Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan: Terengganu Juara!

Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2019 Akhir Cup Kategori Men Core di antara Terengganu menentang Kelantan. Terengganu mencipta sensasi kejohanan untuk muncul juara setelah berjaya menafikan Kelantan berkesudahan 24 berbalas 5. Sebelum itu dalam 3 aksi perlawanan peringkat kumpulan, Terengganu hanya sekali ditewaskan oleh Kelantan selebihnya meraih kemenangan menentang juara bertahan; Perak dan Johor. Kredit Foto – Facebook.com/mohd.arifframly

Pasukan ragbi 7 sepasukan Terengganu sekali lagi mengukir sejarah di pentas kebangsaan setelah muncul juara menewaskan Kelantan berkeputusan 24 berbalas 5 di Padang Ipoh, Bandaraya Ipoh dalam aksi Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2019. Kejayaan ini juga turut mencipta sensasi di mana mengulangi sejarah kejohanan pada tahun 2016 menyaksikan kedua-dua pasukan ini mara ke perlawanan akhir dan kejuaraan milik Terengganu. Malah pada edisi penganjuran kali ini, Terengganu juga berjaya menewaskan penyandang juara iaitu Perak dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan.

Terengganu yang bermula garang dan laju seolah-olah tidak mahu mensia-siakan setiap saat di atas padang memberi kejutan buat Kelantan yang masih mencari rentak permainan. Anak jati Kampung Bating,Seberang Takir; Muhammad Haikal bin Ibrahim berjaya mengutip mata try pertama perlawanan seawal minit kedua hasil dorongan rakan sepasukan Muhammad Halim di hadapan kawasan gol lawan. Seterusnya 2 tambahan mata hasil tendangan conversion mudah berjaya disempurnakan oleh pemain penuh berpengalaman di pentas antarabangsa; Mohd Fairuz Abdul Rahman.





Tersentak dengan situasi memihak kepada Terengganu, Kelantan yang turut dibarisi beberapa pemain senior berpengalaman besar mula mengatur serangan memberi tekanan. Namun tekanan tersebut mula menghukum Kelantan setelah melakukan beberapa kesilapan mudah yang memberikan kelebihan buat Terengganu mengatur serangan.

Bermula dari balingan line-out di penjuru padang dalam kawasan 22 pertahanan lawan, hantaran kemas terus ke tengah padang disambut pantas oleh Mohd Fairuz Abdul Rahman membuka ruang untuk Muhammad Harith Iqbal terus mengutip mata try seterusnya di minit ke-6 permainan. Sekali lagi kutipan mata tendangan conversion mudah disempurnakan oleh Mohd Fairuz Abdul Rahman. Selang dua minit kemudian; Muhammad Harith Iqbal sekali lagi bijak membaca hantaran bola daripada Muhammad Safiy untuk membuat larian pantas terus ke garisan try menambah mata try sekaligus mendahului permainan dengan mengikat 19 tanpa balasan pada separuh masa pertama.

Pada babak separuh masa kedua, giliran Muhammad Safiy untuk membantu pasukan menambah mata try di minit ke-8 permainan sekaligus merupakan kutipan mata terakhir buat pasukan juara ini. Kutipan mata pertama dan terakhir buat Kelantan hadir setelah Muhammad Amir Ibrahim berjaya mencuri peluang jatuhan try disaat akhir permainan.

Sebelum itu dalam 3 aksi perlawanan peringkat kumpulan, Terengganu di bawah kendalian jurulatih Nik Mohd Shahiddan Mohd Zain ini hanya sekali ditewaskan oleh Kelantan selebihnya meraih kemenangan menentang Perak dan Johor. Untuk rekod, jurulatih Nik Mohd Shahiddan Mohd Zain juga merupakan jurulatih pasukan ragbi wanita negeri Terengganu dalam persediaan pasukan ke pentas Sukan Malaysia(SUKMA) 2020 di Johor nanti. Kalu terakhir dan julung kali pasukan negeri Terengganu muncul juara di pentas Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan adalah pada tahun 2016 di mana ketika itu turut menjadi tuan rumah kejohanan.

“Kemenangan hari ini adalah segalanya berpunca dari pemain saya sepenuhnya. Mereka memberi komitmen sepenuhnya di atas padang. Saya hanya memperkemaskan pertahanan pasukan setelah membuat analisa kelemahan pasukan lawan. Awalnya melihat pada kumpulan pasukan saya jangkakan bertemu PDRM di pusingan akhir ini, namun berjaya tewaskan mereka di saingan separuh akhir walaupun tidak menjangka.”, ujar Nik Mohd Shahiddan Mohd Zain kepada PenyuSukan.com.


Melibatkan 16 pasukan bagi kategori Lelaki Utama(Men Core), 7 pasukan Kelayakkan Lelaki(Men Qualifier), 7 pasukan Wanita Terbuka, 13 pasukan Lelaki Bawah 20 tahun dan 9 pasukan Wanita Bawah 20 tahun. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysiaRugbyUnion

KEPUTUSAN KEJOHANAN RAGBI 7 SEPASUKAN KEBANGSAAN 2019
14 – 15 Sept 2019
*Keputusan melibatkan pasukan Terengganu sahaja

WANITA BAWAH 20 TAHUN
PERINGKAT KUMPULAN

Terengganu vs Perak 00-17
Terengganu vs Sarawak 05-36
Terengganu vs WP Labuan 00-17

PERINGKAT AKHIR
SEPARUH AKHIR PLATE

Terengganu vs Perlis 00-24

TEMPAT KE-7 & KE-8
Terengganu vs Perak 07-31


LELAKI BAWAH 20 TAHUN
PERINGKAT KUMPULAN

Terengganu vs Johor 07-29
Terengganu vs WP Labuan 00-12
Terengganu vs Melaka 17-19

PERINGKAT AKHIR
SEPARUH AKHIR BOWL

Terengganu vs WP Putrajaya 33-07

AKHIR BOWL (TEMPAT KE-9 & KE-10)
Terengganu vs Perlis 19-10


LELAKI UTAMA
PERINGKAT KUMPULAN

Terengganu vs Perak 28-21
Terengganu vs Johor 19-12
Terengganu vs Kelantan 12-19

PERINGKAT AKHIR
SUKU AKHIR CUP

Terengganu vs N Sembilan 21-17

SEPARUH AKHIR CUP
Terengganu vs PDRM 17-05

AKHIR CUP
Terengganu vs Kelantan 24-05

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

february, 2024

21feballdayLiga Federasi Lawn Bowls Malaysia (MLBF) Zon Pantai Timur

25feballdayKejohanan Lawn Bowls Bawah 12 Tahun & Bawah 18 Tahun Kebangsaan

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

X