SUKMA 2018 Ragbi: Amanat Terakhir

Barisan pengurusan dan jurulatih Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bersama-sama dengan para pemain pasukan ragbi lelaki negeri Terengganu yang membawa cabaran di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Barisan pengurusan dan jurulatih Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bersama-sama dengan para pemain pasukan ragbi lelaki negeri Terengganu yang membawa cabaran di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Berbaki kurang dari 24 jam sebelum perlawanan pertama bagi kedua-dua pasukan lelaki dan wanita Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) untuk saingan di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018, satu majlis ringkas perjumpaan di antara pihak pengurusan bersama para pemain telah berlansung di perkampungan sukan Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Pada masa yang sama turut berlansung pengumuman kapten bagi setiap pasukan dan pembahagian jersi serta kelengkapan kepada setiap pemain untuk kegunaan bagi setiap perlawanan sepanjang temasya SUKMA Perak 2018 ini berlansung.

Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu; Amir Amri Muhammad. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu; Amir Amri Muhammad. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Yang Dipertua PRNT Amir Amri Muhammad mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua ahli pasukan agar berentap sehabis habisan dengan semangat “Terengganu Hanelang” yang menjadi azimat perjuangan. Encik Amir juga turut menzahirkan terima kasih kepada semua pasukan khususnya para pemain yang telah memberi komitmen tinggi sejak dari awal sehingga ke hari ini untuk kekal di dalam skuad ini. Beliau juga turut mengingatkan kepada para pemain walaupun telah diundi untuk berada dalam kumpulan maut, tetapi itulah harga yang perlu dibayar setanding dengan nilai persediaan pasukan yang telah dikorbankan oleh pelbagai pihak termasuk para pemain.





Encik Che Mohd Zulkarnain atau lebih mesra dikenali dengan panggil Che Latt menyandang jawatan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu dan juga selaku pengurus pasukan ragbi wanita negeri ini dalam . Kredit Foto - PenyuSukan.com
Encik Che Mohd Zulkarnain atau lebih mesra dikenali dengan panggil Che Latt menyandang jawatan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu dan juga selaku pengurus pasukan ragbi wanita negeri ini dalam . Kredit Foto – PenyuSukan.com

Encik Che Mohd Zulkarnain selaku Timbalan YDP PRNT merangkap pengurus pasukan ragbi wanita turut memberi sepatah dua kata dengan menyentuh beberapa perkara yang perlu pemain ketahui hasil dari mesyuarat pengurusan pasukan yang telah berlansung di awal pagi hari ini. Encik Che Mohd Zulkarnain yang lebih mesra dikenali sebagai Che Latt mengingatkan setiap ahli pasukan perlu menjaga kesihatan diri sama ada secara fizikal mahupun mental dan sentiasa mengambil berat setiap pemakanan yang diambil untuk memastikan tidak timbul sebarang isu di saat-saat akhir ini.

Enche Mohd Amirulmukminin bin Sulaiman adalah pengurus pasukan ragbi lelaki Persatuan Ragbi Negeri Terengganu yang membawa cabaran dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Enche Mohd Amirulmukminin bin Sulaiman adalah pengurus pasukan ragbi lelaki Persatuan Ragbi Negeri Terengganu yang membawa cabaran dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Manakala Enche Mohd Amirulmukminin bin Sulaiman selaku pengurus pasukan ragbi lelaki telah membuat kejutan di dalam majlis ini apabila mengumumkan nazar sekiranya pasukan ragbi negeri ini memperolehi kejayaan pingat emas akan beliau korbankan seekor lembu untuk membuat majlis kesyukuran bagi warga persatuan ragbi negeri ini termasuk para pemain bersama anak-anak yatim.

Barisan pengurusan dan jurulatih Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bersama-sama dengan para pemain pasukan ragbi wanita negeri Terengganu yang membawa cabaran di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Barisan pengurusan dan jurulatih Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bersama-sama dengan para pemain pasukan ragbi wanita negeri Terengganu yang membawa cabaran di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Selain itu beliau juga turut mengingatkan kepada setiap pemain agar mendapat restu dari ibu bapa masing-masing sebelum bermulanya perlawanan pertama nanti. Sesungguhnya komitmen sepenuh masa yang telah diberikan daripada setiap pemain kepada pasukan mungkin telah menjarakkan hubungan kekeluargaan. Tiada guna meraih sebarang kejayaan tanpa restu dari mereka berdua ujar pengurus pasukan ragbi lelaki ini.

Majlis serba ringkas yang dipengerusikan oleh penolong Setiausaha PRNT; Encik Mohd Izwan Ismail secara tidak lansung telah memberi motivasi kepada para pemain di tahap yang terbaik dalam waktu-waktu yang makin meruncing ini. Rata-rata pemain yang ditemui turut menzahirkan perasaan terima kasih ke atas pihak pengurusan di atas pengorbanan yang telah diberikan.

Pasukan ragbi wanita negeri ini bakal membuka gelanggang bagi negeri dalam perlawanan pertama mereka menentang pasukan Johor yang dijadualkan pada jam 0840 pagi. Manakala pasukan ragbi lelaki akan berentap pada jam 0920 pagi menentang pasukan Kelantan. Semua acara sukan ragbi 7 sepasukan ini berlansung di Stadium Ragbi Perak bermula pada 15 September dan berakhir pada 16 September 2018.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

february, 2024

21feballdayLiga Federasi Lawn Bowls Malaysia (MLBF) Zon Pantai Timur

25feballdayKejohanan Lawn Bowls Bawah 12 Tahun & Bawah 18 Tahun Kebangsaan

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

X