Kejohanan Liga Hoki Remaja Malaysia(Malaysia Junior Hockey League – MJHL) bagi musim 2023 yang dijadualkan untuk membuka tirai bermula pada 3 Ogos 2023 sehingga 19 Ogos 2023 ini mempertaruhkan 45 pasukan lelaki serta wanita melibatkan 136 perlawanan.
Kejohanan hoki yang mempertaruhkan peringkat usia bawah 19 tahun ini melibatkan lima venue pertandingan dan Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dipilih sebagai venue pentas perlawanan akhir bagi setiap kategori dipertandingkan pada 19 Ogos 2023 ini.










