TIGA LOKASI IKONIK TERENGGANU MERIAHKAN JELAJAH SUKAN SEA 2027

KUALA TERENGGANU – Tiga lokasi ikonik di negeri ini bakal menjadi tumpuan sempena persinggahan Jelajah Promosi @Pantai Timur bagi menyemarakkan sambutan Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14, Malaysia 2027 pada 22 November ini.

Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Pasar Payang dan Jambatan Angkat Kuala Terengganu dipilih sebagai lokasi persinggahan maskot rasmi temasya berkenaan, Tuah, dalam usaha mendekatkan kempen promosi itu dengan masyarakat setempat.





Jelajah berkenaan dijadualkan bermula seawal jam 7 pagi di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu sebelum bergerak ke Pasar Payang pada jam 1 petang dan berakhir di Jambatan Angkat Kuala Terengganu pada jam 5 petang.

Program itu merupakan sebahagian daripada usaha memperluas kesedaran masyarakat mengenai penganjuran temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu, selain mengajak rakyat bersama-sama menyokong Malaysia sebagai tuan rumah pada 2027.

Pelbagai aktiviti promosi turut dijadualkan berlangsung sepanjang persinggahan jelajah berkenaan bagi menarik penyertaan orang ramai serta menyebarluaskan semangat ‘Raikan Perpaduan’ menjelang temasya itu.

Jelajah Promosi @Pantai Timur berlangsung dari 20 hingga 23 November ini dengan melibatkan Pahang, Terengganu dan Kelantan.

JADUAL JELAJAH PROMOSI @PANTAI 20–21 NOVEMBER 2026

PAHANG | 20 & 21 November 2026
11.00 pagi – Go’ Bang Maju, Temerloh

05.30 petang – Teluk Cempedak


21 November 2026

8.00 pagi – Pantai Teluk Kempadang
12.00 tengah hari – Pantai Balok

TERENGGANU | 22 NOVEMBER 2026
07.00 pagi – Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu

0100 petang – Pasar Payang

0500 petang – Jambatan Angkat Kuala Terengganu


KELANTAN | 23 NOVEMBER 2026
10.00 pagi – Universiti Malaysia Kelantan

03.00 petang – Mydin Tunjung 





YOUTUBE - PENYU SUKAN

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

KALENDAR SUKAN

november, 2026

27novalldayTERENGGANU SURF FESTIVAL 2026

MENGENAI KAMI

Penyu Sukan adalah sebuah entiti agensi berita sukan subsidiari kepada GOMBUGDOTNET (Suruhanjaya Syarikat Malaysia – TR0109982-D) memfokuskan berita perkembangan atlet, pasukan mahupun persatuan dan sebarang penganjuran acara sukan tempatan.

Hubungi kami: sukan@penyusukan.com

TINGKAT 1, TERENGGANU DIGITAL 1303(TD1303),
JALAN SULTAN ZAINAL ABIDIN,
20000 KUALA TERENGGANU,
TERENGGANU DARUL IMAN.

X