Ragbi Piala Agong: 18 Try 14 Conversion Untuk Terengganu Belasah Kedah

15 mata hasil dari 3 jatuhan try berjaya disumbangkan oleh pemain sayap Terengganu; Muhammad Faizal Md Tahir sewaktu aksi kedua peringkat kumpulan Premier Kejohanan Ragbi Piala Agong 2019 Edisi Ke-37 menentang Kedah di Stadium Suka Menanti, Alor Star pada 12 Oktober 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Setelah beraksi cemerlang tewaskan Johor pada perlawanan pembukaan, seterusnya Kedah menjadi mangsa belasahan Terengganu yang hadir selaku pasukan pelawat untuk melunaskan 18 jatuhan try dan 14 tendangan conversion. Berkeputusan penuh 118 tanpa balasan meletakkan Terengganu selaku pasukan yang mengutip mata perlawanan tertinggi untuk aksi minggu kedua Kejohanan Ragbi Piala Agong 2019 Edisi Ke-37 ini. Sekaligus berjaya memperbaiki rekod pasukan berbanding musim lalu yang tewas awal kepada Kedah dan Johor dalam saingan peringkat kumpulan.

Kutipan mata pertama pasukan hadir seawal minit pertama disempurnakan mudah terus ke bawah palang gol oleh pemain import kelahiran Fiji; Iowane Teba yang bermain di posisi fullback. Seterusnya pemain flyhalf pasukan pelawat; Mohamad Faris Pead dengan mudah menambah 2 mata hasil dari tendangan conversion pertama perlawanan.





Anak jati Terengganu; Muhammad Faris bin Abdullah selaku pemain flanker mudah menyempurnakan jatuhan try terakhir untuk menyumbang tambahan 5 mata kepada pasukan di minit ke-71 sewaktu menentang Kedah dalam aksi peringkat kumpulan Premier Kejohanan Ragbi Piala Agong 2019 Edisi Ke-37. Terengganu hadir selaku pasukan pelawat ke Stadium Suka Menanti, Alor Star dan meraih kemenangan kedua peringkat kumpulan setelah menewaskan Kedah 118 tanpa balasan pada 12 Oktober 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Selang dua minit kemudian, pemain sayap Muhammad Faizal Md Tahir membuat larian mudah melepasi benteng pertahanan tuan rumah untuk menambah 5 mata melalui jatuhan try sekaligus memberi ruang mudah bagi pasukan menambah 2 mata melalui tendangan conversion.

Tuan rumah yang gagal memanfaatkan bermain di laman sendiri terpaksa melakukan beberapa pertukaran taktikal awal namun masih belum mampu untuk mengubah corak perlawanan. Terengganu yang kian selesa dengan rentak permainan terus menambah mata mengikat perlawanan berkeputusan 78 tanpa balasan di babak separuh masa pertama.

Izaimi Zainuddin menggalas tugas selaku ketua jurulatih buat skuad Piala Agong 2019 ini setelah bersama skuad ini sejak 2017. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Kami mengejar mata bonus bagi perlawanan menentang Kedah ini yang berkeputusan 118-00 untuk memberi kelebihan kepada Terengganu berada di kedudukan teratas kumpulan Premier…. untuk menjadi johan kumpulan di mana pada peringkat suku akhir nanti kami akan menentang pasukan yang berada di kedudukkan kedua Divisyen 1. Percaturan ini penting untuk laluan kami ke pusingan akhir nanti.”; ujar Izaimi Zainuddin selaku ketua jurulatih kepada PenyuSukan.com

Sebaik sepak mula separuh masa kedua permainan, tekanan kian membeban tuan rumah memaksa Mohamad Nurzuhaili Mohamad Yusoff terpaksa akur mengutip kad kuning pertama perlawanan di minit ke-74 permainan. Kedah yang beraksi dengan 14 pemain terpaksa berhempas pulas menahan asakan-asakan mudah daripada Terengganu yang terus selesa menambah mata perlawanan.

Aksi pemain gantian Terengganu; Muhammad Safiy Md Said melakukan try mudah pada babak separuh masa kedua menentang Kedah dalam perlawanan peringkat kumpulan Premier Kejohanan Ragbi Piala Agong 2019 Edisi Ke-37 di Stadium Suka Menanti, Alor Star pada 12 Oktober 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Jatuhan try terakhir Terengganu berjaya disempurnakan oleh Muhammad Faris Abdullah selaku flanker pasukan Terengganu dan pemain gantian Muhammad Zharif Affandi Mohamed Zahib memastikan tambahan 2 mata lagi melalui tendangan conversion untuk menamatkan perlawanan.

Setelah berkelana jauh meraih kemenangan dalam dua perlawanan awal peringkat kumpulan Premier, seterusnya Terengganu dijadualkan untuk bermain di laman sendiri untuk aksi terakhir peringkat kumpulan bertemu Kelantan pada 19 Oktober 2019(jam 0400 petang) bertempat di Stadium Mini Kompleks Sukan Gong Badak.

KEPUTUSAN KEJOHANAN PIALA AGONG 2019 EDISI KE-37
(PERINGKAT KUMPULAN PREMIER)
*Melibatkan pasukan Terengganu sahaja

MINGGU PERTAMA – 5 OKTOBER 2019
Mini Stadium Majlis Daerah Kota Tinggi
JOHOR vs TERENGGANU 35-26

MINGGU KEDUA – 12 OKTOBER 2019
Stadium Suka Menanti, Alor Star
KEDAH vs TERENGGANU 00-118

===========================
KEPUTUSAN MUSIM LALU
===========================
Kejohanan Piala Agong 2018 (Peringkat Kumpulan Premier)

Kedah vs Terengganu 37-24
Johor vs Terengganu 24-08

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

may, 2024

02mayalldaySEA 7's Singapore 2024

22mayalldayKejohanan Lawn Bowls Terbuka Fours Terengganu

24may5:00 pm2:42 pmLIGA HOKI REMAJA MALAYSIA 2024: SMIDIN-MSNT vs SSTMI THUNDERBOLTS

26may5:00 pm2:42 pmLIGA HOKI REMAJA MALAYSIA 2024: SMIDIN-MSNT vs SSBJ JUNIOR

X