Hanya berjurang 1 jatuhan try dan 1 tendangan conversion menyaksikan Terengganu yang hadir sebagai pasukan pelawat di Stadium Ragbi Johor untuk memberikan kemenangan kepada Johor yang berakhir dengan keputusan 24-17.
Terdahulu, Terengganu berjaya menamatkan perlawanan separuh masa pertama untuk mendahului permainan dengan keputusan 10-0 yang berjaya diterjemahkan oleh pemain import Peniasi Damu V Ragata melalui tendangan penalti dan conversion dan jatuhan try untuk tambahan 5 mata oleh Muhammad Hasif Sharifuddin.
Seterusnya pada babak separuh masa kedua, 7 mata pertama milik tuan rumah berjaya dikutip melalui jatuhan try oleh pemain import dari Afrika Selatan Ryno Weyers pada minit ke-8 separuh masa kedua dan tambahan 2 mata melalui tendangan conversion yang disempurnakan oleh bekas pemain kebangsaan Mohd Fairuz Ab Rahman.
Selang 5 minit kemudian, pemain-pemain gantian yang dimasukkan oleh Terengganu berjaya menambah 7 mata melalui jatuhan try oleh Muhammad Faris Abdullah dan tendangan conversion oleh Luqman Hakim Abu Hassan sekaligus meletakkan pasukan pelawat untuk mendahului perlawanan dengan kedudukan semasa 17 berbalas 7.
Situasi penguasaan padang yang kian sengit sehingga memaksa untuk Terengganu melakukan pertukaran taktikal melibatkan 4 gantian namun terpaksa akur untuk memberi 3 mata melalui tendangan penalti di minit ke-25 separuh masa kedua kepada tuan rumah untuk merapatkan jurang.
Menambah tekanan Terengganu juga terpaksa akur untuk menerima layangan kad kuning pertama kepada Muhammad Sameer Muhammad Sani Surinder dan juga pada minit-minit akhir perlawanan pemain import Simeli Naituvi turut dikenakan kad kuning.
Situasi yang memihak kepada pasukan tuan rumah dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menamatkan kemenangan pertama mereka setelah pemain import mereka menyumbang 5 mata melalui jatuhan try oleh Serupepeli Turuva dan sekali lagi pemain full back Mohd Fairuz Ab Rahman menyempurnakan tendangan conversion menjadi mata akhir untuk menamatkan perlawanan yang berkeputusan 24-17.