August 21st, 2018731
Akademi Penyu Emas yang telah ditubuhkan sejak 2017 merupakan pelopor dalam penubuhan akademi sukan bowling di negeri Terengganu ini. Mensasarkan pelatih seawal usia 9 tahun sejajar dengan objektif penubuhan untuk mewujudkan program pembangunan sukan bowling di negeri ini dan pada yang sama untuk melahirkan pelapis atlet yang...
August 16th, 2018501
Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Negeri Terengganu Gong Badak yang baharu siap sepenuhnya dinaik taraf bakal menerima kunjungan pemain-pemain profesional dan amatur boling padang dari beberapa negara Asia untuk merebut kejuaraan sulung Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Malaysia Regu Campuran Asia (Asian Lawn Bowls Beautiful...
August 13th, 2018886
Eddyna Nasuhar binti Zainal Abidin atau lebih mesra dikenali sebagai Dyna kini mula mendapat perhatian dalam arena basikal lasak BMX setelah mempertahankan Kejuaraan BMX Kebangsaan buat kali ke-3 berturut-turut. Anak jati Dungun ini berjaya menafikan pelumba dari negeri Selangor yang berada di tempat kedua dan pelumba dari Johor di...
August 13th, 2018469
Haji Rahman Dato' Haji Sidek selaku ketua jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri memuji perkembangan bakat-bakat pemain muda di negeri Terengganu ini. Beliau yang sekali lagi hadir untuk mengetuai program jelajah pencarian bakat memberi gambaran sedemikian setelah melihat potensi yang ada di kalangan peserta program ini. Program Kem...
August 12th, 2018680
Program tahunan Kem Bakat Badminton Kementerian Belia dan Sukan di bawah kendalian Kelab Badminton Nusa Mahsuri sekali lagi menjadikan negeri ini sebagai destinasi ke-7 pada tahun ini sebelum meneruskan pencarian bakat ke negeri seterusnya. Program yang kini berusia 22 tahun sejak pertama kali dianjurkan pada tahun 1996 kian matang...
August 11th, 2018649
Walaupun skuad catur Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu (MSSN Terengganu) bukan pasukan pilihan untuk mendominasi Kejohananan Catur Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2018 namun berjaya meletakkan skuad ini dalam kedudukan 10 terbaik merupakan satu pencapaian terbaik setakat ini. Berbanding pada edisi lalu skuad ini hanya...
August 11th, 2018478Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu(JBSN Terengganu) yang terletak di Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu kira-kira 4km dari bandaraya mempunyai pelbagai fasiliti untuk disewakan kepada orang ramai. Selain fasiliti padang bola sepak, sepak takraw, bola jaring, futsal dan dewan badminton malah bilik kuliah turut ditawarkan adalah...
August 9th, 2018364
"The Pocket Rocketman"; Azizulhasni Awang hari ini membidas laporan tidak masuk akal oleh sebuah akhbar tempatan yang membawa maksud beliau bakal menghadapi laluan sukar ke temasya Olimpik 2020 nanti. Bidasan yang dibuat melalui laman sosial - Instagram milik pelumba ini juga dengan lantang turut mempersoalkan tindakan Presiden...
August 8th, 2018553
Majlis Perbandaran Dungun dengan kerjasama Persatuan Lumba Basikal Terengganu dan kelab-kelab basikal lasak di negeri ini bakal menganjurkan Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018 pada 18 Ogos 2018 ini. Dua kategori mengikut jantina membabitkan sebanyak 12 acara pelbagai peringkat umur bakal dipertandingkan. Kejohanan ini juga...
August 7th, 2018638
Pasukan tuan rumah iaitu Politeknik Kuala Terengganu (PKT) dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) menguasai kejuaraan Karnival Sukan Pantai dan Indoor Games Politeknik Malaysia 2018. PKT yang telah merangkul 3 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa sekali gus membawa pulang Piala Sumbangan Hajah Radiah Che Su untuk dinobatkan...
August 6th, 2018572
Skuad Catur Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu (MSSNT) meletakkan sasaran podium bagi Kejohananan Catur Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2018 yang kini berlansung di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu. Walaupun sekian lama masih berhempas pulas berentap bersama pasukan - pasukan yang mempunyai nama besar dalam...
August 5th, 2018609
Seramai 576 pencatur terdiri daripara pelajar sekolah seluruh negara telah berkampung di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu untuk memburu kejuaraan Kejohananan Catur Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2018. Kontijen dari negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak juga turut menyertai kejohanan yang...
August 1st, 2018560
Kontijen sukan berpasukan Majlis Sukan Negeri Terengganu dalam misi "Win Back Mission" ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA Perak 2018) di Perak nanti dilihat bakal menerima cabaran yang seimbang. Berbekalkan persiapan rapi sejak sekian lama dengan beberapa kejohanan kebangsaan dan antarabangsa yang telah disertai selama ini sedikit...
July 27th, 2018796
Berbaki kurang dari 50 hari menjelang temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 kini skuad ragbi wanita negeri Terengganu telah memasuki fasa akhir persiapan pasukan. Skuad penyu yang mula dibentuk pada hujung tahun 2017 kini telah bersiap sedia untuk memastikan mereka pulang dengan pingat kemenangan. Rata-rata pemain dalam pasukan...
July 26th, 2018412
Singapore, Thailand, Somalia, Yemen, United Kingdom, India, China dan New Zealand di antara negara-negara yang telah mengesahkan untuk memberi cabaran dalam Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2018(LAJSM2018). Penganjuran yang pertama kali diadakan pada tahun 2009 saban tahun kian berjaya untuk menarik atlet-atlet antarabangsa...
July 24th, 2018449
Pasukan tenpin boling Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Cawangan Terengganu(MSKPP Terengganu) optimis untuk merampas kejuaraan sekali gus menjadi juara keseluruhan seperti mana pernah dikecapi pada 2016 lalu. Setelah akur menerima kekalahan pada edisi lalu, MSKPP Terengganu giat memperkasakan pasukan untuk...
July 23rd, 2018756
Muncul juara buat kali ke-5 sekaligus mengukuhkan dominasi pasukan ragbi Kolej Vokasional Wakaf Tembesu(KV Wakaf Tembusu) selaku kuasa besar dalam sejarah penganjuran di Kejohanan Vokasional Teknik (VOKTEK 7s). Terkini pasukan pelajar kolej vokasional yang rata-rata dibarisi anak-anak muda di bawah usia 18 tahun berjaya menewaskan...
July 22nd, 2018436
TOYOTA GAZOO Racing (TGR) Racing Festival musim ke-2 menjadikan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak sebagai venue pembuka kalendar perlumbaan mereka yang akan berlansung pada 3 & 4 Ogos 2018 nanti. 3 kategori perlumbaan Vios Challenge iaitu Promotional Class, Sporting Class dan Super Sporting Class bakal menjadi acara...
July 15th, 2018420
Lebih 1,500 tetamu telah hadir untuk memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Majlis Sukan Negeri Terengganu 2018M/1439H yang telah berlansung di Gelanggang Serbaguna Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) pada 12 Julai yang lalu. Tuan rumah yang diketuai oleh Encik Ibni Amin Busu selaku Pengarah bersama ahli keluarga MSNT yang...
July 8th, 2018585
Kejohanan Tenpin Boling Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu(MSST) 2018 menyaksikan penguasaan sepenuhnya pasukan Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Terengganu(MSSD KT) untuk dinobatkan selaku juara peringkat negeri Terengganu. 4 pingat emas, 2 pingat perak, 5 pingat gangsa dan 1 pingat tempat ke-4 menjadikan kesemuanya 12 pingat...
June 26th, 2018557
Skuad basikal lasak ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 mempunyai misi berganda yang perlu diselesaikan bermatian-matian. Mempertahankan pingat emas yang berjaya dirangkul pada SUKMA edisi lalu di Sarawak dan juga memastikan kontijen Terengganu menyelesaikan misi 'Win Back Mission' yang menjadi agenda utama di Perak nanti....
June 11th, 2018911
Terengganu Cycling Team (TSG) mengorak langkah apabila tidak hanya memfokuskan kepada kejayaan perlumbaan semata-mata. Terkini TSG telah merencanakan jaminan masa depan buat pelumba mereka yang rata-rata kini masih di usia muda. TSG melalui satu jalinan kerjasama bersama Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) telah berjaya menempatkan...
June 9th, 2018419
Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) di antara persatuan sukan negeri ini yang memerlukan kesinambungan sokongan dari pihak kerajaan negeri Terengganu baharu setelah Pilihan Raya Umum ke-14 baru-baru ini. PRNT yang diketuai oleh Presiden Persatuan Ragbi Terengganu; Amir Amri Mohamad bersama ahli jawatankuasa persatuan yang lain...
May 29th, 2018371
Esports Malaysia Terengganu(ESM Terengganu) meraih pengalaman besar apabila berjaya merangkul tempat ke-3 di Kejohanan Sukan Elektronik Kebangsaan 2018 yang telah berlansung di NaGaming Esports Studio, Kuala Lumpur pada 26 Mei lalu. Kejohanan dianjurkan oleh Persatuan Sukan Elektronik Malaysia(eSports Malaysia) turut mendapat...
May 23rd, 2018601
8 anak muda dari daerah Dungun, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu melengkapkan 4 pasukan yang bakal berentap di Kuala Lumpur pada 26 Mei untuk pemilihan atlet sukan elektronik kebangsaan di pentas Sukan Asia 2018 nanti. Setiap pasukan ini bakal berentap untuk permainan Pro Evolution Soccer yang menjadi salah satu sukan...
May 22nd, 2018417
YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang baru dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu telah melakukan kunjungan rasmi bertemu warga kerja Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT). Kunjungan beliau bersama timbalan pengerusi YB Ustaz Hishamuddin telah disambut mesra oleh...
May 16th, 20181752
Rentetan perubahan kuasa kerajaan negeri Terengganu setelah tamatnya Pilihan Raya Umum ke-14 baru-baru ini, berkuat kuasa pada 16 Mei 2018 YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah kini menggantikan YB Dato' Rozi Mamat untuk menggalas tugas selaku exco sukan di negeri ini.
YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah kini secara rasmi dilantik untuk...
May 3rd, 2018607
Pelumba Takase Tanaka & Shuma Kobayashi dari negara matahari terbit mengambil alih sepenuhnya Litar Motocross Kompleks Sukan Gong Badak untuk muncul juara dalam Kejuaraan Motocross Asia 2018 bagi kategori MX2 yang telah berlansung pada 26 hingga 28 April lalu. Walaupun berhadapan dengan cuaca tidak menentu dan panas terik di hari...
April 24th, 2018517
Persatuan Judo Negeri Terengganu(TEJA) sekali lagi meneruskan kecemerlangan pencapaian apabila warga persatuan termasuk para jurulatih dan atlet telah dianugerahkan insentif kemenangan oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) dalam satu majlis baru-baru ini. Insentif kemenangan ini adalah sebagai tanda penghargaan dan dorongan buat...
April 23rd, 2018706
Litar Motocross Kompleks Sukan Gong Badak sekali lagi mendapat kepercayaan penganjuran Kejuaraan Motocross Asia 2018 untuk kali ke-6 bakal berlansung pada 26 hingga 28 April ini. Perlumbaan ini juga turut mendapat pengiktirafan dari pihak FIM(Fédération Internationale de Motocyclisme) selaku badan induk sudah pasti bakal mempamerkan...
April 12th, 2018465
Pencapaian demi pencapaian terus dirangkul oleh Persatuan Judo Negeri Terengganu(TEJA) sekaligus meletakkan satu tanda aras yang amat membanggakan buat persatuan ini. Terkini persatuan ini telah dinobatkan selaku Persatuan Sukan Terbaik dalam majlis Anugerah Sukan Terengganu 2017 (AST) yang telah berlansung penuh gemilang. Kejayaan...