Tirai Kejohanan Boling Padang Asia Dibuka

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu; Dato' A.Rahman bin Yahya(berdiri tiga dari kiri) dan Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia; Datuk Wan Nawawi Wan Ismail(berdiri dua dari kanan) bersama pasukan kebangsaan dan pasukan negeri Terengganu dalam cabaran Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Malaysia Regu Campuran Asia 2018(Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018). Kredit Foto - PenyuSukan.com
Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu; Dato’ A.Rahman bin Yahya(tengah – berdiri tiga dari kiri) dan Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia; Datuk Wan Nawawi Wan Ismail(berdiri dua dari kanan) bersama pasukan kebangsaan dan pasukan negeri Terengganu dalam cabaran Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Malaysia Regu Campuran Asia 2018(Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018). Kredit Foto – PenyuSukan.com

Tirai Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Malaysia Regu Campuran Asia 2018(Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018) akhirnya dibuka dengan perasmian majlis kejohanan yang disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu; Dato’ A.Rahman bin Yahya, Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia; Datuk Wan Nawawi Wan Ismail yang juga Naib Presiden Lawn Bowls Asia dan Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Encik Mohd Sabri bin Abas bertempat di Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Negeri Terengganu Gong Badak.

Datuk Wan Nawawi Wan Ismail dalam ucapannya menzahirkan tanda terima kasih kepada kehadiran pasukan yang bertanding dan juga kepada kerajaan negeri Terengganu baharu yang meneruskan program kejohanan yang telah dirancang sekian lama ini. Penganjuran dan fasiliti kemudahan sukan yang bertaraf antarabangsa di negeri ini di lihat mampu untuk memberi pelbagai pulangan kepada kerajaan negeri ini. Malah secara tidak lansung memperkukuhkan dominasi negeri Terengganu selaku kuasa besar di dalam sukan boling padang ini sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.





11 pasukan terdiri daripada negara China, Hong Kong, Korea, Macau, Pakistan, Sri Lanka, Filipina, Brunei, Thailand, Singapura dan 5 pasukan tuan rumah termasuk pasukan dari negeri Terengganu berentap dalam Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Malaysia Regu Campuran Asia 2018(Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018) bermula 25 Ogos hingga 28 Ogos 2018 nanti. Kredit Foto - PenyuSukan.com
11 pasukan terdiri daripada negara China, Hong Kong, Korea, Macau, Pakistan, Sri Lanka, Filipina, Brunei, Thailand, Singapura dan 5 pasukan tuan rumah termasuk pasukan dari negeri Terengganu berentap dalam Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Malaysia Regu Campuran Asia 2018(Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018) bermula 25 Ogos hingga 28 Ogos 2018 nanti. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Kejohanan boling padang antarabangsa ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu sepenuhnya dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu, Persatuan Lawn Bowls Terengganu dan Persekutuan Lawn Bowls Malaysia. Berlansungnya kejohanan bertaraf antarabangsa ini juga turut merasmikan gelanggang yang baharu siap dinaik taraf bernilai RM 6 juta di mana sebelum ini menjadi venue SUKMA Terengganu 2008. Kemudahan berbumbung dan mempunyai sistem pencahayaan dan audio yang mengikut piawai penganjuran antarabangsa merupakan satu kelebihan kepada setiap pasukan bertanding.

Atlet kebangsaan penuh berpengalaman yang juga anak jati Kampung Ladang, Kuala Terengganu; Mohd Fairuz Abdul Jabal turut beraksi bagi mewakili pasukan kebangsaan. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Atlet kebangsaan penuh berpengalaman yang juga anak jati Kampung Ladang, Kuala Terengganu; Mohd Fairuz Abdul Jabal turut beraksi bagi mewakili pasukan kebangsaan. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Malaysia atau lebih tepat negeri Terengganu yang menjadi tuan rumah penganjuran turut disertai oleh lima pasukan tuan rumah iaitu pasukan kebangsaan(Malaysia A, Malaysia B dan Malaysia C), pasukan negeri Terengganu(Malaysia E) dan pasukan dari Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) yang terletak di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor membawa cabaran selaku pasukan Malaysia D. Menambah manis bagi penganjuran antarabangsa ini, atlet kebangsaan penuh berpengalaman yang juga anak jati Kampung Ladang, Kuala Terengganu; Mohd Fairuz Abdul Jabal turut beraksi bagi mewakili pasukan kebangsaan. Untuk hari pertama kejohanan ini sebanyak 64 pertandingan berlansung di mana melibatkan tiga kategori acara iaitu Mixed Pairs, Mixed Triples dan Mixed Fours. Mixed Triples menjadi acara terakhir dipertandingkan bagi hari pertama ini dijadualkan bermula seawal jam 0800 malam.

Kemudahan berbumbung dan mempunyai sistem pencahayaan yang mengikut piawai penganjuran antarabangsa merupakan satu kelebihan kepada setiap pasukan bertanding dalam Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Malaysia Regu Campuran Asia 2018(Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018) bermula 25 Ogos hingga 28 Ogos 2018. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Kemudahan berbumbung dan mempunyai sistem pencahayaan dan audio yang mengikut piawai penganjuran antarabangsa merupakan satu kelebihan kepada setiap pasukan bertanding dalam Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Malaysia Regu Campuran Asia 2018(Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018) bermula 25 Ogos hingga 28 Ogos 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Pasukan negeri Terengganu merupakan satu-satunya pasukan yang mewakili negeri akan dibarisi oleh para pemain yang bakal bertanding dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di Perak nanti. Seramai 118 peserta termasuk atlet termasuk pegawai pasukan akan berentap selama 4 hari dalam kejohanan peringkat Asia ini untuk membawa pulang trofi, medal dan hadiah wang tunai di mana sebanyak RM 14,000.00 hadiah keseluruhan ditawarkan. Orang ramai dan para peminat sukan boling padang ini dijemput hadir tanpa sebarang bayaran tiket untuk menyaksikan kejohanan bertaraf antarabangsa ini yang akan berakhir pada 28 Ogos 2018 ini.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X