PELAYARAN: T-SAIL CUP 2025 SIRI 1

Acara tahunan sukan pelayaran di Terengganu yang dijenamakan sebagai T-Sail Cup dijadualkan untuk empat siri edisi penganjuran yang memfokuskan penyertaan dari peringkat akar umbi mahupun program pembangunan setempat.

Siri pertama T-Sail Cup dijadualkan berlangsung pada 23-26 Januari 2025 manakala siri kedua dijadualkan pada 29 Mei 2025 sehingga 1 Jun 2025 di mana kedua-dua siri bagi penyertaan di luar negeri Terengganu adalah di atas tiket jemputan.

Siri ketiga T-Sail Cup mempertaruhkan penyertaan terbuka akan berlangsung dalam penganjuran yang dijenamakan sebagai Terengganu Open Regatta yang dijadualkan berlangsung pada 18-21 September 2025 manakala siri ke-4 T-Sail Cup dijadualkan untulk berlangsung pada hujung tahun 2025.

Menambah cabaran memburu kejuaraan, bagi saingan siri ke-3 dan ke-4 akan mempertaruhkan perebutan Piala Pasukan Terbaik.

T-SAIL CUP 2025
a) T-Sail Cup S01/2025 (Jemputan) – 23-26 Januari 2025
b) T-Sail Cup S02/2025 (Jemputan) – 29 Mei – 1 Jun 2025
c) T-Sail Cup S03/2025 (Terbuka) – 18-21 September 2025
d) T-Sail Cup S04/2025 (Terbuka) – 26-29 Disember 2025

Pusat Latihan Pelayan Negeri Terengganu, Pulau Duyong menjadi venue cadangan bagi setiap penganjuran ini namun mungkin berlaku sebarang perubahan terkini.

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi:

6012 529 6870 – T-Sail Cup 2025

Untuk WhatsApp sila klik – WHATSAPP 6012 529 6870

YOUTUBE - PENYU SUKAN

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

KALENDAR SUKAN

november, 2026

13novalldayGRAND FINAL PGT JUNIOR MEDAL

27novalldayTERENGGANU SURF FESTIVAL 2026

MENGENAI KAMI

Penyu Sukan adalah sebuah entiti agensi berita sukan subsidiari kepada GOMBUGDOTNET (Suruhanjaya Syarikat Malaysia – TR0109982-D) memfokuskan berita perkembangan atlet, pasukan mahupun persatuan dan sebarang penganjuran acara sukan tempatan.

Hubungi kami: sukan@penyusukan.com

TINGKAT 1, TERENGGANU DIGITAL 1303(TD1303),
JALAN SULTAN ZAINAL ABIDIN,
20000 KUALA TERENGGANU,
TERENGGANU DARUL IMAN.

X