Tekad Anuar Manan Buru Olimpik Bersama FAR

Tekad Anuar Manan buru Olimpik Tokyo 2020 bersama Forca Amskins Racing (FAR) untuk musim 2018 ini.

Pelumba berusia 31 tahun(lahir pada 11 Oktober 1986) Anuar Manan tekad untuk memulakan musim baru 2018 dengan meninggalkan pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) yang pernah dipelopori beliau sejak penubuhan. Desas-desus kontrak tidak akan disambung sejak akhir 2017 terungkai setelah Anuar Manan beraksi bersama pasukan Forca Amskins Racing (FAR) dalam Jelajah Siak di Indonesia pada Disember lepas sekali gus berjaya merangkul podium di perlumbaan peringkat ketiga.

Malah dalam perlumbaan tersebut bekas pelumba TSG, Adiq Husainie Othman juga turut bersama Anuar Manan menyarung jersi pasukan baru itu. Walaupun dilaporkan TSG pernah menawarkan Anuar Manan sebagai pengarah sukan dalam akademi yang akan tubuhkan, namun beliau tekad untuk meneruskan kayuhan bagi memburu kejayaan.





Pada Olimpik London 2012, Anuar Manan telah disenarai pendek di antara pelumba yang bakal beraksi namun terlepas peluang setelah Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menyenaraikan Adiq Husainie Othman dan Amir Mustafa Rusli untuk beraksi. Sebelum itu pada 2010, Anuar Manan berjaya mencipta sensasi dan sejarah perlumbaan basikal negara setelah muncul sebagai pelumba tempatan pertama untuk menyarung jersi hijau selaku Raja Pecut Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010.

PenyuSukandotcom - Jersi Forca Amskins Racing
Jersi pasukan Forca Amskins Racing yang bakal memberi cabaran bermula 2018 ini. Kredit Foto – Facebook.com/ForcaAmskins

Malah ketika itu juga turut meraih podium sebagai pemenang kedua peringkat ke-3 perlumbaan berbasikal di kejohanan bertaraf hors ini. Pada Olimpik Rio 2016, Anuar Manan sekali lagi terlepas peluang setelah disebabkan oleh kedudukan ke-12 pasukan kebangsaan di peringkat Asia rentetan pertukaran pengurusan pasukan TSG dan penggantungan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) oleh Pesuruhjaya Sukan selama sebulan ketika itu.

FAR menjadi pasukan berstatus benua ketiga dari Malaysia setelah pasukan Team Sapura Cycling (TSC) yang turut baharu ditubuhkan pada tahun ini dijangka bakal memberi cabaran baru kepada TSG. Untuk rekod, tiga bekas pelumba TSG memulakan musim baru ini di mana Anuar Manan bersama FAR manakala Adiq Husainie Othman dan Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff bersama TSC.

Anuar Manan tetap meneruskan misi kayuhan bersama Forca Amskins Racing untuk memburu tiket ke Olimpik Tokyo 2020 nanti. Kredit Foto – Instagram.com/anuarmanan86

Anuar Manan akan digandingkan dengan pelumba – pelumba berpengalaman di dalam pasukan ini seperti Amir Mustafa Rosli, Nik Azwan Zukliflie dan Sofian Nabil Omar Mohd Bakri. Kudrat pelumba muda juga turut ditagih pasukan ini dengan menyenaraikan Hafiz Abdul Hamid dan Wan Abdul Rahman Wan Abdul Rashid. Pasukan ini juga dikhabarkan menerima bimbingan dari Sebastian Duclos iaitu bekas jurulatih TSG.

FAR juga telah melakukan proses pendaftaran sebagai pasukan berstatus benua yang baharu di bawah naungan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) pada awal tahun ini. Walaupun tempoh pendaftaran sudah tamat November lalu, rayuan pasukan ini telah diterima setelah diuruskan oleh PKBM. Tertubuhnya pasukan berstatus benua ini secara tidak lansung akan membantu Malaysia meraih mata untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan sudah pasti memberi peluang untuk Anuar Manan memburu tiket ke Olimpik bersama pasukan ini.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

june, 2024

02junalldayKejuaraan Ragbi Asia 15s (Lelaki) 2024: Korea Selatan vs Malaysia

02jun5:00 pm2:42 pmLIGA HOKI REMAJA MALAYSIA 2024: SMIDIN-MSNT vs AKADEMI HOKI MBPJ

08junalldayKejuaraan Ragbi Asia 15s (Lelaki) 2024: Malaysia vs Hong Kong

09jun5:00 pm2:42 pmLIGA HOKI REMAJA MALAYSIA 2024: SMIDIN-MSNT vs SSBJ THUNDERBOLTS

21junalldayKejuaraan Ragbi Asia 15s (Lelaki) 2024: UAE vs Malaysia

29jun8:00 pm10:42 pmLIGA HOKI REMAJA MALAYSIA 2024: AKHIR

X