TFC TEWASKAN KDA FC TAMATKAN SAINGAN LIGA M 2024/2025

Kapten TFC Safawi Rasid meraikan kemenangan bersama penyokong di laman sendiri setelah menewaskan Kedah Darul Aman FC(KDA FC) yang berakhir dengan keputusan 3-0 sekaligus menamatkan kempen Liga Malaysia 2024/2025. Kredit Foto – Terengganu FC

Terengganu FC (TFC) menutup tirai saingan Liga Super Malaysia 2024/2025 dengan kemenangan meyakinkan 3-0 ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam aksi terakhir yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam tadi.

Lebih 4,000 penyokong setia skuad Penyu bersorak gembira apabila kapten pasukan, Safawi Rasid, membuka tirai jaringan pada masa kecederaan babak pertama hasil hantaran lintang Engku Muhammad Nur Shakir. Gol itu menjadi pemangkin semangat buat tuan rumah untuk terus mengasak.





Babak kedua menyaksikan dominasi berterusan TFC, dan hasilnya Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menanduk masuk gol kedua pada minit ke-74 menerusi sepakan sudut Safawi. Walaupun beraksi dengan 10 pemain selepas Engku Shakir dilayangkan kad merah, TFC tetap garang apabila Tukhtasinov menambah gol ketiga empat minit sebelum tamat perlawanan.

Menariknya, Kedah FC sebenarnya mendahului dua jaringan awal menerusi Amirul Hisyam dan Milos Gordic, namun kedua-dua gol dibatalkan selepas semakan VAR mendapati berlaku ofsaid – —satu kelegaan besar buat kem tuan rumah.

Kemenangan ini memastikan TFC menamatkan musim di tangga kelima liga dengan 35 mata, manakala Kedah FC menamatkan kempen di kedudukan ke-11 dengan 21 mata

SUKAN ASIA TENGGARA 2025 KE-33
SEA GAMES THAILAND 2025
9 DISEMBER 2025

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

july, 2025

02julalldayJCM Basikal Lebuhraya(Road Race - Stage Race) Siri 3/2025

03julalldayKEJOHANAN KUDA LASAK PIALA YANG DIPERTUAN MUDA TERENGGANU

25julalldayKEJUARAAN RAGBI 7 SEPASUKAN KEBANGSAAN(NATIONAL 7S 2025)

X