SUKMA 2018 Ragbi: Belasah Perlis Mara Separuh Akhir

Acara sukan ragbi 7 sepasukan kembali dipertandingkan dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19 setelah kali terakhir dipertandingkan dalam SUKMA KL 2013 edisi ke-16. Kredit – SUKMA2018.perak.gov.my
Acara sukan ragbi 7 sepasukan kembali dipertandingkan dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19 setelah kali terakhir dipertandingkan dalam SUKMA KL 2013 edisi ke-16. Kredit – SUKMA2018.perak.gov.my

PenyuSukandotcom - SUKMA Perak 2018 - Maskot RagbiPasukan ragbi lelaki skuad Terengganu Hanelang membelasah Perlis dalam perlawanan pertama untuk hari kedua peringkat suku akhir ini berkesudahan dengan kutipan mata 31 tanpa balasan untuk terus padu mara ke pusingan separuh akhir kejohanan ragbi 7 sepasukan di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Beraksi dalam padang yang basah setelah cuaca hujan lebat di awal pagi seolah-olah memberi kelebihan buat pasukan negeri Terengganu untuk penguasaan penuh di atas padang sepanjang perlawanan.

Terengganu Hanelang bermula dengan garang setelah sepak mula oleh Abdul Latif bin Said gagal dikawal kemas oleh pasukan lawan. Situasi rucking yang memihak kepada pasukan ini dengan pantas pemain berjersi nombor 9 Muhammad Nur Hakim bin Che Rusli mengeluarkan bola kepada kapten pasukan Terengganu Hanelang Muhammad Haikal bin Ibrahim untuk terus melakukan larian laju sekaligus berjaya mendapatkan kutipan mata jatuhan try pertama perlawanan seawal saat ke-20 mula perlawanan. Tendangan conversion oleh Abdul Latif bin Said melengkapkan mata penuh pertama di minit awal permainan.





Tiga minit kemudian pemain berjersi nombor 10 yang juga selaku penendang bola dalam pasukan; Abdul Latif bin Said berjaya mendapatkan jatuhan try kedua setelah pasukan berjaya mengeluarkan bola dari situasi scrum yang dihadiakan kepada pihak lawan. Walaupun beliau gagal menambah 2 mata untuk menyempurnakan tendangan conversion namun 5 mata jatuhan try tersebut amat memberi kelebihan kepada pasukan.

5 jatuhan try dan 3 tendangan conversion yang berjaya disudahkan menjadi tiket buat pasukan ragbi lelaki negeri Terengganu untuk mara ke pusingan separuh akhir menentang Wilayah Persekutuan. Kredit Foto – http://result.perak.gov.my
5 jatuhan try dan 3 tendangan conversion yang berjaya disudahkan menjadi tiket buat pasukan ragbi lelaki negeri Terengganu untuk mara ke pusingan separuh akhir menentang Wilayah Persekutuan. Kredit Foto – http://result.perak.gov.my

Pemain bernombor 8 Muhammad Faris bin Abdullah bijak mengambil peluang pantas sepak mula untuk membuat larian solo sejauh hampir 50meter dari tengah padang berjaya menafikan tiga pemain lawan untuk jatuhan try ketiga di minit ke-5 permainan. Tendangan conversion serong jauh dari sudut padang berjaya disempurnakan dengan baik oleh Abdul Latif bin Said sekaligus menambah kutipan mata untuk mendahului separuh masa pertama yang berakhir dengan 19 mata tanpa balasan.

Sebaik separuh masa kedua bermula, Abdul Latif bin Said sekali lagi menambah duka buat pasukan lawan dengan jatuhan try di hujung padang untuk menambah 5 mata seterusnya menjadikan 24 mata semasa. Pasukan lawan yang kian tertekan cuba untuk mengasak padu namun kian melakukan kesilapan demi kesilapan memberikan kelihan buat skuad Terengganu Hanelang ini. Berbaki dua minit sebelum tamat perlawanan hasil dorongan cantik dari kapten pasukan kepada pemain bernombor 14; Stanly Sedry Stephen berjaya diterjemahkan untuk jatuhan try terakhir penuh bergaya di sisi tiang gol setelah melepasi beberapa pemain lawan. Tendangan conversion mudah sudah pasti memastikan mata penuh berjaya dikutip dengan kemas sekaligus terus mengheret hingga ke akhir perlawanan dengan mata kemenangan 31-00.

5 jatuhan try dan 3 tendangan conversion yang berjaya disudahkan menjadi tiket buat pasukan ragbi negeri Terengganu untuk mara ke pusingan seterusnnya. Skuad Terengganu Hanelang ini bakal berentap bersama pasukan Wilayah Persekutuan dalam aksi peringkat separuh akhir Cup manakala pasukan Perlis bakal meneruskan cabaran dalam aksi separuh akhir Plate untuk menentang pasukan Kedah.

 

Hari Ke-2 Acara Sukan Ragbi Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19 (16 Sept | Ahad)
*Keputusan peringkat suku akhir

Suku Akhir (Lelaki)
Suku Akhir 1 : Terengganu vs Perlis 31-00
Suku Akhir 2 : W. Persekutuan vs Kedah 12-10
Suku Akhir 3 : Negeri Sembilan vs Selangor 33-10
Suku Akhir 4 : Kelantan vs Perak 22-07

Suku Akhir (Wanita)
Suku Akhir 1: Sabah vs W. Persekutuan 24-00
Suku Akhir 2: Johor vs Perak 10-05
Suku Akhir 3: Kedah vs Sarawak 22-10
Suku Akhir 4: Selangor vs Terengganu 12-05

Muat turun keputusan rasmi:

Suku Akhir Lelaki – Terengganu vs Perlishttp://penyusukan.com/download/SUKMA2018/Ragbi/20180916-KeputusanSUKMAPerak2018-RagbiLelaki_SukuAkhir-TerengganuvsPerlis.pdf

Suku Akhir Wanita – Terengganu vs Selangorhttp://penyusukan.com/download/SUKMA2018/Ragbi/20180916-KeputusanSUKMAPerak2018-RagbiWanita_SukuAkhir-TerengganuvsSelangor.pdf

KEJOHANAN KUDA LASAK PIALA SULTAN MIZAN 2024
24 OKTOBER 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

october, 2024

07sepalldayKejuaraan Ragbi Piala Agong 2024

29sep(sep 29)12:00 am06oct(oct 6)12:00 amTour de Langkawi (LTDL) 2024

21octalldayKejohanan Tour Gateh D'Tranung 3.0 2024

24octalldayKejohanan Lawn Bowls Terbuka Triples Terengganu

24octalldayKejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan 2024

26octalldayRally Sprint X-One 2024

X