Ragbi Perlukan Kesinambungan Sokongan Kerajaan Negeri

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah(tiga dari kiri) bersama jawatankuasa Persatuan Ragbi Negeri Terengganu. Kredit Foto - Facebook.com/PRAGBINT
Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah(tiga dari kiri) bersama jawatankuasa Persatuan Ragbi Negeri Terengganu. Kredit Foto – Facebook.com/PRAGBINT

Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) di antara persatuan sukan negeri ini yang memerlukan kesinambungan sokongan dari pihak kerajaan negeri Terengganu baharu setelah Pilihan Raya Umum ke-14 baru-baru ini. PRNT yang diketuai oleh Presiden Persatuan Ragbi Terengganu; Amir Amri Mohamad bersama ahli jawatankuasa persatuan yang lain melakukan kunjungan hormat menemui Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah di Wisma Darul Iman pada 7 Jun lepas.

Kunjungan tersebut demi menyampaikan hasrat persatuan untuk memohon peruntukan bagi membiayai persiapan pasukan di peringkat kebangsaan khususnya Kejohanan Ragbi Piala Agong bagi musim 2018 yang bakal menjelang tiba. Pada edisi lalu dikhabarkan sebanyak RM 220,000.00 telah dibelanjakan untuk persiapan pasukan di mana sebahagian dari jumlah itu sebanyak RM 60,000.00 adalah sumbangan dari Majlis Sukan Negeri Terengganu.





Bagi saingan musim ini dijangka YM Tuanku Raja Muda Terengganu; Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin bakal kembali menyarung jersi pasukan setelah membuat penampilan pertama kali pada tahun lalu. Pada edisi lalu, pasukan negeri ini telah mara ke pusingan akhir bertemu pasukan Johor namun tewas dengan kutipan mata 32 berbalas 29. Selain itu, PRNT juga turut menyampaikan hasrat agar Stadium Mini Gong Badak dipertingkatkan fasiliti stadium untuk kemudahan bagi pasukan yang bertanding seperti bilik persalinan dan perubatan, tempat duduk VVIP dan juga lain-lain keperluan untuk penganjuran kejohanan.

Pada masa yang sama juga pihak persatuan turut memaklumkan perkembangan terkini persiapan pasukan lelaki dan wanita dalam misi untuk memburu pingat emas di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di Perak nanti. Untuk rekod, sepanjang bulan Ramadhan ini juga pasukan ragbi 7 sepasukan untuk ke SUKMA nanti giat meneruskan latihan pada sebelah malam di Stadium Mini Gong Badak manakala bagi pasukan wanita menjalankan sesi latihan di Lembah Klang.

Presiden Persatuan Ragbi Terengganu; Amir Amri Mohamad(kiri) bersama Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dalam pertemuan mereka di Wisma Darul Iman. Kredit Foto - Facebook.com/PRAGBINT
Presiden Persatuan Ragbi Terengganu; Amir Amri Mohamad(kanan) bersama Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dalam pertemuan mereka di Wisma Darul Iman. Kredit Foto – Facebook.com/PRAGBINT

“Satu kunjungan positif buat persatuan ragbi negeri ini. Sememangnya kami amat memerlukan sokongan dari pihak kerajaan negeri khususnya dalam persiapan pasukan di peringkat kebangsaan nanti. Sasaran kami untuk menghadiahkan kejuaraan pertama kali dalam saingan Piala Agong edisi ke-36 dan pingat emas di SUKMA nanti kepada kerajaan negeri Terengganu baharu ini”, ujar Presiden Persatuan Ragbi Terengganu yang turut menyandang Naib Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia; Amir Amri Mohamad

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

april, 2024

No Events

X