Sukan Pelayaran Orang Kelainan Upaya(OKU) Bertapak di Terengganu

Atlet pelayaran kurang upaya Wan Muhammad ‘Adli Wan Mohd Razin(kiri) yang berkerusi roda sewaktu membuat penyelenggaraan bot Hansaa Access 2.3 di Pusat Latihan Sukan Pelayaran Terengganu, Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

Program pembangunan sukan pelayaran negeri Terengganu yang terbukti melalui kejayaan-kejayaan yang dilakar di pentas kebangsaan mahupun antarabangsa kini mengorak langkah untuk memfokuskan program sukan perahu layar buat atlet kurang upaya di negeri ini.

Perkembangan terkini ini meletakkan penanda aras baharu buat pasukan pelayaran Terengganu untuk terus melahirkan kecemerlangan atlet-atlet berkualiti yang sentiasa bersedia untuk menyertai sebarang kejohanan malahan sebarang kem latihan kebangsaan.





Melihat prospek podium bagi acara-acara sukan pelayaran di peringkat antarabangsa khususnya di pentas kejohanan Asia mahupun pentas tertinggi dunia Paralimpik mampu untuk meletakkan pasukan pelayar kurang upaya ini berada di dalam kelas tersendiri untuk digilap lebih awal.

Program pembangunan sukan pelayaran atlet kurang upaya bagi kategori bot Hansaa Access 2.3 telah berlangsung sejak penghujung tahun 2021 di Pusat Latihan Sukan Pelayaran Terengganu, Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

Jesteru itu sehingga kini seramai 10 atlet kurang upaya telah memulakan program latihan bot Hansaa Access 2.3 yang kini aktif menyertai beberapa kejohanan domestik sejak setahun lepas.

Kalendar sukan pelayaran negeri Terengganu bagi tahun 2023 ini juga cukup meriah dengan penganjuran empat siri perlumbaan yang akan mempertaruhkan lima kategori termasuk Hansaa Access 2.3 bagi atlet kurang upaya. Mencipta kelainan, dua perlumbaan itu akan berlangsung di perairan Tasik Kenyir di Hulu Terengganu dan Tasik Puteri di Dungun.

Presiden Persatuan Pelayaran Negeri Terengganu Ibni Amin Busu

“Terengganu kini memberi fokus pada program pembangunan sukan perahu layar melibatkan atlet-atlet kurang upaya di mana kami melihat kategori ini mempunyai prospek untuk menyumbang pingat buat Terengganu mahupun negara di kejohanan antarabangsa.

“Selain itu ianya secara tidak langsung menjadi tanggungjawab sosial kami untuk memberi peluang dan ruang kepada masyarakat orang kurang upaya negeri ini untuk menceburi sukan ini.

“Malah hala tuju pembangunan sukan pelayaran melibatkan atlet kurang upaya ini bakal mempunyai masa depan yang lebih cerah sekiranya kembali dipertandingkan di pentas Sukan Para Malaysia(Para SUKMA). Seiring dengan objektif penganjuran Para SUKMA itu sendiri untuk melahirkan atlet-atlet berkualiti untuk mewakili negara ke pentas yang lebih tinggi seperti Sukan Asia mahupun Paralimpik yang menjadi pentas tertinggi buat mereka.

Program pembangunan sukan pelayaran atlet kurang upaya bagi kategori bot Hansaa Access 2.3 telah berlangsung sejak penghujung tahun 2021 di Pusat Latihan Sukan Pelayaran Terengganu, Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

“Kita tidak boleh menafikan keupayaan orang kurang upaya ini di mana mereka mampu untuk digilap menjadi atlet-atlet bertaraf profesional cuma kita perlu memberi peluang dan ruang sama rata buat mereka khususnya penglibatan dalam sebarang kejohanan-kejohanan yang berlangsung khususnya di dalam negara.

“Begitu juga buat buat kami di Terengganu untuk menganjurkan beberapa kejohanan di sini setelah memulakan program pendedahan sukan pelayaran kepada orang kurang upaya ini.

“Namun begitu kami perlu sentiasa merangka untuk penambahbaikan dalam perlaksanaan program pembangunan sukan pelayaran secara komprehnsif di negeri Terengganu ini termasuk program kejurulatihan supaya sambutan penglibatan yang lebih ramai dari golongan orang kurang upaya ini.” ujar Presiden Persatuan Pelayaran Negeri Terengganu Ibni Amin Busu yang telah meninggalkan legasi besar kejayaan sukan negeri ini selaku bekas pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) bagi penggal 2006 sehingga 2020.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

april, 2024

No Events

X