TSG Realisasi Masa Depan Kerjaya Pelumba

Peluang pekerjaan tidak hanya terhad kepada para pelumba TSG malah turut terbuka kepada semua khususnya anak jati negeri Terengganu itu sendiri. Kredit Foto – Facebook.com/aidit.nurfan
Peluang pekerjaan tidak hanya terhad kepada para pelumba TSG malah turut terbuka kepada semua khususnya anak jati negeri Terengganu itu sendiri. Kredit Foto – Facebook.com/aidit.nurfan

Terengganu Cycling Team (TSG) mengorak langkah apabila tidak hanya memfokuskan kepada kejayaan perlumbaan semata-mata. Terkini TSG telah merencanakan jaminan masa depan buat pelumba mereka yang rata-rata kini masih di usia muda. TSG melalui satu jalinan kerjasama bersama Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) telah berjaya menempatkan kerjaya buat pelumba – pelumba mereka.

Segala-galanya bermula pada 2016 setelah CEO TSG; Ahmad Farhan Abdul Wahab dan COO TSG; Nasiruddin Wan Idrus menyampaikan cadangan kepada Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Laut di pejabat Kementerian Pertahanan(MINDEF). Cadangan ini juga merupakan salah satu program di bawah struktur organisasi dalam program transformasi TSG yang diperkenalkan.





Pelumba - pelumba profesional Terengganu Cycling Team (TSG) menjawat selaku anggota Tentera Laut Diraja Malaysia. Kredit Foto - Instagram.com/lakassek_wendish
Pelumba – pelumba profesional Terengganu Cycling Team (TSG) menjawat selaku anggota Tentera Laut Diraja Malaysia. Kredit Foto – Instagram.com/lakassek_wendish

Hasil dari perbincangan tersebut, pelumba Mohd Harrif Salleh, Mohd Zamri Salleh, Afiq Huznie Othman dan Irwandie Lakasek yang juga merupakan anak jati Terengganu telah terpilih sebagai anggota tetap pasukan tentera laut ini. Bakat pelumba-pelumba ini juga tidak disia-siakan begitu sahaja apabila TLDM turut membentuk pasukan lumba basikal untuk berentap dalam beberapa kejohanan yang disertai.

Malah di dalam cabang perkhidmatan angkatan tentera itu sendiri turut menganjurkan beberapa kejohanan sukan lain menjadi faktor mengapa atlet berkelayakkan diserap menjadi anggota tetap. Terkini, dikhabarkan Tentera Darat Diraja Malaysia juga turut telah mengambil seorang lagi pelumba TSG untuk diserap sebagai anggota penuh.

Muhammad Ashiq; Lagenda Pelumba Basikal Pakistan yang pernah beraksi di sukan Olimpik pada 1960 dan 1964 terpaksa menyara kehidupan sebagai pemandu beca. Beliau menghembuskan nafas terakhir di usia 83 tahun pada 11 Mac 2018. Kredit Foto - Pakistantoday.com.pk
Muhammad Ashiq; Lagenda Pelumba Basikal Pakistan yang pernah beraksi di sukan Olimpik pada 1960 dan 1964 terpaksa menyara kehidupan sebagai pemandu beca. Beliau menghembuskan nafas terakhir di usia 83 tahun pada 11 Mac 2018. Kredit Foto – Pakistantoday.com.pk

Perkembangan positif ini sudah pasti dapat memberi jaminan masa depan atlet yang seringkali terfikirkan kehidupan mereka selepas ini. Sebagai contoh bekas pelumba Pakistan yang beraksi di sukan Olimpik pada 1960 dan 1964; Muhammad Ashiq terpaksa menyara diri sebagai pemandu beca roda tiga di Lahore setelah menamatkan kareer sebagai pelumba profesional. Beliau yang baru meninggal dunia di usia 83 tahun pada 11 Mac 2018 yang lalu terpaksa menempuh kehidupan yang sukar setelah tidak beraksi sebagai pelumba mahupun atlet sukan.

Pelumba profesional Terengganu Cycling Team (TSG); Mohd Hariff Saleh juga turut menjawat selaku anggota Tentera Laut Diraja Malaysia. Kredit Foto - Instagram.com/harrif_saleh
Pelumba profesional Terengganu Cycling Team (TSG); Mohd Harrif Saleh juga turut menjawat selaku anggota Tentera Laut Diraja Malaysia. Kredit Foto – Instagram.com/harrif_saleh

“Sememangnya minat saya dari kecil untuk menjadi anggota tentera. Alhamdullilah, apa yang diinginkan menjadi kenyataan malah saya masih lagi sebagai atlet pelumba basikal. Terima kasih kepada pihak TSG yang memberi peluang. Saya amat berharap agar peluang ini turut diberikan kepada pelumba-pelumba lain di negeri ini.” ujar Harrif Saleh sewaktu dihubungi.

Harrif Saleh juga turut menzahirkan tanda penghargaan kepada pihak TLDM di atas ruang dan peluang yang diberikan untuk beliau meneruskan kayuhan dalam perlumbaan. Komitmen sebagai anggota tentera tidak memadamkan profesion buat beliau sebagai pelumba basikal malah terus menerima sokongan jitu dari pihak majikan.

Terengganu Cycling Team tidak hanya memfokuskan sebagai kelab basikal profesional semata-mata malah turut mengembangkan cabang perkhidmatan.
Terengganu Cycling Team tidak hanya memfokuskan sebagai pasukan basikal profesional semata-mata malah turut mengembangkan lain-lain cabang perkhidmatan.

Manakala COO TSG; Nasiruddin Wan Idrus turut berkata “Hasrat TSG tidak hanya membuka peluang kepada pelumba-pelumba TSG semata-mata. Malah pelumba-pelumba yang beraksi di peringkat negeri mahupun di temasya SUKMA juga akan diberikan peluang. TSG juga tidak hanya memfokuskan peluang kerjaya para pelumba di dalam ATM mahupun sebarang agensi kerajaan yang lain malah turut menawarkan peluang kerjaya di dalam lain-lain cabang perkhidmatan di bawah TSG. Sebagai contoh, TSG juga turut mempunyai koperasi – TSG Corp yang kini sudah memberi peluang pekerjaan kepada anak negeri Terengganu ini.”

PenyuSukan turut difahamkan peluang pekerjaan ini tidak hanya terhad kepada para pelumba mahupun ahli keluarga di dalam TSG malah turut terbuka kepada semua orang ramai khususnya anak jati negeri Terengganu itu sendiri.

KEJOHANAN KUDA LASAK PIALA SULTAN MIZAN 2024
24 OKTOBER 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

december, 2024

14decalldayINTERNATIONAL GOLDEN MONSOON RIDE 2024

20decalldayRTES ENDURANCE RIDE

27decalldayMalaysia Iconic Rally Championship 2024 - Pusingan Kedua

X