SUKMA 2018 Ragbi: Terengganu & Kelantan Tempah Slot Akhir

Acara sukan ragbi 7 sepasukan kembali dipertandingkan dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19 setelah kali terakhir dipertandingkan dalam SUKMA KL 2013 edisi ke-16. Kredit – SUKMA2018.perak.gov.my
Acara sukan ragbi 7 sepasukan kembali dipertandingkan dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19 setelah kali terakhir dipertandingkan dalam SUKMA KL 2013 edisi ke-16. Kredit – SUKMA2018.perak.gov.my

PenyuSukandotcom - SUKMA Perak 2018 - Maskot RagbiPasukan ragbi lelaki Terengganu Hanelang dan Kelantan mencipta status kedua-dua negeri dari pantai timur ini untuk menjadi kuasa besar penentu juara untuk merangkul satu-satu pingat emas yang menjadi rebutan di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 ini. Terengganu layak untuk mara ke pusingan akhir setelah menewaskan pasukan Wilayah Persekutuan berkesudahan 14-12 dalam perlawanan separuh akhir yang telah berlansung di Stadium Ragbi Perak.

Perlawanan serba sengit itu turut menyaksikan kapten pasukan Terengganu Hanelang Muhammad Haikal bin Ibrahim terpaksa akur menerima dua layangan kad kuning sekaligus memadamkan peluang untuk beraksi dalam perlawanan akhir nanti. Kapten pasukan yang lebih mesra dikenali sebagai Cemek ini sememangnya menjadi tulang belakang jentera pasukan untuk mencipta rentak pasukan sepanjang kejohanan ini berlansung. Dua jatuhan try oleh Muhammad Amir Shafiq bin Rahamad Ali dan Azam Fakhrullah bin Abd Razak dan kutipan mata tendangan conversion sepenuhnya Abdul Latiff bin Said memastikan skuad Terengganu Hanelang ini menempah ke slot pusingan akhir dalam misi memburu emas.

Manakala buat pasukan Kelantan yang menempah tiket ke slot pusingan akhir nanti setelah membelasah pasukan Negeri Sembilan berkesudahan 26-00 dalam perlawanan separuh akhir ini. Pasukan Kelantan juga turut diperkasakan oleh pemain yang berpengalaman penuh di pentas antarabangsa iaitu Muhammad Azwan Zuwairi bin Mat Zizi yang menjadi tunjang kekuatan pasukan ini. Untuk rekod, pasukan Kelantan merupakan juara bertahan di pentas SUKMA ini setelah merangkul kejuaraan pada SUKMA Kuala Lumpur 2013 edisi ke-16 yang menjadi penganjuran terakhir sukan ini dipertandingkan.

Dua jatuhan try oleh Muhammad Amir Shafiq bin Rahamad Ali dan Azam Fakhrullah bin Abd Razak dan kutipan mata tendangan conversion sepenuhnya Abdul Latiff bin Said memastikan skuad Terengganu Hanelang ini menempah ke slot pusingan akhir dalam misi memburu emas. Kredit – SUKMA2018.perak.gov.my
Dua jatuhan try oleh Muhammad Amir Shafiq bin Rahamad Ali dan Azam Fakhrullah bin Abd Razak dan kutipan mata tendangan conversion sepenuhnya Abdul Latiff bin Said memastikan skuad Terengganu Hanelang ini menempah ke slot pusingan akhir dalam misi memburu emas. Kredit – SUKMA2018.perak.gov.my

Hari Ke-2 Acara Sukan Ragbi Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19 (16 Sept | Ahad)
*Keputusan peringkat separuh akhir Cup

Separuh Akhir Cup (Lelaki)
Separuh Akhir Cup 1 : Terengganu vs W. Persekutuan 14-12
Separuh Akhir Cup 2 : Kelantan vs Negeri Sembilan 26-00

Muat turun keputusan rasmi:

Separuh Akhir Cup (Lelaki) – Terengganu vs W. Persekutuanhttp://penyusukan.com/download/SUKMA2018/Ragbi/20180916-KeputusanSUKMAPerak2018-RagbiLelaki_SeparuhAkhir-TerengganuvsWilayahPersekutuan.pdf

SUKMA 2018 Ragbi: Skuad Wanita Kandas Peringkat Akhir

PenyuSukandotcom - SUKMA Perak 2018 - Maskot RagbiHasrat skuad ragbi wanita Terengganu Hanelang untuk mara ke pusingan akhir pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 telah dinafikan oleh pasukan Selangor dalam perlawanan suku akhir yang berlansung setelah hujan lebat membasahi padang Stadium Ragbi Perak. Perbezaan tipis kutipan mata hasil dari 2 jatuhan try dan 1 tendangan conversion oleh pasukan Selangor menjadi jurang pemisahan kejohanan. Walaubagaimanapun skuad wanita Terengganu Hanelang tidak memberi laluan mudah kepada pasukan lawan di mana berjuang sehabis-habisan hingga tamat permainan.

Sepanjang temasya ini, skuad wanita bermula dengan penuh berkeyakinan setelah mengikat keputusan seri 05-05 setelah berentap bersama pasukan Johor yang menjadi pasukan pilihan untuk temasya ini. Hampir separuh permainan pada separuh masa pertama pasukan ini mampu memberi tekanan kepada pasukan Johor yang gagal untuk membawa bola keluar dari kawasan pertahanan mereka dalam perlawanan pembukaan di hari pertama temasya dwitahunan ini. Tekanan yang diberikan juga turut menyaksikan pasukan ragbi wanita Johor menjadi pasukan pertama mendapat layangan kad kuning di pentas SUKMA Perak 2018 ini.

Jatuhan try pada minit-minit terakhir oleh pemain skuad Terengganu Hanelang; Florieanna Francis berjaya mengikat perlawanan untuk berakhir dengan keputusan seri. Kredit - SUKMA2018.perak.gov.my
Jatuhan try pada minit-minit terakhir oleh pemain skuad Terengganu Hanelang; Florieanna Francis berjaya mengikat perlawanan untuk berakhir dengan keputusan seri. Kredit – SUKMA2018.perak.gov.my

Saingan sengit diterima oleh skuad wanita Terengganu Hanelang dalam perlawanan kedua yang mencatat kekalahan pertama sewaktu menentang pasukan Sarawak yang berakhir dengan keputusan 21 berbalas 05. Terengganu Hanelang juga turut dikejutkan seawal minit pertama apabila pemain bernombor 11 Najwa binti Mohamad Nazri terpaksa dihantar keluar padang setelah mengalami kecederaan. Sekaligus pasukan Sarawak juga turut dikenakan kad kuning di atas kekasaran yang telah berlaku. Saat akhir permainan menyaksikan pemain berjersi nombor 10 Terengganu Hanelang; Claire Gabriel berjaya memecah kebuntuan pasukan untuk mendapatkan jatuhan try pertama.

Berbekalkan keputusan seri dan kalah dari dua perlawanan peringkat kumpulan masih memberi peluang untuk skuad wanita ini mara ke pusingan suku akhir. Bertemu pasukan Selangor yang berakhir dengan kekalahan berkeputusan 12 berbalas 05 sekaligus memadamkan hasrat pasukan negeri ini untuk mara ke pusingan akhir. Berbekalkan kekalahan ini seterusnya mara dalam pusingan separuh akhir plate untuk kembali bertemu pasukan Sarawak setelah berentap kali pertama di peringkat kumpulan pada hari pertama kejohanan. Namun sekali lagi Sarawak berjaya menafikan kemenangan kepada skuad ragbi wanita Terengganu Hanelang yang berakhir dengan keputusan 19 berbalas 10.

Keputusan Penuh Sukan Ragbi Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19
*Skuad ragbi wanita Negeri Terengganu sahaja

PERINGKAT KUMPULAN – KUMPULAN C
TERENGGANU vs Johor 05-05
TERENGGANU vs Sarawak 05-21

PERINGKAT AKHIR – SUKU AKHIR
TERENGGANU vs Selangor 05-12

PERINGKAT AKHIR – SEPARUH AKHIR PLATE
TERENGGANU vs Sarawak 10-19

Acara sukan ragbi 7 sepasukan kembali dipertandingkan dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19 setelah kali terakhir dipertandingkan dalam SUKMA KL 2013 edisi ke-16. Kredit – SUKMA2018.perak.gov.my
Acara sukan ragbi 7 sepasukan kembali dipertandingkan dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19 setelah kali terakhir dipertandingkan dalam SUKMA KL 2013 edisi ke-16. Kredit – SUKMA2018.perak.gov.my

Muat turun keputusan rasmi:

PERINGKAT KUMPULAN
TERENGGANU vs Johor – http://penyusukan.com/download/SUKMA2018/Ragbi/20180915-KeputusanSUKMAPerak2018-RagbiWanita-TerengganuvsJohor.pdf

TERENGGANU vs Sarawak – http://penyusukan.com/download/SUKMA2018/Ragbi/20180915-KeputusanSUKMAPerak2018-RagbiWanita-TerengganuvsSarawak.pdf

PERINGKAT AKHIR – SUKU AKHIR
TERENGGANU vs Selangor – http://penyusukan.com/download/SUKMA2018/Ragbi/20180916-KeputusanSUKMAPerak2018-RagbiLelaki_SukuAkhir-TerengganuvsPerlis.pdf

PERINGKAT AKHIR – SEPARUH AKHIR PLATE
TERENGGANU vs Sarawak – http://penyusukan.com/download/SUKMA2018/Ragbi/20180916-KeputusanSUKMAPerak2018-RagbiWanita_SeparuhAkhir_Plate-TerengganuvsSarawak.pdf

SUKMA 2018 Ragbi: Terengganu Mara Ke Pusingan Suku Akhir

Acara sukan ragbi 7 sepasukan kembali dipertandingkan dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19 setelah kali terakhir dipertandingkan dalam SUKMA KL 2013 edisi ke-16. Kredit – SUKMA2018.perak.gov.my
Acara sukan ragbi 7 sepasukan kembali dipertandingkan dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19 setelah kali terakhir dipertandingkan dalam SUKMA KL 2013 edisi ke-16. Kredit – SUKMA2018.perak.gov.my
Acara sukan ragbi 7 sepasukan kembali dipertandingkan dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19 setelah kali terakhir dipertandingkan dalam SUKMA KL 2013 edisi ke-16. Kredit – SUKMA2018.perak.gov.my

Pasukan ragbi lelaki dan wanita Terengganu kini layak untuk mara ke pusingan suku akhir kejohanan di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19 setelah seharian berentap hebat di hari pertama kejohanan. Pada perlawanan pembukaan kontijen Terengganu Hanelang bagi sukan ragbi ini telah didahului oleh pasukan wanita yang berjaya mengikat Johor untuk memperolehi keputusan seri 05-05. Manakala pasukan lelaki tewas tipis kepada penyandang juara temasya SUKMA iaitu Kelantan berkesudahan 17-19.

Pasukan lelaki negeri ini yang beraksi dalam kumpulan A bersama dengan pasukan negeri Kelantan kini layak untuk mara ke pusingan seterusnya manakala Johor dan Melaka terkandas di dalam kumpulan ini. Skuad lelaki Terengganu Hanelang yang beraksi dalam kumpulan maut di peringkat kumpulan ini telah mencatatkan 2 kemenangan dan 1 kekalahan dalam aksi 3 perlawanan di hari pertama kejohanan. Untuk rekod, pasukan negeri Kelantan merupakan penyandang juara bagi temasya ini setelah kali terakhir acara ini dipertandingkan pada tahun 2013 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Pasukan Kelantan juga merupakan di antara disebut menjadi pasukan pilihan untuk mara ke pusingan akhir kejohanan temasya kali ini.

Berbeza dengan skuad wanita Terengganu Hanelang di mana rezeki masih berpihak ditangan mereka untuk mara ke pusingan seterusnya mereka setelah mencatatkan keputusan seri dan tewas dalam 2 perlawanan peringkat kumpulan. Namun mereka harus bekeje keras dan memperbaiki segala kesilapan mereka demi memastikan misi mereka pulang dengan pingat tercapai. Pasukan ini dilihat mampu untuk membuktikan prestasi sebenar mereka setelah berjaya memberi tekanan kepada pasukan Johor dalam aksi perlawanan pembukaan mereka di mana pasukan wanita Johor turut menjadi sebutan sebagai pasukan wanita pilihan kejohanan memandangkan persiapan yang telah dilakukan. Namun rezeki sekadar mampu untuk mengikat perlawanan berkeputusan seri 05-05.

Perlawanan pusingan kedua peringkat suku akhir yang berlansung pada hari kedua kejohanan ini, pasukan lelaki dijadualkan untuk bertemu Perlis manakala pasukan wanita akan berentap bersama Selangor.

 

Hari Ke-2 Acara Sukan Ragbi Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19 (16 Sept | Ahad)

Suku Akhir (Wanita)
Suku Akhir 1: Sabah vs W. Persekutuan
Suku Akhir 2: Perak vs Johor
Suku Akhir 3: Sarawak vs Kedah
Suku Akhir 4: Selangor vs Terengganu

Separuh Akhir (Wanita)
Separuh Akhir 1 vs Separuh Akhir 2
Separuh Akhir 3 bs Separuh Akhir 4

Suku Akhir (Lelaki)
Suku Akhir 1 : Terengganu vs Perlis
Suku Akhir 2 : W. Persekutuan vs Kedah
Suku Akhir 3 : Negeri Sembilan vs Selangor
Suku Akhir 4 : Perak vs Kelantan

Separuh Akhir (Lelaki)
Menang Separuh Akhir 1 vs Menang Separuh Akhir 2
Menang Separuh Akhir 3 bs Menang Separuh Akhir 4

SUKMA 2018 Ragbi Wanita: Terengganu Hanelang Ikat Johor

Aksi pemain ragbi wanita Terengganu; Lorna Cassandra William(tiga dari kiri) sewaktu menentang pasukan Johor dalam perlawanan pertama bagi kedua-dua pasukan di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
Aksi pemain ragbi wanita Terengganu; Lorna Cassandra William(tiga dari kiri) sewaktu menentang pasukan Johor dalam perlawanan pertama bagi kedua-dua pasukan di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – Sekretariat SUKMA Perak 2018

PenyuSukandotcom - SUKMA Perak 2018 - Maskot RagbiPasukan ragbi wanita Terengganu bermula dengan baik dalam perlawanan pertama mereka setelah berjaya mengikat pasukan pilihan kumpulan C iaitu pasukan Johor. Johor diantara pasukan ragbi wanita yang menjadi sebutan bagi sepanjang temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 namun seolah olah hilang rentak di atas padang menyaksikan penguasaan penuh oleh pasukan Terengganu. Hampir 4 minit separuh masa pertama Johor masih gagal untuk membawa bola keluar dari kawasan pertahanan mereka.

Melihat situasi sedemikian, barisan pemain Terengganu Hanelang ini terus memperkasa jentera serangan untuk mencipta ruang dan peluang. Asakan demi asakan padu oleh pemain bertubuh sasa negeri Terengganu; Lorna Cassandra William sentiasa menebuk lubang barisan pertahanan pasukan lawan sememangnya memberi kelebihan buat pasukan ini. Pada minit ke-6 buat pertama kali Johor berjaya mencipta ruang untuk mara ke kawasan pertahanan Terengganu Hanelang namun untuk mencipta peluang.

Bahang matahari pagi mula memberi tekanan kepada setiap pemain di atas padang untuk melakukan kesilapan demi kesilapan merencatkan tempo permainan. Johor gagal memanafaatkan hadiah tendang mula di hadapan gawang setelah Terengganu Hanelang melakukan kesilapan. Terengganu yang bangkit dari kesilapan mula mengasak memberi tekanan sehingga memaksa pemain Johor jersi bernombor 12; Chrismentina Dian Ajis menerima kad kuning pertama dalam temasya SUKMA Perak 2018 ini. Keputusan 0-0 dicapai sehingga tamat separuh masa pertama.

Jatuhan try pada minit-minit terakhir oleh pemain skuad Terengganu Hanelang; Florieanna Francis berjaya mengikat perlawanan untuk berakhir dengan keputusan seri. Kredit - Kredit – SUKMA2018.perak.gov.my
Jatuhan try pada minit-minit terakhir oleh pemain skuad Terengganu Hanelang; Florieanna Francis berjaya mengikat perlawanan untuk berakhir dengan keputusan seri. Kredit – SUKMA2018.perak.gov.my

Pada separuh masa kedua setelah menerima teguran dari ketua jurulatih Muhammad Firdaus Zakarya; pasukan wanita Terengganu Hanelang ini menukar rentak bermain dengan asakan demi asakan padu namun pasukan lawan seolah dapat membaca gerakan untuk mematahkan serangan. Johor kembali dapat mengucar-ngacirkan jentera Terengganu Hanelang yang akhirnya membuahkan hasil buat pasukan dari selatan tanah air ini apabila Elyia Natasha binti Zamri mendapat jatuhan try pertama di minit ke-9 separuh masa kedua.

Berbaki pada minit-minit terakhir permainan, hasil perancangan bijak Terengganu Hanelang untuk mendapatkan situasi rucking berhampiran garisan try berjaya diterjemah oleh pemain bernombor 17 Florieanna Francis untuk mencuri masuk ke kubu lawan mendapatkan jatuhan try pertama. Mata pertama pasukan Terengganu Hanelang ini juga turut menyumbang kecederaan kepada Florieanna Francis namun tiupan wisel tamat permainan memberi nafas lega kepada pasukan untuk mengikat perlawanan yang berakhir dengan keputusan 5 berbalas 5.

Skuad wanita Terengganu Hanelang akan berentap menentang pasukan Sarawak dalam aksi seterusnya perlawanan peringkat kumpulan C yang dijadualkan pada jam 1140 pagi nanti bertempat di Stadium Ragbi Perak.

Muat turun keputusan rasmi:

PERINGKAT KUMPULAN
TERENGGANU vs Johor – http://penyusukan.com/download/SUKMA2018/Ragbi/20180915-KeputusanSUKMAPerak2018-RagbiWanita-TerengganuvsJohor.pdf

SUKMA 2018 Ragbi: Amanat Terakhir

Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu; Amir Amri Muhammad. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Barisan pengurusan dan jurulatih Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bersama-sama dengan para pemain pasukan ragbi lelaki negeri Terengganu yang membawa cabaran di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Barisan pengurusan dan jurulatih Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bersama-sama dengan para pemain pasukan ragbi lelaki negeri Terengganu yang membawa cabaran di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Berbaki kurang dari 24 jam sebelum perlawanan pertama bagi kedua-dua pasukan lelaki dan wanita Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) untuk saingan di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018, satu majlis ringkas perjumpaan di antara pihak pengurusan bersama para pemain telah berlansung di perkampungan sukan Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Pada masa yang sama turut berlansung pengumuman kapten bagi setiap pasukan dan pembahagian jersi serta kelengkapan kepada setiap pemain untuk kegunaan bagi setiap perlawanan sepanjang temasya SUKMA Perak 2018 ini berlansung.

Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu; Amir Amri Muhammad. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu; Amir Amri Muhammad. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Yang Dipertua PRNT Amir Amri Muhammad mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua ahli pasukan agar berentap sehabis habisan dengan semangat “Terengganu Hanelang” yang menjadi azimat perjuangan. Encik Amir juga turut menzahirkan terima kasih kepada semua pasukan khususnya para pemain yang telah memberi komitmen tinggi sejak dari awal sehingga ke hari ini untuk kekal di dalam skuad ini. Beliau juga turut mengingatkan kepada para pemain walaupun telah diundi untuk berada dalam kumpulan maut, tetapi itulah harga yang perlu dibayar setanding dengan nilai persediaan pasukan yang telah dikorbankan oleh pelbagai pihak termasuk para pemain.

Encik Che Mohd Zulkarnain atau lebih mesra dikenali dengan panggil Che Latt menyandang jawatan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu dan juga selaku pengurus pasukan ragbi wanita negeri ini dalam . Kredit Foto - PenyuSukan.com
Encik Che Mohd Zulkarnain atau lebih mesra dikenali dengan panggil Che Latt menyandang jawatan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu dan juga selaku pengurus pasukan ragbi wanita negeri ini dalam . Kredit Foto – PenyuSukan.com

Encik Che Mohd Zulkarnain selaku Timbalan YDP PRNT merangkap pengurus pasukan ragbi wanita turut memberi sepatah dua kata dengan menyentuh beberapa perkara yang perlu pemain ketahui hasil dari mesyuarat pengurusan pasukan yang telah berlansung di awal pagi hari ini. Encik Che Mohd Zulkarnain yang lebih mesra dikenali sebagai Che Latt mengingatkan setiap ahli pasukan perlu menjaga kesihatan diri sama ada secara fizikal mahupun mental dan sentiasa mengambil berat setiap pemakanan yang diambil untuk memastikan tidak timbul sebarang isu di saat-saat akhir ini.

Enche Mohd Amirulmukminin bin Sulaiman adalah pengurus pasukan ragbi lelaki Persatuan Ragbi Negeri Terengganu yang membawa cabaran dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Enche Mohd Amirulmukminin bin Sulaiman adalah pengurus pasukan ragbi lelaki Persatuan Ragbi Negeri Terengganu yang membawa cabaran dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Manakala Enche Mohd Amirulmukminin bin Sulaiman selaku pengurus pasukan ragbi lelaki telah membuat kejutan di dalam majlis ini apabila mengumumkan nazar sekiranya pasukan ragbi negeri ini memperolehi kejayaan pingat emas akan beliau korbankan seekor lembu untuk membuat majlis kesyukuran bagi warga persatuan ragbi negeri ini termasuk para pemain bersama anak-anak yatim.

Barisan pengurusan dan jurulatih Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bersama-sama dengan para pemain pasukan ragbi wanita negeri Terengganu yang membawa cabaran di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Barisan pengurusan dan jurulatih Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bersama-sama dengan para pemain pasukan ragbi wanita negeri Terengganu yang membawa cabaran di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Selain itu beliau juga turut mengingatkan kepada setiap pemain agar mendapat restu dari ibu bapa masing-masing sebelum bermulanya perlawanan pertama nanti. Sesungguhnya komitmen sepenuh masa yang telah diberikan daripada setiap pemain kepada pasukan mungkin telah menjarakkan hubungan kekeluargaan. Tiada guna meraih sebarang kejayaan tanpa restu dari mereka berdua ujar pengurus pasukan ragbi lelaki ini.

Majlis serba ringkas yang dipengerusikan oleh penolong Setiausaha PRNT; Encik Mohd Izwan Ismail secara tidak lansung telah memberi motivasi kepada para pemain di tahap yang terbaik dalam waktu-waktu yang makin meruncing ini. Rata-rata pemain yang ditemui turut menzahirkan perasaan terima kasih ke atas pihak pengurusan di atas pengorbanan yang telah diberikan.

Pasukan ragbi wanita negeri ini bakal membuka gelanggang bagi negeri dalam perlawanan pertama mereka menentang pasukan Johor yang dijadualkan pada jam 0840 pagi. Manakala pasukan ragbi lelaki akan berentap pada jam 0920 pagi menentang pasukan Kelantan. Semua acara sukan ragbi 7 sepasukan ini berlansung di Stadium Ragbi Perak bermula pada 15 September dan berakhir pada 16 September 2018.

SUKMA 2018 Ragbi: Semua Pasukan Siap Sedia!

Bertempat di Wisma Majlis Sukan Negeri Perak, Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh telah berlansung mesyuarat pengurus pasukan dari setiap kontijen negeri yang bertanding di dalam acara sukan ragbi 7 sepasukan bagi temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 ini. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Wakil dari Persatuan Ragbi Negeri Terengganu yang hadir ke mesyuarat pengurus pasukan ragbi bagi temasya SUKMA Perak 2018 yang telah berlansung di Wisma Majlis Sukan Negeri Terengganu. Dari kiri; Pengurus pasukan ragbi wanita - Che Mohd Zulkarnain, Pengurus Sukan Ragbi Majlis Sukan Negeri Terengganu - Mohd Rozman bin Muktar dan pengurus pasukan ragbi lelaki - Enche Mohd Amirulmukminin bin Sulaiman. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Wakil dari Persatuan Ragbi Negeri Terengganu yang hadir ke mesyuarat pengurus pasukan ragbi bagi temasya SUKMA Perak 2018 yang telah berlansung di Wisma Majlis Sukan Negeri Terengganu. Barisan hadapan dua dari kiri; Pengurus pasukan ragbi wanita – Che Mohd Zulkarnain, Pengurus Sukan Ragbi Majlis Sukan Negeri Terengganu – Mohd Rozman bin Muktar dan pengurus pasukan ragbi lelaki – Enche Mohd Amirulmukminin bin Sulaiman. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Bertempat di Wisma Majlis Sukan Negeri Perak, Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh telah berlansung mesyuarat pengurus pasukan dari setiap kontijen negeri yang bertanding di dalam acara sukan ragbi 7 sepasukan bagi temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 ini. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Fahmi Jalil selaku ketua deligasi teknikal bagi temasya SUKMA Perak 2018 ini bertujuan untuk penyampaian sebarang maklumat terkini kejohanan dan juga untuk memberi peluang bagi setiap pasukan untuk memberi maklumbalas akhir yang diperlukan sebelum kejohanan ini berlansung pada 15 & 16 September 2018.

Beberapa perkara telah dibincangkan termasuk peringatan akhir & maklumat terkini dari pihak penganjur, urusan logistik pasukan, peraturan-peraturan format permainan terkini dan maklumat sokongan perubatan bagi setiap pasukan yang bertanding.

Mesyuarat pengurus pasukan yang dipengerusikan oleh En. Fahmi Jalil selaku ketua deligasi teknikal bagi temasya SUKMA Perak 2018 dan juga selaku Pengarah Pertandingan Kesatuan Ragbi Malaysia. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Mesyuarat pengurus pasukan yang dipengerusikan oleh En. Fahmi Jalil selaku ketua deligasi teknikal bagi temasya SUKMA Perak 2018 dan juga selaku Pengarah Pertandingan Kesatuan Ragbi Malaysia. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Perak; Encik Shamsul Munir Zaini yang turut hadir selaku wakil dari persatuan ragbi di peringkat negeri dalam mesyuarat ini juga turut menzahirkan ucapan selamat datang kepada pasukan-pasukan yang bertanding ke negeri Perak Darul Ridzuan ini. Rata-rata pasukan yang ditemui berpuas hati dengan persediaan tuan rumah yang diterajui oleh Kesatuan Ragbi Negeri Perak dan badan induk sukan ragbi iaitu Kesatuan Ragbi Malaysia(KRM). KRM yang sememangnya berpengalaman penuh dalam setiap penganjuran sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa dan sentiasa membantu ahli gabungan dalam setiap penganjuran yang dijalankan. Selain itu, pihak KRM juga turut menghulurkan sokongan dari segi kepengadilan dan perubatan yang berkelayakan untuk sukan berprestasi tinggi ini.

6 pengadil yang berkelayakan dan turut telah mendapat pengiktirafan dari badan induk dunia sukan ini(World Rugby) di samping berpengalaman besar di pentas antarabangsa telah dipilih untuk sepanjangan acara sukan ini berlansung. Barisan pengadil ini juga turut akan menjalankan tugas sebagai pembantu pengadil bagi memastikan setiap keputusan perlawanan dilakukan dengan tepat untuk mengelakkan sebarang kesilapan yang mungkin berlaku. Umumnya tugas pembantu pengadil yang sentiasa berada di garisan luar padang dibarisi oleh pengadil-pengadil muda.

Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Perak; Encik Shamsul Munir Zaini. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Perak; Encik Shamsul Munir Zaini. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Setiap perlawanan yang berlansung juga turut akan dipantau oleh 20 juri kepengadilan bagi membantu para pengadil yang bertugas selain membuat keputusan bagi setiap bantahan yang diterima dari setiap pasukan yang bertanding. Oleh yang sedemikian bagi pentas penganjuran berprestij tinggi ini sebarang kesilapan perlu disifarkan agar setiap pasukan dapat berentap dengan adil dan profesional.

Selain sokongan pasukan perubatan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun(HRPB) dan agensi berkaitan yang disediakan oleh pihak penganjur, pihak KRM juga memberikan sokongan tambahan dari pegawai perubatan yang turut mendapat kelayakan dari World Rugby(suatu ketika dulu dikenali sebagai International Rugby Board). Dr. Mohammad Hazwan Khair wakil dari pihak perubatan KRM yang turut hadir di dalam mesyuarat ini menekankan tidak akan berkompromi terhadap pasukan khususnya bagi aspek keadaan kecederaan para pemain. Untuk rekod, pihak perubatan KRM ini juga mempunyai hak untuk membuat keputusan menentukan keadaan semasa pemain itu berhak bermain atau dihantar ke luar padang. Sekiranya keadaan kecederaan amat kritikal, para pemain itu akan direhatkan dari sebarang perlawanan selama 3 minggu seperti mana yang telah diperuntukkan dalam undang-undang yang disediakan oleh World Rugby.

Bertempat di Wisma Majlis Sukan Negeri Perak, Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh telah berlansung mesyuarat pengurus pasukan dari setiap kontijen negeri yang bertanding di dalam acara sukan ragbi 7 sepasukan bagi temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 ini. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Bertempat di Wisma Majlis Sukan Negeri Perak, Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh telah berlansung mesyuarat pengurus pasukan dari setiap kontijen negeri yang bertanding di dalam acara sukan ragbi 7 sepasukan bagi temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 ini. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Tiada apa yang perlu dirisaukan di mana segala persiapan sama ada dari segi venue dan teknikal berada di tahap yang terbaik. Kita semua di sini saling mengenali dan memahami tugasan masing-masing untuk kejohanan ini namun kita perlu sentiasa bersedia dengan setiap peraturan dan maklumbalas yang perlu diberikan kepada pihak penganjur utama iaitu Majlis Sukan Negara. Setiap pasukan mahukan pingat emas, tiada pasukan mahukan pingat perak mahupun gangsa. Selamat bertanding!”; ujar En. Fahmi Jalil selaku ketua deligasi teknikal bagi temasya SUKMA Perak 2018 ini dan juga selaku Pengarah Pertandingan Kesatuan Ragbi Malaysia kepada semua pengurus pasukan.

PenyuSukandotcom - Maskot Sukan Ragbi 7 Sepasukan SUKMA Perak 2018

Sementara itu Che Mohd Zulkarnain selaku pengurus pasukan ragbi wanita negeri Terengganu turut mengulas yang pasukan ragbi kini berada di tahap terbaik untuk memberi cabaran. Pasukan ragbi wanita dan lelaki negeri ini bersama pihak persatuan turut berkampung di perkampungan sukan di Politeknik Ungku Omar, Ipoh juga tidak mempunyai sebarang masalah di mana pihak tuan rumah telah menyediakan kemudahan yang sepatutnya.

SUKMA 2018 Judo: Judoka Terengganu Hanelang Hadiahkan 13 Pingat

Aksi judoka Terengganu Hanelang Fakhrul Adam bin Jose M Cruz @ Fauzi Cruz(putih) sewaktu berentap di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 yang telah berlansung pada 12 sehingga 14 September bertempat di Dewan SMJK Krian, Kerian. Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
Skuad judo Terengganu Hanelang kekalkan status sebagai kuasa besar sukan judo di negara ini setelah mendominasi podium dengan menuai 13 pingat di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - Urusetia Penerangan Darul Iman
Skuad judo Terengganu Hanelang kekalkan status sebagai kuasa besar sukan judo di negara ini setelah mendominasi podium dengan menuai 13 pingat di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – Urusetia Penerangan Darul Iman

Judoka-judoka Terengganu Hanelang semestinya tidak pernah mengecewakan setiap kali bertanding di peringkat kebangsaan mahupun di antarabangsa. Pada Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19 ini sebanyak 13 pingat terkumpul berjaya dihadiahkan kepada kontijen negeri ini sekaligus menjadikan kontijen negeri pemungut pingat terbanyak dalam sukan ini. Persiapan pasukan yang dibuat sejak sekian lama memastikan pentas SUKMA Perak 2018 ini direntap sehabis-habisan memandangkan kali terakhir dipertandingkan adalah pada SUKMA Kuala Lumpur 2013 edisi ke-16.

Nur Ain Hafiezza binti Amran(dua dari kiri) menyumbang pingat emas kepada kontijen Terengganu Hanelang setelah berentap dalam kategori wanita melebihi 70kg akhir. Judoka Sabah; Mel Motusin(kiri) turut berkongsi pingat emas manakala judoka tuan rumah; Aida Adriana meraih gangsa di hari pertama kejohanan judo Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 yang telah berlansung di Dewan SMJK Krian, Kerian. Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
Nur Ain Hafiezza binti Amran(dua dari kiri) menyumbang pingat emas kepada kontijen Terengganu Hanelang setelah berentap dalam kategori wanita melebihi 70kg akhir. Judoka Sabah; Mel Motusin(kiri) turut berkongsi pingat emas manakala judoka tuan rumah; Aida Adriana meraih gangsa di hari pertama kejohanan judo Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 yang telah berlansung di Dewan SMJK Krian, Kerian. Kredit Foto – Sekretariat SUKMA Perak 2018

Disiplin yang tinggi di bawah kendalian ketua jurulatih Marjan Abdullah penuh berpengalaman dan amat disegani yakni anak jati Paka menjadi kunci penguasaan podium bagi setiap pingat yang diraih. Pada hari pertama kejohanan, tiga pingat emas telah diraih oleh Muhammad Izham bin Harun(Lelaki bawah 60kg), Mohamad Aizul Hilmu bin Zainudin(Lelaki bawah 73kg) dan Nur Ain Hafiezza binti Amran(Wanita 70kg ke atas). Pingat perak pula telah dipungut oleh Muhammad Alif Asnawi bin Azmwan dalam acara lelaki bawah 55kg manakala pingat gangsa disapu oleh Muhammad Nur Muizuddin bin Mahsan(Lelaki bawah 66kg) dan Zuraida binti Ahmad(Wanita bawah 63kg). Kutipan 3 pingat emas, 1 pingat perak dan 2 gangsa ini sekaligus mendahului tangga kedudukan pungutan pingat harian kontijen.

Fakhrul Adam bin Jose M Cruz @ Fauzi Cruz(dua dari kiri) menyumbang pingat emas kepada kontijen Terengganu Hanelang setelah berentap dalam kategori lelaki bawah 90kg akhir. Judoka Pulau Pinang; Tan Tze Ning(kiri) meraih pingat perak manakala judoka Selangor; Ezzam bin Mohd Azmurin(tiga dari kiri) dan judoka Johor Ahmad Zikri bin Abd Rashid berkongsi gangsa di hari kedua kejohanan judo Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 yang telah berlansung di Dewan SMJK Krian, Kerian. Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
Fakhrul Adam bin Jose M Cruz @ Fauzi Cruz(dua dari kiri) menyumbang pingat emas kepada kontijen Terengganu Hanelang setelah berentap dalam kategori lelaki bawah 90kg akhir. Judoka Pulau Pinang; Tan Tze Ning(kiri) meraih pingat perak manakala judoka Selangor; Ezzam bin Mohd Azmurin(tiga dari kiri) dan judoka Johor Ahmad Zikri bin Abd Rashid berkongsi gangsa di hari kedua kejohanan judo Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 yang telah berlansung di Dewan SMJK Krian, Kerian. Kredit Foto – Sekretariat SUKMA Perak 2018

Hari kedua kejohanan judo di pentas SUKMA edisi ke-19 ini memperlihatkan keyakinan untuk terus mengutip lebih banyak pungutan pingat dan penguasaan podium. Dua pingat emas telah dilunaskan oleh Alyaa Yasmeen binti Rosali(Wanita bawah 44kg) dan Fakhrul Adam bin Jose M Cruz @ Fauzi Cruz(Lelaki bawah 90kg) untuk menepati ramalan muncul juara. Tiga pingat perak telah berjaya disumbang oleh Nik Mohamad Alfian bin Nik Azman(Lelaki bawah 81kg), Intan Nur Hayati binti Mahathir(Wanita bawah 48kg) dan Nurul Safiqah binti Mohd Raslin(Wanita bawah 52kg).

Aksi judoka Terengganu Hanelang Fakhrul Adam bin Jose M Cruz @ Fauzi Cruz(putih) sewaktu berentap di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 yang telah berlansung pada 12 sehingga 14 September bertempat di Dewan SMJK Krian, Kerian. Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
Aksi judoka Terengganu Hanelang Fakhrul Adam bin Jose M Cruz @ Fauzi Cruz(putih) sewaktu berentap di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 yang telah berlansung pada 12 sehingga 14 September bertempat di Dewan SMJK Krian, Kerian. Kredit Foto – Sekretariat SUKMA Perak 2018

Manakala 2 lagi pingat gangsa telah disumbangkan oleh Muhammad Fizwan bin Abdur Rahman(Lelaki 90kg ke atas) dan Nasuha binti Mohd Khairi(Wanita bawah 57kg). Keseluruhan dua pingat emas, tiga pingat perak dan dua pingat gangsa menghimpunkan tujuh pingat berjaya dituai menjadikan kontijen ini sekali lagi untuk mendominasikan podium di hari kedua kejohanan ini.

PenyuSukandotcom - Sukan Malaysia SUKMA Perak 2018 -Terengganu Hanelang - Judo

Walaupun skuad Terengganu Hanelang tidak menyertai sebarang acara kata di hari akhir kejohanan yang telah berlansung di Dewan SMJK Krian, Keria. Berbekalkan penyertaan acara mengikut kategori berat badan sudah cukup untuk skuad ini mencipta nama sebagai kontijen negeri yang berjaya mengutip pingat terbanyak dalam acara yang dipertandingkan. Sebanyak 61 pingat meliputi 16 pingat emas, 16 pingat perak dan 29 pingat gangsa telah dipertandingkan dalam sukan judo ini. Judoka-judoka Terengganu Hanelang telah berjaya untuk meraih 5 pingat emas, 4 pingat perak dan 4 pingat gangsa menjadikan keseluruhan 13 kutipan pingat berjaya dihadiahkan kepada kontijen negeri Terengganu dalam misi untuk bergelar juara keseluruhan.

[metaslider id=”1221″]

KUTIPAN PINGAT JUDO SUKMA PERAK 2018
*Atlet negeri Terengganu sahaja

HARI PERTAMA – 3 EMAS 1 PERAK 2 GANGSA

PINGAT EMAS
Lelaki bawah 60kg – MUHAMMAD IZHAM BIN HARUN
Lelaki bawah 73kg – MOHAMAD AIZUL HILMI BIN ZAINUDIN
Wanita melebihi 70kg – NUR AIN HAFIEZZA BINTI AMRAN

PINGAT PERAK
Lelaki bawah 55kg – MUHAMMAD ALIF ASNAWI BIN AZMAN

PINGAT GANGSA
Lelaki bawah 66kg – MUHAMMAD NUR MUIZZUDDIN BIN MAHSAN
Wanita bawah 63kg – ZURAIDA BINTI AHMAD

HARI KEDUA – 2 EMAS 3 PERAK 2 GANGSA

PINGAT EMAS
Lelaki bawah 90kg – FAKHRUL ADAM BIN JOSE M CRUZ @ FAUZI CRUZ
Wanita bawah 44kg – ALYAA YASMEEN BINTI ROSALI

PINGAT PERAK
Lelaki bawah 81kg – NIK MOHAMAD ALFIAN BIN NIK AZMAN
Wanita bawah 48kg – INTAN NUR HAYATI BINTI MAHATHIR
Wanita bawah 52kg – NURUL SAFIQAH BINTI MOHD RASLIN

PINGAT GANGSA
Lelaki melebihi 90kg – MUHAMMAD FIZWAN BIN ABDUR RAHMAN
Wanita bawah 57kg – NASUHA BINTI MOHD KHAIRI

SUKMA 2018: Emas Pertama Terengganu Hanelang Hatrik Nur Aisyah

Pelumba Terengganu Hanelang Nur Aisyah Mohamad Zubir(kiri) menghadiahkan kutipan pingat emas pertama buat kontijen bersama rakan sepasukan Nurul Najihah Inani binti A Aziz meraih pingat perak setelah berentap dalam acara berbasikal ujian masa individu (lebuhraya) wanita di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
Pelumba Terengganu Hanelang Nur Aisyah Mohamad Zubir(kiri) menghadiahkan kutipan pingat emas pertama buat kontijen bersama rakan sepasukan Nurul Najihah Inani binti A Aziz meraih pingat perak setelah berentap dalam acara berbasikal ujian masa individu (lebuhraya) wanita di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
Pelumba Terengganu Hanelang Nur Aisyah Mohamad Zubir(kiri) menghadiahkan kutipan pingat emas pertama buat kontijen bersama rakan sepasukan Nurul Najihah Inani binti A Aziz meraih pingat perak setelah berentap dalam acara berbasikal ujian masa individu (lebuhraya) wanita di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – Sekretariat SUKMA Perak 2018

PenyuSukandotcom - SUKMA Perak 2018 - Maskot BerbasikalAnak jati Kemamanan yang juga pelumba kebangsaan; Nur Aisyah Mohamad Zubir mencipta sensasi di litar Arena Square, Batu Kurau setelah berjaya menggenggam erat pingat emas pertama di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 untuk kontijen Terengganu Hanelang. Malah mencipta hatrik berturut-turut sejak kayuhan di SUKMA Perlis 2014 untuk mengumpul ketiga-tiga pingat emas dalam acara ujian masa individu (lebuhraya) ini. Kayuhan padu sejauh 30km berjaya ditamatkan dengan catatan masa 44 minit 57.316 saat memberi jurang 26.362 saat kepada pemenang pingat perak.

Menambah manis buat kontijen Terengganu Hanelang, pingat perak juga turut dirangkul oleh rakan sepasukan Nurul Najihah Inani binti A Aziz yang menamatkan masa kayuhan 47 minit 30.954 saat berjaya menafikan pelumba Yeong Zhen Yi dari Wilayah Persekutuan yang meraih pingat gangsa.

Anak jati Kemamanan; Nur Aisyah Mohamad Zubir muncul juara ujian masa individu (lebuhraya) untuk meraih pingat emas pertama buat kontijen Terengganu Hanelang di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 dan juga hatrik untuk beliau setelah merangkul pingat emas dalam tiga edisi SUKMA yang lalu berturut-turut sejak SUKMA Perlis 2012. Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
Anak jati Kemamanan; Nur Aisyah Mohamad Zubir muncul juara ujian masa individu (lebuhraya) untuk meraih pingat emas pertama buat kontijen Terengganu Hanelang di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 dan juga hatrik untuk beliau setelah merangkul pingat emas dalam tiga edisi SUKMA yang lalu berturut-turut sejak SUKMA Perlis 2012. Kredit Foto – Sekretariat SUKMA Perak 2018

“Bukan mudah untuk saya berada pada prestasi terbaik ini. Saya berusaha keras menjalani latihan intensif siang dan malam selama sebulan dalam memastikan saya betul-betul bersedia. Ternyata pengorbanan ini amat berbaloi,” kata Nur Aisyah kepada Bernama.

Kejayaan Nur Aisyah Mohamad Zubir ini juga sekaligus meletakkan beliau satu-satunya di antara pelumba basikal wanita yang berjaya meraih tiga pingat emas dalam tiga edisi penganjuran SUKMA berturut-turut. Pada edisi SUKMA 2016, beliau berjaya meraih 5 pingat emas dalam acara acara ujian masa individu dan berpasukan, lepas beramai-ramai individu dan berpasukan serta kriterium.

Untuk edisi SUKMA 2018 ini beliau meletakkan sasaran 7 pingat emas untuk memperbaiki rekod pencapaian edisi lalu.

PenyuSukandotcom - SUKMA Perak 2018 - Basikal Lebuhraya

Keputusan penuh sila muat turun – http://penyusukan.com/download/SUKMA2018/Basikal/20180912-PenyuSukandotcom-SukanMalaysiaSUKMAPerak2018_TerengganuHanelang-Basikal_KeputusanAkhir_AcaraUjianMasaIndividu-ITT.pdf

SUKMA PERAK 2018: Aiman ‘Demam’ Hadiahkan Emas

Aksi pelumba Terengganu Hanelang; Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff sejurus muncul juara dalam acara berbasikal ujian masa individu (lebuhraya) lelaki dengan catatan masa 43 minit 53.128 saat untuk kayuhan sejauh 40km di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
Aksi pelumba Terengganu Hanelang; Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff sejurus muncul juara dalam acara berbasikal ujian masa individu (lebuhraya) lelaki dengan catatan masa 43 minit 53.128 saat untuk kayuhan sejauh 40km di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
Aksi pelumba Terengganu Hanelang; Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff sejurus muncul juara dalam acara berbasikal ujian masa individu (lebuhraya) lelaki dengan catatan masa 43 minit 53.128 saat untuk kayuhan sejauh 40km di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – Sekretariat SUKMA Perak 2018

PenyuSukandotcom - SUKMA Perak 2018 - Maskot BerbasikalMuhammad Nur Aiman Mohd Zariff bersama Muhammad Shaiful Adlan Mohd Shukri menetapi ramalan untuk merangkul podium bagi acara berbasikal ujian masa individu (lebuhraya) sekaligus menceriakan kem skuad berbasikal Terengganu di hari pertama penganjuran Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 ini.

Beraksi dengan kayuhan sejauh 40km dengan catatan masa 43 minit 53.128 memahat nama Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff untuk merangkul pingat emas malah menambah manis rakan sepasukan Muhammad Shaiful Adlan Mohd Shukri turut memastikan pingat perak milik Terengganu sekaligus menafikan pelumba dari Selangor Muhsin Al Redha Misbah yang sekadar meraih pingat gangsa.

Pelumba Terengganu Hanelang; Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff(dua dari kiri) meraih pingat emas dan rakan sepasukan Muhammad Shaiful Adlan bin Mohd Shukri(kiri) pingat perak dalam acara berbasikal ujian masa individu (lebuhraya) lelaki di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
Pelumba Terengganu Hanelang; Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff(dua dari kiri) meraih pingat emas dan rakan sepasukan Muhammad Shaiful Adlan bin Mohd Shukri(kiri) pingat perak dalam acara berbasikal ujian masa individu (lebuhraya) lelaki di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – Sekretariat SUKMA Perak 2018

Walaupun berentap dalam situasi demam dengan catatan masa berkurangan dari waktu latihan, namun dengan kejayaan ini sudah pasti menjadi satu kenangan terindah buat Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff yang membuat penampilan terakhir di pentas SUKMA berikutan had umur pada edisi seterusnya.

Pelumba Terengganu Hanelang; Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
Pelumba Terengganu Hanelang; Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – Sekretariat SUKMA Perak 2018

Seterusnya buat pelumba anak jati Setiu ini akan menyasarkan untuk menambah kutipan pingat seterusnya bagi acara lebuh raya dan kejar mengejar berpasukan sebelum acara berbasikal akan tamat sepenuhnya pada 14 September nanti.

PenyuSukandotcom - SUKMA Perak 2018 - Basikal Lebuhraya

SUKMA 2018: Kutipan Pingat Pertama Kontijen Bakar Semangat Afiq Danial

Atlet sukan wushu; Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua yang berusia 16 tahun menjadi penyumbang pertama kutipan pingat buat kontijen Terengganu Hanelang setelah meraih pingat gangsa dalam acara Jianshu (pedang) dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - Facebook.com/govtrg
Atlet sukan wushu; Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua yang berusia 16 tahun menjadi penyumbang pertama kutipan pingat buat kontijen Terengganu Hanelang setelah meraih pingat gangsa dalam acara Jianshu (pedang) dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - Facebook.com/govtrg
Atlet sukan wushu; Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua yang berusia 16 tahun menjadi penyumbang pertama kutipan pingat buat kontijen Terengganu Hanelang setelah meraih pingat gangsa dalam acara Jianshu (pedang) dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – Facebook.com/govtrg

Atlet wushu negeri Terengganu yang berusia 16 tahun; Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua tidak menyangka tuah menjadi penyumbang pingat pertama buat kontijen negeri ini apabila tidak meletakkan sebarang sasaran pingat bagi temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 ini. Perbezaan tipis 0.1 mata menjarakkan tuah untuk meraih pingat emas apatah lagi perbezaan 0.02 mata untuk merangkul pingat perak. Kejayaan tanpa disangka meraih pingat gangsa dalam acara Jianshu (pedang) di hari pertama kejohanan wushu ini sudah pasti menjadi pembakar semangat buat atlet muda ini dan seluruh pasukan.

Setelah meraih pingat gangsa di hari pertama kejohanan wushu di Kolej Matrikulasi Gopeng, anak didik bimbingan jurulatih Chong Min Fei dan Qin Gan akan meneruskan cabaran di hari kedua(12 September 2018) kejohanan untuk berentap dalam acara Changquan (tanpa senjata).

Atlet sukan wushu; Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua yang berusia 16 tahun menjadi penyumbang pertama kutipan pingat buat kontijen Terengganu Hanelang setelah meraih pingat gangsa dalam acara Jianshu (pedang) dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - Facebook.com/govtrg
Atlet sukan wushu; Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua yang berusia 16 tahun menjadi penyumbang pertama kutipan pingat buat kontijen Terengganu Hanelang setelah meraih pingat gangsa dalam acara Jianshu (pedang) dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – Facebook.com/govtrg

Disiplin tanpa senjata dalam sukan wushu ini merupakan acara kegemaran buat atlet ini secara tidak lansung dilihat optimis untuk mengutip sebarang pingat. Pada hari terakhir kejohanan wushu di pentas SUKMA Perak edisi ke-19 ini, Afiq Danial bakal menerima saingan sengit dari atlet senior kebangsaan untuk berentap dalam acara Qiengshu (tombak).

Menurut laporan laman Facebook rasmi Kerajaan Negeri Terengganu – Facebook.com/govtrg; pasangan Mohamad Firdaus Chua Abdullah dan Zanariah Dahlan yang juga kedua-dua ibu bapa kepada atlet ini turut hadir ke venue kejohanan wushu temasya SUKMA ini untuk memberi sokongan padu kepada anak ke-2 mereka. Atlet muda ini sekiranya diteruskan program latihan yang mantap di samping pendedahan kepada beberapa kejohanan yang kompetitif dilihat mampu untuk terus menyinar di pentas SUKMA pada edisi seterusnya malah mungkin berpeluang untuk mewakili negara.

SUKMA 2018: Kem Wushu Ceriakan Kontijen Terengganu di hari ke-4

Atlet sukan wushu; Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua yang berusia 16 tahun menjadi penyumbang pertama kutipan pingat buat kontijen Terengganu Hanelang setelah meraih pingat gangsa dalam acara Jianshu (pedang) dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - Facebook.com/govtrg
Atlet sukan wushu; Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua yang berusia 16 tahun menjadi penyumbang pertama kutipan pingat buat kontijen Terengganu Hanelang setelah meraih pingat gangsa dalam acara Jianshu (pedang) dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - Facebook.com/govtrg
Atlet sukan wushu; Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua yang berusia 16 tahun menjadi penyumbang pertama kutipan pingat buat kontijen Terengganu Hanelang setelah meraih pingat gangsa dalam acara Jianshu (pedang) dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – Facebook.com/govtrg

Hari ke-4 penganjuran Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19 ini hanya sukan wushu melibatkan 4 disiplin acara dipertandingkan telah dijadualkan untuk disertai oleh kontijen negeri Terengganu Darul Iman. Secara tidak lansung menjadi tumpuan apabila pingat pertama kontijen ini berjaya diterjemahkan oleh Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua dalam acara Jianshu (pedang) setelah meraih pingat gangsa.

Pemenang pingat sulung kontijen negeri Terengganu ini juga bakal meneruskan cabaran dalam pusingan akhir disiplin acara Changquan (tanpa senjata) bersama rakan sepasukan Tan Yi Xuan pada hari kedua(12 September 2018) kejohanan wushu ini. Seterusnya di hari terakhir(13 September) kejohanan wushu di pentas SUKMA ini, Afiq Danial akan berpasangan bersama Hee Zhan Hao dalam acara Qiengshu (tombak).

Atlet wushu negeri Terengganu; Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua(tiga dari kiri) bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Encik Ibni Amin Busu(dua dari kiri) setelah berjaya merangkul pingat gangsa yang juga merupakan kutipan pingat pertama buat kontijen negeri Terengganu dalam acara Jianshu (pedang) di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 bertempat di Kolej Matrikulasi Gopeng. Kredit Foto - Facebook.com/govtrg
Atlet wushu negeri Terengganu; Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua(tiga dari kiri) bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Encik Ibni Amin Busu(dua dari kiri) setelah berjaya merangkul pingat gangsa yang juga merupakan kutipan pingat pertama buat kontijen negeri Terengganu dalam acara Jianshu (pedang) di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 bertempat di Kolej Matrikulasi Gopeng. Kredit Foto – Facebook.com/govtrg

Kem wushu negeri ini juga turut diceriakan kejayaan Wee Teck Siang yang berjaya untuk mara ke pusingan separuh akhir setelah menewaskan atlet tuan rumah dalam disiplin acara Sanda bawah 60kg lelaki dalam pusingan suku akhir. Seterusnya Wee Teck Siang bakal bertemu dengan Andy Tan Jun Jie atlet dari Johor bagi acara penentuan ke pusingan akhir yang dijadualkan di hari terakhir kejohanan.

Nasib berbeza buat atlet Terengganu yang berentap dalam acara akhir Gunshu lelaki; Tan Yi Xuan yang sekadar mampu menamatkan di kedudukan ke-11. Begitu juga buat Wan Asmazaidi Amin yang terkandas di perlawanan suku akhir dalam acara Sanda bawah 56kg lelaki setelah tewas kepada Teh Chee Chong dari kontijen Pulau Pinang.

Atlet sukan wushu; Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua yang berusia 16 tahun menjadi penyumbang pertama kutipan pingat buat kontijen Terengganu Hanelang setelah meraih pingat gangsa dalam acara Jianshu (pedang) dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - Facebook.com/govtrg
Atlet sukan wushu; Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua yang berusia 16 tahun menjadi penyumbang pertama kutipan pingat buat kontijen Terengganu Hanelang setelah meraih pingat gangsa dalam acara Jianshu (pedang) dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – Facebook.com/govtrg

Kejohanan wushu di pentas SUKMA Perak 2018 edisi ke-19 ini telah membuka gelanggang sejak 11 September 2018 dan gelanggang akan ditutup pada 13 September 2018 nanti di mana venue rasmi kejohanan adalah bertempat di Kolej Matrikulasi Gopeng dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng. Sebanyak 23 disiplin acara sukan ini yang menawarkan kutipan pingat bagi kategori lelaki dan wanita. Kontijen Terengganu Hanelang telah menghantar seramai 6 atlet wushu untuk berentap dalam acara yang dipertandingkan.

 

Kejohanan Wushu Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 Ke-19

*Senarai acara yang disertai oleh atlet negeri Terengganu Darul Iman sahaja

 BIL. 
DISIPLIN ACARA WUSHU
  1.   JIANSHU LELAKI
MOHAMAD AFIQ DANIAL BIN MOHD FIRDAUS CHUA
HEE ZHAN HAO
  2.   QIANGSHU LELAKI
MOHAMAD AFIQ DANIAL BIN MOHD FIRDAUS CHUA
HEE ZHAN HAO
  3.   CHANGQUAN LELAKI
MOHAMAD AFIQ DANIAL BIN MOHD FIRDAUS CHUA
TAN YI XUAN
  4.   DAOSHU LELAKI
TAN YI XUAN
  5.   GUNSHU LELAKI
TAN YI XUAN
  6.   SANDA BAWAH 56KG LELAKI
WAN ASMAZAIDI AMIN
  7.   SANDA BAWAH 60KG LELAKI
WEE TECK SIANG
  8.   TAIJIQUAN WANITA
LIM XUN YI

SUKMA 2018: Wushu Sumbang Pingat Pertama Kontijen Terengganu Hanelang

Atlet sukan wushu; Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua yang berusia 16 tahun menjadi penyumbang pertama kutipan pingat buat kontijen Terengganu Hanelang setelah meraih pingat gangsa dalam acara Jianshu (pedang) dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - Facebook.com/bajudin.pictures
Atlet sukan wushu; Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua yang berusia 16 tahun menjadi penyumbang pertama kutipan pingat buat kontijen Terengganu Hanelang setelah meraih pingat gangsa dalam acara Jianshu (pedang) dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – Facebook.com/bajudin.pictures

Kutipan pingat pertama buat kontijen negeri Terengganu berjaya diraih oleh atlet wushu Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua dalam disiplin acara Jianshu lelaki setelah mendapat tempat ke-3 dalam temasya kejohanan Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 ini. Kutipan mata 9.3800 menjadikan pingat gangsa yang juga kutipan pingat pertama buat kontijen negeri Terengganu berjaya diraih setelah dinafikan oleh atlet dari Melaka yang meraih pingat emas dan atlet dari Sarawak untuk pingat perak.

Selain Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua, Hee Zhan Hao yang mewakili pasukan negeri ini juga turut mara ke pusingan akhir dalam acara wushu ini namun sekadar berada di kedudukan ke-6 dengan kutipan mata 9.3300.

Atlet wushu negeri Terengganu; Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua dan Hee Zhan Hao berjaya mara ke pentas pusingan akhir bagi disiplin Jianshu lelai dalam temasya kejohanan Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 ini. Kredit Foto – http://result.perak.gov.my
Atlet wushu negeri Terengganu; Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua dan Hee Zhan Hao berjaya mara ke pentas pusingan akhir bagi disiplin Jianshu lelai dalam temasya kejohanan Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 ini. Kredit Foto – http://result.perak.gov.my

 

Kolej Matrikulasi Gopeng dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng telah menjadi venue rasmi bagi acara sukan wushu ini di mana pada hari pertama(11 September 2018) acara wushu ini berlansung turut melibatkan beberapa acara di peringkat akhir seperti Jianshu, Gunshu bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita serta Nandao kategori wanita. Acara wushu yang dipertandingkan dalam temasya SUKMA Perak 2018 akan menutup tirai sepenuhnya pada 13 September 2018.

Keputusan penuh sila muat turun – http://penyusukan.com/download/SUKMA2018/Wushu/20180911-PenyuSukandotcom-SukanMalaysiaSUKMAPerak2018_BolaSepak-TerengganuHanelang_Keputusan-Wushu-Jianshu_Lelaki-Akhir.pdf

SUKMA 2018 – Bola Sepak: Kemenangan Pertama Perlawanan Sulung

Pasukan bola sepak Terengganu Hanelang telah diundi untuk beraksi dalam kumpulan B bersama pasukan Johor dan Wilayah Persekutuan di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 ini. Kredit Foto - Instagram.com/terengganufc_
Pasukan bola sepak Terengganu Hanelang telah diundi untuk beraksi dalam kumpulan B bersama pasukan Johor dan Wilayah Persekutuan di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 ini. Kredit Foto – Instagram.com/terengganufc_

PenyuSukandotcom - SUKMA Perak 2018 - Maskot Bola SepakTerengganu Hanelang bermula dengan langkah kanan apabila memperolehi kemenangan sulung dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan acara bola sepak setelah menewaskan pasukan Johor berkesudahan 2 berbalas 1 gol di Stadium Universiti Pendidikan Sultan Idris, Kampus Sultan Azlan Shah. Menambah manis apabila gol pembukaan juga menjadi milik pasukan Terengganu Hanelang di minit ke-28 separuh masa pertama yang disempurnakan oleh pemain Mohammad Ridzuan bin Mohd Razali.

Pada separuh masa kedua di minit ke 60, pemilik jersi bernombor 10 Terengganu Hanelang Muhammad Izzan Syahmi bin Mustapa berjaya memperolehi gol seterusnya sekaligus berjaya memberi tekanan kepada pasukan lawan. Namun selang 5 minit kemudian pasukan lawan berjaya mengejutkan jentera pasukan Terengganu Hanelang apabila Mohamad Hariz bin Kamarudin berjaya memperolehi gol pertama buat pasukan Johor.

Pasukan bola sepak Terengganu Hanelang meraih kemenangan pertama dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan pasukan ini setelah menewaskan pasukan Johor berkesudahan 2 berbalas 1 gol di Stadium Universiti Pendidikan Sultan Idris, Kampus Sultan Azlan Shah. Kredit Foto - http://result.perak.gov.my
Pasukan bola sepak Terengganu Hanelang meraih kemenangan pertama dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan pasukan ini setelah menewaskan pasukan Johor berkesudahan 2 berbalas 1 gol di Stadium Universiti Pendidikan Sultan Idris, Kampus Sultan Azlan Shah. Kredit Foto – http://result.perak.gov.my

Menambah duka di minit ke-73, penjaring sulung pasukan Terengganu Hanelang; Mohammad Ridzuan bin Mohd Razali turut berjaya mendapatkan kad kuning sulung perlawanan yang dihadiahkan oleh pengadil. Perlawanan semakin tegang apabila kedua-dua pasukan turut menambah kutipan kad kuning di separuh masa kedua malah pada waktu tambahan kedua-dua pasukan turut berjaya mengutip dua kad merah sekaligus bagi setiap pasukan.

Pasukan Johor dalam perlawanan pembukaan mereka juga turut telah menerima kekalahan dan mengutip sekeping kad merah setelah tewas tipis 1-0 kepada pasukan Wilayah Persekutuan. Maka untuk perlawanan ini, Johor telah menerima dua kekalahan berturut-turut

Jaringan gol daripada Mohammad Ridzuan bin Mohd Razali dan Mohamad Hariz bin Kamarudin berjaya meraih kemenangan pertama setelah menewaskan pasukan Johor dalam perlawanan sulung buat pasukan Terengganu Hanelang di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 ini. Kredit Foto - http://result.perak.gov.my
Jaringan gol daripada Mohammad Ridzuan bin Mohd Razali dan Mohamad Hariz bin Kamarudin berjaya meraih kemenangan pertama setelah menewaskan pasukan Johor dalam perlawanan sulung buat pasukan Terengganu Hanelang di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 ini. Kredit Foto – http://result.perak.gov.my

Seterusnya Terengganu Hanelang bakal bertemu dengan pasukan Wilayah Persekutuan dalam aksi peringkat kumpulan B yang dijadualkan bakal berlansung pada 12 September 2018 jam 0430 petang bertempat di venue rasmi kejohanan acara bola sepak ini.

 


SENARAI NAMA PEMAIN BOLA SEPAK
*Pemain negeri Terengganu Darul Iman sahaja

MOHAMAD NAJIB BIN MOHAMAD SABRI
MOHAMAD SHAFAWI BIN MOHAMAD
MOHAMMAD RAHMAT BIN MAKASUF
MOHAMMAD RIDZUAN BIN MOHD RAZALI
MOHAMMAD SAMSUL IKRAM BIN DAUD
MUHAMAD FAKRUL BIN WAHID
MUHAMMAD ALIF BIN ZAKARIA
MUHAMMAD AQIL IRFANUDDIN BIN MOHD SABRI
MUHAMMAD IZZAN SYAHMI BIN MUSTAPA
MUHAMMAD NUR ISYRAF BIN RAZALI
WAN MOHAMAD FAZLI BIN WAN GHAZALI
ABDUL HALIM BIN HAMZAH
AIZAT BIN HANAPI
AMIRUL SYAZWAN BIN NOR AZMI
KHAIRIL NIZAM BIN KAMARUDDIN
MOHAMAD RAIMI SYAHIR BIN MUHAMAD
MOHAMMAD FITRI AMANI BIN ISMAIL
MOHD ZARULIZWAN BIN MAZLAN
NIK MOHD AMIN BIN AHMAD
WAN FAIZ AIMAN BIN WAN DEMI

Keputusan penuh sila muat turun – http://penyusukan.com/download/SUKMA2018/BolaSepak/20180910-PenyuSukandotcom-SukanMalaysiaSUKMAPerak2018_BolaSepak-TerengganuHanelang_Keputusan-KumpulanB_Perlawanan1.pdf

SUKMA2018: Pasukan Badminton Lelaki Terima Cabaran Pertama

PenyuSukandotcom - Sukan Malaysia SUKMA Perak 2018 - Badminton

Pasukan badminton lelaki berkumpulan menjadi pasukan pertama dari kontijen negeri Terengganu untuk membuka gelanggang cabaran di hari kedua penganjuran temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 ini. Arena Badminton Perak bertempat di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh menjadi venue kejohanan ketiga dirasmikan oleh para kontijen pada hari kedua penganjuran setelah acara bola sepak lelaki membuka kalendar kejohanan kelmarin di dua venue berlainan. Bola sepak meneruskan tradisi penganjuran temasya sukan ini untuk menjadi pembuka gelanggang acara dipertandingkan sebelum majlis perasmian temasya berlansung.

Skuad badminton Terengganu Hanelang tewas kepada pasukan Sabah dalam perlawanan sulung bagi acara lelaki berkumpulan yang telah berlansung di Arena Badminton Perak, Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh. Kredit Foto - http://result.perak.gov.my
Skuad badminton Terengganu Hanelang tewas kepada pasukan Sabah dalam perlawanan sulung bagi acara lelaki berkumpulan yang telah berlansung di Arena Badminton Perak, Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh. Kredit Foto – http://result.perak.gov.my

Walaubagaimanapun pasukan badminton lelaki negeri ini tewas tipis dalam aksi perlawanan sulung peringkat kumpulan kepada pasukan kontijen negeri Sabah yang berakhir 3-2. Sumbangan mata kejohanan berjaya terjemah melalui acara perseorangan lelaki dan beregu lelaki menjadikan 2 acara berjaya meraih kemenangan dari 5 acara dipertandingkan.

Sumbangan mata kejohanan untuk kem Terengganu Hanelang telah dikutip oleh Shahzan Shah bin Misfahul Muneer berjaya menewaskan Neville Baptist Nosuis Luaran dalam acara perseorangan lelaki dengan keputusan 16-21, 21-18 dan 21-19. Manakala bagi acara beregu lelaki telah disempurnakan oleh pasangan adik beradik Muhamad Amar bin Mohd Sani dan Muhamad Amir bin Mohd Sani menewaskan pasangan dari Sabah dengan berkeputusan 13-21, 21-16 dan 21-12.

Sebanyak 7 disiplin acara badminton untuk kutipan pingat dipertaruhkan dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - http://result.perak.gov.my
Sebanyak 7 disiplin acara badminton untuk kutipan pingat dipertaruhkan dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – http://result.perak.gov.my

Pasukan badminton negeri Terengganu bagi acara badminton lelaki berkumpulan ini akan meneruskan cabaran pada hari seterusnya(10 September 2018) untuk bertemu pasukan Wilayah Persekutuan yang dijadualkan pada 0600 petang. Acara badminton berkumpulan turut menawarkan kutipan pingat di mana menjadikan kesemua sebanyak 7 acara disiplin sukan badminton yang dipertandingkan.


SENARAI NAMA PEMAIN BADMINTON – ACARA BERKUMPULAN LELAKI
*Pemain negeri Terengganu Darul Iman sahaja

FAIZ BIN ROZAIN
MUHAMAD AMAR BIN MOHD SANI
MUHAMAD AMIR BIN MOHD SANI
SHAHZAN SHAH BIN MISFAHUL MUNEER
MUHAMMAD SHAHMI BIN AB`DILLAH
WAN MUHAMMAD ARIF SHAHARUDDIN BIN WAN MOHD JUNAIDI
MUHAMMAD SHAHFUAN BIN MAT DESA

Keputusan penuh sila muat turun – http://penyusukan.com/download/SUKMA2018/Badminton/20180909-PenyuSukandotcom-SukanMalaysiaSUKMAPerak2018_BadmintonLelakiBerkumpulan-TerengganuHanelang_KeputusanKumpulanB_Perlawanan1.pdf

Jadual Acara Sukan Ragbi 7 Sepasukan SUKMA Perak 2018

PenyuSukandotcom - Maskot Sukan Ragbi 7 Sepasukan SUKMA Perak 2018

PenyuSukandotcom - Maskot Sukan Ragbi 7 Sepasukan SUKMA Perak 2018

Jadual Acara Sukan Ragbi 7 Sepasukan Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018
Venue: Stadium Ragbi Perak
Tarikh Acara: 15 & 16 September 2018

Kumpulan Pasukan Ragbi 7 Sepasukan Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018

*Pasukan Negeri Terengganu sahaja

 BIL. 
PASUKAN LELAKI – KUMPULAN A
  1.     TERENGGANU
  2.     KELANTAN
  3.     JOHOR
  4.     MELAKA

 

 BIL. 
PASUKAN WANITA – KUMPULAN C
  1.     TERENGGANU
  2.     JOHOR
  3.     SARAWAK

PenyuSukandotcom - Maskot Sukan Ragbi 7 Sepasukan SUKMA Perak 2018
Jadual Acara Sukan Ragbi 7 Sepasukan Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018

*Pasukan Negeri Terengganu sahaja

PASUKAN LELAKI
 BIL. 
WAKTU
PERLAWANAN
HARI PERTAMA – 15 SEPTEMBER 2018
  1.   0920 Pagi   Terengganu vs Kelantan
  2.   1200 Tengah Hari   Terengganu vs Johor
  3.   0300 Petang   Terengganu vs Melaka
HARI KE-2 – 16 SEPTEMBER 2018
  4.   0920 Pagi   Suku Akhir Kumpulan A
  5.   1040 Pagi – 0140 T/Hari   Separuh Akhir Lelaki
  6.   0200 Petang – 0220 Petang   Tempat ke-9 hingga ke-14
  7.   0320 Petang   Tempat ke-5 & ke-6
  8.   0400 Petang   Tempat ke-3 & ke-4
  9.   0440 Petang   Perlawanan Akhir

 

PASUKAN WANITA
 BIL. 
WAKTU
PERLAWANAN
HARI PERTAMA – 15 SEPTEMBER 2018
  1.   0840 Pagi   Terengganu vs Johor
  2.   1140 Pagi   Terengganu vs Sarawak
HARI KE-2 – 16 SEPTEMBER 2018
  3.   0840 Pagi   Suku Akhir Kumpulan C
  4.   1100 Pagi -1200 T/Hari   Separuh Akhir Wanita
  5.   0240 Petang – 0320 Petang   Tempat ke-6 hingga ke-9
  6.   0340 Petang   Tempat ke-3 & ke-4
  7.   0420 Petang   Perlawanan Akhir

Muat turun jadual sepenuhnya – http://penyusukan.com/download/PenyuSukandotcom-JadualAcara_Ragbi_7Sepasukan_SukanMalaysia_SUKMAPerak2018.pdf

Ragbi: Skuad SUKMA Dirai Bersama Jabatan Angkat

Pegawai Daerah Kuala Terengganu; Tn. Hj. Azmi Bin Razik(duduk - empat dari kiri) bersama-sama dengan barisan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bersama pegawai skuad ragbi negeri untuk cabaran temasya SUKMA Perak 2018. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Pegawai Daerah Kuala Terengganu; Tn. Hj. Azmi Bin Razik(duduk - empat dari kiri) bersama-sama dengan barisan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bersama pegawai skuad ragbi negeri untuk cabaran temasya SUKMA Perak 2018. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Pegawai Daerah Kuala Terengganu; Tn. Hj. Azmi Bin Razik(duduk – empat dari kiri) bersama-sama dengan barisan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bersama pegawai skuad ragbi negeri untuk cabaran temasya SUKMA Perak 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Berbaki beberapa hari lagi sebelum temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di Perak bakal berlansung, pasukan ragbi negeri Terengganu telah berkesempatan diraikan bersama Pegawai Daerah Kuala Terengganu; Tn. Hj. Azmi Bin Razik yang juga merupakan wakil dari jabatan angkat bagi sukan ini dalam satu majlis makan malam yang telah berlansung. Kata-kata semangat diberikan oleh Tn. Hj. Azmi Bin Razik turut mendapat tepukan gemuruh daripada seluruh pasukan di mana beliau turut berkongsi pengalaman beliau bermain ragbi suatu ketika dahulu.

Pegawai Daerah Kuala Terengganu; Tn. Hj. Azmi Bin Razik(tengah) bersalaman bersama pasukan ragbi lelaki negeri Terengganu yang bakal membawa cabaran ke temasya SUKMA Perak 2018. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Pegawai Daerah Kuala Terengganu; Tn. Hj. Azmi Bin Razik(tengah) bersalaman bersama pasukan ragbi lelaki negeri Terengganu yang bakal membawa cabaran ke temasya SUKMA Perak 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Pertemuan mesra pertama kali melibatkan keseluruh pemain dan pegawai pasukan bersama jabatan angkat sukan ragbi telah berlansung meriah memandangkan komitmen latihan kedua-dua pasukan sebelum ini sukar untuk dihimpunkan dalam satu majlis. Kedua-dua pasukan yang kini berkampung di negeri ini sejak 1 September yang lalu meneruskan siri latihan pusat terakhir sebelum bertolak ke negeri Perak pada 13 September ini. Sebelum ini hanya pasukan lelaki menjalankan program latihan sepenuh masa di sini manakala pasukan wanita mejalankan program latihan berpusat di Lembah Klang. Hal ini adalah disebabkan oleh rata-rata pemain ragbi wanita yang mewakili negeri Terengganu berada di sekitar Lembah Klang.

Barisan pasukan ragbi lelaki negeri Terengganu yang bakal membawa cabaran ke temasya SUKMA Perak 2018. Berbaki beberapa hari lagi sebelum temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di Perak bakal berlansung, pasukan ragbi negeri Terengganu telah berkesempatan diraikan bersama Pegawai Daerah Kuala Terengganu; Tn. Hj. Azmi Bin Razik yang juga merupakan wakil dari jabatan angkat bagi sukan ini dalam satu majlis makan malam yang telah berlansung. Kata-kata semangat diberikan oleh Tn. Hj. Azmi Bin Razik turut mendapat tepukan gemuruh daripada seluruh pasukan di mana beliau turut berkongsi pengalaman beliau bermain ragbi suatu ketika dahulu. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Barisan pasukan ragbi lelaki negeri Terengganu yang bakal membawa cabaran ke temasya SUKMA Perak 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Padang ragbi yang kini telah dinaik taraf sebagai Stadium Ragbi Perak, Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh merupakan venue rasmi untuk temasya SUKMA Perak 2018 di mana perlawanan hari pertama dijadualkan pada 15 September 2018 seawal jam 0800 pagi bagi perlawanan pembukaan. Pasukan ragbi lelaki negeri Terengganu bakal menentang Kelantan manakala pasukan ragbi wanita negeri ini bakal menentang Johor dalam perlawanan pertama mereka di hari pertama kejohanan.

Barisan pasukan ragbi wanita negeri Terengganu yang bakal membawa cabaran ke temasya SUKMA Perak 2018. Berbaki beberapa hari lagi sebelum temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di Perak bakal berlansung, pasukan ragbi negeri Terengganu telah berkesempatan diraikan bersama Pegawai Daerah Kuala Terengganu; Tn. Hj. Azmi Bin Razik yang juga merupakan wakil dari jabatan angkat bagi sukan ini dalam satu majlis makan malam yang telah berlansung. Kata-kata semangat diberikan oleh Tn. Hj. Azmi Bin Razik turut mendapat tepukan gemuruh daripada seluruh pasukan di mana beliau turut berkongsi pengalaman beliau bermain ragbi suatu ketika dahulu. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Barisan pasukan ragbi wanita negeri Terengganu yang bakal membawa cabaran ke temasya SUKMA Perak 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Untuk rekod, pasukan lelaki telah diundi di dalam kumpulan A bersama negeri Kelantan, Melaka dan Johor manakala pasukan wanita berada di dalam kumpulan C bersama negeri Johor dan Sarawak. Manakala program bapa angkat dan jabatan angkat ini telah diperkenalkan oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu bagi membantu persiapan yang diperlukan setiap pasukan mengikut sukan yang dipertandingkan di peringkat SUKMA ini. Jabatan angkat yang dipertanggungjawabkan kepada pasukan ragbi negeri Terengganu ini diterajui oleh Pejabat Daerah Kuala Terengganu manakala bapa angkat disandang oleh YB. Haji Wan Hapandi bin Wan Nik merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Sura.

Pentas Asia Pengalaman Berharga Skuad Lawn Bowls SUKMA Terengganu

Barisan atlet boling padang negeri Terengganu yang bakal berentap di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di Perak nanti. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Barisan atlet boling padang negeri Terengganu yang bakal berentap di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di Perak nanti. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Barisan atlet boling padang negeri Terengganu yang bakal berentap di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di Perak nanti. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Skuad boling padang negeri Terengganu yang bakal berentap dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di Perak nanti meraih pengalaman berharga setelah turut sama berentap di pentas Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Asia 2018 yang menutup tirai pada 28 Ogos 2018 lalu. Pada awalnya tanpa sebarang sasaran diletakkan di mana penyertaan pasukan ini hanya untuk mengutip pengalaman menjadi sebahagian dari program latihan mereka. Namun kemampuan skuad ini setelah meraih kejayaan selaku naib johan kutipan margin tertinggi meletakkan satu penanda aras terbaik buat pasukan ini.

Walaupun tewas di pusingan separuh akhir bagi acara mixed triples dan mixed fours, namun kehadiran pasukan yang dianggap kerdil di pentas asia ini mampu sedikit sebanyak memberi cabaran kepada pasukan kebangsaan malah pasukan dari negara-negara asia lain. Jurang perbezaan umur tidak menjadi masalah dalam sukan ini namun pengalaman serta kemahiran dan taktikal menjadi ukuran untuk merangkul juara. Faktor kurang keyakinan dalam gelanggang masih lagi menjadi penghalang buat pasukan ini namun berbekalkan pengalaman yang telah ditimba ini dilihat mampu untuk diatasi sebelum bermulanya temasya SUKMA Perak 2018 nanti.

Faten yang mempunyai kelayakan selaku jurulatih boling padang setelah berjaya menamatkan beberapa kursus sukan berkaitan malah turut memiliki sijil undang-undang boling padang. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Faten yang mempunyai kelayakan selaku jurulatih boling padang setelah berjaya menamatkan beberapa kursus sukan berkaitan malah turut memiliki sijil undang-undang boling padang. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Saya kagum dengan kemampuan pasukan saya. Tiada sebarang sasaran diletakkan di mana hadirnya kami untuk mengutip pengalaman berharga di pentas antarabangsa ini. Layak ke pusingan separuh akhir sememangnya bonus buat kami. Sasaran utama kami adalah di SUKMA Perak nanti.”; ujar Fateha Asmidar binti A.Manan berusia 29 tahun anak jati Kuala Terengganu selaku jurulatih skuad SUKMA Perak 2018 ini yang juga atlet lawn bowls negeri Terengganu penuh berpengalaman ini.

Untuk rekod, jurulatih yang lebih mesra dikenali sebagai Faten ini juga masih giat bermain sukan boling padang ini di mana kali terakhir beraksi dalam Kejohanan Lawn Bowls International Terengganu Open Fours 2018 meraih tempat ketiga. Malah beliau juga turut pernah beraksi cemerlang di pentas SUKMA di mana penampilan pertamanya di SUKMA Kedah 2006 dan yang terakhir adalah SUKMA Melaka 2010. Faten yang masih aktif beraksi dalam beberapa siri kejohanan antarabangsa sememangnya dilihat menjadi satu contoh terbaik kepada atlet-atlet bimbingan beliau. Kini beliau merupakan pembantu jurulatih sukan boling padang sepenuh masa memberi khidmat kepada Majlis Sukan Negeri Terengganu sejak 2012. Bagi saingan di pentas SUKMA ini adalah kali ketiga beliau membimbing pasukan negeri Terengganu ini.

Perkembangan pasukan ini juga turut mendapat reaksi positif dari jurulatih pasukan negara; Dr. Simon Botha di mana beliau menzahirkan rasa teruja melihat atlet-atlet muda dari negeri ini mampu untuk memberi saingan di peringkat antarabangsa ini. Bekas jurulatih pasukan kebangsaan Afrika Selatan juga turut memberi pandangan bahawa para atlet muda negeri ini mempunyai masa depan yang cerah untuk mewakili pasukan kebangsaan.

11 pasukan terdiri daripada negara China, Hong Kong, Korea, Macau, Pakistan, Sri Lanka, Filipina, Brunei, Thailand, Singapura dan 5 pasukan tuan rumah termasuk pasukan dari negeri Terengganu berentap dalam Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Malaysia Regu Campuran Asia 2018(Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018) bermula 25 Ogos hingga 28 Ogos 2018 nanti. Kredit Foto - PenyuSukan.com
11 pasukan terdiri daripada negara China, Hong Kong, Korea, Macau, Pakistan, Sri Lanka, Filipina, Brunei, Thailand, Singapura dan 5 pasukan tuan rumah termasuk pasukan dari negeri Terengganu berentap dalam Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Malaysia Regu Campuran Asia 2018(Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018) bermula 25 Ogos hingga 28 Ogos 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Negeri Terengganu sememangnya merupakan selaku kuasa besar dalam sukan boling padang ini hasil kejayaan program pembangunan yang telah dijalankan di antara Majlis Sukan Negeri Terengganu bersama Persatuan Lawn Bowls Negeri Terengganu. Program pembangunan secara berterusan dari masa ke semasa telah dirangka sejak sekian lama dan tidak hanya memfokuskan persiapan pasukan bagi menghadapi temasya dwi-tahunan SUKMA. Beberapa buah sekolah di negeri ini juga turut telah terpilih sebagai persediaan atlet pelapis dalam program pembangunan sukan ini

SUKMA: Undian Sukan Berpasukan Seimbang

Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Encik Ibni Amin Busu(kanan) ketika membuat cabutan undi dalam majlis pengundian sukan berpasukan SUKMA Perak 2018 yang telah berlansung di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil pada 20 Julai 2018. Kredit Foto - www.nsc.gov.my
Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Encik Ibni Amin Busu(kanan) ketika membuat cabutan undi dalam majlis pengundian sukan berpasukan SUKMA Perak 2018 yang telah berlansung di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil pada 20 Julai 2018. Kredit Foto - www.nsc.gov.my
Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Encik Ibni Amin Busu(kanan) ketika membuat cabutan undi dalam majlis pengundian sukan berpasukan SUKMA Perak 2018 yang telah berlansung di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil pada 20 Julai 2018. Kredit Foto – www.nsc.gov.my

Kontijen sukan berpasukan Majlis Sukan Negeri Terengganu dalam misi “Win Back Mission” ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA Perak 2018) di Perak nanti dilihat bakal menerima cabaran yang seimbang. Berbekalkan persiapan rapi sejak sekian lama dengan beberapa kejohanan kebangsaan dan antarabangsa yang telah disertai selama ini sedikit sebanyak menjadi ukuran buat setiap pasukan.

Bola sepak, badminton, bola keranjang, bola jaring, bola baling, futsal, hoki, kriket, ragbi dan sepak takraw merupakan acara berpasukan yang akan dipertandingkan di Perak nanti.

Senarai juara-juara Sukan Malaysia dari tahun 1986 hingga 2016. Kredit Foto – www.nsc.gov.my

Demi memastikan misi keramat ini menjadi kenyataan, dengan penyertaan seramai 555 atlet dari negeri ini perlu memastikan 69 pingat emas perlu direntap untuk memburu kejayaan. Menurut laporan sebanyak RM 8 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri dengan persediaan atlet yang telah bermula sebaik sahaja tamat penganjuran SUKMA pada edisi lalu di Sarawak. Untuk rekod, Terengganu pernah merangkul kejuaraan keseluruhan pada edisi 2008, 2010, 2011 dan 2012.

Beberapa kontijen sukan dijangka akan tiba awal di Perak nanti untuk latihan penyesuaian dan persediaan awal yang penting untuk memastikan setiap pasukan bersedia sepenuhnya.

SUKMA 2018: Fasa Akhir Skuad Ragbi Wanita

Pasukan ragbi wanita Terengganu 7 sepasukan yang membawa cabaran ke pentas Sukan Malaysia Perak 2018. Kredit Foto - Faiz Azizan/MalaysiaRugby.com
Pasukan ragbi wanita Terengganu 7 sepasukan yang membawa cabaran ke pentas Sukan Malaysia Perak 2018. Kredit Foto - Faiz Azizan/MalaysiaRugby.com
Pasukan ragbi wanita Terengganu 7 sepasukan yang bakal membawa cabaran ke pentas Sukan Malaysia Perak 2018. Kredit Foto – Faiz Azizan/MalaysiaRugby.com

Berbaki kurang dari 50 hari menjelang temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 kini skuad ragbi wanita negeri Terengganu telah memasuki fasa akhir persiapan pasukan. Skuad penyu yang mula dibentuk pada hujung tahun 2017 kini telah bersiap sedia untuk memastikan mereka pulang dengan pingat kemenangan. Rata-rata pemain dalam pasukan ini adalah bakat baharu digilap malah ada diantara pemain lansung tidak mempunyai pengalaman bermain sukan ini. Namun berinspirasikan pembentukkan skuad wanita kebangsaan di Sukan SEA 2017 lalu cabaran ini digalas padu oleh jurulatih berpengalaman Muhammad Firdaus Zakarya.

Muhammad Firdaus Zakarya bersama pihak pengurusan pasukan telah merangka satu program latihan yang jitu sebelum pembentukkan pasukan bermula untuk memastikan pasukan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Muhammad Firdaus Zakarya atau lebih mesra dengan panggilan Pidot turut dibantu oleh dua pembantu jurulatih berpengalaman iaitu Abbygale Rayone Michael Lojinggu dan Chalara Patrick.

Aksi pemain ragbi wanita Terengganu 7 sepasukan; Muna Adida binti Asril(kanan) bakal membawa cabaran ke pentas Sukan Malaysia Perak 2018. Kredit Foto - Faiz Azizan/MalaysiaRugby.com
Aksi pemain ragbi wanita Terengganu 7 sepasukan; Muna Adida binti Asril(kanan) bakal membawa cabaran ke pentas Sukan Malaysia Perak 2018. Kredit Foto – Faiz Azizan/MalaysiaRugby.com

Latihan padang setiap hari bersama aktiviti di dalam gimnasium adalah rutin yang ditempuh oleh pasukan wanita ini. Padang Timur yang terletak di Petaling Jaya, Lembah Klang menjadi venue latihan rasmi bagi skuad dari negeri pantai timur ini. Hal ini adalah disebabkan oleh rata-rata pemain yang mewakili negeri Terengganu berada di sekitar Lembah Klang. Walaupun segalanya nampak sempurna, komitmen kerjaya dan sebagai pelajar sepenuh masa di kalangan para pemain merupakan di antara halangan yang mematangkan pasukan ini.

Selain program latihan yang padat, pasukan ini juga turut diberikan beberapa pendedahan kejohanan untuk memastikan mereka mengutip pengalaman yang berkualiti. Terkini pasukan ini baru selesai berentap dengan beberapa pasukan persediaan SUKMA yang lain dalam kejohanan sulung KRS Ladies 7s 2018.

Pasukan ragbi wanita Terengganu 7 sepasukan(jersi putih hitam) yang membawa cabaran ke pentas Sukan Malaysia Perak 2018. Kredit Foto - Faiz Azizan/MalaysiaRugby.com
Pasukan ragbi wanita Terengganu 7 sepasukan(jersi putih hitam) sewaktu Kejohanan KRS Ladies 7s 2018 bakal membawa cabaran ke pentas Sukan Malaysia Perak 2018. Kredit Foto – Faiz Azizan/MalaysiaRugby.com

Kejohanan ini menjadi satu pentas terbaik buat setiap pasukan persediaan SUKMA untuk melihat sejauh mana prestasi mereka dan penanda aras untuk mereka memperbaiki pasukan. Rentetan kejohanan ini, pengurusan pasukan melihat saingan dari negeri Selangor dan Sabah harus diberi perhatian untuk SUKMA Perak 2018 nanti.

Untuk rekod, walaupun pasukan ragbi wanita negeri Terengganu muncul juara di Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2018 namun tiada seorang pun pemain terlibat dalam skuad persiapan SUKMA ini. Hal ini adalah kerana rata-rata pemain yang beraksi di peringkat kebangsaan itu melebihi had umur yang ditetapkan bagi temasya dwi tahunan ini. Oleh yang sedemikian, temasya SUKMA ini merupakan pentas terbaik untuk memastikan para atlet yang terhasil dari program pembangunan mempunyai peluang untuk berentap.

Pidot selaku jurulatih berpengalaman dalam mengendalikan beberapa pasukan ragbi wanita ternyata mempertaruhkan semua pengalamannya di dalam pasukan negeri Terengganu ini. Kredit Foto - Sukandaily.com.my
Pidot selaku jurulatih berpengalaman dalam mengendalikan beberapa pasukan ragbi wanita ternyata mempertaruhkan semua pengalamannya di dalam pasukan negeri Terengganu ini. Kredit Foto – Sukandaily.com.my

“Tidak kira emas, perak atau gangsa. Kami akan pastikan pasukan ini berada di podium. Setiap pasukan yang bakal bertanding dilihat seimbang untuk memberi saingan. Pasukan Selangor dan Sabah dijangka bakal memberi tentangan sengit kepada kami. Namun kami tetap mempunyai perancangan tersendiri untuk mereka.”; ujar Muhammad Firdaus Zakarya selaku jurulatih berpengalaman yang turut mempunyai sijil kejurulatihan ragbi 7 sepasukan dari World Rugby tahap 2.

Misi Berganda Skuad Basikal Lasak

Barisan pelumba & pengurusan basikal lasak Terengganu yang akan berentap di SUKMA Perak 2018. Kredit Foto - Kemaman MTB Park Officer
Barisan pelumba & pengurusan basikal lasak Terengganu yang akan berentap di SUKMA Perak 2018. Kredit Foto – Facebook.com/KEMAMANMTBPARK

Skuad basikal lasak ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 mempunyai misi berganda yang perlu diselesaikan bermatian-matian. Mempertahankan pingat emas yang berjaya dirangkul pada SUKMA edisi lalu di Sarawak dan juga memastikan kontijen Terengganu menyelesaikan misi ‘Win Back Mission’ yang menjadi agenda utama di Perak nanti. Untuk rekod, pada SUKMA edisi lalu skuad negeri ini melalui Abdul Arif Abdul Rahman berjaya merangkul 1 pingat emas dan 1 pingat perak yang disumbang oleh Muhd Suhami Ghani.

Sebaik sahaja menuai pingat di Sarawak, kayuhan tidak terhenti begitu sahaja malah program latihan terus berjalan seperti biasa dengan meletakkan sasaran untuk edisi SUKMA seterusnya. Persediaan pasukan mengambil masa hampir dua tahun sudah pasti memberi ruang yang cukup sama ada di pihak pengurusan mahupun para pelumba itu sendiri untuk berentap. Berbaki kurang dari tiga bulan sebelum temasya SUKMA 2018 bakal bermula, kini pasukan ini sudah bersedia sepenuhnya di mana para pelumba telah menghampiri fasa terakhir program latihan.

Program latihan kayuhan hampir sejauh 4000km ke seluruh semenanjung Malaysia ditempuh oleh skuad basikal lasak Terengganu bermula dari Kemaman pada 21 Jun lepas dan dijangka akan meneruskan kayuhan pulang ke Kemaman pada 8 Julai nanti. Kredit Foto - Facebook.com/KEMAMANMTBPARK/
Program latihan kayuhan hampir sejauh 4000km ke seluruh semenanjung Malaysia ditempuh oleh skuad basikal lasak Terengganu bermula dari Kemaman pada 21 Jun lepas dan dijangka akan meneruskan kayuhan pulang ke Kemaman pada 8 Julai nanti. Kredit Foto – Facebook.com/KEMAMANMTBPARK

Pelumba seawal usia 16 tahun dan lain-lain pelumba adalah di bawah 20 tahun bakal menjadi taruhan untuk memberi saingan kepada negeri-negeri lain nanti. Malah pelumba Abdul Syazwan Abdul Rahman berusia 19 tahun iaitu adik kepada pemenang pingat emas SUKMA Sarawak 2016 turut memperlengkapkan skuad ini. Seramai 32 pelumba dibarisi 25 pelumba lelaki dan selebihnya wanita telah melepasi saringan akhir di bawah kendalian jurulatih Muhammad Labib bin Mohamed Aripin yang menjadi tulang belakang pasukan ini. Jurulatih berpengalaman berusia 29 tahun ini telah menggalas tugasan ini sejak SUKMA Sarawak 2016 dilihat mampu diterjemahkan oleh para pelumba untuk memburu pingat.

Terkini sebaik sahaja menyambut hari raya Aidilfitri, barisan pelumba telah meneruskan latihan kayuhan di jalan raya dari Kemaman ke seluruh semenanjung Malaysia. Kayuhan yang telah bermula pada 21 Jun lepas dijangka pulang tiba di Kemaman pada 8 Julai nanti. Latihan kayuhan ini juga turut dijalankan bersama para pelumba basikal lebuhraya yang akan berentap di Perak nanti.

Muhammad Labib bin Mohamed Aripin; Jurulatih skuad basikal lasak Terengganu yang akan mempertahankan pingat emas di SUKMA Perak 2018 nanti. Kredit Foto - Facebook.com/labib.aby.5
Muhammad Labib bin Mohamed Aripin; Jurulatih skuad basikal lasak Terengganu yang akan mempertahankan pingat emas di SUKMA Perak 2018 nanti. Kredit Foto – Facebook.com/labib.aby.5

“Terlalu banyak latihan telah dijalankan dan ini bukanlah latihan terakhir untuk memastikan para pelumba benar-benar bersedia. Bertahun-tahun persediaan pasukan dilakukan sudah pasti kami menggalas tanggungjawab yang besar untuk mengekalkan kejuaraan dan menamatkan misi ‘Win Back Mission’. Latihan kayuhan jarak jauh ini penting untuk kami mengenal pasti kelemahan pasukan yang perlu diperbaiki segera sebelum SUKMA Perak 2018 bermula nanti.”, ujar Muhammad Labib; jurulatih skuad basikal lasak ke temasya SUKMA Perak 2018 nanti.

Marjan Abdullah Terus Perkasa Judo Terengganu

“Sememangnya kami bersedia sepenuhnya untuk menyertai sebarang kejohanan domestik mahupun di peringkat antarabangsa di mana persiapan pasukan telah dilakukan sejak sekian lama.”, ujar anak jati Paka yang kini ketua jurulatih Persatuan Judo Negeri Terengganu.

Sebaik tamat tugasan selaku ketua jurulatih pasukan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Marjan Abdullah kini kembali memberi fokus kepada pasukan negeri tanah tumpah darahnya untuk persiapan ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA) 2018 di Perak nanti. Anak jati Paka yang berusia 32 tahun ini mula membimbing pasukan judo negeri Terengganu sejak tahun 2006 dalam usaha persiapan sebagai pasukan tuan rumah bagi SUKMA 2008 ketika itu.

Walaupun sukan judo ini kali terakhir dipertandingkan di peringkat SUKMA pada 2013, namun skuad Penyu ini tetap gigih meneruskan rutin latihan sepanjang tahun hingga kini. Sokongan penuh dari pihak Majlis Sukan Negeri Terengganu sejak sekian lama memastikan para atlet dan Persatuan Judo Terengganu ini terus lestari walaupun tidak dipertandingkan di peringkat SUKMA sejak sekian lama mahupun tanpa sebarang penyertaan kejohanan besar.

Kini terdapat atlet senior negeri ini yang telah berlatih selama 5 tahun di bawah kendalian Marjan Abdullah bersedia untuk memberi saingan padu di SUKMA Perak nanti. Hasil program pembangunan sukan ini di negeri Terengganu seawal di peringkat usia 13 bakal memberi kelebihan untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi lagi. Namun kekurangan penganjuran kejohanan yang kompetitif khususnya di peringkat tinggi ketika ini mungkin bakal merencatkan perjalanan masa depan karier atlet – atlet profesional ini.

Dewan Majlis Sukan Negeri Terengganu menjadi pusat latihan atlet Persatuan Judo Negeri Terengganu.

“Sememangnya kami bersedia sepenuhnya untuk menyertai sebarang kejohanan domestik mahupun di peringkat antarabangsa di mana persiapan pasukan telah dilakukan sejak sekian lama. Persiapan kami untuk SUKMA 2018 kini hampir ke fasa akhir latihan di mana kami mulakan sesi latihan seawal 0645 pagi berakhir 0600 petang.” ujar Marjan Abdullah yang ditemui ketika sesi latihan di Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Untuk rekod, sejak Marjan Abdullah ditugaskan untuk membimbing pasukan negeri ini telah banyak kejayaan dirangkul meletakkan negeri ini menjadi salah satu kuasa besar sukan judo di dalam negara. Baltulga Dashgobol yang kini merupakan jurulatih pasukan Olimpik Mongolia merupakan individu yang membimbing beliau di dalam arena sukan ini. Terkini di peringkat kebangsaan dalam Kejohanan Judo Kebangsaan ke-55 pada Mac 2017 lalu sekali lagi berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali ke-7. 8 Pingat emas, 5 pingat perak dan 6 pingat gangsa berjaya diperolehi setelah menewaskan 11 pasukan lain dalam kejohanan itu yang telah berlansung di Dewan Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Pasukan judo negeri Terengganu kini diperkasa oleh seramai 20 atlet utama dan selebihnya adalah atlet muda dari program pembangunan di bawah kendalian tiga jurulatih termasuk Marjan Abdullah sendiri. Ketua jurulatih ini juga optimis meletakkan sasaran awal dengan kutipan 5 pingat emas di temasya SUKMA Perak 2018 nanti.

SUKMA 2018: Sukan Gugur Kembali Beraksi

Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia XIX Perak 2018 Kali Ke-4. Kredit Foto - Facebook.com/sukmaperak2018
Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia yang telah berlansung pada 8 Februari lepas dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Kredit Foto - Bharian.com.my
Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia yang telah berlansung pada 8 Februari lepas dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Kredit Foto – Bharian.com.my

Setelah digugurkan dari status sukan teras oleh Majlis Sukan Negara (MSN) pada Disember 2017 lalu kini ketiga-tiga sukan tersebut kembali dipertandingkan di dalam penganjuran Sukan Malaysia(SUKMA) 2018 nanti. Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia yang telah berlansung pada 8 Februari lepas dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akhirnya sebulat suara membuat keputusan untuk menyenaraikan kembali di dalam temasya sukan dwi-tahunan ini.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail turut mengulas keputusan tersebut diambil kira setelah rayuan yang dikemukakan oleh Majlis Sukan Negeri Perak untuk menyenaraikan kembali sukan sepak takraw, taekwondo dan angkat berat. Majlis Sukan Negeri Perak melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA Perak berbuat sedemikian setelah mengambil kira rayuan penggiat sukan berkenaan yang telah membuat persiapan awal di negeri itu.

Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia XIX Perak 2018 Kali Ke-4. Kredit Foto - Facebook.com/sukmaperak2018
Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia XIX Perak 2018 Kali Ke-4. Kredit Foto – Facebook.com/sukmaperak2018

MSN juga turut meletakkan beberapa syarat bagi ketiga-tiga sukan ini untuk kembali beraksi pada sebarang edisi penganjuran SUKMA di antaranya bagi sukan taekwondo, atlet yang tidak bernaung di bawah Persatuan Taekwondo Malaysia (TM) harus diberi peluang untuk mewakili diri ke SUKMA dan lain-lain kejohanan di peringkat tinggi dalam usaha melahirkan bakar baharu.

Manakala bagi angkat berat, semua atlet mahupun pegawai pasukan termasuk jurulatih sama ada di peringkat kelab, daerah, negeri dan kebangsaan tidak lagi mengulangi kegagalan ujian doping sama ada di kejohanan SUKMA mahupun sebarang kejohanan lain.

Sepak takraw pula perlu menyusun semula sebarang perincian program pembangunan jangka panjang dan menyusun semula organisasi bagi meningkatkan prestasi sukan itu seperti mana kata putus yang telah diberikan kepada Kementerian Belia dan Sukan sebelum ini

Walaubagaimanapun Ahmad Shapawi turut bertegas bahawa status ketiga-tiga sukan berkenaan tetap tidak berubah seperti mana diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi dan Lembaga Pengurus MSN terdahulu. Status pengguguran dilakukan selepas kajian mendalam dilakukan berdasarkan prestasi semasa persatuan terbabit.

SUKMA: Skuad Ragbi Terengganu Dalam Persiapan

Skuad barisan pemain ragbi 7 sepasukan Terengganu yang terpilih bakal diketahui pada Jun 2018 nanti. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Izami Zainuddin(dua dari kiri) selaku ketua jurulatih adalah individu yang telah dipertanggungjawabkan untuk membentuk pasukan ini yang turut dibantu oleh dua jurulatih pasukan. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Izami Zainuddin(dua dari kiri) selaku ketua jurulatih adalah individu yang telah dipertanggungjawabkan untuk membentuk pasukan ini yang turut dibantu oleh dua jurulatih pasukan. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Perjalanan yang panjang buat skuad ragbi 7 sepasukan Terengganu untuk memastikan kejuaraan di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) 2018 nanti. Untuk pembentukan pasukan ini, seawal tahun 2017 pihak pengurusan telah bermula dengan menyertai Kejohanan Liga Ragbi Kesatuan Ragbi Malaysia Divisyen 2 2017. Rata-rata pemain muda berusia bawah 20 tahun telah berentap dalam kejohanan ragbi 15 sepasukan kebangsaan berprestasi tinggi ini untuk menjadi titik tolak pembentukan pasukan di Perak nanti.

Seramai 35 pemain telah disenarai awal pada awal tahun 2017 untuk program persediaan SUKMA 2018 ini dan kini tinggal 23 pemain setelah menjalani proses saringan. Pihak pengurusan akan melakukan proses saringan terakhir di jangka pada bulan Jun 2018 nanti untuk memastikan pasukan ini bersedia sepenuhnya untuk fasa terakhir persiapan pasukan. Hanya para pemain yang berkualiti memiliki ciri-ciri pemain ragbi 7 sepasukan menjadi kriteria pemilihan akhir nanti demi memastikan misi kejuaraan tercapai.

Percaturan membariskan pemain muda di pentas kebangsaan untuk bersaing dengan peringkat umur lebih tinggi sudah pasti mampu memberi impak kepada pasukan yang dibentuk ini. Pemain paling muda di dalam skuad ini yang berusia 18 tahun ketika ini turut dipertaruhkan agar mampu memberi aksi di kejohanan sebenar nanti. Namun isu komitmen dalam pelajaran dan peluang bercuti untuk di kumpulkan bersama menjalani latihan di kalangan pemain yang rata-rata adalah para pelajar pasti sedikit sebanyak memberi cabaran membentuk pasukan yang mantap.

Skuad barisan pemain ragbi 7 sepasukan Terengganu yang terpilih bakal diketahui pada Jun 2018 nanti. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Skuad barisan pemain ragbi 7 sepasukan Terengganu yang terpilih bakal diketahui pada Jun 2018 nanti. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Jangka masa persediaan awal yang panjang sudah pasti memberi kelebihan kepada jurulatih berpengalaman Izami Zainuddin yang menggalas tanggungjawab selaku ketua jurulatih. Beliau juga turut membimbing pasukan negeri Terengganu sewaktu Kejohanan Liga Ragbi Kesatuan Ragbi Malaysia Divisyen 2 2017 yang lalu di mana berjaya meraih tempat ke-2 setelah tewas tipis kepada ATM Navy Orca dalam perlawanan akhir. Namun dengan beberapa masalah yang menggusarkan ketua jurulatih ini dijangka dapat diselesaikan lebih awal sebelum temasya SUKMA 2018 bermula.

“Kami mempunyai bakat-bakat berkualiti di kalangan anak muda Terengganu ini. Ianya satu kelebihan buat skuad negeri ini untuk bertandang ke Perak nanti. Namun beberapa kekangan awal di kalangan pemain yang rata-rata adalah para pelajar sedikit sebanyak program persiapan pasukan harus dirancang dengan teliti. Kami juga harus berwaspada dengan negeri-negeri lain yang menjadi kuasa besar dalam temasya SUKMA 2018 ini.”, ujar Izami Zainuddin selaku ketua jurulatih skuad ragbi 7 sepasukan negeri Terengganu bagi SUKMA 2018 nanti.

Untuk rekod pada edisi SUKMA 2008, skuad ragbi 7 sepasukan Terengganu telah pertama kali merangkul pingat emas sejak dipertandingkan pada tahun 2004 di mana ketika itu negeri Terengganu Darul Iman menjadi tuan rumah. Pada 2010 sekali pasukan ini mengekalkan kejuaraan merangkul pingat emas dalam temasya yang sama diadakan di negeri Melaka. Namun bagi edisi 2011 dan 2013 hanya sekadar meraih di tempat ke-4.

Menjelang temasya kejohanan SUKMA 2018 nanti sebanyak 369 acara bakal dipertandingan terdiri dari 26 jenis sukan di mana 16 sukan berstatus wajib dipertandingankan yang merupakan sukan teras manakala baki 10 jenis sukan lagi adalah sukan pilihan ditentukan oleh tuan rumah.

Kejohanan Sukan Elektronik Kebangsaan Bakal Dianjurkan

Pada 12 Disember 2017, Majlis Sukan Negara (MSN) mengiktirafkan sukan elektronik dan satu unit khas akan ditubuhkan diletakkan di bawah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara. Foto Kredit – Facebook.com/apuesportsclub

Rentetan pengumuman oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Brig Jen Khairy Jamaluddin tentang pengiktirafan sukan elektronik oleh Majlis Sukan Negara (MSN), satu kejohanan peringkat kebangsaan bakal dianjurkan nanti. Kejohanan tersebut dijangkakan bakal berlansung semperna penganjuran temasya Sukan Malaysia(SUKMA) 2018 di Perak nanti.

Status penganjuran ini telah diumumkan melalui satu kenyataan media yang diterbitkan oleh pihak MSN bertarikh 12 Disember 2017. Selain dari penganjuran sukan elektronik ini, sukan mendaki dan papan selaju turut akan diadakan. Penganjuran sukan ini adalah langkah awal untuk pihak MSN mengenal pasti potensi prospek dalam persedian membentuk pasukan kebangsaan ke peringkat lebih tinggi lagi. Malah Malaysia kini mula mengintai peluang untuk menghantar kontijen sukan elektronik ini ke Sukan Asia 2022 dan Sukan Olimpik 2024 nanti.

Walaubagaimanapun sehingga kini difahamkan sukan ini adalah berstatus sukan demonstrasi di temasya SUKMA 2018 nanti dan tiada sebarang kiraan pungutan pingat kepada setiap kontijen SUKMA 2018 yang bertanding.

Sah! 3 Sukan Digugurkan Pada SUKMA 2018

“Kerajaan negeri hanya pelaksana kepada penganjuran sukan dwitahunan itu dan tidak boleh menyenaraikan acara sukan sesuka hati,” ujar Datuk Shahrul Zaman Yahaya. Kredit Foto – Facebook.com/shahrulzamanyahya

Kontroversi yang melanda sukan sepak takraw, angkat berat dan taekwondo setelah digugurkan dalam senarai sukan teras Majlis Sukan Negara (MSN) akhirnya terjawab apabila disahkan tidak akan dipertandingkan di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) 2018 nanti. Keputusan untuk tidak dipertandingkan dalam temasya dwitahunan itu telah disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan Negeri Perak, Dato’ Shahrul Zaman Yahya kepada pemberita.

Perak yang akan mengalas tugas selaku penganjur SUKMA 2018 Ke-19 terpaksa akur dengan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan atau Majlis Sukan Negara (MSN) walaupun tuan rumah mempunyai pilihan untuk menyenaraikannya sukan yang digugurkan ke dalam 10 sukan pilihan.

Walaupun sukan-sukan yang digugurkan itu telah disenarai awal dalam perancangan persedian venue mengikut daerah sebelum ini, kerajaan negeri Perak akan berusaha mengantikan sukan yang akan dipertandingkan tanpa perubahan kepada daerah yang menjadi venue.

“Kerajaan negeri hanya pelaksana kepada penganjuran sukan dwitahunan itu dan tidak boleh menyenaraikan acara sukan sesuka hati,” ujar Datuk Shahrul Zaman Yahaya kepada pemberita.

Keputusan ini juga turut disampaikan dalam kenyataan media oleh ketua pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Dato’ Ahmad Shapawi Ismail yang dipaparkan di laman web http://www.nsc.gov.my bertarikh 12 Disember 2017.

KP MSN: SUKMA 2018 Wajib Gugur Sukan Digugurkan

“Ketiga-tiga acara itu sah tidak disenaraikan di SUKMA 2018,” ujar Dato’ Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara. Kredit Foto – Nurul Shafina Jemenon

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Dato’ Ahmad Shapawi Ismail mengesahkan kepada pemberita bahawa tiga sukan yang telah digugurkan daripada sukan teras tidak boleh dipertandingkan pada penganjuran Sukan Malaysia(SUKMA) 2018 yang akan berlansung di Perak nanti. Sukan Malaysia adalah Temasya Sukan Remaja Kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis Olimpik Malaysia, Persatuan Sukan Kebangsaan dan Majlis Sukan Negeri sebagai tuan rumah.

Oleh yang sedemikian keputusan Lembaga Pengurus MSN menggugurkan tiga sukan iaitu angkat berat, sepak takraw dan taekwondo berkuat kuasa di SUKMA 2018 malah sudah dipersetujui Jawatankuasa Tertinggi SUKMA. Ketiga-tiga sukan ini yang pernah disenaraikan sebagai sukan wajib dipertandingkan tidak pernah ketinggalan daripada dipertandingkan di temasya SUKMA.

“Keputusan yang diputuskan Lembaga Pengurus MSN itu turut merangkumi Jawatankuasa Tertinggi SUKMA. Jadi, ketiga-tiga acara itu sah tidak disenaraikan di SUKMA 2018,” katanya kepada pemberita.

Menjelang temasya kejohanan SUKMA 2018 nanti sebanyak 369 acara bakal dipertandingan terdiri dari 26 jenis sukan di mana 16 sukan berstatus wajib dipertandingankan yang merupakan sukan teras manakala baki 10 jenis sukan lagi adalah sukan pilihan ditentukan oleh tuan rumah.

Untuk rekod, pada edisi penganjuran SUKMA terdahulu hanya 19 sukan wajib yang merupakan sukan teras dipertandingkan. Kini 16 sukan wajib dipertandingkan terdiri dari akuatik, badminton, berbasikal, bola sepak dan futsal, gimnastik artistik dan gimrama, hoki, karate, boling padang, memanah, menembak, olahraga, pelayaran, pencak silat, skuasy, boling serta wushu. Manakala sukan pilihan pula adalah bola baling, bola jaring, bola keranjang, golf, judo, kriket, petanque, ragbi, muay dan tinju.

Pada 12 Disember 2017 lepas, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah mengumumkan tiga sukan iaitu angkat berat, sepak takraw dan taekwondo digugurkan dalam senarai sukan teras Majlis Sukan Negara (MSN).

X