Gelanggang Pencarian Judoka Bermula!

SMK Jenagor julung kali menerima kunjungan dari pihak Persatuan Judo Terengganu(TEJA). Kredit Foto – PenyuSukan.com

Hampir sejauh 70km jarak perjalanan dari Kuala Terengganu ditempuh oleh Persatuan Judo Negeri Terengganu (TEJA) dalam pencarian bakat-bakat baharu judoka untuk menjadi generasi seterusnya di dalam persatuan ini. Sekolah harian berasrama, SMK Jenagor yang terletak di Kuala Berang dalam daerah Hulu Terengganu menjadi lokasi pilihan buat persatuan ini untuk membuka kalendar program pencarian bakat baru. Hampir 200 pelajar sekolah ini turut menyertai program ini secara tidak lansung berpeluang mengenali lebih dekat tentang sukan yang berasal dari Jepun ini.

Program ini bermula dengan penerangan mengenai sukan ini serta memberi gambaran tepat tentang halatuju para atlet untuk sertai Projek Judo Terengganu di bawah kelolaan Majlis Sukan Negeri Terengganu ini. Barisan atlet-atlet persatuan ini juga turut melakukan demonstrasi sukan ini di hadapan para pelajar di samping memberi tunjuk ajar kepada mereka yang berminat.





Barisan penuh atlet-atlet senior dan pelapis turut hadir untuk memberikan demonstrasi sukan judo ini. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Walaupun sukan ini amat asing buat para pelajar sekolah ini namun mereka amat teruja untuk turut ikut serta. Sambutan yang amat memberangsangkan sedikit sebanyak memberi kelebihan buat persatuan ini dalam program pencarian ini.

“Matlamat program pencarian bakat ini berjaya dicapai sepenuhnya di mana kami berjaya memperolehi bakat-bakat baharu yang lebih berkualiti. Apa yang mengejutkan, sebahagian besar adalah terdiri dari pelajar wanita. Satu perkembangan yang bagus kerana sebelum ini sememangnya kami mengalami kesukaran mencari bakat-bakat baharu dari kalangan wanita. Kini kami yakin dapat membentuk pasukan baru yang lebih seimbang di samping dapat menyertai sepenuhnya kategori yang dipertandingkan.” ujar Marjan Abdullah selaku ketua jurulatih TEJA.

Dari kiri; Mohamad Firdaus Bin Mohd Jusoh @ Ahmad selaku jurulatih, Marjan Abdullah selaku ketua jurulatih, Mukhtar Bin Wahid merangkap setiausaha Persatuan Judo Terengganu dan Mohd Hamdan bin Mustapha selaku Ketua Bidang Kesetiausahaan Sukan dari Sekolah Sukan Malaysia Terengganu . Kredit Foto - PenyuSukan.com
Dari kiri; Mohamad Firdaus Bin Mohd Jusoh @ Ahmad selaku jurulatih, Marjan Abdullah selaku ketua jurulatih, Mukhtar Bin Wahid merangkap setiausaha Persatuan Judo Terengganu dan Mohd Hamdan bin Mustapha selaku Ketua Bidang Kesetiausahaan Sukan dari Sekolah Sukan Malaysia Terengganu . Kredit Foto – PenyuSukan.com

Ketua jurulatih ini juga turut menjelaskan bahawa sekolah yang berada jauh di pedalaman sering kali menjadi pilihan untuk program pencarian bakat ini kerana umumnya mempunyai para pelajar yang lasak dan di samping kriteria bentuk saiz badan yang lebih berkualiti berbanding sekolah-sekolah di bandar.

Beliau juga turut menjelaskan bahawa program pencarian ini tidak menekankan tahap pengetahuan sukan ini di kalangan pelajar yang sememangnya amat asing. Saiz bentuk badan dan minat dari dalam pelajar itu di samping penilaian potensi dari kalangan jurulatih menjadi ukuran untuk menjadi atlet generasi seterusnya sukan ini.

Kerajaan Negeri Terengganu melalui pihak Majlis Sukan Negeri Terengganu yang sentiasa memberikan bantuan & kemudahan kepada persatuan sukan di negeri ini. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Kerajaan Negeri Terengganu melalui pihak Majlis Sukan Negeri Terengganu yang sentiasa memberikan bantuan & kemudahan kepada persatuan sukan di negeri ini. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Program pencarian bakat ini juga turut dihadiri oleh setiausaha TEJA; Encik Mukhtar Bin Wahid dan Encik Mohd Hamdan bin Mustapha selaku ketua bidang kesetiausahaan sukan dari Sekolah Sukan Malaysia Terengganu.

Pelajar yang terpilih bakal meneruskan pengajian di Sekolah Sukan Malaysia Terengganu dijangkakan seawal bulan Julai nanti manakala kemasukkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Nenas (Sekolah Sukan Terengganu) akan dilakukan secepat mungkin.

[metaslider id=”314″]

KEJOHANAN KUDA LASAK PIALA SULTAN MIZAN 2024
24 OKTOBER 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

october, 2024

07sepalldayKejuaraan Ragbi Piala Agong 2024

29sep(sep 29)12:00 am06oct(oct 6)12:00 amTour de Langkawi (LTDL) 2024

21octalldayKejohanan Tour Gateh D'Tranung 3.0 2024

24octalldayKejohanan Lawn Bowls Terbuka Triples Terengganu

24octalldayKejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan 2024

26octalldayRally Sprint X-One 2024

X