Siti Shahirah & Dyna Ungguli Terbuka Wanita BMX MPD 2018

20180818-Kejohanan BMX MPD 2018 Podium - Wanita Terbuka. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Kategori Wanita Terbuka Kejohanan BMX Majlis Daerah Dungun 2018 – Johan – Siti Shahirah Hashim, Naib Johan – Siti Natasha dan tempat ke-3 – Eddyna Nasuhar. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Pelumba wanita Terengganu Hanelang penuh berpengalaman; Siti Shahirah dan Eddyna Nasuhar berjaya menguasai kedudukan podium dalam acara terbuka wanita Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018 yang telah berlansung di litar Arena Berbasikal Dungun pada 18 Ogos lepas. Siti Shahirah berjaya meraih podium kedudukan pertama namun buat pelumba muda Eddyna Nasuhar sekadar meraih tempat ketiga setelah dinafikan oleh pelumba dari Selangor iaitu Siti Natasha.

Walaupun meraih tempat ke-3, pujian harus diberikan kepada pelumba berusia 16 tahun ini apabila menyahut cabaran untuk berentap dalam acara terbuka wanita. Ketiga-tiga pelumba wanita yang meraih kedudukan podium ini merupakan pelumba penuh berpengalaman di mana mereka sering berentap dalam beberapa acara perlumbaan yang telah dianjurkan di dalam negara mahupun di luar negara.





Aksi kejar mengejar acara wanita terbuka Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018 diketuai oleh pelumba tuan rumah; #27 Siti Shahirah Hashim. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Aksi kejar mengejar acara wanita terbuka Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018 diketuai oleh pelumba tuan rumah; #27 Siti Shahirah Hashim. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Pelumba Persatuan Berbasikal Pasir Gudang(PBPG); Mirsha Leia Ixora yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-4 dalam acara akhir terbuka wanita juga merupakan antara pelumba yang akan berentap di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di Perak nanti bersama – sama ke semua pelumba yang berada di podium dalam perlumbaan ini.

 

Pelumba kelahiran Dungun; Siti Shahirah binti Hashim adalah pelumba penuh berpengalaman di pentas kebangsaan mahupun antarabangsa. Pelumba ini juga adalah penyandang juara Kejuaraan BMX Kebangsaan dari tahun 2015 hingga 2018. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Pelumba kelahiran Dungun; Siti Shahirah binti Hashim adalah pelumba penuh berpengalaman di pentas kebangsaan mahupun antarabangsa. Pelumba ini juga adalah penyandang juara Kejuaraan BMX Kebangsaan dari tahun 2015 hingga 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Penuh tekanan dalam setiap siri perlumbaan dari awal sehingga perlumbaan akhir. Malah Dyna (Eddyna Nasuhar, rakan sepasukan) juga lansung tidak memberi peluang kepada saya! Setiap perlumbaan di mana-mana sahaja bukan hanya di sini sememangnya sudah pasti saya juga tidak akan memberi ruang kepada mereka. Setiap pelumba di sini akan berentap di SUKMA Perak nanti di mana matlamat utama bagi kami semua.”; ujar pelumba sepenuh masa anak jati Dungun; Siti Shahirah binti Hashim kepada PenyuSukan.com

Pelumba yang berusia 18 tahun juga turut mengulas bahawa litar yang dibina untuk perlumbaan ini sememangnya amat mencabar bukan seperti mana latihan harian yang dilakukan di sini. Sedikit sebanyak litar ini memberi peluang sama rata kepada pelumba di mana hanya pengalaman dan fokus dalam perlumbaan mampu untuk menjinakan litar yang mempunyai cabaran teknikal ini. Eddyna Nasuhar juga turut menyatakan pendapat yang sama di mana berpendapat litar ini setanding dengan kejuaraan di luar negara yang pernah disertainya.

Pelumba Eddyna Nasuhar berusia 16 tahun(lahir pada 22 Oktober 2002) turut memberi saingan dalam acara wanita terbuka Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018 untuk bersaing dengan pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Pelumba Eddyna Nasuhar berusia 16 tahun(lahir pada 22 Oktober 2002) turut memberi saingan dalam acara wanita terbuka Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018 untuk bersaing dengan pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Litar ini amat mencabar bagi saya tambahan beraksi dalam acara terbuka wanita. Satu acara yang jarang saya sertai. Lompatan pertama dan selekoh pertama di awal perlumbaan sememangnya amat mencabar dan penuh teknikal. Sekiranya terjatuh atau mengalami kemalangan di awal perlumbaan sudah pasti teramat jauh untuk mengejar menamatkan perlumbaan.”; ujar Eddyna Nasuhar.

[metaslider id=”939″]

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

POPULAR HARI INI

may, 2024

02mayalldaySEA 7's Singapore 2024

22mayalldayKejohanan Lawn Bowls Terbuka Fours Terengganu

24may5:00 pm2:42 pmLIGA HOKI REMAJA MALAYSIA 2024: SMIDIN-MSNT vs SSTMI THUNDERBOLTS

26may5:00 pm2:42 pmLIGA HOKI REMAJA MALAYSIA 2024: SMIDIN-MSNT vs SSBJ JUNIOR

X