Jurang 3 Mata Untuk Terengganu Selaku Naib Juara Piala Agong 2022

Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin turut mencemar duli untuk menyaksikan Terengganu mara ke perlawanan akhir kempen Piala Agong edisi ke-38 dengan rekod tanpa kalah untuk bertemu Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 3 Disember 2022 di Pangkalan Udara Subang, Shah Alam. Kredit Foto – Ahmad Shahzali / https://www.facebook.com/ahmad.shahzali

Pasukan ragbi Terengganu skuad Piala Agong edisi ke-38 musim ini hanya dijarakkan dengan jurang 3 mata tendangan penalti milik W.P Putrajaya(Wilayah Persekutuan Putrajaya) untuk menamatkan perlawanan akhir berkeputusan 18-15 untuk dinobatkan Terengganu selaku naib juara kejuaraan musim ini.

Beraksi dalam keadaan berselut sewaktu hujan membasahi padang sememangnya menambah tekanan buat kedua-dua pasukan seawal minit pertama permainan untuk mencari jatuhan try pertama milik pasukan. Aksi padu Terengganu untuk penguasaan padang memaksa W.P Putrajaya di bawah bimbingan bekas pemain pasukan All Blacks yang juga bekas ketua jurulatih kebangsaan Brad Mika untuk menyerap asakan sehingga ke garisan pertahanan mereka.





Terengganu mara ke perlawanan akhir kempen Piala Agong edisi ke-38 dengan rekod tanpa kalah untuk bertemu Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 3 Disember 2022 di Pangkalan Udara Subang, Shah Alam. Kredit Foto – Ahmad Shahzali / https://www.facebook.com/ahmad.shahzali

Terengganu terhukum seawal minit ke-14 dan minit ke-25 permainan untuk terpaksa akur kepada W.P Putrajaya mendahului permainan melalui tendangan penalti oleh pemain import Simione Tuivanuavou Bulai yang membuat penampilan pertama bersama pasukan.

Menambah tekanan pada minit-minit akhir separuh masa pertama permainan, bekas pemain Terengganu musim lalu memecah kebuntuan untuk jatuhan try pertama perlawanan untuk menghadiahkan 5 mata kepada W.P Putrajaya. Flyhalf W.P Putrajaya Mohd Fairuz Ab Rahman melengkapkan 2 mata lagi melalui tendangan conversion meletakkan keputusan semasa 13-00.

Walaupun sedemikian, Terengganu masih berpeluang untuk mencuri 5 mata pertama melalui jatuhan try yang diasak padu oleh pemain import Lepani Likusuasua Peremo Tuinanuavou untuk menamatkan perlawanan separuh masa pertama yang memihak kepada pasukan lawan berkeputusan semasa 13-5.

Pada aksi separuh masa kedua, Terengganu di bawah kendalian bekas jurulatih kebangsaan Nik Safuan Ismade Nik Man kembali merampas penguasaan padang sekaligus berjaya merapatkan jurang dengan tambahan 5 mata melalui jatuhan try oleh pemain prop Noor Alif Ikhmal Noor Hisham di mini ke-48 permainan dan tambahan 2 mata melalui tendangan conversion oleh pemain flyhalf Muhammad Faris Pead meletakkan keputusan semasa 13-12.

Kelebihan buat W.P Putraya mendahului permainan, namun tekanan jelas milik mereka setelah beberapa insiden tegang mula tercetus menganggu tempo permainan sekaligus layangan kad kuning pertama menjadi milik W.P Putrajaya untuk menghantar Simione Tuivanuavou Bulai ke luar padang. Kelebihan ini memberi 2 mata tambahan milik Terengganu untuk medahului permainan 15-13 melalui tendangan penalti yang sekali lagi disempurnakan oleh pemain flyhalf Muhammad Faris Pead.

Tekanan yang bersilih ganti buat kedua-dua pasukan memaksa pemain sayap Terengganu Muhammad Halim Abu Kassim terpaksa akur dengan keputusan pengadil yang memberikan kad kuning kepadanya di minit ke-64 permainan sekaligus memberi kelebihan buat W.P Putrajaya mendapatkan jatuhan try oleh Badrul Muktee namun gagal menambah mata melalui tendangan conversion.

Pada baki-baki minit terakhir permainan memperlihatkan beberapa pertukaran pemain dilakukan oleh kedua-dua pasukan namun setelah wisel tamat permainan ditiupkan meletakkan keputusan 18-15 memihak kepada W.P Putrajaya yang berjurang perbezaan 3 mata untuk menobatkan Terengganu selaku naib juara pada musim ini.

KEJOHANAN KUDA LASAK PIALA SULTAN MIZAN 2024
24 OKTOBER 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

december, 2024

14decalldayINTERNATIONAL GOLDEN MONSOON RIDE 2024

20decalldayRTES ENDURANCE RIDE

27decalldayMalaysia Iconic Rally Championship 2024 - Pusingan Kedua

X