
Pasukan ragbi lelaki dan wanita Terengganu kini layak untuk mara ke pusingan suku akhir kejohanan di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19 setelah seharian berentap hebat di hari pertama kejohanan. Pada perlawanan pembukaan kontijen Terengganu Hanelang bagi sukan ragbi ini telah didahului oleh pasukan wanita yang berjaya mengikat Johor untuk memperolehi keputusan seri 05-05. Manakala pasukan lelaki tewas tipis kepada penyandang juara temasya SUKMA iaitu Kelantan berkesudahan 17-19.
Pasukan lelaki negeri ini yang beraksi dalam kumpulan A bersama dengan pasukan negeri Kelantan kini layak untuk mara ke pusingan seterusnya manakala Johor dan Melaka terkandas di dalam kumpulan ini. Skuad lelaki Terengganu Hanelang yang beraksi dalam kumpulan maut di peringkat kumpulan ini telah mencatatkan 2 kemenangan dan 1 kekalahan dalam aksi 3 perlawanan di hari pertama kejohanan. Untuk rekod, pasukan negeri Kelantan merupakan penyandang juara bagi temasya ini setelah kali terakhir acara ini dipertandingkan pada tahun 2013 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Pasukan Kelantan juga merupakan di antara disebut menjadi pasukan pilihan untuk mara ke pusingan akhir kejohanan temasya kali ini.
Berbeza dengan skuad wanita Terengganu Hanelang di mana rezeki masih berpihak ditangan mereka untuk mara ke pusingan seterusnya mereka setelah mencatatkan keputusan seri dan tewas dalam 2 perlawanan peringkat kumpulan. Namun mereka harus bekeje keras dan memperbaiki segala kesilapan mereka demi memastikan misi mereka pulang dengan pingat tercapai. Pasukan ini dilihat mampu untuk membuktikan prestasi sebenar mereka setelah berjaya memberi tekanan kepada pasukan Johor dalam aksi perlawanan pembukaan mereka di mana pasukan wanita Johor turut menjadi sebutan sebagai pasukan wanita pilihan kejohanan memandangkan persiapan yang telah dilakukan. Namun rezeki sekadar mampu untuk mengikat perlawanan berkeputusan seri 05-05.
Perlawanan pusingan kedua peringkat suku akhir yang berlansung pada hari kedua kejohanan ini, pasukan lelaki dijadualkan untuk bertemu Perlis manakala pasukan wanita akan berentap bersama Selangor.
Hari Ke-2 Acara Sukan Ragbi Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19 (16 Sept | Ahad)
Suku Akhir (Wanita)
Suku Akhir 1: Sabah vs W. Persekutuan
Suku Akhir 2: Perak vs Johor
Suku Akhir 3: Sarawak vs Kedah
Suku Akhir 4: Selangor vs Terengganu
Separuh Akhir (Wanita)
Separuh Akhir 1 vs Separuh Akhir 2
Separuh Akhir 3 bs Separuh Akhir 4
Suku Akhir (Lelaki)
Suku Akhir 1 : Terengganu vs Perlis
Suku Akhir 2 : W. Persekutuan vs Kedah
Suku Akhir 3 : Negeri Sembilan vs Selangor
Suku Akhir 4 : Perak vs Kelantan
Separuh Akhir (Lelaki)
Menang Separuh Akhir 1 vs Menang Separuh Akhir 2
Menang Separuh Akhir 3 bs Menang Separuh Akhir 4


Pasukan ragbi wanita Terengganu bermula dengan baik dalam perlawanan pertama mereka setelah berjaya mengikat pasukan pilihan kumpulan C iaitu pasukan Johor. Johor diantara pasukan ragbi wanita yang menjadi sebutan bagi sepanjang temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 namun seolah olah hilang rentak di atas padang menyaksikan penguasaan penuh oleh pasukan Terengganu. Hampir 4 minit separuh masa pertama Johor masih gagal untuk membawa bola keluar dari kawasan pertahanan mereka.










Judoka-judoka Terengganu Hanelang semestinya tidak pernah mengecewakan setiap kali bertanding di peringkat kebangsaan mahupun di antarabangsa. Pada Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19 ini sebanyak 13 pingat terkumpul berjaya dihadiahkan kepada kontijen negeri ini sekaligus menjadikan kontijen negeri pemungut pingat terbanyak dalam sukan ini. Persiapan pasukan yang dibuat sejak sekian lama memastikan pentas SUKMA Perak 2018 ini direntap sehabis-habisan memandangkan kali terakhir dipertandingkan adalah pada SUKMA Kuala Lumpur 2013 edisi ke-16.


Anak jati Kemamanan yang juga pelumba kebangsaan; Nur Aisyah Mohamad Zubir mencipta sensasi di litar Arena Square, Batu Kurau setelah berjaya menggenggam erat pingat emas pertama di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 untuk kontijen Terengganu Hanelang. Malah mencipta hatrik berturut-turut sejak kayuhan di SUKMA Perlis 2014 untuk mengumpul ketiga-tiga pingat emas dalam acara ujian masa individu (lebuhraya) ini. Kayuhan padu sejauh 30km berjaya ditamatkan dengan catatan masa 44 minit 57.316 saat memberi jurang 26.362 saat kepada pemenang pingat perak.

Atlet wushu negeri Terengganu yang berusia 16 tahun; Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua tidak menyangka tuah menjadi penyumbang pingat pertama buat kontijen negeri ini apabila tidak meletakkan sebarang sasaran pingat bagi temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 ini. Perbezaan tipis 0.1 mata menjarakkan tuah untuk meraih pingat emas apatah lagi perbezaan 0.02 mata untuk merangkul pingat perak. Kejayaan tanpa disangka meraih pingat gangsa dalam acara Jianshu (pedang) di hari pertama kejohanan wushu ini sudah pasti menjadi pembakar semangat buat atlet muda ini dan seluruh pasukan.





Terengganu Hanelang bermula dengan langkah kanan apabila memperolehi kemenangan sulung dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan acara bola sepak setelah menewaskan pasukan Johor berkesudahan 2 berbalas 1 gol di Stadium Universiti Pendidikan Sultan Idris, Kampus Sultan Azlan Shah. Menambah manis apabila gol pembukaan juga menjadi milik pasukan Terengganu Hanelang di minit ke-28 separuh masa pertama yang disempurnakan oleh pemain Mohammad Ridzuan bin Mohd Razali.




















Pencapaian demi pencapaian terus dirangkul oleh Persatuan Judo Negeri Terengganu(TEJA) sekaligus meletakkan satu tanda aras yang amat membanggakan buat persatuan ini. Terkini persatuan ini telah dinobatkan selaku Persatuan Sukan Terbaik dalam majlis Anugerah Sukan Terengganu 2017 (AST) yang telah berlansung penuh gemilang. Kejayaan ini sekaligus berjaya mengetepikan beberapa persatuan sukan lain yang turut hebat di negeri ini.









Persatuan Kanu Negeri Terengganu kini melangkah usia ke 25 tahun setelah ditubuhkan pada 23 Jun 1993 dan terus dinamik walaupun menempuh pelbagai cabaran perit getir. Sehingga ke hari ini masih terus giat melatih anak-anak Terengganu untuk memberi peluang kepada mereka untuk bertanding di peringkat lebih tinggi. Untuk rekod, sehingga ke hari ini seramai 62 atlet terdiri dari 42 atlet lelaki dan 20 atlet wanita bernaung di bawah persatuan ini yang sentiasa dahagakan untuk menyertai sebarang kejohanan yang bakal dianjurkan.








