Cub Prix: Akid Terpantas Sesi Kelayakan

Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor; Md Akid Aziz catat ujian masa terpantas sesi kelayakan di litar Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu
Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor; Md Akid Aziz catat ujian masa terpantas sesi kelayakan di litar Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu

Md Akid Aziz sekali lagi membuktikan kehandalannya apabila muncul pelumba terpantas sesi kelayakan buat kali keempat berturut-turut dalam kategori CP150 pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu, hari ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu mencatat masa terbaik 40.440s di litar sepanjang 0.9 kilometer itu yang juga merupakan catatan terpantas sesi kelayakan buat kali kelima dalam tujuh pusingan perlumbaan setakat ini.





Juara CP115 musim 2017 dan juga juara keseluruhan Underbone 150 Kejuaraan Motosikal Asia 2017 itu mendahului catatan 40.502s yang dilakukan oleh Md Hafiz Nor Azman (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) manakala rakan sepasukan Akid, Kasma Daniel Kasmayuddin mencatatkan masa terbaik 40.526s.

Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing) muncul pelumba terbaik kem Honda setelah muncul pelumba keempat terpantas dengan masa 40.552s.

Pendahulu keseluruhan CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018; Ahmad Afif Amran merupakan anak jati Dungun.
Pendahulu keseluruhan CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018; Ahmad Afif Amran merupakan anak jati Dungun.

Pendahulu keseluruhan, Ahmad Afif Amran yang menguasai kedua-dua sesi latihan bebas di sebelah pagi muncul pelumba kelima terpantas dengan catatan 40.650s.

“Jentera berada dalam keadaan terbaik dan saya hanya melakukan tugas saya seperti biasa untuk memberikan yang terbaik ketika di litar. Keputusan ini memberikan saya keyakinan untuk merebut petak pertama ketika sesi Superpole esok dan seterusnya memburu kemenangan pertama saya dalam kelas perdana musim ini,” jelas Akid.

Sementara itu, sesi kelayakan CP115 menjadi milik Tengku Amirul Haffirudin dari pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang dengan catatan masa 42.407s diikuti Md Haziq Md Fairues kedua, 42.572s dan Md Shafiq Ezzariq ketiga, 42.679s.

Dalam kategori WIRA KBS, Md Syarifuddin Azman (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) bakal memulakan perlumbaan dari petak pertama setelah mencatat masa terpantas dalam sesi shootout dengan masa 42.933s diikuti Md Faiz Zekri Sabri, 43.516s manakala Md Harith Haziq Zamri di petak ketiga dengan masa 43.548s.

KEPUTUSAN KELAYAKAN

CP150
1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 40.440s
2 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 40.502s
3 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 40.526s
4 Azroy Hakeem Anuar (KUL) Idemitsu Honda GiVi Yuzy Racing 40.552s
5 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 40.650s

CP115
1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 42.407s
2 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 42.572s
3 Md Shafiq Ezzariq (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 42.679s
4 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 42.702s
5 Md Syafiq Rosli (PRK) ELF Koyoko Honda KC Racing 42.775s

SHOOTOUT

WIRA KBS
1 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 42.933s
2 Md Faiz Zekri Sabri (PNG) ONEXOX Racing Team 43.516s
3 Md Harith Haziq Zamri (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing 43.548s
4 Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 43.692s
5 Daniel El Fahim (PNG) SIC Junior Team AFB TECH Racing 43.751s

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

february, 2024

21feballdayLiga Federasi Lawn Bowls Malaysia (MLBF) Zon Pantai Timur

25feballdayKejohanan Lawn Bowls Bawah 12 Tahun & Bawah 18 Tahun Kebangsaan

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

X