LIGA HOKI REMAJA KEBANGSAAN 2024: LEMBARAN BARU TERENGGANU BERMULA DI DIVISYEN 1

Pasukan hoki dari Terengganu yang dijenamakan sebagai SMIDIN-MSNT muncul juara peringkat kumpulan Divisyen 2 bagi edisi Liga Hoki Remaja Kebangsaan 2023 sekaligus layak untuk beraksi dalam Divisyen 1 bagi musim 2024 ini. Kredit – https://www.instagram.com/ganuhockeyteam

Naib juara Divisyen 2 Liga Hoki Remaja Kebangsaan 2023, pasukan hoki remaja lelaki Terengganu yang dijenamakan sebagai SMIDIN-MSNT membuka lembaran baru musim ini untuk layak beraksi dalam Divisyen 1 bersama pasukan-pasukan hoki remaja ternama tanah air yang dijadualkan membuka tirai pada 24 Mei nanti.

Menambah cabaran buat pasukan hoki lelaki Terengganu bagi kempen kejuaraan musim ini, Divisyen 1 hanya melibatkan satu kumpulan tunggal untuk perebutan mata liga berbanding musim lalu yang mempunyai dua kumpulan yang melibatkan hanya 5 pasukan sahaja sekaligus memberi peluang yang lebih cerah untuk memburu kejuaraan.





Aksi pertama buat SMIDIN-MSNT dijadualkan untuk berlangsung di laman sendiri bertempat di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Batu Buruk untuk bertemu SSTMI Thunderbolts jam 5 petang pada Jumaat ini.

Sebanyak 9 perlawanan peringkat kumpulan perlu ditempuh oleh pasukan Terengganu ini sebelum layak untuk mara ke peringkat akhir yang dijadualkan bermula pada 25 Jun nanti di mana ke semua perlawanan peringkat akhir ini bakal berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Perlawanan akhir memburu kejuaraan Liga Hoki Remaja Kebangsaan 2024 ini dijadualkan untuk menutup tirai pada 29 Jun 2024.

Untuk rekod, pada musim lalu SMIDIN-MSNT muncul juara Kumpulan B Divisyen 2 namun momentum kejuaraan terhentu di penentuan suku akhir berkeputusan 7-0 memihak kepada SSTMI Thunderbolts.

Pada musim ini juga, SMIDIN-MSNT merupakan satu-satunya pasukan dari negeri pantai timur hadir memberi cabaran setelah ketiadaan pasukan remaja lelaki dari Kelantan sejak 2021.

Mengikut rekod keputusan perlawanan sejak 2016 dari laman web www.jsports.com.my, Terengganu mula menyertai kejuaraan hoki remaja kebangsaan ini pada tahun 2017 di mana ketika itu dikenali sebagai Terengganu Junior Team. Manakala pada tahun 2018 dijenamakan sebagai pasukan MSNT-PHT-SMKPM dan pada tahun 2019 dijenamakan sebagai MSNT-PHT-MSST.

Pada tahun 2020 kejuaraan liga hoki remaja kebangsaan telah dibatalkan berikutan pandemik COVID-19.

Oleh kerana masalah kekangan kewangan pasukan, Terengganu tidak dapat menghantar penyertaan pasukan lelaki bagi tahun 2021 dan 2022.

Manakala penyertaan pasukan wanita remaja Terengganu bermula pada tahun 2018, 2019 dan 2023 di mana pada tahun 2022 tiada kategori wanita dipertaruhkan. Bagi edisi 2024 ini juga tiada penampilan bagi pasukan remaja wanita dari Terengganu.

 

JADUAL PERLAWANAN LIGA HOKI REMAJA MALAYSIA 2024
*Melibatkan perlawanan pasukan SMIDIN-MSNT sahaja

24 MEI 2024 JUMAAT 0500 PETANG
Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Batu Buruk.
SMIDIN-MSNT vs SSTMI THUNDERBOLTS

26 MEI 2024 AHAD 0500 PETANG
Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Batu Buruk.
SMIDIN-MSNT vs SSBJ JUNIOR

2 JUN 2024 AHAD 0500 PETANG
Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Batu Buruk.
SMIDIN-MSNT vs AKADEMI HOKI MBPJ

7 JUN 2024 JUMAAT 0500 PETANG
Batu Pahat
PHJ-MSNJ vs SMIDIN-MSNT

9 JUN 2024 AHAD 0500 PETANG
Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Batu Buruk.
SMIDIN-MSNT vs SSBJ THUNDERBOLTS

13 JUN 2024 KHAMIS 0500 PETANG
Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Batu Buruk.
SMIDIN-MSNT vs MSSPP-PSHA

15 JUN 2024 SABTU 0500 PETANG
Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail
SSTMI vs SMIDIN-MSNT

20 JUN 2024 KHAMIS 0500 PETANG
SAS
ANDERSON THUNDERBOLTS vs SMIDIN-MSNT

22 JUN 2024 SABTU 0500 PETANG
SAS
AHP-MSP THUNDERBOLTS vs SMIDIN-MSNT

 

Jadual perlawanan Liga Hoki Remaja Kebangsaan 2024 melibatkan Divisyen 1 untuk 10 pasukan bertanding.
SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

june, 2024

02junalldayKejuaraan Ragbi Asia 15s (Lelaki) 2024: Korea Selatan vs Malaysia

02jun5:00 pm2:42 pmLIGA HOKI REMAJA MALAYSIA 2024: SMIDIN-MSNT vs AKADEMI HOKI MBPJ

08junalldayKejuaraan Ragbi Asia 15s (Lelaki) 2024: Malaysia vs Hong Kong

09jun5:00 pm2:42 pmLIGA HOKI REMAJA MALAYSIA 2024: SMIDIN-MSNT vs SSBJ THUNDERBOLTS

21junalldayKejuaraan Ragbi Asia 15s (Lelaki) 2024: UAE vs Malaysia

29jun8:00 pm10:42 pmLIGA HOKI REMAJA MALAYSIA 2024: AKHIR

X