Ismail Abu Kembali Bersama THT

Setelah 5 tahun meninggalkan Terengganu Hockey Team(THT), kini bekas penyerang kebangsaan Ismail Abu kembali bersama gergasi hoki pantai timur bagi mengharungi kempen kejuaraan Liga Hoki Malaysia(LHM 2021) musim ini. Anak kelahiran Pahang yang kini berusia 37 tahun(Lahir pada 8 April 1984) sekali lagi akan bergandingan dengan Faizal Saari di barisan jentera serangan seperti mana yang pernah menjadi perhatian suatu ketika dulu.





Terdahulu trio jentera serangan THT yang menghimpunkan Ismail Abu, Faizal Saari dan Firhan Ashaari sememangnya menjadi sebutan dengan melakar sejarah kejayaan pasukan yang terbaik pada musim 2014 dan 2015.

Bekas penyerang kebangsaan, Ismail Abu yang kali terakhir beraksi bersama Terengganu Hockey Team(THT) pada musim 2016 kini kembali bersama pasukan untuk kempen Liga Hoki Malaysia 2021. Kredit Foto – Persatuan Hoki Negeri Terengganu

“Faktor umur tidak menghalang untuk kita bermain selagi kita ada komitmen dan kemahuan untuk bermain. Bagi jentera serangan pada tahun ini saya lihat ada kombinasi menarik antara pemain muda dan pemain senior THT. Saya harap kombinasi serangan pada tahun ini akan memberi persembahan yang menarik untuk THT dan liga tahun ini.” ujar Ismail Abu dalam satu kenyataan.

Kali terakhir Ismail bersama THT adalah pada musim 2016 sebelum memberi fokus sepenuhnya bersama pasukan kebangsaan dan turut berkelana ke beberapa pasukan Liga Hoki Malaysia(LHM). Ismail Abu juga turut pernah beraksi di Hong Kong pada 2018 bersama pasukan Singh Sabah Hockey Club (SSHC) pada masa yang sama ketika itu bersama Maybank bagi saingan LHM. Pada aksi LHM musim lalu, Ismail Abu beraksi bersama pasukan Kedah/Nurinsafi HT.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

april, 2024

No Events

X