Piala Sumbangsih Kembali Milik THT

Piala Sumbangsih 2022 milik Terengganu Hockey Team(THT) setelah menafikan TNB berkeputusan 3-2 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil sekaligus menjadi kemenangan pertama dalam aksi kempen Liga Hoki Malaysia 2022. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

Momentum terbaik buat Terengganu Hockey Team(THT) untuk mengharungi kempen Liga Hoki Malaysia musim ini setelah berjaya menafikan Tenaga Nasional Berhad(TNB) dalam perlawanan sulung buat kedua-dua pasukan bagi perebutan Piala Sumbangsih yang berkesudahan 3-2 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Ledakan gol pertama jentera THT di bawah kendalian ketua jurulatih Roslan Jamaluddin berjaya diterjemahkan oleh penyerang THT Faizal Saari pada minit ke-7 suku pertama permainan dan gol kedua peribadi miliknya melalui pukulan penalti di minit ke-35 suku ketiga permainan untuk mendahului permainan. Muhammad Arif Syafie Ishak menambah jaringan gol melalui pukulan penalti meletakkan kedudukan semasa memihak buat THT 3-0 mendahului perlawanan.





Situasi selesa yang memihak pada THT itu mula menerima tekanan apabila terjahan jaringan gol padang oleh Muhammad Najib Abu Hassan memecah kebuntuan TNB di minit terakhir suku ke-3 permainan. THT sekali lagi dihukum oleh jentera pukulan sudut penalti TNB yang disempurnakan oleh Faiz Helmi pada minit ke-52. Walaupun penguasaan TNB pada minit-minit akhir permainan namun kekangan masa memaksa TNB untuk akur menghadiahkan Piala Sumbangsih musim ini kepada THT.

Piala Sumbangsih 2022 milik Terengganu Hockey Team(THT) setelah berjaya menafikan Tenaga Nasional Berhad(TNB) berkeputusan 3-2 dalam perlawanan pembukaan Liga Hoki Malaysia 2022. Walaupun berkongsi mata liga dengan tiga pasukan di kedudukan teratas namun jurang jaringan gol memberi kelebihan buat Maybank di tangga teratas manakala THT di tangga ke-3 kedudukan Liga Hoki Malaysia 2022 dengan jumlah tiga jaringan gol sebaik tamat perlawanan pertama mereka.

Untuk rekod, Mohd Shahrun Nabil Abdullah, Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran, Muhamad Amirul Mirza Rozi dan Nukman Hakim Mohamad tidak dipertaruhkan oleh THT bagi perebutan Piala Sumbangsih ini.

Seterusnya THT dijadualkan untuk membelasah pasukan TNB Thunderbolts yang dibarisi oleh pemain-pemain muda produk sekolah sukan pada 20 Februari jam 5 petang nanti di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

SENARAI PEMAIN-PEMAIN THT YANG DITURUNKAN

NO. JERSINAMA PEMAIN TERENGGANU HOCKEY TEAM (THT)
5Muhammad Firdaus Omar
7Mohd Fitri Saari
10Faizal Saari (NP)
15Nabil Fiqri Mohd Nor
18Muhammad Arif Syafie Ishak
19Mohamad Akhimullah Anuar Esook
21Muhammad Hafizuddin Othman (GK) (NP)
23Shello Silverius
27Syarman Mat Tee
35Muhammad Marhan Mohd Jalil (NP)
36Mohd Sukri Abdul Mutalib
3Muhammad Amirol Aideed Mohd ArshadSUB
8Abdul Khaliq HamirinSUB
11Muhammad Sufi Ismat Mr RohulaminSUB
12Muhammad Abid Sufian Mat RusleeSUB
13Ismail AbuSUB
30Muhammad Noor Firdaus RosdiSUB
32Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri (GK)SUB
1Mohd Shahrun Nabil AbdullahDNP
9Luqman Nul Hakim Ahmad ShukranDNP
25Muhamad Amirul Mirza RoziDNP
29Nukman Hakim MohamadDNP

*
SUB – Pemain gantian
DNP – Tidak bermain
NP – Pemain kebangsaan
GK – Penjaga gol

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X