Ragbi Piala Agong 2018: Terengganu Melangkah Suku Akhir Ulangi Sejarah Bertemu Kelantan

Pasukan ragbi negeri Terengganu bertandang ke Stadium Sultan Abdul Halim untuk bertemu Kedah dalam perlawanan kedua kempen kejohanan ragbi Piala Agong 2018 edisi ke-36. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Barisan para pemain pasukan ragbi negeri Terengganu bersama pegawai-pegawai pasukan dan pegawai Persatuan Ragbi Negeri Terengganu untuk kempen Kejohanan Ragbi Piala Agong 2018 edisi ke-36. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Pasukan ragbi negeri Terengganu sekali lagi berjaya mara ke perlawanan suku akhir kejohanan ragbi Piala Agong 2018 edisi ke-36 malah turut mengulangi sejarah untuk bertemu Kelantan di peringkat ini seperti mana pada edisi terdahulu(2017). Terengganu berada di tangga kedudukan ke-3 dalam kumpulan Premier setelah mengharungi 3 perlawanan peringkat kumpulan. Untuk rekod, pada edisi lalu di peringkat suku akhir Terengganu berjaya menewaskan Kelantan dengan berkeputusan 43 berbalas 26 dan berjaya mara ke peringkat akhir menentang Johor.

Kelantan kini berada di tangga kedudukan pertama dalam kumpulan Divisyen 1 setelah berjaya menewaskan Negeri Sembilan pada perlawanan ke-3 peringkat kumpulan. Untuk rekod pasukan Kelantan kali terakhir mara ke pusingan separuh akhir pada tahun 2014 di mana pada 2015, 2016 dan 2017 telah terkandas di peringkat suku akhir.





Kedua-dua pasukan ini dijadualkan untuk berentap pada 18 November 2018 nanti bertempat di Stadium Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM) di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

KEJOHANAN KUDA LASAK PIALA SULTAN MIZAN 2024
24 OKTOBER 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

november, 2024

01novalldayTerengganu 4x4 Rainforest Challenge 2024

15novalldayMalaysia Iconic Rally Championship 2024 - Pusingan Pertama

X