THT Sedia Terima Pemain Positif COVID-19

Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu tidak lagi menjadi venue kejohanan Liga Hoki Malaysia 2021.

Ketua jurulatih Terengganu Hockey Team (THT), K Rajan dalam satu kenyataan terkini memaklumkan bahawa pasukan itu sedia menerima sepenuhnya kudrat pemain-pemain hoki yang dilaporkan positif jangkitan COVID-19. Ketiga-tiga pemain tersebut adalah Faisal Saari, Abd Khalid Hamiri dan Shello Silverius yang kini telah diarahkan menjalani proses kuarantin kendiri selama 10 hari.

Walaubagaimanapun, setiap pemain tersebut perlu mendapatkan surat perlepasan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) sebelum dibenarkan untuk bersama pasukan seperti mana telah diputuskan dalam satu mensyuarat Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) pada hari ini.





Perkembangan tersebut dijangka tidak menjadi halangan buat pengendali dari Perak ini di mana segala-galanya akan kembali seperti sedia kala buat untuk melakukan percaturan Liga Hoki Malaysia(LHM) musim ini.

K. Rajan dilantik sebagai ketua jurulatih Terengganu Hockey Team bagi mengharungi kempen Liga Hoki Malaysia 2021. Kredit Foto – K. Rajan

“Kita sanggup menerima ketiga-tiga pemain ini kembali bersama pasukan, tiada masalah di mana kita masih mempunyai masa untuk persiapkan pasukan ini. Program latihan tetap berjalan seperti biasa walaupun ketiadaan mereka. Kita tetap meneruskan kempen liga musim ini dengan apa yang kita ada” berkata K Rajan yang pernah membimbing pasukan kebangsaan ke pentas Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2009.

Terdahulu, penyerang THT Faisal Saari dalam satu hantaran di laman Facebook beliau bertarikh 26 Februari lepas mengesahkan bahawa telah dijangkiti oleh COVID-19. Ketiga-tiga pemain tersebut dijangka dapat meneruskan latihan bersama pasukan pada hujung minggu ini setelah memperolehi kebenaran dari pihak KKM.

Situasi semasa pandemik COVID-19 juga telah memaksa LHM yang sepatutnya bermula pada 14 Januari 2020 ditunda berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 13 Januari sehingga 26 Januari. Seterusnya LHM dijadualkan berlansung bermula pada 11 Mac nanti. Bagi menghadapi saingan musim ini, THT telah berkampung di ibu kota sejak awal tahun ini untuk menjalani latihan berpusat sepenuhnya di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Semua perlawanan melibatkan ke semua kejuaraan hoki berprestij ini akan berlangsung sepenuhnya di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di mana pada musim ini tiada sebarang pasukan menjadi tuan rumah seperti mana sebelum ini.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

february, 2024

21feballdayLiga Federasi Lawn Bowls Malaysia (MLBF) Zon Pantai Timur

25feballdayKejohanan Lawn Bowls Bawah 12 Tahun & Bawah 18 Tahun Kebangsaan

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

X