![Rachmat dan Donny Wardono bersama ahli pasukan MRU Motorsports sewaktu meraikan kejayaan setelah muncul juara dalam Kejuaraan Rali Terengganu 2018 yang telah berlansung selama dua hari bertempat di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu. Kredit Foto - MalaysianRally.com](http://penyusukan.com/v1/wp-content/uploads/2018/12/2018-Malaysian-Rally-Championship-Rali-Terengganu-2018-Pemenang-MRU-Motorsports-Donny-Wardono-Donny-Wardono-001.jpg)

Peserta dari Indonesia; Rachmat dan Donny Wardono bersama jentera Mitsubishi Lancer dari pasukan MRU Motorsports muncul juara keseluruhan Rali Terengganu 2018 dengan catatan masa 50 minit 33 saat untuk keseluruhan peringkat cabaran. Rakan sepasukan; Muhammad Rafiq Udhaya dan Mohd Tarmimi Danny Lee bersama jentera Subaru Impreza turut meraih tempat kedua setelah jurang 1 minit 20 saat ketinggalan.
![Cuaca tidak menentu sewaktu musim hujan monsun pantai timur antara cabaran Rali Terengganu 2018 yang juga merupakan siri perlumbaan terakhir dalam kalendar tahunan Kejuaraan Rali Malaysia 2018. Kredit Foto - MalaysianRally.com](http://penyusukan.com/v1/wp-content/uploads/2018/12/2018-Malaysian-Rally-Championship-Rali-Terengganu-2018-002.jpg)

Manakala pelumba persendirian; Sutan Mustaffa Salihin dan Amiruddin Baharun turut mempertaruhkan jentera Subari Impreza berada di tempat ketiga keseluruhan. Pelumba penuh berpengalaman, Karamjit Singh bersama Daveender Singh sekadar berjaya meraih kedudukan di tempat ke-4 dengan catatan masa 55 minit 22 saat bersama jentera Proton Gen2.
Manakala pelumba tuan rumah; Muhammad Syakirin Razaki dan Amir Izham Abdul Aziz bersama jentera Proton Satria berjaya meraih di tempat ketiga setelah berentap dalam kategori P9 untuk jentera bawah 1300cc.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang turut disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim. Beliau juga turut menzahirkan kepada pemberita bahawa pihak Kerajaan Negeri Terengganu berpuas hati dengan penganjuran yang telah berlansung ini.
Kejuaraan Rali Terengganu 2018 yang berlansung dari 14 hingga 15 Disember 2018 merupakan perlumbaan siri ketiga dan penutup dalam kalendar tahunan penganjuran Kejuaraan Rali Malaysia AAM. Seramai 56 pelumba termasuk penyertaan dari negara Indonesia dan Jepun menjadikan keseluruhan 28 buah jenteran perlumbaan menyertai perlumbaan ini. Kali terakhir perlumbaan rali diadakan di negeri ini adalah pada tahun 2010 yang telah berlansung di ladang TDM Berhad, Sungai Tong, Setiu.