50 perlawanan keseluruhan menjadi taruhan kejuaraan NRDP-MSST Terengganu Rugby 7s 2026 bermula pada 10 – 11 Julai 2026 bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu.
KUALA NERUS – Kejuaraan NRDP-MSST Terengganu Rugby 7s 2026 terus membuktikan perkembangan positif sukan ragbi di peringkat akar umbi apabila merekodkan penyertaan terbesar sejak diperkenalkan dengan penglibatan seramai 240 pemain mewakili 20 pasukan sekolah dari tujuh daerah di Terengganu.
Berlangsung selama dua hari di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu bermula Jumaat lalu itu turut menyaksikan kemunculan beberapa pasukan baharu yang pertama kali mengambil bahagian sekali gus mencerminkan peningkatan minat sekolah-sekolah di negeri ini terhadap pembangunan sukan ragbi.
Lebih menarik, kejuaraan yang mempertandingkan kategori terbuka lelaki dan wanita itu menjadi platform penting untuk mengukur keberkesanan program pembangunan ragbi yang telah mula digerakkan di sekolah masing-masing, khususnya di kawasan luar bandar.
Pengerusi Teknik Pembangunan Sukan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Terengganu(PTPS MSST), Aminudin Sulong
Pengerusi Teknik Pembangunan Sukan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Terengganu (PTPS MSST), Aminudin Sulong berkata, format penganjuran kali ini lebih inklusif dan komprehensif kerana membuka peluang kepada semua sekolah untuk menyertai kejohanan tanpa mengira zon atau latar belakang pasukan.
Menurutnya, pendekatan tersebut secara tidak langsung membuka ruang kepada lebih ramai bakat muda untuk merasai pengalaman beraksi di pentas kompetitif selain menjadi medan pendedahan kepada pasukan yang masih berada di peringkat awal pembangunan.
“Jika sebelum ini penyertaan lebih tertumpu kepada sekolah-sekolah tertentu mengikut zon, kali ini kami membuka peluang kepada semua pasukan sekolah untuk turut serta. Ini memberi ruang kepada pemain-pemain muda, termasuk dari kawasan luar bandar, untuk menonjolkan potensi masing-masing.
“Terdapat juga pasukan yang pertama kali menyertai kejohanan ini dan mereka tidak meletakkan sasaran tinggi. Fokus utama mereka adalah untuk mendapatkan minit permainan yang kompetitif dan menimba pengalaman dalam suasana pertandingan sebenar,” katanya.
Beliau turut menyifatkan kerjasama antara pihaknya dan Program Pembangunan Ragbi Kebangsaan (NRDP) yang diselaraskan bersama badan induk sukan ragbi negara, Malaysia Rugby, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai pemangkin utama kepada pertumbuhan sukan tersebut di Terengganu dan negeri-negeri Pantai Timur.
Pemain import Terengganu, Josevata Cava Uluinaceva(jersi hitam putih – kanan) berjaya melepasi jentera pertahanan Wilayah Persekutuan Putrajaya sewaktu aksi penentuan suku akhir kejuaraan ragbi Piala Agong edisi ke-42 2026 yang telah berlangsung di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 13 Jun 2026.
KUALA NERUS – Momentum rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan dan terkini berjaya menewaskan Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi saingan suku akhir, kini Terengganu terus memperkukuhkan kedudukan 4 pasukan terbaik musim ini untuk perebutan kejuaraan ragbi Piala Agong edisi ke-42 musim ini.
Terdahulu di laman sendiri, Terengganu mengejutkan pasukan pelawat seawal minit ke-3 untuk 7 mata melalui jatuhan try oleh pemain import Josevata Cava Uluinaceva dan seterusnya kapten pasukan, Mohamad Nasharuddin Ismail melunaskan 2 mata melalui tendangan conversion.
Taktikal berbeza berbanding perlawanan-perlawanan terdahulu menyaksikan Terengganu di bawah kendalian ketua jurulatih Hafiizh Zainal mendahului babak separuh masa perlawanan berkeputusan 26 berbalas 5.
Aksi separuh masa kedua menyaksikan pasukan pelawat, Wilayah Persekutuan Putrajaya mula menguasai momentum permainan dengan beberapa tambahan mata namun masih gagal untuk mendahului perlawanan.
Perebutan bola ‘line out’ di antara Terengganu dan Wilayah Persekutuan Putrajaya sewaktu perlawanan suku akhir kejuaraan ragbi Piala Agong edisi ke-42 2026 yang telah berlangsung di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 13 Jun 2026.
Pada minit ke-70 memaksa pasukan tuan rumah beraksi kurang dua pemain setelah menerima kad kuning untuk berada di luar padang selama 10 minit, namun Wilayah Persekutuan Putrajaya masih gagal untuk memanfaatkan peluang itu bagi menambah mata sekaligus mendahului perlawanan sepenuhnya.
Momentum pasukan tuan rumah kembali sepenuhnya setelah pemain gantian Muhammad Ikmal Hakim Zuraimi mengejutkan pasukan pelawat untuk jatuhan try mudah di hadapan lawan.
Sekaligus menjadi mata terakhir sehingga tamat perlawanan berkeputusan 43-26 untuk Terengganu melangkah ke penentuan separuh akhir sekaligus memperbaiki rekod pasukan setelah terkandas pada penentuan suku akhir pada musim lalu.
Seterusnya bagi aksi penentuan separuh akhir, Terengganu sekali lagi di laman sendiri untuk bertemu Polis diRaja Malaysia(PDRM) selaku juara bertahan bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu yang dijadualkan berlangsung pada 20 Jun 2026 nanti.
Kapten pasukan Terengganu, Mohamad Nasharuddin Ismail(memegang bola) di antara watak penting untuk Terengganu melakar rekod tanpa kalah setelah menafikan PDRM berkeputusan 26-25 di padang Pulapol, Kuala Lumpur pada 30 Mei 2026. Kredit Foto – Faiz Azizan/Ragbipadu.
KUALA LUMPUR –Terengganu kini di landasan terbaik untuk memburu kejuaraan ragbi Piala Agong edisi ke-42 musim ini setelah menamatkan aksi peringkat kumpulan A dengan rekod tanpa kalah dan terkini mengesahkan tempat untuk penentuan suku akhir yang dijadualkan bermula pada 13 Jun 2026 nanti.
Terdahulu pada aksi terakhir peringkat kumpulan, Terengganu hadir selaku pasukan pelawat melakar kemenangan pada minit-minit akhir permainan setelah menewaskan juara bertahan, Polis diRaja Malaysia(PDRM) untuk berkeputusan tipis 26-25 di padang PULAPOL, Kuala Lumpur.
Ketinggalan pada separuh masa pertama berkeputusan 15-13 yang memihak kepada pasukan tuan rumah, memaksa ketua jurulatih Hafiizh Zainal merombak taktikal pasukan dengan melakukan pertukaran beberapa pemain mula memberi tekanan setelah berjaya meraih tambahan 3 mata melalui tendangan penalti di minit ke-43 separuh masa kedua permainan.
Selang lima minit kemudian PDRM kembali mendahului permainan 20-16 setelah mendapat jatuhan try untuk tambahan 5 mata namun keghairahan pasukan tuan rumah mula mencipta kesilapan memberi peluang untuk Terengganu kembali mendahului permainan 26-20.
Tersentak dengan situasi semasa, pasukan tuan rumah yang hadir dengan reputasi selaku penyandang juara musim mula berhempas pulas untuk merapatkan jurang namun hanya mampu menambah 5 mata jatuhan try di minit ke-73 permainan berkeputusan 26-25 memihak kepada Terengganu.
Situasi yang kian tegang di minit-minit akhir permainan yang mampu mengubah keputusan, Terengganu berjaya menyerap tekanan sekaligus menamatkan aksi peringkat kumpulan ini yang hanya berjurangkan 1 mata untuk terus kekal rekod tanpa kalah menewaskan PDRM di laman sendiri.
Hafiizh Zainal yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan galas tanggungjawab selaku ketua jurulatih Terengganu bagi kempen kejuaraan ragbi Piala Agong edisi ke-42 2026. Kredit Foto – Faiz Azizan/Ragbipadu.
“Secara realisitik, bukan laluan mudah untuk Terengganu berbanding musim lalu di mana kita boleh lihat jurang mata kemenangan adalah tipis bagi setiap perlawanan peringkat kumpulan apatah lagi untuk perlawanan hari ini bertemu juara bertahan. Namun keputusan hari ini adalah penting untuk kami melangkah ke penentuan suku akhir nanti.
“Beraksi di penentuan suku akhir adalah episod baru untuk Terengganu di mana kami perlu menanti ke semua perlawanan peringkat kumpulan berakhir sebelum membuat percaturan baru untuk perlawanan seterusnya. Kami hadir selaku pasukan bukan pilihan untuk musim ini jadi sukar untuk kami meletakkan sebarang sasaran awal kejuaraan kali ini,” ujar ketua jurulatih Terengganu Hafiizh Zainal.
Minggu ke-3 kejuaraan Piala Agong edisi ke-42 ini turut menyaksikan Angkatan Tentera Malaysia(ATM) berjaya menewaskan Kedah berkeputusan 27-24 di Universiti Utara Malaysia(UUM), Sintok, Kedah. Manakala bagi perlawanan di antara Johor bertemu Negeri Sembilan di Stadium Pasir Gudang, Johor dijadualkan berlangsung pada Ahad jam 0330 petang.
Pemain scrumhalf Kelantan, Razali Ramlan(jersi merah putih-tiga dari kiri) mengeluarkan bola dari situasi scrum sewaktu aksi bertemu Terengganu di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu bagi aksi peringkat kumpulan Piala Agong edisi ke-42 pada 16 Mei 2026.
Terengganu kekal cemerlang untuk melakar kemenangan kedua peringkat kumpulan kejuaraan ragbi Piala Agong edisi ke-42 musim ini walaupun ketinggalan separuh masa pertama 28 berbalas 13 yang didominasi sepenuhnya oleh Kelantan selaku pasukan pelawat yang bertandang ke Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu.
Terdahulu sebelum sepak mula, kedua-dua pasukan bersama penyokong memberi penghormatan untuk bertafakur selama seminit bagi memperingati pemain pasukan pelawat, Allahyarham Mohamad Khairul Abdillah Ramli atau lebih dikenali sebagai Myko yang telah meninggal dunia pada 10 Mei lalu.
Kelantan selaku pasukan pelawat yang hadir dengan reputasi besar setelah menewaskan juara bertahan pada perlawanan pembukaan minggu lalu membuat kejutan merobek jentera pertahanan tuan rumah seawal minit pertama untuk 5 mata pertama melalui jatuhan try oleh bekas pemain kebangsaan Mohamad Shah Izwan Nordin dan seterusnya tambahan dua mata melalui tendangan conversion oleh Muhammad Nafis Mohd Salleh sekaligus lengkap 7 mata pertama untuk Kelantan mendahului permainan.
Aksi pemain import Terengganu Waqanibau Vunaki berjaya membuat jatuhan try di minit ke-63 separuh masa kedua perlawanan di laman sendiri bertemu Kelantan bagi aksi peringkat kumpulan kempen Piala Agong edisi ke-42. bertempat di di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 16 Mei 2026.
Keghairahan pasukan pelawat untuk penguasaan padang terhukum setelah 3 mata pertama buat Terengganu berjaya dikutip melalui tendangan penalti oleh pemain fullback Muhammad Faizal Md Tahir.
Walaupun Terengganu berjaya menambah 10 mata lagi namun terpaksa akur kepada Kelantan untuk mendahului separuh masa pertama yang berkeputusan 28-13.
Situasi berbeza untuk babak separuh masa kedua yang memihak kepada Terengganu untuk menyerap tekanan lawan sehinggakan berjaya mendahului permainan 39-36 pada minit ke-63 permainana.
Menambah tekanan buat pasukan pelawat, Kelantan terpaksa beraksi kurang seorang pemain yang dihantar ke luar padang setelah pemain import kelahiran Fiji Ratu Etuate Veidreyaki menerima layangan kad kuning di minit ke-67 sekaligus menghadiahkan tambahan 3 mata melalui tendangan penalti untuk Terengganu meletakkan keputusan semasa yang selesa 42-36 mendahului perlawanan.
Namun Kelantan tidak menunggu masa yang lama untuk merobek jentera pertahanan tuan rumah untuk menambah 7 mata penuh melalui jatuhan try dan tendangan conversion sekaligus tipis mendahului perlawanan 43-42.
Berbaki minit-minit akhir permainan, Terengganu mula mengubah taktikal untuk mendominasi penguasaan bola sehinggakan berjaya menambah 3 mata melalui tendangan penalti untuk menamatkan perlawanan kedua peringkat kumpulan yang berakhir dengan 45-43 memihak kepada tuan rumah.
Pasukan ragbi 15 sepasukan Terengganu kini giat membuat persediaan untuk perlawanan pertama di laman sendiri pada Sabtu ini bertemu Kelantan bagi aksi kedua peringkat kumpulan Piala Agong edisi ke-42 musim ini. Kredit Foto – PenyuSukan
Momentum kemenangan pertama di tempat lawan minggu lalu tidak menjamin laluan mudah buat Terengganu apabila mereka bakal berdepan cabaran lebih besar menentang Kelantan dalam aksi kedua peringkat kumpulan Piala Agong di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Terengganu pada Sabtu ini.
Kelantan hadir dengan reputasi besar selepas mencipta kejutan menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM), juara bertahan tiga musim berturut-turut, dengan keputusan 26-24 pada perlawanan pembukaan. Kejayaan itu meletakkan pasukan pelawat sebagai pencabar utama dalam kumpulan B.
Ketua jurulatih Terengganu, Hafiizh Zainal, mengakui kemenangan tipis minggu lalu tidak cukup meyakinkan kerana masih banyak kesilapan mudah dilakukan pemain. Beliau menekankan aspek komunikasi dan disiplin pasukan sebagai fokus utama latihan menjelang perlawanan pertama di laman sendiri musim ini.
Ketua jurulatih Terengganu, Hafiizh Zainal(tengah) kini dalam misi untuk memburu kemenangan kedua kejuaraan ragbi Piala Agong edisi ke-42 musim ini untuk bertemu Kelantan pada Sabtu ini bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus. Kredit Foto – PenyuSukan
“Selaku tuan rumah, tekanan semakin bertambah selepas Kelantan menewaskan juara bertahan. Namun misi kami tetap jelas — untuk menang di laman sendiri,” kata Hafiizh yang pertama kali menggalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih di pentas Piala Agong.
Setakat ini, Terengganu dan Kelantan berkongsi tiga mata di tangga teratas kumpulan B, manakala Wilayah Kuala Lumpur di tempat ketiga dan PDRM di kedudukan terakhir. Dalam kumpulan A pula, Johor dan Negeri Sembilan sama-sama mengutip tiga mata untuk berada di puncak, diikuti ATM, Kedah dan Putrajaya.
Bekas pemain kebangsaan Mohd Syahir Asraf Rosli menghadiahkan 5 mata buat Terengganu melalui jatuhan try pada separuh masa pertama perlawanan bertemu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sewaktu perlawanan pembukaan kejuaraan ragbi Piala Agong edisi ke-42 bertempat di Padang Astaka, Petaling Jaya pada 9 Mei 2026.
PETALING JAYA – Terengganu membuka tirai Kejohanan Ragbi Piala Agong edisi ke-42 dengan penuh dramatik apabila menewaskan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 25-24 dalam aksi sengit di Padang Astaka, Petaling Jaya, semalam.
Perlawanan bermula dengan penuh intensiti apabila Kuala Lumpur terlebih dahulu menghukum kesilapan lawan. Pemain import, Qio Tuilekutu, menyempurnakan sepakan penalti seawal minit kedua untuk memberikan kelebihan awal 3-0 kepada tuan rumah. Namun, Terengganu pantas bangkit apabila fullback Muhammad Faizal Md Tahir melakukan try di penjuru padang sebelum menambah conversion bagi mengubah kedudukan 7-3.
Momentum kembali berpihak kepada Kuala Lumpur yang mempamerkan aksi bertenaga. Mereka menambah satu try dan conversion pada minit ke-21 untuk mendahului 13-7. Terengganu bagaimanapun tidak mudah mengalah, terus memberi tekanan dan merapatkan jurang melalui sepakan penalti Faizal. Pasukan pantai timur itu menutup separuh masa pertama dengan kelebihan tipis 17-16 selepas menambah satu lagi try.
Danish Rafiqin Abdul Qayyum(dua dari kanan) watak penting untuk memastikan Terengganu meraih kemenangan pertama pada perlawanan pembukaan Piala Agong edisi ke-42 musim ini setelah berjaya menambah 5 mata pada minit-minit akhir untuk menafikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkeputusan tipis 25-24 di Padang Astaka, Petaling jaya pada 9 Mei 2026.
Babak kedua berlangsung lebih tegang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Beberapa percubaan gagal disempurnakan dengan baik, namun suasana semakin panas apabila Kuala Lumpur terpaksa beraksi dengan 14 pemain selepas pemain gantian import, Waisake Maseikula, dilayangkan kad kuning pada minit ke-46. Walaupun memiliki kelebihan pemain, Terengganu hanya menambah tiga mata melalui sepakan penalti pada minit ke-56 untuk mengekalkan kedudukan tipis.
Drama memuncak di penghujung perlawanan apabila Kuala Lumpur kembali mendahului hasil sepakan penalti dan try. Ketika seolah-olah kemenangan bakal berpihak kepada tuan rumah, Terengganu melancarkan serangan balas pantas. Hooker Danish Rafiqin Abdul Qayyum muncul wira apabila menyudahkan try kemenangan yang memastikan Terengganu membawa pulang kemenangan dramatik 25-24.
Kejayaan itu bukan sahaja memberi suntikan semangat kepada skuad Terengganu, malah menandakan permulaan yang positif dalam misi mereka di edisi kali ini. Terengganu seterusnya akan menentang Kelantan di gelanggang sendiri pada 16 Mei bagi aksi kedua peringkat kumpulan, yang dijangka turut menjanjikan saingan sengit.
Majlis ringkas menandatangi kontrak pemain ragbi Terengganu yang telah berlangsung di Kompleks Sukan IJM-COBRA, Petaling Jaya.
PETALING JAYA – Persatuan Ragbi Negeri Terengganu (PRNT) tampil dengan pendekatan baharu musim ini apabila memperkenalkan perlindungan insurans individu untuk pemain tempatan serta dasar kontrak lebih telus.
Langkah itu dilihat sebagai usaha meningkatkan profesionalisme skuad Terengganu yang kini bersaing dalam Piala Agong edisi ke-42.
Pengurus pasukan, Mohd Haqiuddin Ali Rabu, berkata perlindungan insurans sebelum ini dibuat secara berkumpulan, namun kini setiap pemain tempatan menerima perlindungan individu. Pemain import pula masih berada di bawah skim berkumpulan kerana syarat tertentu ditetapkan pihak insurans.
Bekas kapten pasukan kebangsaan, Mohammad Nasharuddin Ismail(dua dari kiri) bersama pengurus pasukan Mohd Haqiuddin Ali Rabu (tiga dari kiri) bersama pengurusan tertingga Persatuan Ragbi Negeri Terengganu yang kini dalam misi untuk membantu Terengganu memburu kejuaraan ragbi Piala Agong edisi ke-42 yang bermula pada Sabtu(9 Mei 2026)
“Walaupun perlindungan individu hanya melibatkan pemain tempatan, ia tetap menjadi permulaan baik dan penambahbaikan positif buat pasukan musim ini,” katanya.
Selain itu, PRNT turut mengamalkan dasar kontrak lebih terbuka dengan memberi ruang kepada pemain memahami kandungan perjanjian sebelum menandatangani.
Bekas kapten kebangsaan, Mohammad Nasharudin Ismail, menyifatkan langkah telus itu mampu mewujudkan suasana positif dalam pasukan. “Apabila pemain memahami isi kandungan kontrak masing-masing dan pengurusan pula bersikap terbuka, ia dapat meningkatkan semangat berpasukan,” ujarnya.
Terengganu membuka kempen Piala Agong musim ini dengan aksi menentang Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Padang Astaka, Petaling Jaya, petang ini.
Pasukan ragbi Terengganu yang tiba lebih awal menjalani latihan bagi menghadapi perlawanan pertama di tempat lawan bertemu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dijadualkan pada Sabtu 9 Mei 2026 bertempat di Padang Utara, Petaling Jaya.
Saingan Kejuaraan Ragbi Piala Agong edisi ke-42 musim ini membuka tirainya Sabtu ini dengan pertemuan antara Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Padang Astaka, Petaling Jaya.
Aksi pembukaan itu menyaksikan Terengganu turun sebagai pasukan pelawat dengan persiapan rapi bagi menghadapi cabaran pertama musim ini yang dijadualkan bermula jam 3.30 petang.
Ketua jurulatih Terengganu, Hafiizh Zainal yang merupakan bekas pemain kebangsaan menegaskan bahawa pasukannya tidak akan mengambil mudah cabaran Kuala Lumpur meskipun berhasrat untuk memulakan musim dengan kemenangan.
Foto – KETUA jurulatih Hafiizh Zainal yang turut dibantu oleh Syamsuri Ab Talib(kanan) dan Muhammad Syafiq Mohd Zaiki mengendalikan skuad Terengganu untuk musim ini bagi memburu kejuaraan ragbi Piala Agong Edisi Ke-42.
“Setiap pasukan mahu memulakan musim dengan kemenangan dan kami juga mempunyai sasaran yang sama walaupun beraksi di tempat lawan.
“Tiada masalah untuk bermain dalam hujan lebat, namun dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini, saya mahu pemain kekal fokus dan mengelakkan kesilapan mudah di atas padang,” katanya.
Menurut Hafiizh, yang pernah beraksi bersama Terengganu sebelum ini, setiap pasukan yang bertanding musim ini dijangka lebih bersedia berbanding musim lalu, sekali gus menjadikan saingan lebih kompetitif.
Beliau turut menegaskan bahawa Terengganu tidak sesekali akan memandang rendah mana-mana pasukan lawan dalam usaha memburu kejayaan musim ini.
Untuk rekod, pada musim lalu di peringkat kumpulan, Terengganu yang beraksi di laman sendiri mencatat kemenangan besar 49-11 ke atas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
SESMA OB muncul juara Liga Ragbi Terengganu 2025 setelah menafikan Marang Rugby berkeputusan 24-14 pada perlawanan terakhir setiap pasukan dalam format ’round robin’ di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 20 Jun 2025. Kredit Foto – Persatuan Ragbi Negeri Terengganu
Setelah 5 minggu berentap bermula pada Mei lalu akhirnya kejuaraan Liga Ragbi Terengganu 2025 melabuhkan tirai dengan penuh kejutan di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu untuk menyaksikan finalis edisi lali SESMA OB dinobatkan selaku juara musim ini setelah menewaskan Marang Rugby 21-14.
Misi awal pasukan bekas pelajar SM Sains Mahmud(SESMA OB) dalam perlawanan akhir untuk menamatkan kempen musim ini adalah untuk mempertahankan tangga kedua kedudukan liga begitu juga Marang Rugby hadir dengan reputasi pasukan pilihan untuk perebutan tangga kedua dari tangga ke-3 liga.
Jurang perbezaan mata jaringan menjadi kelebihan buat SESMA OB untuk diumumkan selaku juara Liga Ragbi Terengganu 2025 yang berkongsi mata liga bersama Kemaman Rugby di tempat ke-2 liga musim ini.
Kapten SESMA OB Mohamad Nasharuddin Ismail(jersi hijau tiga dari kanan) merupakan pemain Liga Ragbi Terengganu 2025 yang mencatat jumlah jaringan tertinggi musim ini dengan 45 mata. Kredit Foto – Persatuan Ragbi Negeri Terengganu.
Melihat pada perlawanan berintensiti tinggi ini, ketua jurulatih SESMA OB Mohd Nazri Mohd Ramli membuat percaturan taktikal untuk mendapatkan sebanyak mungkin mata jaringan melalui tendangan penalti mahupun conversion.
SESMA OB memanfaatkan sebaik mungkin pengalaman besar bekas kapten pasukan kebangsaan Mohamad Nasharuddin Ismail untuk mendominasi kutipan mata perlawanan akhir ini melalui 4 tendangan penalti dan 1 tendangan conversion sekaligus mencipta jurang untuk menafikan Marang Rugby sehingga tamat permainan.
Kemenangan ini juga sekaligus mencipta kejutan berganda buat penganjuran edisi kali ini di mana berjaya merampas kejuaraan daripada Kemaman Rugby selaku pendahulu liga untuk berkongsi mata namun jurang perbezaan jumlah jaringan sepanjang kempen musim ini menjadi kelebihan buat SESMA OB untuk dinobatkan selaku juara.
Ketua jurulatih SESMA OB Mohd Nazri Mohd Ramli(kanan) meraikan kemenangan bersama ahli keluarga setelah SESMA OB meraih gelaran juara Liga Ragbi Terengganu 2025 yang telah berlangsung di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 20 Jun 2025. Kredit Foto – Persatuan Ragbi Negeri Terengganu.
“Melihat pada persiapan pasukan SESMA OB untuk musim ini, walaupun hadir selaku finalis musim lalu kami sebenarnya tidak menyasarkan untuk muncul juara malah apatah lagi kami mencatatkan 1 kekalahan sepanjang musim ini.
Namun untuk perlawanan akhir ini, hendak atau tidak kami perlu bermatian mempertahankan tangga kedudukan di tempat kedua sekurang-kurangnya dengan jumlah mata yang telah dikutip.
Marang Rugby kembali hadir selaku pasukan pilihan musim ini sudah tentu bukan laluan mudah untuk kami.
Sejujurnya kami tidak menyangka untuk muncul juara melalui penentuan jumlah perbezaan kutipan mata melalui jumlah jaringan yang diperolehi selama ini oleh kerana kami hanya memfokuskan untuk meraih sebanyak mungkin kemenangan dalam setiap perlawanan walaupun hanya tewas dalam 1 perlawanan sebelum ini.” ujar ketua jurulatih SESMA OB Mohd Nazri Mohd Ramli.
Menambah duka buat Marang Rugby yang terpaksa mengakhir kempen musim ini dari tangga ke-3 semasa kedudukan untuk turun 1 tangga setelah dirampas oleh Universiti Malaysia Terengganu(UMT) yang berjaya menewaskan Royal Malaysia Police Terengganu(RMP Terengganu) pada perlawanan akhir liga yang berkesudahan 36-07.
Walaupun RMP Terengganu mengakhiri di tangga tercorot liga musim ini namun kredit juga seharusnya diberikan kepada pasukan ini yang berani mempertaruhkan muka-muka baru dari kalangan anggota polis yang berkhidmat di dalam negeri ini. Peningkatan mutu permainan yang dipamerkan berbanding di awal penubuhan menjadi penanda aras terbaik bagi persiapan pasukan ke saingan Piala Ketua Polis Negara pada tahun hadapan.
Dari kiri – Bendahari PRNT Izwan Ismail, Presiden PRNT Amir Amri Mohamad, pemain SESMA OB Mohamad Nasharuddin Ismail dan Naib Presiden PRNT merangkap Pengarah Pembangunan PRNT Mohd Fadzli Yusof. Mohamad Nasharuddin Ismail dinobatkan selaku penjaring terbanyak Liga Ragbi Terengganu 2025. Kredit Foto – Persatuan Ragbi Negeri Terengganu.
Liga ragbi Terengganu musim ini juga memberi penghormatan untuk menobatkan penjaring terbanyak yang diraih oleh kapten pasukan SESMA OB Mohamad Nasharuddin Ismail juga rakan sepasukan Muhammad Haikal Ibrahim selaku pemain ‘Backline Terbaik’. Manakala wakil dari pasukan Kemaman Rugby selaku naib juara musim ini, Mohd Harith Asyraff Rosid diumumkan sebagai pemain ‘Forward Terbaik’ untuk edisi penganjuran kali ini.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan sendiri oleh presiden Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) Amir Amri Mohammad yang turut hadir ke Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail untuk menyaksikan perlawanan terakhir bagi setiap pasukan bertanding.
Dari kiri – Bendahari PRNT Izwan Ismail, Presiden PRNT Amir Amri Mohamad, pemain Kemaman Rugby Mohd Harith Asyraff Rosid dan Naib Presiden PRNT merangkap Pengarah Pembangunan PRNT Mohd Fadzli Yusof. Mohd Harith Asyraff Rosid dinobatkan selaku pemain ‘Forward Terbaik’ Liga Ragbi Terengganu 2025. Kredit Foto – Persatuan Ragbi Negeri Terengganu.
Dari kiri – Bendahari PRNT Izwan Ismail, Presiden PRNT Amir Amri Mohamad, pemain SESMA OB Muhammad Haikal Ibrahim. Muhammad Haikal Ibrahim dinobatkan selaku pemain ‘Backline Terbaik’ Liga Ragbi Terengganu 2025. Kredit Foto – Persatuan Ragbi Negeri Terengganu.
5 pasukan buru kejuaraan Liga Ragbi Terengganu 2025.
Kejuaraan Liga Ragbi Terengganu 2025 yang membuka tirai pada 16 Mei 2025 ini menyaksikan sebanyak 5 pasukan telah mengesahkan untuk berentap bagi musim ini iaitu Royal Malaysia Police Terengganu(RMP Terengganu), Marang Rugby, Universiti Malaysia Terengganu(UMT), Kemaman Rugby dan SM Sains Mahmud Old Boys (SESMA OB).
Pada kempen saingan musim ini yang berlangsung selama 5 minggu perlawanan mempertaruhkan format pertandingan ’round robin’ melibatkan dua venue pertandingan iaitu Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu.
Liga Ragbi Terengganu 2025 mempertaruhkan ’round robin’ sebagai format pertandingan yang dijadualkan untuk berlangsung selama 5 minggu perlawanan bermula pada 16 Mei 2025 sehingga 20 Jun 2025.
Perlawanan pembukaan pada 16 Mei ini menyaksikan dua perlawanan di antara RMP Terengganu bertemu Marang Rugby dan Kemaman Rugby bertemu UMT dan pada minggu-minggu seterunya turut berlangsung melibatkan dua perlawanan sehingga akhir musim.
Perlawanan akhir dijadual berlangsung pada 20 Jun 2025 di antara UMT bertemu RMP Terengganu dan Marang Rugby bertemu SESMA OB bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu.
Pasukan yang mengumpul mata liga tertinggi untuk berada di tangga teratas kedudukan liga akan dinobatkan selaku juara bagi Liga Ragbi Terengganu musim ini.
Untuk rekod, kali terakhir penganjuran Liga Ragbi Terengganu adalah pada tahun 2023 di mana menyaksikan Sultan Sulaiman Old Boys(SS OB) dinobatkan selaku juara setelah menewaskan SESMA OB yang berkeputusan 33-30. Manakala bagi edisi penganjuran tahun 2022 menyaksikan pasukan RMP Terengganu merangkul juara setelah menewaskan Kemaman Rugby 19-05 di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail.
Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail sekali lagi bakal menjadi tumpuan peminat-peminat ragbi seluruh negara setelah disahkan menjadi tuan rumah Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan (National 7s 2025) yang dijadualkan berlangsung pada 25 sehingga 27 Julai 2025 ini.
Perkembangan ini dikongsi melalui laman Facebook Malaysia Rugby pada 23 Mac 2025 yang menyenaraikan kejohanan-kejohanan yang dijadualkan untuk berlangsung pada sepanjang tahun ini.
Kalendar penganjuran kejohanan ragbi sama ada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa bagi sepanjang tahun 2025 yang dikeluarkan Kesatuan Ragbi Malaysia(Malaysia Rugby) selaku badan induk sukan ragbi tanah air. Kredit – Facebook.com/malaysiarugbyofficial
Pada edisi lalu di venue yang sama menyaksikan Johor membuat kejutan untuk meraih juara berganda setelah membelasah Selangor berkeputusan 22 tanpa balasan bagi kategori Lelaki Terbuka dan turut meraih juara bagi kategori Lelaki Bawah 21 Tahun setelah menafikan tuan rumah yang berakhir dengan keputusan 26-12. Kemenangan ini melayakkan Johor untuk membawa pulang hadiah wang tunai masing-masing bernilai RM 5,000.00 dan RM 3,000.00.
Manakala johan bagi kategori Wanita Terbuka milik Selangor setelah menewaskan Perlis yang berakhir dengan keputusan 15-15. Pasukan ragbi wanita Terengganu yang membariskan pemain-pemain pelapis skuad Sukan Malaysia(SUKMA) muncul juara bagi kategori Wanita Bawah 21 Tahun selepas menewaskan Selangor 17-00 untuk membawa pulang RM 3,000.00 ketika itu.
Rugby training program for students in Kuala Nerus at Tengku Muhammad Ismail Rugby Stadium enhances team readiness for district and state levels at the Terengganu schools sports council (MSST) championships.
In a spirited effort to strengthen local rugby development programs, 10 teams from various schools and higher learning institutions in Kuala Terengganu and Kuala Nerus converged for a friendly match at the Tengku Muhammad Ismail Rugby Stadium, Terengganu State Sports Complex. This exciting event brought together nearly 400 players, along with their management teams, to celebrate the sport and foster unity.
Thanks to the unwavering support from the Terengganu State Education Department (JPNT), Terengganu State Sports Council (MSNT), and the Terengganu State Rugby Association, this event set a new benchmark in providing young rugby players with the invaluable opportunity to play in a prestigious stadium for the first time.
The Tengku Muhammad Ismail Rugby Stadium, located in the Terengganu State Sports Complex, Kuala Nerus, is fully utilized to provide young talents, even those still in school, with the real experience of being in a rugby stadium.
Mohd Nazri Mohd Ramli (wearing sunglasses), the rugby coach of Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA).
Participating teams included Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit (Brains), Maktab Rendah Sains Mara Kuala Terengganu (MRSM KT), Kolej Vokasional Wakaf Tembesu (KVWT), and Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato’ Razali Ismail (IPGKDRI).
“Choosing the Tengku Muhammad Ismail Rugby Stadium was a shared decision to ignite the excitement of our young rugby trainees, who are students from around the district,” said program director Mohd Nazren Dasir, also a teacher at Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA).
“Many of these students have been part of their school’s rugby development programs since the age of 13 and have continued to advance to higher levels. I also want to express my gratitude to JPNT, MSNT, and the Terengganu State Rugby Association, along with several other parties, for realizing this initiative for the development of sports among school students,” he added.
Nizam Kamal, the team manager of the SUKMA Sarawak 2024 7s rugby squad, was also present to show support for the school-level rugby development program in Kuala Nerus.
Nizam Kamal, representing the Terengganu State Rugby Association (PRNT), echoed his thanks to JPNT and other supporters, including parents, who have consistently backed the rugby development programs from school level onwards.
“There are no obstacles from PRNT in empowering any rugby development program in the state. It is our responsibility to support and assist, leveraging all available facilities for any party. We must continually and fully support all efforts for rugby development programs, particularly from schools, which are the largest grassroots stakeholders in the nation,” he stated.
“Furthermore, it is our duty to identify young talents as part of our efforts to provide them with opportunities to compete on higher platforms,” added Nizam Kamal, who also serves as the team manager for the Terengganu 7s rugby squad at the Malaysia Games (SUKMA).
For the record, grassroots rugby development programs from schools across Terengganu have been ongoing for many years. However, since 2016, participation from several schools has been steadily increasing, leading to the establishment of more rugby teams.
Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail yang terletak di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus dimanfaatkan sepenuhnya untuk memberi peluang buat bakat-bakat muda seawal usia di bangku sekolah untuk merasai pengalaman sebenar berada di stadium ragbi ini.
10 pasukan ragbi dari pelbagai sekolah dan institut pengajian tinggi dari sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus yang menghimpunkan hampir 400 pemain termasuk barisan pengurusan diraikan dalam satu perlawanan persahabatan di fasiliti Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu sebagai usaha untuk memperkasakan program pembangunan ragbi setempat.
Hasil jalinan kerjasama dan sokongan jitu dari pelbagai pihak khususnya Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu(JPNT), Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) dan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu selaku badan induk sukan ragbi negeri Terengganu mencipta penanda aras yang baik bagi memberi peluang kepada pelatih-pelatih program pembangunan sukan ragbi dari peringkat akar umbi untuk pertama kali merasai sendiri beraksi di dalam stadium yang berprestij ini.
Antara pasukan-pasukan ragbi yang hadir pada penganjuran kali ini adalah Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud(SESMA), Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Batu Rakit(Brains), Maktab Rendah Sains Mara Kuala Terengganu(MRSM KT), Kolej Vokasional Wakaf Tembesu(KVWT) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato’ Razali Ismail(IPGKDRI).
Jurulatih ragbi Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud(SESMA) Mohd Nazri Mohd Ramli(berkaca mata hitam).
“Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail menjadi destinasi pilihan bersama di antara kami sebagai usaha untuk menyemarakkan keterujaan pelatih-pelatih pemain ragbi kami yang terdiri dari kalangan murid-murid dan pelajar-pelajar di sekitar daerah ini.
“Rata – rata ada di antara mereka sejak berusia seawal 13 tahun sehingga kini telah mengikuti program pembangunan sukan ragbi di sekolah masing-masing dan meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi.
“Saya juga ingin menzahirkan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu serta beberapa pihak lagi yang merealisasikan usaha ini demi pembangunan sukan di kalangan murid-murid sekolah umumnya.” ujar pengarah program Mohd Nazren Dasir yang juga merupakan guru di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud(SESMA).
Pengurus pasukan ragbi 7 sepasukan skuad SUKMA Sarawak 2024 Nizam Kamal turut hadir memberi sokongan bagi program pembangunan sukan ragbi peringkat sekolah-sekolah di Kuala Nerus ini.
Manakala Nizam Kamal selaku wakil dari pihak Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) yang turut hadir ke program ini turut menzahirkan tanda terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan beberapa pihak termasuk ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dalam program pembangunan sukan ragbi ini dari peringkat bangku sekolah.
“Sudah tentu tiada halangan dari PRNT selaku badan induk sukan ragbi negeri Terengganu buat mana-mana pihak yang ingin memperkasakan sebarang program pembangunan sukan ragbi di negeri ini. Malah adalah menjadi tanggunjawab kami untuk menyokong dan membantu serta memanfaatkan segala kemudahan yang ada untuk mana-mana pihak.
Program pendedahan sukan ragbi buat pelajar-pelajar sekolah di sekitar daerah Kuala Nerus di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail memberi tambah nilai bagi persiapan pasukan untuk ke peringkat daerah mahupun negeri di pentas Majlis Sukan Sekolah Terengganu(MSST).
“Kami tidak boleh menafikan malah perlu sentiasa menyokong sepenuhnya segala usaha program pembangunan sukan ragbi yang dijalankan oleh mana-mana pihak khususnya dari pihak sekolah yang merupakan pemegang taruh pembangunan sukan di peringkat akar umbi terbesar dalam negara.
“Seterusnya sudah tentu bakat-bakat muda ini perlu dikenal pasti oleh kami sebagai usaha untuk memberi peluang dan ruang buat mereka beraksi di pentas yang lebih tinggi lagi.” ujar Nizam Kamal yang juga menggalas tanggungjawab selaku pengurus pasukan bagi skuad ragbi 7 sepasukan Terengganu ke pentas Sukan Malaysia(SUKMA).
Untuk rekod, program pembangunan akar umbi dari peringkat sekolah di seluruh negeri Terengganu telah bermula sejak kian lama namun bermula pada 2016 menyaksikan penyertaan beberapa buah sekolah untuk mewujudkan pasukan ragbi kian bertambah.
Skuad ragbi 15 sepasukan Terengganu kian menghampiri pemburuan kejuaraan Piala Agong 2024 edisi ke-40 musim ini setelah membenam Angkatan Tentera Malaysia(ATM) pada penentuan suku akhir yang berkeputusan 39-29.
Beraksi di laman sendiri bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, pasukan tuan rumah berjaya meraih 3 mata pertama melalui tendangan penalti yang disempurnakan oleh Mohamad Faris Pead di minit ke-12 separuh masa permainan.
Aksi pemain locks Terengganu Muhammad Sameer Muhammad Sani Surinder berjaya mendapatkan jatuhan try pada minit ke-21 separuh masa pertama penentuan suku akhir Piala Agong 2024 edisi ke-40 bertemu Angkatan Tentera Malaysia(ATM) yang telah berlangsung di Stadium Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 12 Oktober 2024.
Terengganu yang terus mendominasi penguasaan padang menambah 7 mata lagi melalui jatuhan try oleh Muhammad Hasif Sharifuddin dan tendangan conversion sekali lagi oleh Mohamad Faris Pead di minit ke-17 sekaligus mendahului permainan dengan keputusan semasa 10-00.
Perebutan ‘tiket sehala’ untuk melangkah ke penentuan separuh akhir kian sengit apabila menyaksikan kedua-dua pasukan meraih kad kuning serentak diminit ke-21 memaksa pemain setiap pasukan untuk memanaskan kerusi sinbin selama 10 minit di luar padang.
Aksi scrum sewaktu perlawanan Terenganu bertemu Angkatan Tentera Malaysia(ATM) bagi penentuan suku akhir Piala Agong 2024 edisi-40 pada 12 Oktober 2024 bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu.
Aksi pemain prop Azam Fakhrullah Abd Razak(dua dari kanan) sewaktu perlawanan suku akhir Piala Agong 2024 bertemu Angkatan Tentera Malaysia(ATM)) membuat penampilan buat kali ke-8 bersama Terengganu di pentas kejuaraan Piala Agong sejak 2015 di mana ketika itu berusia 17 tahun.
Namun momentum Terengganu tidak terbantut begitu sahaja apabila berjaya menambah 14 mata manakala ATM hanya 8 mata untuk menamatkan separuh masa pertama memihak kepada tuan rumah berkeputusan 24-08.
Babak separuh masa kedua menyaksikan ATM melakukan pertukaran taktikal dengan memasukkan sebahagian besar pemain-pemain simpanan mereka memaksa Terengganu untuk bekerja keras menahan asakan demi asakan sehinggakan bolos 21 mata melalui 3 jatuhan try dan 3 tendangan conversion untuk merapatkan jurang keputusan semasa.
Terengganu terus selesa mendahului perlawanan dengan tambahan 15 mata sehingga tamat perlawanan berkeputusan 39-29 untuk menafikan ATM sekaligus memperbaiki rekod pencapaian musim lalu dengan menempah tiket ke penentuan separuh akhir kejuaraan Piala Agong 2024 edisi ke-40 ini.
Seterusnya Terengganu akan meneruskan kempen kejuaraan musim ini bagi aksi penentuan separuh akhir bertemu Polis Diraja Malaysia(PDRM) yang dijadualkan pada 19 Oktober 2024 nanti bertempat di Stadium UiTM Shah Alam, Selangor.
Terengganu(jersi hitam putih) tewaskan Angkatan Tentera Malaysia(ATM) berkeputusan 39-29 bagi aksi penentuan suku akhir Piala Agong 2024 edisi-40 pada 12 Oktober 2024 bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu.
Untuk rekod, pada musim lalu Terengganu terkandas pada penentuan suku akhir yang hanya berjurang 1 try oleh Polis Diraja Malaysia yang juga merupakan juara musim lalu.
Kali terakhir Terengganu merangkul kejuaraan Piala Agong adalah pada edisi ke-37 di tahun 2019 setelah menewaskan Sabah pada perlawanan penentuan akhir yang berkeputusan 25-24 ketika itu.
Terengganu has once again secured their place in the quarterfinals of the 40th edition Agong Cup, overcoming Perlis with a tight 29-26 victory in the final group stage match at Kompleks Tuanku Syed Putra, Kangar on October 5, 2024.
Terengganu is on the path to reclaiming the 40th edition Agong Cup title after securing a 29-26 win over Perlis at Kompleks Tuanku Syed Putra, Kangar.
In a rain-soaked match, Muhammad Danial Noor Hamidi scored the first try just 13 minutes in, with Mohamad Faris Pead converting to put Terengganu up 7-0. Under coach Khairul Azhar Shaarani, Terengganu dominated, forcing Perlis into conceding penalties, further widening the score gap. Hamidi scored another try at the 27th minute, bringing Terengganu to 15-0.
Perlis fought back with a try from Enesi Waqanisau, ending the first half 15-5. In the second half, Perlis, led by coach Mohd Hafiz Zainon, ramped up the pressure, scoring three tries and conversions, but couldn’t surpass Terengganu, who sealed the win with two more tries and conversions. The final whistle from referee Nik Mohd Ramadhan Nik Abdullah confirmed a 29-26 victory for Terengganu.
Khairul Azhar Shaarani takes the helms as Terengganu’s Head Coach for 40th Agong Cup 2024.
“Praise be to Allah, the rain created an even playing field for both teams. It wasn’t an easy victory for us as the visiting team, especially against Perlis, who had strong home support and quick attacks under coach Mohd Hafiz Zainon. Credit to Perlis for their fierce performance.
“Our quarterfinal against the Malaysian Armed Forces (ATM) on Saturday won’t be easy. We’re aware of ATM’s growing strength over the past three years. I have high hopes for my players, many of whom have faced ATM before. But we can’t afford to be complacent,” said Terengganu’s head coach, Khairul Azhar Shaarani.
Next, Terengganu faces the Malaysian Armed Forces (ATM) in the quarterfinals at Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus on October 12. This season marks the first under coach Khairul Azhar Shaarani.
Last year, Terengganu narrowly missed the semifinals, losing to the eventual champions, the Royal Malaysia Police. Terengganu last won the Agong Cup in 2019, defeating Sabah 25-24 in a thrilling final.
Barisan pasukan ragbi Terengganu yang kini dalam misi memburu kejuaraan edisi ke-40 kejuaraan Piala Agong 2024. Kali terakhir Terengganu merangkul kejuaraan Piala Agong adalah pada edisi ke-37 di tahun 2019.
Terengganu kini berada di landasan terbaik untuk kembali merampas kejuaraan Piala Agong edisi ke-40 setelah menamatkan aksi terakhir peringkat kumpulan dengan menewaskan Perlis yang berkesudahan 29-26 di Kompleks Tuanku Syed Putra, Kangar.
Terdahulu, perlawanan yang berlangsung dalam situasi hujan lebat tanpa henti menyaksikan jatuhan try pertama berjaya ditebuk oleh Muhammad Danial Noor Hamidi seawal minit ke-13 permainan dan seterusnya tambahan dua mata melalui tendangan conversion disempurnakan oleh Mohamad Faris Pead untuk meletakkan Terengganu mendahului permainan dengan keputusan semasa 7-0.
Khairul Azhar Shaarani galas tanggungjawab selaku ketua jurulatih Terengganu bagi edisi ke-40 kejuaraan Piala Agong 2024.
Dominasi penguasaan padang oleh Terengganu di bawah kendalian ketua jurulatih Khairul Azhar Shaarani memaksa tuan rumah berusaha keras untuk merampas bola sehinggakan terpaksa menghadiahkan 3 mata tendangan penalti kepada pasukan pelawat menambah jurang.
Menambah duka, Muhammad Danial Noor Hamidi sekali lagi menambah 5 mata untuk Terengganu melalui jatuhan try di minit ke-27.
Menghampiri minit-minit akhir separuh masa pertama permainan, Perlis berjaya mendapat jatuhan try pertama oleh pemain import pasukan tuan rumah Enesi Waqanisau meletakkan keputusan semasa 15-5 pada separuh masa pertama.
Pasukan ragbi Terengganu beraksi di dalam kumpulan B bersama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Perlis bagi kejuaraan Piala Agong 2024 edisi ke-40 ini.
Pada aksi separuh masa kedua, pertukaran taktikal pasukan tuan rumah di bawah kendalian Mohd Hafiz Zainon berjaya diterjemahkan dengan baik oleh pemain-pemainnya untuk memberi tekanan kepada pasukan pelawat untuk melakukan beberapa kesilapan mudah.
Perlis yang berjaya menambah 21 mata melalu 3 jatuhan try dan 3 tendangan conversion untuk separuh masa kedua ini masih tidak dapat untuk mendahului keputusan semasa perlawanan walaupun Terengganu hanya berjaya mendapat dua jatuhan try dan dua tendangan conversion untuk menamatkan 80 minit aksi perlawanan yang dinoktahkan oleh pengadil Nik Mohd Ramadhan Nik Abdullah berkeputusan 29-26 untuk memihak kepada Terengganu.
Seterusnya Terengganu dijadualkan untuk bertemu Angkatan Tentera Malaysia(ATM) bagi penentuan suku akhir Piala Agong 2024 edisi ke-40 di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus pada 12 Oktober nanti.
Terengganu sekali lagi berjaya melangkah ke penentuan suku akhir bagi kejuaraan Piala Agong edisi ke-40 setelah berjaya menafikan Perlis berkeputusan 29-26 bagi aksi terakhir peringkat kumpulan yang telah berlangsung di Kompleks Tuanku Syed Putra, Kangar pada 5 Oktober 2024.
Pada musim ini Terengganu di bawah kendalian ketua jurulatih Khairul Azhar Shaarani di mana merupakan penampilan pertama beliau bersama pasukan dari pantai timur ini.
Untuk rekod, pada musim lalu Terengganu terkandas pada penentuan suku akhir yang hanya berjurang 1 try oleh Polis Diraja Malaysia yang juga merupakan juara musim lalu.
Kali terakhir Terengganu merangkul kejuaraan Piala Agong adalah pada edisi ke-37 di tahun 2019 setelah menewaskan Sabah pada perlawanan penentuan akhir yang berkeputusan 25-24 ketika itu.
Hanya berjurang 1 jatuhan try dan 1 tendangan conversion menyaksikan Terengganu yang hadir sebagai pasukan pelawat di Stadium Ragbi Johor untuk memberikan kemenangan kepada Johor yang berakhir dengan keputusan 24-17.
Terdahulu, Terengganu berjaya menamatkan perlawanan separuh masa pertama untuk mendahului permainan dengan keputusan 10-0 yang berjaya diterjemahkan oleh pemain import Peniasi Damu V Ragata melalui tendangan penalti dan conversion dan jatuhan try untuk tambahan 5 mata oleh Muhammad Hasif Sharifuddin.
Seterusnya pada babak separuh masa kedua, 7 mata pertama milik tuan rumah berjaya dikutip melalui jatuhan try oleh pemain import dari Afrika Selatan Ryno Weyers pada minit ke-8 separuh masa kedua dan tambahan 2 mata melalui tendangan conversion yang disempurnakan oleh bekas pemain kebangsaan Mohd Fairuz Ab Rahman.
Selang 5 minit kemudian, pemain-pemain gantian yang dimasukkan oleh Terengganu berjaya menambah 7 mata melalui jatuhan try oleh Muhammad Faris Abdullah dan tendangan conversion oleh Luqman Hakim Abu Hassan sekaligus meletakkan pasukan pelawat untuk mendahului perlawanan dengan kedudukan semasa 17 berbalas 7.
Situasi penguasaan padang yang kian sengit sehingga memaksa untuk Terengganu melakukan pertukaran taktikal melibatkan 4 gantian namun terpaksa akur untuk memberi 3 mata melalui tendangan penalti di minit ke-25 separuh masa kedua kepada tuan rumah untuk merapatkan jurang.
Menambah tekanan Terengganu juga terpaksa akur untuk menerima layangan kad kuning pertama kepada Muhammad Sameer Muhammad Sani Surinder dan juga pada minit-minit akhir perlawanan pemain import Simeli Naituvi turut dikenakan kad kuning.
Situasi yang memihak kepada pasukan tuan rumah dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menamatkan kemenangan pertama mereka setelah pemain import mereka menyumbang 5 mata melalui jatuhan try oleh Serupepeli Turuva dan sekali lagi pemain full back Mohd Fairuz Ab Rahman menyempurnakan tendangan conversion menjadi mata akhir untuk menamatkan perlawanan yang berkeputusan 24-17.
Keputusan penuh perlawanan minggu kedua kejuaraan Piala Agong 2024 edisi ke-40 menyaksikan Terengganu selaku pasukan pelawat terpaksa akur untuk dibezakan kutipan mata hanya 1 jatuhan try dan 1 tendangan conversion kepada Johor. Kredit – Kesatuan Ragbi Malaysia
The 40th edition of the Agong Cup Rugby Championship 2024 has been finalized, featuring 9 teams in a 15-a-side format. This year’s tournament has seen a few last-minute withdrawals, but the competition remains fierce.
The group stage matches will kick off on September 7, 2024. In Group A, the Royal Malaysia Police (PDRM) will face Pahang at the PGA Semenyih Rugby Field, while Selangor will take on the Malaysian Armed Forces (ATM) at Padang Astaka in Petaling Jaya. Over in Group B, Terengganu will compete against the Federal Territory of Kuala Lumpur at Tigre Arena in Sungai Buluh.
Full Match Schedule for the 40th Edition of the Agong Cup Rugby Championship 2024. Credit – facebook.com/malaysiarugbyofficial
After four weeks of intense matches, the final week of the group stage is scheduled for October 5, 2024. In Group A, Pahang will meet Selangor at the Malaysia Sports School in Gambang, and PDRM will go up against Perak at the PGA Semenyih Rugby Field. Meanwhile, Group B will see Perlis, the home team, facing Terengganu at the Tuanku Syed Putra Complex in Kangar.
Berikut adalah jadual terkini perlawanan peringkat kumpulan Kejuaraan Ragbi Piala Agong 2024 edisi ke-40 yang hanya melibatkan 9 pasukan ragbi 15 sepasukan dari negeri-negeri dalam negara setelah beberapa pasukan menarik diri di saat akhir.
Minggu pertama perlawanan peringkat kumpulan pada 7 September 2024 ini menyaksikan dua aksi dari Kumpulan A iaitu Polis Diraja Malaysia(PDRM) bertemu Pahang di padang ragbi PGA Semenyih dan Selangor bertemu Angkatan Tentera Malaysia(ATM) di Padang Astaka, Petaling Jaya.
Manakala bagi aksi Kumpulan B hanya melibatkan pasukan Terengganu bertemu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Tigre Arena, Sungai Buluh.
Jadual penuh perlawanan Kejuaraan Ragbi Piala Agong 2024 Edisi Ke-40. Kredit – facebook.com/malaysiarugbyofficial
Edisi Ke-40 Kejuaraan Ragbi Piala Agong 2024 hanya melibatkan 9 pasukan ragbi 15 sepasukan dari seluruh negara. Kredit – facebook.com/malaysiarugbyofficial
Setelah berlangsung selama 4 minggu perlawanan, seterusnya pada minggu terakhir bagi aksi peringkat kumpulan pada 5 Oktober 2024 dijadualkan untuk 3 perlawanan melibatkan Pahang bertemu Selangor di Sekolah Sukan Malaysia Pahang, Gambang dan PDRM bertemu Perak di PGA Semenyih bagi peringkat Kumpulan A.
Manakala Kumpulan B menyaksikan Perlis selaku pasukan tuan rumah untuk bertemu Terengganu di Kompleks Tuanku Syed Putra, Kangar.
The Terengganu 15s rugby team has started their first training camp on a high note, with every player and management member showing strong commitment by attending the sessions at Padang Merbuk, Federal Territory of Kuala Lumpur, which concluded late on September 8, 2024.
Adding to the momentum of this season’s opening training, His Royal Highness the Crown Prince of Terengganu, Tengku Muhammad Ismail, along with his brother, Tengku Seri Setia Mahkota Raja, graced the training sessions with their presence, participating alongside the team.
This season, under the guidance of head coach Khairul Azhar Shaarani, who is making his debut with the team, the commitment shown during the first training session is crucial in ensuring the team’s direction is on the right track. They are gearing up for their opening match against the Federal Territory of Kuala Lumpur this Saturday at Tugre Arena, Sungai Buloh, Selangor.
The 40th Edition of the Agong’s Cup Rugby Championship 2024 only involves 9 teams of 15-a-side rugby from across the country. Credit – facebook.com/malaysiarugbyofficial
Also present at the training sessions were the President of the Malaysian Rugby Union (KRM), Amir Amri Mohamad, KRM Treasurer Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab, and the President & CEO of Bank Muamalat Malaysia Berhad, Khairul Kamarudin, who is a strategic partner for Terengganu in this 40th edition of the Agong Cup campaign.
Sesi pertama kem latihan pasukan ragbi 15 sepasukan(15s) Terengganu berada dilandasan yang terbaik setelah setiap pemain dan barisan pengurusan pasukan memberi komitmen tinggi untuk hadir ke padang latihan di Padang Merbuk, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berakhir pada lewat petang 4 September 2024.
Menambah momentum latihan pembukaan musim ini, keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail bersama adindanya Yang Amat Mulia Tengku Seri Setia Mahkota Raja mencemar duli untuk turut sama berlatih bersama pasukan.
Pada musim ini Terengganu di bawah kendalian ketua jurulatih Khairul Azhar Shaarani yang juga membuat penampilan sulung bersama pasukan menjelaskan komitmen yang telah diberikan untuk sesi pertama program latihan adalah amat penting dalam memastikan momentum hala tuju pasukan di landasan terbaik menjelang perlawanan pembukaan bertemu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Sabtu ini bertempat di Tugre Arena, Sungai Buloh, Selangor.
Edisi Ke-40 Kejuaraan Ragbi Piala Agong 2024 hanya melibatkan 9 pasukan ragbi 15 sepasukan dari seluruh negara. Kredit – facebook.com/malaysiarugbyofficial
Turut hadir ke padang latihan persiapan pasukan Terengganu ini adalah Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia(KRM) Amir Amri Mohamad, Bendahari KRM Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab bersama Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad Khairul Kamarudin selaku rakan strategik kepada Terengganu untuk kempen Piala Agong 2024 edisi ke-40 kali ini.
Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail berkenan untuk mencemar duli untuk mendahului senarai pemain-pemain ragbi pasukan Terengganu yang kini dalam misi memburu kejuaraan Piala Agong 2024 edisi ke-40 kali ini.
Untuk rekod, penampilan pertama Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail bersama pasukan adalah pada kejuaraan Piala Agong 2017 yang lalu.
Berikut adalah senarai penuh nama-nama pemain pasukan Terengganu yang didaftarkan untuk kejuaraan musim ini.
SENARAI NAMA PASUKAN TERENGGANU SKUAD PIALA AGONG 2024
NO.
NAMA
1
DYTM TENGKU MUHAMMAD ISMAIL IBNI SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN
Acara ragbi 7 sepasukan Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024) berlangsung selama 4 hari pertandingan bermula pada 19 Ogos 2024 sehingga 22 Ogos 2024 bertempat di Stadium Miri, Sarawak.
Berikut keputusan bagi semua perlawanan melibatkan kontijen Terengganu.
PERINGKAT KUMPULAN
LELAKI
#1 – TERENGGANU vs Sarawak 07-05
#2 – Johor vs TERENGGANU 14-07
#3 – Pahang vs TERENGGANU 21-21
WANITA
#1 – TERENGGANU vs Sabah 14-07
#2 – Selangor vs TERENGGANU 32-07
#3 – TERENGGANU vs Wilayah Persekutuan 22-00
#4 – TERENGGANU vs Pahang 38-00
Pasukan ragbi lelaki Terengganu telah menamatkan aksi peringkat kumpulan di tangga kedudukkan kedua sekaligus layak untuk mara ke peringkat akhir perebutan pingat Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024). Kredit – https://rs.sukmasarawak2024.my
Pasukan ragbi wanita Terengganu telah menamatkan aksi peringkat kumpulan di tangga kedudukkan kedua sekaligus layak untuk mara ke peringkat akhir perebutan pingat Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024). Kredit – https://rs.sukmasarawak2024.my
PERINGKAT AKHIR LELAKI SUKU AKHIR – TERENGGANU vs KELANTAN 24-12 SEPARUH AKHIR – TERENGGANU vs Wilayah Persekutuan 07-05 PINGAT EMAS – TERENGGANU vs Johor 00-29
WANITA SUKU AKHIR – TERENGGANU vs Johor 24-10 SEPARUH AKHIR – TERENGGANU vs SARAWAK 0-5 PINGAT GANGSA – TERENGGANU vs Sabah 17-05
Senarai nama pemain-pemain ragbi lelaki Terengganu dan Johor yang mara peringkat akhir perebutan pingat emas Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024). Kredit – https://rs.sukmasarawak2024.my
Senarai nama pemain-pemain ragbi wanita Terengganu dan Sabah yang mara peringkat akhir perebutan pingat gangsa Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024). Kredit – https://rs.sukmasarawak2024.my
Setelah berentap selama 4 hari berturut-turut di Stadium Miri, walaupun perit untuk Terengganu menerima hakikat terlepas sasaran pingat emas namun ianya masih boleh untuk dibanggakan dengan pencapaian pingat perak oleh pasukan lelaki dan gangsa bagi pasukan wanita pada temasya Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024) edisi kali ini.
Pencapaian ini meletakkan satu penanda aras besar buat skuad ragbi negeri Terengganu di mana telah memperbaiki rekod pencapaian berbanding edisi lalu di mana kedua-dua pasukan ini telah dinoktahkan awal untuk berakhir di tempat ke-8 SUKMA MSN 2022.
“Sewaktu SUKMA MSN 2022, perit buat kami untuk terpaksa akur dinoktahkan di tempat ke-8 dari 12 pasukan bertanding walaupun kami hadir selaku pasukan pilihan ketika itu.
“Pada SUKMA Sarawak ini, sememangnya kami meletakkan sasaran yang tinggi untuk layak ke penentuan akhir berada di dalam kumpulan maut dengan 3 kemenangan dan 1 kekalahan sebelum ke pusingan penentuan kalah mati. Namun tuah tidak menyebelahi kami setelah tewas tipis dengan hanya satu jatuhan try oleh pasukan tuan rumah pada penentuan separuh akhir. Seterusnya kami perlu bermatian untuk menewaskan Sabah berkeputusan 17 berbalas 5 bagi perebutan pingat gangsa.
“Walaubagaimanapun kami tetap berbangga dengan pingat gangsa ini di mana kami memperbaiki rekod pencapaian pada edisi lalu yang agak teruk buat pasukan wanita ini.” ujar ketua jurulatih ragbi wanita Terengganu Mohammad Nasharuddin Ismail yang mula membentuk pasukan ragbi wanita Terengganu sejak 2020.
Manakala pasukan ragbi lelaki Terengganu menepati sasaran untuk meraih pingat perak setelah hadir selaku finalis SUKMA Sarawak 2024 bertemu Johor yang meraih pingat emas berkeputusan 29-00.
Skuad ragbi lelaki dan wanita Hanelang Bangkit masing-masing beraksi cemerlang dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan untuk menyaksikan pasukan ragbi wanita Terengganu meraih kemenangan pertama dengan menewaskan Sabah berkeputusan 14 berbalas 7 manakala pasukan lelaki Hanelang Bangkit berjaya menafikan pasukan tuan rumah dengan keputusan tipis 7 berbalas 5 di Stadium Miri, Sarawak.
Namun situasi berbeza pada perlawanan kedua buat kedua-dua pasukan dari pantai timur ini setelah dinafikan oleh Selangor berkeputusan 32 berbalas 7 bagi acara berpasukan wanita manakala pasukan lelaki terpaksa akur kepada Johor yang berjurang 1 try dan 1 conversion untuk menoktahkan perlawanan berkesudahan 14 berbalas 7.
Pasukan ragbi wanita Terengganu telah diundi di dalam kumpulan F bersama-sama Selangor, Wilayah Persekutuan dan Sabah untuk merebut kejuaraan Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024) yang berlangsung bermula pada 19 Ogos sehingga 21 Ogos 2024 bertempat di Stadium Miri, Sarawak. Kredit Foto – Persatuan Ragbi Negeri Terengganu
“Alhamdullilah tamat perlawanan hari pertama buat kami, tiada sebarang kecederaan serius di mana kami mampu untuk menurunkan ke semua pemain-pemain kami bagi perlawanan esok.
“Keputusan pada hari ini sudah tentu memaksa kami untuk bekerja keras bagi menamatkan perlawanan peringkat kumpulan untuk mencari slot ke penentuan akhir kejuaraan SUKMA Sarawak ini.
“Percaturan taktikal amat penting untuk menentukan tidak bertemu pasukan lawan yang lebih hebat daripada kami di peringkat suku akhir dan separuh akhir mampu memberi kelebihan buat kami untuk mara ke peringkat akhir.
“Namun sebelum itu kami perlu bekerja keras untuk meraih kemenangan di mana pasukan lelaki perlu menang ke atas Pahang dan pasukan wanita juga perlu meraih kemenangan baki perlawanan agar selesa untuk mara ke pusingan akhir nanti.” ujar pengurus pasukan Enche Mohd Amirul Mukminin Sulaiman.
Pada aksi kedua peringkat kumpulan yang dijadualkan berlangsung esok, pasukan ragbi perempuan Terengganu dijadual untuk bertemu Wilayah Persekutuan pada jam 1109 pagi manakala bagi pasukan lelaki Terengganu pada jam 1218 tengah hari bertempat di Stadium Miri, Sarawak.
Pasukan ragbi lelaki Terengganu telah diundi di dalam kumpulan C bersama-sama Pahang, Johor dan pasukan tuan rumah SUKMA Sarawak 2024. Kredit Foto – Persatuan Ragbi Negeri Terengganu
KEPUTUSAN HARI PERTAMA RAGBI SUKMA SARAWAK 2024 *Melibatkan pasukan Terengganu sahaja
WANITA
TERENGGANU vs SABAH 14-07
SELANGOR vs TERENGGANU 32-07
LELAKI
TERENGGANU vs SARAWAK 07-05
JOHOR vs TERENGGANU 14-07
Despite the withdrawal of two teams, the 40th Agong Cup Rugby Championship 2024 redraw sees 9 teams fiercely competing for the title. The online redraw on August 18, 2024, has set the stage for an exciting tournament. Credit – Facebook Malaysia Rugby
The most prestigious 15-a-side rugby championship season in the country, eagerly awaited by every local rugby team, is set to kick off its first match on September 7, 2024.
Terengganu stands as the sole representative from the east coast, continuing their campaign in the 40th edition of the championship. They have been drawn into Group B alongside last year’s runners-up, Federal Territory of Putrajaya, Federal Territory of Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, and Perlis.
Adding to the excitement, DTYM Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin, has graciously agreed to rejoin the Terengganu Rugby team. His return follows a stellar performance last season, where he led the team to a resounding 72-06 victory over Selangor in the opening match.
Terengganu’s unbeaten streak leads them to the final of the 38th Agong Cup, where they will clash with Putrajaya on December 3, 2022, at Subang Air Base, Shah Alam. Photo Credit – Ahmad Shahzali / https://www.facebook.com/ahmad.shahzali
In the previous edition, Terengganu’s journey to the semi-finals was halted by a narrow defeat, losing by just ‘1 try’ to the Royal Malaysia Police (PDRM). PDRM’s remarkable run didn’t stop there, as they went on to make history by winning the championship for the first time, defeating Federal Territory of Putrajaya 29-22 in the final.
Terkini setelah 2 pasukan menarik diri dari saingan kejuaraan ragbi Piala Agong 2024 edisi ke-40 menyaksikan hanya 9 pasukan akan meneruskan pemburuan kejuaraan setelah pengundian semula telah diadakan secara dalam talian pada 18 Ogos 2024 lalu. Kredit Foto – Facebook Malaysia Rugby
Susulan penarikan diri oleh beberapa pasukan bertanding bagi memburu kejuaraan Piala Agong 2024 edisi ke 40 ini, Kesatuan Ragbi Malaysia(KRM) telah melakukan semula pengundian kumpulan menyaksikan Terengganu untuk berada di dalam Kumpulan B bersama-sama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perlis dan Johor.
Manakala bagi Kumpulan A menyaksikan juara bertahan Polis Diraja Malaysia(PDRM) bersama Selangor, Angkatan Tentera Malaysia(ATM), Perak dan Pahang untuk berentap.
Pada 4 Julai 2024, Kesatuan Ragbi Malaysia telah mengumumkan senarai kumpulan pasukan yang melibatkan dua kumpulan untuk 11 pasukan bagi memburu kejuaraan Piala Agong 2024 edis ke-40 namun 14 Ogos 2024, Negeri Sembilan secara rasmi telah mengumumkan penarikan diri dan beberapa pasukan lagi untuk tidak bertanding pada edisi kali ini. Kredit Foto – Facebook Malaysia Rugby
Undian khas ini telah diadakan secara dalam talian pada 18 Ogos 2024 melibatkan pasukan-pasukan yang bertanding seperti mana telah diumumkan oleh KRM selaku pemegang taruh utama penganjuran edisi kali ini dan jadual pertandingan terkini akan diumumkan kemudian.
Pada 16 Ogos 2024 lalu KRM secara rasminya mengumumkan penarikan diri oleh pasukan Negeri Sembilan menjadikan pasukan kedua selepas Wilayah Persekutuan Putrajaya berbuat sedemikian.
Ahli gabungan badan induk sukan ragbi kebangsaan, Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan telah mengumumkan penarikan diri bagi saingan kempen kejuaraan Piala Agong 2024 Edisi Ke 40 dalam satu hebahan di laman sosial rasmi mereka pada 14 Ogos 2024. Kredit – Facebook Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan
Melalui sumber tidak rasmi yang dikongsikan kepada Penyu Sukan, Negeri Sembilan terpaksa mengambil keputusan berat itu berikutan masalah komitmen penaja di saat akhir yang merencatkan segala persiapan pasukan yang telah dilakukan.
SENARAI PASUKAN KEJUARAAN RAGBI PIALA AGONG 2024 EDISI KE-4
KUMPULAN A
Polis Diraja Malaysia(PDRM)
Selangor
Angkatan Tentera Malaysia(ATM)
Perak
Pahang
KUMPULAN B
Terengganu
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Perlis
Johor
PASUKAN YANG MENARIK DIRI
Wilayah Persekutuan Putrajaya (Penampilan terakhir 2023)
Negeri Sembilan (Penampilan terakhir 2023)
Kedah (Penampilan terakhir 2019)
Pulau Pinang (Penampilan terakhir 2022)
Melaka (Penampilan terakhir 2023)
Kelantan (Penampilan terakhir 2022)
Sabah (Penampilan terakhir 2023)
Sarawak (Penampilan terakhir 2023)
Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan (National 7s 2024) menyaksikan Terengganu Darul Iman sebagai tuan rumah buat pertama kali mempertaruhkan Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail sebagai venue rasmi kejohanan paling berprestij dalam negara sejak dipertandingkan bermula pada 1988. Stadium ragbi yang pertama kali dibina di negeri Terengganu ini telah dimasyhurkan dengan penuh gilang gemilang oleh Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10 November 2021 setelah selesai dinaik taraf.
Sebanyak empat kategori dipertandingkan, iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita, Lelaki Bawah 21 Tahun, dan Wanita Bawah 21 Tahun di mana Terengganu hanya menghantar penyertaan bagi tiga pasukan sahaja untuk berentap bagi kategori Lelaki Terbuka, Lelaki Bawah 21 Tahun, dan Wanita Bawah 21 Tahun.
Sebanyak 36 pasukan untuk berentap di dalam 4 kategori yang dipertandingkan bagi edisi Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan(National 7s 2024) yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 12 Julai sehingga 14 Julai 2024 bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit – https://www.tournifyapp.com/live/national7s2024/team
Senarai nama pasukan Terengganu bagi tiga kategori Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan(National 7s 2024) yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 12 Julai sehingga 14 Julai 2024 bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit – https://www.tournifyapp.com/live/national7s2024/team
Selaku tuan rumah Terengganu hadir dengan misi besar buat setiap pasukan bertanding di mana pasukan lelaki senior hadir selaku penyandang juara kali ketiga berturut-turut bagi tiga edisi terdahulu pada 2019,2022 dan 2023 yang ke semuanya telah berlangsung di Stadium Ragbi Perak, Ipoh. Untuk rekod, tiada penganjuran diadakan pada tahun 2020 dan 2021 berikutan pandemik COVID-19.
Begitu juga buat pasukan ragbi wanita Terengganu bagi kategori Wanita Bawah 21 Tahun yang juga merupakan pasukan persiapan ke pentas Sukan Malaysia (SUKMA Sarawak 2024), adalah penyandang juara berganda setelah meraih kejuaraan pada edisi 2022 dan 2023.
Manakala pasukan ragbi lelaki Terengganu yang juga pasukan persiapan SUKMA Sarawak 2024 hadir dengan reputasi finalis Lelaki Bawah 21 Tahun edisi lalu yang dinafikan oleh Johor ketika itu. Momentum pasukan lelaki ini bermula setelah muncul juara Plate pada edisi 2022 di Ipoh.
Keputusan setiap perlawanan melibatkan pasukan Terengganu bagi kategori Lelaki Terbuka Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan(National 7s 2024) yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 12 Julai sehingga 14 Julai 2024 bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit – https://www.tournifyapp.com/live/national7s2024/team
Pasukan lelaki Terengganu catat rekod tanpa kalah dalam dua perlawanan di peringkat kumpulan bagi kategori Bawah 21 Tahun Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan(National 7s 2024) telah diundi bersama pasukan Kelantan, Kedah dan Negeri Sembilan. Kredit – https://www.tournifyapp.com/live/national7s2024/team
Namun bagi edisi 2024 kali ini, pasukan Lelaki Terbuka Terengganu terpaksa menerima kejutan di laman sendiri setelah gagal mempertahankan kejuaraan ‘triple champion’ setelah terkandas di penentuan suku akhir yang berkeputusan 14-10 sekaligus memberi peluang buat Selangor untuk terus mara ke pusingan seterusnya. Berbaki dua perlawanan sebelum menoktahkan perjuangan skuad senior Terengganu musim ini, Terengganu membelasah Sarawak berkeputusan 33-7 pada perlawanan penentuan tempat ke-5 – ke-8 namun tewas pada perlawanan terakhir buat pasukan setelah dinafikan oleh Perak dalam perlawanan penentuan tempat ke-5 & ke-6 yang berakhir dengan keputusan 21-10.
Keputusan setiap perlawanan melibatkan pasukan Terengganu bagi kategori Wanita Bawah 21 Tahun Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan(National 7s 2024) yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 12 Julai sehingga 14 Julai 2024 bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit – https://www.tournifyapp.com/live/national7s2024/team
Pasukan wanita Terengganu catat rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan bagi kategori Bawah 21 Tahun Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan(National 7s 2024) telah diundi bersama pasukan Kelantan, Kedah dan Negeri Sembilan. Kredit – https://www.tournifyapp.com/live/national7s2024/team
Walaubagaimanapun, pasukan tuan rumah tetap boleh berbangga dengan pencapaian pasukan ragbi wanita bawah 21 tahun yang berjaya mempertahankan kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut sejak edisi 2022. Terdahulu pasukan ragbi wanita Terengganu di bawah kendalian Nasaruddin Ismail yang juga merupakan bekas kapten pasukan 15 sebelah Malaysia di mana penampilan terakhir beliau adalah di pentas Kejuaraan Ragbi Asia 2024 berjaya mencatatkan rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan untuk berentap bersama Kelantan, Kedah dan Negeri Sembilan.
Pada peringkat suku akhir, pasukan wanita ini beraksi garang untuk menewaskan Perak yang berkesudahan 22 tanpa balasan dan terpaksa berusaha keras untuk menewaskan Johor yang berkesudahan 14-12 bagi aksi separuh akhir. Akhirnya, kejuaraan ternoktah milik pasukan ragbi wanita Terengganu setelah menewaskan Selangor 17-0 di pusingan akhir. Untuk rekod, pasukan wanita Terengganu mencatatkan kemenangan terbesar sepanjang kejohanan sewaktu bertemu Negeri Sembilan di peringkat kumpulan dengan keputusan 53-0.
Keputusan setiap perlawanan melibatkan pasukan Terengganu bagi kategori Lelaki Bawah 21 Tahun Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan(National 7s 2024) yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 12 Julai sehingga 14 Julai 2024 bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit – https://www.tournifyapp.com/live/national7s2024/team
Pasukan lelaki Terengganu catat 2 kemenangan dan 1 kalah dalam 3 perlawanan di peringkat kumpulan bagi kategori Bawah 21 Tahun Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan(National 7s 2024) telah diundi bersama pasukan Kelantan, Kedah dan Negeri Sembilan. Kredit – https://www.tournifyapp.com/live/national7s2024/team
Selain itu, pasukan ragbi Lelaki Bawah 21 Tahun tuan rumah turut kembali mencipta sensasi penganjuran untuk sekali lagi mengulangi perlawanan finalis edisi lalu untuk bertemu Johor di pusingan akhir kejuaraan kali ini. Pertemuan kedua-dua pasukan ini lebih menarik kerana mereka diundi dalam kumpulan yang sama. Terengganu mencatatkan satu kekalahan di peringkat kumpulan, dinafikan oleh Johor. Di pusingan akhir, Terengganu terpaksa akur kepada Johor yang dinobatkan juara berganda dengan keputusan 26-12.
Dalam usaha untuk memastikan prestij penganjuran kejuaraan Kejohanan Ragbi 7s Kebangsaan (National 7s 2024) mencapai penanda aras tinggi yang telah diletakkan oleh Kesatuan Ragbi Malaysia selaku penganjur utama, Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) bersama-sama dengan pelbagai agensi di dalam negeri ini berganding bahu untuk turut hadir melawat Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Terengganu bagi merangka perancangan yang akan dilaksanakan sebelum tirai kejohanan dibuka pada 12 Julai 2024 ini.
Wakil dari Kesatuan Ragbi Malaysia yang diwakili oleh presidennya sendiri iaitu Amir Amri Mohamad bersama-sama sebahagian jawatan kuasa penganjuran yang dibarisi oleh pengurusan PRNT optimis dengan kemudahan-kemudahan yang tersedia ada mahupun yang akan ditambah baik mampu untuk memberi keselesaan buat setiap pasukan bertanding.
Kejuaraan yang berlangsung selama dua hari ini bakal menghimpunkan 36 pasukan tempatan untuk berentap dalam 4 kategori yang dipertandingkan. Kategori tumpuan yakni Terbuka Lelaki menyaksikan pasukan tuan rumah yang akan mempertahankan kejuaraan telah diundi bersama-sama dengan Angkatan Tentera Malaysia(ATM) dan Perak bagi Kumpulan D sebelum mara ke pusingan akhir. Terengganu juga turut berentap dalam kategori Lelaki Bawah 21 Tahun dan Wanita Bawah 21 Tahun.
Sarawak merupakan satu-satunya pasukan dari Malaysia Timur hadir memberi saingan di mana Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak menghantar pasukan untuk memburu kejuaraan berprestij bagi edisi kali ini.
Pada 4 Julai 2024, Kesatuan Ragbi Malaysia telah mengumumkan senarai kumpulan pasukan yang melibatkan dua kumpulan untuk 11 pasukan bagi memburu kejuaraan Piala Agong 2024 edis ke-40 kali ini Kredit Foto – Facebook Malaysia Rugby
Musim kejuaraan ragbi 15 sepasukan paling berprestij dalam negara yang amat dinanti-nantikan oleh setiap pasukan ragbi tanah air untuk memburu kejuaraan kini kembali untuk membuka tirai perlawanan pertama yang dijadualkan bermula pada 7 September 2024 ini.
Terengganu menjadi satu-satunya pasukan dari pantai timur untuk meneruskan kempen kejuaraan bagi edisi ke-40 kali ini untuk diundi di dalam Kumpulan B bersama-sama penyandang naib juara edisi lalu Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perlis.
Terengganu mara ke perlawanan akhir kempen Piala Agong edisi ke-38 dengan rekod tanpa kalah untuk bertemu Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 3 Disember 2022 di Pangkalan Udara Subang, Shah Alam. Kredit Foto – Ahmad Shahzali / https://www.facebook.com/ahmad.shahzali
Menambah menarik, DTYM Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin mencemar duli berkenan untuk kembali membantu pasukan Ragbi Terengganu setelah membuat penampilan pada musim lalu untuk membelasah Selangor pada perlawanan pembukaan yang berakhir dengan keputusan bergaya 72-06.
Pada edisi lalu, kemaraan Terengganu untuk mara ke pusingan separuh akhir terbantut setelah tewas tipis ‘1 try’ yang dinafikan oleh Polis Diraja Malaysia(PDRM) ketika itu. Kemaraan PDRM tidak terhenti di situ sahaja di mana turut melakar sejarah untuk pertama kali dinobatkan selaku juara dalam sepanjang sejarah penganjuran kejuaraan ragbi paling berprestij ini setelah menafikan Wilayah Persekutuan Putrajaya pada perlawanan akhir yang berkeputusan 29-22.
Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung di tingkat 15 Wisma Darul Iman, Kuala Terenganu pada 3 Julai 2024 melibatkan pelbagai agensi di dalam negeri ini untuk turut sama sebagai pemegang taruh penganjuran ragbi paling berprestij dalam negara bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 12 sehingga 14 Julai 2024.
Sebagai usaha untuk martabatkan negeri Terengganu Darul Iman selaku tuan rumah kejuaraan ragbi paling berprestij tanah air, Kesatuan Ragbi Malaysia(KRM) selaku badan induk sukan ragbi kebangsaan bersama Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) mengorak langkah dengan menjalin kerjasama strategik bersama pemegang-pemegang taruh bagi penyelarasan serta kordinasi penganjuran Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan(National 7s) 2024 bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 12 sehingga 14 Julai 2024 nanti.
Kertas Cadangan Penganjuran Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2024 yang telah dibentangkan sewaktu Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung di tingkat 15 Wisma Darul Iman, Kuala Terenganu pada 3 Julai 2024.
Bertempat di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa 1, Tingkat 15 Wisma Darul Iman telah berlangsung mesyuarat yang dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian(Khidmat Pengurusan) Kerajaan Negeri Terengganu Puan Hajah Najihah Embong bersama Penolong Setiausaha Kerajaan Terengganu(Pembangunan Belia, Sukan & NGO) Ahmad Bukhari Abdul Rahman sebagai usaha tuan rumah untuk menyambut kehadiran 37 pasukan bertanding yang mewakili negeri masing-masing termasuk badan beruniform.
Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia Amir Amri Mohamad(kanan) yang juga turut menyandang selaku Presiden Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bersama Bendahari Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Izwan Ismail (tengah) sewaktu Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung di tingkat 15 Wisma Darul Iman, Kuala Terenganu pada 3 Julai 2024.
Kesatuan Ragbi Malaysia yang diwakili sendiri oleh Amir Amri Mohamad selaku presiden badan induk kebangsaan yang juga Presiden Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bersama-sama dengan barisan pengurusan persatuan yang diwakili oleh Mohd Izwan Ismail dan Enche Mohd Amirulmukminin Sulaiman untuk membentangkan gerak kerja penganjuran kejohanan sewaktu 2 hari kejohanan itu.
Penyu Sukan – Agensi Berita Sukan Terengganu merupakan salah satu entiti media yang akan menjayakan penganjuran ragbi paling berprestij dalam negara bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 12 sehingga 14 Julai 2024.
Turur hadir bermesyuarat adalah wakil-wakil daripada pihak agensi-agensi Kerajaan Negeri Terengganu, Majlis Sukan Negeri Terengganu, Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu, Polis Diraja Malaysia Negeri Terengganu, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terengganu serta beberapa agensi lain yang turut menerima jemputan.
Dari kiri – Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia Amir Amri Mohamad yang juga turut menyandang selaku Presiden Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bersama Penolong Setiausaha Kerajaan Terengganu(Pembangunan Belia, Sukan & NGO) Ahmad Bukhari Abdul Rahman dan Setiausaha Bahagian(Khidmat Pengurusan) Kerajaan Negeri Terengganu Puan Hajah Najihah Embong sewaktu Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung di tingkat 15 Wisma Darul Iman, Kuala Terenganu pada 3 Julai 2024.
“Satu penghormatan besar buat KRM selaku badan induk sukan ragbi kebangsaan dan PRNT sebagai ahli gabungan peringkat negeri di atas komitmen dan sokongan pemegang-pemegang taruh yang melibatkan pelbagai agensi dari dalam negeri Terengganu ini untuk turut sama menjayakan penganjuran berprestij ini sekaligus memberi penanda aras baharu untuk turut sama memartabatkan negeri Terengganu selaku kuasa besar sukan tanah air.
“Melalui kerjasama ini juga secara tidak langsung membuka dimensi baharu buat badan induk sukan ragbi negeri untuk mengutip pengalaman selaku penganjur kejohanan berstatus kebangsaan atau ke peringkat yang lebih tinggi setanding dengan badan-badan induk sukan kebangsaan di luar sana.
“Hubungan baik ini sewajarnya dikekalkan berterusan dan tidak hanya berakhir setelah tamat kejohanan nanti dan pada kesempatan ini kami ingin menzahirkan setinggi-tinggi terima kasih di atas komitmen yang diberikan.” ujar Presiden Kesatuan Ragi Malaysia Amir Amri Mohamad yang juga merupakan Presiden Persatuan Ragbi Negeri Terengganu.
Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung di tingkat 15 Wisma Darul Iman, Kuala Terenganu pada 3 Julai 2024 melibatkan pelbagai agensi di dalam negeri ini untuk turut sama sebagai pemegang taruh penganjuran ragbi paling berprestij dalam negara bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 12 sehingga 14 Julai 2024.
Pada mesyuarat ini, pemegang-pemegang taruh telah sepakat untuk memberi sokongan penuh bagi menjayakan penganjuran kejohanan ragbi berstatus kebangsaan ini.
Untuk rekod, kali terakhir Terengganu menjadi tuan rumah penganjuran Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan(National 7s) adalah pada tahun 2016 menyaksikan Terengganu muncul juara setelah menafikan Kelantan yang hadir selaku pasukan pilihan untuk berkesudahan 12-7.