SUKMA 2018 Ragbi Wanita: Terengganu Hanelang Ikat Johor

Aksi pemain ragbi wanita Terengganu; Lorna Cassandra William(tiga dari kiri) sewaktu menentang pasukan Johor dalam perlawanan pertama bagi kedua-dua pasukan di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – Sekretariat SUKMA Perak 2018

PenyuSukandotcom - SUKMA Perak 2018 - Maskot RagbiPasukan ragbi wanita Terengganu bermula dengan baik dalam perlawanan pertama mereka setelah berjaya mengikat pasukan pilihan kumpulan C iaitu pasukan Johor. Johor diantara pasukan ragbi wanita yang menjadi sebutan bagi sepanjang temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 namun seolah olah hilang rentak di atas padang menyaksikan penguasaan penuh oleh pasukan Terengganu. Hampir 4 minit separuh masa pertama Johor masih gagal untuk membawa bola keluar dari kawasan pertahanan mereka.

Melihat situasi sedemikian, barisan pemain Terengganu Hanelang ini terus memperkasa jentera serangan untuk mencipta ruang dan peluang. Asakan demi asakan padu oleh pemain bertubuh sasa negeri Terengganu; Lorna Cassandra William sentiasa menebuk lubang barisan pertahanan pasukan lawan sememangnya memberi kelebihan buat pasukan ini. Pada minit ke-6 buat pertama kali Johor berjaya mencipta ruang untuk mara ke kawasan pertahanan Terengganu Hanelang namun untuk mencipta peluang.





Bahang matahari pagi mula memberi tekanan kepada setiap pemain di atas padang untuk melakukan kesilapan demi kesilapan merencatkan tempo permainan. Johor gagal memanafaatkan hadiah tendang mula di hadapan gawang setelah Terengganu Hanelang melakukan kesilapan. Terengganu yang bangkit dari kesilapan mula mengasak memberi tekanan sehingga memaksa pemain Johor jersi bernombor 12; Chrismentina Dian Ajis menerima kad kuning pertama dalam temasya SUKMA Perak 2018 ini. Keputusan 0-0 dicapai sehingga tamat separuh masa pertama.

Jatuhan try pada minit-minit terakhir oleh pemain skuad Terengganu Hanelang; Florieanna Francis berjaya mengikat perlawanan untuk berakhir dengan keputusan seri. Kredit - Kredit – SUKMA2018.perak.gov.my
Jatuhan try pada minit-minit terakhir oleh pemain skuad Terengganu Hanelang; Florieanna Francis berjaya mengikat perlawanan untuk berakhir dengan keputusan seri. Kredit – SUKMA2018.perak.gov.my

Pada separuh masa kedua setelah menerima teguran dari ketua jurulatih Muhammad Firdaus Zakarya; pasukan wanita Terengganu Hanelang ini menukar rentak bermain dengan asakan demi asakan padu namun pasukan lawan seolah dapat membaca gerakan untuk mematahkan serangan. Johor kembali dapat mengucar-ngacirkan jentera Terengganu Hanelang yang akhirnya membuahkan hasil buat pasukan dari selatan tanah air ini apabila Elyia Natasha binti Zamri mendapat jatuhan try pertama di minit ke-9 separuh masa kedua.

Berbaki pada minit-minit terakhir permainan, hasil perancangan bijak Terengganu Hanelang untuk mendapatkan situasi rucking berhampiran garisan try berjaya diterjemah oleh pemain bernombor 17 Florieanna Francis untuk mencuri masuk ke kubu lawan mendapatkan jatuhan try pertama. Mata pertama pasukan Terengganu Hanelang ini juga turut menyumbang kecederaan kepada Florieanna Francis namun tiupan wisel tamat permainan memberi nafas lega kepada pasukan untuk mengikat perlawanan yang berakhir dengan keputusan 5 berbalas 5.

Skuad wanita Terengganu Hanelang akan berentap menentang pasukan Sarawak dalam aksi seterusnya perlawanan peringkat kumpulan C yang dijadualkan pada jam 1140 pagi nanti bertempat di Stadium Ragbi Perak.

Muat turun keputusan rasmi:

PERINGKAT KUMPULAN
TERENGGANU vs Johor – http://penyusukan.com/download/SUKMA2018/Ragbi/20180915-KeputusanSUKMAPerak2018-RagbiWanita-TerengganuvsJohor.pdf

KEJOHANAN KUDA LASAK PIALA SULTAN MIZAN 2024
24 OKTOBER 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

november, 2024

01novalldayTerengganu 4x4 Rainforest Challenge 2024

15novalldayMalaysia Iconic Rally Championship 2024 - Pusingan Pertama

X