
Kem olahraga kontijen Terengganu Hanelang akhirnya menutup tirai kejohanan dengan kutipan empat pingat emas dan empat pingat gangsa sepanjang 4 hari kejohanan bermula pada 17 September hingga 20 September 2018 bagi acara balapan dan padang yang telah berlansung di Stadium Perak, Ipoh. Walaubagaimanapun satu rekod kejohanan telah diperbaharui oleh pelari pecut Azreen Nabila binti Alias mencipta sensasi penganjuran temasya SUKMA Perak 2018 sekaligus berjaya meletakkan penanda aras terkini buat sukan ini.
Pingat emas pertama dalam kejohanan balapan buat kontijen negeri Terengganu ini sekaligus mengemaskini rekod kejohanan yang telah ditempa oleh Azreen Nabila dalam acara 100 meter wanita yang telah berlansung pada hari kedua kejohanan. Dua lagi pingat gangsa telah disumbang oleh Muhammad Zulfiqar bin Ismail yang beraksi dalam acara 100 meter lelaki dengan catatan masa 10.460 dan Tuan Juliana binti Tuan Hassan bagi acara lompat tinggi wanita.

Kuartet Terengganu Hanelang lelaki dan wanita bagi acara 4 x 100m Lari Berganti juga turut menceriakan kem olahraga kontijen negeri Terengganu apabila berjaya seiring untuk meraih pingat emas. Bagi acara 400m Lari Berpagar Lelaki Akhir, Ruslem Zikry Putra bin Roseli telah menyumbangkan pingat gangsa menutup pungutan pingat di hari ke-3 kejohanan.
Hari terakhir kejohanan bagi acara balapan dan padang ini, Azreen Nabila binti Alias kembali mencipta sensasi apabila menambah kutipan pingat emas buat kontijen negeri ini setelah mengungguli acara 200 meter wanita akhir. Skuad Terengganu Hanelang bagi acara 4 x 400m Lari Berganti Lelaki juga turut tidak ketinggalan untuk meraih pingat gangsa dengan catatan masa 03:15.480 .
- Skuad 4 x 100 m Lari Berganti Lelaki Terengganu Hanelang meraih pingat emas buat kontijen negeri Terengganu dengan catatan masa 40.210. Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
- Skuad 4 x 100 m Lari Berganti Wanita Terengganu Hanelang turut meraih pingat emas buat kontijen negeri Terengganu dengan catatan masa 47.010 . Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
- Catatan masa 24.760 saat dalam acara wanita 200 meter akhir milik pelari Terengganu Hanelang Azreen Nabila muncul juara sekali gus berjaya menafikan pelari Perak; Shereen Samson Vallabouy(kiri) dan Chelsea Cassionpea Evali Bopulas dari Sabah. Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
- Skuad 4 x 100 m Lari Berganti Wanita Terengganu Hanelang turut meraih pingat emas buat kontijen negeri Terengganu dengan catatan masa 47.010 . Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
- Catatan masa 24.760 saat dalam acara wanita 200 meter akhir milik pelari Terengganu Hanelang Azreen Nabila muncul juara sekali gus berjaya meraih dua pingat emas di sepanjang kejohanan di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 ini.. Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
- Aksi pelari pecut Terengganu; Azreen Nabila(tiga dari kiri) dengan catatan masa 11.81 saat mengungguli acara 100 meter wanita sekali gus berjaya memperbaharui rekod kejohanan yang berusia 10 tahun di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
- Pelompat tinggi wanita tunggal Terengganu Hanelang; Tuan Juliana bintin Tuan Hassan meraih pingat gangsa di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19 dengan kutipan mata 1.6300. Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
- Pelompat tinggi wanita Terengganu Hanelang; Tuan Juliana bintin Tuan Hassan(kanan) meraih pingat gangsa di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19 setelah dinafikan oleh Ngu Jia Xin(tengah) dari Perak dan Nini Sharmiza bintin Salim dari Johor. Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
- Pelari 400m Berpagar Lelaki Terengganu Hanelang; Ruslem Zikry Putra bin Roseli(dua dari kanan) meraih pingat gangsa di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19 dengan catatan masa 52.810. Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
- Pelari 400m Berpagar Lelaki Terengganu Hanelang; Ruslem Zikry Putra bin Roseli meraih pingat gangsa di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19 dengan catatan masa 52.810 setelah dinafikan oleh Quek Lee Yong(tengah) dari Sarawak dan pelari tuan rumah Muhd Naim bin Abdullah. Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
PINGAT EMAS
100m Wanita – Azreen Nabila binti Alias
4 x 100 m Lari Berganti Lelaki
4 x 100 m Lari Berganti Wanita
200m Wanita – Azreen Nabila binti Alias
PINGAT GANGSA
100m Lelaki – Muhammad Zulfiqar bin Ismail
Lompat Tinggi Wanita – Tuan Juliana binti Tuan Hassan
400 m Lari Berpagar Lelaki – Ruslem Zikry Putra bin Roseli
4 x 400m Lari Berganti Lelaki
Muat turun keputusan rasmi:
*Pungutan pingat oleh atlet negeri Terengganu sahaja
Olahraga 100 meter Lelaki Akhir –
http://penyusukan.com/download/SUKMA2018/Olahraga/20180918-KeputusanSUKMAPerak2018-KeputusanOlahraga-Lelaki100mAkhir.pdf
Olahraga 100 meter Wanita Akhir – http://penyusukan.com/download/SUKMA2018/Olahraga/20180918-KeputusanSUKMAPerak2018-KeputusanOlahraga-Wanita100mAkhir.pdf
Olahraga 200 meter Wanita Akhir – http://penyusukan.com/download/SUKMA2018/Olahraga/20180920-KeputusanSUKMAPerak2018-KeputusanOlahraga-Wanita200mAkhir.pdf
4 x 100 m Lari Berganti Lelaki Akhir –
http://penyusukan.com/download/SUKMA2018/Olahraga/20180919-KeputusanSUKMAPerak2018-Olahraga-4x100mLariBergantiLelaki-Akhir.pdf
4 x 100 m Lari Berganti Wanita Akhir –
http://penyusukan.com/download/SUKMA2018/Olahraga/20180919-KeputusanSUKMAPerak2018-Olahraga-4x100mLariBergantiWanita-Akhir.pdf
400 m Lari Berpagar Lelaki –
http://penyusukan.com/download/SUKMA2018/Olahraga/20180919-KeputusanSUKMAPerak2018-Olahraga-400mLariBerpagarLelaki-Akhir.pdf
4 x 400m Lari Berganti Lelaki –
http://penyusukan.com/download/SUKMA2018/Olahraga/20180920-KeputusanSUKMAPerak2018-Olahraga-4x400mLariBergantiLelaki-Akhir.pdf
Lompat Tinggi Wanita –
http://penyusukan.com/download/SUKMA2018/Olahraga/20180918-KeputusanSUKMAPerak2018-LompatTinggiWanita_Akhir.pdf