Atlet sukan wushu; Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua yang berusia 16 tahun menjadi penyumbang pertama kutipan pingat buat kontijen Terengganu Hanelang setelah meraih pingat gangsa dalam acara Jianshu (pedang) dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – Facebook.com/govtrg
Atlet wushu negeri Terengganu yang berusia 16 tahun; Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua tidak menyangka tuah menjadi penyumbang pingat pertama buat kontijen negeri ini apabila tidak meletakkan sebarang sasaran pingat bagi temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 ini. Perbezaan tipis 0.1 mata menjarakkan tuah untuk meraih pingat emas apatah lagi perbezaan 0.02 mata untuk merangkul pingat perak. Kejayaan tanpa disangka meraih pingat gangsa dalam acara Jianshu (pedang) di hari pertama kejohanan wushu ini sudah pasti menjadi pembakar semangat buat atlet muda ini dan seluruh pasukan.
Setelah meraih pingat gangsa di hari pertama kejohanan wushu di Kolej Matrikulasi Gopeng, anak didik bimbingan jurulatih Chong Min Fei dan Qin Gan akan meneruskan cabaran di hari kedua(12 September 2018) kejohanan untuk berentap dalam acara Changquan (tanpa senjata).
Atlet sukan wushu; Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua yang berusia 16 tahun menjadi penyumbang pertama kutipan pingat buat kontijen Terengganu Hanelang setelah meraih pingat gangsa dalam acara Jianshu (pedang) dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – Facebook.com/govtrg
Disiplin tanpa senjata dalam sukan wushu ini merupakan acara kegemaran buat atlet ini secara tidak lansung dilihat optimis untuk mengutip sebarang pingat. Pada hari terakhir kejohanan wushu di pentas SUKMA Perak edisi ke-19 ini, Afiq Danial bakal menerima saingan sengit dari atlet senior kebangsaan untuk berentap dalam acara Qiengshu (tombak).
Menurut laporan laman Facebook rasmi Kerajaan Negeri Terengganu – Facebook.com/govtrg; pasangan Mohamad Firdaus Chua Abdullah dan Zanariah Dahlan yang juga kedua-dua ibu bapa kepada atlet ini turut hadir ke venue kejohanan wushu temasya SUKMA ini untuk memberi sokongan padu kepada anak ke-2 mereka. Atlet muda ini sekiranya diteruskan program latihan yang mantap di samping pendedahan kepada beberapa kejohanan yang kompetitif dilihat mampu untuk terus menyinar di pentas SUKMA pada edisi seterusnya malah mungkin berpeluang untuk mewakili negara.
Atlet sukan wushu; Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua yang berusia 16 tahun menjadi penyumbang pertama kutipan pingat buat kontijen Terengganu Hanelang setelah meraih pingat gangsa dalam acara Jianshu (pedang) dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – Facebook.com/govtrg
Hari ke-4 penganjuran Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19 ini hanya sukan wushu melibatkan 4 disiplin acara dipertandingkan telah dijadualkan untuk disertai oleh kontijen negeri Terengganu Darul Iman. Secara tidak lansung menjadi tumpuan apabila pingat pertama kontijen ini berjaya diterjemahkan oleh Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua dalam acara Jianshu (pedang) setelah meraih pingat gangsa.
Pemenang pingat sulung kontijen negeri Terengganu ini juga bakal meneruskan cabaran dalam pusingan akhir disiplin acara Changquan (tanpa senjata) bersama rakan sepasukan Tan Yi Xuan pada hari kedua(12 September 2018) kejohanan wushu ini. Seterusnya di hari terakhir(13 September) kejohanan wushu di pentas SUKMA ini, Afiq Danial akan berpasangan bersama Hee Zhan Hao dalam acara Qiengshu (tombak).
Atlet wushu negeri Terengganu; Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua(tiga dari kiri) bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Encik Ibni Amin Busu(dua dari kiri) setelah berjaya merangkul pingat gangsa yang juga merupakan kutipan pingat pertama buat kontijen negeri Terengganu dalam acara Jianshu (pedang) di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 bertempat di Kolej Matrikulasi Gopeng. Kredit Foto – Facebook.com/govtrg
Kem wushu negeri ini juga turut diceriakan kejayaan Wee Teck Siang yang berjaya untuk mara ke pusingan separuh akhir setelah menewaskan atlet tuan rumah dalam disiplin acara Sanda bawah 60kg lelaki dalam pusingan suku akhir. Seterusnya Wee Teck Siang bakal bertemu dengan Andy Tan Jun Jie atlet dari Johor bagi acara penentuan ke pusingan akhir yang dijadualkan di hari terakhir kejohanan.
Nasib berbeza buat atlet Terengganu yang berentap dalam acara akhir Gunshu lelaki; Tan Yi Xuan yang sekadar mampu menamatkan di kedudukan ke-11. Begitu juga buat Wan Asmazaidi Amin yang terkandas di perlawanan suku akhir dalam acara Sanda bawah 56kg lelaki setelah tewas kepada Teh Chee Chong dari kontijen Pulau Pinang.
Atlet sukan wushu; Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua yang berusia 16 tahun menjadi penyumbang pertama kutipan pingat buat kontijen Terengganu Hanelang setelah meraih pingat gangsa dalam acara Jianshu (pedang) dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – Facebook.com/govtrg
Kejohanan wushu di pentas SUKMA Perak 2018 edisi ke-19 ini telah membuka gelanggang sejak 11 September 2018 dan gelanggang akan ditutup pada 13 September 2018 nanti di mana venue rasmi kejohanan adalah bertempat di Kolej Matrikulasi Gopeng dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng. Sebanyak 23 disiplin acara sukan ini yang menawarkan kutipan pingat bagi kategori lelaki dan wanita. Kontijen Terengganu Hanelang telah menghantar seramai 6 atlet wushu untuk berentap dalam acara yang dipertandingkan.
Kejohanan Wushu Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 Ke-19
*Senarai acara yang disertai oleh atlet negeri Terengganu Darul Iman sahaja
BIL.
DISIPLIN ACARA WUSHU
1.
JIANSHU LELAKI
MOHAMAD AFIQ DANIAL BIN MOHD FIRDAUS CHUA
HEE ZHAN HAO
2.
QIANGSHU LELAKI
MOHAMAD AFIQ DANIAL BIN MOHD FIRDAUS CHUA
HEE ZHAN HAO
3.
CHANGQUAN LELAKI
MOHAMAD AFIQ DANIAL BIN MOHD FIRDAUS CHUA
TAN YI XUAN
Atlet sukan wushu; Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua yang berusia 16 tahun menjadi penyumbang pertama kutipan pingat buat kontijen Terengganu Hanelang setelah meraih pingat gangsa dalam acara Jianshu (pedang) dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – Facebook.com/bajudin.pictures
Kutipan pingat pertama buat kontijen negeri Terengganu berjaya diraih oleh atlet wushu Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua dalam disiplin acara Jianshu lelaki setelah mendapat tempat ke-3 dalam temasya kejohanan Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 ini. Kutipan mata 9.3800 menjadikan pingat gangsa yang juga kutipan pingat pertama buat kontijen negeri Terengganu berjaya diraih setelah dinafikan oleh atlet dari Melaka yang meraih pingat emas dan atlet dari Sarawak untuk pingat perak.
Selain Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua, Hee Zhan Hao yang mewakili pasukan negeri ini juga turut mara ke pusingan akhir dalam acara wushu ini namun sekadar berada di kedudukan ke-6 dengan kutipan mata 9.3300.
Atlet wushu negeri Terengganu; Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua dan Hee Zhan Hao berjaya mara ke pentas pusingan akhir bagi disiplin Jianshu lelai dalam temasya kejohanan Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 ini. Kredit Foto – http://result.perak.gov.my
Kolej Matrikulasi Gopeng dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng telah menjadi venue rasmi bagi acara sukan wushu ini di mana pada hari pertama(11 September 2018) acara wushu ini berlansung turut melibatkan beberapa acara di peringkat akhir seperti Jianshu, Gunshu bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita serta Nandao kategori wanita. Acara wushu yang dipertandingkan dalam temasya SUKMA Perak 2018 akan menutup tirai sepenuhnya pada 13 September 2018.