
Anak jati Kemamanan yang juga pelumba kebangsaan; Nur Aisyah Mohamad Zubir mencipta sensasi di litar Arena Square, Batu Kurau setelah berjaya menggenggam erat pingat emas pertama di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 untuk kontijen Terengganu Hanelang. Malah mencipta hatrik berturut-turut sejak kayuhan di SUKMA Perlis 2014 untuk mengumpul ketiga-tiga pingat emas dalam acara ujian masa individu (lebuhraya) ini. Kayuhan padu sejauh 30km berjaya ditamatkan dengan catatan masa 44 minit 57.316 saat memberi jurang 26.362 saat kepada pemenang pingat perak.
Menambah manis buat kontijen Terengganu Hanelang, pingat perak juga turut dirangkul oleh rakan sepasukan Nurul Najihah Inani binti A Aziz yang menamatkan masa kayuhan 47 minit 30.954 saat berjaya menafikan pelumba Yeong Zhen Yi dari Wilayah Persekutuan yang meraih pingat gangsa.

“Bukan mudah untuk saya berada pada prestasi terbaik ini. Saya berusaha keras menjalani latihan intensif siang dan malam selama sebulan dalam memastikan saya betul-betul bersedia. Ternyata pengorbanan ini amat berbaloi,” kata Nur Aisyah kepada Bernama.
Kejayaan Nur Aisyah Mohamad Zubir ini juga sekaligus meletakkan beliau satu-satunya di antara pelumba basikal wanita yang berjaya meraih tiga pingat emas dalam tiga edisi penganjuran SUKMA berturut-turut. Pada edisi SUKMA 2016, beliau berjaya meraih 5 pingat emas dalam acara acara ujian masa individu dan berpasukan, lepas beramai-ramai individu dan berpasukan serta kriterium.
Untuk edisi SUKMA 2018 ini beliau meletakkan sasaran 7 pingat emas untuk memperbaiki rekod pencapaian edisi lalu.
Keputusan penuh sila muat turun – http://penyusukan.com/download/SUKMA2018/Basikal/20180912-PenyuSukandotcom-SukanMalaysiaSUKMAPerak2018_TerengganuHanelang-Basikal_KeputusanAkhir_AcaraUjianMasaIndividu-ITT.pdf
















