Jadual Pertandingan Sukan Negeri Terengganu (SUTERA)

Temasya Sukan Negeri Terengganu (SUTERA) yang pertama kali akan dianjurkan ini mempertandingkan 13 acara sukan bagi empat hari penganjuran yang dijadualkan bermula pada 5-9 September 2019. Badminton, berbasikal, bola sepak, bola jaring, bola tampar, lawn bowls, olahraga, pencak silat, petanque, pingpong, sepak takraw, tenis dan tenpin bowling adalah sukan yang dipertandingkan menyaksikan penyertaan seramai 1545 atlet. Setiap sukan yang dipertandingkan ini adalah terdiri dari 7 sukan wajib manakala bakinya adalah sukan pilihan yang ditentukan oleh daerah-daerah yang telah dipersetujui.

Berikut adalah jadual pertandingan seperti mana yang dikeluarkan oleh pihak penganjur.

Jadual pertandingan temasya Sukan Negeri Terengganu(SUTERA) bagi 13 acara sukan yang berlangsung selama 5 hari penganjuran bermula pada 5 sehingga 9 September 2019. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu
Badminton merupakan di antara 13 disiplin sukan yang dipertandingkan dalam temasya Sukan Terengganu (Sutera) 2019 mempertandingkan dua acara iaitu Berpasukan Lelaki dan Berpasukan Wanita di mana melibatkan 3 atlet perseorangan dan 2 beregu bagi setiap pasukan. Kredit Foto – Majlis Sukan Negeri Terengganu
Sukan berbasikal merupakan di antara 13 disiplin sukan yang dipertandingkan dalam temasya Sukan Terengganu (Sutera) 2019 mempertandingkan 14 acara melibatkan dua kategori jantina. Ujian masa perseorangan, kriterium, lepas beramai-ramai(perseorangan), lepas beramai-ramai (berpasukan), 200 M sprint, 1 kilometer(Kategori lelaki sahaja), 500 meter (Kategori wanita sahaja) dan basikal lasak (Cross country – MTB). Sukan berbasikal ini menawarkan 12 kutipan pingat emas bagi kategori lelaki dan 10 pingat emas bagi kategori wanita. Kredit Foto – Majlis Sukan Negeri Terengganu
Sukan bola jaring merupakan di antara 13 disiplin sukan yang dipertandingkan dalam temasya Sukan Terengganu (Sutera) 2019 di mana mewajibkan penyertaan atlet adalah di bawah umur 20 tahun ke bawah bagi setiap kontijen. Menjadikan penganjuran ini sebagai sukan patuh syariah pertama di Malaysia maka setiap pemain hendaklah memakai Baju-T atau Jersi dengan ‘trackbottom’ serta WAJIB bertudung bagi yang beragama Islam (tanpa pin dan jarum). ‘Skirt’, seluar pendek dan ‘tight’ tidak dibenarkan. Hanya satu pingat emas ditawarkan untuk acara sukan bola jaring ini. Kredit Foto – Majlis Sukan Negeri Terengganu
Sukan bola sepak merupakan di antara 13 disiplin sukan yang dipertandingkan dalam temasya Sukan Terengganu (Sutera) 2019 melibatkan 8 pasukan untuk dua kumpulan pertandingan. Sebanyak 18 perlawanan berlangsung untuk sepanjang 5 pertandingan bermula pada 5 September 2019 sehingga 9 September 2019.Kredit Foto – Majlis Sukan Negeri Terengganu

13 Acara Sukan 1545 Atlet Berentap SUTERA 2019

13 acara yang pertama kali dipertandingkan dalam temasya Sukan Negeri Terengganu(SUTERA) melibatkan 1545 atlet termasuk kontijen jemputan dari negeri Kelantan. Temasya yang berlangsung selama 4 hari penganjuran bermula pada 5 sehingga 9 September 2019. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu

Temasya Sukan Negeri Terengganu (SUTERA) yang pertama kali akan dianjurkan ini mempertandingkan 13 acara sukan bagi empat hari penganjuran yang dijadualkan bermula pada 5-9 September 2019. Badminton, berbasikal, bola sepak, bola jaring, bola tampar, lawn bowls, olahraga, pencak silat, petanque, pingpong, sepak takraw, tenis dan tenpin bowling adalah sukan yang dipertandingkan menyaksikan penyertaan seramai 1545 atlet. Setiap sukan yang dipertandingkan ini adalah terdiri dari 7 sukan wajib manakala bakinya adalah sukan pilihan yang ditentukan oleh daerah-daerah yang telah dipersetujui.

Penganjuran ini yang menyasarkan kontijen bagi setiap daerah di dalam negeri Terengganu turut menerima kontijen jemputan dari negeri Kelantan menjadikan penyertaan sebanyak 9 kontijen. Namun bagi sebarang kutipan pingat oleh kontijen jemputan ini tiada sebarang kiraan kejohanan ditetapkan oleh penganjuran. Sebagaimana syarat penyertaan SUTERA ini adalah hanya terbuka kepada rakyat negeri Terengganu sahaja atau yang bermastautin di negeri ini.

Setiap kontijen yang muncul juara juga turut ditawarkan hadiah wang tunai di mana juara pasukan keseluruhan akan membawa pulang wang berjumlah RM70,000 dan naib juara sebanyak RM45,000 manakala tempat ketiga sebanyak RM15,000. Manakala olahragawan dan olahragawati pula akan menerima RM1,000 hadiah kemenangan setiap seorang.

Penganjuran temasya ini juga secara tidak langsung mengembalikan fungsi-fungsi Majlis Sukan Daerah yang dilihat kian sepi.

Cub Prix Terengganu: Penamat 1-2 Milik Motul YY Pang Racing

Pasukan Motul YY Pang Racing mencipta sensasi perlumbaan setelah menamatkan perlumbaan di tempat pertama dan kedua kelas CP115 di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Kuala Nerus, Terengganu bakal menambah sensasi bagi setiap pelumba. Kredit Foto – MalaysianCubprix.com

Pelumba pasukan Motul Yamaha YY Pang Racing mudah menawan Litar Permotoran di Kompleks Sukan Negeri Kuala Nerus, Terengganu hari ini. Mereka tidak berdepan tentangan sengit dalam perlumbaan akhir kelas CP115 pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas untuk merekodkan penamat satu dua.

Md Adib Rosley menamatkan 15 pusingan perlumbaan itu di tempat pertama dengan catatan masa 13:08.314 saat (s) manakala rakannya, Md Fareez Afeez Abd Rahman di tempat kedua dengan masa 13:08.442s. Pada perlumbaan tersebut, Adib bermula di petak hadapan selepas melakukan catatan terpantas pada pusingan shoot out pada sebelah pagi tadi, iaitu 51.596 saat (s).

Kelebihan itu dipergunakan sepenuhnya oleh Adib untuk memimpin perlumbaan tanpa berdepan tentangan sengit daripada barisan pencabarnya. Fareez pula kekal tenang mengekori di belakang walaupun mencuba beberapa kali untuk memintas Adib, namun tidak diberikan ruang untuk berbuat demikian.

Apabila perlumbaan memasuki lap ke sembilan, beberapa pelumba yang cuba mengejar kedudukan dua jaguh pasukan Motul Yamaha YY Pang itu terjatuh, dan insiden tersebut telah memberi ruang kepada Adib dan Fareez untuk mendahului dengan selesa sehingga ke garis penamat. Pelumba pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing, Shahrol Syazras Shahrol Yuzy berada di tempat ketiga dengan masa 13:15.174s.

Bagi Adib, kemenangannya pada saingan Pusingan 5 ini menebus kekecewaannya selepas gagal meraih sebarang mata pada aksi di Pontian bulan lalu.

“Saya bersyukur kerana kembali menjejak kaki di podium kemenangan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kru pasukan yang telah bekerja keras untuk menyediakan jentera terbaik buat saya mengharungi perlumbaan ini. Semuanya berjalan dengan baik,” jelas Adib.

Selepas berkahirnya perlumbaan tersbeut, Adib kini menghuni tempat ketiga dalam carta keseluruhan dengan meraih 66 mata manakala Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing) mengekalkan kedudukannya selaku pendahulu dengan 84 mata. Bagi kategori pasukan pula, pasukan Motul Yamaha YY Pang Racing masih mengungguli kedudukan dengan 135 mata.

Sementara itu, pengurus pasukan Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing, Sivanesan kagum dengan pencapaian anak buahnya, Md Aliff Danial Asri yang menjuarai perlumbaan kelas Wira hari ini. Menurut Sivanesan, dia memang sudah menjangka pelumbanya itu mampu memenangi perlumbaan tersebut berdasarkan prestasinya ketika mengharungi sesi latihan bebas dan kelayakan semalam.

“Dia telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sepanjang musim ini. Ini merupakan gelaran juara kedua buat Aliff selepas melakukannya di Batu Kawan pada Pusingan 2 sebelum ini.

“Dia adalah pelumba rookie dan telah membuktikan rentak konsisten musim ini. Pada saingan di Pontian sebelum ini, Aliff menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan kini dia kembali menakluk takhta kelas Wira di Kuala Terengganu,” jelas Sivanesan.

Cabaran faktor cuaca di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Kuala Nerus, Terengganu menambah sensasi bagi setiap pelumba. Kredit Foto – MalaysianCubprix.com

Pada perlumbaan tersebut, Aliff yang berasal dari Johor, menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 10:42.109s.

Dua pelumba pasukan Super KIP Motorsports, Md Afizad Supaat dan Md Amier Rossi Amidi turut tampil cemerlang selepas menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga.

Afizad muncul naib juara dengan catatan masa 10:42.266s manakala Amier yang menduduki tempat ketiga menamatkan perlumbaan dengan 10:52.243s.

Kedudukan keseluruhan bagi kelas Wira kini diunguli Md Zaki Zamri (MOS William #LLRKS CYT Racing) yang sudah mengumpul 85 mata.

Cub Prix: 51.996 saat Terpantas Sesi Kelayakan Milik Adib

Aksi pelumba Md Adib Rosley dari pasukan Motul Yamaha YY Pang catat masa terpantas dalam sesi kelayakan B kelas CP115 dengan catatan masa 51.996 saat. Kredit Foto – MalaysianCubprix.com

Kecederaan yang dialaminya ketika terjatuh pada saingan Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Zhuhai dua minggu lalu bukan penghalang buat Md Adib Rosley untuk muncul pelumba terpantas pada hari pembukaan saingan Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas di Terengganu hari ini.

Pada perlumbaan yang berlangsung di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Kuala Nerus itu, Adib berjaya menguasai sesi kelayakan B kelas CP115 dengan catatan masa 51.996 saat (s) sepusingan.

Ia permulaan baik buat pelumba yang menggalas cabaran pasukan Motul Yamaha YY Pang itu yang bertekad memburu kemenangan pada saingan Pusingan 5 ini.

Litar lumba seluas 2.4 hektar terletak di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak ini turut dilengkapi dengan kemudahan litar perlumbaan sejauh 1.35 km, sprint test sejauh 0.95 km, trek ujian pecut dan gelanggang drift. Kredit Foto – MalaysianCubprix.com

Kehadirannya di Kuala Terengganu adalah untuk menebus kehampaannya pada Pusingan 4 di Pontian sebelum ini apabila dia gagal menamatkan perlumbaan selepas terjatuh.

Walaupun sedar bakal berdepan saingan daripada pelumba asal Terengganu, Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff, namun ia tidak menjejaskan keyakinannya untuk menutup saingan di Kuala Terengganu ini dengan kemenangan.

Cabaran faktor cuaca di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Kuala Nerus, Terengganu bakal menambah sensasi bagi setiap pelumba. Kredit Foto – MalaysianCubprix.com

Pada sesi kelayakan hari ini, Syukran yang membawa cabaran pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing, sekadar menghuni tempat ketiga terpantas dengan catatan masa 52.628s.

Ketika ditemui, Adib menjelaskan bahawa dia sudah melupakan dua insiden yang dialaminya sebelum ini yang mengakibatkannya gagal menamatkan perlumbaan.

“Di Pontian saya terjatuh. Di Zhuhai juga terjatuh serta mengalami kecederaan ringan di pergelangan tangan. Namun, ia tidak menjejaskan tumpuan saya untuk mengharungi saingan di Terenggani ini.

“Sasaran saya adalah untuk memburu kemenangan dan ia tidak mustahil untuk direalisasikan jika prestasi jentera kekal mantap,” jelas Adib.

Turut tampil cemerlang hari ini adalah Md Faiz Zekri Sabri yang muncul terpantas pada sesi kelayakan B.

Pelumba pasukan ONEXOX TKKR SAG Team itu menamatkan saingan dengan catatan masa 52.130s, sekali gus menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik untk sesi shotout esok.

Sementara itu, bagi sesi kelayakan kelas Wira, dua pelumba pasukan Super KIP Motorsports, Md Afizad Supaat dan Md Amier Rossi Amidi muncul terpantas apabila masing-masing menjuarai sesi kelayakan A dan B.

Afizad muncul terpantas sesi kelayakan B dengan masa 53.295s manakala Amier melakukannya dalam sesi kelayakan A dengan catatan masa 53.008s.

Cub Prix: Warna Warni Litar Gong Badak

Cabaran faktor cuaca di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Kuala Nerus, Terengganu bakal menambah sensasi bagi setiap pelumba. Kredit Foto – MalaysianCubprix.com

Saingan Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas akan membuka tirainya di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Kuala Nerus, Terengganu esok. Seperti biasa, kejuaraan terunggul negara itu bakal menyajikan persaingan sengit kerana semua pelumba menaruh harapan untuk berada di podium kemenangan. Saingan di Terengganu sentiasa menarik sejak edisi 2009 lagi kerana tiada pelumba yang mampu mempertahankan kejuaraan.

Juara dalam setiap kategori bersilih ganti dan tiada pelumba yang mampu memegang status sebagai ‘jaguh pantai timur’. Pada aksi Pusingan 5 ini, tiga kategori utama akan dipertandingkan iaitu kelas CP150, CP115 dan juga kelas Wira. Turut diadakan ialah perlumbaan sokongan Mini Cub Prix yang merupakan medan untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan permotoran negara.

Litar lumba seluas 2.4 hektar terletak di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak ini turut dilengkapi dengan kemudahan litar perlumbaan sejauh 1.35 km, sprint test sejauh 0.95 km, trek ujian pecut dan gelanggang drift. Kredit Foto – MalaysianCubprix.com

Selain itu adalah perlumbaan Cabaran Honda Dash 125, Yamaha Petronas Super Series, Petronas Sprinta Pro Am dan juga Cabaran AEON Credit Service Yamaha NVX. Tumpuan sudah pastinya terarah kepada kelas perdana, CP150 yang bakal dibarisi nama-nama besar dalam sukan permotoran negara. Antaranya adalah bekas pelumba Moto2 negara, Md Zaqhwan Zaidi yang akan menggalas cabaran pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing.

Selain Zaqhwan, pelumba lain yang bakal merwarnai saingan di Terengganu kali ini termasuk pendahulu keseluruhan kelas CP150, Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing), Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Yuzy Racing) dan juga juara Pusingan 5 di Pontian, Md Azhar Abd Jalil (Motul Yamaha YY Pang Racing).

Pelumba pasukan AHM Motorsports Yamaha Racing, Ahmad Fazrul Shah dan juga Md Akid Aziz (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) juga dilihat antara yang mampu mencipta kejutan pada saingan Pusingan 5 kali ini. Apa yang menarik perhatian pada siangan kali ini adalah kehadiran semula Zaqhwan dalam pasukannya.

Pada saingan Pusingan 5, Zaqhwan tidak dapat beraksi kerana terlibat dengan perlumbaan Endurance 8-Hours di Suzuka, Jepun. Kehadirannya pasti membawa khabar gembira buat pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing yang agak tenggelam dalam dua pusingan terakhir. Mereka memulakan dua pusingan awal dengan langkah bergaya selepas menjuarai aksi di Jasin, Melaka dan Batu Kawan, Pulau Pinang namun selepas itu, prestasi jentera mereka berada dalam keadaan yang kurang stabil.

Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Kuala Nerus, Terengganu menjadi venue perlumbaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas pusingan ke-5 yang berlangsung pada 23 hingga 24 Ogos 2019. Kredit Foto – MalaysianCubprix.com

Apa yang berlaku dalam dua pusingan terakhir sudah dilupakan, malah pihak pengurusan pasukan sudah mengambil langkah positif agar rentak cemerlang mereka sebelum ini kembali dipamerkan pada saingan di Kuala Terengganu minggu ini. Menurut pengurus pasukan, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, dia berharap segala persiapan mereka untuk menghadapi saingan di Kuala Terengganu minggu ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.

“Misi kami adalah untuk kembali bangkit dan sudah pasti kemenangan menjadi sasaran utama.

“Kami telah bekerja keras untuk menyediakan jentera yang terbaik buat para pelumba dan setakat ini semuanya berada dalam keadaan baik.

“Kehadiran Zaqhwan pada aksi di Kuala Terengganu diharap dapat mencetus semangat baharu dalam pasukan.

“Kami juga memerlukan seberapa banyak mata yang boleh, bagi mengukuhkan kedudukan pasukan dalam carta keseluruhan,” jelas Yuzy.

Yuzy juga mengharapkan Azroy kembali memperlihatkan sengatnya seperti mana yang berlaku pada saingan Pusingan 1 dan 2 sebelum ini apabila pelumba asal Selangor itu muncul juara kelas CP150. Menurut Yuzy, walaupun Azroy kurang bernasib baik pada saingan Pusingan 5 di Pontian sebelum ini, namun ia tidak menjejaskan misi mereka untuk memburu kemenangan di Kuala Terengganu minggu ini.

Jelas Yuzy lagi, dia juga berharap pelumba asal Terengganu dalam pasukannya, Md Harith Farhan Baharin mampu mencipta kejutan di hadapan para peminatnya di negeri Pantai Timur itu. Setakat ini, pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing menghuni tangga ketiga keseluruhan dengan meraih 91 mata, ketinggalan satu mata di belakang pasukan yang menghuni tempat kedua, Motul Yamaha YY Pang Racing.

Pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing masih unggul memimpin kedudukan dengan 112 mata. Perlumbaan esok akan bermula dengan sesi latihan bebas diikuti pusingan kelayakan dan perlumbaan sebenar pada hari Sabtu nanti.

Selain itu, acara sampingan yang bakal ditawarkan pada saingan Pusingan 5 ini adalah jualan Cub Prix (CP) Happy Bag bagi membolehkan para penonton menyertai cabutan bertuah. CP Happy Bag itu dijual pada harga RM50 dan boleh didapati di khemah promosi Cub Prix pada hari Jumaat dan Sabtu. Ia terhad kepada 500 penonton terawal dan pemenang hadiah utama cabutan bertuah itu bakal membawa pulang sebuah motosikal Honda Dash 125.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cabutan bertuah CP Happy Bag itu, para peminat boleh melayari www.malaysiancubprix.com

Sorotan Judoko Wanita Terengganu – Alyaa Yasmeen Rosali

Klik untuk lihat video – https://youtu.be/3AGn1bSaC8M

Sorotan aksi judoka wanita Terengganu; Alyaa Yasmeen binti Rosali di pentas Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan Ke-24 2019 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak pada 17 Ogos 2019. Pada kejohanan ini beliau berjaya menyumbang dua pingat kepada pasukan dengan meraih pingat emas bagi kategori bawah 48kg dan pingat perak bagi acara Nage-No-Kata. Beliau juga merupakan pemenang pingat emas bagi kategori bawah 44kg di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 lalu.

Berita sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/judoka-terengganu-perkukuh-dominasi-pentas-remaja-kebangsaan

Sorotan Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan Kali Ke-24 2019

Sorotan Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan Kali Ke-24 2019 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak pada 17 Ogos 2019.

Kejohanan yang telah berlangsung selama 2 hari itu turut berlangsung Kejohanan Jemputan Terengganu 2019. Sebanyak 11 pasukan menghimpunkan 319 atlet judo berentap dalam 4 kategori peringkat umur yang dipertandingkan iaitu bawah 21 tahun, bawah 17 tahun, bawah 14 tahun dan bawah 12 tahun.

Pasukan tuan rumah berjaya mengutip 22 pingat emas, 12 pingat perak dan 18 pingat gangsa sekaligus dinobatkan juara keseluruhan untuk menafikan Pulau Pinang selaku naib johan dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail di tempat ke-3. Bagi kategori bawah 21 tahun, pingat emas untuk pasukan tuan rumah telah disumbangkan oleh Muhammad Syameer, Muhammad Izham, Muhammad Nur Muizuddin, Fakhrul Adam, Alyaa Yasmeen dan Nur Ain Hafieza.

Berita sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/judoka-terengganu-perkukuh-dominasi-pentas-remaja-kebangsaan/

Judoka Terengganu Perkukuh Dominasi Pentas Remaja Kebangsaan

Judoka-judoka Terengganu terus memperkukuhkan reputasi sebagai kuasa besar sukan judo di pentas kebangsaan setelah mengungguli juara keseluruhan dalam Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan Ke-24 2019 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak pada 17 Ogos 2019. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu/

Judoka-judoka remaja negeri Terengganu terus mencipta dominasi selaku kuasa besar dalam arena sukan judo apabila sekali lagi berjaya mengekalkan pencapaian di pentas kebangsaan dalam Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan Kali Ke-24 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.

Aksi judoka wanita Terengganu; Alyaa Yasmeen Rosali(biru) sewaktu Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan Ke-24 2019 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak pada 17 Ogos 2019. Beliau juga merupakan pemenang pingat emas bagi kategori bawah 44kg di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 lalu. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu

Kejohanan yang telah berlangsung selama 2 hari itu turut berlangsung Kejohanan Jemputan Terengganu 2019. Sebanyak 11 pasukan menghimpunkan 319 atlet judo berentap dalam 4 kategori peringkat umur yang dipertandingkan iaitu bawah 21 tahun, bawah 17 tahun, bawah 14 tahun dan bawah 12 tahun. Pasukan tuan rumah telah mempertaruhkan 94 judoka sekaligus memanfaatkan berentap di laman sendiri untuk muncul juara.

Pasukan tuan rumah berjaya mengutip 22 pingat emas, 12 pingat perak dan 18 pingat gangsa sekaligus dinobatkan juara keseluruhan untuk menafikan Pulau Pinang selaku naib johan dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail di tempat ke-3. Bagi kategori bawah 21 tahun, pingat emas untuk pasukan tuan rumah telah disumbangkan oleh Muhammad Syameer, Muhammad Izham, Muhammad Nur Muizuddin, Fakhrul Adam, Alyaa Yasmeen dan Nur Ain Hafieza.

Judoka-judoka Terengganu terus memperkukuhkan reputasi sebagai kuasa besar sukan judo di pentas kebangsaan setelah mengungguli juara keseluruhan dalam Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan Ke-24 2019 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak pada 17 Ogos 2019. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu

Pasukan tuan rumah juga turut melakar rekod kejohanan mengekalkan kejuaraan peringkat kebangsaan buat kali tiga berturut-turut. Kejayaan ini menjadi penanda aras terbaik bagi program pembangunan di bawah kendalian ketua jurulatih Marjan Abdullah dan Majlis Sukan Negeri Terengganu sejak sekian lama. Situasi ini meletakkan pasukan judo negeri Terengganu ini berada di landasan yang tepat dalam persiapan pasukan menghadapi temasya Sukan Malaysia(SUKMA) 2020 di Johor nanti.

Sensasi kejohanan turut dicipta oleh judoko wanita tuan rumah; Alyaa Yasmeen Rosali yang merangkul 3 pingat disumbang melalui 2 pingat emas bagi acara berkumpulan dan bawah 48 kilogram serta 1 pingat perak bagi acara Nageno Kata. Kejohanan pentas remaja kebangsaan ini merupakan penyertaan kali ke 7 buat anak jati Kuala Terengganu ini yang mula bergiat aktif dalam sukan judo sejak berusia 14 tahun.

Judoka wanita Terengganu; Alyaa Yasmeen binti Rosali(tiga dari kanan) meraih pingat emas bagi kategori bawah 48kg di pentas Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan Ke-24 2019 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak pada 17 Ogos 2019. Beliau juga merupakan pemenang pingat emas bagi kategori bawah 44kg di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 lalu. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu

“Untuk edisi kali ini, semua pasukan dari negeri-negeri lain sangat mencabar kerana kerana diaorang semakin kuat tapi Alhamdullilah saya juga telah dapat pingat emas di tempat sendiri. Saya bangga dengan diri saya dan coach dan ibubapa saya serta kawan-kawan saya yang sokong saya.”; ujar Judoka Terengganu Alyaa Yasmeen Rosali

Fakhrul Adam Jose M Cruz @ Fauzi Cruz(dua dari kanan) selaku ketua pasukan Judo negeri Terengganu meraih pingat emas bagi kategori bawah 100kg di pentas Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan Ke-24 2019 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak pada 17 Ogos 2019. Beliau juga merupakan pemenang pingat emas bagi kategori bawah 90kg di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 lalu. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu

“Alhamdullilah kitaorang dapat jadi juara keseluruhan untuk national junior tahun ini. Walaupun banyak cabaran daripada negeri-negeri lain tapi Alhamdulilah kita berjaya mencapai juara keseluruhan.”; berkata Fakhrul Adam Jose M Cruz @ Fauzi Cruz selaku ketua pasukan Judo negeri Terengganu.

“Cabaran memang sentiasa datang dengan tuan rumah kuasa besar judo juga. Pulau Pinang yang sentiasa menghantar atlet ke luar negara. Kita cuba sedaya upaya atlet negeri Terengganu untuk mencapai kejayaan itu. Kita mengharap muka-muka baru kita yang hari ini agak menyerlah perlawanannya agak bagus prestasinya yang cemerlang.” ujar Marjan Abdullah selaku ketua jurulatih yang telah membimbing atlet negeri Terengganu sejak 2007.


Kejohanan Ragbi Tertutup 7s Terengganu Rugby Merdeka Challenge 2019

Kejohanan Ragbi Tertutup 7s Terengganu Rugby Merdeka Challenge 2019 bersemperna sambutan ambang Hari Kemerdekaan Ke-62 di mana pasukan bertanding diberi peluang untuk beraksi dengan lampu limpah Stadium Mini Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong badak. Kredit Foto – Facebook.com/PRAGBINT

Semperna dengan sambutan Hari Kemerdekaan 2019 Ke-62, Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) bersama Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) akan menganjurkan Kejohanan Ragbi Tertutup 7s Terengganu Rugby Merdeka Challenge 2019 yang akan berlangsung pada 30 Ogos 2019 nanti.

Kejohanan ini hanya terbuka kepada pasukan-pasukan ragbi yang berpangkalan di dalam negeri Terengganu sahaja. Sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu Terbuka dan Veteran. Sebanyak RM200 sebagai yuran penyertaan dikenakan kepada pasukan bagi kategori Terbuka manakala RM100 bagi kategori Veteran.

Bagi kategori Veteran, format permainan adalah 10 sebelah sepasukan.

Setiap perlawanan dijadualkan bermula pada petang sehingga malam bertempat di padang ragi Stadium Mini Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong badak.

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi 019 389 2698 atau melalui aplikasi WhatsApp – http://www.wasap.my/+60163892698


Kejohanan Ragbi Tertutup 7s Terengganu Rugby Merdeka Challenge 2019
TARIKH: 30 Ogos 2019
VENUE: Padang ragbi Stadium Mini Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak.

KATEGORI:
a) TERBUKA – Yuran RM200 (7s)
b) VETERAN – Yuran RM100 (10s)

MSSM Ragbi U12: Kejutan Tuan Rumah Tamatkan Kemarau Kejuaraan

Pasukan ragbi Majlis Sukan Sekolah Terengganu muncul juara setelah tewaskan Majlis Sukan Sekolah Perak berkeputusan 22 berbalas 5 dalam perlawanan akhir Cup U12 Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia yang telah berlangsung di Padang Ragbi SM Teknik Kuala Terengganu pada 8 Ogos 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Pasukan ragbi bawah 12 tahun Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu(MSST) memberi kejutan untuk muncul juara dalam Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia(MSSM) 2019 yang telah berlangsung di padang Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu.

Tuan rumah hadir selaku bukan pasukan pilihan kejohanan berjaya menafikan finalis edisi lalu iaitu Majlis Sukan Sekolah Negeri Perak(MSSP) berkeputusan 22 berbalas 5. Sebelum itu, kedua-dua pasukan ini telah bertemu dalam perlawanan pembukaan di peringkat kumpulan menyaksikan tuan rumah tewas kepada pasukan dari negeri Perak ini.

Pasukan ragbi Majlis Sukan Sekolah Terengganu (jersi hitam biru) muncul juara setelah tewaskan Majlis Sukan Sekolah Perak berkeputusan 22 berbalas 5 dalam perlawanan akhir Cup U12 Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia yang telah berlangsung di Padang Ragbi SM Teknik Kuala Terengganu pada 8 Ogos 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Kejayaan ini sekali gus menamatkan kemarau panjang 12 tahun untuk memburu kejayaan buat pasukan MSST di pentas MSSM bawah 12 tahun. Kali terakhir pasukan tuan rumah muncul juara di pentas kebangsaan adalah pada tahun 2007. MSS Terengganu bawah 12 tahun ini juga turut berjaya menewaskan pasukan pilihan iaitu MSS Johor dalam aksi suku akhir berkeputusan 22-07.

Jurulatih MSS Terengganu U12 Mohd Hilmi Mohamed Yusoff telah membimbing pasukan ini selama 4 tahun berturut-turut sejak 2016. Beliau juga turut memikul tanggungjawab sebagai guru di SK Kampung Nail, Besut dan juga selaku Presiden Persatuan Ragbi Daerah Besut. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Yang penting! Kita menang adalah kerana semangat. Apabila bersemangat, memang anak-anak ini berhabis-habisan dan memang kita terapkan semangat. Dari segi cara permainan, game play saya rasa anak-anak ini sudah kami terapkan dengan cukup. Alhamdullilah, berjaya. Itulah, maknanya apa yang kita perlukan. Terima kasih.”, ujar Jurulatih MSS Terengganu U12 Mohd Hilmi Mohamed Yusoff yang telah membimbing pasukan ini selama 4 tahun berturut-turut sejak 2016.

Pasukan ragbi Majlis Sukan Sekolah Terengganu (jersi hitam biru) muncul juara setelah tewaskan Majlis Sukan Sekolah Perak berkeputusan 22 berbalas 5 dalam perlawanan akhir Cup U12 Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia yang telah berlangsung di Padang Ragbi SM Teknik Kuala Terengganu pada 8 Ogos 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Finalis edisi lalu MSS Perak U12 hadir selaku pasukan pilihan kejohanan meraih mata kemenangan cukup bergaya sepanjang kejohanan. Kutipan mata perlawanan terbesar adalah sewaktu menewaskan MSS Putrajaya dalam aksi peringkat kumpulan berkeputusan 98 tanpa balasan.

Pasukan ini juga turut meraih tuah setelah menang melalui “coin toss” berikutan keputusan perlawanan terikat 20-20 bersama MSS Selangor di peringkat separuh akhir kejohanan. MSS Selangor U12 merupakan penyandang juara edisi lalu dan juga pasukan pilihan kejohanan bagi edisi kali ini.

Jurulatih Ragbi U12 MSS Perak; Mohd Afifi Mohd Arif. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Pada hari ini kami bertemu tuan rumah, Terengganu. Memang tekanan yang cukup besar walaupun kami telah mengalahkan Terengganu pada game grouping dengan kemenangan 22-10 tetapi tuan rumah memang ada kelebihan. Namun pemain kami telah bermain dengan sebaik mungkin.” ujar Jurulatih Ragbi U12 MSS Perak; Mohd Afifi Mohd Arif.

Pasukan ragbi Majlis Sukan Sekolah Terengganu (jersi hitam biru) muncul juara setelah tewaskan Majlis Sukan Sekolah Perak berkeputusan 22 berbalas 5 dalam perlawanan akhir Cup U12 Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia yang telah berlangsung di Padang Ragbi SM Teknik Kuala Terengganu pada 8 Ogos 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2019(MSSM 2019) telah berlangsung selama 6 hari bermula dari 3 Ogos sehingga 8 Ogos 2019. Kejohanan bertaraf kebangsaan bagi peringkat umur murid-murid sekolah ini juga turut disertai sepenuhnya oleh 3 kontijen dari Wilayah Persekutuan iaitu MSS Wilayah Persekutan Kuala Lumpur, MSS Wilayah Persekutan Putrajaya dan MSS Wilayah Persekutan Labuan.

KEJOHANAN RAGBI BAWAH 12 TAHUN 2019
PADANG RAGBI SM TEKNIK KUALA TERENGGANU
3 HINGGA 8 OGOS 2019

Seramai 694 atlet dan pegawai pasukan ragbi seluruh negara akan berkampung di negeri ini untuk berentap dalam Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2019(MSSM 2019) yang akan berlangsung selama 6 hari bermula dari 3 Ogos sehingga 8 Ogos 2019. Kejohanan ragbi Majlis Sukan Sekolah(MSS) yang bertaraf kebangsaan bagi peringkat umur murid-murid sekolah ini juga turut disertai sepenuhnya oleh 3 kontijen dari Wilayah Persekutuan iaitu MSS Wilayah Persekutan Kuala Lumpur, MSS Wilayah Persekutan Putrajaya dan MSS Wilayah Persekutan Labuan. Kredit Foto – PenyuSukan.com

PERINGKAT KUMPULAN
Keputusan MSS Terengganu sahaja

3 OGOS 2019
MSS TERENGGANU vs MSS Perak 10-22

4 OGOS 2019
MSS TERENGGANU vs MSS Putrajaya 89-00

PERINGKAT AKHIR
6 OGOS 2019 – SUKU AKHIR CUP/PLATE
MSS TERENGGANU vs MSS Johor 26-17

7 OGOS 2019 – SEPARUH AKHIR CUP
MSS TERENGGANU vs MSS Sabah 41-34

8 OGOS 2019 – SEPARUH AKHIR CUP
MSS TERENGGANU vs MSS Perak 22-05

INFO PERLAWANAN – U12 TERENGGANU SAHAJA
PERINGKAT KUMPULAN
Tewas sekali dalam perlawanan pembukaan di peringkat kumpulan menentang MSS Perak. Seterusnya mencatatkan kemenangan untuk terus mara ke peringkat separuh akhir Cup/Plate.

PERINGKAT AKHIR SUKU AKHIR CUP/PLATE
Memberi kejutan untuk tewaskan MSS Johor selaku juara keseluruhan peringkat kumpulan.

PERINGKAT AKHIR SEPARUH AKHIR CUP
Tewaskan MSS Sabah untuk mara ke pusingan akhir Cup menentang MSS Perak. Untuk rekod, MSS Perak pernah menewaskan MSS Terengganu dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan

PERINGKAT AKHIR AKHIR CUP
Beri kejutan menamatkan kemarau 12 tahun kejohanan untuk muncul juara setelah menewaskan MSS Perak selaku pasukan pilihan yang juga finalis edisi lalu.

Ragbi MSSM 2019: Terengganu Mara Ke Perlawanan Akhir

Pasukan tuan rumah U18; Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu(MSS Terengganu) berjersi hitam puteh menewaskan pasukan Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur(MSS WP Kuala Lumpur) pada perlawanan separuh akhir Plate Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2019(MSSM 2019) berkesudahan 10 berbalas 3. Kejohanan ini telah berlangsung selama 6 hari bermula pada 3 Ogos sehingga 8 Ogos 2019 bertempat di padang ragbi Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus untuk kategori bawah 18 tahun dan padang ragbi SM Teknik Terengganu, Kuala Nerus untuk kategori bawah 12 tahun. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Pasukan tuan rumah bawah 18 tahun layak untuk mara ke perlawanan akhir Plate Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2019(MSSM 2019) setelah menewaskan MSS Kuala Lumpur berkeputusan 10 berbalas 3 di padang ragbi Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus.

Sebelum ini pada perlawanan pembukaan MSS Terengganu telah tewas kepada pasukan pilihan iaitu MSS Johor berkeputusan 10 tanpa balasan. MSS Johor merupakan pasukan pilihan kejohanan selaku penyandang juara edisi lalu telah diundi dalam Kumpulan A bersama pasukan tuan rumah dan MSS Pahang.

Pasukan tuan rumah U18; Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu(MSS Terengganu) berjersi hitam puteh menewaskan pasukan Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur(MSS WP Kuala Lumpur) pada perlawanan separuh akhir Plate Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2019(MSSM 2019) berkesudahan 10 berbalas 3. Kejohanan ini telah berlangsung selama 6 hari bermula pada 3 Ogos sehingga 8 Ogos 2019 bertempat di padang ragbi Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus untuk kategori bawah 18 tahun dan padang ragbi SM Teknik Terengganu, Kuala Nerus untuk kategori bawah 12 tahun. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Tuan rumah kembali bangkit pada perlawanan kedua untuk menewaskan pasukan MSS Pahang dengan catatan kemenangan 21 berbalas 12 sekaligus layak untuk mara ke pusingan suku akhir Cup/Plate bertemu MSS Negeri Sembilan. Namun pasukan MSS Negeri Sembilan hadir selaku pasukan pilihan berjaya mengekang pasukan tuan rumah berkeputusan 22 berbalas 13

Kini untuk perlawanan akhir Plate, pasukan di bawah kendalian Izaimi Zainuddin yang juga jurulatih berpengalaman besar dijadualkan untuk bertemu MSS Melaka pada keesokan hari jam 0945 pagi.

Sebelum itu, MSS Melaka mencatat 2 kemenangan dan 1 kekalahan dalam perlawanan peringkat kumpulan yang telah diundi bersama pasukan MSS Pulau Pinang, MSS Sarawak dan MSS Negeri Sembilan.

Untuk rekod, pasukan bawah 18 tahun tuan rumah pernah dinobatkan juara kejohanan pada tahun 2015 dan 2006 manakala muncul naib juara pada tahun 2016 di pentas penganjuran Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia ini.

Pasukan tuan rumah U18; Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu(MSS Terengganu) berjersi hitam puteh menewaskan pasukan Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur(MSS WP Kuala Lumpur) pada perlawanan separuh akhir Plate Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2019(MSSM 2019) berkesudahan 10 berbalas 3. Kejohanan ini telah berlangsung selama 6 hari bermula pada 3 Ogos sehingga 8 Ogos 2019 bertempat di padang ragbi Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus untuk kategori bawah 18 tahun dan padang ragbi SM Teknik Terengganu, Kuala Nerus untuk kategori bawah 12 tahun. Kredit Foto – PenyuSukan.com

KEJOHANAN RAGBI BAWAH 18 TAHUN 2019
3 HINGGA 8 OGOS 2019

PERINGKAT KUMPULAN
Keputusan MSS Terengganu sahaja

3 OGOS 2019
MSS TERENGGANU vs MSS Johor 00-10

4 OGOS 2019
MSS TERENGGANU vs MSS Pahang 21-12

PERINGKAT AKHIR
6 OGOS 2019 – SUKU AKHIR CUP/PLATE

MSS TERENGGANU vs MSS Negeri Sembilan 13-22

7 OGOS 2019 – SEPARUH AKHIR PLATE
MSS TERENGGANU vs MSS WP KUALA LUMPUR 10-03

===========================
8 OGOS 2019 – AKHIR PLATE
0945 PAGI – PADANG RAGBI (B) KOMPLEKS SUKAN GONG BADAK
MSS TERENGGANU vs MSS Melaka

INFO PERLAWANAN – U18 TERENGGANU SAHAJA
PERINGKAT KUMPULAN

Menang Sekali & Tewas Sekali. Mara ke pusingan suku akhir penentuan Cup atau Plate

PERINGKAT AKHIR SUKU AKHIR CUP/PLATE
Tewas kepada MSS Negeri Sembilan maka layak ke pusingan separuh akhir Plate

PERINGKAT AKHIR SEPARUH AKHIR PLATE
Tewaskan WP KL layak untuk mara ke pusingan akhir Plate menentang MSS Melaka.

Terengganu Tuan Rumah Kejohanan Ragbi MSSM

Seramai 694 atlet dan pegawai pasukan ragbi seluruh negara akan berkampung di negeri Terengganu Darul Iman untuk berentap dalam Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2019(MSSM 2019) yang akan berlangsung selama 6 hari bermula dari 3 Ogos sehingga 8 Ogos 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Seramai 694 atlet dan pegawai pasukan ragbi seluruh negara akan berkampung di negeri ini untuk berentap dalam Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2019(MSSM 2019) yang akan berlangsung selama 6 hari bermula dari 3 Ogos sehingga 8 Ogos 2019. Kejohanan ragbi Majlis Sukan Sekolah(MSS) yang bertaraf kebangsaan bagi peringkat umur murid-murid sekolah ini juga turut disertai sepenuhnya oleh 3 kontijen dari Wilayah Persekutuan iaitu MSS Wilayah Persekutan Kuala Lumpur, MSS Wilayah Persekutan Putrajaya dan MSS Wilayah Persekutan Labuan.

Pada penganjuran kali ini, MSS Sarawak dan MSS WP Labuan hanya menghantar pasukan bawah 18 tahun sahaja manakala sebaliknya buat MSS Sabah hanya menghantar pasukan bawah 12 tahun.

Perlawanan pembukaan kejohanan menyaksikan pasukan tuan rumah bawah 18 tahun menentang pasukan MSS Johor pada 3 Ogos 2019 seawal jam 0830 pagi bertempat di di padang ragbi Kompleks Sukan Gong Badak.

Manakala perlawanan pembukaan bagi kategori bawah 12 tahun akan berlangsung pada jam 0830 pagi di antara pasukan MSS Wilayah Putrajaya menentang MSS Perlis.

Penyertaan seramai 694 atlet dan pegawai pasukan ragbi melibatkan penyertaan seluruh kontijen Majlis Sukan Sekolah Malaysia di mana negeri Terengganu Darul Iman selaku tuan rumah bagi Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2019(MSSM 2019). Kredit Foto – PenyuSukan.com


Sebanyak 2 venue pertandingan akan digunakan mengikut kategori umur yang dipertandingkan melibatkan sebanyak 76 perlawanan bagi kedua-dua kategori sehingga ke peringkat akhir.

Pada edisi lalu, pasukan ragbi U18 MSS Johor telah merangkul juara manakala MSS Kedah selaku naib juara. Untuk rekod, kali terakhir pasukan tuan rumah U18 muncul juara adalah pada 2015 dan 2006. Manakala pada tahun 2016, MSS Terengganu U18 berjaya meraih naib juara.

Muat turun maklumat Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2019 – MAKLUMATSIARANRAGBIMSSM2019.docx

Ragbi Wanita: Skuad SUKMA 2020 Kutip Pengalaman Sulung

Barisan pasukan ragbi wanita negeri Terengganu sewaktu mengutip pengalaman pertama kejohanan sewaktu menyertai Kejohanan KRS Ladies 7s 2019 bertempat di Padang Astaka, Petaling Jaya. Kejohanan ini merupakan kejohanan yang pertama kali disertai oleh pasukan ragbi wanita negeri ini yang rata-rata dibarisi oleh pemain yang baru digilap tanpa sebarang pengalaman bermain ragbi. Pasukan ragbi wanita negeri Terengganu telah ditubuhkan pada 1 April 2019 dalam misi ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA) 2020 di Johor nanti. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Pasukan ragbi wanita 7 sepasukan negeri Terengganu dalam persiapan menghadapi temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Johor 2020 mengutip pengalaman berharga setelah pertama kali turun menyertai kejohanan sejak pasukan ini ditubuhkan.

Kejohanan Ragbi Wanita 7 Sepasukan Kesatuan Ragbi Selangor 2019 atau turut dikenali sebagai KRS Ladies 7s 2019 merupakan kejohanan pertama membuka tirai program persiapan dan pembangunan sukan ragbi wanita di bawah kendalian jurulatih Nik Mohd Shahiddan Mohd Zain. Pasukan yang telah ditubuhkan sejak 4 bulan lalu dibarisi oleh rata-rata pemain yang tidak pernah berpengalaman bermain ragbi.

Noorzahidah Mahmud(memegang bola) merupakan antara pemain bakat baru yang digilap untuk persediaan pasukan ragbi wanita negeri Terengganu untuk menghadapi temasya Sukan Malaysia(SUKMA) 2020 di Johor nanti. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Turun selaku bukan pasukan pilihan telah diundi untuk bersama pasukan Singapore U20, Johor Ladies 2, WIPERS dan SUKMA Kedah bagi saingan Kumpulan B dan seterusnya menentang pasukan SUKMA Perak dalam perlawanan peringkat akhir merebut tempat ke-5 kejohanan. Walaupun mencatat kekalahan dalam semua perlawanan, namun dengan semangat juang yang tinggi dari setiap pemain ragbi wanita negeri Terengganu berjaya mengekang penguasaan pasukan lawan mengutip mata perlawanan bagi perlawanan peringkat kumpulan.

Untuk rekod, pasukan WIPERS adalah pasukan persediaan ragbi skuad SUKMA Johor 2020 yang dibarisi sepenuhnya oleh pemain ragbi wanita Wilayah Persekutuan Labuan. Wilayah Persekutuan Labuan sememangnya terkenal dengan program pembangunan ragbi wanita khususnya bermula dari peringkat sekolah. Johor Ladies adalah pasukan wanita yang dibarisi sebahagian besar bekas pemain ragbi kebangsaan penuh berpengalaman. Manakala pasukan SUKMA Kedah masih mempunyai 5 pemain senior bagi menghadapi SUKMA di Johor nanti. Singapore U20 merupakan pasukan pembangunan sukan ragbi di mana satu-satunya pasukan bertaraf antarabangsa yang hadir memberi saingan dalam kejohanan ini.

Bekas atlet kebangsaan penuh berpengalaman di pentas antarabangsa yang juga anak jati Besut; Nik Mohd Shahiddan Mohd Zain menggalas tanggungjawab bermula pada 1 April 2019 sebagai ketua jurulatih untuk membentuk pasukan sulung ragbi wanita negeri Terengganu dalam misi ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA) 2020 di Johor nanti. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Kejohanan KRS Ladies 7s 2019 ini adalah kejohanan yang pertama disertai oleh pasukan yang baru dibentuk ini. Rata-rata pemain adalah mereka yang baru mengenali sukan ragbi ini. Agak kucar-kacir dalam beberapa perlawanan awal namun mereka mampu untuk menyerap tekanan. Saya berpuas hati dengan mereka yang pertama kali berentap di pentas perlawanan. Walaupun tewas sepenuhnya namun tidak memberi ruang sepenuhnya kepada pasukan lawan yang lebih berpengalaman untuk membelasah kami. Kita boleh lihat usaha mereka sehabis-habisan hingga memberi tekanan kepada pasukan yang berpengalaman besar. Pengalaman menjadi ukuran di sini.”; ujar Nik Mohd Shahiddan Mohd Zain selaku ketua jurulatih kepada PenyuSukan.com

Pasukan ragbi wanita negeri Terengganu yang julung kali dibentuk di negeri Terengganu pada 1 April 2019 di bawah kendalian bekas atlet kebangsaan penuh berpengalaman di pentas antarabangsa; Nik Mohd Shahiddan Mohd Zain untuk misi ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA) 2020 di Johor nanti. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Pasukan ragbi wanita negeri Terengganu bagi skuad Sukan Malaysia(SUKMA) Johor 2020 kini di bawah kendalian jurulatih berpengalaman besar; Nik Mohd Shahiddan Mohd Zain. Beliau juga merupakan bekas jurulatih bagi pasukan ragbi lelaki dan wanita Serdang Angels yang berpusat di Universiti Putra Malaysia. Anak jati Besut ini merupakan bekas pemain ragbi kebangsaan yang pernah beraksi di University Games Russia 2014, Asian University Games Singapore 2015, Sukan Komanwel Gold Coast 2018 dan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Barisan pasukan ragbi wanita negeri Terengganu sewaktu mengutip pengalaman pertama kejohanan sewaktu menyertai Kejohanan KRS Ladies 7s 2019 bertempat di Padang Astaka, Petaling Jaya. Kejohanan ini merupakan kejohanan yang pertama kali disertai oleh pasukan ragbi wanita negeri ini yang rata-rata dibarisi oleh pemain yang baru digilap tanpa sebarang pengalaman bermain ragbi. Pasukan ragbi wanita negeri Terengganu telah ditubuhkan pada 1 April 2019 dalam misi ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA) 2020 di Johor nanti. Kredit Foto – PenyuSukan.com

KEPUTUSAN KRS LADIES 7S 2019
*Keputusan pasukan Terengganu sahaja

SUKMA TERENGGANU vs WIPERS 00-31
SUKMA TERENGGANU vs JOHOR LADIES 00-41
SUKMA TERENGGANU vs SUKMA KEDAH 00-22
SUKMA TERENGGANU vs SINGAPORE U20 00-20

*Perlawanan akhir merebut tempat ke-5
SUKMA TERENGGANU vs SUKMA PERAK 00-15
SUKMA TERENGGANU vs SUKMA PERAK 00-22

YDP PRNT Dilantik Timbalan Presiden KRM Baharu

Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu; Amir Amri Muhammad(empat dari kiri) sejurus setelah diumumkan untuk menggalas tugasan Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia bagi penggal 2019-2022 bersama kepimpinan baharu yang telah dilantik di Kompleks Sukan Majlis Olimpik Malaysia, Wisma MOM. Kredit Foto – NSTP/Owee Ah Chun

Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu; Amir Amri Muhammad terus diberi mandat menerajui kepimpinan induk Kesatuan Ragbi Malaysia(KRM) setelah dipilih untuk menggalas tugas sebagai timbalan presiden untuk pemilihan badan induk baharu bagi penggal 2019-2022.

Kerusi Timbalan Presiden KRM menyaksikan perebutan satu lawan satu di mana Amir Amri berjaya menewaskan pencabar tunggal iaitu Datuk Tamunif Mokhtar dengan perbezaan sebanyak 9 undi menjadikan jumlah keseluruhan undi sebanyak 27 milik wakil dari Persatuan Ragbi Negeri Terengganu ini.

Penolong Setiausaha PRNT; Encik Mohd Izwan Ismail(kiri), Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Encik Che Mohd Zulkarnain(tengah) bersama Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia 2019-2022 merangkap Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu; Amir Amri Muhammad yang hadir ke Padang Astaka, Petaling Jaya memberi sokongan kepada pasukan ragbi wanita Terengganu(Skuad SUKMA 2020) yang sedang berentap dalam Kejohanan Ragbi Wanita 7 Sepasukan Kesatuan Ragbi Selangor(KRS Ladies 7s 2019) sejurus setelah tamat pemilihan jawatan kuasa badan induk Kesatuan Ragbi Malaysia bagi penggal 2019-2022. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Untuk rekod, pada penggal terdahulu Amir Amri dengan jayanya memikul tanggung jawab sebagai naib presiden bagi penggal 2016 sehingga 2019. Selain itu beliau juga turut dilantik sebagai pengurus pasukan bagi pasukan ragbi lelaki 7 sepasukan di pentas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan kini baharu sahaja menamatkan tugas selaku pengurus pasukan bagi pasukan ragbi lelaki 15 sepasukan yang berentap dalam Kejohanan Ragbi Asia 2019.

Amir Amri Muhammad sejurus tamat pemilihan kepimpinan baharu Kesatuan Ragbi Malaysia hadir ke Padang Astaka, Petaling Jaya untuk memberi sokongan kepada pasukan ragbi wanita Terengganu(Skuad SUKMA 2020) yang sedang berentap dalam Kejohanan Ragbi Wanita 7 Sepasukan Kesatuan Ragbi Selangor(KRS Ladies 7s 2019). Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Terima kasih di atas kepercayaan yang telah diberikan untuk saya terus berada di dalam kepimpinan Kesatuan Ragbi Malaysia. Kejayaan ini tidak semestinya hanya untuk saya malah sudah tentu untuk masa depan sukan ragbi di negeri Terengganu ini juga. InsyAllah, dengan segala perancangan terdahulu mahupun yang akan datang sudah pasti demi kemajuan sukan ragbi negeri ini juga”; ujar Amir Amri Muhammad kepada PenyuSukan.com sejurus tamat pemilihan kepimpinan baharu Kesatuan Ragbi Malaysia sewaktu ditemui di Kejohanan KRS Ladies 7s yang berlangsung di Padang Utara, Petaling Jaya.

Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu; Amir Amri Muhammad menewaskan calon tunggal; Datuk Tamunif Mokhtar dalam perebutan kerusi Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia bagi penggal 2019-2022. Kredit Foto – Kesatuan Ragbi Malaysia
Jawatan Kuasa Kesatuan Ragbi Malaysia
Penggal 2019 – 2022

Presiden
YB Dato Shahrul Zaman Bin Yahya

Timbalan Presiden
En. Amir Amri Bin Mohamad

Naib Presiden
1. En. Mohamad Fahmy Bin Abd Jalil
Pengarah Pertandingan

2. En. Mohd Zaki Bin Shahran
Pengarah Publisiti & Pemasaran

Ahli Majlis
1. En. Lee Nyuk Fah
Pengarah Kejurulatihan

2. Dr. Ahmad Naim Bin Ismail
Pengarah Prestasi Tinggi

3. En. Mohd Khairunizam Bin Mohd Isa
Pengarah Pembangunan

4. En. Ahmad Effendy Bin Abd Razak
Pengarah Pengadilan

Naib Presiden Kehormat
1. YBhg. Tan Sri Dato Wira Hj Abd Halim Bin Hj Karim
2. En. Velayuthan Tan Kim Song
3. En. Louis Jarau
4. SAC Abdul Ghani Bin Mohd Ji

Setiausaha Agung Kehormat
1. En. Amrul Hazarin Bin Hamidon


Penolong Setiausaha Agung Kehormat
1. En. Mohd Khairulizuan Bin Shuhaimi

Bendahari Kehormat
1. YBhg. Datuk Ahmad Zaki Zahid

Ahli Lembaga Pengarah
1. Mr. Louis Jarau
Pengarah Perundangan & Peraturan

2. YB Tuan Noor Amin Ahmad (MP Kangar)
Pengarah Perhubungan Kerajaan

3. Dr Nik Haziman bin Wan Hamat
Pengarah Kebajikan Pemain & Perubatan

4. Cik Hazeline Aasyiqeen Binti Jaafar
Pengarah Ragbi Wanita

5. En. Norhisham bin Ibrahim
Pengarah Latihan & Pendidikan

Safares Lakar Kejutan Tewaskan Atlet Kebangsaan

Atlet senior sukan pelayaran negeri Terengganu; Alif Safares berjaya tewaskan atlet bertaraf kebangsaan bagi acara International 420 dalam Kejohanan KFC–Tunku Laxamana Regatta Terbuka Port Dickson Edisi Ke 21. Kredit Foto – Instagram.com/alifsafares_35

Atlet sukan pelayaran negeri Terengganu; Alif Safares mencipta sensasi tersendiri setelah memberi kejutan tewaskan atlet kebangsaan dalam Kejohanan KFC–Tunku Laxamana Regatta Terbuka Port Dickson Edisi Ke 21. Mempertaruhkan perlumbaan kategori bot International 420 yang juga merupakan acara kegemaran buat atlet anak jati Pulau Duyong ini ternyata tuah milik beliau. Pelayar Muhammad Syafie Ali dan Muhammad Fauzi Kaman Shah merupakan atlet kebangsaan sepenuh masa di bawah program PODIUM yang berjaya dinafikan oleh pelayar negeri Terengganu ini.

Safares memberi amaran awal pada perlumbaan pusingan pembukaan dengan meraih tempat kedua di belakang pelayar Muhammad Syafie Ali setelah menafikan seorang lagi pelayar kebangsaan Muhammad Fauzi Kaman Shah di tempat ketiga. Muhammad Syafie Ali sememangnya tidak memberi laluan mudah kepada Safares namun mereka berdua ini sentiasa merebut tempat pertama dan kedua sepanjang kejohanan perlumbaan ini yang telah berlangsung selama dua hari.

Atlet sukan pelayaran negeri Terengganu; Alif Safares memberi kejutan kepada atlet-atlet kebangsaan setelah berentap dalam Kejohanan KFC–Tunku Laxamana Regatta Terbuka Port Dickson Edisi Ke 21 pada 5 hingga 7 Julai 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Tiga kali meraih tempat pertama, dua kali tempat kedua dua kali untuk tempat ketiga dalam 7 pusingan perlumbaan Kejohanan KFC–Tunku Laxamana Regatta Terbuka Port Dickson Edisi Ke 21 melayakkan Alif Safares dinobatkan juara sekaligus membuktikan atlet negeri mampu memberi kejutan kepada atlet kebangsaan. Kejayaan ini juga secara tidak rasmi meletakkan beliau di kedudukkan teratas dalam tangga kedudukan semasa atlet-atlet pelayaran dalam negara. Kejayaan ini juga sekaligus berjaya mempertahaankan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut setelah pertama kali berbuat sedemikian dalam penyertaan sulung edisi lalu.

Kejohanan KFC–Tunku Laxamana Regatta Terbuka Port Dickson yang telah berlangsung pada 5 hingga 7 Julai 2019 merupakan kejohanan tahunan bertaraf kebangsaan di mana menawarkan kutipan mata bagi setiap atlet yang bertanding. Kejohanan penuh prestij ini telah disertai oleh atlet-atlet kebangsaan dan beberapa pelayar profesional dari luar negara secara tidak langsung memberi cabaran sengit. Optimist, Laser Radial, Laser 4.7, Int 420, Bic Techno dan RS-One antara kategori yang menjadi taruhan bagi atlet-atlet negeri ini.

Alif Safares merupakan atlet sukan pelayaran negeri Terengganu sepenuh masa mula menceburi sukan pelayaran sejak berusia 10 tahun. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Saya sangat gembira dapat tewaskan dua atlet kebangsaan walaupun saya tidak beraksi bersama regu pelayaran sebenar saya. Bukan mudah bagi saya untuk menerima cabaran dari atlet bertaraf kebangsaan ini namun saya membuktikan yang saya mampu untuk bersaing walaupun gugup. Terima kasih kepada barisan jurulatih saya yang tidak pernah berputus asa dan memberi kepercayaan kepada saya. Saya amat bersyukur kerana berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan sebelum sampai ke Port Dickson ini.” ujar Alif Safares kepada PenyuSukan.com

Jurulatih Ragbi Wanita Terengganu Skuad SUKMA 2020

Pasukan ragbi wanita negeri Terengganu bagi skuad Sukan Malaysia(SUKMA) Johor 2020 kini di bawah kendalian jurulatih berpengalaman besar; Nik Mohd Shahiddan Mohd Zain. Beliau juga merupakan bekas jurulatih bagi pasukan ragbi lelaki dan wanita Serdang Angels yang berpusat di Universiti Putra Malaysia.

Anak jati Besut ini merupakan bekas pemain ragbi kebangsaan yang pernah beraksi di University Games Russia 2014, Asian University Games Singapore 2015, Sukan Komanwel Gold Coast 2018 dan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Kapten Pasukan Ragbi Wanita Terengganu Skuad SUKMA 2020

Nur Aisyah Khumaira Razaman merupakan kapten pasukan ragbi wanita negeri Terengganu bagi skuad Sukan Malaysia(SUKMA) Johor 2020 kini giat bersama ahli pasukan menjalani latihan bagi menghadapi kejohanan sulung pertama mereka di Kejohanan KRS Ladies 7s pada 13 & 14 Julai 2019 nanti. Menjadikan atlet ragbi wanita kebangsaan; Rozliana Mohd Ridwan sebagai idola untuk meraih kejayaan bersama ahli pasukan ragbi wanita Terengganu ini.

Pasukan Ragbi Wanita Terengganu Skuad SUKMA 2020

Skuad Sukan Malaysia(SUKMA) Johor 2020 bagi pasukan ragbi wanita negeri Terengganu kini giat menjalani latihan untuk menghadapi Kejohanan KRS Ladies 7s pada 13 & 14 Julai 2019 nanti. Kejohanan ini merupakan pertandingan sulung yang bakal disertai untuk menguji kemampuan pasukan setelah mengikuti program persiapan pasukan sejak April lepas. Skuad di bawah kendalian jurulatih berpengalaman besar iaitu Nik Mohd Shahiddan Mohd Zain yang juga merupakan bekas jurulatih bagi pasukan ragbi lelaki dan wanita Serdang Angels yang berpusat di Universiti Putra Malaysia.

Liga Hoki Remaja Wanita Malaysia 2019 – Mohd Shahrun Nabil Abdullah – Jurulatih MSNT-PHT-MSST

Ulasan dari jurulatih pasukan MSNT-PHT-MSST; Mohd Shahrun Nabil Abdullah setelah meraih kemenangan sulung di laman sendiri berkeputusan 2-0 menewaskan Johor Girl-PHJ MSNJ untuk perlawanan kedua Liga Hoki Remaja Malaysia 2019(Wanita).

Pasukan Majlis Sukan Negeri Terengganu-Persatuan Hoki Negeri Terengganu-Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu (MSNT-PHT-MSST) yang dibarisi sebahagian besar adalah pelajar sekolah perlu mengharungi baki 6 perlawanan yang begitu ketat di peringkat kumpulan sehingga penghujung Julai 2019 nanti.

LHRM 2019: Skuad Wanita Raih Kemenangan Sulung Di Laman Sendiri

Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu kembali ceria setelah skuad hoki wanita MSNT-PHT-MSST meraih kemenangan sulung dalam aksi kedua perlawanan Liga Hoki Remaja Malaysia 2019(Wanita) untuk menewaskan Johor Girl-PHJ MSNJ berkeputusan dua jaringan gol tanpa balasan.

Percaturan corak dan tempo permainan yang amat berbeza berbanding perlawanan pembukaan lalu sememangnya memberi kelebihan untuk penguasaan di atas padang. Sekaligus membina keyakinan pasukan yang baharu dibina rata-rata dibarisi pemain yang masih dibangku sekolah.

Siti Nur Hanisah Noordin(kanan) meraih gol sulung peribadi kejohanan dalam perlawanan kedua Liga Hoki Remaja Malaysia 2019(Wanita) sekaligus membantu MSNT-PHT-MSST untuk menewaskan Johor Girl-PHJ MSNJ berkesudahan 2-0 pada 30 Jun 2019 bertempat di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Gol pertama tuan rumah yang juga kutipan gol sulung peribadi untuk musim ini milik Siti Nur Hanisah Noordin memecah kebuntuan hadir pada minit ke-19 melalui jaringan pukulan sudut penalti. Keghairahan mengasak mencipta serangan menyaksikan Siti Nur Hanisah bt Noordin juga terpaksa akur menerima kad hijau pertama permainan selang dua minit selepas jaringan gol pertama pasukan.

Reaksi kapten MSNT-PHT-MSST Nurul Norma Syafila Mazlan(dua dari kiri) sejurus menambah mata melalui jaringan gol padang untuk mendahului 2-0 perlawanan menentang Johor Girl-PHJ MSNJ sekaligus menjadi kutipan gol terakhir dalam perlawanan kedua Liga Hoki Remaja Malaysia 2019(Wanita) yang telah berlangsung pada 30 Jun 2019 bertempat di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Tempo permainan yang laju dipersembahan oleh anak didik di bawah kendalian bekas kapten pasukan kebangsaan; Mohd Shahrun Nabil Abdullah memaksa pasukan pelawat hanya mampu menguasai bola dalam kubu pertahanan mereka. Penguasaan padang sepenuhnya oleh MSNT-PHT-MSST sekaligus memaksa pasukan pelawat bersilih ganti melakukan pertukaran pemain.

Babak-babak akhir permainan lebih padat dengan serangan demi serangan oleh MSNT-PHT-MSST sehinggakan pasukan tuan rumah menerima layangan kad kuning pertama untuk musim ini yang disimpan kemas oleh Nurnadhirah bt Mohd Sukri. Namun kekecewaan itu terubat apabila kapten pasukan; Nurul Norma Syafila bt Mazlan menambah jaringan melalui gol padang pada minit ke-56 sekaligus menjadi kutipan gol terakhir menutup perlawanan. Kapten pasukan ini juga turut telah menyumbang dua gol pada perlawanan pembukaan lalu sewaktu menentang Mutiara Impian-MSSPP-PSHA.

Aksi pemain MSNT-PHT-MSST Nur Rubiatul Alia Othman(kanan) mengasak ke kubu lawan sewaktu menentang JOHOR GIRL-PHJ MSNJ dalam perlawanan kedua Liga Hoki Remaja Malaysia 2019(Wanita) sekaligus membantu pasukan untuk menewaskan Johor Girl-PHJ MSNJ berkesudahan 2-0 pada 30 Jun 2019 bertempat di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Perlawanan kedua hari ini kita cuma bermain secara taktikal di mana bergerak dalam satu pasukan. Alhamdullilah, semua taktikal hari ini berjalan dengan lancar. Para pemain bermain dengan baik walaupun ada kesilapan berlaku namun kami akan perbaiki untuk perlawanan seterusnya. Cabaran hari ini bukan sukar, tapi kita tidak pernah ambil mudah. Sekuat mana pasukan lawan kami tetap akan memberi cabaran yang terbaik dari kami.”; ujar Mohd Shahrun Nabil Abdullah selaku jurulatih skuad hoki wanita MSNT-PHT-MSST dan juga bekas kapten kebangsaan serta pernah beraksi di Piala Dunia Hoki Rabobank 2014.

Pada perlawanan pembukaan yang lalu, skuad hoki MSNT-PHT-MSST selaku pasukan tuan rumah telah dikecewakan oleh Mutiara Impian-MSSPP-PSHA berkeputusan 3 berbalas 6. Johor Girl-PHJ MSNJ juga turut mencatat kekalahan tanpa sebarang gol dalam perlawanan pembukaan setelah ditewaskan SSP-MSP PKS UNITEN berakhir dengan keputusan 0-4. Pada musim lalu, skuad hoki wanita negeri ini telah terkandas di peringkat kumpulan begitu juga pasukan dari selatan tanah air yang dikenali sebagai Johor Titanium ketika itu.

Skuad hoki wanita MSNT-PHT-MSST meraih kemenangan sulung di laman sendiri pada perlawanan kedua Liga Hoki Remaja Malaysia 2019(Wanita) setelah menewaskan Johor Girl-PHJ MSNJ pada 30 Jun 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Seterusnya MSNT-PHT-MSST dijadualkan untuk bertandang ke Stadium Hoki Kuala Lumpur selaku pasukan pelawat bertemu naib juara musim lalu; KL WIPERS – KLSS pada 5 Julai 2019 nanti.

Safares Laung Cabaran!

Atlet sukan pelayaran negeri Terengganu; Alif Safares optimis mampu memberi kejutan kepada atlet-atlet kebangsaan yang bakal berentap dalam Kejohanan KFC–Tunku Laxamana Regatta Terbuka Port Dickson Edisi Ke 21 pada 5 hingga 7 Julai 2019 nanti. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Atlet senior sukan pelayaran negeri Terengganu; Alif Safares kini gigih mempersiapkan diri untuk memberi cabaran kepada atlet kebangsaan yang menjadi penanda aras kejayaan buat beliau. Mempertaruhkan acara kegemaran International 420, anak jati Pulau Duyong ini optimis mampu untuk memberi kejutan kejohanan di peringkat kebangsaan nanti.

Terkini beliau berjaya meraih tiket merebut slot ke Kejohanan KFC–Tunku Laxamana Regatta Terbuka Port Dickson Edisi Ke 21 yang akan berlangsung pada 5 hingga 7 Julai 2019 nanti setelah mengungguli Kejohanan Liga Layar Terengganu 2019 Siri 5.

Alif Safares(kanan) bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Encik Ibni Amin Busu sewaktu Kejohanan Liga Layar Terengganu 2019 Siri 5 yang telah berlangsung pada 29-30 Jun 2019 bertempat di Duyong Marina Resorts, Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Meraih 4 pingat emas, 3 pingat perak dan 1 pingat gangsa dalam Kejohanan Liga Layar Terengganu ini secara tidak langsung membakar semangat untuk berentap di Port Dickson nanti. Walaupun mengalami kecederaan sewaktu sesi latihan lalu namun tidak menjadi halangan buat Safares yang begitu teruja untuk berentap. Muhammad Syafie Ali dan Muhammad Fauzi Kaman Shah antara atlet kebangsaan menjadi sasaran buat Alif Safares untuk memberi kejutan selaku atlet negeri.

Alif Safares merupakan atlet sukan pelayaran negeri Terengganu sepenuh masa mula menceburi sukan pelayaran sejak berusia 10 tahun. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Kejohanan Liga Layar Terengganu 2019 ini juga merupakan pentas buat setiap atlet sama ada peringkat senior mahupun peringkat pembangunan diberi peluang sama rata untuk merebut slot ke kejohanan kebangsaan tersebut. Kejohanan ini juga merupakan sebahagian dari program pembangunan sepanjang tahun di bawah kawal selia Majlis Sukan Negeri Terengganu yang dikendalikan oleh ketua jurulatih berpengalaman besar; Abdul Rani Idris dan dibantu oleh beberapa jurulatih berpengalaman lain.

Sementara itu Abdul Rani Idris selaku ketua jurulatih sukan pelayaran negeri Terengganu memberi gambaran sengit pada kejohanan kebangsaan di Port Dickson nanti. Rata-rata atlet pelayaran dari negeri ini adalah skuad pelapis SUKMA yang masih perlu banyak menimba pengalaman.

Kejohanan KFC–Tunku Laxamana Regatta Terbuka Port Dickson merupakan kejohanan tahunan bertaraf kebangsaan di mana menawarkan kutipan mata bagi setiap atlet yang bertanding. Kejohanan yang penuh prestij ini sudah pasti turut disertai oleh atlet-atlet kebangsaan dan beberapa pelayar profesional dari luar negara secara tidak langsung memberi cabaran sengit. Optimist, Laser Radial, Laser 4.7, Int 420, Bic Techno dan RS-One antara kategori yang menjadi taruhan bagi atlet-atlet negeri ini.

Liga Layar Terengganu Tiket Pentas Kebangsaan

Pasukan layar negeri Terengganu membawa cabaran besar untuk mewakili negeri berentap di peringkat kebangsaan memandangkan sebahagian besar atlet senior dari negeri ini telah dipanggil untuk menyertai kem kebangsaan yang turut sama memberi cabaran di Kejohanan KFC–Tunku Laxamana Regatta Terbuka Port Dickson Edisi Ke-21 nanti. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Penganjuran Kejohanan Liga Layar Terengganu 2019 yang kini memasuki siri ke-5 dari 10 siri penganjuran sepanjang tahun menjadi medan terbaik buat para atlet negeri ini untuk meraih tiket ke pentas kebangsaan. Siri perlumbaan yang telah berlangsung selama dua hari bertempat di Duyung Marina Resort, Kuala Terengganu mempertaruhkan semua kategori kelas bot.

Setiap atlet sama ada peringkat senior mahupun peringkat pembangunan diberi peluang sama rata untuk merebut slot ke Kejohanan KFC–Tunku Laxamana Regatta Terbuka Port Dickson Edisi Ke 21 yang akan berlangsung pada 5 hingga 7 Julai 2019 nanti.

Perairan Duyung Marina Resort menjadi medan latihan rasmi sepenuh masa buat atlet-atlet sukan pelayaran yang sentiasa bersedia untuk memberi cabaran dalam setiap kejohahan. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Kejohanan ini juga merupakan sebahagian dari program pembangunan sepanjang tahun di bawah kawal selia Majlis Sukan Negeri Terengganu yang dikendalikan oleh ketua jurulatih berpengalaman besar; Abdul Rani Idris dan dibantu oleh beberapa jurulatih berpengalaman lain.

Sebahagian besar atlet pelayaran negeri Terengganu adalah dibarisi oleh skuad pelapis Sukan Malaysia(SUKMA) di mana atlet-atlet senior kelahiran negeri ini telah diserap untuk menyertai skuad kem kebangsaan. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Tidak dapat dinafikan rata-rata atlet kebangsaan kelahiran negeri Terengganu yang kini mencipta nama dipersada antarabangsa adalah hasil dari program pembangunan ini.

Oleh kerana sebahagian besar atlet-atlet terbaik negeri ini telah menyertai kem kebangsaan, pada edisi kali ini kejohanan kebangsaan di Port Dickson pasti memberi cabaran besar kepada setiap atlet untuk mewakili negeri berentap di pentas kebangsaan. Rata-rata atlet yang bakal menggalas cabaran besar ini adalah pelayar-pelayar skuad pelapis untuk menghadapi temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di Johor pada tahun 2020 nanti.

Ketua jurulatih pelayaran negeri Terengganu; Abdul Rani Idris(kiri) bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Encik Ibni Amin Busu sewaktu Kejohanan Liga Layar Terengganu TSDL 2019 Siri 5 yang telah berlangsung di Duyung Marina Resort, Kuala Terengganu pada 30 Jun 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Cabaran besar bagi kami di Port Dickson nanti kerana kali ini kami mempertaruhkan pelayar-pelayar dari skuad pelapis SUKMA. Saingan sengit dijangka daripada skuad kebangsaan itu sendiri yang membariskan 30 pelayar termasuk atlet kelahiran negeri Terengganu hasil dari program pembangunan di sini. Selain itu pasukan luar negara juga akan menggugat peluang pingat emas di mana sebelum ini kami sentiasa pulang dengan pingat emas.”; ujar Abdul Rani Idris selaku ketua jurulatih yang berkhidmat dengan Majlis Sukan Negeri Terengganu sejak 2011.

Barisan pelayar-pelayar bersama jurulatih dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Encik Ibni Amin Busu(barisan tengah tiga dari kanan) sewaktu Kejohanan Liga Layar Terengganu TSDL 2019 Siri 5 yang telah berlangsung di Duyung Marina Resort, Kuala Terengganu pada 30 Jun 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Kejohanan KFC–Tunku Laxamana Regatta Terbuka Port Dickson adalah kejohanan tahunan bertaraf kebangsaan di mana menawarkan kutipan mata bagi setiap atlet yang bertanding. Kejohanan yang penuh prestij ini sudah pasti turut disertai oleh atlet-atlet kebangsaan dan beberapa pelayar profesional dari luar negara secara tidak langsung memberi cabaran sengit. Optimist, Laser Radial, Laser 4.7, Int 420, Bic Techno dan RS-One antara kategori yang menjadi taruhan bagi atlet-atlet negeri ini.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Encik Ibni Amin Busu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Pembangunan sukan negeri Terengganu kita memang bermula dari awal. Ini adalah faktor kerana kita menukar landskap sukan negeri Terengganu sejak 2006. Program pembangunan tidak hanya memfokuskan SUKMA sebagai sasaran di mana lebih dari itu yang memerlukan atlet kami sentiasa bersedia dan sentiasa membuat latihan dari semasa ke semasa. Untuk menghantar atlet kita ke pertandingan bukan kita tangkap muat. Kita buat secara sistematik menggunakan pertandingan-pertandingan dan bukan sahaja sekali kita buat pertandingan untuk memilih tetapi bersiri pertandingan untuk mereka lalui untuk mendapat tempat bagi memastikan mereka mendapat tempat untuk mewakili negeri ke peringkat lebih tinggi.”; berkata Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Encik Ibni Amin Busu kepada PenyuSukan.com sewaktu hadir ke majlis penyampaian hadiah Kejohanan Liga Layar Terengganu 2019 Siri 5 di Duyung Marina Resort, Kuala Terengganu

LHRM 2019: MSNT-PHT-MSST Raih Kemenangan Sulung Di Laman Sendiri

Aksi pemain MSNT-PHT-MSST(Jersi nombor 9); Nukman Hakim bin Mohammad sewaktu menentang pasukan MSSPP – PSHA dalam perlawanan ke-4 Liga Hoki Remaja Malaysia 2019 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu pada 28 Jun 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Setelah tewas tiga kali berturut-turut sejak perlawanan pembukaan Liga Hoki Remaja Malaysia 2019 (LHRM 2019), MSNT-PHT-MSST berjaya meraih kemenangan sulung penuh bergaya di laman sendiri berkeputusan 7 gol berbalas 2 gol oleh MSSPP-PSHA. Pada perlawanan ke-4 LHRM 2019 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu ini, pemain tuan rumah Nukman Hakim bin Mohammad membuat kejutan untuk mendapat gol pertama permainan melalui jaringan gol padang pada minit ke-29.

Aksi pemain MSNT-PHT-MSST(Jersi hitam-biru bernombor 11); Muhammad Izzul Azim bin Mohd Nasir sewaktu menentang pasukan MSSPP-PSHA dalam perlawanan ke-4 Liga Hoki Remaja Malaysia 2019 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu pada 28 Jun 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Pemain tuan rumah berjersi nombor 17; Muhammd Irfan Mirza S. Irwadi turut mencipta sensasi perlawanan setelah berjaya mengutip hatrik menerusi dua jaringan melalui pukulan penalti dan satu jaringan pukulan sudut penalti. Selebihnya jaringan melalui pukulan penalti turut disempurnakan oleh Muhammad Alif Fakrulnizam Mohd Rawi, Wan Muhammad Ikram Wan Mohd Tamizi dan satu jaringan gol padang oleh Muhammad Yusri bin Jusoh.

Pasukan pelawat MSSPP-PSHA dari Pulau Pinang terpaksa akur untuk tewas di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berkeputusan 2 berbalas 7 oleh pasukan tuan rumah untuk saingan kejohanan Liga Hoki Remaja Malaysia 2019 yang telah berlangsung pada 28 Jun 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Sebelum tamat permainan, pasukan pelawat dari Pulau Pinang ini turut berjaya membawa pulang satu jaringan pukulan sudut penalti pada minit ke-51 dan satu jaringan pukulan penalti pada minit ke-58.

Ketua jurulatih pasukan hoki MSNT-PHT-MSST dalam saingan Liga Hoki Remaja Malaysia 2019; Chairil Anwar Abdul Aziz (lahir pada 7 April 1972) juga adalah bekas pemain kebangsaan yang pernah beraksi di Olimpik Atlanta 1996 dan Olimpik Sydney 2000. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Alhamdullilah, kita gembira tercapai apa yang kita terlepas pada perlawanan sebelum ini. Permulaan agak perlahan untuk perlawanan ini namun saya berpuas hati dengan persembahan anak buah saya. Saya tahu kemampuan para pemain saya. Saya sebagai jurulatih perlu memberi keyakinan kepada mereka.” ujar Chairil Anwar Aziz kepada PenyuSukan.com

Kemenangan ini meletakkan pasukan di bawah kendalian ketua jurulatih Chairil Anwar Abdul Aziz untuk berada di tangga ke-9 kedudukan liga dengan kutipan 3 mata liga setelah mengharungi empat perlawanan padat sejak 21 Jun 2019 lepas.

MSNT-PHT-MSST raih kemenangan sulung di laman sendiri setelah menewaskan pasukan MSSPP-PSHA dalam perlawanan ke-4 saingan kejohanan Liga Hoki Remaja Malaysia 2019 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu pada 28 Jun 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Seterusnya MSNT-PHT-MSST dijadualkan untuk bertemu pasukan BJSS Thunderbolts pada 30 Jun 2019 bertempat di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

LHRM 2019: Jurang 2 Gol Kekang Penyandang Juara

Aksi pemain MSNT-PHT-MSST; Wan Ahmad Akif Salihin Wan Manzrul(kanan) yang cuba dihalang oleh pemain SSTMI Thunderbolts; Syarman Mat Tee dalam perlawanan kedua Liga Hoki Remaja Malaysia 2019 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu pada 23 Jun 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Pasukan dari Terengganu; MSNT-PHT-MSST menjadi pencabar baharu bagi saingan musim Liga Hoki Remaja Malaysia 2019 (LHRM 2019) yang telah membuka tirai kejohanan pada 21 Jun 2019 lepas. Pada aksi kedua musim walaupun tewas di laman sendiri namun pasukan tuan rumah berjaya mengekang SSTMI Thunderbolts dengan dua gol menjadi jurang pemisah. Pasukan lawan yang juga pasukan elit dari Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail merupakan penyandang juara bagi saingan Divisyen 1 Liga Hoki Remaja Malaysia musim lalu.

Aksi penjaga gol MSNT-PHT-MSST; Mohamed Fikri Mohamat Nor cuba menghalang cubaan serangan oleh pemain SSTMI Thunderbolts; Syarman Mat Tee dalam perlawanan kedua Liga Hoki Remaja Malaysia 2019 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu pada 23 Jun 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Gol tuan rumah di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu bocor seawal minit ke-3 permainan yang berjaya ditebuk oleh Syarman Mat Tee hasil dorongan tepat oleh Muhammad Amirul Hamizan Azahar. Lapan minit kemudian sekali lagi penjaga goal MSNT-PHT-MSST; Mohamed Fikri Mohamat Nor terpaksa akur dengan kebocoran gol yang berjaya dicuri oleh Muhamad Faris Harizan menjadikan kedudukan semasa 2 gol di pihak lawan.

Penguasaan sepenuhnya permainan oleh pasukan pelawat memaksa kapten pasukan MSNT-PHT-MSST Mohamad Zahiruddin Haqeem Mohammad Zaid bekerja keras untuk mencipta ruang dan peluang agar dimanfaatkan oleh rakan sepasukan. Namun jurang pengalaman dan kecergasan pasukan lawan yang lincah mengasak menjadi ukuran buat pasukan tuan rumah.

Pada perlawanan pembukaan lalu, SSTMI Thunderbolts telah membelasah BJSS Thunderbolts(Sekolah Sukan Malaysia Bukit Jalil) berkesudahan 6 gol berbalas 2. Manakala MSNT-PHT-MSST terpaksa akur untuk tewas dalam perlawanan pertama menentang Anderson Thunderbolts berkeputusan 00-03. Pada musim lalu, Anderson Thunderbolts yang berpangkalan di SMK Anderson, Ipoh telah mara ke pusingan separuh akhir bagi saingan Divisyen 1.

Skuad hoki MSNT-PHT-MSST merupakan pencabar baharu untuk saingan Divisyen 1 Liga Hoki Remaja Malaysia 2019 yang dibentuk dua bulan sebelum kejohanan bermula turut dibarisi sebahagian dari pemain-pemain yang pernah beraksi dalam Divisyen 2 musim lalu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Untuk rekod, pada saingan musim lalu pasukan Terengganu telah beraksi dalam Divisyen 2 setelah kandas di peringkat kumpulan. Namun pada musim ini rezeki memihak kepada pasukan Terengganu layak ke Divisyen 1 setelah muncul pasukan teratas dalam perlawanan kalah mati baru-baru ini untuk melengkapkan 10 pasukan dalam saingan Divisyen 1 LHRM 2019. Untuk saingan musim ini, hanya Divisyen 1 yang dipertandingkan.

Ketua jurulatih pasukan hoki MSNT-PHT-MSST dalam saingan Liga Hoki Remaja Malaysia 2019; Chairil Anwar Abdul Aziz (lahir pada 7 April 1972) juga adalah bekas pemain kebangsaan yang pernah beraksi di Olimpik Atlanta 1996 dan Olimpik Sydney 2000. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Perlawanan hari ini untuk jurang jaringan kecil dari Sekolah Sukan Malaysia bertaraf skuad elit harus dilihat secara positif. Saya berpuas hati dengan persembahan pasukan kami untuk mengekang tambahan gol. Namun banyak perkara perlu diperbaiki dan sememangnya diakui.” ujar Chairil Anwar Aziz kepada PenyuSukan.com

Bekas pemain kebangsaan Olimpik 2000 yang baharu dilantik sebagai ketua jurulatih ini juga turut mengulas jadual perlawanan yang padat tidak dinafikan menjadi faktor kecergasan pasukan yang baru dibentuk sejak dua bulan yang lalu. Seramai 8 pemain yang beraksi pada Divisyen 2 musim lalu masih dikekalkan untuk pasukan musim ini. MSNT-PHT-MSST meletakkan sasaran awal untuk mara ke pusingan suku akhir kejohanan Liga Hoki Remaja Malaysia 2019.

Seterusnya MSNT-PHT-MSST dijadualkan untuk bertemu pasukan KL Wipers pada 26 Jun 2019 bertempat di Stadium Hoki Kuala Lumpur.

186 Sertai Program Pembangunan Hoki Terengganu

Mohamad Shazwi Rani di antara pemain pasukan Terengganu Hockey Team(THT) yang turut mencurah ilmu kepada peserta Program Pembangunan Hoki PHNT – MSST 2019 yang telah berlangsung selama dua hari di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Program Pembangunan Hoki PHNT – MSST 2019 julung kalinya telah diadakan oleh Persatuan Hoki Negeri Terengganu(PHNT) dengan kerjasama Majlis Sukan Sekolah Terengganu(MSST) untuk mencungkil bakat-bakat baharu dari seluruh negeri Terengganu. Program selama dua hari bermula pada 21 Jun 2019 sehingga 22 Jun 2019 ini berjaya menarik seramai 186 peserta seawal usia di bangku sekolah rendah.

Bertempat di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, ketua jurulatih Pasukan Hoki Terengganu (THT), I. Vikneswaran bersama empat pemain dari pasukan Terengganu Hockey Team(THT) turut memberi komitmen menyumbang tenaga dan ilmu sepanjang program ini.

Menambah menarik bekas kapten The Speedy Tigers yang juga anak jati negeri Terengganu; Mohd Shahrun Nabil Abdullah juga turut hadir menyumbang bakti sepenuhnya demi pembangunan sukan hoki di negeri ini.

Jumlah kehadiran dari pelbagai peringkat usia, kualiti kejurulatihan dan komitmen setiap ahli persatuan menjadi penanda aras kejayaan program ini. Malah untuk dalam tempoh 20 tahun sejarah pembangunan hoki di negeri ini boleh dikatakan ini adalah program pembangunan berskala besar pertama kali dianjurkan.

Kerjasama yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu, Majlis Sukan Sekolah Terengganu dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu khususnya menyediakan logistik dan penginapan secara tidak langsung merealisasikan kejayaan program ini.

I. Vikneswaran juga yang lebih mesra dikenali sebagai Vicky turut mengakui bahawa bukan satu perkara mudah untuk mendapat jumlah penyertaan sebegini khususnya dalam sebarang program pembangunan sukan dalam negara.

“Yang pastinya program ini berjaya! Kerana kita lihat daripada wajah muka mereka dan maklumbalas mereka sangat berpuas hati. Ini sesuatu yang sangat positif dan hasil dari program ini kita akan lihat dalam masa akan datang khususnya dalam kejohanan peringkat umur.” ujar I. Vikneswaran selaku perancang utama program pembangunan ini.

Timbalan Presiden Persatuan Hoki Negeri Terengganu – Mohd Fikri Harun

“Majoriti penyertaan bukan dari mereka yang elit atau pernah bermain dalam sebarang kejohanan. Malah ada diantara mereka pertama kali memegang kayu hoki setelah hadir ke program ini. Ada juga mereka sememangnya meminati sukan ini tetapi tiada ruang dan peluang selama ini. Ini yang kami mahupun untuk program pembangunan ini. Bukan hanya untuk mencungkil bakat malah memberi peluang untuk mereka untuk menimba ilmu agar minat mereka tidak terus pudar.”; ujar Timbalan Presiden Persatuan Hoki Negeri Terengganu kepada PenyuSukan.com

Open Fun Fly Paragliding Bukit Maras

Persatuan Luncur Udara Negeri Terengganu (PLUT) dengan kerjasama Hiking Maras Committee akan menganjurkan satu cara sukan lasak dikenali sebagai ‘Open Fun Fly Paragliding Bukit Maras 2019’ di Bukit Maras Paragliding & Recreational Park, Mukim Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman bermula dari 28 hingga 30 Jun 2019, jam 11.00 pagi hingga 7.00 petang setiap hari.

Acara ini bertujuan untuk memperkenalkan sukan paragliding kepada orang ramai terutamanya golongan belia disamping mempromosikan Bukit Maras sebagai sebuah tapak luncur udara atau paragliding terkenal di rantau ini. Acara ini akan disertai oleh lebih 70 pilot terdiri daripada berbagai negara termasuklah dari Thailand, Canada, Singapore, Spain, USA, France, Iran, Indonesia, Philippines, Germany dan juga Malaysia sebagai tuan rumah.

Sehubungan dengan itu, pihak penganjur menjemput orang ramai khususnya dari Daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu serta pihak media supaya mengambil peluang ini untuk datang melihat sendiri pertunjukkan paragliding ini yang julung kalinya diadakan di Bukit Maras yang melibatkan jumlah peserta yang besar. Disamping itu juga ada persembahan sampingan seperti silat gayung, badut dan cabutan bertuah bagi memeriahkan lagi acara.

Orang ramai juga diberi peluang untuk sama merasai pengalaman terbang bebas seperti burung melalui slot tandem paragliding dengan harga promosi RM150 bersama dengan pilot professional kami yang berdurasi antara 10 hingga 15 minit. Salinan video akan diberikan secara percuma sebagai kenang-kenangan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 0122956302(Anuar Ngah)

PRNT Sampaikan Perutusan Hari Raya

Perutusan Hari Raya AidilFitri 1440H/2019M yang disampaikan oleh Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Amir Amri Muhammad juga merangkap naib presiden Kesatuan Ragbi Malaysia dan terkini selaku pengurus pasukan Bunga Raya 15 sepasukan membawa cabaran Kejohanan Ragbi Asia (ARC) yang sedang berlangsung.

Dyna Julung Kali Sertai Kem Latihan BMX Antarabangsa

Pelumba Eddyna Nasuhar berusia 16 tahun(lahir pada 22 Oktober 2002) turut memberi saingan dalam acara wanita terbuka Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018 untuk bersaing dengan pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman. Kredit Foto - PenyuSukan.com
PenyuSukandotcom - Pelumba basikal lasak BMX Terengganu - Eddyna Nasuhar binti Zainal Abidin. Kredit Foto - Instagram.com/_.dynaevasive
Pelumba basikal lasak BMX Terengganu – Eddyna Nasuhar binti Zainal Abidin. Kredit Foto – Instagram.com/_.dynaevasive

Pelumba BMX wanita Terengganu Hanelang; Eddyna Nasuhar ternyata sangat teruja untuk pertama kali kini diberi peluang bagi mewakili negara bagi menyertai kem latihan BMX di Korea Selatan. Kem latihan selama 19 hari bertempat di World Cycling Center (WCC), Korea Selatan bakal bermula pada 6 sehingga 24 Jun 2019 nanti turut akan disertai beberapa pelumba profesional antarabangsa.

Perkara ini telah disahkan melalui satu surat rasmi yang dikeluarkan oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia(PKBM) bertarikh 28 Mei 2019.

Pelumba Eddyna Nasuhar berusia 16 tahun(lahir pada 22 Oktober 2002) turut memberi saingan dalam acara wanita terbuka Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018 untuk bersaing dengan pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Pelumba Eddyna Nasuhar berusia 17 tahun(lahir pada 22 Oktober 2002) raih podium sewaktu memberi saingan dalam acara wanita terbuka Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Selain Eddyna Nasuhar, dua lagi pelumba berpengalaman dari Terengganu iaitu Saniy Syahmi Mohd Safiee dan Ahmad Zuhri Husin dan empat pelumba selain dari negeri Terengganu bersama tiga jurulatih tempatan akan turut sama ‘berkampung raya’ di sana nanti.

Sebelum ini dalam satu kenyataan media oleh Presiden PKBM Datuk Abu Samah Abd Wahab telah memberi pandangan bahawa pelumba muda ini mempunyai bakat untuk pergi jauh dalam disiplin BMX. Oleh yang sedemikian sewajarnya diberi peluang pendedahan dan latihan sepatutnya untuk digilap menjadi di antara pelumba profesional bertaraf antarabangsa.

Dyna Pertahankan Kejuaraan Buat Kali Ke-3 Peringkat Kebangsaan!
Dyna Pertahankan Kejuaraan Buat Kali Ke-3 Peringkat Kebangsaan!

Untuk rekod, Eddyna Nasuhar yang lebih mesra dikenali dengan panggilan Dyna ini menjadi anak jati Terengganu ke-6 yang terpilih untuk menjalani latihan bertaraf dunia di WCC ini. Pada tahun lalu pelumba ini telah membuat kejutan untuk muncul juara dalam Kejuaraan BMX Kebangsaan buat kali ke-3 berturut-turut. 

Senarai Pelumba Basikal Lasak BMX Terengganu
*Yang pernah menerima pendedahan di World Cycling Center (WCC), Korea Selatan
  BIL.  
  TAHUN  
NAMA
  1.  2017 & 2018   SITI SHAHIRAH HASHIM  
  2.  2018   NOOR QURAATAINA MAMAT  
  3.  2018 & 2019   SANIY SYAHMI MOHD SAFIEE
  4.  2018   ZULFIKRI ZULKIFLI  
  5.  2019   AHMAD ZUHRI HUSIN
  6.  2019   EDDYNA NASUHAR ZAINAL ABIDIN  

Pelumba BMX Terengganu Berlatih Di Korea

Tiga pelumba basikal lasak BMX anak jati negeri Terengganu telah disenaraikan untuk menyertai kem latihan BMX di Korea Selatan. Menambah manis buat pelumba penuh berpengalaman Saniy Syahmi Mohd Safiee di mana ini adalah kali kedua berpeluang untuk menjalani latihan di World Cycling Center (WCC), Korea Selatan. Selain pelumba muda Ahmad Zuhri Husin, Eddyna Nasuhar Zainal Abidin merupakan pelumba wanita tunggal dari negeri ini yang turut tersenarai.

Kem latihan selama 19 hari bertempat di World Cycling Center (WCC), Korea Selatan bakal bermula pada 6 sehingga 24 Jun 2019 nanti turut akan disertai beberapa pelumba profesional antarabangsa. Perkara ini telah disahkan melalui satu surat rasmi yang dikeluarkan oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia(PKBM) bertarikh 28 Mei 2019.

Untuk rekod, sebelum ini Siti Shahirah Hashim merupakan pelumba BMX wanita negeri Terengganu yang pertama diberi peluang untuk menimba pengalaman di negara Korea pada tahun 2017.

Barisan Jurulatih dan Pelumba Basikal Lasak BMX
*Program Latihan Antarabangsa World Cycling Center (WCC), Korea Selatan 6-24 Jun 2019

  BIL.  
  JAWATAN  
NAMA
  1.  JURULATIH   MUZAINI BIN MUSA  
  2.  JURULATIH   EDDI ABU HANIPAH  
  3.  JURULATIH   MUHAMMAD AIM FAUZI
  4.  PELUMBA   SANIY SYAHMI MOHD SAFIEE  *
  5.  PELUMBA   AHMAD ZUHRI HUSIN  *
  6.  PELUMBA   EDDYNA NASUHAR ZAINAL ABIDIN  *
  7.  PELUMBA   ATHIRAH J SAM  
  8.  PELUMBA   SITI QAMARIYANA MAT SALI


*Pelumba Anak Jati Terengganu

Bekas Atlet Paralimpik Negara Rayu Bantuan

Rumah sewa yang diduduki Azman sejak tujuh tahun lalu, di Kampung Rhu Tapai, Setiu. – Kredit Foto – NSTP/Nurul Fatihah Sulaini

Menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, marilah kita bersama-sama membantu apa termampu kepada bekas atlet paralimpik negara, Azman Mohamed Salleh bersama enam sekeluarga yang kini menghitung hari tinggal di Kampung Rhu Tapai, Setiu. Beliau yang berusia 47 tahun merupakan antara bekas atlet paralimpik yang telah menyumbang pingat kepada negara di pentas antarabangsa khususnya dalam acara lontar peluru, lempar cakra dan lembing.

Namun setiap kejayaan itu seolah-olah tidak bermakna setelah mengenangkan nasib sekeluarga bersama isteri, Siti Faizura Zulkapeli, 31, dan empat anak berumur tujuh bulan hingga 10 tahun yang bakal kehilangan tempat berteduh. Menurut laporan akhbar tempatan, rumah yang kini disewa sejak tujuh tahun yang lalu terpaksa dikosongkan selewat-lewatnya selepas Aidilfitri nanti berikutan pemilik kediaman itu tidak mahu lagi menyewakan rumah berkenaan.

Bekas atlet paralimpik negara, Azman untuk bergantung sepenuhnya pada motosikal roda tiga untuk mencari rezeki. Kredit Foto – Facebook.com/azmanmohamedsalleh.bajaks

Tanpa sebarang pekerjaan tetap di samping kecacatan fizikal dengan kudung kaki hingga paras peha akibat kemalangan jalan raya suatu ketika dulu memaksa Azman untuk bergantung sepenuhnya pada motosikal roda tiga untuk mencari rezeki. Malah beliau juga turut membuat kerja sambilan menjadi deejay di majlis-majlis dengan bayaran tidak menentu untuk menampung kehidupan.

Bapa kepada empat anak ini juga turut bergantung pada bantuan RM400 sebulan yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan zakat tahunan dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Sesungguhnya Siti Faizura Zulkapeli pula menunaikan tanggungjawab sepenuhnya sebagai isteri untuk memberi perhatian penuh kepada anak-anak mereka khususnya anak ketiga mereka yang berusia empat tahun juga merupakan orang kurang upaya(OKU) fizikal.

Antara pingat yang pernah dimenangi Azman. – Kredit Foto – NSTP/Nurul Fatihah Sulaini

Untuk rekod, sejak 2008 sehingga 2016 Azman sepenuh masa aktif dalam sukan olahraga untuk mewakili negara ke pentas antarabangsa. Selain beberapa siri kejohanan antarabangsa, Sukan Para ASEAN, Sukan Atlet Berkerusi Roda dan Kudung Antarabangsa (IWAS) beliau juga turut pernah mewakili Terengganu dalam kejohanan PARALIMPIAD di Perlis pada 2014.

Marilah kita menyumbangkan apa termampu kepada mereka sekeluarga ini, Amin.

Bank: BANK SIMPANAN NASIONAL
No. Akaun: 0110029000649716
Penama: AZMAN BIN MOHAMED SALLEH

Facebook https://www.facebook.com/azmanmohamedsalleh.bajaks

Profil Atlet Terengganu Terbilang – Harun Bin Jusoh

PenyuSukandotcom - Profil Atlet Terengganu Terbilang - Harun Bin Jusoh
PenyuSukandotcom - Profil Atlet Terengganu Terbilang - Harun Bin Jusoh
Profil Atlet Terengganu Terbilang – Harun Bin Jusoh. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu

Dilahirkan pada 2 April 1948 adalah anak Terengganu pertama yang menjadi anggota skuad bola sepak negara. Pencapaian terbaik adalah layak ke Sukan Olimpik Munich pada tahun 1972.

Harun juga turut mempunyai seorang adik yang turut cemerlang melakar sejarah bola sepak tempatan mahupun antarabangsa. Kedua-dua beradik ini merupakan pemain dalam skuad kebangsaan yang mencipta sensasi setelah menewaskan Arsenal FC untuk menang 2-0 dan seri 1-1 dalam dua perlawanan persahabatan pada Mei 1975.

PENCAPAIAN

  • 1969 Sukan SEA Rangoon, Myanmar
  • 1972 Sukan Olimpik Munich, Jerman
  • 1974 Sukan Asia Tehran, Iran(Tempat Ke-3)
X