

Selain Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua, Hee Zhan Hao yang mewakili pasukan negeri ini juga turut mara ke pusingan akhir dalam acara wushu ini namun sekadar berada di kedudukan ke-6 dengan kutipan mata 9.3300.


Kolej Matrikulasi Gopeng dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng telah menjadi venue rasmi bagi acara sukan wushu ini di mana pada hari pertama(11 September 2018) acara wushu ini berlansung turut melibatkan beberapa acara di peringkat akhir seperti Jianshu, Gunshu bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita serta Nandao kategori wanita. Acara wushu yang dipertandingkan dalam temasya SUKMA Perak 2018 akan menutup tirai sepenuhnya pada 13 September 2018.
Keputusan penuh sila muat turun – http://penyusukan.com/download/SUKMA2018/Wushu/20180911-PenyuSukandotcom-SukanMalaysiaSUKMAPerak2018_BolaSepak-TerengganuHanelang_Keputusan-Wushu-Jianshu_Lelaki-Akhir.pdf