SELANGOR GEGAR MISI KELANTAN PERTAHANKAN KEJUARAAN NATIONAL 7s

Aksi pemain Selangor; Muhammad Eiman Zulhasyier Mohd Kamalhakky(jersi kuning merah) berjaya melepasi pertahanan lawan sewaktu bertemu Kelantan pada hari pertama aksi peringat kumpulan Terbuka Lelaki Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan(National 7s 2026) yang berlangsung di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Terengganu.

KUALA NERUS – Hasrat Kelantan mempertahankan kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan (National 7s 2026) menerima tamparan awal apabila juara bertahan itu tewas 14-19 kepada Selangor dalam aksi pembukaan peringkat kumpulan, hari ini.

Kekalahan itu bukan sahaja menjejaskan permulaan kempen Kelantan, malah menyaksikan rekod tanpa kalah yang dibina ketika muncul juara edisi lalu turut berakhir.





Selangor mempamerkan permulaan agresif apabila berjaya mencipta try kurang seminit selepas sepak mula sebelum conversion meletakkan mereka di hadapan 7-0.

Bagaimanapun, Kelantan bangkit memperkemaskan corak permainan untuk menyamakan kedudukan 7-7 sebelum tamat separuh masa pertama.

Selangor kembali menguasai permainan selepas rehat apabila menambah try untuk mendahului 12-7, sekali gus memaksa Kelantan bekerja lebih keras bagi merapatkan jurang mata.

Kelantan(jersi merah putih) terpaksa akur untuk tewas kepada Selangor berkeputusan 19-14 pada hari pertama aksi peringat kumpulan Terbuka Lelaki Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan(National 7s 2026) yang berlangsung di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Terengganu.

Walaupun Kelantan berjaya menambah tujuh mata dalam separuh masa kedua, usaha mereka tidak mencukupi untuk menghalang Selangor daripada membawa pulang kemenangan 19-14.

Keputusan itu hadir selepas Kelantan membuka tirai kempen dengan kemenangan besar 31-0 ke atas Pahang, sekali gus menjadikan pertemuan seterusnya menentang Johor pada Sabtu sebagai aksi penting untuk menghidupkan peluang mereka dalam saingan kumpulan.

Johor pula hadir dengan reputasi pencabar utama selepas mencatat kemenangan meyakinkan 43-0 ke atas Pahang dan 24-7 ke atas Selangor.

Dalam perkembangan lain, Terengganu mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kategori Terbuka Lelaki selepas terikat 14-14 dengan Kedah.

Skuad wanita tuan rumah turut mencuri perhatian apabila meneruskan rentak cemerlang menerusi kemenangan besar 52-0 ke atas PDRM dan 43-0 ke atas Melaka.

Sebanyak 34 perlawanan peringkat kumpulan berlangsung pada hari pertama kejohanan, manakala baki aksi kumpulan dijadualkan bersambung esok sebelum saingan suku akhir berlangsung pada hari sama.

Kejohanan selama tiga hari di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Terengganu itu dijadualkan berakhir Ahad ini.

YOUTUBE - PENYU SUKAN

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

KALENDAR SUKAN

november, 2026

27novalldayTERENGGANU SURF FESTIVAL 2026

MENGENAI KAMI

Penyu Sukan adalah sebuah entiti agensi berita sukan subsidiari kepada GOMBUGDOTNET (Suruhanjaya Syarikat Malaysia – TR0109982-D) memfokuskan berita perkembangan atlet, pasukan mahupun persatuan dan sebarang penganjuran acara sukan tempatan.

Hubungi kami: sukan@penyusukan.com

TINGKAT 1, TERENGGANU DIGITAL 1303(TD1303),
JALAN SULTAN ZAINAL ABIDIN,
20000 KUALA TERENGGANU,
TERENGGANU DARUL IMAN.

X