
Majlis Sukan Negara (MSN) kini mengorak langkah dengan mengiktirafkan sukan elektronik sebagai salah satu sukan yang harus diberikan perhatian. Pada 12 Disember lalu, Menteri Belia dan Sukan, YB Brig Jen Khairy Jamaluddin mengumumkan Majlis Sukan Negara (MSN) akan menubuhkan satu unit khas bagi memberi tumpuan kepada sukan elektronik di negara ini. Unit Khas ini akan diletakkan di bawah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara.
Menurut Khairy, pihak MSN yang diketuai oleh Dato’ Ahmad Shapawi Ismail selaku ketua pengarah akan ditugaskan untuk mencari pegawai-pegawai yang pakar untuk berinteraksi komuniti sukan ini sekali gus memperkasakan unit khas ini. Sukan ini merupakan satu bentuk sukan baru yang harus diberi perhatian setelah mendapat pengiktirafan Majlis Olimpik Asia (OCA). Keputusan ini secara tidak lansung memberi gambaran persediaan membentuk pasukan kebangsaan untuk berlatih menghadapi Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China dan Sukan Olimpik 2024.
“Ini adalah realiti. Sukan elektronik ini sudah diiktiraf sebagai satu sukan dan kita tak boleh ketinggalan. Saya difahamkan kita ada atlet E-Sukan yang bertaraf dunia jadi mungkin kita boleh libatkan mereka di dalam unit itu”, ujar Menteri Belia dan Sukan, YB Brig Jen Khairy Jamaluddin.
Pengiktirafan sukan baru ini sudah pasti MSN akan memberikan peruntukan serta bantuan secukupnya untuk pembangunan sukan ini di negeri-negeri di dalam Malaysia ini untuk persediaan Sukan Asia 2022 dan Sukan Olimpik 2024. Sukan ini juga dikhabarkan turut bakal menjadi sukan demonstrasi Sukan Asia Ke-18 di Jakarta dan Palembang, Indonesia pada tahun ini.


Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan RM112.2 juta untuk sektor sukan bagi negeri ini ketika membentangkan Bajet 2018 pada Sidang Dewan Undangan (DUN) baru ini. Peruntukkan tersebut diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman turut menjelaskan jumlah tersebut adalah termasuk untuk program latihan intensif berserta aksi persahabatan yang kompetitif, pembangunan infrastruktur di negeri ini dan juga program untuk rakyat Terengganu.
PenyuSukan.com(Penyu Sukan) adalah sebuah platform arkib berita sukan yang memfokuskan segala perkembangan sukan yang berlansung di dalam negeri Terengganu Darul Iman ini. Penyu Sukan juga akan berusaha termampu untuk merantau ke seluruh negeri Terengganu ini bagi menyampai segala maklumat perkembangan sukan termasuk penganjuran sukan yang di jalankan di negeri ini. Selain dari itu juga akan turut memaparkan berita-berita perkembangan sukan lain di dalam tanah air mahupun di luar negara.