Naib Johan Milik THT Perbaiki Rekod

Aksi kapten Terengganu Hockey Team(THT) Faizal Saari(kiri) bersama Nukman Hakim Mohammad meraikan kejayaan untuk muncul naib juara Liga Hoki Malaysia 2021 setelah menafikan TNB pada perlawanan penentuan berkesudahan 4-1 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 26 Mac 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation
Terengganu Hockey Team(THT) di bawah kendalian ketua jurulatih K. Rajan berjaya memperbaiki rekod musim ini untuk dinobatkan selaku naib juara Liga Hoki Malaysia 2021 setelah menafikan TNB pada perlawanan penentuan berkesudahan 4-1 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.




Gol pembukaan perlawanan milik THT seawal minit ke-6 permainan hasil terjahan padu gol padang Mohamad Akhimullah Anuar Esook yang bijak mengambil peluang di hadapan gawang lawan. TNB yang kian liat untuk diratah namun tambahan gol padang oleh Faizal Saari di penghujung suku kedua permainan sekaligus berjaya mendahului 2-0 untuk separuh masa pertama.

Aksi kapten Terengganu Hockey Team(THT) Faizal Saari(kiri) sewaktu membantu pasukan untuk muncul naib juara Liga Hoki Malaysia 2021 setelah menafikan TNB pada perlawanan penentuan berkesudahan 4-1 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 26 Mac 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

THT yang mempertaruhkan Faizal Saari selaku kapten pada perlawanan penentuan ini dilihat berjaya menjalankan tugasnya sekaligus rakan-rakan pasukan mempamerkan aksi yang terbaik dalam keseluruhan perlawanan sebelum ini. Komunikasi di antara rakan pasukan yang kian positif berjaya mengucar-ngacirkan situasi di hadapan gol lawan sehingga sekali lagi kapten pasukan membuat pukulan penalti shoot out padu untuk terus mencipta jurang permainan 3-0 mendahului permainan.

Aksi pemain Terengganu Hockey Team(THT) Shello Silverius sewaktu membantu pasukan untuk muncul naib juara Liga Hoki Malaysia 2021 setelah menafikan TNB pada perlawanan penentuan berkesudahan 4-1 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 26 Mac 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

TNB yang kian terdesak untuk mengejar masa berjaya mencuri gol tunggal milik hasil dari jaringan gol padang oleh Muhammad Muhibuddin Moharom di minit ke-51 permainan. Situasi permainan yang kian laju bersilih ganti penguasaan bola menyaksikan beberapa insiden kecederaan buat kedua-dua pasukan.

Pada minit-minit akhir permainan, TNB sekali lagi kian tertekan untuk meneruskan perlawanan tanpa penjaga gol gantian setelah Che Sharul Azmi Che Saupi yang dikeluarkan berikutan kecederaan. Kelebihan ini terus dimanfaatkan oleh THT sepenuhnya untuk Faizal Saari menambah jaringan di minit ke-58 melalui pukulan sudut penalti pertama buat pasukan sekaligus menjadi gol penentuan untuk menobatkan THT selaku naib juara liga musim ini.

Aksi pemain Terengganu Hockey Team(THT) Mohamad Akhimullah Anuar Esook sewaktu membantu pasukan untuk muncul naib juara Liga Hoki Malaysia 2021 setelah menafikan TNB pada perlawanan penentuan berkesudahan 4-1 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 26 Mac 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

Setelah mengharungi 7 perlawanan untuk tewas hanya sekali kepada pendahulu liga dan tiada perlawanan berkeputusan seri dicatatkan dengan kutipan 18 mata liga oleh gergasi hoki pantai timur ini sekaligus berjaya memperbaiki rekod pasukan berbanding musim lalu yang sekadar berada di tempat ke-3 liga.

Kredit – Youtube Malaysian Hockey Confederation

Seterusnya THT bersama 3 pasukan teratas LHM 2021 akan terus mara untuk memberi fokus perebutan Piala TNB yang akan bermula pada 28 Mac ini untuk saingan separuh akhir pertama melibatkan kesemua pasukan yang diadakan serentak pada jam 0800 malam di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Terengganu Hockey Team(THT) menamatkan kempen kejuaraan Liga Hoki Malaysia 2021 selaku naib juara liga dengan kutipan 18 mata setelah berjaya menafikan TNB pada perlawanan penentuan berkesudahan 4-1 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 26 Mac 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

KEPUTUSAN PERLAWANAN PENENTUAN LIGA HOKI MALAYSIA 2021(AKHIR)
25 Mac 2021 0800 Malam
THT vs TNB 04-01

KEPUTUSAN TERDAHULU (PERINGKAT KUMPULAN)
23 Mac 2021 0600 Petang
THT vs NURINSAFI HT / SPORTS 06-01

21 Mac 2021 0800 Malam
THT vs TNB THUNDERBOLTS 03-02

18 Mac 2021 0800 Malam
MAYBANK vs THT 02-04

16 Mac 2021 0800 Malam
THT vs UITM 04-00

11 Mac 2021 0600 Petang
THT vs UNIKL 02-04

11 Mac 2021 0600 Petang
SABAH vs THT 00-11


Kredit – Youtube Malaysian Hockey Confederation

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

april, 2024

No Events

X