THT Bangkit Untuk 3 Mata Liga

Kredit Foto – Facebook.com/SukanTvRtm/videos/1319262765262757

Tampak bukan laluan mudah buat juara Piala Sumbangsih musim ini; Terengganu Hockey Team(THT) untuk aksi perlawanan kedua Liga Hoki Malaysia 2022 (LHM 2022) menentang TNB Thunderbolts yang rata-rata dibarisi oleh pemain-pemain dari sekolah sukan tanah air.

Situasi jurang dua gol milik TNB Thunderbolts yang mendahului permainan pada suku kedua permainan memberi tekanan buat pasukan THT yang dibarisi sebahagian besar pemain penuh berpengalaman. Menambah debaran, ledakan kedua-dua gol tersebut diperolehi dalam tempoh kurang seminit setelah gol pertama TNB Thunderbolts melalui terjahan gol padang oleh Muhammad Syawal Abd Razak dan seterusnya gol padang oleh Shafiq Ikhmal Daniel Suzaimi.





Situasi memihak kepada THT pada suku ketiga permainan setelah jaringan pertama melalui pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Faizal Saari yang memecah kebuntuan pada minit ke-42 permainan. Tambahan jaringan gol oleh Muhammad Arif Syafie Ishak melalui pukulan penalti sekaligus berjaya mengikat kedudukan 2-2 di minit ke-44 permainan. Namun momentum penguasaan permainan buat THT turut menghukum Mohamad Akhimullah Anuar Esook di minit ke-45 permainan untuk menerima layangan kad hijau pertama buat pasukan pada musim ini.

Tekanan kian memuncak buat kedua-dua pasukan untuk menamatkan permainan apabila masing-masing menerima layangan kad kuning di suku akhir permainan. Walaubagaimanapun jaringan tambahan buat THT melalui pukulan penalti yang disempurnakan oleh Faizal Saari di minit ke-53 menjadi pengikat sehingga tamat permainan berkesudahan 3-2 sekaligus memastikan THT mengutip 3 mata memperkukuhkan kedudukan liga di tangga ke-3.

Setelah mengharungi perlawanan kedua Liga Hoki Malaysia 2022(LHM 2022) untuk menafikan TNB Thunderbolts berkeputusan 3-2, tambahan 3 mata bagi Terengganu Hockey Team(THT) kekal berada di tangga kedudukan ke-3 LHM 2022.

Seterusnya THT dijadualkan untuk bertemu Maybank selaku pendahulu liga pada 22 Februari ini pada jam 4 petang. Walaupun kedua-dua pasukan ini berkongsi kutipan mata liga dengan masing-masing rekod tanpa kalah namun kelebihan jaringan memihak kepada Maybank untuk berada di puncak liga sehingga kini.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

february, 2024

21feballdayLiga Federasi Lawn Bowls Malaysia (MLBF) Zon Pantai Timur

25feballdayKejohanan Lawn Bowls Bawah 12 Tahun & Bawah 18 Tahun Kebangsaan

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

X