Basikal Terengganu Terima Suntikan RM25k

Majlis Ramah Mesra Bersama Pasukan Berbasikal Terengganu SUKMA XX Johor 2020 bersama bapa angkat dan jabatan angkat yang telah berlangsung di Duyong Marina & Resort pada 26 Julai 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Skuad berbasikal negeri Terengganu ke pentas temasya Sukan Malaysia edisi ke-20(SUKMA Johor 2020) begitu teruja setelah menerima suntikan moral berupa wang tunai berjumlah RM 25,000.00 dalam satu majlis bersama bapa angkat dan jabatan angkat sukan ini.

Sumbangan yang tepat pada waktunya untuk keperluan para pelumba memandangkan program latihan persiapan pasukan kian menghampiri tirai temasya SUKMA Johor 2020 yang dijadualkan pada Mac 2021 nanti.

Sebanyak RM 20,000.00 telah disuntik oleh YB Haji Ahmad Amzad Mohamed bin Mohamed @ Hashim selaku bapa angkat pasukan berbasikal Terengganu yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen Kuala Terengganu manakala tambahan RM 5,000.00 lagi telah disampaikan oleh Majlis Daerah Kemaman selaku jabatan angkat dalam usaha untuk memperkasakan sukan berbasikal ini.

Bapa Angkat Pasukan Berbasikal Terengganu SUKMA Johor 2020 – YB Haji Ahmad Amzad Mohamed. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Penyumbang terbanyak pingat emas bagi kontijen Terengganu adalah sukan berbasikal pada SUKMA yang lalu. Memang benar satu cabaran yang besar kepada kita untuk bertanding bersama tuan rumah yang turut sama menyasarkan penguasaan pungutan pingat di Johor nanti. Tetapi kita pergi ke sana dalam keadaan bersungguh-sungguh dan atlet kita dalam keadaan motivasi yang tinggi, insyAllah hasrat berkenaan boleh dicapai.”, berkata bapa angkat sukan berbasikal; YB Haji Ahmad Amzad Mohamed bin Mohamed @ Hashim.

Timbalan Menteri ini juga turut menzahirkan bahawa sumbangan wang tunai ini bukanlah merupakan sumbangan yang hanya diberikan sekali sahaja di mana akan sentiasa cuba untuk memenuhi keperluan skuad berbasikal di samping juga menyeru pihak-pihak swasta di luar sana turut membantu.

Sumbangan wang tunai ini sudah pasti sedikit sebanyak mampu untuk meringankan beban pasukan di bawah kendalian ketua jurulatih Syed Mohd Husaini Syed Mazlan yang sering terhimpit dengan perbelanjaan besar khususnya melibatkan keperluan makanan tambahan, kelengkapan peralatan latihan mahupun logistik pasukan yang menjadi sebahagian dari program latihan pasukan ini.

Syed Mohd Husaini Syed Mazlan dilantik menjadi ketua jurulatih skuad berbasikal Terengganu sejak 1999 sehingga kini dan juga turut pernah menggalas tugas selaku ketua jurulatih kebangsaan bermula pada 2005 sehingga 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Memandangkan sekarang ini kita telah membuat analisa dan kajian di mana setiap negeri mempunyai program latihan yang makin bagus. Mungkin pencabar-pencabar kita terdiri dari negeri Kedah, Johor, Perak dan juga Sabah. Tuan rumah juga jika dilihat sejak 2014 sememang merupakan pencabar yang kian meningkat naik.”, ujar ketua jurulatih Syed Mohd Husaini Syed Mazlan.

Walaupun sejak sekian lama menempuh pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang persiapan pasukan, ternyata sukan berbasikal negeri Terengganu berjaya meletakkan penanda aras yang tersendiri sekaligus menjadi kuasa besar yang digeruni sama ada di pentas kebangsaan mahupun antarabangsa.

Skuad berbasikal Terengganu Hanelang menerima sumbangan wang tunai bernilai RM 25,000.00 bagi memperkasakan persiapan pasukan ke pentas temasya Sukan Malaysia edisi ke-20(SUKMA Johor 2020). Kredit Foto – PenyuSukan.com

Pada penganjuran SUKMA Perak 2018 lalu sebanyak 14 pingat emas, 8 pingat perak dan 6 pingat gangsa berjaya dibawa pulang oleh skuad berbasikal Terengganu Hanelang ini sekaligus menjadi penyumbang terbesar pingat membantu kontijen negeri ini untuk muncul juara keseluruhan. Kejayaan di Perak ini juga secara tidak langsung memperbaiki rekod pasukan di mana sebelum itu pada SUKMA Sarawak 2016 telah berjaya mengutip 14 pingat emas, 4 pingat perak dan 6 gangsa.

Majlis Ramah Mesra Bersama Pasukan Berbasikal Terengganu SUKMA XX, Johor 2020 berlangsung penuh meriah di Duyong Marina & Resort turut dihadiri Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Encik Ibni Amin Busu dan juga pemegang-pemegang taruh dalam sukan berbasikal negeri Terengganu untuk memberi sokongan kepada atlet-atlet yang rata-rata berusia bawah 21 tahun ini.

Barisan para pelumba-pelumba yang akan berentap di pentas temasya Sukan Malaysia edisi ke-20(SUKMA Johor 2020) pada Mac 2021 nanti. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Pada masa yang sama majlis ini juga secara tidak langsung merapatkan ikatan persaudaraan di kalangan 29 pelumba dari kelompok acara lebuhraya dan trek, BMX, downhill dan basikal bukit(MTB) di mana setiap kelompok ini berlatih secara berasingan di lokasi berlainan.

Penganjuran SUKMA Johor 2020 yang ‘telah berlangsung’ pada 11 sehingga 19 Julai lalu terpaksa ditunda pada Mac 2021 berikutan pandemik COVID-19 yang merencatkan semua penganjuran sukan seluruh dunia. Situasi ini sedikit sebanyak memberi kelebihan buat skuad berbasikal ini untuk pemulihan atlet-atlet yang cedera sekaligus kembali mampu untuk bersaing dengan sepenuhnya seperti yang dirancang.

RAGBI: Penghormatan Si Juara Berganda

Barisan pengurusan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bersama Exco Sukan Negeri Terengganu YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah(tiga dari kanan) sewaktu hadir ke Majlis Meraikan Kemenangan Skuad Ragbi Piala Agong dan 7 Sepasukan Kebangsaan Negeri Terengganu 2019 yang telah berlangsung di Hotel Primula, Kuala Terengganu pada 18 Julai 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

37 tahun untuk 37 edisi penganjuran yang perlu bermandi keringat dan darah buat Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) untuk pertama kali melakar sejarah selaku juara Kejohanan Ragbi Piala Agong Edisi Ke-37 2019 akhirnya berbaloi setelah diberi penghormatan penuh gilang gemilang dalam satu majlis pada 18 Julai lalu bertempat di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu.

Seluruh warga kontijen ragbi negeri Terengganu terdiri daripada 35 pemain skuad Piala Agong Edisi Ke-37 2019 dan 12 pemain skuad 7 Sepasukan Kebangsaan 2019 menerima ganjaran insentif wang kemenangan sebanyak RM 150,000.00 yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Insentif kemenangan itu telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang disampaikan kepada Yang di-Pertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu; Amir Amri Muhammad.

Dari kiri – Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu merangkap Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia Amir Amri Muhammad, Penolong Setiausaha PRNT; Encik Mohd Izwan Ismail dan Exco Sukan Negeri Terengganu YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah sewaktu hadir ke Majlis Meraikan Kemenangan Skuad Ragbi Piala Agong dan 7 Sepasukan Kebangsaan Negeri Terengganu 2019 yang telah berlangsung di Hotel Primula, Kuala Terengganu pada 18 Julai 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Kerajaan negeri seperti yang telah saya nyatakan tadi sentiasa memberikan semangat dan dorongan kepada persatuan untuk meningkatkan lagi kejayaan mereka dan bila mana kita telah pun berjaya mencapai kejuaraan ini maka..apa yang menjadi tanggungjawab kita adalah mengekalkan kejuaraan itu. Jadi, untuk mengekalkan ini kadang-kadang lebih susah berbanding untuk mendapat kejuaraan.”; berkata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah kepada PenyuSukan.com

Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu merangkap Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia Amir Amri Muhammad sewaktu hadir ke Majlis Meraikan Kemenangan Skuad Ragbi Piala Agong dan 7 Sepasukan Kebangsaan Negeri Terengganu 2019 yang telah berlangsung di Hotel Primula, Kuala Terengganu pada 18 Julai 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Insentif yang kita dapat ini memang kita akan agihkan kepada pemain-pemain kerana ini merupakan satu penghargaan daripada Persatuan Ragbi Negeri Terengganu di atas penat jerih beliau yang telah berusaha keras mencipta sejarah bagi negeri Terengganu merangkul Kejuaraan Piala Agong buat pertama kalinya. Dan insyAllah selepas ini kita akan agihkan kepada pemain-pemain dan management dan petugas-petugas yang bertungkus lumus membawa pulang Piala Agong ke negeri Terengganu buat pertama kalinya.”, ujar Yang di-Pertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Amir Amri Muhammad yang juga menggalas tanggungjawab selaku Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia.

Majlis Meraikan Kemenangan Skuad Ragbi Piala Agong dan 7 Sepasukan Kebangsaan Negeri Terengganu 2019 yang telah berlangsung di Hotel Primula, Kuala Terengganu pada 18 Julai 2020.

Rata-rata pemain yang ditemui menzahirkan tanda bersyukur dan berterima kasih kepada pihak pengurusan pasukan khususnya kepada Kerajaan Negeri Terengganu di atas penghormatan sedemikian yang amat jarang-jarang berlaku khasnya bagi sukan ini di negeri lain.

Mohd Syahir Asraf Rosli selaku kapten membantu pasukan ragbi Terengganu untuk pertama kali melakar sejarah muncul juara pada Kejohanan Ragbi Piala Agong 2019 Edisi Ke-37. Beliau juga turut membuat kejutan mengumumkan persaraan sewaktu hadir ke Majlis Meraikan Kemenangan Skuad Ragbi Piala Agong dan 7 Sepasukan Kebangsaan Negeri Terengganu 2019 yang telah berlangsung di Hotel Primula, Kuala Terengganu pada 18 Julai 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Pada majlis ini juga, kapten pasukan ragbi Terengganu ini yang juga bekas kapten kebangsaan; Mohd Syahir Asraf Bin Rosli turut membuat kejutan dengan menzahirkan untuk bersara di pentas kebangsaan bagi memberi fokus pada bidang kejurulatihan. Beliau yang lebih mesra dikenali sebagai ‘Saho’ kini berusia 32 tahun(lahir pada 13 Jun 1988) dijadualkan untuk melapor diri selaku jurulatih di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail( dahulu dikenali sebagai Sekolah Sukan Bandar Penawar) pada Ogos nanti.

Untuk rekod, pada Kejohanan Ragbi Piala Agong Edisi Ke-37 2019 lalu merupakan penampilan pertama Saho bersama Terengganu di mana merupakan satu-satunya negeri selain negeri kelahirannya iaitu Kelantan yang pernah diwakili.

Pada Kejohanan Ragbi Piala Agong edisi lalu, Terengganu hadir selaku pasukan bukan pilihan membuat kejutan di saat akhir untuk menamatkan permainan berkeputusan 25 berbalas 24 setelah ketinggalan tipis 21-24 kepada Sabah yang hadir penuh gah selaku penyandang juara dan juga pasukan pilihan kejuaraan musim itu.

Manakala pasukan 7 sepasukan muncul juara kategori kelompok utama atau ‘Men Core’ Kejohanan Siri Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019 selepas mengalahkan Kelantan berkeputusan 24-5 dalam perlawanan akhir yang telah berlangsung pada September lalu.

Kolaborasi MSNT-UNISZA Bantu Persatuan Sukan

Sebanyak RM 10 juta nilai keseluruhan peruntukan telah disediakan merangkumi aspek pengurusan, penganjuran dan juga program pendigitalan termasuk penyelidikan dan pembangunan(R&D).

Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) berkolaborasi bersama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk membantu setiap persatuan mahupun kelab sukan dalam negeri ini agar merebut peluang dana Inisiatif Prihatin Sukan 2020(IPS 2020) yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan(KBS).

Kolaborasi ini secara tidak langsung dilihat tepat memandangkan jurang kekangan dan kekurangan kepakaran dari pihak persatuan mahupun kelab sukan dapat dirapatkan sekaligus tidak melepaskan peluang inisiatif dana yang akan ditutup permohonan pada 17 Julai nanti.

IPS 2020 telah dilancarkan oleh KBS pada Jun lalu merupakan inisiatif untuk meringankan impak dan beban persatuan-persatuan sukan yang terkesan berikutan penularan wabak COVID-19 dan seterusnya memberikan sinergi baharu melalui bantuan dana penganjuran program dan aktiviti.

Sebanyak RM 10 juta nilai keseluruhan peruntukan telah disediakan merangkumi aspek pengurusan, penganjuran dan juga program pendigitalan termasuk penyelidikan dan pembangunan(R&D) untuk dimanfaatkan pada entiti sukan yang layak. Setiap entiti sukan sama ada persatuan mahupun kelab di peringkat negeri mahupun daerah hendaklah telah berdaftar di bawah Pesuruh Jaya Sukan Malaysia untuk memohon dana IPS 2020 ini.

Setiap permohonan juga adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Khas yang telah ditubuhkan. Setiap program dan aktiviti yang diluluskan perlu dilaksanakan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) semasa yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kita menaikkan imej sesuatu persatuan sukan itu, sekarang ini dah..orang cakap apa ni.. IR 4.0 kan, Industri Revolution itu. Jadi kita kena naikkan imej persatuan dari satu masa ke satu masa. Jadi kita tidak tertakluk pada takuk yang lama. Kita maju.. maju kepada tahap yang lebih untuk persatuan itu.”, ujar Nasree Najmi selaku Penolong Pengarah Pembangunan Majlis Sukan Negeri Terengganu.

“Ya..sebenarnya kita amat berterima kasih kepada kerajaan, Kementerian Belia dan Sukan boleh mengeluarkan geran sebegini kepada persatuan dalam keadaan yang terdesak dalam musim COVID ini. Kita harap dengan adanya geran sebegini jika kita dapat kelulusan nanti kita dapat membuat pembangunan. Saya tidak tergambar bahawa kita ada peluang untuk membuat permohonan bagi aspek pendigitalan. Satu aspek pembangunan sukan zaman sekarang yang memerlukan data dan kajian saintifik untuk kemajuan sukan dalam apa jenis sukan sekali pun.”, berkata Koo Bon Chin yang menyandang jawatan Presiden Persatuan Renang Amatur Terengganu.

Mustaffa Ismail selaku Pengerusi Kejohanan Persatuan Tenpin Boling Negeri Terengganu

“Dari segi sistem, kita akan memudahkan untuk kita membuat kejohanan dari dana yang diberikan itu. Sangat kurang selama ini untuk kita membuat kejohanan-kejohanan peringkat negeri, so dengan adanya insentif kejohanan ini mudah untuk kita menjalankan pengerusan persatuan dan kejohanan yang diatur.”, Mustaffa Ismail selaku Pengerusi Kejohanan Persatuan Tenpin Boling Negeri Terengganu.

Inisiatif Prihatin Sukan 2020 – Reaksi Majlis Sukan Negeri Terengganu

Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) berkolaborasi bersama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk membantu setiap persatuan mahupun kelab sukan dalam negeri ini agar merebut peluang dana Inisiatif Prihatin Sukan 2020(IPS 2020) yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan(KBS).

“Kita menaikkan imej sesuatu persatuan sukan itu, sekarang ini dah..orang cakap apa ni.. IR 4.0 kan, Industri Revolution itu. Jadi kita kena naikkan imej persatuan dari satu masa ke satu masa. Jadi kita tidak tertakluk pada takuk yang lama. Kita maju.. maju kepada tahap yang lebih untuk persatuan itu.”, ujar Nasree Najmi selaku Penolong Pengarah Pembangunan Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Baca sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/kolaborasi-msnt-unisza-bantu-persatuan-sukan/

Inisiatif Prihatin Sukan 2020 – Reaksi Presiden Persatuan Renang Amatur Terengganu

Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) berkolaborasi bersama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk membantu setiap persatuan mahupun kelab sukan dalam negeri ini agar merebut peluang dana Inisiatif Prihatin Sukan 2020(IPS 2020) yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan(KBS).

“ Saya tidak tergambar bahawa kita ada peluang untuk membuat permohonan bagi aspek pendigitalan. Satu aspek pembangunan sukan zaman sekarang yang memerlukan data dan kajian saintifik untuk kemajuan sukan dalam apa jenis sukan sekali pun.”, berkata Koo Bon Chin yang menyandang jawatan Presiden Persatuan Renang Amatur Terengganu.

Baca sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/kolaborasi-msnt-unisza-bantu-persatuan-sukan/

Gimnastik Terengganu Patuhi Keperluan Syariah

Klik untuk lihat video – https://youtu.be/Bit9RL3-yCY

“Kita boleh sesuaikan mengikut keperluan kita!”, tegas Presiden Persatuan Gimnastik Negeri Terengganu, Abdul Razak Mat Amin sewaktu ditanya oleh PenyuSukan.com berkenaan isu pematuhan pemakaian atlet gimnastik menurut syariah.

Beliau yang juga pernah menyandang sebagai Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) turut menjelaskan bahawa sukan gimnastik di negeri Terengganu ini adalah satu sukan yang baru kian meningkat naik namun di antara sukan yang turut mampu menyumbang pingat buat kontijen negeri ini.

Orang ramai khususnya para peminat sukan negeri ini perlu mengubah persepsi yang sering mengaitkan sukan gimnastik ini dengan imej seksi khususnya berkaitan dengan aurat bagi atlet beragama Islam itu sendiri.

Perlaksanaan pematuhan pemakaian atlet gimnastik ini tidak menjejaskan sebarang program pembangunan mahupun penyertaan atlet dalam sebarang kejohanan nanti. Malah melalui perlaksanaan ini juga dilihat mampu memberi kesan positif pada lain-lain atlet khususnya di peringkat negeri mahupun kebangsaan untuk turut sama menambah baik sukan gimnastik ini mengikut kesesuaian tanpa merencatkan aksi sukan ini.

Presiden Persatuan Gimnastik Negeri Terengganu, Abdul Razak Mat Amin(empat dari kiri) menerima replika mock cheque daripada Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dalam satu majlis meraikan skuad gimnastik negeri Terengganu bersama bapa angkat bertempat di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Marang pada 9 Julai 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Beliau juga turut memberitahu bahawa di peringkat Olimpik juga terdapat beberapa negara Islam yang turut mengambil bahagian dalam sukan ini malah negeri Kelantan juga turut pernah mempertaruhkan atlet mereka di pentas SUKMA yang lalu. Oleh yang sedemikian tidak seharusnya sukan ini terus terkubur di negeri ini tanpa sama-sama memperhalusi mencari penyelesaian memandangkan hala tuju pembangunan sukan gimnastik untuk meletakkan negeri Terengganu selaku salah satu kuasa besar sukan ini.

Perkembangan sukan gimnastik negeri Terengganu telah mencuri perhatian para peminat sukan seluruh negara pada awal tahun lalu berikutan beberapa garis panduan pemakaian atlet yang dicadangkan oleh pemegang taruh menimbulkan pelbagai spekulasi.

Terdahulu, Kerajaan Negeri Terengganu melalui Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah telah mengumumkan untuk memperkenalkan garis panduan pemakaian patuh syariah atlet khususnya bagi kontijen negeri yang beragama Islam untuk berentap di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Johor nanti. Perkara ini juga turut telah dibincangkan bersama beberapa pihak lain dalam program Bengkel Garis Panduan Sukan Menurut Islam 2019 yang telah diadakan.

Sukan gimnastik dan barisan gimnas wanita negeri ini antara komuniti sukan yang paling mendapat tempias setelah menurut beberapa laporan berita tempatan menyatakan Kerajaan Negeri Terengganu menzahirkan kesediaan untuk menarik diri dalam sebarang acara kejohanan.

Rentetan tersebut, MGF selaku badan induk sukan gimnastik kebangsaan mengambil pendekatan tidak akan masuk campur sebarang keputusan membabitkan kerajaan negeri namun bersedia untuk menawarkan tempat kepada atlet-atlet negeri ini untuk berlatih di luar negeri Terengganu jika diperlukan.

Untuk rekod, sehingga kini terdapat beberapa atlet gimnastik kelahiran negeri Terengganu yang terpilih untuk menyertai persiapan pasukan kebangsaan dan beberapa atlet yang berlatih di beberapa Sekolah Sukan Malaysia.

Majlis Meraikan Skuad Gimnastik Bersama Jabatan Angkat


Klik untuk lihat video – https://youtu.be/Fap4jYEwzqQ

Sorotan atlet-atlet gimnastik Terengganu Hanelang dalam misi ‘2020 Victory Mission’ untuk mempertahankan kejuaraan di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Johor edisi Ke-20 sewaktu majlis meraikan skuad gimnastik bersama bapa angkat bertempat di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Marang pada 9 Julai 2020.

Pejabat Daerah & Tanah Marang melalui Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak telah telah dimasyhurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu pada Februari lalu dalam usaha membantu pasukan gimnastik bagi persediaan ke temasya SUKMA Johor tersebut.

Baca berita sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/gimnas-hanelang-sasar-pingat-emas-sukma-ke-20/

Gimnas Hanelang Sasar Pingat Emas SUKMA Ke-20

Skuad gimnastik Terengganu Hanelang yang kini dalam misi ‘2020 Victory Mission’ untuk mempertahankan kejuaraan di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Johor edisi Ke-20 menerima sumbangan RM 2,000.00 daripada Pejabat Daerah & Tanah Marang selaku bapa angkat kepada pasukan ini. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Skuad gimnastik Terengganu Hanelang meletakkan sasaran tiga pingat emas pada temasya dwi tahunan Sukan Malaysia(SUKMA) edisi ke-20 nanti yang akan berlangsung di Johor.

Sasaran optimis ini dilihat mampu dicapai memandangkan skuad ini telah menjalani latihan persediaan sejak dua tahun lalu sejurus tamatnya penganjuran SUKMA Perak 2018.

Kelebihan buat skuad gimnastik Terengganu di mana sebahagian besar atlet-atlet senior yang masih layak untuk berentap di Johor nanti juga menjadi satu peluang yang harus dimanfaatkan sebaik mungkin.

Malah sekaligus peluang terbaik untuk menebus kembali pingat-pingat yang tersasar pada penganjuran SUKMA Perak 2018 lalu di mana kecederaan pada saat akhir memaksa skuad ini hanya mampu menyumbang satu pingat perak berbanding SUKMA Sarawak 2016 yang berjaya membolot tiga pingat emas.

 

Gimnas-gimnas lelaki Terengganu Hanelang dalam misi ‘2020 Victory Mission’ untuk mempertahankan kejuaraan di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Johor edisi Ke-20 sewaktu majlis meraikan skuad gimnastik negeri Terengganu bersama bapa angkat bertempat di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Marang pada 9 Julai 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Setelah program latihan berpusat terhenti berikutan pandemik COVID-19, skuad di bawah kendalian ketua jurulatih Ahmad Akramin Othman kini kembali menyambung rutin program latihan dalam aturan normal baharu sejak 15 Jun lepas. Untuk rekod, Ahmad Akramin Othman yang juga merupakan anak jati negeri ini turut pernah beraksi di pentas Sukan Komanwel 1998 dan pernah menggalas tugas selaku jurulatih skuad pelapis gimnastik lelaki kebangsaan.

Presiden Persatuan Gimnastik Negeri Terengganu, Abdul Razak Mat Amin(kiri) menerima replika mock cheque daripada Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dalam satu majlis meraikan skuad gimnastik negeri Terengganu bersama bapa angkat bertempat di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Marang pada 9 Julai 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Sasaran kita adalah 3 pingat emas, di Perak yang lepas sasaran kami sama juga cuma kecederaan ketika pertandingan akhir menghalang kami capai sasaran di saat akhir. InsyAllah pada kali ini kami mampu untuk capai sasaran. Kini atlet kami telah matang sepenuhnya dan terdapat atlet kami berlatih bersama atlet kebangsaan.”, ujar Presiden Persatuan Gimnastik Negeri Terengganu, Abdul Razak Mat Amin.

Gimnas-gimnas wanita Terengganu Hanelang dalam misi ‘2020 Victory Mission’ untuk mempertahankan kejuaraan di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Johor edisi Ke-20 sewaktu majlis meraikan skuad gimnastik negeri Terengganu bersama bapa angkat bertempat di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Marang pada 9 Julai 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Abdul Razak ditemui PenyuSukan.com dalam satu majlis meraikan skuad gimnastik negeri Terengganu bersama bapa angkat pasukan ini. Pejabat Daerah & Tanah Marang melalui Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak telah telah dimasyhurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu pada Februari lalu dalam usaha membantu pasukan gimnastik bagi persediaan ke temasya SUKMA Johor tersebut. Penganjuran SUKMA Johor yang kini telah ditunda pada Mac 2021 berikutan pandemik COVID-19 di mana sekiranya mengikut jadual asal, penganjuran bakal berlangsung dari 11 hingga 19 Julai depan.

Pada majlis ini juga turut disampaikan sumbangan bernilai RM 2,000.00 bagi membantu persiapan pasukan gimnastik negeri Terengganu ini. Hadir bersama adalah Timbalan Ketua Kontinjen(2) Terengganu, Ab. Rasid Jusoh merangkap Pengarah Pelancongan Negeri dan Pengarah Majlis Sukan Negeri MSNT, Ibni Amin Busu.

Klik untuk lihat video – https://youtu.be/Fap4jYEwzqQ

Normal Baharu Terengganu FC 2


Klik untuk lihat video – https://youtu.be/9CAKp8vdjEQ

Pasukan bola sepak Terengganu FC 2 (TFC 2) yang kini merupakan pendahulu Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah bagi aksi 4 perlawanan sebelum ini kembali menyambung jadual latihan setelah terhenti berikutan pandemik COVID-19 yang menjadi isu global.

Momentum kempen Liga Perdana musim ini terhenti setelah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu memaksa setiap pasukan bertanding tiada pilihan untuk akur dengan keputusan penganjur bagi menangguhkan sebarang perlawanan mahupun sebarang aktiviti program latihan berpasukan.

Kini setelah menerima kebenaran untuk kembali berlatih di padang latihan, TFC 2 perlu menyesuaikan untuk rutin normal baharu bagi pematuhan Prosedur Operasi Standard(SOP) yang ditetapkan oleh pemegang taruh sukan bola sepak ini. SOP itu tidak hanya perlu dipatuhi sebelum memasuki padang malah sepanjang program latihan bermula sehingga selesai.

Anak jati Bukit Payung; Roshaidi Wahab pertama kali bersama pasukan Terengganu FC 2 pada musim 2019 selaku pembantu jurulatih sebelum diberi kepercayaan untuk menggalas tugas selaku ketua jurulatih untuk musim 2020 ini. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Ya, sememangnya kita menekankan apa yang telah dikeluarkan oleh FAM. Kerana jika berlakulah sesuatu di luar jangkaan kita kemungkinan kita terpaksa membatalkan permainan atau sebagainya jadi sudah merugikan pasukan. Oleh kerana itu kita mohon kepada semua pemain supaya betul-betul melaksanakan SOP yang dikeluarkan oleh FAM supaya kita dapat meneruskan perlawanan kita sehingga terakhir.”; ujar Roshaidi Wahab selaku ketua jurulatih TFC 2 bagi musim 2020 ini.?

Hanya 10 pemain bersama 4 jurulatih bagi satu sesi latihan dibenarkan selain perlu membawa sendiri keperluan seperti air minuman dan salinan pakaian tanpa menggunakan sebarang fasiliti di pusat latihan adalah sebahagian dari SOP yang ditetapkan.

Walaupun normal baharu ini menjadi satu ‘ujian’ buat warga pasukan TFC 2 namun rata-rata pemain begitu teruja untuk kembali berpeluh di padang bersama rakan sepasukan setelah sekian lama ‘berkelana’ melakukan latihan peribadi di kediaman masing-masing.

Pada perlawanan pembuka musim, TFC 2 hadir selaku pasukan pelawat membuat kejutan untuk menewaskan Selangor 2 berkeputusan 1 gol tanpa balasan. Perlawanan terakhir sebelum kempen Liga Perdana 2020 dihentikan adalah perlawanan ke-4 dalam kempen Liga Perdana musim ini dengan meraih kemenangan di laman sendiri berkeputusan 2 berbolos 1 gol sewaktu menentang Kelantan.

Proses Sanitasi Pusat Latihan Sukan Bermula

https://youtu.be/XiGP_QvveCI
Klik untuk lihat video – https://youtu.be/XiGP_QvveCI

Pengurusan Kompleks Sukan Negeri Terengganu(KSNT) kini memulakan proses sanitasi dan pencegahan COVID-19 sepenuhnya di fasiliti-fasiliti latihan sukan dalam persediaan untuk menerima kehadiran para atlet-atlet mahupun pasukan yang akan memulakan latihan tidak lama lagi. Perlaksanaan proses sanitasi yang menjadi sebahagian dari prosedur operasi standard (SOP) pengurusan ini turut dipantau oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu bagi memastikan setiap prosedur mengikut ketetapan yang sepatutnya.

Selain kemudahan fasiliti latihan digunakan untuk persiapan kontijen negeri ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA) edisi ke-20 di Johor nanti, turut terjejas adalah pasukan bola sepak Terengganu FC(TFC) yang berlatih sepenuhnya di fasiliti latihan milik KSNT ini. TFC yang beraksi dalam kempen saingan CIMB Liga Super 2020 hanya sempat menempuh 3 perlawanan pertama sebelum dihentikan berikutan penularan wabak COVID-19 yang menjadi isu global masa kini.

Untuk rekod, KSNT melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) telah menutup sepenuhnya ke semua operasi dan kemudahan fasiliti sukan sejak 18 Mac lalu sebagai langkah pencegahan penularan wabak COVID-19. Penutupan itu juga sekaligus turut melibatkan penangguhan ke semua program latihan atlet mahupun persiapan pasukan di seluruh negeri Terengganu. Berikutan langkah-langkah awal telah diambil, sehingga kini tiada sebarang kes jangkitan COVID-19 melibatkan atlet-atlet sukan negeri Terengganu dilaporkan.

Pengurus Kompleks Sukan Negeri Terengganu A. Zulkifli Mohamad

“Walaupun Terengganu telah diistiharkan kawasan hijau daripada COVID-19, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan kepada pengguna dan orang awam. Kita mengambil keputusan untuk membasmi kuman pada hari ini. Dengan adanya kerja-kerja seperti ini kita lebih yakin dan percaya pengguna yang akan menggunakan kemudahan di Kompleks Sukan Negeri Terengganu ini tidak terdedah kepada jangkitan COVID-19.”; ujar Pengurus Kompleks Sukan Negeri Terengganu A. Zulkifli Mohamad.

Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT) Mohd Syahrizan Mohd Zain

Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT), Mohd Syahrizan Mohd Zain yang ditemui PenyuSukan.com di lokasi turut menjelaskan bahawa keperluan proses sanitasi ini menjadi sebahagian dari SOP yang diberikan oleh pihak Malaysian Football League (MFL) selaku penganjur perlawanan. MFL telah memberi kebenaran kepada setiap pasukan untuk kembali membuat persiapan bermula pada 15 Jun namun perlu memohon kebenaran serta menuruti beberapa ketetapan ketat bagi langkah-langkah pencegahan penyebaran wabak COVID-19 ini.

Seterusnya beberapa fasiliti latihan sukan yang terletak di daerah lain termasuk kemudahan awam di bawah pengurusan KSNT akan turut dilakukan proses sanitasi dalam masa terdekat.

Kejohanan UMT Terengganu e-Sailing League 2020

Penganjuran tersebut dinamakan UMT Terengganu e-Sailing League 2020 dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Terengganu Windsurfing Sailing Association (TWSA). Kredit Foto – PenyuSukan.com

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) buat julung kalinya menganjurkan kejohanan sukan pelayaran secara maya ekoran keterbatasan akibat pandemic COVID-19. Ia merupakan penganjuran pertama dalam sukan pelayaran di peringkat kebangsaan bagi acara e-sport di platform rasmi pelayaran secara maya, ‘Virtual Regatta’.

Penganjuran tersebut dinamakan UMT Terengganu e-Sailing League 2020 dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Terengganu Windsurfing Sailing Association (TWSA). Terengganu e-Sailing League 2020 bermula pada 12 Jun 2020 meliputi enam siri penganjuran dengan mengumpulkan 170 peserta dari dalam dan luar Negara iaitu 36 orang peserta IPT, 2 orang OKU, 3 atlet kebangsaan persediaan olimpik Road to Tokyo serta 2 Indonesia dan 2 Brunei. Pertandingan ini terbuka kepada enam kategori iaitu Overall, Tertutup IPT, Bawah 12 tahun, 13 hingga 15 tahun, 16 hingga 21 tahun dan 22 tahun ke atas.

Virtual Regatta Inshore(VR) menjadi platform sukan elektronik bagi penganjuran kejohanan perlumbaan UMT-TERENGGANU eSailing League di mana VR ini juga turut mempunyai jalinan kerjasama dengan badan induk sukan pelayaran dunia(Sailing World). Kredit Foto – Play.google.com

Antara objektif penganjuran kejohanan secara maya ini adalah untuk meningkatkan motivasi pelayar, atlet dan pelajar universiti yang amat rindukan pertandingan kerana tidak dapat menjalani latihan sebenar akibat COVID-19. Ia merupakan peluang terbaik buat para atlet untuk terus berlatih kerana pertandingan ini mirip pelayaran sebenar seperti mengaplikasi pemahaman undang-undang pertandingan, mempraktikkan strategi dan tektikal pertandingan, mengeratkan hubungan antara pelayar.

Makmal Sains Nautika Universiti Malaysia Terengganu menjadi venue penganjuran sulung Kejohanan Liga Layar Terengganu yang juga dijenamakan sebagai UMT-Terengganu eSailing League 2020 merupakan penganjuran kejohanan sukan pelayaran di atas platform elektronik yang pertama kali dipertandingkan di tanah air. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Bagi pelajar UMT pula, ujian amali pelayaran yang sepatutnya dilaksanakan di air pada setiap semester telah mengunakan aplikasi Virtual Regatta ini sebagai medium pembelajaran dan latihan baharu dan ini juga menyokong usaha universiti dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Penganjuran ini juga akan diteruskan walaupun wabak COVID-19 pulih sepenuhnya kerana platform ini adalah sebahagian usaha awal bagi mencari jaguh e-sport negara yang akan bertanding di kejohanan e-sailing World Championship yang diadakan setiap tahun di peringkat dunia.

Untuk Keterangan lanjut :

Encik Mohd Hafizi Said
Pengarah
Pusat Latihan Pelayaran
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Tel : 013-9190012

Dikeluarkan oleh :

Pusat Komunikasi Korporat
Universiti Malaysia Terengganu

Jadual Kejohanan eLiga Layar Terengganu

12 Jun 2020 (Jumaat)
1000-1030 – Majlis perasmian melalui WEBEX
1030-1200 – Sesi Kelayakan Saringan 1 (R1-R5)
1400-1600 – Sesi Kelayakan Saringan 2 (R1-R5)
1600-1800 – Sesi Kelayakan Saringan 3 (R1-R5)

13 Jun 2020 (Sabtu)
1030-1200 – Sesi Kelayakan Saringan 4 (R6-R10)
1400-1600 – Sesi Kelayakan Saringan 5 (R6-R10)
1600-1800 – Sesi Kelayakan Saringan 6 (R6-R10)

Virtual Regatta Inshore(VR) menjadi platform sukan elektronik bagi penganjuran kejohanan perlumbaan UMT-TERENGGANU eSailing League di mana VR ini juga turut mempunyai jalinan kerjasama dengan badan induk sukan pelayaran dunia(Sailing World). Kredit Foto – Play.google.com

14 Jun 2020 (Ahad)
1030-1200 – Akhir Gangsa
1400-1600 – Akhir Perak
1600-1800 – Akhir Emas

eLiga Layar Terengganu Cipta Sejarah

https://youtu.be/j_3V2-9q0Wo
Klik untuk lihat video – https://youtu.be/j_3V2-9q0Wo

Siri kejuaraan perlumbaan Liga Layar Terengganu yang juga merupakan sebahagian daripada program pembangunan sukan pelayaran di negeri Terengganu turut terkesan berikutan perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) ketika pandemik COVID-19 memaksa untuk mengikut arus pelayaran norma baharu penganjuran di dalam talian.

Kejuaraan yang dijenamakan sebagai UMT-Terengganu e Sailing League 2020 mencipta sejarah penganjuran sukan pelayaran tanah air untuk pertama kali dipertandingkan di atas platform sukan elektronik. Malah penyertaan dari pelayar kebangsaan Khairul Nizam Mohd Afendy , Muhammad Fauzi Kaman Shah, Umar Al-Farouk Mohd Zahawi dan Asri Bin Azman yang kini dalam persiapan ke Olimpik Tokyo 2020 menjadi penanda aras terbaik buat penganjuran sulung ini.

Pasukan pelayaran dari Indonesia dan Brunai juga turut telah mengesahkan penyertaan yang akan beraksi secara maya di laman mereka sendiri. Selain daripada itu adalah merupakan pasukan dari negeri-negeri yang akan bertanding di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) edisi ke-20 di Johor nanti.

Ketua jurulatih pelayaran negeri Terengganu; Abdul Rani Idris(kiri) bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Encik Ibni Amin Busu sewaktu Kejohanan Liga Layar Terengganu TSDL 2019 Siri 5 yang telah berlangsung di Duyung Marina Resort, Kuala Terengganu pada 30 Jun 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Penyertaan atlet-atlet Olimpik Tokyo 2020 dan pasukan dari luar negara merupakan satu petunjuk mahupun petanda di mana objektif penganjuran bukan sahaja sekadar permainan semata-mata tetapi sebagai salah satu proses dalam pembelajaran dan menjadi simulasi mahupun alat bantu latihan bagi mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan berkaitan pelayaran dalam kejohanan.”; ujar Abdul Rani Idris selaku penolong pengerusi UMT-Terengganu e Sailing League 2020 merangkap ketua jurulatih sukan pelayaran negeri Terengganu.

Virtual Regatta Inshore(VR) menjadi platform sukan elektronik bagi penganjuran kejohanan perlumbaan UMT-TERENGGANU eSailing League di mana VR ini juga turut mempunyai jalinan kerjasama dengan badan induk sukan pelayaran dunia(Sailing World). Kredit Foto – Play.google.com

6 kategori dipertandingkan di mana sehingga kini telah menerima penyertaan awal seramai 135 pelayar di mana tarikh tutup penyertaan masih terbuka sehingga pada 8 Jun nanti. Penganjuran yang terbuka kepada orang ramai tanpa sebarang bayaran ini juga turut secara rasmi diberi perhatian oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu dan juga Persatuan Pelayaran Negeri Terengganu(TESA) sebagai salah satu program pembangunan sukan air ini.

Baca sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/eliga-layar-terengganu-tarik-pelayar-olimpik/

eLiga Layar Terengganu Tarik Pelayar Olimpik

Penganjuran kejohanan UMT-TERENGGANU eSailing League mencipta sejarah menjadi acara sukan pelayaran tempatan yang pertama kali dianjurkan di dalam talian di mana Virtual Regatta Inshore menjadi platform pilihan untuk penganjuran sukan elektronik ini. Kredit Foto – Facebook.com/TerengganuWindsurfingSA

Berbaki beberapa hari sebelum tarikh tutup penyertaan Liga Layar Terengganu yang dijenamakan sebagai ‘UMT-Terengganu e Sailing League 2020‘ pada 8 Jun nanti, sehingga kini (3 Jun 2020) seramai 135 pelayar telah mengesahkan penyertaan julung kalinya sukan pelayaran tanah air yang dipertandingkan secara elektronik dalam talian.

Menambah menarik penganjuran ini berjaya menarik penyertaan daripada atlet-atlet kebangsaan yang kini terlibat dalam program ‘Road to Tokyo'(RTT) bagi persiapan ke temasya Olimpik di Tokyo nanti.

Indonesia dan Brunei merupakan peserta antarabangsa yang telah mengesahkan untuk berentap sekaligus menjadi penanda aras terbaik buat penganjur kejohanan ini. Walaubagaimanapun negeri Kelantan dan Sabah masih belum mengesahkan penyertaan sehingga kini namun dengan penyertaan dari atlet-atlet negeri lain yang dalam persiapan ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di Johor nanti bakal menambah cabaran perlumbaan.

Ketua jurulatih sukan pelayaran negeri Terengganu – Abdul Rani Idris. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Alhamdullilah, Khairul Nizam Mohd Afendy , Muhammad Fauzi Kaman Shah, Umar Al-Farouk Mohd Zahawi dan Asri Bin Azman merupakan atlet kebangsaan yang kini dalam program ‘Road to Tokyo’ juga turut mengesahkan penyertaan. Penyertaan ini merupakan satu petunjuk mahupun petanda di mana objektif penganjuran bukan sahaja sekadar permainan semata-mata tetapi sebagai salah satu proses dalam pembelajaran dan menjadi simulasi mahupun alat bantu latihan bagi mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan berkaitan pelayaran dalam kejohanan. Penyertaan daripada luar negara menjadi penanda aras terbaik bagi penganjuran ini. Sasaran awal untuk penyertaan adalah seramai 80 peserta sahaja namun sambutan luar biasa yang kini mencecah 135 pelumba sebelum tarikh tutup penyertaan bakal memberi cabaran kepada kami selaku penganjur. Kami akan melakukan yang terbaik untuk julung kalinya menganjurkan perlumbaan ini.”, ujar penolong pengerusi UMT-Terengganu e Sailing League 2020 merangkap ketua jurulatih sukan pelayaran negeri Terengganu – Abdul Rani Idris.

Virtual Regatta Inshore(VR) menjadi platform sukan elektronik bagi penganjuran kejohanan perlumbaan UMT-TERENGGANU eSailing League di mana VR ini juga turut mempunyai jalinan kerjasama dengan badan induk sukan pelayaran dunia(Sailing World). Kredit Foto – Play.google.com

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 Jun 2020 di mana siri liga perlumbaan ini mempertaruhkan 6 kategori peringkat umur dipertandingkan iaitu Keseluruhan, Tertutup IPT, 12 tahun ke bawah, 13-15 tahun, 16-21 tahun dan 22 tahun ke atas. Manakala pemilihan bot untuk berentap akan ditentukan oleh penganjur bagi kejohanan ini.

Tiada sebarang bayaran dikenakan oleh pihak penganjur kepada setiap penyertaan yang diterima. Walaupun sedemikian selain menawarkan mata kedudukan liga, pihak penganjur turut menyediakan medal kejohanan, sijil penyertaan dan hadiah iringan kepada setiap pemenang. Menambah prestij penganjuran, kejohanan ini juga turut secara rasmi diberi perhatian oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu dan juga Persatuan Pelayaran Negeri Terengganu(TESA) sebagai salah satu program pembangunan sukan ini.

Sebahagian besar atlet pelayaran negeri Terengganu adalah dibarisi oleh skuad pelapis Sukan Malaysia(SUKMA) di mana atlet-atlet senior kelahiran negeri ini telah diserap untuk menyertai skuad kem kebangsaan. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Pasukan tuan rumah, skuad pelayaran Terengganu ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Edisi Ke-20 di Johor nanti merupakan kontijen terbesar untuk merebut kejuaraan perlumbaan ini. Walaupun penganjuran ini dijalankan secara elektronik, namun ianya satu mekanisma terbaik buat para atlet untuk mengasah kemahiran motor(motor skills) yang terkesan sepanjang perlaksanaan PKP ini.

Sebarang maklumat lanjut sila lawati – https://www.facebook.com/events/175662143851771/

Transformasi Liga Layar Terengganu

Penganjuran kejohanan UMT-TERENGGANU eSailing League mencipta sejarah menjadi acara sukan pelayaran tempatan yang pertama kali dianjurkan di dalam talian di mana Virtual Regatta Inshore menjadi platform pilihan untuk penganjuran sukan elektronik ini. Kredit Foto – Facebook.com/TerengganuWindsurfingSA

Penganjuran perlumbaan sukan air; Liga Layar Terengganu yang selama ini berlangsung di perairan negeri ini turut menerima tempias norma baharu format penganjuran berikutan pandemik COVID-19 yang menjadi isu global masa kini. Terkini layar penganjuran mengubah haluan 360 darjah memberi transformasi cabaran baharu kepada atlet-atlet untuk berentap dalam talian.

Majlis Sukan Negeri Terengganu, Persatuan Luncur Layar Negeri Terengganu(TWSA) bersama Pusat Latihan Pelayaran Universiti Malaysia Terengganu(UMT) mengorak langkah untuk pertama kali mencipta sejarah penganjuran dengan mempertandingkan sukan air ini secara dalam talian. Terdahulu pada Mei lepas, berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membantutkan segala penganjuran mahupun program latihan sukan di mana pihak penganjur telah mengadakan perlumbaan dalam talian secara tertutup.

Berikutan maklum balas positif setelah penganjuran itu, seterusnya dijenamakan sebagai UMT-Terengganu e Sailing League 2020 membuka penyertaan kepada orang ramai. Asasnya penyertaan kejohanan ini hanya dibuka kepada semua pelayar dan bekas pelayar pasukan negeri Terengganu serta pelajar dari UMT.

Namun bagi penyertaan orang ramai selain daripada itu setelah membuat pendaftaran akan menerima jemputan penyertaan dari pihak penganjur. Menambah prestij penganjuran, kejohanan ini juga turut secara rasmi diberi perhatian oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu dan juga Persatuan Pelayaran Negeri Terengganu(TESA) sebagai salah satu program pembangunan sukan ini.

Virtual Regatta Inshore(VR) menjadi platform sukan elektronik bagi penganjuran kejohanan perlumbaan UMT-TERENGGANU eSailing League di mana VR ini juga turut mempunyai jalinan kerjasama dengan badan induk sukan pelayaran dunia(Sailing World). Kredit Foto – Play.google.com

Tiada sebarang bayaran dikenakan oleh pihak penganjur kepada setiap penyertaan yang diterima. Walaupun sedemikian selain menawarkan mata kedudukan liga, pihak penganjur turut menyediakan medal kejohanan, sijil penyertaan dan hadiah iringan kepada setiap pemenang. Sebanyak 6 kategori peringkat umur dipertandingkan iaitu Keseluruhan, Tertutup IPT, 12 tahun ke bawah, 13-15 tahun, 16-21 tahun dan 22 tahun ke atas. Manakala pemilihan bot untuk berentap akan ditentukan oleh penganjur bagi kejohanan ini.

‘‎Virtual Regatta Inshore'(VR) menjadi platform pilihan terbaik untuk mempertandingkan sukan pelayaran elektronik ini yang boleh di muat turun secara percuma. Pemilihan VR ini dilihat tepat kerana pembangun platform ini juga turut mempunyai jalinan kerjasama dengan badan induk sukan pelayaran dunia(Sailing World) di mana badan induk ini juga turut menganjurkan kejohanan dalam talian bertaraf dunia menggunakan platform VR ini. VR boleh dimuat turun secara percuma dari https://play.google.com/store/apps/details?id=com.virtualregatta.inshore&hl=en

Sehingga kini skuad pelayaran Terengganu ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Edisi Ke-20 di Johor nanti termasuk beberapa atlet pelayar kebangsaan telah mengesahkan penyertaan untuk memberi saingan. Walaupun penganjuran ini dijalankan secara elektronik, namun ianya satu mekanisma terbaik buat para atlet untuk mengasah kemahiran motor(motor skills) yang terkesan sepanjang perlaksanaan PKP ini.

Sebarang maklumat lanjut sila lawati – https://www.facebook.com/events/175662143851771/

Perutusan Hari Raya AidilFitri 1441H/2020M

https://youtu.be/z90cUtwzb8M

Perutusan Hari Raya AidilFitri 1441H/2020M yang disampaikan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu kepada warga sukan negeri Terengganu. Turut diingatkan kepada setiap atlet agar sentiasa menjaga kecergasan dan kesihatan diri dalam misi untuk mempertahankan kejuaraan di SUKMA Johor nanti

Bagaimana Untuk Menjadi Pelumba Rali?

Lihat di Youtube Penyu Sukan – https://youtu.be/rWSR7Ogx0LE

Anak kelahiran Kuala Terengganu; Muhammad Syakirin Razaki yang kini merupakan pelumba rali profesional sepenuh masa berkongsi tips bagaimana untuk menjadi seorang pelumba rali.

Untuk rekod, Muhammad Syakirin Razaki merupakan pelumba persendirian tunggal dari Terengganu yang aktif menyertai sebarang siri perlumbaan rali tempatan mahupun jemputan di luar negara.

Podium pertama dirangkul bersama rakan sepasukan Azmeer Yusri setelah penampilan sulung pada Kejuaraan Rali Malaysia 2012, sejak dari itu beliau mula memberi fokus sebagai pelumba sepenuh masa jentera lasak ini.

Profil sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/covid-19-teknologi-bantu-pelumba-rali-terengganu

Norma Baharu Pengurusan Majlis Sukan Negeri Terengganu

https://youtu.be/WVEKztHEh5w

Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) membuka lembaran norma baharu dengan menyambung kembali operasi pengurusan sukan dalam negeri ini setelah menutup pintu sepenuhnya bagi sebarang urusan sejak 18 Mac lalu berikutan ancaman pandemik COVID-19.

Norma baharu seperti penjarakan sosial, penjagaan kebersihan diri, penggunaan pembasmi kuman, tidak bersesak dalam sesuatu situasi dan lain-lain pematuhan Prosedur Operasi Standard(SOP) kini menjadi rutin buat seramai 93 yang berkhidmat di institusi sukan ini.

Norma baharu seperti penjarakkan sosial, penjagaan kebersihan diri, penggunaan pembasmi kuman, tidak bersesak dalam sesuatu situasi dan lain-lain pematuhan Prosedur Operasi Standard(SOP) kini menjadi rutin buat seramai 93 yang berkhidmat di Majlis Sukan Negeri Terengganu ini. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Malah sepanjang perlaksanaan peringkat awal Perintah Kawalan Pergerakan sehingga kini, MSNT sentiasa menitik beratkan pematuhan perintah tersebut dan melakukan permantauan ketat di kalangan warga kerja mahupun setiap atlet mereka. Sehingga kini, tiada sebarang kes melibatkan warga kerja mahupun para atlet yang disahkan positif COVID-19.

Selain itu, MSNT juga dalam rangka memperhalusi keperluan SOP bersama beberapa agensi pemegang taruh untuk kembali menyambung program latihan atlet yang dijadualkan setelah tertangguh berikutan isu global COVID-19 ini.

Untuk rekod, pada 18 Mac lalu perlaksanaan penutupan operasi sepenuhnya turut melibatkan penangguhan segala program latihan atlet mahupun persiapan pasukan di seluruh negeri Terengganu khususnya bagi penggunaan fasiliti di bawah seliaan MSNT. Orang awam yang mempunyai sebarang urusan juga tidak terkecuali dengan arahan yang dikeluarkan sebelum ini.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Encik Ibni Amin Busu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Sebahagian besarnya adalah daripada kakitangan pengurusan dan juga kewangan khususnya mereka yang terlibat dengan perkara-perkara mustahak. Manakala bahagian-bahagian lain kita buat secara bergilir dan dalam bilangan yang sangat minimum kerana keperluanya tidak lagi optimum pada masa sekarang. Kita juga memberi kebebasan kepada pekerja untuk membuat pilihan di mana pengurusan akan berbincang untuk mewujudkan satu jadual pergiliran waktu bekerja di pejabat.”; ujar Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Ibni Amin Busu.

MSNT kini dalam misi mempertahankan kejuaraan dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20 yang dijadualkan akan berlangsung pada Mac 2021 di Johor nanti setelah penganjuran ini ditangguhkan pada tahun ini berikutan penularan wabak COVID-19 yang menjadi isu global.

BLACKOUT SOLD OUT!

‘Blackout Edition’ habis dijual di dalam talian setelah dilancarkan sehari sebelum ini. Kredit Foto – Al-ikhsan.com

‘Blackout Edition’ – Jersi edisi khas Terengganu FC(TFC) setelah sehari dibuka untuk jualan telah habis dijual dalam talian di laman rasmi Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd (Al-Ikhsan) – https://www.al-ikhsan.com/al-terengganu-fc-2020-blackout-jersey.html. Tinjauan PenyuSukan.com pada laman web tersebut kini tiada lagi sebarang transaksi pembelian boleh dilakukan.

Football Republic merupakan kedai konsep bola sepak premium yang dijenamakan oleh (Al-Ikhsan) di mana bagi jersi ‘Blackout Edition’ ini hanya boleh didapati di cawangan Suria KLCC, Sunway Pyramid dan Kuala Terengganu sahaja. Kredit Foto – Facebook.com/myfootballrepublic

Jersi ekslusif yang hanya terhad kepada 1000 helai ini telah dilancarkan pada 16 May 2020 di mana turut dijual di semua rangkaian kedai barangan sukan Al-Ikhsan Sports seluruh negeri Terengganu, 3 rangkaian kedai konsep bola sepak premium Football Republic dan TFC Merchandise Store.

Hadir dengan warna hitam sepenuhnya ini termasuk logo pasukan dan logo penaja-penaja bagi musim ini dengan menggunakan warna ‘Onyx’ dengan teknologi fabrik ‘smartDRY’ dijual pada harga RM149.00 sehelai. Jersi edisi khas ini di bawah jenama AL merupakan keluaran Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd(aL-ikhsaN) yang merupakan selaku penaja pasukan ini sejak 2019.

Keputusan 3 perlawanan pertama Terengganu FC dalam saingan CIMB Liga Super 2020 sebelum ‘terkandas’ berikutan pandemik COVID-19. Kredit Foto – Malaysianfootballleague.com

Terengganu (TFC) yang kini dalam kempen saingan CIMB Liga Super 2020 namun hanya sempat beraksi dalam 3 perlawanan pertama sebelum dihentikan berikutan penularan wabak COVID-19 yang menjadi isu global masa kini.

Untuk senarai kedai-kedai rasmi yang menjual jersi ekslusif Terengganu FC boleh dibaca di sini – http://penyusukan.com/v1/blackout-edition-jersi-edisi-khas-terengganu-fc/

‘Blackout Edition’ Jersi Edisi Khas Terengganu FC

‘Blackout Edition’ terhad hanya 1000 helai sahaja dijual pada harga RM149.00. Kredit Foto – Facebook.com/footballclubterengganu

Terengganu Football Club(TFC) yang kini ‘terkandas’ dalam kempen saingan CIMB Liga Super 2020 berikutan pandemik COVID-19 membuat kejutan kepada peminat dengan mengeluarkan jersi edisi khas terhad yang dikenali sebagai ‘Blackout Edition’. Jersi yang hanya dihasilkan sebanyak 1000 helai sahaja kini boleh didapati di semua rangkaian kedai barangan sukan Al-Ikhsan Sports seluruh negeri Terengganu, 3 rangkaian kedai konsep bola sepak premium Football Republic dan TFC Merchandise Store.

Hadir dengan warna hitam sepenuhnya ini termasuk logo pasukan dan logo penaja-penaja bagi musim ini dengan menggunakan warna ‘Onyx’ dengan teknologi fabrik ‘smartDRY’ dijual pada harga RM149.00. Jersi edisi khas ini merupakan keluaran Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd(aL-ikhsaN) yang merupakan selaku penaja pasukan ini sejak 2019.

‘Blackout Edition’ dengan teknologi ‘smartDRY’ dihasilkan oleh Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd(aL-ikhsaN) selaku penaja Terengganu FC sejak musim 2019. Kredit Foto – Facebook.com/footballclubterengganu

Jersi ini yang mula dijual pada 16 May 2020 boleh didapati di:

Al-Ikhsan Sports:

Al-Ikhsan Sports Kuala Terengganu
Al-Ikhsan Sports Kuala Nerus
Al-Ikhsan Sports Mesra Mall, Kerteh
Al-Ikhsan Sports Kemaman
Al-Ikhsan Sports Dungun
Al-Ikhsan Sports Jerteh
Al-Ikhsan Sports Kuala Berang
Al-Ikhsan Sports Paka

Football Republic:
Football Republic Suria KLCC
Football Republic Sunway Pyramid
Football Republic Kuala Terengganu

TFC Merchandise Store
TFC Merchandise Store Kuala Terengganu

Jersi edisi khas ini juga boleh dibeli melalui dalam talian di laman rasmi Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd- https://www.al-ikhsan.com/al-terengganu-fc-2020-blackout-jersey.html

COVID-19: Majlis Sukan Negeri Terengganu Kembali Beroperasi

Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu

Setelah selama 60 hari bermula pada 18 Mac yang lalu terpaksa menutup operasi sepenuhnya, Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) dalam satu hebahan di laman Facebook rasmi mereka telah mengumumkan bahawa kini kembali beroperasi. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) yang masih dalam perlaksanaan ini, MSNT akan beroperasi bermula dari jam 0800 pagi sehingga 0400 petang dengan Prosedur Operasi Standard(SOP) yang telah ditetapkan untuk memutuskan rantaian pandemik COVID-19 yang menjadi isu global masa kini.

Bagi berkaitan dengan sebarang program latihan, PenyuSukan.com difahamkan bahawa MSNT masih menunggu sebarang maklum balas terkini dari pihak Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara(MSN) khususnya berkaitan Prosedur Operasi Standard(SOP) pengurusan program latihan atlet di negeri ini. Sehingga kini di pihak MSNT masih belum mengeluarkan sebarang arahan kepada atlet-atlet mahupun persatuan-persatuan sukan untuk kembali menyambung program latihan seperti mana dijadualkan.

Untuk rekod, pada 18 Mac lalu perlaksanaan penutupan melibatkan penangguhan ke semua program latihan atlet mahupun persiapan pasukan di seluruh negeri Terengganu khususnya bagi penggunaan fasiliti di bawah seliaan MSNT. Orang awam yang mempunyai sebarang urusan juga tidak terkecuali dengan arahan ini yang dikeluarkan ini. Baca sepenuhnya di sini – http://penyusukan.com/v1/covid-19-majlis-sukan-negeri-terengganu-tutup-sepenuhnya

Selain pengurusan MSNT, Kompleks Sukan Negeri Terengganu(KSNT) juga turut sama kini menyambung operasi mereka yang turut terkesan sebelum ini.

Sebarang urusan berkaitan dengan kedua-dua agensi atau maklumat lanjut sila hubungi di talian 09 667 2577 atau 09 667 2578

Esports Terengganu Pohon Sumbangan Bantu Ahli

Facebook rasmi Persatuan Sukan elektronik Terengganu(Esports Malaysia Terengganu). Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu

Persatuan Sukan elektronik Terengganu(Esports Malaysia Terengganu) dalam satu hebahan di laman Facebook Esports Malaysia Terengganu melancarkan kempen ‘ESMT PERIHATIN’ untuk memohon sumbangan dari orang ramai bagi membantu Zulfikri bin Mohd Kharudin berikutan masalah kesihatan Cerebral Atrophy (berkaitan otak menyusut) yang kronik dan kini telah ditempatkan di bawah pemantauan Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Zulfikri yang kini berusia 38 tahun berasal dari Seberang Takit, Kuala Terenggau merupakan salah seorang ahli jawatankuasa(AJK) persatuan sukan elektronik negeri Terengganu ini telah berkeluarga di mana mempunyai dua cahaya mata yang berusia 3 tahun dan bayi berusia 7 bulan.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus 014 – 356 6776 (Bendahari ESMT – Afiqi Afandi). Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu

Oleh yang sedemikian, kepada orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui maklumat akaun bank berikut:

BANK: RHB Bank Berhad
NAMA AKAUN: Persatuan Sukan Elektronik Terengganu
NO. AKAUN: 2130 1000 1287 68

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus 014 – 356 6776 (Bendahari ESMT – Afiqi Afandi)

COVID-19: MSN Terengganu Tunggu Arahan KBS

Majlis Sukan Negeri Terengganu yang terletak di daerah Kuala Nerus. Kuala Nerus merupakan daerah baharu yang ke-8 dalam negeri Terengganu yang telah diumumkan pada 18 September 2014. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) masih menunggu sebarang maklum balas terkini dari pihak Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara(MSN) khususnya berkaitan Prosedur Operasi Standard(SOP) pengurusan program latihan atlet di negeri ini. Sehingga kini di pihak MSNT masih belum mengeluarkan sebarang arahan kepada atlet-atlet mahupun persatuan-persatuan sukan untuk kembali menyambung program latihan seperti mana dijadualkan.

Walau bagaimanapun, arahan sebelum ini yang dikeluarkan kepada setiap atlet untuk meneruskan latihan secara peribadi di kediaman masing-masing masih tetap diteruskan. MSNT mengambil berat setiap keputusan yang dilaksanakan untuk memutuskan rantain pandemik COVID-19 yang menjadi isu global masa kini dan sudah pasti tidak akan mempertaruhkan kesihatan bagi setiap atlet sukan untuk sesuatu tujuan.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Encik Ibni Amin Busu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Ini kerana kita mengambil langkah berhati-hati ketika virus Covid-19 yang melanda negara setakat ini belum dapat diputuskan sepenuhnya lagi rantaiannya. Dalam masa sama kita juga tidak mahu warga sukan khususnya atlet negeri menjadi penyebab rantaian berkenaan tidak dapat diputuskan.”; ujar Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu kepada pemberita.

Ibni Amin Busu juga turut mengulas di mana sehingga kini jurulatih yang memantau latihan persendirian atlet-atlet masih perlu menghantar laporan kemajuan atlet masing-masing kepada MSNT secara berterusan.

MSNT kini dalam misi mempertahankan kejuaraan dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20 yang dijadualkan akan berlangsung pada Mac 2021 di Johor nanti setelah penganjuran ini ditangguhkan pada tahun ini berikutan penularan wabak COVID-19 yang menjadi isu global.

Kenali Pelumba Rali Terengganu – Syakirin Razaki

Bagaimana anak kelahiran Kuala Terengganu; Muhammad Syakirin Razaki yang kini merupakan pelumba rali profesional sepenuh masa berlumba dalam kalendar Kejuaraan Rali Malaysia (Malaysia Rally Championship) dan beberapa siri perlumbaan antarabangsa.

Untuk rekod, Muhammad Syakirin Razaki merupakan pelumba persendirian tunggal dari Terengganu yang aktif menyertai sebarang siri perlumbaan rali tempatan mahupun jemputan di luar negara. Podium pertama dirangkul bersama rakan sepasukan Azmeer Yusri setelah penampilan sulung pada Kejuaraan Rali Malaysia 2012, sejak dari itu beliau mula memberi fokus sebagai pelumba sepenuh masa jentera lasak ini.

Baca sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/covid-19-teknologi-bantu-pelumba-rali-terengganu/

Roti John ‘S-One’ Shahrun Nabil

Untuk memudahkan tempahan sila hubungi melalui WhatsApp di talian 014 230 0246 . Kredit Foto – Facebook.com/shahrun.nabil

Jurulatih hoki wanita Terengganu ke pentas SUKMA Johor nanti, Mohd Shahrun Nabil Abdullah turut ‘menambah cabaran’ pada bulan Ramadhan kali ini dengan menjalankan perniagaan roti john dan burger di laman kediamannya sendiri yang terletak di Kampung Jeram Hulu, Kuala Terengganu. Mini Roti John, Burger Ayam/Daging, Burger Special, Burger+Keju merupakan di antara empat menu pilihan daripada air tangan bekas kapten hoki kebangsaan ini.

“Buat masa ini, saya hanya menerima tempahan dan saya sendiri akan menghantar ke kawasan sekitar di kampung ini. Sekiranya menerima tempahan yang banyak sudah pasti akan menggunakan khidmat ‘runner’ untuk penghantaran.”, ujar Shahrun kepada PenyuSukan.com.

Untuk memudahkan tempahan sila hubungi melalui WhatsApp di talian 014 230 0246 . Kredit Foto – Facebook.com/shahrun.nabil

Waktu perniagaan akan bermula seawal jam 0430 petang sehingga rehat seketika pada waktu berbuka puasa dan solat Magrib sebelum kembali bersambung. Berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19 seluruh dunia ini, maka Shahrun terpaksa menjalankan perniagaannya berkonsepkan “terima dan hantar” di mana perlu menerima tempahan dahulu sebelum di hantar ke sekitar kawasan terhampir.

Shahrun yang sebelum ini sering beraksi di ibu kota sebelum kembali berbakti di negeri kelahiran sendiri turut pernah berniaga di bazar Ramadhan Sri Petaling sekiranya tiada sebarang latihan mahupun perlawanan yang berlangsung.

Walaupun bulan Ramadhan ini merupakan peluang buat kali ke-2 untuk berpuasa sepenuhnya di negeri kelahiran bersama bonda tercinta, namun jauh di sudut hati seorang yang cekal di pentas hoki antarabangsa turut redha untuk berjauhan dari anak dan isteri yang kini berada di Johor.

“Sepanjang tempoh PKP(Perintah Kawalan Pergerakan) ini, sudah pasti terasa amat rindu untuk bersama isteri tersayang dan gelak tawa anak kami. Saya yang jauh di mata hanya mampu berdoa agar isteri dan anak sentiasa sihat dan dilindungi oleh-Nya”, ujar bapa kepada Mohamad Zavier Shah yang kini berusia 2 tahun setelah mendirikan rumah tangga pada 2016.

Shahrun Nabil yang juga pernah beraksi di pentas Piala Dunia Hoki 2014 di Holland menggalas tanggungjawab besar selaku jurulatih untuk pertama kali bersama skuad kelahiran negeri sendiri. Kini seramai 27 pemain hoki wanita negeri ini yang rata-rata adalah muka baru terlibat sepenuhnya dalam fasa program latihan sepenuh masa yang telah dirangka oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) selaku pemegang taruh kontijen negeri ini ke temasya dwi-tahunan nanti.

Pada temasya SUKMA 2018 di Perak lalu, Shahrun Nabil telah mencipta sensasi penganjuran dengan penuh kejutan setelah berjaya membimbing pasukan hoki wanita Sabah yang pertama kali dalam sejarah penganjuran SUKMA untuk mara ke pusingan akhir. Sebelum itu, anak jati Kuala Terengganu ini juga turut telah membantu Terengganu Hockey Team untuk mara ke pusingan akhir kempen Liga Hoki Malaysia pada musim ini.

Untuk tempahan melalui Whatsapp sila klik di sini – Roti John S-One – 0142300246

SUKMA Johor 2020 Pada Mac 2021

Sukan Malaysia Edisi Ke-20 (SUKMA Johor 2020) telah ditunda pada 6 Mac sehingga 14 Mac 2021.

Tarikh baharu bagi penganjuran temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20 (SUKMA Johor 2020) telah diputuskan akan membuka tirai pada 6 Mac sehingga 14 Mac tahun hadapan setelah ditangguhkan berikuta pandemik COVID-19 yang menjadi isu global masa kini. Begitu juga bagi penganjuran Para SUKMA akan berlangsung bermula dari 5 sehingga 10 April 2021.

Keputusan itu telah diumumkan oleh Menteria Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina setelah mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tertinggi temasya ini yang sebulat suara mencapai kata sepakat. Mesyuarat yang diadakan secara dalam talian turut disertai oleh wakil seluruh negeri yang bertanding termasuk pemegang-pemegang taruh penganjuran yang disertai oleh Majlis Olimpik Malaysia(MOM), Institut Sukan Negara(ISN) dan juga Sekretariat Sukan Malaysia Johor selaku wakil tuan rumah.

Selain itu beberapa keputusan teknikal penganjuran juga turut dibuat pindaan di mana membenarkan atlet-atlet yang telah didaftarkan sebelum 9 Januari lalu untuk kekal beraksi walaupun melebihi umur pada tahun 2021 nanti.

Untuk rekod, SUKMA Johor 2020 sepatutnya dijadualkan berlangsung bermula dari 11 sehingga 19 Julai tahun ini dan seterusnya penganjuran Para SUKMA bermula pada 11 sehingga 22 Ogos namun pemegang taruh penganjuran telah mengambil keputusan awal untuk menangguhkan berikutan penularan wabak COVID-19 yang memberi ancaman serius.

Walaupun ditangguhkan sehingga pada tahun 2021, dalam mesyuarat tersebut turut menetapkan bahawa penganjuran itu tetap akan dinamakan sebagai SUKMA 2020 dan Para SUKMA 2020 bagi tujuan penjenamaan.

Namun begitu, tarikh baharu yang telah ditetapkan tersebut akan sekali lagi dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi pada Oktober nanti sekiranya ada sebarang perubahan mengikut perkembangan semasa pandemik COVID-19 yang masih belum boleh dijangka penghujungnya.

COVID-19: Teknologi Bantu Pelumba Rali Terengganu

Muhammad Syakirin Razaki yang lebih mesra dikenali dengan panggilan Keng merupakan anak jati Kuala Terengganu dan juga merupakan pelumba rali tunggal dari negeri Terengganu buat masa ini yang aktif berlumba di kejuaraan rali yang kompetitif. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Penularan wabak COVID-19 yang menjadi isu global masa kini sememangnya memberi cabaran kepada atlet-atlet sukan seluruh dunia untuk mengekalkan prestasi semasa.

Buat pelumba rali profesional; Muhammad Syakirin Razaki ianya satu cabaran terbesar memandangkan sukan yang diceburi melibatkan komitmen latihan bersama jentera lumba sepanjang masa.

Simulator perlumbaan menjadikan konsol permainan sebagai platform utama dengan beberapa pengubahsuaian sendiri seperti stereng dan brek E-brake (Hydraulic E brake) yang terdapat di dalam jentera rali milik pelumba rali ini. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga secara langsung merencatkan siri latihan yang telah dirancang di beberapa lokasi hingga memaksa untuk membina simulator perlumbaan di rumahnya sendiri.

Pelumba berusia 35 tahun dari Kuala Terengganu yang sepenuh masa menyertai siri perlumbaan kalendar Kejuaraan Rali Malaysia sejak 2012 terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar bagi membina simulator perlumbaan ini. Simulator yang dibina dengan menggunakan konsol permainan sebagai platform utama turut diubah suai dengan beberapa kelengkapan jentera lumba sebenar bagi menambah kualiti latihan yang diperlukan.

Syakirin Razaki terpaksa mengeluarkan pelaburan besar dengan membina simulator perlumbaan dengan pengubahsuaian seperti jentera rali sebenar untuk melakukan latihan peribadi di kediamannya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak COVID-19 seluruh dunia. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Simulator yang diubah suai ini mampu untuk memberi latihan sebenar bagi pelumba rali dengan teknologi perisian permainan sukan elektronik yang diguna pakai. Malah pemilihan perisian yang tepat dilengkapi dengan pelbagai kenderaan dan litar sebenar turut menjadi faktor penting buat pelumba profesional ini. Menambah menarik simulator ini juga turut membolehkan untuk berlumba bersama-sama pelumba profesional lain dari seluruh dunia secara dalam talian.

Syakirin Razaki rangkul tempat ke-3 dalam Kejuaraan Rali Terengganu 2018 yang juga merupakan pelumbaan sulung di negeri sendiri sejak kali pertama memulakan kerjaya sebagai pelumba profesional sepenuh masa pada 2012.
Koleksi trofi dan medal kemenangan kejuaraan rali yang dimenangi oleh Syakirin Razaki.

Walaubagaimanapun buat pelumba yang berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Tenaga Nasional ini juga terpaksa akur menanggung kerugian dengan situasi semasa berikutan beberapa bakal penaja musim ini terpaksa menarik diri kerana penganjuran perlumbaan yang terpaksa ditangguhkan pada satu masa yang tidak pasti.

Muhammad Syakirin Razaki yang lebih mesra dikenali dengan panggilan Keng merupakan anak jati Kuala Terengganu dan juga merupakan pelumba rali tunggal dari negeri Terengganu buat masa ini yang aktif berlumba di kejuaraan rali yang kompetitif. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Sepanjang tempoh PKP ini, saya sebagai seorang pelumba rali sepenuh masa agak terkesan dengan tempoh yang dilaksanakan dan terpaksa membelanjakan sebahagian duit saya yang agak besar untuk membina rig ini agar dapat mengasah skil saya supaya tidak tumpul dan dapat membantu saya pergi lebih jauh di masa akan datang. Sebab kita tau, PKP sekarang ini kita tidak pasti berapa lama dan berkemungkinan berlarutan sehingga orang-orang kita ini pandai untuk duduk diam rumah. Just stay at home.”, ujar Syakirin yang lebih mesra dengan panggilan ‘Keng’ kepada PenyuSukan.com

Muhammad Syakirin Razaki(kiri) bersama Amir Izham Abd Aziz dari pasukan OTFT Rally Team merupakan pasukan dari Kuala Terengganu yang turut memberi cabaran dalam dua hari perlumbaan Kejuaraan Rali Terengganu 2018. Kredit Foto - MalaysianRally.com
Muhammad Syakirin Razaki(kiri) bersama Amir Izham Abd Aziz dari pasukan OTFT Rally Team merupakan pasukan dari Kuala Terengganu yang turut memberi cabaran dalam dua hari perlumbaan Kejuaraan Rali Terengganu 2018. Kredit Foto – MalaysianRally.com

Untuk rekod, Muhammad Syakirin Razaki merupakan pelumba persendirian tunggal dari Terengganu yang aktif menyertai sebarang siri perlumbaan rali tempatan mahupun jemputan di luar negara. Podium pertama dirangkul bersama rakan sepasukan Azmeer Yusri setelah penampilan sulung pada Kejuaraan Rali Malaysia 2012, sejak dari itu beliau mula memberi fokus sebagai pelumba sepenuh masa jentera lasak ini.

https://www.facebook.com/334501793987783/videos/963641160693095/


Aksi Aksi pelumba Syakirin Razaki bersama Amir Izham dalam perlumbaan Tri-Nations Sprint Rally Malaysia yang telah berlangsung pada Mac 2019. Kredit – https://www.facebook.com/Tri-Nations-Sprint-Rally-Malaysia-334501793987783/

PROFIL PELUMBA RALI TERENGGANU
NAMA: Muhammad Syakirin Razaki
GELARAN/PANGGILAN/NICKNAME: Keng
TARIKH LAHIR & TEMPAT LAHIR: 17 April 1985 Kuala Terengganu

EMAIL/WEBSITE/MEDIA SOSIAL:
Email: Msyakirin@gmail.com
Facebook: Syakirin Razaki
Youtube: Syakirin Razaki
Instgram: AvexTrax0000

REKOD PELUMBA:
https://www.ewrc-results.com/coprofile/27387/
https://www.ewrc-results.com/profile/151565-muhammad-syakirin-razaki/
https://www.grumblo.com/tags/@SyakirinRazaki

JAWATAN/PEKERJAAN TERKINI: Well Services Supervisor (Petrofac – Offshore Base)

PENGALAMAN/JAWATAN SEBAGAI ATLET

2002 – Bola Keranjang (wakil Kuala Terengganu Utara U18)
2006 – Drag Dataran Merdeka (cc 1.6)
2007 – Drag Pekan (cc 1.8 turbo)
2012 – Malaysian Rally Championship Co-Driver bersama Azmeer Yusri (2nd Junior Cup)
2013 – Malaysian Rally Championship Co-Driver bersama Azmeer Yusri (Junior Cup Champion)
2014 – Malaysian Rally Championship Co-Driver bersama Amir Ahmad
2015 – Malaysian Rally Championship Co-Driver bersama Azmeer Yusri
2016 – Malaysian Rally Championship Co-Driver bersama Azmeer Yusri
2017 – Malaysian Rally Championship Driver bersama Amir Izham (4th overall P9 cc below 1300)
2017 – Malaysian Rally Championship Driver bersama Amir Izham (3rd overall P9 cc below 1300)
– Kcar Global 24hrs Sepang
2018 – Malaysian Rally Championship Driver bersama Amir Izham (3rd overall P9 cc below 1300)
2019 – Malaysian Rally Championship Driver bersama Amir Izham Tri-Nations Sprint Rally 2019 (
2019 – Sepang 1000km (Pasukan Piston Project)

PENCAPAIAN AKADEMIK
Tahun, Nama Sekolah/Universiti/Kolej, Peringkat & Kelulusan
2008 – Universiti Tenaga Nasional, Degree Mechanical Engineering
2004 – Universiti Tenaga Nasional, Foundation Mechanical Engineering
2002 – Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud SPM
2000 – Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud PMR
1997 – Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam UPSR

 

Video: Pelumba Rali Terengganu Bina Simulator Lumba

Pelumba berusia 35 tahun dari Kuala Terengganu yang sepenuh masa menyertai siri perlumbaan kalendar Kejuaraan Rali Malaysia sejak 2012 terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar bagi membina simulator perlumbaan ini. Simulator yang dibina dengan menggunakan konsol permainan sebagai platform utama turut diubah suai dengan beberapa kelengkapan jentera lumba sebenar bagi menambah kualiti latihan yang diperlukan.

Baca sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/covid-19-teknologi-bantu-pelumba-rali-terengganu/

COVID-19: PHNT Sampaikan Bantuan Kepada Pemain

Setiausaha Persatuan Hoki Negeri Terengganu; Rashidi Hashim(dua dari kiri) sewaktu menyampaikan sumbangan kepada pemain-pemain hoki. Kredit Foto – Persatuan Hoki Negeri Terengganu

Rentetan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan berikutan penularan wabak COVID-19, Persatuan Hoki Negeri Terengganu(PHNT) mengambil inisiatif untuk menyampaikan bantuan kepada keluarga pemain-pemain hoki negeri ini yang terkesan. Rata-rata penerima merupakan pemain muda yang tidak mempunyai sebarang pendapatan tetap serta beberapa pemain yang terlibat dalam persediaan pasukan hoki ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di Johor nanti. Selain pemain SUKMA, turut menerima sumbangan adalah pemain-pemain dari Terengganu Hockey Team(THT) dan Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) yang bernaung di bawah PHNT ini.

PHNT juga turut memberi sumbangan kepada agensi-agensi barisan hadapan yang terlibat dalam PKP dalam negeri ini di mana telah menyampaikan sumbangan kanopi kepada Ibu Pejabat Polis Dungun dan Ibu Pejabat Polis Besut. Kredit Foto – Persatuan Hoki Negeri Terengganu

Walaupun ada diantara mereka sebelum ini turut menerima bantuan dari pihak Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) dan beberapa saluran sumbangan dari pihak kerajaan di awal perlaksanaan PKP, namun dengan keadaan situasi semasa yang tidak menentu sehingga kini sumbangan ini sudah pasti amat bermakna buat mereka.

Bantuan yang disampaikan tersebut merupakan bahan-bahan makanan dan keperluan asas agar sedikit sebanyak dapat membantu untuk meringankan beban mereka.

Timbalan Presiden Persatuan Hoki Negeri Terengganu Mohd Fikri Harun(kanan) turut turun ke padang untuk menyampaikan bantuan sumbangan makanan kepada wakil ahli keluarga pemain hoki negeri ini. Kredit Foto – Persatuan Hoki Negeri Terengganu

“Memandangkan bila mana tempoh PKP dilanjutkan, kami memikirkan bebanan yang ditanggung oleh setiap keluarga pemain-pemain terlibat. Maka dengan itu kami daripada jawatankuasa Persatuan Hoki Terengganu telah berbincang dan membuat keputusan untuk memberi bantuan dengan mengeluarkan sedikit sumber dari Persatuan Hoki Negeri Terengganu”, ujar Timbalan Presiden Persatuan Hoki Negeri Terengganu Mohd Fikri Harun.

Beliau juga turut mengulas bahawa di peringkat awal pengagihan sumbangan ini menyasarkan para pemain yang tinggal di sekitar daerah Kemaman berikutan kekangan pergerakan ketika ini. Bagi pemain yang berada di lain-lain daerah dalam negeri Terengganu akan disampaikan oleh ahli jawatankuasa PHNT yang akan mengambil peranan. Setiap nilai sumbangan ini diperolehi daripada kewangan pihak PHNT dan juga sumbangan peribadi daripada kalangan ahli jawatankuasa persatuan ini.

COVID-19: Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Sumbang Kanopi Di LPT 2

Penularan wabak COVID-19 yang turut terkesan di negeri Terengganu ini, Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) turut terpanggil untuk membantu barisan hadapan yang berhujan berpanas sepanjang masa menunaikan tanggungjawab untuk memutuskan rangkaian pandemik virus ini.

Berikutan itu pada 6 April 2020, PRNT telah menyumbangkan kanopi lengkap bersama kipas, sambungan elektrik, kerusi serta meja dan lain-lain keperluan asas yang diperlukan untuk menghargai pengorbanan besar barisan hadapan negara berhujan berpanas di sekatan Lebuhraya Pantai Timur 2(LPT2). Kawasan pintu keluar tol Kuala Telemong yang terpencil dari bandaraya Kuala Terengganu menghubungkan beberapa kawasan sekitar daerah ini sepanjang lebuh raya menjadi lokasi terkini diadakan sekatan jalan raya setelah perintah PKP yang kini memasuki fasa kedua.

COVID-19: KENYATAAN RASMI KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Terengganu selaku pemegang taruh kontijen negeri ini ke pentas temasya SUKMA Johor 2020 melalui YB.Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu.

KENYATAAN PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN BELIA,
SUKAN DAN NGO NEGERI TERENGGANU

  1. Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA secara sidang video yang telah dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican pada 25 Mac 2020 telah sebulat suara bersetuju untuk menangguhkan SUKMA Johor ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Keputusan ini dibuat dengan mengambilkira aspek yang paling utama iaitu keselamatan dan kesihatan atlet-atlet, jurulatih, pegawai dan semua yang terlibat dalam temasya tersebut nanti. Mesyuarat juga telah mengenalpasti dua (2) cadangan tarikh yang menjadi pilihan majoriti iaitu pada Disember 2020 ataupun dianjakkan ke tahun 2021 setelah mengambilkira perkara-perkara berikut:-

i. Pemantauan berterusan perkembangan wabak Covid-19
ii. Tiada pertindihan dengan tarikh-tarikh penting yang lain seperti peperiksaan awam, acara-acara sukan utama; dan
iii. Meneliti dan mengambilkira kepentingan semua pemegang taruh SUKMA Johor 2020, khususnya Negeri Johor sebagai tuan rumah.

https://youtu.be/E7HsrMGvi28?autoplay=1
  1. Selaras dengan keputusan mesyuarat tersebut dan pendirian Kerajaan Negeri sebelum ini, tindakan segera telah diambil melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk menutupkan semua premis latihan sukan negeri termasuk Pejabat Majlis Sukan Negeri Terengganu sendiri bermula dari 18 Mac lagi hingga 14 April 2020 setelah arahan tempoh kawalan pergerakan dipanjangkan selama 14 hari lagi oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Arahan ini juga termasuk memberhentikan semua aktiviti latihan berkelompok, pengelolaan pertandingan dan sebarang perhimpunan sukan.

  2. Pada dasarnya latihan jangka panjang yang tersusun terutama yang melibatkan persiapan kontinjen SUKMA akan terjejas jika latihan dihentikan lebih daripada tiga (3) hari, namun Majlis Sukan Negeri telah memastikan semua jurulatih memantau latihan semua atlet mereka yang masih diteruskan di rumah masing-masing.

    Prestasi mereka dipantau melalui video dan semakan kadar nadi latihan setiap hari. Setiap atlet diwajibkan menghantar data kadar nadi awal dan kadar nadi maksimum latihan setiap hari kepada jurulatih masing-masing.

    Kekangan kita adalah latihan dari aspek kombinasi pemain, teknik dan tektik perlawanan tidak dapat diadakan, namun apabila keadaan kembali nomal aspek tersebut akan dilaksanakan secara agresif supaya persiapan menyeluruh latihan pasukan dapat diperkemaskan.

  3. Harapan kita adalah tarikh baru SUKMA akan ditetapkan dan dimaklumkan lebih awal bagi memastikan jurulatih dapat menyediakan periodisasi latihan baru yang lebih sempurna. Dalam keputusan mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA Tarikh baru akan ditetapkan segera tidak lewat daripada bulan Mei 2020.

  4. Kerajaan Negeri setiasa akur kepada apa saja keputusan jawatankuasa atas dasar keselamatan warga sukan akan diberikan keutamaan.

  5. Sukan Olimpik 2020 juga telah diputuskan untuk ditangguhkan pada tahun 2021.

  6. Warga sukan negeri Terengganu sangat komited dalam turut sama memerangi wabak Coronavirus Covid-19 ini yang melibatkan kawalan pergerakan tanpa menjejaskan persiapan para atlet.

YB.Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah

X