TFC ‘Terkandas’ Setelah 3 Perlawanan Liga Super

Keputusan 3 perlawanan pertama Terengganu FC dalam saingan CIMB Liga Super 2020 sebelum ‘terkandas’ berikutan pandemik COVID-19. Kredit Foto – Malaysianfootballleague.com

Terengganu Football Club(TFC) yang baru memanaskan kempen saingan bola sepak CIMB Liga Super 2020 setelah mengharungi 3 perlawanan terpaksa akur untuk ‘terkandas’ seketika berikutkan penularan wabak COVID-19.

Keputusan berat itu terpaksa dihadam setelah badan induk sukan ini; FAM mengambil keputusan untuk menunda semua perlawanan mahupun aktiviti bola sepak di semua peringkat yang berkuat kuasa bermula 16 Mac 2020 sehingga pada satu tarikh yang akan ditetapkan.





Sebelum itu FAM membuat keputusan untuk perlawanan diteruskan tanpa penonton namun terpaksa menarik balik berikutan situasi penularan COVID-19 menjadi isu global.

Sehingga kini setelah mengharungi 3 perlawanan, TFC melakar 2 kekalahan termasuk pada perlawanan pembukaan di laman sendiri untuk tewas kepada Perak 1-3 dan 1 perlawanan terakhir sebelum ‘terkandas’ yang berkeputusan seri 3-3 sewaktu bertemu Selangor.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM); Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin dalam satu amanat yang disampaikan melalui laman web rasmi badan induk sukan bola sepak tanah air. Kredit Foto – Fam.org.my

“Keputusan ini dibuat demi kemaslahatan umum selepas mengambil kira semua aspek dan cabaran serta kekangan pemegang taruh, termasuk penjualan tiket dan impak yang besar kepada penonton, media, penaja dan rakan-rakan kongsi secara amnya.”; ujar Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM); Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin.

Presiden FAM juga turut mengulas di mana akan sentiasa memberi makluman terkini kepada semua pasukan selaku pemegang taruh sekiranya terdapat sebarang perubahan keputusan yang telah dilakukan ini.

YOUTUBE - PENYU SUKAN

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

KALENDAR SUKAN

november, 2026

27novalldayTERENGGANU SURF FESTIVAL 2026

MENGENAI KAMI

Penyu Sukan adalah sebuah entiti agensi berita sukan subsidiari kepada GOMBUGDOTNET (Suruhanjaya Syarikat Malaysia – TR0109982-D) memfokuskan berita perkembangan atlet, pasukan mahupun persatuan dan sebarang penganjuran acara sukan tempatan.

Hubungi kami: sukan@penyusukan.com

TINGKAT 1, TERENGGANU DIGITAL 1303(TD1303),
JALAN SULTAN ZAINAL ABIDIN,
20000 KUALA TERENGGANU,
TERENGGANU DARUL IMAN.

X