Pasukan tuan rumah SMIDIN-MSNT terpaksa akur untuk memberi 3 mata liga pertama kepada SSTMI Thunderbolts yang hadir selaku penyandang juara yang berakhir dengan keputusan 7-0 bagi perlawanan pertama buat setiap pasukan untuk merebut kejuaraan Liga Hoki Remaja Kebangsaan 2024 yang membuka tirai pada 24 Mei 2024 sehingga 29 Jun 2024.
Pasukan hoki remaja Terengganu yang dijenamakan sebagai SMIDIN-MSNT bagi kempen Liga Hoki Remaja Kebangsaan 2024 mengutip pengalaman besar yang amat bermakna setelah mengharungi perlawanan pertama membuka tirai musim ini untuk bertemu penyandang juara musim lalu SSTMI Thunderbolts di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Batu Buruk.
Walaupun berkeputusan 7-0 memihak kepada pasukan pelawat, kredit sewajarnya diberikan kepada pasukan pembangunan hoki Terengganu yang dibarisi oleh rata-rata dari kalangan pelajar SMK Padang Midin, Kuala Terengganu yang bukan berstatus sekolah sukan sepenuh masa seperti mana pasukan SSTMI Thunderbolts yang menjadi pelapis kepada pasukan hoki kebangsaan.
Ketua jurulatih SMIDIN-MSNT Muhammad Shahiram Zali merupakan watak penting yang membimbing pasukan hoki remaja Terengganu untuk layak beraksi dalam Divisyen 1 Liga Hoki Remaja Kebangsaan 2024 setelah muncul naib juara Divisyen 2 edisi lalu.
“Layak ke Divisyesn 1 pada musim ini merupakan cabaran besar buat Terengganu untuk berentap memandangkan saingan daripada pasukan-pasukan ternama yang jauh lebih baik dari kami khususnya dari segi persiapan pasukan dan pengalaman setiap pemain mereka.
“Walaupun kami hadir selaku pasukan bukan pilihan namun setiap pemain saya perlu memanfaatkan sebaik mungkin ruang dan peluang sekaligus mengutip pengalaman di pentas paling berprestij ini sebagai usaha untuk mematangkan pasukan untuk lebih berdaya saing.
“Sememangnya beraksi dalam Divisyen 1 adalah amat berbeza berbanding berada di dalam lain-lain divisyen. Kita tidak boleh menerapkan corak permainan mahupun persiapan mental setiap pemain seperti mana kita di dalam Divisyen 2 musim lalu.
Pasukan hoki remaja Terengganu yang dijenamakan sebagai SMIDIN-MSNT layak untuk beraksi dalam Divisyen 1 musim ini untuk merebut kejuaraan Liga Hoki Remaja Kebangsaan 2024 yang membuka tirai pada 24 Mei 2024 sehingga 29 Jun 2024.
“Sudah tentu beraksi dalam Divisyen 1 ini tahap kecergasan pemain bukanlah taruhan utama untuk memburu kejayaan di mana saya perlu siapkan pasukan ini dengan perancangan taktikal yang lebih baik untuk diterjemahkan oleh setiap barisan pemain.
“Pada perlawanan pertama musim ini dan beraksi di laman sendiri untuk bertemu penyandang juara sememangnya bukanlah satu pilihan yang boleh kami tolak. Kami berpuas hati dengan keputusan perlawanan pertama kami di mana kami membuat persiapan pasukan seadanya dengan kemampuan kami. Rata-rata pemain kami adalah pelajar mahupun lepasan pelajar SMK Padang Midin yang bukan berstatus sekolah sukan sepenuh masa berbanding lawan kami hari ini.” ujar ketua jurulatih SMIDIN-MSNT Muhammad Shahiram Zali kepada Penyu Sukan sejurus tamat perlawanan.
Manakala ketua jurulatih SSTMI THUNDERBOLTS Wan Mohd Roslan Wan Abdul Rahmat menjelaskan 3 mata pertama dalam perlawanan pembukaan liga musim ini amat penting untuk momentum pasukan menjelang perlawanan seterusnya nanti.
Ketua jurulatih SSTMI Thunderbolts Wan Mohd Roslan Wan Abdul Rahmat yang mengemudi pasukannya untuk meraih 3 mata Liga Hoki Remaja Kebangsaan 2024 pertama setelah menafikan pasukan tuan rumah SMIDIN-MSNT berkeputusan 7-0 di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Batu Buruk 24 Mei 2024.
“Walaupun hadir selaku penyandang juara, kita tidak boleh berada di dalam zon selesa dan perlu sentiasa menjangka sebarang kemungkinan pada musim ini memandangkan terdapat beberapa pasukan lain di dalam Divisyen 1 yang dilihat membuat persediaan yang lebih baik berbanding musim lalu.
“Begitu juga pada perlawanan pertama kami bertemu Terengganu ini, sentiasa saya tekankan kepada para pemain saya agar tidak memandang rendah kemampuan lawan di mana kita boleh lihat bukan mudah buat kami untuk mendapatkan 7 jaringan gol apatah lagi lebih banyak dari itu.
Penyandang juara Liga Hoki Remaja Kebangsaan membuka tirai musim 2024 bertandang ke Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Batu Buruk untuk bertemu SMIDIN-MSNT selaku pasukan baharu yang layak ke Divisyen 1 untuk merebut kejuaraan Liga Hoki Remaja Kebangsaan 2024 yang membuka tirai pada 24 Mei 2024 sehingga 29 Jun 2024.
“Terengganu yang hadir selaku pasukan baharu dalam Divisyen 1 dilihat mampu untuk menjadi cabaran buat setiap pasukan di dalam Divisyen 1 ini memandangkan mereka mempunyai struktur pemain yang baik untuk berentap.” ujar Wan Mohd Roslan Wan Abdul Rahmat.
Pada aksi perlawanan pertama ini juga, SMIDIN-MSNT membuktikan kemampuan jentera pertahanan yang ampuh untuk menahan asakan pasukan lawan dari terus menerus merobek gawang.
Gol pertama milik pasukan pelawat melalui jaringan gol padang yang berjaya dicuri oleh Muhammad Haziq Zunnurrain Mohd Azhary pada minit ke-13 untuk aksi suku pertama permainan. 3 jaringan gol lagi berjaya dirobek oleh SSTMI Thunderbolts sekaligus meletakkan jurang 4-0 buat pasukan pelawat sebelum berehat separuh masa pertama.
Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Batu Buruk kembali menjadi venue kejohanan berstatus kebangsaan bagi tahun 2024 menyaksikan perlawanan pertama kejuaraan Liga Hoki Remaja Kebangsaan 2024 di antara pasukan tuan rumah SMIDIN-MSNT bertemu SSTMI Thunderbolts berkeputusan 7-0 memihak kepada pasukan pelawat.
Momentum permainan yang kian hilang rentak oleh pasukan tuan rumah pada minit-minit separuh masa kedua permainan dimanfaatkan sebaik mungkin pasukan remaja bertaraf profesional yang berpangkalan dari Bandar Penawar, Kota Tinggi di selatan tanah air.
Setelah setiap satu kad kuning dikutip oleh kedua-dua pasukan sepanjang perlawanan, akhirnya SMIDIN-MSNT terpaksa akur untuk memberi 3 mata liga pertama kepada pasukan pelawat yang berkeputusan 7-0 memihak kepada SSTMI Thunderbolts.
Kejuaraan perlumbaan rali bagi tahun 2025 menyaksikan sebanyak 4 pusingan yang dijadualkan berlangsung pada:
PUSINGAN PERTAMA
2-3 Ogos 2025(Johor)
PUSINGAN KEDUA
13-14 Sept 2025(Perak)
PUSINGAN KETIGA
25-26 Oct 2025(Negeri Sembilan)
PUSINGAN KE-4
27-28 Disember 2025(Melaka)
Maklumat Lanjut:
016 228 5784
019
more
Event Details
Kejuaraan perlumbaan rali bagi tahun 2025 menyaksikan sebanyak 4 pusingan yang dijadualkan berlangsung pada:
Varsity Team Championship 2025(VTC) merupakan kejohanan sukan berpasukan yang mempertaruhkan perebutan juara bagi acara bola jaring, hoki dan ragbi 7 sepasukan(Ragbi 7's) yang dijadualkan berlangsung bermula pada 5 sehinga 10
more
Event Details
Varsity Team Championship 2025(VTC) merupakan kejohanan sukan berpasukan yang mempertaruhkan perebutan juara bagi acara bola jaring, hoki dan ragbi 7 sepasukan(Ragbi 7’s) yang dijadualkan berlangsung bermula pada 5 sehinga 10 Ogos 2025 bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI), Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan.
Kejohanan ini terbuka untuk disertai oleh pelajar-pelajar institusi pendidikan tinggi awam(IPTA) dan institusi pendidikan tinggi swasta(IPTS) termasuk Politeknik dan Kolej Komuniti dari seluruh negara.
Kementerian Pendidikan Tinggi(KPT) merupakan pemegang taruh utama selaku pengelola VTC dengan kerjasama Majlis Sukan Universiti Malaysia(MASUM) sebagai penganjur dan Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) selaku tuan rumah penganjuran edisi kali ini.
Penganjuran siri perlumbaan Junior Cycling Malaysia(JCM) kini memasuki edisi tahun ke-9 sejak 2016. Siri perlumbaan berbasikal trek dan lebuh raya ini merupakan inisiatif program pembangunan sukan berbasikal oleh Kementerian Belia
more
Event Details
Penganjuran siri perlumbaan Junior Cycling Malaysia(JCM) kini memasuki edisi tahun ke-9 sejak 2016. Siri perlumbaan berbasikal trek dan lebuh raya ini merupakan inisiatif program pembangunan sukan berbasikal oleh Kementerian Belia dan Sukan(KBS) yang diselia oleh Majlis Sukan Negara(MSN) yang mempertaruhkan kategori peringkat umur dari peringkat akar umbi bagi lelaki dan wanita.
Penganjuran siri perlumbaan Junior Cycling Malaysia(JCM) kini memasuki edisi tahun ke-9 sejak 2016. Siri perlumbaan berbasikal trek dan lebuh raya ini merupakan inisiatif program pembangunan sukan berbasikal oleh Majlis Sukan Negara(MSN) yang mempertaruhkan kategori peringkat umur dari peringkat akar umbi bagi lelaki dan wanita.
ACARA TREK
JCM TRACK SERIES 1/2025 19-22 April 2025 Velodrome National, Nilai.
JCM TRACK SERIES 2/2025 14-15 Jun 2025 Velodrome National, Nilai.
JCM TRACK SERIES 3/2025 16-19 Ogos 2025 Velodrome National, Nilai.
JCM TRACK SERIES 4/2025 11-14 Oktober 2025 Velodrome National, Nilai.
ACARA LEBUH RAYA
JCM ROAD RACE SERIES 1/2025 7-9 Februari 2025 Cyberjaya, W.P Putrajaya
JCM ROAD RACE SERIES 2/2025 9-11 Mei 2025 Kelantan
JCM ROAD RACE SERIES 3/2025 (STAGE RACE) 2-5 Julai 2025 Langkawi, Kedah
JCM ROAD RACE SERIES 4/2025 5-7 September 2025 Kuala Lipis, Pahang
JCM ROAD RACE SERIES 5/2025 14-16 November 2025 Negeri Sembilan