118 ‘Bowlers’ Asia Berkampung Di Gong Badak

Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Malaysia Regu Campuran Asia (Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018) berlansung pada 25 hingga 28 Ogos 2018 bertempat di Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Negeri Terengganu Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu
Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Malaysia Regu Campuran Asia (Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018) berlansung pada 25 hingga 28 Ogos 2018 bertempat di Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Negeri Terengganu Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Negeri Terengganu Gong Badak yang baharu siap sepenuhnya dinaik taraf bakal menerima kunjungan pemain-pemain profesional dan amatur boling padang dari beberapa negara Asia untuk merebut kejuaraan sulung Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Malaysia Regu Campuran Asia (Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018). Sebanyak 11 pasukan terdiri daripada negara China, Hong Kong, Korea, Macau, Pakistan, Sri Lanka, Filipina, Brunei, Thailand, Singapura dan 2 pasukan tuan rumah termasuk pasukan dari negeri Terengganu bakal berentap pada 25 hingga 28 Ogos nanti.

Pasukan negeri Terengganu merupakan satu-satunya pasukan yang mewakili negeri akan dibarisi oleh para pemain yang bakal bertanding dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di Perak nanti. Seramai 118 peserta termasuk atlet termasuk pegawai pasukan akan berentap selama 4 hari dalam kejohanan peringkat Asia ini untuk membawa pulang trofi, medal dan hadiah wang tunai di mana sebanyak RM 14,000.00 hadiah keseluruhan ditawarkan.

Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail yang juga Naib Presiden Lawn Bowls Asia. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail yang juga Naib Presiden Lawn Bowls Asia. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Kejohanan ini merupakan salah satu siri penganjuran dalam Asia yang sering menjadi tumpuan bagi pasukan bertanding untuk memperbaiki kedudukan dunia semasa. Gelanggang sedia ada telah dinaik taraf untuk penganjuran ini malah kami juga dalam usaha mendapatkan pengiktirafan dari badan induk antarabangsa untuk diberi status antara gelanggan terbaik di dunia. Oleh yang sedemikian melalui sukan ini juga secara tidak lansung mampu untuk menjana industri perlancongan di negeri ini.”; ujar Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail yang juga Naib Presiden Lawn Bowls Asia.

Beliau juga turut menzahirkan tanda terima kasih dalam majlis sidang media ini kepada kepimpinan kerajaan negeri yang baharu kerana meneruskan program kejohanan ini seperti mana yang telah dirancang oleh kerajaan negeri terdahulu. Turut hadir di majlis sidang media ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan timbalannya Hishamuddin Abdul Karim dan Pengarah Majlis Sukan Negeri, Ibni Amin Busu.

Dari kiri - Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Hishamuddin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Dari kiri – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Hishamuddin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Penganjuran ini juga turut dilihat mampu untuk memberi pengalaman besar kepada Persatuan Lawn Bowls Terengganu khususnya dalam aspek pengurusan dan penganjuran kejohanan antarabangsa. Terengganu juga turut merupakan antara kuasa besar sukan ini di mana sering mencipta nama sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Malah dengan penyertaan pasukan SUKMA dari negeri ini juga secara tidak lansung menjadi pentas pemanas badan yang terbaik untuk berentap dengan pasukan dari pelbagai negara.

Kejohanan boling padang antarabangsa ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu sepenuhnya dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu, Persatuan Lawn Bowls Terengganu dan Persekutuan Lawn Bowls Malaysia. Kejohanan ini juga bakal merasmikan gelanggang yang baharu siap dinaik taraf bernilai RM 6 juta di mana sebelum ini menjadi venue SUKMA Terengganu 2008.

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

june, 2023

02junalldayTi-SAIL CUP PRIX L02/2023

03junalldayKejuaraan BMX Remaja Sirkit 3

14junalldayKejohanan Memanah Terbuka PKS UniSZA 2023 Edisi Ke-7

24junalldayKejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 4

X