EastCoast Rallying Raih Juara Berganda Perbaiki Rekod

Pelumba Eastcoast Rallying Ir. Ts. Muhammad Syakirin Razaki(kiri) bersama pemandu arah pasukan Amir Izham setelah raih tempat pertama bagi kategori P10 Rally Sprint X-One yang telah berlangsung selama dua hari bermula pada 24 Februari sehingga 25 Februari 2024 bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang(MAEPS), Serdang.

Pasukan rali yang berpangkalan dari Kuala Terengganu, Eastcost Rallying membuka tirai kalendar perlumbaan musim ini dengan penuh bermakna setelah mengungguli di tempat pertama kategori P10 bagi aksi dua hari perlumbaan kejuaraan Rally Sprint X-One yang berakhir pada Ahad lalu di Malaysia Agro Exposition Park Serdang(MAEPS), Serdang.

Menambah sensasi buat pasukan, jentera Honda Jazz GE yang ditala sepenuhnya oleh R&R Sports Speed Garage selaku rakan teknikal Eastcost Rallying pada musim ini dilihat menjadi taruhan terbaik meraih momentum hari pertama perlumbaan dengan kelebihan 12 saat untuk masa keseluruhan 21 minit 21 saat di hadapan jentera rali Mitsubishi Evo 8 milik pasukan Marcars Motorsports bagi kategori P12 yang dipandu oleh lagenda sukan rali tanah air Karamjit Singh bersama pemandu arah Deveender Singh.





Pada hari kedua perlumbaan di atas litar berturap sepenuhnya, cuaca panas terik memberi cabaran tambahan  buat Eastcoast Rallying untuk menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 12 minit 4 saat sekaligus menghimpunkan masa keseluruhan setelah dua hari perlumbaan sebanyak 33 minit 25 saat.

Keputusan ini meletakkan Eastcoast Rallying di tempat pertama mencipta jurang 7 saat untuk menafikan Magnax Racing Team ditempat kedua dan tempat ketiga milik pasukan EZZ Machine dengan catatan masa 34 minit 1 saat bagi kategori P10 ini.

Pelumba Eastcoast Rallying Ir. Ts. Muhammad Syakirin Razaki(dua dari kiri) dan pemandu arah pasukan Amir Izham(tiga dari kiri) bersama kru pasukan setelah raih tempat pertama bagi kategori P10 Rally Sprint X-One yang telah berlangsung selama dua hari bermula pada 24 Februari sehingga 25 Februari 2024 bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang(MAEPS), Serdang.

Menambah keterujaan pada awal musim ini, Eastcoast Rallying yang dipacu oleh anak jati Kuala Terengganu Ir. Ts. Muhammad Syakirin Razaki bersama bersama jurupandu arah Amir Izham dari Kota Bharu turut meraih tempat ketiga bagi kategori keseluruhan pacuan dua roda(2WD) sekaligus meraih podium berganda yang menjadi momentum tambahan buat pasukan yang berpangkalan di Kuala Terengganu ini untuk terus memperbaiki rekod pencapaian musim lalu.

“Syukur Alhamdullilah satu momentum yang baik di awal musim buat Eastcoast Rallying di mana meletakkan misi pada tahun ini untuk memperbaiki rekod pencapaian kami berbanding musim lalu.

“Pada hari pertama perlumbaan,  kami tidak menjangkakan dengan kemampuan jentera kami berkapasiti CC kecil mampu untuk mendahului Mitsubishi Evo 8 yang dipandu oleh lagenda rali tanah air Karamjit Singh. Ianya satu motivasi yang baik untuk menamatkan perlumbaan pada hari kedua buat pasukan.

“Kami harapkan momentum kejayaan ini tidak hanya terhenti di sini sahaja di mana kami masih menyasarkan beberapa podium sepanjang musim ini.”, ujar pelumba Eastcoast Rallying Ir. Ts. Muhammad Syakirin Razaki.

Manakala buat pemandu arah Eastcoast Rallying Amir Izham menyifatkan keserasian yang telah terjalin sejak lama bersama rakan pasukan menjadi tambah nilai utama untuk meraih podium kali ini.

“Cabaran litar yang agak teknikal disediakan oleh penganjur bukan laluan mudah untuk diterjemahkan oleh pemandu arah kepada jurupandu pasukan yang mengendalikan jentera dalam tekanan yang cukup tinggi.

“Namun faktor keserasian yang telah terjalin sejak 2017 di antara kami memberi kelebihan buat Eastcoast Rallying untuk meraih podium kali ini.”, berkata pemandu arah pasukan Amir Izham yang juga merupakan pengasas bersama pasukan East Coast Rallying yang ditubuhkan pada 2017. Amir Izham juga merupakan seorang jurulatih sukan selam skuba bertauliah PADI turut pernah dinobatkan juara keseluruhan Kejuaraan Rali Malaysia (Kategori Junior) 2012 bersama pelumba Dinie Nazmi Abd Rahman.

Jentera Honda Jazz GE(kanan) yang dipacu oleh pasukan rali dari pantai timur, Eastcoast Rallying muncul juara bagi kategori P10 bersama jentera-jentera pasukan lain yang turut meraih podium di mana ke semua jentera perlumbaan ini mendapat sentuhan teknikal oleh R&R Sports Speed Garage.

Untuk rekod pada musim lalu di pentas Rally Sprint X-One,  East Coast Rallying menamatkan perlumbaan kategori P10 dengan catatan masa keseluruhan 37 minit 42 saat setelah mengharungi 3 perlumbaan(Leg) litar berturap meliputi 9 peringkat cabaran(SS) bagi jarak keseluruhan sejauh 24.43km.

Pada bagi musim ini bagi edisi ketiga penganjuran Rally Sprint X-One mempertaruhkan 8 peringkat cabaran(SS) dengan jarak keseluruhan sejauh 24.43km dalam dua hari perlumbaan bagi 5 kategori tumpuan dan 6 kategori lain yang dipertandingkan.

Rally Sprint X-One Pusingan 1 bagi tahun 2024 ini mempertaruhkan 8 peringkat cabaran(SS) dengan jarak keseluruhan sejauh 24.43km dalam dua hari perlumbaan bagi 5 kategori tumpuan dan 6 kategori lain yang dipertandingkan.


KEPUTUSAN RALLY SPRINT X-ONE

KELAS P10
#1 – EASTCOAST RALLYING – 0:33:25
#2 – MAGNAX RACING TEAM – 0:33:32
#3 – EZZ MACHINE – 0:34:01
#4 – R&R SPORTS SPEED GARAGE – 0:34:27
#5 – SIR 2 MOTORSPORTS – 0:34:50
#6 – DORIS RACING TEAM – 0:34:56
#7 – DARSA LUBE CONSORTIUM – 0:38:44

KATEGORI 2WD
#1 – MAGNAX RACING TEAM – 0:31:52
#2 – RACE RALLY KL – 0:32:32
#3 – EASTCOAST RALLYING – 0:33:25
#4 – MAGNAX RACING TEAM – 0:33:32
#5 – EZZ MACHINE – 0:34:01
#6 – R&R SPORTS SPEED GARAGE – 0:34:27
#7 – SIR 2 MOTORSPORT – 0:34:50
#8 – DORIS RACING TEAM – 0:34:56
#9 – PURNAMA RALLY MOTORSPORTS CLUB – 0:35:00
#10 – YETZA GARAGE – 0:35:17
#11 – MAGNAX RACING TEAM – 0:38:09
#12 – HAPPY HAPPY RACING 0:38:42
#13 – DARSA LUBE CONSORTIUM RALLY TEAM – 0:38:44
#14 – MAGNAX RACING TEAM – 0:45:23
#15 – KIE GARAGE MOTORSPORTS – 01:10:17

Keputusan penuh Rally Sprint X-One Pusingan 1 bagi tahun 2024
SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

may, 2024

02mayalldaySEA 7's Singapore 2024

22mayalldayKejohanan Lawn Bowls Terbuka Fours Terengganu

24may5:00 pm2:42 pmLIGA HOKI REMAJA MALAYSIA 2024: SMIDIN-MSNT vs SSTMI THUNDERBOLTS

26may5:00 pm2:42 pmLIGA HOKI REMAJA MALAYSIA 2024: SMIDIN-MSNT vs SSBJ JUNIOR

X