
Terengganu Hockey Team(THT) yang bangkit di suku akhir permainan bagi aksi kedua perlawanan Liga Hoki Malaysia 2021(LHM 2021) menentang UniKL sekurang-kurangnya mampu kembali memberi tekanan untuk perolehi dua gol setelah ketinggalan 4-0 pada minit suku akhir permainan. Keputusan yang memihak kepada penyandang juara Piala Sumbangsih musim ini tidak dapat dinafikan untuk berkesudahan dengan 4 gol milik UniKL.
Ketinggalan 4-0 sehingga suku akhir permainan memaksa pasukan kendalian K Rajan perlu merombak taktikal bagi mencari kesilapan pihak lawan sekaligus memberi tekanan untuk mengubah momentum permainan.

Tekanan kian beralih pada pasukan lawan namun beberapa peluang terlepas begitu sahaja tanpa penyudah yang tajam. Namun sewaktu masa perlawanan kian suntuk di minit ke-51, Mohamad Akhimullah Anuar Esook berjaya memecah kebuntuan dengan memperolehi gol sulung buat THT hasil dari komitmen jitu jentera pukulan sudut penalti.

Walaupun mendahului permainanan dengan selesa 04-01 namun UniKL mula bertambah tekanan sehingga dihukum oleh pengadil berikutan beberapa kesilapan mudah di hadapan gawang sendiri. Situasi ini sekali lagi memihak kepada THT menambah jaringan gol melalui pukulan sudut penalti yang disempurnakan Muhammad Arif Syafie Ishak di minit ke-53 permainan.

“Walaupun tewas 4-3 di mana ketinggalan 3-0 untuk separuh masa pertama, kita tetap bangkit di suku akhir permainan dan berjaya memperolehi 2 gol. Kita banyak kesilapan dan akan diperbaiki setelah melihat rakaman video perlawanan ini.”, ujar ketua jurulatih THT K Rajan sejurus tamat permainan.
Seterusnya THT dijadualkan untuk bertemu Universiti Teknologi Mara(UiTM) bagi aksi ketiga kempen LHM 2021 pada 16 Mac jam 0800 malam nanti.
Penganjuran LHM 2021 yang kini masuk edisi ke-34 ini mempertaruhkan format kejohanan liga satu pusingan dan semua perlawanan dipertandingkan secara berpusat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil tanpa kehadiran penonton berikutan prosedur operasi standar (SOP) yang diperketatkan sepanjang pandemik COVID-19 yang belum bernoktah.
KEPUTUSAN LIGA HOKI MALAYSIA 2021
TERENGGANU HOCKEY TEAM vs UNIKL 02-04
JARINGAN
UNIKL – Muhammad Razie Abd Rahim (Sudut Penalti Minit Ke-13)
UNIKL – Pavandip Singh a/l Gurdip Singh (Sudut Penalti Minit Ke-26)
UNIKL – Muhammad Razie Abd Rahim (Sudut Penalti Minit Ke-35)
UNIKL – Mohamad Sukri Abdul Mutalib (Gol Padang Minit Ke-42)
THT – Mohamad Akhimullah Anuar Esook (Sudut Penalti Minit Ke-51)
THT – Muhammad Arif Syafie Ishak (Sudut Penalti Minit Ke-53)







Gergasi hoki pantai timur, Terengganu Hockey Team(THT) membuka tirai kempen Liga Hoki Malaysia 2021 edisi ke-34 dengan membelasah pendatang baharu Sabah pada perlawanan pertama buat mereka berkesudahan 11 gol tanpa balasan.





Penganjuran temasya dwi-tahunan Sukan Asia Tenggara edisi ke-31 dijadualkan membuka tirai pada 21 November 2021 dan menutup tirai temasya secara rasmi pada 2 Disember 2021. Vietnam menjadi tuan rumah pada penganjuran edisi ke-31 ini yang juga dijenamakan sebagai 31st SEA Games Hanoi 2021(Sukan SEA Hanoi 2021 Ke-31) melibatkan dua bandar utama iaitu Hanoi dan Ho Chi Minh.




Penganjuran kejuaraan Liga Hoki Wanita Malaysia(LHWM) bagi musim 2021 ini dikejutkan dengan pengunduran penyertaan pasukan Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) yang pertama kali mengambil keputusan sedemikian sejak penubuhan pada 2017.








































