
Walaupun terlepas sasaran yang diletakkan untuk merangkul Piala Liga Hoki Malaysia 2021(LHM 2021), namun ianya bukan noktah buat Terengganu Hockey Team(THT) untuk kembali cemerlang sekaligus membuat kejutan dinobatkan selaku juara Piala TNB musim ini.
Kejayaan ini juga turut memperbaiki rekod musim lalu untuk membawa pulang sekurang-kurangnya sebiji piala sekaligus telah mengecewakan UniKL yang baharu meraih kejuaraan liga hoki musim ini untuk membolot ketiga-tiga piala yang dipertaruhkan sekaligus mencalar rekod selaku penyandang juara musim lalu.
Selain membawa pulang Piala TNB buat kali ke-6 sejak sejarah penganjuran, menambah manis dua pemain THT turut diberi anugerah khas di mana pemain paling senior THT Mohd Shahrun Nabil Abdullah diumumkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan manakala Shello Silverius yang membuat penampilan pertama bersama pasukan diumumkan sebagai Pemain Harapan pada musim ini. Penyerang profilik Faizal Saari juga telah diumumkan selaku penjaring terbanyak kejohanan dengan 16 gol.

Untuk menjulang Piala TNB ini, ternyata bukan satu laluan mudah buat THT yang terlebih dahulu ketinggalan 2-0 di awal minit permainan. Gol pertama milik THT hadir di minit ke-15 hasil terjahan gol padang Faizal Saari menamatkan suku pertama perlawanan.
Tambahan dua gol yang disumbang oleh pukulan sudut penalti Muhammad Arif Syafie Ishak dan gol padang Mohamad Akhimullah Anuar Esook meletakkan THT mendahului 3-2 bagi suku kedua perlawanan. Namun momentum penguasaan THT gagal untuk terus menambah jaringan gol pada aksi suku perlawanan seterusnya sebaliknya terjahan gol padang Muhammad Razie Abd Rahim di minit ke-35 meletakkan UniKL untuk mengikat keputusan semasa 3-3. Selang 3 minit kemudian THT kembali bangkit mendahului permainan 4-3 hasil jaringan gol padang oleh Faizal Saari.

Menjelang minit-minit akhir permainan, tekanan kian bertambah buat kedua-dua pasukan untuk mempertaruhkan kudrat bagi penguasaan padang. Situasi tersebut berjaya dimanfaatkan oleh Mohamad Ashran Hamsani membuat terjahan gol padang sekaligus mengikat perlawanan 4-4 sehingga tamat permainan. Berkeputusan seri ini memaksa penentuan penalti ‘shoot out’
Aksi separuh masa kedua permainan, UniKL melalui Muhammad Razie Abd Rahim berjaya merapatkan jurang berkeputusan 4-4 melalui pukulan sudut penalti di minit ke-35 namun selang 3 minit kemudian Faizal Saari pantas menambah defisit hasil terjahan gol padang. Namun situasi geting minit-minit akhir permainan UniKL sekali lagi berjaya mengikat keputusan 4-4 sekaligus menambah tekanan bagi penentuan juara untuk ditentukan melalui penentuan pukulan penalti ‘shoot out’.

Dua jaringan ‘shoot out’ yang disempurnakan oleh Syarman Mat Tee dan Muhammad Noor Firdaus Rosdi menjadi noktah buat THT untuk merangkul kejuaraan Piala TNB musim ini. Begitu juga kredit sudah tentu seharusnya diberikan kepada penjaga gawang THT Muhammad Hafizuddin Othman yang berjaya mengekang ke semua cubaan dari UniKL sekaligus memadamkan hasrat mereka untuk merangkul ke semua piala pada musim ini.

KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA TNB(AKHIR)
3 April 2021 0830 Malam
UniKL vs THT 4(0)-(2)4
JARINGAN
UniKL – Tengku Ahmad Tajuddin Tg Abdul Jalil 09″ (Gol Padang)
UniKL – Tengku Ahmad Tajuddin Tg Abdul Jalil 13″ (Gol Penalti)
THT – Faizal bin Saari 15″ (Gol Padang)
THT – Muhammad Arif Syafie bin Ishak 17″ (Gol Sudut Penalti)
THT – Mohamad Akhimullah bin Anuar Esook 21″ (Gol Padang)
UniKL – Muhammad Razie Abd Rahim 35″ (Gol Sudut Penalti)
THT – Faizal bin Saari 38″ (Gol Padang)
UniKL – Mohamad Ashran bin Hamsani 51″ (Gol Padang)
PENENTUAN SHOOT OUTS
THT – Syarman bin Mat Tee
THT – Muhammad Noor Firdaus bin Rosdi








Terengganu Hockey Team(THT) di bawah kendalian ketua jurulatih K. Rajan berjaya memperbaiki rekod musim ini untuk dinobatkan selaku naib juara Liga Hoki Malaysia 2021 setelah menafikan TNB pada perlawanan penentuan berkesudahan 4-1 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.


























Aksi perlawanan ke-3 buat Terengganu Hockey Team(THT) menepati ramalan untuk terus mengutip mata liga setelah menewaskan Universiti Teknologi Malaysia(UiTM) berkesudahan 4-0 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Perlawanan ini juga menyaksikan THT menurunkan 4 pemain berstatus pemain kebangsaan yakni Faizal Saari, Muhammad Arif Syafie Ishak, Syarman Mat Tee, Muhammad Noor Firdaus Rosdi dah juga penjaga gol kebangsaan Muhammad Hafizuddin Othman yang mengalas tugasan selaku kapten pada perlawanan ini.










Gergasi hoki pantai timur, Terengganu Hockey Team(THT) membuka tirai kempen Liga Hoki Malaysia 2021 edisi ke-34 dengan membelasah pendatang baharu Sabah pada perlawanan pertama buat mereka berkesudahan 11 gol tanpa balasan.







Penganjuran kejuaraan Liga Hoki Wanita Malaysia(LHWM) bagi musim 2021 ini dikejutkan dengan pengunduran penyertaan pasukan Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) yang pertama kali mengambil keputusan sedemikian sejak penubuhan pada 2017.








