasukan Judo negeri Terengganu meraih pingat emas bagi kategori bawah 100kg di pentas Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan Ke-24 2019 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak pada 17 Ogos 2019. Beliau juga merupakan pemenang pingat emas bagi kategori bawah 90kg di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 lalu. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu

“Alhamdullilah kitaorang dapat jadi juara keseluruhan untuk national junior tahun ini. Walaupun banyak cabaran daripada negeri-negeri lain tapi Alhamdulilah kita berjaya mencapai juara keseluruhan.”; berkata Fakhrul Adam Jose M Cruz @ Fauzi Cruz selaku ketua pasukan Judo negeri Terengganu.

“Cabaran memang sentiasa datang dengan tuan rumah kuasa besar judo juga. Pulau Pinang yang sentiasa menghantar atlet ke luar negara. Kita cuba sedaya upaya atlet negeri Terengganu untuk mencapai kejayaan itu. Kita mengharap muka-muka baru kita yang hari ini agak menyerlah perlawanannya agak bagus prestasinya yang cemerlang.” ujar Marjan Abdullah selaku ketua jurulatih yang telah membimbing atlet negeri Terengganu sejak 2007.


MSSM Ragbi U12: Kejutan Tuan Rumah Tamatkan Kemarau Kejuaraan

Pasukan ragbi Majlis Sukan Sekolah Terengganu muncul juara setelah tewaskan Majlis Sukan Sekolah Perak berkeputusan 22 berbalas 5 dalam perlawanan akhir Cup U12 Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia yang telah berlangsung di Padang Ragbi SM Teknik Kuala Terengganu pada 8 Ogos 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Pasukan ragbi bawah 12 tahun Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu(MSST) memberi kejutan untuk muncul juara dalam Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia(MSSM) 2019 yang telah berlangsung di padang Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu.

Tuan rumah hadir selaku bukan pasukan pilihan kejohanan berjaya menafikan finalis edisi lalu iaitu Majlis Sukan Sekolah Negeri Perak(MSSP) berkeputusan 22 berbalas 5. Sebelum itu, kedua-dua pasukan ini telah bertemu dalam perlawanan pembukaan di peringkat kumpulan menyaksikan tuan rumah tewas kepada pasukan dari negeri Perak ini.

Pasukan ragbi Majlis Sukan Sekolah Terengganu (jersi hitam biru) muncul juara setelah tewaskan Majlis Sukan Sekolah Perak berkeputusan 22 berbalas 5 dalam perlawanan akhir Cup U12 Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia yang telah berlangsung di Padang Ragbi SM Teknik Kuala Terengganu pada 8 Ogos 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Kejayaan ini sekali gus menamatkan kemarau panjang 12 tahun untuk memburu kejayaan buat pasukan MSST di pentas MSSM bawah 12 tahun. Kali terakhir pasukan tuan rumah muncul juara di pentas kebangsaan adalah pada tahun 2007. MSS Terengganu bawah 12 tahun ini juga turut berjaya menewaskan pasukan pilihan iaitu MSS Johor dalam aksi suku akhir berkeputusan 22-07.

Jurulatih MSS Terengganu U12 Mohd Hilmi Mohamed Yusoff telah membimbing pasukan ini selama 4 tahun berturut-turut sejak 2016. Beliau juga turut memikul tanggungjawab sebagai guru di SK Kampung Nail, Besut dan juga selaku Presiden Persatuan Ragbi Daerah Besut. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Yang penting! Kita menang adalah kerana semangat. Apabila bersemangat, memang anak-anak ini berhabis-habisan dan memang kita terapkan semangat. Dari segi cara permainan, game play saya rasa anak-anak ini sudah kami terapkan dengan cukup. Alhamdullilah, berjaya. Itulah, maknanya apa yang kita perlukan. Terima kasih.”, ujar Jurulatih MSS Terengganu U12 Mohd Hilmi Mohamed Yusoff yang telah membimbing pasukan ini selama 4 tahun berturut-turut sejak 2016.

Pasukan ragbi Majlis Sukan Sekolah Terengganu (jersi hitam biru) muncul juara setelah tewaskan Majlis Sukan Sekolah Perak berkeputusan 22 berbalas 5 dalam perlawanan akhir Cup U12 Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia yang telah berlangsung di Padang Ragbi SM Teknik Kuala Terengganu pada 8 Ogos 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Finalis edisi lalu MSS Perak U12 hadir selaku pasukan pilihan kejohanan meraih mata kemenangan cukup bergaya sepanjang kejohanan. Kutipan mata perlawanan terbesar adalah sewaktu menewaskan MSS Putrajaya dalam aksi peringkat kumpulan berkeputusan 98 tanpa balasan.

Pasukan ini juga turut meraih tuah setelah menang melalui “coin toss” berikutan keputusan perlawanan terikat 20-20 bersama MSS Selangor di peringkat separuh akhir kejohanan. MSS Selangor U12 merupakan penyandang juara edisi lalu dan juga pasukan pilihan kejohanan bagi edisi kali ini.

Jurulatih Ragbi U12 MSS Perak; Mohd Afifi Mohd Arif. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Pada hari ini kami bertemu tuan rumah, Terengganu. Memang tekanan yang cukup besar walaupun kami telah mengalahkan Terengganu pada game grouping dengan kemenangan 22-10 tetapi tuan rumah memang ada kelebihan. Namun pemain kami telah bermain dengan sebaik mungkin.” ujar Jurulatih Ragbi U12 MSS Perak; Mohd Afifi Mohd Arif.

Pasukan ragbi Majlis Sukan Sekolah Terengganu (jersi hitam biru) muncul juara setelah tewaskan Majlis Sukan Sekolah Perak berkeputusan 22 berbalas 5 dalam perlawanan akhir Cup U12 Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia yang telah berlangsung di Padang Ragbi SM Teknik Kuala Terengganu pada 8 Ogos 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2019(MSSM 2019) telah berlangsung selama 6 hari bermula dari 3 Ogos sehingga 8 Ogos 2019. Kejohanan bertaraf kebangsaan bagi peringkat umur murid-murid sekolah ini juga turut disertai sepenuhnya oleh 3 kontijen dari Wilayah Persekutuan iaitu MSS Wilayah Persekutan Kuala Lumpur, MSS Wilayah Persekutan Putrajaya dan MSS Wilayah Persekutan Labuan.

KEJOHANAN RAGBI BAWAH 12 TAHUN 2019
PADANG RAGBI SM TEKNIK KUALA TERENGGANU
3 HINGGA 8 OGOS 2019

Seramai 694 atlet dan pegawai pasukan ragbi seluruh negara akan berkampung di negeri ini untuk berentap dalam Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2019(MSSM 2019) yang akan berlangsung selama 6 hari bermula dari 3 Ogos sehingga 8 Ogos 2019. Kejohanan ragbi Majlis Sukan Sekolah(MSS) yang bertaraf kebangsaan bagi peringkat umur murid-murid sekolah ini juga turut disertai sepenuhnya oleh 3 kontijen dari Wilayah Persekutuan iaitu MSS Wilayah Persekutan Kuala Lumpur, MSS Wilayah Persekutan Putrajaya dan MSS Wilayah Persekutan Labuan. Kredit Foto – PenyuSukan.com

PERINGKAT KUMPULAN
Keputusan MSS Terengganu sahaja

3 OGOS 2019
MSS TERENGGANU vs MSS Perak 10-22

4 OGOS 2019
MSS TERENGGANU vs MSS Putrajaya 89-00

PERINGKAT AKHIR
6 OGOS 2019 – SUKU AKHIR CUP/PLATE
MSS TERENGGANU vs MSS Johor 26-17

7 OGOS 2019 – SEPARUH AKHIR CUP
MSS TERENGGANU vs MSS Sabah 41-34

8 OGOS 2019 – SEPARUH AKHIR CUP
MSS TERENGGANU vs MSS Perak 22-05

INFO PERLAWANAN – U12 TERENGGANU SAHAJA
PERINGKAT KUMPULAN
Tewas sekali dalam perlawanan pembukaan di peringkat kumpulan menentang MSS Perak. Seterusnya mencatatkan kemenangan untuk terus mara ke peringkat separuh akhir Cup/Plate.

PERINGKAT AKHIR SUKU AKHIR CUP/PLATE
Memberi kejutan untuk tewaskan MSS Johor selaku juara keseluruhan peringkat kumpulan.

PERINGKAT AKHIR SEPARUH AKHIR CUP
Tewaskan MSS Sabah untuk mara ke pusingan akhir Cup menentang MSS Perak. Untuk rekod, MSS Perak pernah menewaskan MSS Terengganu dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan

PERINGKAT AKHIR AKHIR CUP
Beri kejutan menamatkan kemarau 12 tahun kejohanan untuk muncul juara setelah menewaskan MSS Perak selaku pasukan pilihan yang juga finalis edisi lalu.

Terengganu Tuan Rumah Kejohanan Ragbi MSSM

Seramai 694 atlet dan pegawai pasukan ragbi seluruh negara akan berkampung di negeri Terengganu Darul Iman untuk berentap dalam Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2019(MSSM 2019) yang akan berlangsung selama 6 hari bermula dari 3 Ogos sehingga 8 Ogos 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Seramai 694 atlet dan pegawai pasukan ragbi seluruh negara akan berkampung di negeri ini untuk berentap dalam Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2019(MSSM 2019) yang akan berlangsung selama 6 hari bermula dari 3 Ogos sehingga 8 Ogos 2019. Kejohanan ragbi Majlis Sukan Sekolah(MSS) yang bertaraf kebangsaan bagi peringkat umur murid-murid sekolah ini juga turut disertai sepenuhnya oleh 3 kontijen dari Wilayah Persekutuan iaitu MSS Wilayah Persekutan Kuala Lumpur, MSS Wilayah Persekutan Putrajaya dan MSS Wilayah Persekutan Labuan.

Pada penganjuran kali ini, MSS Sarawak dan MSS WP Labuan hanya menghantar pasukan bawah 18 tahun sahaja manakala sebaliknya buat MSS Sabah hanya menghantar pasukan bawah 12 tahun.

Perlawanan pembukaan kejohanan menyaksikan pasukan tuan rumah bawah 18 tahun menentang pasukan MSS Johor pada 3 Ogos 2019 seawal jam 0830 pagi bertempat di di padang ragbi Kompleks Sukan Gong Badak.

Manakala perlawanan pembukaan bagi kategori bawah 12 tahun akan berlangsung pada jam 0830 pagi di antara pasukan MSS Wilayah Putrajaya menentang MSS Perlis.

Penyertaan seramai 694 atlet dan pegawai pasukan ragbi melibatkan penyertaan seluruh kontijen Majlis Sukan Sekolah Malaysia di mana negeri Terengganu Darul Iman selaku tuan rumah bagi Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2019(MSSM 2019). Kredit Foto – PenyuSukan.com


Sebanyak 2 venue pertandingan akan digunakan mengikut kategori umur yang dipertandingkan melibatkan sebanyak 76 perlawanan bagi kedua-dua kategori sehingga ke peringkat akhir.

Pada edisi lalu, pasukan ragbi U18 MSS Johor telah merangkul juara manakala MSS Kedah selaku naib juara. Untuk rekod, kali terakhir pasukan tuan rumah U18 muncul juara adalah pada 2015 dan 2006. Manakala pada tahun 2016, MSS Terengganu U18 berjaya meraih naib juara.

Muat turun maklumat Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2019 – MAKLUMATSIARANRAGBIMSSM2019.docx

YDP PRNT Dilantik Timbalan Presiden KRM Baharu

Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu; Amir Amri Muhammad(empat dari kiri) sejurus setelah diumumkan untuk menggalas tugasan Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia bagi penggal 2019-2022 bersama kepimpinan baharu yang telah dilantik di Kompleks Sukan Majlis Olimpik Malaysia, Wisma MOM. Kredit Foto – NSTP/Owee Ah Chun

Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu; Amir Amri Muhammad terus diberi mandat menerajui kepimpinan induk Kesatuan Ragbi Malaysia(KRM) setelah dipilih untuk menggalas tugas sebagai timbalan presiden untuk pemilihan badan induk baharu bagi penggal 2019-2022.

Kerusi Timbalan Presiden KRM menyaksikan perebutan satu lawan satu di mana Amir Amri berjaya menewaskan pencabar tunggal iaitu Datuk Tamunif Mokhtar dengan perbezaan sebanyak 9 undi menjadikan jumlah keseluruhan undi sebanyak 27 milik wakil dari Persatuan Ragbi Negeri Terengganu ini.

Penolong Setiausaha PRNT; Encik Mohd Izwan Ismail(kiri), Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Encik Che Mohd Zulkarnain(tengah) bersama Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia 2019-2022 merangkap Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu; Amir Amri Muhammad yang hadir ke Padang Astaka, Petaling Jaya memberi sokongan kepada pasukan ragbi wanita Terengganu(Skuad SUKMA 2020) yang sedang berentap dalam Kejohanan Ragbi Wanita 7 Sepasukan Kesatuan Ragbi Selangor(KRS Ladies 7s 2019) sejurus setelah tamat pemilihan jawatan kuasa badan induk Kesatuan Ragbi Malaysia bagi penggal 2019-2022. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Untuk rekod, pada penggal terdahulu Amir Amri dengan jayanya memikul tanggung jawab sebagai naib presiden bagi penggal 2016 sehingga 2019. Selain itu beliau juga turut dilantik sebagai pengurus pasukan bagi pasukan ragbi lelaki 7 sepasukan di pentas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan kini baharu sahaja menamatkan tugas selaku pengurus pasukan bagi pasukan ragbi lelaki 15 sepasukan yang berentap dalam Kejohanan Ragbi Asia 2019.

Amir Amri Muhammad sejurus tamat pemilihan kepimpinan baharu Kesatuan Ragbi Malaysia hadir ke Padang Astaka, Petaling Jaya untuk memberi sokongan kepada pasukan ragbi wanita Terengganu(Skuad SUKMA 2020) yang sedang berentap dalam Kejohanan Ragbi Wanita 7 Sepasukan Kesatuan Ragbi Selangor(KRS Ladies 7s 2019). Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Terima kasih di atas kepercayaan yang telah diberikan untuk saya terus berada di dalam kepimpinan Kesatuan Ragbi Malaysia. Kejayaan ini tidak semestinya hanya untuk saya malah sudah tentu untuk masa depan sukan ragbi di negeri Terengganu ini juga. InsyAllah, dengan segala perancangan terdahulu mahupun yang akan datang sudah pasti demi kemajuan sukan ragbi negeri ini juga”; ujar Amir Amri Muhammad kepada PenyuSukan.com sejurus tamat pemilihan kepimpinan baharu Kesatuan Ragbi Malaysia sewaktu ditemui di Kejohanan KRS Ladies 7s yang berlangsung di Padang Utara, Petaling Jaya.

Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu; Amir Amri Muhammad menewaskan calon tunggal; Datuk Tamunif Mokhtar dalam perebutan kerusi Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia bagi penggal 2019-2022. Kredit Foto – Kesatuan Ragbi Malaysia
Jawatan Kuasa Kesatuan Ragbi Malaysia
Penggal 2019 – 2022

Presiden
YB Dato Shahrul Zaman Bin Yahya

Timbalan Presiden
En. Amir Amri Bin Mohamad

Naib Presiden
1. En. Mohamad Fahmy Bin Abd Jalil
Pengarah Pertandingan

2. En. Mohd Zaki Bin Shahran
Pengarah Publisiti & Pemasaran

Ahli Majlis
1. En. Lee Nyuk Fah
Pengarah Kejurulatihan

2. Dr. Ahmad Naim Bin Ismail
Pengarah Prestasi Tinggi

3. En. Mohd Khairunizam Bin Mohd Isa
Pengarah Pembangunan

4. En. Ahmad Effendy Bin Abd Razak
Pengarah Pengadilan

Naib Presiden Kehormat
1. YBhg. Tan Sri Dato Wira Hj Abd Halim Bin Hj Karim
2. En. Velayuthan Tan Kim Song
3. En. Louis Jarau
4. SAC Abdul Ghani Bin Mohd Ji

Setiausaha Agung Kehormat
1. En. Amrul Hazarin Bin Hamidon


Penolong Setiausaha Agung Kehormat
1. En. Mohd Khairulizuan Bin Shuhaimi

Bendahari Kehormat
1. YBhg. Datuk Ahmad Zaki Zahid

Ahli Lembaga Pengarah
1. Mr. Louis Jarau
Pengarah Perundangan & Peraturan

2. YB Tuan Noor Amin Ahmad (MP Kangar)
Pengarah Perhubungan Kerajaan

3. Dr Nik Haziman bin Wan Hamat
Pengarah Kebajikan Pemain & Perubatan

4. Cik Hazeline Aasyiqeen Binti Jaafar
Pengarah Ragbi Wanita

5. En. Norhisham bin Ibrahim
Pengarah Latihan & Pendidikan

Dyna Julung Kali Sertai Kem Latihan BMX Antarabangsa

Pelumba Eddyna Nasuhar berusia 16 tahun(lahir pada 22 Oktober 2002) turut memberi saingan dalam acara wanita terbuka Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018 untuk bersaing dengan pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman. Kredit Foto - PenyuSukan.com
PenyuSukandotcom - Pelumba basikal lasak BMX Terengganu - Eddyna Nasuhar binti Zainal Abidin. Kredit Foto - Instagram.com/_.dynaevasive
Pelumba basikal lasak BMX Terengganu – Eddyna Nasuhar binti Zainal Abidin. Kredit Foto – Instagram.com/_.dynaevasive

Pelumba BMX wanita Terengganu Hanelang; Eddyna Nasuhar ternyata sangat teruja untuk pertama kali kini diberi peluang bagi mewakili negara bagi menyertai kem latihan BMX di Korea Selatan. Kem latihan selama 19 hari bertempat di World Cycling Center (WCC), Korea Selatan bakal bermula pada 6 sehingga 24 Jun 2019 nanti turut akan disertai beberapa pelumba profesional antarabangsa.

Perkara ini telah disahkan melalui satu surat rasmi yang dikeluarkan oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia(PKBM) bertarikh 28 Mei 2019.

Pelumba Eddyna Nasuhar berusia 16 tahun(lahir pada 22 Oktober 2002) turut memberi saingan dalam acara wanita terbuka Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018 untuk bersaing dengan pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Pelumba Eddyna Nasuhar berusia 17 tahun(lahir pada 22 Oktober 2002) raih podium sewaktu memberi saingan dalam acara wanita terbuka Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Selain Eddyna Nasuhar, dua lagi pelumba berpengalaman dari Terengganu iaitu Saniy Syahmi Mohd Safiee dan Ahmad Zuhri Husin dan empat pelumba selain dari negeri Terengganu bersama tiga jurulatih tempatan akan turut sama ‘berkampung raya’ di sana nanti.

Sebelum ini dalam satu kenyataan media oleh Presiden PKBM Datuk Abu Samah Abd Wahab telah memberi pandangan bahawa pelumba muda ini mempunyai bakat untuk pergi jauh dalam disiplin BMX. Oleh yang sedemikian sewajarnya diberi peluang pendedahan dan latihan sepatutnya untuk digilap menjadi di antara pelumba profesional bertaraf antarabangsa.

Dyna Pertahankan Kejuaraan Buat Kali Ke-3 Peringkat Kebangsaan!
Dyna Pertahankan Kejuaraan Buat Kali Ke-3 Peringkat Kebangsaan!

Untuk rekod, Eddyna Nasuhar yang lebih mesra dikenali dengan panggilan Dyna ini menjadi anak jati Terengganu ke-6 yang terpilih untuk menjalani latihan bertaraf dunia di WCC ini. Pada tahun lalu pelumba ini telah membuat kejutan untuk muncul juara dalam Kejuaraan BMX Kebangsaan buat kali ke-3 berturut-turut. 

Senarai Pelumba Basikal Lasak BMX Terengganu
*Yang pernah menerima pendedahan di World Cycling Center (WCC), Korea Selatan
  BIL.  
  TAHUN  
NAMA
  1.  2017 & 2018   SITI SHAHIRAH HASHIM  
  2.  2018   NOOR QURAATAINA MAMAT  
  3.  2018 & 2019   SANIY SYAHMI MOHD SAFIEE
  4.  2018   ZULFIKRI ZULKIFLI  
  5.  2019   AHMAD ZUHRI HUSIN
  6.  2019   EDDYNA NASUHAR ZAINAL ABIDIN  

Pelumba BMX Terengganu Berlatih Di Korea

Tiga pelumba basikal lasak BMX anak jati negeri Terengganu telah disenaraikan untuk menyertai kem latihan BMX di Korea Selatan. Menambah manis buat pelumba penuh berpengalaman Saniy Syahmi Mohd Safiee di mana ini adalah kali kedua berpeluang untuk menjalani latihan di World Cycling Center (WCC), Korea Selatan. Selain pelumba muda Ahmad Zuhri Husin, Eddyna Nasuhar Zainal Abidin merupakan pelumba wanita tunggal dari negeri ini yang turut tersenarai.

Kem latihan selama 19 hari bertempat di World Cycling Center (WCC), Korea Selatan bakal bermula pada 6 sehingga 24 Jun 2019 nanti turut akan disertai beberapa pelumba profesional antarabangsa. Perkara ini telah disahkan melalui satu surat rasmi yang dikeluarkan oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia(PKBM) bertarikh 28 Mei 2019.

Untuk rekod, sebelum ini Siti Shahirah Hashim merupakan pelumba BMX wanita negeri Terengganu yang pertama diberi peluang untuk menimba pengalaman di negara Korea pada tahun 2017.

Barisan Jurulatih dan Pelumba Basikal Lasak BMX
*Program Latihan Antarabangsa World Cycling Center (WCC), Korea Selatan 6-24 Jun 2019

  BIL.  
  JAWATAN  
NAMA
  1.  JURULATIH   MUZAINI BIN MUSA  
  2.  JURULATIH   EDDI ABU HANIPAH  
  3.  JURULATIH   MUHAMMAD AIM FAUZI
  4.  PELUMBA   SANIY SYAHMI MOHD SAFIEE  *
  5.  PELUMBA   AHMAD ZUHRI HUSIN  *
  6.  PELUMBA   EDDYNA NASUHAR ZAINAL ABIDIN  *
  7.  PELUMBA   ATHIRAH J SAM  
  8.  PELUMBA   SITI QAMARIYANA MAT SALI


*Pelumba Anak Jati Terengganu

Kakitangan MSNT Meninggal Sewaktu Solat Tarawih

Warga kerja Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) dan seluruh penggiat mahupun peminat sukan di negeri ini telah dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Abdul Ghani Ngah pada bulan mulia ini(2 Ramadhan 1440). Kredit Foto - Utusan.com.my
Warga kerja Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) dan seluruh penggiat mahupun peminat sukan di negeri ini telah dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Abdul Ghani Ngah pada bulan mulia ini(2 Ramadhan 1440). Kredit Foto - Utusan.com.my
Warga kerja Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) dan seluruh penggiat mahupun peminat sukan di negeri ini telah dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Abdul Ghani Ngah pada bulan mulia ini(2 Ramadhan 1440). Kredit Foto – Utusan.com.my

Warga kerja Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) dan seluruh penggiat mahupun peminat sukan di negeri ini telah dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Abdul Ghani Ngah pada bulan mulia ini(2 Ramadhan 1440).

Kakitangan MSNT yang berusia 56 tahun ini telah meninggal dunia setelah rebah sewaktu menunaikan solat sunat Tarawih di Surau Simpang Kem Seberang Takir, Kuala Nerus kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Beliau yang berkhidmat sebagai pemandu Pengarah MSNT, Ibni Amin Busu turut berkesempatan menunaikan solat bersama di surau berkenaan yang turut dihadiri oleh para atlet. Menurut laporan akhbar, sewaktu kejadian Abdul Ghani dalam tugasan untuk membawa Pengarah MSNT memantau program latihan atlet di bulan Ramadhan ini.

Abdul Ghani disahkan meninggal dunia setelah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Seberang Takir untuk rawatan.

Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Abdul Ghani Ngah yang telah pulang ke rahmatullah. Sama-sama kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

MAKSAK Terengganu Tempa Sejarah

Lt. Kol (PA) Che Adam A. Rahman berjaya menggalas misi sulung MAKSAK Solo De Kinabalu 2019 untuk tiba di puncak Gunung Kinabalu tepat jam 0615 pagi pada 12 April 2019. Kredit Foto - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terengganu.
Lt. Kol (PA) Che Adam A. Rahman berjaya menggalas misi sulung MAKSAK Solo De Kinabalu 2019 untuk tiba di puncak Gunung Kinabalu tepat jam 0615 pagi pada 12 April 2019. Kredit Foto - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terengganu.
Lt. Kol (PA) Che Adam A. Rahman berjaya menggalas misi sulung MAKSAK Solo De Kinabalu 2019 untuk tiba di puncak Gunung Kinabalu tepat jam 0615 pagi pada 12 April 2019. Kredit Foto – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terengganu.

Alhamdulillah, 12 April 2019, Tepat jam 6.15 pagi, Lt. Kol (PA) Che Adam A. Rahman berjaya sampai di Puncak tertinggi Gunung Kinabalu bersama Misi MAKSAK SOLO DE KINABALU 2019. Dengan lengkap berbusana bersongket Terengganu, Tuan Adam dengan penuh bersemangat berdiri di puncak (Low’s Peak) setinggi 13,400 kaki (4095M) dari paras laut bersama kain rentang dan bendera MAKSAK Terengganu.

Misi yang cukup bermakna ini melibatkan cabaran 2 hari 1 malam pendakian yang bermula dari Timpohon Gate, Taman Kinabalu, Ranau. Rintangan cuaca suhu yang sejuk dan berangin, kecuraman laluan serta cabaran udara nipis altitud tinggi, Alhamdulillah Tuan Adam berjaya menempuh cabaran dan meraikan kejayaan ini bersama hampir 90 orang pendaki tempatan dan dari pelbagai negara lain.

Lt. Kol (PA) Che Adam A. Rahman berjaya menggalas misi sulung MAKSAK Solo De Kinabalu 2019 untuk tiba di puncak Gunung Kinabalu tepat jam 0615 pagi pada 12 April 2019. Kredit Foto - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terengganu.
Lt. Kol (PA) Che Adam A. Rahman berjaya menggalas misi sulung MAKSAK Solo De Kinabalu 2019 untuk tiba di puncak Gunung Kinabalu tepat jam 0615 pagi pada 12 April 2019. Kredit Foto – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terengganu.

Semoga pendakian ini menjadi inspirasi kepada seluruh penjawat awam di Malaysia untuk bergerak aktif, mencabar diri, mencipta sesuatu kelainan dalam diri khususnya dalam memartabatkan perkhidmatan awam di Malaysia.

Misi ini juga boleh dianggapkan bersifat serampang dua mata, yg mana di samping beliau mengibarkan panji MAKSAK Terengganu serta MAKSAK Malaysia, utk julung kalinya dalam sejarah negeri dan negara, beliau turut mengibarkan panji Terengganu Maju Berkat Sejahtera, dan panji APM bersempena sambutan Hari Ulangtahun Pertahanan Awam yang ke 67.

Projek julung kali ini adalah ilham daripada YB Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu, Dato’ Haji A. Rahman Yahya yang mahu melihat salah satu dimensi cabaran baharu kepada pegawai kanan kerajaan yang berkhidmat di negeri Terengganu ini. Untuk rekod, pencapaian ini merupakan kejayaan sulung yang belum pernah disempurnakan oleh mana-mana pegawai kanan jabatan mahupun agensi berkaitan sama ada di dalam negeri Terengganu mahupun dari seluruh negara.

MAKSAK Terengganu menaja sebahagian besar kos misi ini dengan peruntukan sebanyak RM4500.00 meliputi kos tempahan pakej pendakian, makan minum, kos latihan termasuk pengurusan dan sebagainya. Selebihnya ditanggung oleh peserta misi ini sendiri.

*MAKSAK(Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia) merupakan platform rasmi bagi pegawai dan kakitangan kerajaan negeri mahupun Persekutuan untuk bergerak aktif dalam bidang sukan, rekreasi serta kebajikan kepada semua warga kerja.

Terengganu ESports Challenge 2019: Pentas Pemilihan Atlet

Terengganu ESports Challenge 2019 merupakan pentas pemilihan atlet sukan elektronik untuk mewakili negeri Terengganu di kejohanan Hari Sukan Negara 2019 nanti. Kredit - Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu)

Terengganu ESports Challenge 2019 merupakan pentas pemilihan atlet sukan elektronik untuk mewakili negeri Terengganu di kejohanan Hari Sukan Negara 2019 nanti. Kredit - Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu)
Terengganu ESports Challenge 2019 merupakan pentas pemilihan atlet sukan elektronik untuk mewakili negeri Terengganu di kejohanan Hari Sukan Negara 2019 nanti. Kredit – Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu)

Perkembangan sukan elektronik negeri Terengganu terus diwarnai dengan penganjuran Terengganu ESports Challenge 2019 yang bakal berlansung pada 22 sehingga 23 Mac 2019 nanti. Kejohanan elektronik dengan sasaran pengertaan seramai 128 atlet nanti akan berlansung di Dewan Utama Majlis Daerah Marang merupakan pentas untuk pencarian atlet mewakili negeri ini ke kejohanan di Hari Sukan Negara pada Oktober 2019 nanti.

Pro Evolution Soccer 2019(PES2019) dan FIFA 2019 menjadi taruhan di mana kedua-dua sukan ini adalah yang diiktiraf oleh Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM Malaysia). Kejohanan yang bakal berlansung ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Daerah Marang dan Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu) turut menawarkan ganjaran wang tunai kepada pemenang. Malah turut ditawarkan hamper kepada pemenang tempat ke-4 sehingga tempat ke-8.

Kredit – Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu)

Menambah menarik pihak penganjur turut meletakkan beberapa syarat kepada peserta di mana hanya atlet tempatan negeri Terengganu sahaja dibenarkan. Selain itu atlet yang pernah beraksi mewakili negara mahupun atlet bertaraf profesional tidak dibenarkan bertanding.

Hal ini secara tidak lansung memberi peluang kepada bakat-bakat muda untuk beraksi sekaligus menyokong program pembangunan sukan elektronik yang telah dianjurkan di negeri Terengganu ini. Penyertaan hanya terbuka kepada 128 atlet sahaja di mana untuk setiap sukan hanya sebanyak 64 atlet sahaja. Oleh sedemikian kepada mereka yang berminat perlu merebut peluang ini sebelum terlambat.

SYARAT PENYERTAAN TERENGGANU ESPORTS CHALLENGE 2019
a) Pemain pernah mewakili MALAYSIA & pemain bertaraf profesional tidak dibenarkan sertai
b) Pemain bawah 18 tahun perlu mengisi borang kebenaran ibu bapa
c) Rakyat negeri Terengganu atau bermastautin lebih 10 tahun

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA & TERHAD!

Sebarang urusan pendaftaran sila klik pada pautan berikut:

Group Whatsapp PES
https://chat.whatsapp.com/BYWHZXvdyy0B51A8jKUiIB

Group Whatsapp FIFA
https://chat.whatsapp.com/LnsoPuNmoA21g3iDKN2F2c

Untuk rekod, penganjuran program berkaitan sukan elektronik ini merupakan kerjasama kali kedua di antara pihak Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu) bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Pada tahun lalu kedua-dua pihak telah menganjurkan ‘Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu’ pada 22 Oktober 2018 bertempat di Talk Space TD1303 Coworking Space, Kuala Terengganu.

8 Pasukan Warnai Liga Copa Kuala Terengganu 2019

Liga Copa Kuala Terengganu 2019 melibatkan 31 perlawanan selama 8 minggu penganjuran dengan penyertaan 8 pasukan untuk musim ini. Kredit - Facebook.com/LigaKT

Liga Copa Kuala Terengganu 2019 melibatkan 31 perlawanan selama 8 minggu penganjuran dengan penyertaan 8 pasukan untuk musim ini. Kredit - Facebook.com/LigaKT
Liga Copa Kuala Terengganu 2019 melibatkan 31 perlawanan selama 8 minggu penganjuran dengan penyertaan 8 pasukan untuk musim ini. Kredit – Facebook.com/LigaKT

Setelah penganjuran pertama kali yang diberi nama “Copa Del Rey” pada tahun lalu mendapat reaksi positif daripada pasukan-pasukan yang berpusat dalam dan pinggir bandaraya Kuala Terengganu, kini penganjuran diteruskan dengan penjenamaan semula sebagai “Liga Copa Kuala Terengganu”. Pada edisi kedua ini sebanyak 8 pasukan bakal berentap untuk merebut kejuaraan yang dijadualkan berlangsung selama 9 minggu. FC Pemanis, Raja Permin FC, GSN FC, Bukit Payong FC, Jaya Bakti Chendering FC, Island FC, Errong FC dan Tanjung Shahbandar FT merupakan pasukan yang mewarnai Liga Copa Kuala Terengganu 2019.

Sebanyak 31 perlawanan dijadualkan berlangsung di mana melibatkan dua venue pertandingan iaitu di padang Pok Mat, Lagun Chendering dan Raja Permin Arena. Pusingan kedua kalah mati kejohanan dijadualkan pada minggu ke 8 dimulai dengan perlawanan separuh akhir pertama pada 26 April 2019 nanti. Seterusnya perlawanan akhir dijadualkan pada 3 May 2019.

Football Terengganu bersama Komuniti Kuala Terengganu selaku penganjur liga sosial ini merupakan satu inisiatif yang sewajarnya diberi perhatian kerana mampu untuk mengangkat martabat pembangunan sukan bola sepak setempat. Penganjuran ini juga secara tidak lansung memberi ruang dan peluang kepada remaja serta belia setempat untuk beraksi dalam satu pentas yang kompetitif selain untuk menghidupkan suasana bola sepak di bandaraya ini.

Pasukan Raja Permin FC menentang Bukit Payong FC bertempat di padang Raja Permin Arena merupakan perlawanan pertama pembuka tirai Liga Copa Kuala Terengganu 2019 pada jam 0500 petang. Untuk rekod, pada edisi lalu pasukan Raja Permin FC telah merangkul kejuaraan sulung ini.

Tiada sebarang tiket dikenakan untuk ke semua perlawanan oleh itu ayuh bersama kita untuk turun ke padang memberi sokongan!


JADUAL PERLAWANAN MINGGU PERTAMA LIGA COPA KUALA TERENGGANU 2019

8 MAC 2019 0500 PETANG | PADANG RAJA PERMIN ARENA
RAJA PERMIN FC vs BUKIT PAYONG FC

9 MAC 2019 0500 PETANG | PADANG RAJA PERMIN ARENA
TANJUNG SHAHBANDAR FC vs JAYA BAKTI CHENDERING FC

Untuk sebarang perkembangan terkini penganjuran, sila lawati – https://www.facebook.com/LigaKT


Anak Jati Terengganu Pertama Wakili Malaysia Ke PES SEA Finals

Muhammad Rafiq Firdaus(kiri) muncul juara Kejohanan PES 2019 anjuran PES Malaysia pada 24 Februari lalu sekaligus pertama kali meraih slot mewakili Malaysia ke pentas akhir PES SEA Finals 2019 di Bangkok pada 3 Mac 2019 ini. Kredit Foto - Facebook.com/officialPESMY
Muhammad Rafiq Firdaus(kiri) muncul juara Kejohanan PES 2019 anjuran PES Malaysia pada 24 Februari lalu sekaligus pertama kali meraih slot mewakili Malaysia ke pentas akhir PES SEA Finals 2019 di Bangkok pada 3 Mac 2019 ini. Kredit Foto – Facebook.com/officialPESMY

Atlet sukan elektronik negeri Terengganu; Muhammad Rafiq Firdaus membuka tirai kalendar arena sukan elektronik dengan langkah kanan setelah layak untuk mewakili Malaysia ke ke pentas akhir Kejohanan PES South East Asia(SEA) Finals (Road to Asia) di Bangkok, Thailand pada 3 Mac 2019 ini. Menambah manis anak jati dari Kampung Tasik, Setiu ini merupakan anak jati pertama dari negeri Terengganu yang layak mewakili negara untuk berentap di pentas antarabangsa sukan elektronik ini.

Berusia 19 tahun kini dikenali sebagai ‘FL|Rafiq’ (FL adalah merupakan nama ‘clan’ bagi FourLife) meraih slot mewakili negara setelah muncul juara dalam kejohanan PES 2019 yang baru tamat pada 24 Februari 2019 lalu di Epicenter, Sungai Buloh, Selangor. Selain layak mendapat slot untuk mewakili negara, Rafiq juga selaku juara turut meraih tiket penerbangan dan juga penginapan untuk meneruskan pejuangan di Bangkok nanti.

Kredit – Facebook.com/officialPESMY

Kejohanan PES 2019 anjuran PES Malaysia ini merupakan acara tumpuan terbesar menghimpunkan atlet-atlet seluruh negara untuk merebut slot mewakili negara ke Bangkok nanti. Untuk rekod, pada Oktober tahun lalu Rafiq telah mencipta kejutan untuk muncul juara acara tahunan sukan elektronik terbesar iaitu Kejohanan Selangor Cyber Games 2018 setelah menewaskan pasukan pilihan kejohanan.

Kredit – Facebook.com/sea.pes

Kejohanan PES South East Asia(SEA) Finals sememangnya menjadi satu pentas sukan elektronik paling berpretij di negara rantau Asia Tenggara yang menjadi idaman bagi setiap atlet untuk layak bertanding. Penganjuran sulung pada tahun 2016 hanya melibatkan 4 negara sahaja iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam. Kini masuk edisi penganjuran ke-4 memperlihatkan pertambahan beberapa negarai seperti Singapura, Myanmar, Kemboja dan Laos menjadikan keseluruhan 8 negara yang bertanding.

Pada tahun ini diperkenalkan sistem kedudukan kutipan mata bagi setiap atlet yang ingin berentap di pentas terakhir kejohanan ini. 2 atlet yang memperolehi kutipan mata tertinggi secara automatik berjaya meraih slot untuk mewakili negara manakala 2 atlet lagi bakal ditentukan melalui slot ‘wildcard’. Kedudukan kutipan mata terkini boleh dilihat di – https://www.pesmalaysia.com/rank.php?platform=1

Sebarang perkembangan terkini Kejohanan PES South East Asia(SEA) Finals (Road to Asia) boleh dilihat di – https://www.facebook.com/sea.pes

UniKL Kerja Keras Sebelum Menang

Faridzul Afiq Mohd meraikan jaringanya di minit ke-49 sekaligus menjadi jaringan gol terakhir buat UniKL sewaktu menentang Nur Insafi di Stadium Tengku Abdullah, Bangi hari ini. UniKL menang 3-1 sekaligus mencatat kemenangan ke-3 setelah mengharungi empat perlawanan dalam saingan Liga Hoki Malaysia 2019. Kredit Foto - Agensi

Kapten UniKL Marhan Jalil meraikan gol menentang Nur Insafi di Stadium Tengku Abdullah, Bangi hari ini. UniKL menang 3-1 sekaligus mencatat kemenangan ke-3 setelah mengharungi empat perlawanan dalam saingan Liga Hoki Malaysia 2019. Kredit Foto - Agensi
Kapten UniKL Marhan Jalil meraikan gol menentang Nur Insafi di Stadium Tengku Abdullah, Bangi hari ini. UniKL menang 3-1 sekaligus mencatat kemenangan ke-3 setelah mengharungi empat perlawanan dalam saingan Liga Hoki Malaysia 2019. Kredit Foto – Agensi

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berdepan detik cemas sebelum dapat menewaskan Nur Insafi 3-1 pada saingan Liga Perdana, TNB Liga Hoki Malaysia di Stadium Tengku Abdullah, hari ini.

Ketua jurulatih UniKL, Arul Selvaraj nyata lega dengan keputusan itu selepas menyaksikan barisan pemainnya bergelut untuk mendapatkan gol sepanjang 45 minit pertama perlawanan.

“Saya harus berikan pujian kepada Nur Insafi kerana mereka bermain dengan bersungguh-sungguh serta memberi komitmen tinggi ketika beraksi.

Faridzul Afiq Mohd meraikan jaringanya di minit ke-49 sekaligus menjadi jaringan gol terakhir buat UniKL sewaktu menentang Nur Insafi di Stadium Tengku Abdullah, Bangi hari ini. UniKL menang 3-1 sekaligus mencatat kemenangan ke-3 setelah mengharungi empat perlawanan dalam saingan Liga Hoki Malaysia 2019. Kredit Foto - Agensi
Faridzul Afiq Mohd meraikan jaringanya di minit ke-49 sekaligus menjadi jaringan gol terakhir buat UniKL sewaktu menentang Nur Insafi di Stadium Tengku Abdullah, Bangi hari ini. UniKL menang 3-1 sekaligus mencatat kemenangan ke-3 setelah mengharungi empat perlawanan dalam saingan Liga Hoki Malaysia 2019. Kredit Foto – Agensi

“Jika mereka mempamer aksi yang sama seperti hari ini, ia pasti akan menyukarkan pasukan lain. Apapun yang penting ialah kami dapat meraih tiga mata penuh dan saya harap pemain dapat meneruskan aksi konsisten ini pada perlawanan seterusnya,” katanya.

Nur Insafi bermula baik apabila di depan seawal minit ke-8 menerusi gol padang bekas pemain kebangsaan, Ismail Abu yang menerima hantaran dari jauh.

Nur Insafi berpeluang untuk menambah gol kedua apabila dihadiahkan pukulan sudut penalti minit ke-17, namun ia dinafikan penjaga gol UniKL, David Harte.

Pemain UniKL dari Belanda Robbert Kemperman(dua dari kiri) meraikan jaringannya ketika bertemu Nur Insafi di Stadium Tengku Abdullah hari ini. UniKL menang 3-1 sekaligus mencatat kemenangan ke-3 setelah mengharungi empat perlawanan dalam saingan Liga Hoki Malaysia 2019. Kredit Foto – Agensi
Pemain UniKL dari Belanda Robbert Kemperman(dua dari kiri) meraikan jaringannya ketika bertemu Nur Insafi di Stadium Tengku Abdullah hari ini. UniKL menang 3-1 sekaligus mencatat kemenangan ke-3 setelah mengharungi empat perlawanan dalam saingan Liga Hoki Malaysia 2019. Kredit Foto – Agensi

UniKL melakukan serangan pantas selepas itu dan hasilnya mereka berjaya menyamakan kedudukan menerusi tonggak import, Robert Kemperman minit ke-18.

Bersambung separuh masa kedua, UniKL dilihat menggandakan asakan tetapi mereka masih kekal buntu untuk mencari gol tambahan sehinggalah berakhir suku ketiga.

Pemain skuad kebangsaan, Marhan Jalil akhirnya melegakan UniKL apabila menjaringkan gol kedua minit ke-49.

Belum sempat untuk Nur Insafi memperkemaskan rentak permainan mereka, UniKL meraih gol ketiga menerusi Faridzul Arif Mohd pada minit yang sama.

Sukan Terengganu (Sutera) Pada September

PenyuSukandotcom - Sukan Terengganu SUTERA
PenyuSukandotcom - Sukan Terengganu SUTERA
Penganjuran SUTERA yang diadakan secara dwi tahunan berselang seli dengan penganjuran Sukan Malaysia(SUKMA) melibatkan beberapa acara sukan seperti bola, hoki, sepak takraw, badminton, pingpong dan sebagainya.

Temasya Sukan Terengganu (Sutera) dijadualkan bakal berlangsung pada 5 September sehingga 9 September 2019 nanti melibatkan beberapa venue pertandingan sekitar negeri ini yang akan diputuskan nanti.

Penganjuran kali ini juga turut menerima suntikan dana RM 1 juta dari pihak Kerajaan Negeri Terengganu sebagai usaha menggalakkan golongan belia khususnya membudayakan aktiviti bersukan.

Penganjuran SUTERA yang diadakan secara dwi tahunan berselang seli dengan penganjuran Sukan Malaysia(SUKMA) melibatkan beberapa acara sukan seperti bola, hoki, sepak takraw, badminton, pingpong dan sebagainya.

Pemilihan atlet dalam setiap acara sukan akan bermula di peringkat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sebelum layak ke peringkat Dewan Undangan Negeri(DUN) sebelum terpilih untuk mara ke peringkat daerah.

Menambah menarik penganjuran temasya sukan ini juga akan sepenuhnya mematuhi syariah yang pertama kali diadakan di mana turut bercadang menjemput negeri Kelantan dan Pahang sebagai kontijen jemputan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu - YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu – YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah . Kredit Foto – Teganukita.net

“Untuk tahun ini, ia akan berlangsung pada 5 hingga 9 September dan merupakan pertandingan sukan dwi tahunan yang kita buat untuk Terengganu. Ini bermakna pada 2019 kita akan jayakan untuk SUTERA dan tahun 2020 bagi SUKMA. Begitulah seterusnya, ia akan bergilir. SUTERA 2019 juga akan menjadi sukan patuh syariah pertama yang diadakan dan kita akan berusaha untuk menjayakannya sebaik mungkin,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah sewaktu berucap menggulung perbahasan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-14, di Wisma Darul Iman.

UniKL Calar Rekod Tanpa Kalah TNB

Pemain UniKL meraikan jaringan ketika menentang TNB dalam saingan Liga Hoki Malaysia 2019 di laman sendiri bertempat Stadium Tengku Abdullah pada 18 Januari 2019. Kredit Foto - Agensi

Pemain UniKL meraikan jaringan ketika menentang TNB dalam saingan Liga Hoki Malaysia 2019 di laman sendiri bertempat Stadium Tengku Abdullah pada 18 Januari 2019. Kredit Foto - Agensi
Pemain UniKL meraikan jaringan ketika menentang TNB dalam saingan Liga Hoki Malaysia 2019 di laman sendiri bertempat Stadium Tengku Abdullah pada 18 Januari 2019. Kredit Foto – Agensi

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas seteru utama Liga Perdana, TNB, hari ini. Kemenangan itu pastinya cukup istimewa kerana ini kali pertama UniKL beraksi di venue milik mereka sendiri iaitu Stadium Tengku Abdullah, Bangi.

Bagaimanapun ketua jurulatih UniKL, Arul Selvaraj mengakui sedikit kecewa dengan prestasi pemainnya di suku pertama.

Ketua jurulatih pasukan hoki Universiti Kuala Lumpur (UniKL); Arul Selvaraj membawa cabaran untuk mempertahankan kejuaraan dalam Liga Hoki Malaysia 2019 untuk tahun ke-8 sejak 2012. Kredit Foto - Facebook.com/UNIKL-Hockey-129889753477/
Ketua jurulatih pasukan hoki Universiti Kuala Lumpur (UniKL); Arul Selvaraj membawa cabaran untuk mempertahankan kejuaraan dalam Liga Hoki Malaysia 2019 untuk tahun ke-8 sejak 2012. Kredit Foto – Facebook.com/UNIKL-Hockey-129889753477/

“Barisan pemain saya memberi banyak ruang kepada pemain TNB di suku pertama. Tetapi rentak perlawanan berbeza di suku kedua apabila pemain mula beraksi dengan baik termasuk sangat berdisiplin ketika bertahan.

“Barisan pemain import terutamanya mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dan mereka tidak berasa tertekan meskipun pada satu ketika kita ketinggalan. Saya juga memuji barisan pemain muda seperti Muhamad Hafiz Zainol dan Faridzul Afiq kerana sering memberi tekanan kepada pihak lawan.

“Sudah tentu kemenangan ini juga cukup bermakna kerana kali pertama kita beraksi di halaman sendiri. Tahniah kepada pihak pengurusan UniKL yang berjaya merealisasikan impian ini,” katanya.

TNB bermula baik apabila di depan pada minit ke-8 selepas pemain muda, Syarman Mat Tee memanfaatkan peluang situasi kelam kabut dalam kawasan D.

Gol awal itu nyata memberi lebih keyakinan kepada TNB yang dilihat terus melakukan asakan bertali arus namun beberapa cubaan terbaik mereka gagal disempurnakan dengan baik. UniKL berpeluang untuk menyamakan kedudukan apabila memperoleh pukulan sudut penalti di awal separuh masa kedua tetapi ia disia-siakan begitu saja.

Nik Aiman Nik Rozemi hampir menambah gol kedua untuk TNB namun tolakannya pada minit ke-32 berjaya ditampan penjaga gol UniKL, David Harte.

UniKL terus mensia-siakan peluang selepas itu termasuk dua pukulan sudut penalti. Gol yang ditunggu-tunggu UniKL akhirnya terhasil juga selepas Muhammad Razie Abd Rahim menyempurnakan tolakan Martijn Havenga minit ke-42 untuk kedudukan terikat 1-1.

Kedua-dua pasukan kemudian dilihat saling memberi tekanan untuk mencari gol kemenangan di suku keempat.

Havenga akhirnya melegakan kem UniKL apabila menyumbang gol kedua selepas melakukan tolakan rendah menerusi pukulan sudut penalti minit ke-53.

Hafiz yang bersendirian dalam kawasan D TNB mengukuhkan kedudukan UniKL apabila menyumbat gol ketiga minit ke-57 selepas menerima hantaran dari jauh.

Hoki: Pelajar UniKL Teruja Beraksi Bersama Pemain Bintang

Muhammad Farhan Mohamad Zain(kiri) pada asalnya adalah seorang pelajar biasa yang mengambil jurusan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan di Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Namun segala-galanya berubah 360 darjah apabila pemain berasal dari Seremban itu daftarkan sebagai antara pemain utama UniKL untuk beraksi pada saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2019.

Muhammad Farhan Mohamad Zain(kiri) pada asalnya adalah seorang pelajar biasa yang mengambil jurusan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan di Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Namun segala-galanya berubah 360 darjah apabila pemain berasal dari Seremban itu daftarkan sebagai antara pemain utama UniKL untuk beraksi pada saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2019.
Pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang berusia 19 tahun berasal dari Seremban; Muhammad Farhan Mohamad Zain(kiri) teruja membuat penampilan sulung bersama pasukan UniKL untuk kempen saingan Liga Hoki Malaysia 2019. Kredit Foto – Agensi

Muhammad Farhan Mohamad Zain pada asalnya adalah seorang pelajar biasa yang mengambil jurusan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan di Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Namun segala-galanya berubah 360 darjah apabila pemain berasal dari Seremban itu daftarkan sebagai antara pemain utama UniKL untuk beraksi pada saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2019.

Farhan yang baru saja pada tahun pertama di UniKL, mengakui sama sekali tidak menyangka dapat menyarung jersi kelab yang memenangi Piala TNB musim lalu itu.

“Secara jujur saya sendiri tak pernah menyangka dapat beraksi bersama UniKL sebab saya tahu bukan mudah untuk berada dalam pasukan.

“Segala-galanya bermula tahun lalu ketika majlis perasmian Stadium Tengku Abdullah di Bangi. Saya diminta beraksi dengan pasukan utama UniKL yang ketika itu tidak cukup pemain untuk perlawanan persahabatan bersama pasukan UniKL yang memenangi kejuaraan Liga Hoki Remaja pada 2010.

“Daripada situ, ketua jurulatih, Arul Selvaraj dapat melihat bakat saya dan kemudian memanggil saya untuk menyertai latihan bersama skuad utama,” katanya.

Farhan yang baru berusia 19 tahun berkata, dia sememangnya cukup teruja dapat beraksi dengan barisan pemain ternama seperti pemain kebangsaan, Muhammad Razie Abd Rahim, Mohamad Sukri Abdul Mutalib dan tonggak import seperti Robert Kemperman serta Martijn Peter Havenga.

“Pada awalnya memang rasa janggal sebab saya beraksi dengan pemain kebangsaan dan import yang kesemuanya mempunyai nama besar.

Muhammad Farhan Mohamad Zain(tengah) pada asalnya adalah seorang pelajar biasa yang mengambil jurusan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan di Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Namun segala-galanya berubah 360 darjah apabila pemain berasal dari Seremban itu daftarkan sebagai antara pemain utama UniKL untuk beraksi pada saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2019.
Muhammad Farhan Mohamad Zain(tengah) mula bermain hoki sejak zaman persekolahan di Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar, Seremban. Kredit Foto – Agensi

“Tapi selepas itu saya mula menyesuaikan diri. Mereka juga sering memberi nasihat kepada saya. Bagi saya pengalaman beraksi dengan barisan pemain bintang ini sangat mahal. Sudah pasti ia akan menjadi kenangan manis untuk saya selama-lamanya.”

“Saya akan cuba membalas kepercayaan jurulatih terhadap saya dengan beraksi cemerlang di saingan liga,” katanya.

Farhan yang mula beraksi dalam sukan hoki di Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar, pernah beraksi pada saingan Liga Hoki Remaja Malaysia musim lalu bersama pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bentara Luar (SMKDBL)-UniKL-PHJ.

Sementara itu, Presiden Kelab Hoki UniKL, Datuk Amir Azahar, ketika menceritakan semula detik pertama kali melihat aksi Farhan mengakui amat tertarik dengan keberaniannya beraksi di sisi pemain utama UniKL.

“Bakatnya dikesan ketika dipanggil menyertai perlawanan pertunjukkan yang diadakan sempena majlis perasmian Stadium Tengku Abdullah (Battle of the Champions) pada 20 Ogos 2018.

“Pada waktu tersebut, Farhan telahpun menjadi penuntut di UniKl MFI, Bangi dan daripada enam pemain kalangan penuntut yang dijemput dia dilihat paling menonjol.

“Dan saya yakin ini adalah permulaan penyertaan pemain dari kalangan pelajar yang dijangka akan terus berkembang terutamanya apabila UniKL mula menawarkan program dalam bidangan Pengurusan dan Teknikal Sukan pada Sept 2019,” katanya.

Hoki: Arul Optimis Sinar Wajah Baharu UniKL

Ketua jurulatih pasukan hoki Universiti Kuala Lumpur (UniKL); Arul Selvaraj membawa cabaran untuk mempertahankan kejuaraan dalam Liga Hoki Malaysia 2019 untuk tahun ke-8 sejak 2012. Kredit Foto - Facebook.com/UNIKL-Hockey-129889753477/

Ketua jurulatih pasukan hoki Universiti Kuala Lumpur (UniKL); Arul Selvaraj membawa cabaran untuk mempertahankan kejuaraan dalam Liga Hoki Malaysia 2019 untuk tahun ke-8 sejak 2012. Kredit Foto - Facebook.com/UNIKL-Hockey-129889753477/
Ketua jurulatih pasukan hoki Universiti Kuala Lumpur (UniKL); Arul Selvaraj membawa cabaran untuk mempertahankan kejuaraan dalam Liga Hoki Malaysia 2019 untuk tahun ke-8 sejak 2012. Kredit Foto – Facebook.com/UNIKL-Hockey-129889753477/

Ketua jurulatih Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Arul Selvaraj amat yakin pasukan ‘berwajah baharunya’ telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk berdepan juara Piala Tan Sri P Alagendra, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam aksi ketiga Liga Hoki Malaysia di Stadium Tengku Abdullah, Bangi, Jumaat ini.

“Ia akan menjadi perlawanan yang berbeza sama sekali berbanding ketika kami tewas 3-0 di tangan TNB dalam pertemuan separuh akhir Piala Tan Sri P Alagendra dua minggu lalu. Semua pemain import kami sudah tiba dan mereka amat berpengalaman,” kata Arul.

“Saya menjangkakan perlawanan ini akan berlangsung seimbang tidak seperti aksi Piala Tan Sri P Alagendra,” tambahnya. “Walaubagaimanapun, TNB masih pilihan kerana mereka diperkuatkan 10 pemain kebangsaan.

“Namun, pasukan kami tidak kurang hebatnya kerana pemain import kami juga berpengalaman beraksi di pentas tertinggi, dengan majoriti daripadanya beraksi di Piala Dunia Bhubaneswar, India dan mereka tahu bagaimana untuk memenangi perlawanan,” kata Arul.

Penjaga gol yang berusia 31 tahun(3 April 1988) berasal dari Ireland turut pernah beraksi di pentas Piala Dunia Hoki 2018; David Harte(kiri) kini telah bersama pasukan UniKL untuk musim ke-3. Kredit Foto - Agensi
Penjaga gol yang berusia 31 tahun(3 April 1988) berasal dari Ireland turut pernah beraksi di pentas Piala Dunia Hoki 2018; David Harte(kiri) kini telah bersama pasukan UniKL untuk musim ke-3. Kredit Foto – Agensi

Buat pertama kali dalam kempen ini, UniKL mempertaruhkan lima daripada enam pemain import – Martijn Havenga, Valentin Verga dan Robbert Kemperman(Belanda), bersama pemain Australia Timothy Deavin dan Kieran Govers ketika mencatat kemenangan 2-1 ke atas UiTM, Ahad lalu.

Hanya David Harte tidak diturunkan dalam aksi tersebut dengan Arul menegaskan penjaga gol Ireland itu dalam proses pemulihan susulan kecederaan pangkal paha.

Selain daripada enam pemain import tersebut, UniKL juga akan terus mengharapkan sentuhan kapten negara Sukri Mutalib, pakar pukulan sudut penalti Razie Abdul Rahim dan Marhan Jalil dalam menghadapi pertembungan ‘buku dan ruas’ itu.

“Pemain import memberitahu saya selepas perlawanan menentang UiTM bahawa keserasian mereka bersama rakan sepasukan tempatan bertambah baik dari satu demi satu suku. Ini adalah petanda baik kerana mereka baharu saja tiba.”

TNB hadir ke perlawanan ketiga liga ini dalam keadaan terbaik selepas berkenduri gol membelasah Nur Insafi 10-0 dan menewaskan UiTM 4-1 sebelum ini, untuk menghuni tangga teratas liga ketika ini.

UniKL pula berkongsi empat mata bersama pasukan tangga kedua Terengganu Hockey Team (THT) namun dipisahkan di kedudukan ketiga berdasarkan agregat gol selepas sekadar terikat 2-2 dengan skuad Pantai Timur itu dalam aksi pembukaan tempoh hari.

UniKL Raih Kemenangan Sulung

Aksi pemain import UniKL; Robert Kemperman sewaktu menentang pasukan UiTM dalam saingan Liga Perdana - Liga Hoki Malaysia 2019 bertempat di Stadium Tun Razak pada 13 Januari 2019. Kredit Foto - Agensi

Aksi pemain import UniKL; Robert Kemperman sewaktu menentang pasukan UiTM dalam saingan Liga Perdana - Liga Hoki Malaysia 2019 bertempat di Stadium Tun Razak pada 13 Januari 2019. Kredit Foto - Agensi
Aksi pemain import UniKL; Robert Kemperman sewaktu menentang pasukan UiTM dalam saingan Liga Perdana – Liga Hoki Malaysia 2019 bertempat di Stadium Tun Razak pada 13 Januari 2019. Kredit Foto – Agensi

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berdepan kesukaran sebelum melakar kemenangan 2-1 ke atas Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada saingan Liga Perdana, TNB Liga Hoki Malaysia hari ini. Berlangsung di Stadium Tun Razak, UiTM mempamer aksi cemerlang sepanjang separuh masa pertama apabila berjaya mencipta beberapa peluang untuk menjaringkan gol.

Namun segala peluang itu termasuk satu penalti stroke yang diperoleh pada minit ke-22 disia-siakan begitu saja. Meskipun kali pertama menurunkan lima daripada enam pemain importnya iaitu Martrijn Havenga, Valentin Verga, Robert Kemperman (Belanda), Timothy Deavin dan Kieran Govers (Australia), UniKL dilihat agak bergelut.

Sama seperti UiTM, UniKL juga dihadiahkan penalti stroke di suku ketiga tetapi tolakan Muhammad Razie Abdul Rahim sedikit tersasar di luar gawang gol. UniKL akhirnya berjaya memecah kebuntuan minit ke-40 menerusi Mohamad Sukri Abdul Mutalib yang melakukan pukulan rendah selepas menerima hantaran dari Kemperman.

UniKL kemudian dihadiahkan penalti stroke selepas penjaga gol UiTM, Mohd Adi Fazri Ab Rahim menjatuhkan Kemperman sebelum Havenga menyempurnakan penalti stroke minit ke-46.

Seminit sebelum tamat perlawanan, Mohd Azwar Abd Rahman merapatkan jurang untuk UiTM menerusi gol padang tetapi ia sudah terlambat untuk menafikan kemenangan UniKL.

Ketua jurulatih UniKL, Arul Selvaraj mengakui barisan pemainnnya terutama tonggak import tidak beraksi dengan baik di awal permainan kerana perlu menyesuaikan diri dengan corak permainan mereka.

“Di dalam senarai pemain memang nampak skuad kami sudah lengkap. Tetapi ia tidak menggambarkan prestasi di atas padang yang masih agak kucar kacir.

“Bagaimanapun ia sedikit pun tak merisaukan saya. Mereka semua terutamanya pemain import adalah antara pemain terbaik dunia.

“Saya yakin mereka dapat menyesuaikan diri dengan cepat,” katanya.

Arul juga memuji prestasi UiTM yang memberi saingan sengit kepada barisan pemainnya.

“Saya lihat UiTM sangat bekerja keras dan mereka sentiasa melakukan gerakan berbahaya ke kawasan kami,” katanya.

UniKL akan bertemu TNB 18 Januari ini di Stadium Tengku Abdullah, Bangi.

Govers: Kekalahan petanda kepada sesuatu lebih baik

Fitri Saari(barisan hadapan kanan) berjaya mencuri bola dari pemain import UniKL kelahiran Australia yang juga pemenang pingat emas hoki Piala Dunia 2010; Keiran Govers(3 dari kiri) sewaktu aksi Piala Sumbangsih 2019 yang telah berlansung di Stadium Hoki Batu Buruk pada 11 Januari 2019. Kredit Foto - PenyuSukan.com

Pemain import UniKL dari Australia; Keiran Govers(3 dari kiri) sewaktu beraksi dalam perlawanan sulung untuk merebut kejuaraan Piala Sumbangsih menentang Pasukan Hoki Terengganu (THT) di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 11 Januari 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dilihat tidak bernasib baik apabila tewas menerusi penentuan penalti 1-3 selepas terikat 2-2 pada masa sebenar ketika bertemu Pasukan Hoki Terengganu (THT) pada perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu semalam.

Bagaimanapun pemain import UniKL dari Australia, Keiran Govers percaya ia adalah satu petanda yang lebih baik akan hadir untuk juara Piala TNB musim lalu itu.

“THT mendominasi separuh masa pertama dan kami mula mengawal permainan di babak kedua. Kami memperoleh peluang pada lewat permainan. Secara keseluruhan saya percaya pasukan sudah memberikan aksi terbaik,” kata Govers yang hadir sehari sebelum aksi Piala Sumbangsih bersama-sama penjaga gol dari Ireland, David Harte serta pemain Belanda, Martijn Havenga.

“Sudah tentu ia satu pengalaman yang manis jika dapat memenangi Piala Sumbangsih tetapi apapun kami tetap berjaya mengutip satu mata selepas seri 2-2 pada masa penuh.

“Tiba masanya untuk melupakan semua ini dan fokus pada baki saingan liga selepas ini,” kata pemain yang memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik London 2012 itu yang bersara di pentas antarabangsa tahun lalu.

Penyerang kebangsaan, Faizal Saari dan tonggak import dari Korea Selatan, Jang Jonghyun meletakkan THT di depan pada minit ke-2 dan 15 sebelum Muhammad Razie Abdul Rahim mengurangkan defisit itu minit ke-30 dan menyamakan kedudukan lima minit kemudian.

Govers yang memenangi Trofi Juara-Juara bersama Australia pada 2010 dan 2012, Piala Dunia 2010 dan 2014 serta pingat emas Sukan Komanwel Glasgow 2014 percaya kehadiran dua pemain antarangsa Belanda, Robert Kemperman dan Valentin Verga di dalam pasukan akan memperkuatkan UniKL di saingan liga.

“Kami perlu bekerja keras dengan cuba membentuk persefahaman dan memahami corak permainan yang dimahukan,” katanya.

UniKL akan bertemu Universiti Teknologi Mara (UiTM) esok (13 Januari) di Stadium Tun Razak.

UiTM tewas 1-4 kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada perlawanan pertama liga, Jumaat lalu di Stadium Hoki Bukit Jalil.

Sementara itu, ketua jurulatih UniKL, Arul Selvaraj mengesahkan bekas pemain kebangsaan, Mohamed Izad Hakimi Jamaluddin akan menggantikan tempat tonggak pertahanan, Shazrul Imran Nazli yang berdepan kecederaan Achilles.

Shazrul memerlukan tempoh antara enam bulan sehingga setahun untuk pulih sepenuhnya.

UniKL Masih Tercari Rentak Sulung

Juara Piala TNB 2018; Universiti Kuala Lumpur (UniKL) selaku pasukan pelawat tewas kepada Pasukan Hoki Terengganu(THT) dalam memburu kejuaraan Piala Sumbangsih 2019 bertempat di Stadium Hoki Batu Buruk pada 11 Januari 2019. Kredit Foto - PenyuSukan.com

Juara Piala TNB 2018; Universiti Kuala Lumpur (UniKL) selaku pasukan pelawat tewas kepada Pasukan Hoki Terengganu(THT) dalam memburu kejuaraan Piala Sumbangsih 2019 bertempat di Stadium Hoki Batu Buruk pada 11 Januari 2019. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Juara Piala TNB 2018; Universiti Kuala Lumpur (UniKL) selaku pasukan pelawat tewas kepada Pasukan Hoki Terengganu(THT) dalam memburu kejuaraan Piala Sumbangsih 2019 bertempat di Stadium Hoki Batu Buruk pada 11 Januari 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Terengganu Hockey Team (THT) menjulang gelaran Piala Sumbangsih 2019 selepas menewaskan pasukan bintang Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 3-1 menerusi penentuan penalti selepas terikat 2-2 dalam permainan sebenar di Stadium Hoki Batu Buruk, hari ini. Ia adalah kali pertama menyaksikan skuad Pantai Timur itu memenangi gelaran berkenaan selepas gagal dalam empat percubaan terdahulu sejak 2014.

Faizal Saari, pemain Korea Selatan Jang Jon-Hyun dan Fitri Saari menyempurnakan tugasan dengan baik dalam penentuan penalti buat THT manakala satu-satunya gol penalti UniKL disudahkan Rafizul Ezry Mustafa.

“Ia mengecewakan apabila kami gagal menyempurnakan penalti tetapi secara keseluruhannya pemain menunjukkan semangat melawan yang tinggi untuk bangkit selepas ketinggalan dua gol,” kata pengendali UniKL, Arul Selvaraj.

Ketua jurulatih pasukan hoki Universiti Kuala Lumpur (UniKL); Arul Selvaraj membawa cabaran untuk mempertahankan kejuaraan dalam Liga Hoki Malaysia 2019 untuk tahun ke-8 sejak 2012. Kredit Foto - Facebook.com/UNIKL-Hockey-129889753477/
Ketua jurulatih pasukan hoki Universiti Kuala Lumpur (UniKL); Arul Selvaraj membawa cabaran untuk mempertahankan kejuaraan dalam Liga Hoki Malaysia 2019 untuk tahun ke-8 sejak 2012. Kredit Foto – Facebook.com/UNIKL-Hockey-129889753477/

“Kami gagal untuk menyambar trofi Piala Sumbangsih tetapi kami berjaya mendapat satu mata berharga daripada keputusan seri dalam masa permainan sebenar,” tambah Arul yang menjelaskan keputusannya untuk merehatkan penjaga gol import dari Ireland, David Harte untuk penentuan penalti berikutan kecederaan pada bahagian pahanya.

Menerima sokongan padu kira-kira 1,000 penyokong sendiri nyata dimanfaatkan THT yang hanya memerlukan tempoh dua minit untuk berada di depan hasil penyudah pukulan sudut penalti ayam tambatannya, Faizal Saari yang mana bola percubaan rendahnya tepat ke kiri gawang gol dikawal penjaga gol muda, Adrian Andy albert.

Jaringan awal itu bagaikan menyentap semangat anak-anak buah Arul yang memburu trofi Piala Sumbangsih dalam percubaan pertama mereka selepas layak ke saingan berkenaan atas tiket juara Piala TNB tahun lalu.

Fitri Saari(barisan hadapan kanan) berjaya mencuri bola dari pemain import UniKL kelahiran Australia yang juga pemenang pingat emas hoki Piala Dunia 2010; Keiran Govers(3 dari kiri) sewaktu aksi Piala Sumbangsih 2019 yang telah berlansung di Stadium Hoki Batu Buruk pada 11 Januari 2019. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Fitri Saari(barisan hadapan kanan) berjaya mencuri bola dari pemain import UniKL kelahiran Australia yang juga pemenang pingat emas hoki Piala Dunia 2010; Keiran Govers(3 dari kiri) sewaktu aksi Piala Sumbangsih 2019 yang telah berlansung di Stadium Hoki Batu Buruk pada 11 Januari 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Malah, ketumpulan barisan serangan selain pilihan pemain yang terhad di posisi itu juga menyaksikan Arul beberapa kali mengarahkan tonggak tengah Mohd Marhan Mohd Jalil bermain sebagai penyerang di sisi Muhamad Hafiz Zainol dan Faridzul Afiq Mohd.

Namun, segalanya tampak tidak menjadi buat UniKL di suku pertama termasuk gagal mendapatkan sebarang pukulan sudut penalti sebelum pakar pukulan sudut penalti dari Korea Selatan, Jang Jon-Hyun menghadiahkan gol kedua buat skuad Pantai Timur itu pada minit ke-15.

Nasib UniKL berubah 360 darjah sebaik bermula suku kedua apabila tindakan Arul untuk membawa masuk Harte berjaya meningkatkan semangat pasukannya dengan penjaga gol terbaik dunia itu yang baharu tiba ke negara ini semalam, menidakkan beberapa percubaan berbahaya THT menerusi Faizal dan Nabil Fikri Mohd Noor.

Pakar pukulan sudut penalti dari Korea Selatan; Jang Jong-Hyun selaku pemukul shootout kedua sekaligus menghadiahkan gol kedua buat Pasukan Hoki Terengganu(THT). Kredit Foto - PenyuSukan.com
Pakar pukulan sudut penalti dari Korea Selatan; Jang Jong-Hyun selaku pemukul shootout kedua sekaligus menghadiahkan gol kedua buat Pasukan Hoki Terengganu(THT). Kredit Foto – PenyuSukan.com

Dan jaringan yang dinanti-nantikan UniKL akhirnya tiba apabila pembelian terbaru mereka pada musim ini, Razie Abdul Rahim kembali merapatkan jurang menerusi penyudah pukulan sudut penalti di hujung suku kedua sebelum dia menambah jaringan hasil percubaan sama lima minit selepas bersambung suku ketiga.

Kedudukan itu kekal hingga wisel penamat untuk juara ditentukan menerusi penentuan penalti dengan penjaga gol THT Hazrul Faiz Sobri muncul wira pasukannya apabila menafikan tiga percubaan penalti yang ditugaskan kepada Najmi Farizal Jazlan, Mohd Marhan Mohd Jalil dan Hafiz Zainol.

Terus Berlayar Di Tasik Gong Badak

Program 'My Try Layar de Tasik' anjuran Persatuan Pelayaran dan Luncur Layar Negeri Terengganu adalah satu program pengenalan sukan pelayaran khususnya kepada penduduk sekitar negeri Terengganu yang berlansung pada 21 Disember sehingga 26 Disember 2018. Program ini juga menjadi sebahagian dari plan program pembangunan sukan untuk mencungkil bakat-bakat muda. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Program 'My Try Layar de Tasik' anjuran Persatuan Pelayaran dan Luncur Layar Negeri Terengganu adalah satu program pengenalan sukan pelayaran khususnya kepada penduduk sekitar negeri Terengganu yang berlansung pada 21 Disember sehingga 26 Disember 2018. Program ini juga menjadi sebahagian dari plan program pembangunan sukan untuk mencungkil bakat-bakat muda. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Tasik Kompleks Sukan Gong Badak yang terletak di Kuala Nerus mencipta sejarah dalam sukan pelayaran negeri Terengganu apabila pertama kali dianjurkan di sini. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Rentetan maklum balas positif yang diterima, program pengenalan sukan pelayaran yang dijadualkan berakhir pada 26 Disember 2018 lepas kini akan tetap diteruskan sehingga pada satu tarikh. Program ‘My Try layar de Tasik’ yang pertama kali berlansung di tasik rekreasi Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus ini kini dilihat mampu menjadi satu daya tarikan terbaharu buat pengunjung. Program anjuran Persatuan Pelayaran dan Luncur Layar Negeri Terengganu bersama Majlis Sukan Negeri Terengganu ini tidak hanya terbuka kepada bakat-bakat muda untuk pencarian atlet malah terbuka kepada orang ramai yang ingin mencuba.

Ketua jurulatih yang mengendalikan program ini; Abdul Rani Idris memaklumkan kepada PenyuSukan.com bahawa pihak pengurusan Kompleks Sukan Gong Badak telah bersetuju tentang perkara ini. Hal ini sudah pasti secara tidak lansung memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak di mana program ini bukanlah berasaskan keuntungan namun demi hala tuju masa depan sukan itu sendiri. Bayaran RM10 yang dikenakan untuk pengalaman belayar selama 60 minit di samping ilmu pelayaran yang disampaikan oleh jurulatih bertauliah dan berpengalaman besar adalah amat berbaloi.

Melalui program pembangunan sukan yang mendapat bantuan dari pihak Majlis Sukan Negeri Terengganu, kini sukan ini mampu disertai oleh sesiapa sahaja dan tidak hanya pada golongan elit. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Melalui program pembangunan sukan yang mendapat bantuan dari pihak Majlis Sukan Negeri Terengganu, kini sukan ini mampu disertai oleh sesiapa sahaja dan tidak hanya pada golongan elit. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Tasik yang terletak berhampiran dengan Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu semenangnya satu lokasi strategik dengan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung. Sebelum ini sukan pelayaran sering diadakan di kawasan berhampiran laut di mana mungkin membataskan peluang kepada orang ramai yang ingin mencuba pertama kali. Walaupun cabaran belayar di tasik mungkin berbeza di lautan namunya ianya bertepatan dengan objektif asal program ini untuk memberi pendedahan awal kepada orang ramai.

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi – abdulraniidris@gmail.com atau lawati https://www.msiasailing.org . Sebarang perkembangan terkini juga boleh dilihat di laman Facebook Rasmi – Facebook.com/TerengganuWindsurfingSA

“Profesor Kangkung” Sukan

Kredit - Caglecartoons.com

Kredit - Caglecartoons.com
Kredit – Caglecartoons.com

OLEH ARNAZ M. KHAIRUL

Kini wujud watak mistik “Profesor Kangkung” dalam sukan…Faktanya tonggang terbalik, malah menipu.

Sekolah Sukan diwujudkan di bawah Kementerian Pendidikan pada tahun 1996 adalah untuk memberi tempat kepada pelajar-pelajar yang lebih menunjukkan potensi dalam arena sukan, bukan akademik. Jadi fokusnya sukan, penyerapan ke dalam Sekolah Sukan pun berdasarkan pencapaian sukan.

Atas kesedaran adanya kepincangan dari segi pembangunan berterusan (continuous development) setelah tamat persekolahan akibat dari kelemahan dalam pengurusan, perancangan, pentadbiran dan pembangunan di bawah persatuan-persatuan yang sepatutnya bertanggungjawab, maka program yang memberikan option lanjutan akademik telah diperkenalkan dengan kerjasam UM dan UPM lebih 10 tahun lalu.

Mungkin angka-angka ada yang diputar-belit tapi yang nyata, sudah lama ada program untuk memudahkan athlet melanjutkan pelajaran melalui program pra-u di BJSS dan SSMBP.

Sepertimana manusia lain yang melalui proses pendidikan, ia terpulang kepada individu itu sendiri samada mahu mengambil peluang. Dan yang telah mengambil peluang-peluang tersedia, yang kini sudah makin berkembang dengan program sukan melibatkan lebih banyak universiti, nyata jalan hidup mereka berbeza dengan yang tidak mengambil peluang.

Mungkin sistem pendidikan kita perlu dikaji semula, ya. Kerana ada pensyarah yang tidak mengkaji secara mendalam dan memahami sistem dan eco-system sukan kita secara menyeluruh demi memahami apa sebenarnya yang perlu ditambahbaik.

Sekali lagi saya nyatakan, kelemahan sukan tanahair tidak berpunca dari Sekolah Sukan, malah dengan adanya sistem bersekolah sukanlah athlet remaja kita dapat dididik dan digilap dengan lebih fokus.
Jika ada yang perlu ditambah baik, ialah kemudahan dan infrastruktur serta support-systems seperti kelengkapan dan tenaga kerja sains sukan bagi lebih membantu perkembangan athlet remaja di sekolah sukan.

Janganlah pula tiba-tiba ada idea yang memesongkan sekolah sukan dari matlamat asasnya iaitu pembangunan sukan.
Untuk fokus kepada bidang akademik sudah ada sekolah-sekolah khusus.

Janganlah kerana ada pihak yang perlu menonjolkan diri atau membodek untuk membuka pintu ke pejabat menteri setelah hebat mengutuk kerajaan sekarang sewaktu mereka tidak berkuasa dulu, sekolah sukan pula menjadi mangsa.

Seluruh sukan negara telah anda politikkan dan rosakkan. Janganlah satu-satunya sistem yang selama ini terlindung dari bahana politik sukan pula anda cemari. Cukup-cukuplah….

Sekian.

Arnaz M. Khairul adalah peminat sukan & akademik sepanjang hayat di mana turut pernah menjadi wakil AIJC (Association Internationale des Journalistes du Cyclisme) di peringkat Asia Tenggara yang mempercayai perkembangan sukan di Malaysia menuju pengkorporatan, jauh dari kebergantungan terhadap sumbangan dan penglibatan politik.

Kadar Sewa Fasiliti Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu

Kadar sewa fasiliti dan kemudahan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu bagi tahun 2018. Kredit Foto - PenyuSukan.com

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu(JBSN Terengganu) yang terletak di Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu kira-kira 4km dari bandaraya mempunyai pelbagai fasiliti untuk disewakan kepada orang ramai. Selain fasiliti padang bola sepak, sepak takraw, bola jaring, futsal dan dewan badminton malah bilik kuliah turut ditawarkan adalah bilik kuliah, kerusi plastik dan juga peralatan siar raya.

Kadar sewa fasiliti dan kemudahan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu bagi tahun 2018. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Kadar sewa fasiliti dan kemudahan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu bagi tahun 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi:

JBSN TERENGGANU
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596
Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Terengganu Tuan Rumah Kejohanan Catur MSSM

Kejohananan Catur Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2018 berlansung bermula 5 hingga 10 Ogos 2018 bertempat di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu . Kredit Foto - PenyuSukan.com

Kejohananan Catur Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2018 berlansung bermula 5 hingga 10 Ogos 2018 bertempat di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu . Kredit Foto - PenyuSukan.com
Kejohananan Catur Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2018 berlansung bermula 5 hingga 10 Ogos 2018 bertempat di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu . Kredit Foto – PenyuSukan.com

Seramai 576 pencatur terdiri daripara pelajar sekolah seluruh negara telah berkampung di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu untuk memburu kejuaraan Kejohananan Catur Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2018. Kontijen dari negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak juga turut menyertai kejohanan yang berlansung selama seminggu ini sekaligus melengkapkan penyertaan keseluruh kontijen di dalam negara.

Terdapat beberapa atlet-atlet pelajar sekolah ini juga turut pernah berentap di peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Persekutuan Catur Malaysia (Malaysian Chess Federation). Kredit Foto – PenyuSukan.com

Kejohanan ini mempertandingkan 6 kategori dari pelbagai peringkat umur seawal bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun untuk berentap dalam acara individu dan acara berkumpulan. Penganjuran juga turut menggunakan sistem permarkahan dalam talian menggunakan platform www.chess-results.com yang secara terus turut memberi kemaskini tangga kedudukan semasa bagi pencatur seluruh dunia yang dikawal selia oleh Persekutuan Catur Antarabangsa (FIDE – The Fédération Internationale des Échecs atau World Chess Federation).

Setiap keputusan terkini pertandingan akan dikemaskini secara terus di dalam talian untuk status kedudukan semasa setiap pencatur di kalangan pencatur seluruh dunia. Kredit - https://ratings.fide.com
Setiap keputusan terkini pertandingan akan dikemaskini secara terus di dalam talian untuk status kedudukan semasa setiap pencatur di kalangan pencatur seluruh dunia. Kredit – https://ratings.fide.com

Kontijen Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan antara kuasa besar dalam sukan ini di peringkat MSSM sejak sekian lama. Persiapan pasukan-pasukan ke kejohanan ini juga turut membabitkan peranan jurulatih peribadi di atas inisiatif para atlet itu sendiri mahupun ibubapa yang sentiasa memberi sokongan. PenyuSukan difahamkan di dalam negeri Terengganu ini hanya terdapat seorang jurulatih sukan percaturan ini.

Untuk keputusan penuh sila lawati – http://chess-results.com/fed.aspx?lan=1&fed=MAS

Jadual penuh Kejohananan Catur Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2018. Orang ramai dijemput hadir di mana tiada sebarang tiket dikenakan.
Jadual penuh Kejohananan Catur Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2018. Orang ramai dijemput hadir di mana tiada sebarang tiket dikenakan.

LAJSM2018: 8 Negara Sah Berentap!

Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah(berdiri-tiga dari kiri) menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2018 yang telah berlansung di Wisma Darul Iman.
Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah(berdiri-tiga dari kiri) menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2018 yang telah berlansung di Wisma Darul Iman.

Singapore, Thailand, Somalia, Yemen, United Kingdom, India, China dan New Zealand di antara negara-negara yang telah mengesahkan untuk memberi cabaran dalam Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2018(LAJSM2018). Penganjuran yang pertama kali diadakan pada tahun 2009 saban tahun kian berjaya untuk menarik atlet-atlet antarabangsa sekaligus memberi satu penanda aras kepada penganjuran sukan ini. Pada tahun ini pihak penganjur mensasarkan sebanyak 50,000 penyertaan yang akan berlumpa pada 8 September nanti.

Persatuan Olahraga Amator Terengganu (POAT) sekali lagi diberi kepercayaan oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu untuk penganjuran ini setelah berbuat sedemikian pada edisi lalu. Bertemakan “Vacay-Run” yang secara tidak lansung mempromosikan industri perlancongan sukan di negeri ini menjadikan ianya satu pentas terbaik bagi tuan rumah.

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2018(LAJSM2018).
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2018(LAJSM2018).

Acara yang menawarkan ganjaran wang tunai sebagai hadiah kemenangan ini menawarkan lima kategori utama iaitu 42 kilometer, 21 kilometer, 12 kilometer, 5 kilometer dan 3 kilometer atau lebih dikenali sebagai ‘Fun Run’. Perlepasan bagi semua kategori akan bermula pada jam 1201 tengah malam dan dijangka berakhir pada jam 1000 pagi di Dataran Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.

Orang ramai khususnya pengguna jalanraya diingatkan supaya dapat memberi kerjasama kepada para atlet yang bertanding. Untuk makluman pengguna jalanraya, Jambatan Sultan Mahmud tidak ditutup di mana jalanraya pada tahun ini berkonsep ‘Contra Lane’. Sepanjang acara berlansung, pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Terengganu akan turut serta membantu demi keselamatan dan keselesaan pelbagai pihak.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sila lawati – http://www.racexasia.com/event/larian-antarabangsa-jambatan-sultan-mahmud-2018/

X