Cub Prix: Pelumba Terengganu Kuasai Litar Gong Badak

Anak jati Dungun; pelumba Ahmad Afif Amran menjuarai perlumbaan Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak dengan catatan masa 13:40.445s.
Anak jati Dungun; pelumba Ahmad Afif Amran menjuarai perlumbaan Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak dengan catatan masa 13:40.445s.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing itu mempamer aksi bertenaga apabila mendahului keseluruhan 20 pusingan perlumbaan sebelum melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 13’40.445s meskipun diberi tentangan sengit pada penghujung perlumbaan oleh Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju). Akid menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua dengan masa 13’40.542s diikuti rakan sepasukan, Kasma Daniel Kasmayuddin ketiga dengan masa 13’44.347s.

Aksi pelumba anak jati Dungun Ahmad Afif Amran #50 ketika berentap di garisan akhir bersama Md Akid Aziz.

“Perlumbaan ini sangat sukar walaupun saya mendahului keseluruhan perlumbaan. Kasma memberi tentangan sengit dan sentiasa cuba memintas pada awal perlumbaan. Selepas berjaya menjarakkan diri setelah dia melakukan kesilapan, Akid pula mengejar sehingga berjaya merapatkan kedudukan pada penghujung perlumbaan. Saya terpaksa bekerja keras dan mengerah pengalaman yang ada untuk mempertahankan kedudukan,” jelas Afif.





Juara Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di litar Kompleks Sukan Negeri Gong Badak; Ahmad Afif Amran(kanan) bersama pemilik pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing.
Juara Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di litar Kompleks Sukan Negeri Gong Badak; Ahmad Afif Amran(kanan) bersama pemilik pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing.

25 mata yang dipungut pada hari ini meletakkan Afif terus selesa mendahului kedudukan keseluruhan dengan 160 mata, 49 mata mengatasi Kasma di kedudukan kedua dengan 111 mata manakala rakan sepasukan Afif, Md Hafiz Nor Azman di tangga ketiga dengan 103 mata.

Dalam kategori CP115, seorang lagi pelumba kelahiran Terengganu, Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) turut beraksi cemerlang sekaligus terus melebarkan jurang pendahulu apabila berjaya meraih kemenangan keenam peribadi pada musim ini setelah menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 10’47.978s.

Pelumba kelahiran Terengganu, Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang).
Pelumba kelahiran Terengganu, Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang).

Bermula dari petak pertama, Tengku Amirul bagaimanapun sedikit ketinggalan pada permulaan perlumbaan sebelum kembali memintas pada penghujung perlumbaan dan seterusnya mmenangi perlumbaan mengatasi Nazirul Izzat Md Bahauddin (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) di kedudukan kedua dengan masa 10:48.925s. Tempat ketiga milik Md Syafiq Rosli (PRK) ELF Koyoko Honda KC Racing dengan masa 10:49.024s.

Seepas tujuh pusingan, Tengku AMirul kini selesa mendahului kedudukan keseluruhan dengan 163 mata, 67 mata mengatasi rakan sepasukan Md Fareez Afeez di kedudukan kedua dengan 96 mata manakala Md Haziq Md Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) ketiga, 92 mata. Hanya lapan mata diperlukan oleh Tengku Amirul bagi dinobatkan selaku juara keseluruhan musim 2018.

Sementara itu, ketiadaan pendahulu keseluruhan, Md Danial Syahmi membuka laluan mudah buat Md Syarifuddin Azman (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) untuk meraih kemenangan keempat berturut-turut dalam kategori WIRA KBS apabila selesa mengungguli 12 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 8’46.717s.

Md Alif Ashraf Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha) muncul naib juara dengan masa 8’52.974s diikuti Md Harith Haziq Zamri (SIC Junior Team AFB Tech Racing) di kedudukan ketiga dengan 8’53.275s.

Namun begitu, Danial masih kekal sebagai pendahulu keseluruhan dengan 113 mata namun diekori rapat oleh Alif Ashraf dengan 112 mata diikuti Syarifuddin di tangga ketiga dengan 108 mata.

Aksi pelumba dalam kategori utama Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS - CP150.
Aksi pelumba dalam kategori utama Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS – CP150.

KEPUTUSAN PUSINGAN 7, KUALA TERENGGANU

 

Pemenang podium Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS kategori CP150. Dari kiri - Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:40.542s, Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 13:40.445s dan Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:44.347s.
Pemenang podium Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS kategori CP150. Dari kiri – Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:40.542s, Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 13:40.445s dan Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:44.347s.

CP150
1 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 13:40.445s
2 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:40.542s
3 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:44.347s
4 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 13:44.967s
5 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:45.280s

Kedudukan Keseluruhan
1 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 160 mata
2 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 111 mata
3 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 103 mata
4 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 73 mata
5 Md Hafiza Rofa (TRG) ONEXOX TKKR Racing Team 51 mata

 

Pemenang podium Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS kategori CP115. Dari kiri - Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 10:48.925s, Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 10:47.978s dan Md Syafiq Rosli (PRK) ELF Koyoko Honda KC Racing 10:49.024s
Pemenang podium Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS kategori CP115. Dari kiri – Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 10:48.925s, Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 10:47.978s dan Md Syafiq Rosli (PRK) ELF Koyoko Honda KC Racing 10:49.024s

CP115
1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 10:47.978s
2 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 10:48.925s
3 Md Syafiq Rosli (PRK) ELF Koyoko Honda KC Racing 10:49.024s
4 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 10:49.560s
5 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 10:51.401s

Kedudukan Keseluruhan
1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 163 mata
2 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 96 mata
3 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 92 mata
4 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 91 mata
5 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 81 mata

 

Pemenang podium Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS kategori WIRA KBS. Dari kiri - Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 8:52.974s, Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 8:46.717s dan Md Harith Haziq Zamri (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing 8:53.275s
Pemenang podium Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS kategori WIRA KBS. Dari kiri – Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 8:52.974s, Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 8:46.717s dan Md Harith Haziq Zamri (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing 8:53.275s

WIRA KBS
1 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 8:46.717s
2 Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 8:52.974s
3 Md Harith Haziq Zamri (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing 8:53.275s
4 Daniel El Fahim (PNG) SIC Junior Team AFB TECH Racings
5 Md Sharul Ezwan M Sharil (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing 8:54.439s

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 113 mata
2 Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 112 mata
3 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 108 mata
4 Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 70 mata
5 Md Harith Haziq Zamri (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing 58 mata

KEJOHANAN KUDA LASAK PIALA SULTAN MIZAN 2024
24 OKTOBER 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

october, 2024

07sepalldayKejuaraan Ragbi Piala Agong 2024

29sep(sep 29)12:00 am06oct(oct 6)12:00 amTour de Langkawi (LTDL) 2024

21octalldayKejohanan Tour Gateh D'Tranung 3.0 2024

24octalldayKejohanan Lawn Bowls Terbuka Triples Terengganu

24octalldayKejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan 2024

26octalldayRally Sprint X-One 2024

X