Liga Super: TFC Pertaruh Kesebelasan Utama

Terengganu FC mempertaruhkan kesebelasan utama pasukan untuk beraksi di laman sendiri bertemu Perak FC yang kini menghuni tangga kedudukan ke-10 liga. Kredit Foto – Facebook.com/footballclubterengganu

Setelah tertangguh sejak sekian lama berikutan situasi pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah, akhirnya Terengganu FC(TFC) kembali menyambung aksi dalam kempen Liga Super bertemu Perak FC pada malam ini.

Terdahulu setelah berhempas pulas memberi fokus utama, TFC yang terlepas tiket merebut kejuaraan Piala AFC berikutan pembatalan penganjuran dilihat kembali bangkit untuk memberi saingan kejuaraan Liga Super musim ini sekaligus memperbaiki rekod musim lalu yang berada di tangga ke-3 liga.





TFC yang kini berada di tangga kedua kedudukkan liga dengan kutipan 27 mata berjurang 3 mata di belakang pendahulu, JDT optimis untuk merampas kedudukan semasa dengan taruhan tonggak baharu pasukan.

Pengurus Pasukan TFC Zul Fadli Rozi. Kredit Foto – Terengganufc.com

“Alhamdullilah player-player kita pun orang kata nampak cukup bersemangat apatah lagi dengan pembatalan AFC dia memberi satu hikmah yang positif lah untuk kem Terengganu. Satu tonik satu booster yang bagus untuk Terengganu. Kerana semua pasukan ingin..memerlukan permulaan yang baik iaitu kemenangan pada perlawanan pembukaan pusingan kedua Liga Super ini.” ujar Pengurus Pasukan Terengganu FC Zul Fadli Rozi.

Pemain import baharu TFC, Habib Haroon bakal menjadi perhatian untuk aksi pertama beliau bersama pasukan di pentas Liga Super ini. Bekas pemain kelab Al Khalidiya dalam Liga Bahrain itu menggantikan bekas pertahanan Aston Villa, Christopher Herd yang telah digugurkan TFC kerana kecederaan sejak awal musim.

Menurut pengurus pasukan TFC, Zul Fadli Rozi memberi gambaran bahawa TFC bakal mempertaruhan kesebelasan utama pasukan untuk beraksi di laman sendiri nanti. Walaupun berdepan dengan Perak FC yang menghuni tangga kedudukan ke-10 liga, TFC tetap menghormati pasukan lawan yang mampu untuk membuat kejutan setelah lama berehat.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X